isu dalam penyelidikan

9
1) ISU DALAM PENYELIDIKAN Pengenalan Bidang penyelidikan merupakan satu bidang yang semakin diperlukan pada masa sekarang. Hal ini kerana pada masa sekarang keperluan ini sangat diperlukan bagi mempertingkatkan lagi profesionalisme kaunselor dalam perkhidmatan bidang kaunseling.Pada zaman yang semakin mencabar segala perkara atau pendekatan terapi yang ingin dilaksanakan perlulah mempunyai bukti yang sah dan dapat diperjelaskan secara empirikal.Sebagai contoh,dalam perkhidmatan menyediakan kesihatan mental yang baik terhadap masyarakat perlulah mempunyai maklumat yang spesifik mengenai rawatan yang disediakan dan bukan hanya mengeluarkan data yang menunjukan bahawa sesuatu rawatan tersebut sangat berkesan.Oleh itu,mereka yang bekerja dalam bidang pendidikan dan agensi yang terlibat dengan komuniti masyarakat bertanggungjawab bagi menghasilkan kajian-kajian yang dapat dijadikan sebagai panduan kepada pengkaji-pengkaji yang lain.Selain itu,melalui penyelidikan juga secara tidak langsung kaunselor akan dapat mempelajari sesuatu ilmu dalam perspektif yang lebih meluas,tanggunjawab kaunselor untuk memastikan bahawa segala teknik atau pendekatan yang dibawa terhadap klien tidak disalahgunakan oleh kaunselor ,membangunkan idea dan pendekatan yang baru ,penggunaan kaunseling dalam bidang yang baru contohnya seperti kes yang melibatkan bencana alam dan trauma dan juga berupaya untuk meningkatkan pembangunan professional kaunselor. Menurut McLeod,1994,penyelidikan adalah satu proses yang sistematik dan memerlukan siasatan yang rapi seterusnya membawa kepada cadangan atau kesimpulan yang sah untuk disampaikan kepada orang lain yang berminat. Terdapat beberapa isu-isu yang sering berlaku dalam penyelidikan iaitu berkaitan dengan persetujuan

Upload: siti-nurulhida-abdul-rahman

Post on 01-Feb-2016

70 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ETIKA KAUNSELING

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Dalam Penyelidikan

1) ISU DALAM PENYELIDIKAN

Pengenalan

Bidang penyelidikan merupakan satu bidang yang semakin diperlukan pada masa sekarang. Hal ini kerana pada masa sekarang keperluan ini sangat diperlukan bagi mempertingkatkan lagi profesionalisme kaunselor dalam perkhidmatan bidang kaunseling.Pada zaman yang semakin mencabar segala perkara atau pendekatan terapi yang ingin dilaksanakan perlulah mempunyai bukti yang sah dan dapat diperjelaskan secara empirikal.Sebagai contoh,dalam perkhidmatan menyediakan kesihatan mental yang baik terhadap masyarakat perlulah mempunyai maklumat yang spesifik mengenai rawatan yang disediakan dan bukan hanya mengeluarkan data yang menunjukan bahawa sesuatu rawatan tersebut sangat berkesan.Oleh itu,mereka yang bekerja dalam bidang pendidikan dan agensi yang terlibat dengan komuniti masyarakat bertanggungjawab bagi menghasilkan kajian-kajian yang dapat dijadikan sebagai panduan kepada pengkaji-pengkaji yang lain.Selain itu,melalui penyelidikan juga secara tidak langsung kaunselor akan dapat mempelajari sesuatu ilmu dalam perspektif yang lebih meluas,tanggunjawab kaunselor untuk memastikan bahawa segala teknik atau pendekatan yang dibawa terhadap klien tidak disalahgunakan oleh kaunselor ,membangunkan idea dan pendekatan yang baru ,penggunaan kaunseling dalam bidang yang baru contohnya seperti kes yang melibatkan bencana alam dan trauma dan juga berupaya untuk meningkatkan pembangunan professional kaunselor.

Menurut McLeod,1994,penyelidikan adalah satu proses yang sistematik dan memerlukan siasatan yang rapi seterusnya membawa kepada cadangan atau kesimpulan yang sah untuk disampaikan kepada orang lain yang berminat.

Terdapat beberapa isu-isu yang sering berlaku dalam penyelidikan iaitu berkaitan dengan persetujuan termaklum,penipuan dalam penyelidikan yang melibatkan psikologikal, using placebos, withholding treatment,research with training dan personal- growth group, and cultural diversity in research.

Page 2: Isu Dalam Penyelidikan

2) KOD ETIKA DAN AKTA YANG BERKAITAN

Bahagian G : Penyelidikan dan penerbitan

G.2. Hak-hak peserta penyelidikan

G.2.a. Persetujuan termaklum dalam penyelidikan

Individu berhak memberi persetujuan untuk menjadi peserta penyelidikan. Dalam mendapatkan persetujuan itu kaunselor hendaklah mengguna bahasa yang:

1. Menerangkan tujuan dan prosedur yang perlu diikuti dengan tepat;2. Mengenal pasti sebarang prosedur yang berbentuk eksperimen atau yang belum

dicuba dengan meluas;3. Menghuraikan apa-apa ketidakselesaan dan risiko yang terlibat;

4. Menghuraikan apa-apa faedah atau perubahan pada diri individu atau organisasi yang dijangkakan;5. Mendedahkan prosedur alternatif yang sesuai yang akan memberi kebaikan kepada

peserta;6. Sedia menjawab apa-apa pertanyaan berkaitan dengan prosedur;7. Menjelaskan apa-apa batasan tentang kerahsiaan;8. Menjelaskan format penerbitan dapatan penyelidikan dan bakal pembaca yang

disasarkan; dan 9. Memaklumkan peserta yang mereka bebas untuk menarik balik persetujuan dan

tidak meneruskan penyertaan mereka di dalam projek pada bila-bila masa tanpa penalti.

G.2.e. Kerahsiaan maklumat

Maklumat yang diperoleh mengenai peserta penyelidikan sewaktu menjalankan kajian adalah rahsia. Sekiranya wujud kemungkinan orang lain mempunyai akses kepada maklumat tersebut, amalan etika penyelidikan memerlukan kemungkinan tersebut serta rancangan untuk melindungi kerahsiaan dijelaskan kepada peserta sebagai sebahagian daripada prosedur untuk mendapatkan persetujuan termaklum.

Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) seksyen 49,Bahagian II (7) : Ujian Kaunseling dan Psikologi

(2) Seseorang kaunselor berdaftar yang memberikan khidmat ujian hendaklah memberi penerangan yang lengkap kepada klien mengenai ujian yang akan dijalankan ke atasnya supaya keputusan ujian itu dapat difahami dan diterima oleh klien dalam perspektif yang betul.

Page 3: Isu Dalam Penyelidikan

3) CONTOH KES

Kes 1

Kes yang berkaitan dengan Hannah: Isu Persetujuan Termaklum (Informed Consent)

Hannah telah merekabentuk satu prosedur kajian untuk menilai hasil dan proses rawatan daripada programnya.Beliau sangat yakin bahawa bagi memastikan bahawa data yang diperolehi adalah sah,beliau tidak melakukan prosedur yang berkaitan dengan pemberitahuan persetujuan klien.Hal ini kerana Hannah tidak mahu mempengaruhi kliennya atau menyebabkan kajian yang dijalankan akan menjadi bias.Hannah merasakan bahawa apa yang dilakukannya adalah suatu perkara yang sah kerana ianya tidak melibatkan kesan yang negatif terhadap klien atau subjek kajiannya.

Komen berdasarkan kepada kes Hannah:

1) Tidak membuat pemberitahuan persetujuan bersama kliennya dan menyebabkan kliennya tidak mengetahui bahawa Hannah sedang menjalankan aktiviti penyelidikan yang menggunakan pendekatan teraputik dalam kajiannya.

2) Hannah perlu membuat pemberitahuan persetujuan kerana kajian yang dijalankan oleh Hannah adalah melibatkan emosi klien yang mana kliennya mempunyai hak untuk mengetahui prosedur yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh Hannah dan kesan-kesan yang akan diterima oleh mereka.

3) Subjek kajian Hannah juga mempunyai hak iaitu sama ada bersetuju atau menolak untuk menjadi subjek kajian dalam penyelidikan yang dijalankan oleh Hannah.

Kes 2

Page 4: Isu Dalam Penyelidikan

Kes yang berkaitan dengan Hope : Isu yang melibatkan Withholding Treatment

Hope bekerja dengan kumpulan individu yang telah didiagnoskan mengalami depressive psychotic di sebuah hospital.Hope mempunyai minat yang mendalam untuk melakukan satu pencegahan yang teraputik terhadap klien yang mengalami kemurungan.Dalam kajian yang dilakukannya beliau telah membuat kombinasi antara terapi dan juga prosedur penyelidikan.Secara spesifiknya,Hope menggunakan pendekatan tingkahlaku dan kognitif.Beliau mempunyai rekabentuk kajian yang spesifik terhadap teknik rawatan yang bersesuaian berdasarkan kepada kelompok pesakit yang tertentu,dan beliau juga sangat berhati-hati dalam pengawasan untuk melihat perkembangan program rawatan tersebut.Hope percaya nilai melalui pendekatan tingkahlaku kognitif terhadap pesakit kemurungan dan beliau juga sangat menjaga mengenai professional dan tanggungjawab etika untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan strategi dalam rawatannya.Bagi membolehkan beliau mengetahui prosedur rawatan berupaya membawa perubahan dalam tingkahlaku pesakit,beliau perlu mempunyai kumpulan pesakit yang tidak menerima rawatan untuk membuat perbandingan.Apabila beliau dicabar mengenai etika dalam bentuk rawatan yang dilakukannya beliau menyatakan bahawa apa yang dilakukan olehnya mengikut prosedur dalam penyelidikan.

Kes yang telah diubahsuai : Placebo Controls.

Melalui rawatan yang menggunakan kaedah placebo controls,kumpulan ini tidak menerima rawatan, namun diyakinkan oleh pengkaji bahawa mereka adalah kumpulan yang menerima rawatan.Melalui kaedah ini hasil yang diperolehi lebih cepat dan memberi manfaat kepada klien.

Komen berdasarkan kepada kes Hope:

Pertimbangan istimewa Kaunseling berkaitan Etika dan penyelidikan rawatan.

1) Rekabentuk eksperimental iaitu Withholding treatment dan placebo controls:

Rawatan eksperimen adalah sesuatu yang tidak beretika namun begitu ianya memberi manfaat kepada pesakit.Walaupun kaedah rawatan ini tidak dapat dijamin keberkesanannya namun ianya boleh membantu dalam penghasilan sesuatu keadah baru untuk pencegahan.

2) Kesan terhadap rawatan tersebut:

Page 5: Isu Dalam Penyelidikan

Pengkaji hendaklah menjelaskan kepada peserta mengenai kesan rawatan tersebut. Hal ini bagi memastikan bahawa tidak berlaku sesuatu yang boleh memudaratkan kepada peserta yang mengambil bahagian dalam penyelidikan ini.Bagi mereka yang mengambil bahagian dalam penyelidikan ini hendaklah dijelaskan dengan terang dan nyata berkaitan dengan persetujuan termaklum.

3) Menjamin kerahsiaan maklumat klien dan melindungi hak dan privasi serta maruah klien.Pengkaji hendaklah memastikan bahawa segala maklumat atau data yang diperolehi semasa melakukan kajian disimpan dengan rapi dan tidak mudah untuk diperolehi oleh orang lain yang tidak berkenaan.

4) IMPLICATION IN PRACTICES –PERANAN KAUNSELOR

Page 6: Isu Dalam Penyelidikan

Bagi memastikan bahawa kaunselor dapat melaksanakan penyelidikan yang mematuhi Etika Kaunselor dan Juga Akta Kaunselor (580),maka langkah-langkah atau strategi bagi menangani isu-isu tersebut haruslah dipatuhi.Antara strategi yang boleh diambil oleh kaunselor adalah:

1) Merekabentuk penyelidikan yang bersesuaian.

Hal ini bermaksud kaunselor perlulah memastikan bahawa apakah rekebantuk kajian yang paling sesuai dilaksanakan bagi membolehkan pengkaji atau penyelidik memperolehi maklumat atau data yang tepat mengenai sesuatu permasalahan yang wujud.Kaunselor juga perlu mengetahui adakah kajian yang ingin dilaksanakan itu dalam bentuk kualitatif ataupun kuantitatif.Hal ini bagi memastikan bahawa penyelidikan yang dilakukan oleh kaunselor atau ahli terapis tidak akan memberikan kemudharatan kepada klien atau peserta kajian.

2) Persetujuan Termaklum

Dalam strategi yang kedua ini adalah sangat penting kepada kaunselor untuk membuat persetujuan termaklum bersama dengan peserta kajian.Menurut Lindsey,1984 “Although informed consent is a powerful tool that researchers can employ in coping with a wide array of ethical problem, the concept of informed consent is itself by no mean straightforward”.Hal ini bermaksud bahawa dalam persetujuan termaklum kaunselor haruslah memberitahu 3 kriteria ini iaitu: berkelayakan,menyediakan maklumat yang mencukupi dan penyertaan secara sukarela.

3) Menjamin kerahsiaan

Kaunselor hendaklah memastikan kerahsiaan yang melibatkan maklumat peribadi klien tidak dapat diperolehi oleh mana-mana pihak yang tidak mempunyai perkaitan di dalam penyelidikan yang dijalankan.Antara perkara yang sangat dititiberatkan dalam kerahsiaan adalah berkaitan dengan identiti klien atau peserta kajian seperti nama,alamat dan juga pekerjaan.Hal ini bagi melindungi maruah dan privasi klien terpelihara.

5) KESIMPULAN

Page 7: Isu Dalam Penyelidikan

Kesimpulannya,terdapat 4 persoalan yang perlu di pertimbangkan oleh individu atau pengkaji yang terlibat dalam penyelidikan kaunseling bagi memastikan pengkaji berupaya menangani isu etika yang mungkin akan timbul iaitu:

1) Apakah perkara yang boleh memudharatkan kepada peserta kajian dan sesiapa yang terlibat dalam aktiviti kajian tersebut?

2) Apakah prosedur yang perlu dipatuhi oleh pengkaji bagi mengurangkan kemudharatan dan tindakbalas yang sesuai terhadap emosi yang dihadapi oleh peserta dalam kajian tersebut.

3) Bagaimana kerahsiaan dan maklumat yang diperolehi semasa kajian adalah selamat dan tidak diperlakukan dengan sewenang-wenangnya.

4) Apakah implikasi moral secara umumnya terhadap kajian tersebut,terutamanya yang berkaitan dengan cara maklumat yang diperolehi digunakan?

Semua persoalan yang disebutkan diatas adalah sangat penting dan telah disebutkann di dalam Etika Kaunselor 1998 dalam bahagian penyelidikan.Oleh itu,bagi individu atau agensi yang terlibat dalam bidang penyelidikan yang terikat dengan Akta Kaunselor 1998 (580) dan tertakluk kepada Kod Etika Kaunselor Lembaga Kauselor (Malaysia) haruslah memastikan bahawa perkara-perkara tersebut diperhalusi dengan sebaik mungkin semasa menjalankan aktiviti penyelidikan.

RUJUKAN:

Corey. G. Corey.M.S.,and Callanan,P. (2003).Issue & Ethics in the Helping Profession, 6 th Edition Monterey: California.Brooks/Cole Publishing Company.

Welfel,E.Reynolds,. (2002) Ethics in Counseling and Psychotherapy,2 th Edition: Wadsworth Group.Brooks/Cole Thomson Learning

McLeod,J,McLeod, (1994).Doing Counselling Research, 1th Edition: SAGE Publications Ltd.