istilah sains 14 ckj

7
Page6 SAINS UPSR 2014 ISTILAH SAINS BIL . ISTILAH MAKSUD TAHUN 4 1. perkumuhan (UPSR) proses penyingkiran bahan buangan daripada badan. (air kencing,peluh wap air-karbon dioksida-ginjal,kulit,peparu) 2. tinja sisa makanan yang tidak dihadamkan di dalam badan manusia (najis-dubur) 3. gerak balas tindakan yang diambil terhadap rangsangan 4. pembiakan manusia (UPSR) melahirkan anak untuk menyambung generasi seterusnya. 5. kitaran hidup perubahan dan perkembangan yang berlaku kepada haiwan dari lahirnya hingga mati. 6. spora biji-biji yang sangat halus yang dihasilkan oleh tumbuhan tidak berbunga. 7. sulur anak pokok yang tumbuh pada pangkal pokok. 8. panjang jarak antara dua titik. 9. isipadu (UPSR) besarnya sesuatu ruang 10. jisim kuantiti jisim dalam sesuatu objek. 11. jirim unsur yang mempunyai bentuk jisim dan memenuhi ruang. 12. masa tempoh antara dua ketika. 13. unit piawai ukuran tepat dan seragam. 14. konduktor elektrik bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya 15. penebat elektrik bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya 16. konduktor haba bahan yang membenarkan haba mengalir melaluinya. 17. penebat haba bahan yang tidak membenarkan haba mengalir melaluinya. 18. lut sinar (UPSR) bahan yang membenarkan 100% cahaya melaluinya. 19. lut cahaya bahan yang membenarkan sebahagian cahaya melaluinya. CIKGU K – SKRCB 2014

Upload: iziz-badspidey

Post on 07-Feb-2016

50 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Istilah

TRANSCRIPT

Page 1: Istilah Sains 14 Ckj

Page

6

SAINS UPSR 2014

ISTILAH SAINS

BIL. ISTILAH MAKSUD

TAHUN 4

1. perkumuhan(UPSR)

proses penyingkiran bahan buangan daripada badan. (air kencing,peluh wap air-karbon dioksida-ginjal,kulit,peparu)

2. tinja sisa makanan yang tidak dihadamkan di dalam badan manusia (najis-dubur)

3. gerak balas tindakan yang diambil terhadap rangsangan

4. pembiakan manusia (UPSR)

melahirkan anak untuk menyambung generasi seterusnya.

5. kitaran hidup perubahan dan perkembangan yang berlaku kepada haiwan dari lahirnya hingga mati.

6. spora biji-biji yang sangat halus yang dihasilkan oleh tumbuhan tidak berbunga.

7. sulur anak pokok yang tumbuh pada pangkal pokok.

8. panjang jarak antara dua titik.

9. isipadu (UPSR) besarnya sesuatu ruang

10. jisim kuantiti jisim dalam sesuatu objek.

11. jirim unsur yang mempunyai bentuk jisim dan memenuhi ruang.

12. masa tempoh antara dua ketika.

13. unit piawai ukuran tepat dan seragam.

14. konduktor elektrik bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya

15. penebat elektrik bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya

16. konduktor haba bahan yang membenarkan haba mengalir melaluinya.

17. penebat haba bahan yang tidak membenarkan haba mengalir melaluinya.

18. lut sinar (UPSR) bahan yang membenarkan 100% cahaya melaluinya.

19. lut cahaya bahan yang membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.

20. legap (UPSR) bahan yang menghalang cahaya melaluinya.

21. bahan semulajadi (UPSR)

bahan yang wujud secara semulajadi dalam alam berasal dari haiwan,batuan dan tumbuhan.

22. bahan buatan manusia (UPSR)

bahan yang dihasilkan melalui proses kimia (plastic,kain sintetik-nilon,rayon,polyester,satin)

23. guna semula langkah menggunakan barangan terpakai untuk pelbagai tujuan (tin susu = bekas pensel)

24. kitar semula langkah memproses barangan terpakai / bahan buangan untuk hasil produk baru (kertas suratkhabar lama = tisu/beg kertas)

CIKGU K – SKRCB 2014

Page 2: Istilah Sains 14 Ckj

Page

6

SAINS UPSR 2014

BIL. ISTILAH MAKSUD

25. matahari bintang dan pusat Sistem Suria

26. komet ketulan batu, gas beku dan debu yang beredar mengelilingi Matahari dalam orbit yang besar, mempunyai ekor dan cahaya yang terang. (Komet Helly dilihat setiap 76 tahun)

28. asteroid (UPSR) objek batuan berlogam yang beredar mengeliling Matahari, berada pada jaluran/likaran asteroid terletak diantara planet Marikh dengan Musytari.

29. satelit semula jadi objek yang beredar mengelilingi sesuatu planet ,di bumi = Bulan.

30. Meteoroid jasad-jasad kecil yang bergerak dalam ruang angkasa di dalam sistem suria.

31. Meteor coretan cahaya yang berasal dari meteoroid memasuki ruang atmosfera Bumi. (tahi bintang)

32. Meteorit meteor yang terhempas ke permukaan Bumi = kawah

33. Kadar pernafasan Bilangan pergerakan dada dalam suatu tempoh. (rehat =rendah)

34. -Nisbah Saiz Matahari,Bumi & Bulan 400 : 4 : 1-planet dalam /berbatuan = Utaraid (terlalu panas(,Zuhrah (atmosfera tebal), Bumi (suhu sesuai) Marikh (terlalu sejuk/air beku)-planet luar/raksasa gas = Musytari,Uranus,Neptun (sedikit cahaya, banyak gas,terlalu sejuk)

35 luas (UPSR) besar sesuatu permukaan

35. Had keupayaan manusia

Ketidakmampuan manusia dalam melakukan pelbagai perkara seperti mengingat nombor terlalu banyak, melihat objek halus.

TAHUN 5

1. mikroogrganisma hidupan seni yang dapat dilihat melalui mikroskop.

2. kemandirian (UPSR) keupayaan benda hidup untuk terus hidup dalam pelbagai keadaan.

3. spesies jenis hidupan yang sama dan membiak dalam kumpulannya sendiri.

4. herbivore (UPSR) haiwan yang makan tumbuhan sahaja.

5. karnivore haiwan yang makan haiwan sahaja.

6. ominvore haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan sahaja.

7. rantai makanan hubungan makanan antara hidupan dalam sesuatu habitat.

(penggeluar =tumbuhan) & (pengguna = herbivore/karnivor/ominvor)

8. siratan makanan gabungan beberapa rantai makanan.

9. tenaga keupayaan untuk melakukan sesuatu kerja.

CIKGU K – SKRCB 2014

Page 3: Istilah Sains 14 Ckj

Page

6

SAINS UPSR 2014

BIL. ISTILAH MAKSUD

10. perubahan tenaga proses penukaran tenaga daripada satu bentuk kepada bentuk lain.

11. tenaga boleh diperbaharui (UPSR)

tenaga yang boleh diganti apabila habis digunakan (suria,air,biojisim&angin)

12. tenaga tidak boleh diperbaharui

tenaga yang tidak boleh diganti apabila habis digunakan (petroleum, gas asli, arang batu, nuclear, arang)

13. litar bersiri mentol disusun sederet sebelah menyebelah antara satu sama lain dalam laluan yang sama.

14. litar selari mentol disusun dalam laluan yang berlainan.

15. haba satu bentuk tenaga (boleh dirasa/tidak boleh dilihat)

16. pengembangan Bila objek menerima haba - dipanaskan

17. pengecutan Bila objek kehilangan haba- disejukkan

18. peleburan proses perubahan pepejal kepada cecair

19. pembekuan proses perubahan cecair kepada pepejal

20. pendidihan proses perubahan cecair kepada gas (100 oC)

21. penyejatan proses perubahan cecair kepada gas (sebarang suhu)

22. kondensasi proses perubahan gas kepada cecair.

23. kitar air pergerakan air yang berterusan dari permukaan bumi ke udara dan balik semula ke permukaan bumi.

24. Boijisim Bahan buangan tumbuhan dan haiwan yang dapat digunakan untuk memperoleh tenaga

25. Kaleidoskop Terbentuk daripada 3 cermin yang disambung. Apabila diputar objek kecil berwarna warni didalamnya dipantulkan oleh cermin-cermin ini dan menghasilkan corak yang menarik.

26. kertas litmus Kertas yang digunakan untuk menguji sifat sesuatu bahan sama ada berasid,beralkali atau netural.

27. bahan berasid Menukarkan kertas litmus biru kepada merah. Berasa masam.

28. bahan beralkali Menukarkan kertas litmus merah kepada biru. Berasa pahit.

29. fasa-fasa bulan perubahan bentuk Bulan yang dapat dilihat dari Bumi.

30. kekuatan struktur struktur tidak mudah runtuh/patah apabila menanggung beban.

31. kestabilan struktur objek yang tidak mudah tumbang.

CIKGU K – SKRCB 2014

Page 4: Istilah Sains 14 Ckj

Page

6

SAINS UPSR 2014

BIL. ISTILAH MAKSUD

TAHUN 6

1. interaksi benda hidup Saling bergantung /hubungan antara benda hidup

2. kerjasama interaksi yang menguntungkan kedua-dua pihak

3. persaingan interaksi antara benda hidup yang memperoleh keperluan asas yang sama dan terhad. (persaingan antara sama/berbeza spesies)

4. pupus tidak wujud lagi di Bumi.

5. spesies terancam haiwan / tumbuhan yang diancam kepupusan.

6. daya Tolakan dan tarikan

7. geseran daya yang menentang arah pergerakan objek.

8. kelajuan ukuran cepat atau lambat sesuatu objek bergerak.

9. pengawetan makanan (UPSR)

proses melambatkan makanan menjadi rosak.

10. pembotolan dan pengetinan

proses pengawetan makanan dengan memasak makanan pada suhu yang tinggi untuk membunuh mikroogranisma dan kemudian menyimpannya di dalam botol/tin kedap udara.

11. penjerukan proses pengawetan makanan dengan menggunakan cuka/larutan gula pekat.

12. pengeringan proses pengawetan makanan dengan cara mengeringkan makanan di bawah pancaran cahaya matahari.

13. pengasinan proses pengawetan makanan dengan menggunakan garam.

14. pembungkusan vakum dilakukan dengan cara memasukkan makanan dalam beg/botol kedap udara dan kemudian mengeluarkan udara daripada bekas tersebut.

15. pendinginan dengan cara menyimpan makanan di dalam tempat sejuk.

16. penyejukbekuan dengan cara menyimpan makanan di tempat sejuk sehingga beku.

17. pendidihan proses pengawetan makanan dengan memasak makanan sehingga mendidih.

18. pelilinan proses mengawet buah-buahan/sayur-sayuran dengan cara mencelup/menyapu ke dalam lilin cair.

CIKGU K – SKRCB 2014

Page 5: Istilah Sains 14 Ckj

Page

6

SAINS UPSR 2014

BIL. ISTILAH MAKSUD

19. pempasteuran proses pengawetan makanan dengan cara memanaskan makanan sehingga suhu tertentu untuk beberapa ketika dan diikuti pendinginan segera.

20. penyalaian/ pengasapan

proses pengawetan makanan dengan menggunakan asap.

21. bahan buangan bahan yang tidak dikehendaki dan tidak mahu disimpan.

22. bahan buangan domestik

bahan buangan dari rumah.

23. bahan buangan organic (UPSR)

bahan buangan daripada sisa makanan dan tumbuhan.

24. bahan buangan boleh mereput

Cth. Sisa makanan dan kertas direputkan oleh mikroorganisma (pengurai=fungi/bakteria) (terbiodegrasi)

25. bahan buangan tidak boleh mereput

Cth. Plastik

26. gerhana fenomena yang berlaku apabila Bumi atau Bulan terlindung daripada cahaya matahari.

27. gerhana bulan (UPSR) terjadi bila Bumi berada di antara Matahari dengan Bulan pada satu garis lurus (SEM)

28. gerhana matahari terjadi bila Bulan berada di antara Matahari dengan Bumi pada satu garis lurus (SME)

29. mesin ringkas (UPSR) alat yang membolehkan kita menggunakan daya yang sedikit untuk melakukan kerja dengan mudah dan cepat.

30. mesin kompleks alat/perkakasan yang mempunyai lebih daripada satu mesin ringkas.

31. tuas mesin ringkas terdiri daripada satu rod yang bergerak pada satu titik tetap yang dinamakan fulcrum.

32. baji mesin ringkas terdiri daripada satu /dua satah condong yang mempunyai hujung yang tajam.

33. roda dan gandar mesin ringkas yang mempunyai roda yang dipasang pada satu rod yang dinamakan gandar.

34. takal mesin ringkas terdiri daripada sebuah roda beralur yang boleh bergerak bebas.seutas tali/rantai dilalukan pada alur itu.

35. gear mesin ringkas terdiri daripada roda atau silinder bergigi.

36. satah condong mesin ringkas terdiri daripada satu permukaan rata yang satu hujungnya diletakkan pada ketinggian yang berbeza.

37. skru mesin ringkas terdiri daripada satah condong yang berlingkar yang dinamakan bebenang.

CIKGU K – SKRCB 2014

Page 6: Istilah Sains 14 Ckj

Page

6

SAINS UPSR 2014

CIKGU K – SKRCB 2014