istiadat meningkat naik pkk ke pm.doc

4
ISTIADAT MENINGKAT NAIK (PENGAKAP KANAK-KANAK KE PENGAKAP MUDA) Ini adalah satu istiadat yang sangat , mustahak yang tidak bol el h ditinggalkan dan menjadi satu peristiwa yang sangat meng gembirakan bagi Pengakap Kanak-kanak yang akan menin b gkat naik ke Kumpulan Pengakap Muda dan Pengakap Muda ke Pasukan Pengakap Remaja. Istiadat ini adalah penting bagi AKELA / Pemimpin dan Penolongnya yang telah melatih Pengakap Kanak-kanak itu. Kedudukan: PEK dan Troop berdiri dalam bentuk tapak kuda berhadapan di antara satu dengan lain seperti di rajah. Prosedur:- KAEDAH Langkah 1 Sebaik sahaja Laung agung selesai dijalankan, Akela mara ke garisan pemisah. PEK berdiri dalam bentuk bulatan dan Troop berdiri dalam bentuk ladam kuda berhadapan di antara satu dengan lain seperti di rajah. Langkah 2 PEK menjalankan istiadat Laung Agung. Terup melaksanakan Istiadat Bendera Langkah 3 Sebaik sahaja Laung A gung dan Istiadat Bendera selesai dijalankan, Akela mara ke garisan pemisah. Langkah 4 Pemimpin Kumpulan memberi arahan – “Kumpulan Sedia” dan terangkan memaklumkan tujuan I i stiadat Meningkat Naik dilaksanakan . Langkah 5

Upload: kamarul-nzam

Post on 12-Nov-2015

373 views

Category:

Documents


26 download

TRANSCRIPT

ISTIADAT MENINGKAT NAIK

(PENGAKAP KANAK-KANAK KE PENGAKAP MUDA)

Ini adalah satu istiadat yang sangat mustahak yang tidak boleh ditinggalkan dan menjadi satu peristiwa yang menggembirakan bagi Pengakap Kanak-kanak yang akan meningkat naik ke Kumpulan Pengakap Muda dan Pengakap Muda ke Pasukan Pengakap Remaja.

KAEDAHLangkah 1

PEK berdiri dalam bentuk bulatan dan Troop berdiri dalam bentuk ladam kuda berhadapan di antara satu dengan lain seperti di rajah.Langkah 2 PEK menjalankan istiadat Laung Agung. Terup melaksanakan Istiadat BenderaLangkah 3

Sebaik sahaja Laung Agung dan Istiadat Bendera selesai dijalankan, Akela mara ke garisan pemisah.Langkah 4 Pemimpin Kumpulan memberi arahan Kumpulan Sedia dan memaklumkan tujuan Istiadat Meningkat Naik dilaksanakan.Langkah 5 Pengakap Kanak-kanak yang akan meningkat naik perlu bergerak satu langkah ke hadapan; pusing ke kanan dan bersalaman dengan PEK. Dia kemudian terus maju ke Akela yang berada dalam ladam kuda berhampiran dengan garisan pemisah (tali atau garisan di atas tanah). Jika lebih dari seorang ahli PEK yang akan meningkat naik, mereka perlu keluar serentak.Langkah 6 Akela memberikan pesanan terakhir kepada Bakal Pengakap Muda berkenaan.... bahawa kamu ... (sebut nama PKK)... telahpun mencapai usia 12 tahun. Pada hari ini, kamu akan meneruskan pengembaraan dan pencarian ilmu kamu dalam unit Pengakap Muda. Saya doakan kamu terus cemerlang dan maju jaya...Langkah 7 Bakal Pengakap Muda memberi hormat dan salam Akela. Akela dengan menggunakan tangan kiri memimpin Bakal Pengakap Muda melangkah tali pemisah. (Akela masih berada di kawasan PEK)Langkah 8 Bakal Pengakap Muda memberi hormat kepada Pemimpin Pengakap Muda dan bersalam. Pemimpin Pengakap Muda membalas hormat Bakal Pengakap Muda dan melafazkan ayat berikut:Pada hari ini kamu akan memulakan pengembaraan dan pencarian ilmu kamu bersama-sama saya dalam unit Pengakap Muda. Semoga kamu akan terus berusaha untuk memajukan diri kamu dan mencapai cita-cita kamu di dalam unit ini. Dengan ini saya mengalu-alukan kehadiran kamu ke unit ini.Langkah 9 Pemimpin Pengakap Muda membawa dan menyerahkan bakal Pengakap Muda kepada Ketua Patrol.

(Langkah 7-9 diulang sehingga jika bakal Pengakap Muda yang meningkat naik lebih dari seorang)Langkah 10 Ketua Patrol membawa bakal Pengakap Muda ke patrolnya dan diperkenalkan kepada ahli patrolnya.Langkah 11 Setelah selesai semua langkah istiadat, ahli terup memberi sorakan SELAMAT DATANG dan melaksanakan Istiadat Turun Bendera.Langkah 12 Istiadat Laung Agung dilaksanakan bagi PEK yang tinggal sebagai penutup perjumpaan tersebut. CADANGAN

Istiadat Meningkat Naik ini boleh dilaksanakan dengan kehadiran iba bapa Pengakap Kanak-Kanak (Bakal Pengakap Muda) yang terlibat. Majlis Penyampaian Lencana juga boleh dilaksanakan selepas selesai istiadat. VVIP boleh dijemput untuk melaksanakan penyampaian lencana. Sedikit jamuan boleh diadakan untuk meraikan ahli Pengakap dan ahli keluarga serta tetamu yang hadir.

UNIT PENGAKAP MUDA

UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

KEDUDUKAN PEMIMPIN

PPPKK

PPPKK

PPPKK

PK

PPKK

Bendera PEK

Bendera TROOP

Pemimpin Pengakap Muda

Pemimpin Pengakap Kanak-kanak