istiadat mengangkat sumpah jawatan yang di-pertua negeri ... mutiara/ebuletin bil 2_2013.pdf · di...

21
Buletin e- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang www.penang.gov.my Bil.2/2013 Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Upload: leanh

Post on 02-Aug-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Buletine-P e j a b a t S e t i a u s a h a K e r a j a a n N e g e r i P u l a u P i n a n g

www.penang.gov.my

Bil.2/2013

I s t i a d a t M e n g a n g k a t S u m p a h J a w a t a n Y a n g D i - Pe r t u a N e g e r i P u l a u P i n a n g

KANDUNGAN

SEMINAR PENGURUSANMajlis Menandatangan Memorandum Persefahamani (MoU) Pengurusan Lean

1 - 2

SEMINAR KESIHATANSeminar Kesihatan ‘Wanita’anjuran Puspanita Negeri Pulau Pinang

3

PROGRAM / AKTIVITIMajlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 dan Jasamu Dikenang 2013

4 - 5

PROGRAM ISTIADATIstiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang

6 - 10

ENGLISH CORNEROh, My Spelling!! CompetitionInvasion Of The ‘Spelling Bee’

11 - 13

GALERI PSUKPPPerhimpunan Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan

Kunjungan Hormat Pegawai Memerintah Kapal Hmas Parramatta & Maryborough, Australia

Sumbangan Tabung Wira Negara Lahat Datu

14 - 15

16

17

PERKONGSIAN ILMUDo Introverts and Extroverts Mix? 18

www.penang.gov.my

- PERKARA - - M/SURAT -

eBuletin Bil.2/2013PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

1

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) PENGURUSAN LEAN ANTARA

PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC) DENGAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

PULAU PINANG (PSUKPP) DAN SEMINAR PENGURUSAN LEAN ''WHAT'S NEXT AFTER 5S'’

Pihak MPC Wilayah Utara telah mengadakan suatu Majlis Menandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) Pengurusan Lean antara MPC dan PSUKPP pada 30 Mei 2013 (Khamis) bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Farizan Bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Seterusnya, Y.Bhg. Dato' Haji Muhammad Yusoff Bin Wazir, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) telah mewakili PSUKPP bagi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pengurusan Lean dengan pihak MPC yang diwakili oleh Cik Sarimah Binti Misman selaku Pengarah MPC Wilayah Utara.

SEMINAR PENGURUSAN

eBuletin Bil.2/2013PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

SEMINAR PENGURUSAN 2

Setelah majlis tersebut selesai, program diteruskan dengan Seminar Pengurusan Lean ''What's Next After 5S'' bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengenalan berkaitan pengurusan lean di sektor kerajaan, swasta dan industri. Seramai 15 orang peserta daripada PSUKPP telah menghadiri seminar tersebut untuk meningkatkan pengetahuan dan pendedahan berkaitan Pengurusan Lean yang bakal dilaksanakan di PSUKPP.

Sebanyak empat kertas ker ja te lah dibentangkan oleh wakil dari pelbagai organisasi iaitu, Encik Kamaruzzaman Kasim dari MPC dengan tajuk Kecemerlangan Organisasi Melalui Pengurusan Lean, Wakil Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang, Dato' Hajah Khalijah Abdul Malek yang berkongsi pengalaman pengurusan lean di sektor kerajaan, Encik Mohd. Heerman Haminnuddin, wakil Syarikat Ideal Healthcare (M) Sdn. Bhd juga berkongsi pengalaman pengurusan lean di sektor IKS dan akhir sekali, wakil dari Proton Shah Alam berkongsi pengalaman pengurusan lean di sektor industri. Seminar ini telah tamat dengan jayanya pada jam 1.00 petang.

eBuletin Bil.2/2013PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

SEMINAR KESIHATAN 3

SEMINAR KESIHATAN “WANITA” anjuran Puspanita Negeri Pulau Pinang

uspanita Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan PP e r k e m b a n g a n K e s i h a t a n

Keluarga Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Seminar Kesihatan ‘Wanita’ pada 14 Mei 2013 bertempat di Auditorium A, Tingkat 5, KOMTAR.

bjektif utama seminar ini adalah b e r t u j u a n m e n i n g k a t k a n Okesedaran kesihatan berhubung

virus HIV Aids dan Penyakit Thalessemia dikalangan wanita. Seminar ini telah dihadiri seramai 90 peserta wanita yang terdiri daripada pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan di dalam KOMTAR.

eBuletin Bil.2/2013PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

PROGRAM / AKTIVITI PSUKPP 4

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2012

& MAJLIS JASAMU DIKENANG 2013

ada 19 Jun 2013, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan PCemerlang 2012 dan Majlis Jasamu Dikenang 2013. Majlis

tersebut telah dijalankan di Hotel Eastin, Pulau Pinang.

Tujuan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada kakitangan PSUKPP yang berkhidmat cemerlang pada Tahun 2012 manakala Majlis Jasamu Dikenang diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada Kakitangan PSUKPP yang bakal bersara untuk Tahun 2013 ini.

Perhargaan ini telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang , Y.B. Haji Rashid bin Hasnon dan dihadiri seramai 200 orang jemputan serta para penerima-penerima anugerah Majlis berkenaan adalah aktiviti tahunan PSUKPP bagi memberi galakan kepada semua kakitangan untuk melonjakkan nama PSUKPP di masa hadapan.

eBuletin Bil.2/2013PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

5PROGRAM / AKTIVITI PSUKPP

eBuletin Bil.2/2013PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

6PROGRAM ISTIADAT

ISTIADAT MENGANGKAT

SUMPAH JAWATAN YANG DI-PERTUA

NEGERI PULAU PINANG

eBuletin Bil.2/2013PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

7PROGRAM ISTIADAT

Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas dilahirkan pada subuh hari Jumaat 15 April 1938 di Permatang Rambai, Kepala Batas, daripada pasangan Tuan Haji Abbas bin Haji Abdul Rahman dengan Puan Hajah Jamilah binti Ubaid.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Permatang Sintok, Kepala Batas mulai 1946 sehingga 1953. Tuan Yang Terutama Tun memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim dari tahun 1955 hingga 1958. Seterusnya dari tahun 1960 hingga 1962, Tuan Yang Terutama Tun mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Bahasa Kuala Lumpur. Tuan Yang Terutama Tun telah memulakan kerjaya sebagai pendidik mulai 1958 sehingga tahun 1977. Tuan Yang Terutama Tun pernah menyumbangkan bakti sebagai tenaga pengajar di Bukit Mertajam High School dan Sekolah Menengah Seri Muda Penaga.

Tuan Yang Terutama Tun melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dari tahun 1970 hingga 1973 selama tiga tahun dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian. Selain kerjaya sebagai seorang pendidik, Tuan Yang Terutama Tun turut melibatkan diri dalam bidang politik. Tuan Yang Terutama Tun memegang jawatan terakhir sebagai Penolong Kanan di Sekolah Menengah Seri Muda Penaga sebelum berkecimpung sepenuh masa dalam bidang politik.

Kerjaya politik Tuan Yang Terutama Tun bermula pada 16 Jun 1977 apabila dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bertam. Sclanjutnya pada 8 Julai 1978, Tuan Yang Terutama Tun telah mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Bertam, diikuti dengan tiga penggal Pilihan Raya Umum berikutnya iaitu pilihan raya tahun 1982, 1986 dan 1990.

BIODATA TUAN YANG TERUTAMA TUN DATA' SERI UTAMA (DR.) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS,

D.M.K., S.M.N., D.U.P. N., S.P.D.K., D.P., D.M.P. N., D.J.N.,

eBuletin Bil.2/2013PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

8PROGRAM ISTIADAT

Dianugerahkan Darjah Johan Negeri (D.J.N.) pada tahun 1979, Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) pada tahun 1982 dan Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) sempena pelantikan Tuan Yang Terutama Tun sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 1 Mei 2001.

Pada 9 Julai 2001, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.). Pada 26 Jun 2002, Kelab Lions Tanjung Pulau Pinang telah menganugerahkan Lions Club International Melvin Jones Fellow Award kepada Tuan Yang Terutama Tun sebagai menghargai jasa-jasa Tun kepada masyarakat dan negara. Pada 22 Julai 2002, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah telah mengurniakan Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) kepada Tuan Yang Terutama Tun.

Pada 21 Disember 2002, Tuan Yang Terutama Tun telah dianugerahkan Doktor Kehormat dalam Pendidikan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Ketua Pengakap Negara telah menganugerahkan Anugerah Semangat Padi (Emas) kepada Tuan Yang Terutama Tun pada 21 September 2003.

Tuan Yang Terutama Tun telah dianugerahkan Lifelong Highest Honorary Senatorship Award oleh Junior Chamber International (Jai) pada 23 Mei 2004 dan pada 19 Januari 2005, Tuan Yang Terutama Tun dilantik sebagai Canselor Universiti Tenaga Nasional untuk tempoh tiga tahun. Tuan Yang Terutama Tun telah dilantik semula sebagai Canselor Universiti Tenaga Nasional mulai 19 Januari 2008 untuk tempoh tiga tahun.

eBuletin Bil.2/2013PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

9PROGRAM ISTIADAT

Pada 19 Januari 2011, Tuan Yang Terutama Tun telah dilantik semula sebagai Canselor Universiti Tenaga Nasional bagi tempoh dua tahun lagi. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak telah menganugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak (D.P.) kepada Tuan Yang Terutama Tun pada 26 Mei 2005.

Pada 16 Ogos 2006, Tuan Yang Terutama Tun telah dianugerahkan Doktor Kehormat dalam Undang-Undang oleh Universiti Sains Malaysia. Tuan Yang Terutama Tun telah dikurniakan Darjah Utama Seri Mahawangsa Yang Amat Dihormati (D.M.K.) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman pada 21 Januari 2007.

Berpuluh tahun jasa dan bakti ditabur kepada masyarakat secara jujur dan ikhlas, jawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri dianugerahkan Allah pada 1 Mei 2001 sebagai tunggak perpaduan dan lambang kemakmuran Negeri Pulau Pinang.

Pada 1 Mei 2005, Tuan Yang Terutama Tun telah dilantik semula bagi kali kedua sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang untuk tempoh empat tahun sebelum dilantik semula pada 1 Mei 2009, bagi kali ketiga sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang untuk tempoh dua tahun.

Pada 1 Mei 2011, Tuan Yang Terutama Tun telah dilantik semula bagi kali keempat sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang untuk tempoh dua tahun dan dilantik semula sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang untuk kali kelima selama dua tahun bermula 1 Mei 2013.

eBuletin Bil.2/2013PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

10PROGRAM ISTIADAT

Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor Binti Shariff dilahirkan pada 2 Disember 1942 di Alor Setar, Kedah. Ayahanda Yang Amat Berbahagia Toh Puan bernama Tuan Haji Shariff bin Adamsa dan bonda, Puan Hajah Wan Majmin Binti Hashim.

Yang Amat Berbahagia Toh Puan mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Nicholas Convent, Alor Setar, Kedah sebelum melanjutkan pendidikan di Sekolah St. Theresa Sungai Petani. Setelah menamatkan pendidikan di peringkat sekolah, Yang Amat Berbahagia Toh Puan memperolehi Sijil Pendidikan dari Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka dan mengikuti kursus Bahasa Inggeris di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur.

Yang Amat Berbahagia Toh Puan memulakan kerjayanya sebagai seorangpendidik pada tahun 1964 dan berkhidmat selama 25 tahun.

Yang Amat Berbahagia Toh Puan mendirikan rumahtangga dengan Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan dikurniakan empat cahayamata. Antara hobi Yang Amat Berbahagia Toh Puan ialah bermain badminton, bola jaring, membaca buku, memasak dan melancong.

Pada 14 Julai 2007, Yang Amat Berbahagia Toh Puan telah dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P. N.) oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

BIODATA YANG AMAT BERBAHAGIA TOH PUANDATO' SERI UTAMA HAJAH MAJIMOR BINTI SHARIFF,

D.U.P.N.

11

eBuletin Bil.2/2013PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

PROGRAM ISTIADAT

eBuletin Bil.2/2013PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

12ENGLISH CORNER

OH, MY SPELLING!! COMPETITION

he Corporate Communication Division, Penang State Secretariat organised the 1st Oh, My Spelling (OMS) Competition on 25 June T2013. This is another English enhancement programme which

provides a platform for participants to compete and boost their confidence level. The Deputy State Secretary (Management), Dato' Haji Muhammad Yusoff bin Wazir in his opening speech added that the competition would help participants to become more enthusiastic about the English language and inculcate an appetite for reading and pronouncing words accurately as this seemed to be missing in this ICT-savvy era where words were mangled and reduced conveniently. He reiterated that some words were not spelt the way they sounded. Hence spelling English words could be very challenging.

This competition exposes participants to new words, including words not commonly used in the English language to widen their vocabularies. Learning new words will enhance their self-esteem, language development, communication and their literacy.

The pronouncer for the competition was Ms Sharon Nathan from INTI International College while the judges were Ms Ewe Mee King and Mr Ganesan s/o S. Kuppusamy from the Teacher Education Institute, Tunku Bainun Campus and Penang Campus respectively.

INVASION OF THE “SPELLING BEE”

continue...

eBuletin Bil.2/2013PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

13

Initially, eight teams registered for the competition but two withdrew at the eleventh hour. The six teams that competed were: from the the Penang State Secretariat – the Corporate Communication Division (The Phantoms) and the Local Government Division (Lucky Group); two teams from the North-east District and Land Office (DTL Clique and PDTL “Please Don't Tell Lies”), the Penang Public Library Corporation (PPAPP EXCELLENT) and the Penang State Museum and Art Gallery (Capt Robert Smith). The 24 participants cracked their brains to spell words in order to survive up to the final rounds to score marks for their teams. During the competition, some soft-spoken participants came forward and spelled polysyllabic words – some of them completely unknown to most of us – with amazing accuracy. Some were shaking with nervousness, but their courage in facing the members of the audience was heroic.

The close fight among the teams kept the audience on the edge of their seats. Many of them could not help but spell the words along with the competitors. At one point, Ong Siew Lan from DTL Clique clarified with the pronouncer whether “gladiolus” was a flower to ensure that the word was spelt correctly. After the fourth round, two teams had to vie for the first runner-up and second runner-up positions. Pitting their wits against the words, “prima facie” and “hors doeuvre”, the team given the former word won.

The Champion of the competition, DTL Clique away with the prize worth RM400.00. The first runner-up which won RM320.00 was EXCELLENT the third prize winner of RM240.00 was Capt Robert Smith.Members of Capt Robert Smith said that it was an exciting contest and added that they would definitely join the competition again next year. Ong Siew Lan from DTL Clique emerged as the Best Speller in the competition and won RM100.00 for her effort.

Yeap Meng CheeCorporate Communication Division, Penang State Secretariat

OH, MY SPELLING!! COMPETITION

ENGLISH CORNER

14

eBuletin Bil.2/2013PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

OH, MY SPELLING!! COMPETITION

– GALLERY --

ENGLISH CORNER

eBuletin Bil.2/2013PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

GALERI AKTIVITI PSUKPP 15

KONTINJEN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG KE PERHIMPUNAN SAMBUTAN HARI

PEKERJA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2013

ejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP) telah menyertai Perhimpunan PPerpaduan Sempena Hari Pekerja Tahun 2013

pada 22 Jun 2013 di Stadium Putra, Bukit Jalil. Seramai 46 orang peserta telah terlibat bagi mewakili Kontinjen PSUKPP ke perhimpunan tersebut dengan membawa tema “Pekerja Berinovasi Pencetus Transformasi Negara”.

Perhimpunan Raksasa ini menghimpunkan seramai lebih daripada 12,000 kakitangan Jabatan kerajaan termasuk anggota Badan Berkanun, Swasta dan NGO itu dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.Y.A.B. Perdana Menteri turut menyampaikan amanat Khas sempena Sambutan. Hari Pekerja 2013 yang bertemakan “Pekerja Pemankin Transformasi Negara”.

samb...

eBuletin Bil.2/2013PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

KONTINJEN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG KE PERHIMPUNAN SAMBUTAN HARI

PEKERJA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2013

Majlis perhimpunan yang bermula pada jam 9.00 pagi ini turut dimeriahkan.dengan persembahan artis terkenal negara serta persembahan kebudayaan daripada Artis Budaya Petronas dan DBKL. Kemuncak acara pada majlis tersebut adalah sesi penyampaian hadiah bagi Persembahan Terbaik Kontinjen Perhimpunan Peringkat Kerajaan dan Swasta serta beberapa Anugerah Pekerja Negara yang melibatkan kategori-kategori hadiah iaitu Anugerah Perdana Menteri, Anugerah Tokoh Pekerja Negara Bagi Kumpulan Eksekutif, Anugerah Tokoh Pekerja Negara Bagi Kumpulan Bukan Eksekutif , AnugerahTokoh Pekerja Negara Orang Kurang Upaya, Anugerah Majikan 1Malaysia (Syarikat Besar) , Anugerah Majikan 1Malaysia (Syarikat Berkaitan Kerajaan), Anugerah Majikan 1Malaysia (Perusahaan Kecil & Sederhana) dan beberapa anugerah lain yang menghargai golongan pekerja.

GALERI AKTIVITI PSUKPP 16

KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI MEMERINTAH KAPAL HMAS PARRAMATTA &

KAPAL MHAS MARYBOROUGH KEPADA YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

eBuletin Bil.2/2013PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

17GALERI PSUKPP

eBuletin Bil.2/2013PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

GALERI PSUKPP 18

SUMBANGAN TABUNG WIRA NEGARA LAHAT DATU OLEH KAPTEN (MARITIM) ANANDA KUMAR MELALUI

Y.B SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG KEPADA CHAIRMAN AK VENTURE BERHAD PULAU PINANG

eBuletin Bil.2/2013PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

19PERKONGSIAN ILMU