ebuletin fama januari 2013

16
TERBITAN : LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN EDISI : JANUARI 2013 www.fama.gov.my TERBITAN BULANAN Pai Melon FAMA dalam Malaysia Book of Records Majalah Informasi FAMA Untuk Edaran Dalaman

Upload: wafi-zainol

Post on 21-Mar-2016

261 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Aktiviti FAMA Sepanjang Bulan

TRANSCRIPT

Page 1: eBULETIN FAMA Januari 2013

TERBITAN : LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN EDISI : JANUARI 2013

www.fama.gov.my TERBITAN BULANAN

Pai Melon FAMA dalam

Malaysia Book of Records

Majalah Informasi FAMA Untuk Edaran Dalaman

Page 2: eBULETIN FAMA Januari 2013

2

eBu

leti

n

JAN

UA

RI 2

01

3

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

www.fama.gov.my

SIDANG REDAKSI

PENAUNG

Dato’ Ahmad bin Ishak

KETUA EDITOR

Pn. Noor Azian Mustapa

TIMBALAN KETUA EDITOR

En. Rosli Aw Da

SIDANG PENGARANG

En. Muhamad Al Wafi Zainol Abidin (Ibu Pejabat) En. Zulhizam Abdul (Perlis) En. Azizan Man (Kedah) Pn. Mazrina Adam (Pulau Pinang) En. Abdul Rahim Mokhtar (Perak) En. Mohd Zharaubi Kafi (Selangor) En. Mohd Din Abdul Hamid (Negeri Sembilan) En. Mohd Nor Sun (Melaka) En. Radzuan Muhamad Shahid (Johor) En. Nor Azmin Fithri Abdul Aziz (Pahang) En. Abdul Ghani Zainal (Terengganu) En. Mohd Hafiz Nurulhuda (Kelantan) Pn. Angelina Bidol (Sarawak) Tn. Hj. Rahman Mohd Yaakub (Sabah)

LAYOUT & GRAFIK

En. Norhanizam Sudin

JURUFOTO

En. Adenan Hj Daud

Assalamualaikum dan salam sejatera kepada semua pembaca budiman. Pertama sekali saya mengucapkan rasa syukur kepada Ilahi kerana hasrat untuk menerbitkan Buletin FAMA tercapai jua walaupun dalam suasana bajet yang kejat sekarang ini. Saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada sidang redaksi yang bertungkus lumus untuk menerbitkan e-buletin ini. Tahniah sekali lagi! Adalah diharapkan e-buletin ini menjadi wadah ‘internal communication’ antara kakitangan FAMA di semua peringkat. Saya juga sangat mengalu-alukan sebarang berita/rencana untuk dimuatkan di dalam buletin ini. Sebarang cadangan dan syor yang membIna adalah sangat dihargai. Selamat membaca.

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Ketua Editor Noor Azian Mustapa

Diterbitkan oleh : Bahagian Komunikasi Korporat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Bangunan FAMA Point, Lot 17304 Jalan Persiaran 1 Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan

Page 3: eBULETIN FAMA Januari 2013

3

eBu

leti

n

JAN

UA

RI 2

01

3

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

www.fama.gov.my

-IKLAN/ADVERTENSI-

Page 4: eBULETIN FAMA Januari 2013

4

eBu

leti

n

JAN

UA

RI 2

01

3

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

www.fama.gov.my

Acara Dwi tahunan itu berlangsung dari 23 November hingga 2 Disember 2012 yang mana FAMA menjadi salah satu pemain utama.

Acara MAHA 2012 yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian turut disertai FAMA.

Selain itu FAMA turut mendapat liputan mengenai mengenai aktiviti dalam MAHA 2012 menerusi berita, temubual dan hebahan.

FAMA juga berjaya mencatatkan rekod penghasilan pai terbesar di dalam Malaysia Book of Records yang dihasilkan bersama pelajar dan chef dari Institut Kemahiran Mara (IKM).

Agrobazaar, medan selera Sajian Makanan Popular dan Gerai Buah-buahan Segar GBBS antara komponen penting yang menjadi tarikan utama dalam memeriahkan acara yang berjaya menarik lebih tiga juta pengunjung.

Page 6: eBULETIN FAMA Januari 2013

6

eBu

leti

n

JAN

UA

RI 2

01

3

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

www.fama.gov.my

Pada 14 Disember 2012 yang lalu,

Kementerian Wanita, Keluarga dan

Pembangunan Masyarakat (KWKPM)

dengan kerjasama Lembaga

Pemasaran Pertanian Persekutuan

(FAMA) menganjurkan Bazar Wanita

1Malaysia @ Pasar Tani.

Bazar yang mengkhususkan

penyertaan daripada kaum wanita ini

dirasmikan oleh Ketua Setiausaha

Negara, YBhg. Dato' Sri Dr. Ali Hamsa.

Majlis perasmian turut dihadiri oleh

Ketua Setiausaha KWKPM Datuk Dr

Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua

Setiausaha MOA Dato' Mohd Hashim

Abdullah serta Ketua Pengarah FAMA

Datuk Ahmad Ishak.

Bazar Wanita 1Malaysia ini bertujuan

meningkatkan penyertaan kaum wanita

terutamanya golongan ibu tunggal dan suri

rumah untuk menambah pendapatan

melalui perniagaan tani.

Page 7: eBULETIN FAMA Januari 2013

7

eBu

leti

n

JAN

UA

RI 2

01

3

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

www.fama.gov.my

Usaha mempromosi buah-buahan tempatan oleh

FAMA diteruskan lagi melalui Karnival Jom

Makan Buah Putrajaya 2012 yang dianjurkan

bersama Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan

kerjasama Kementerian Pertanian (MOA) dan

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga

(TEKUN). Karnival yang berlangsung selama lima

hari itu bermula dari 7 hingga 11 Disember 2012

diadakan di Laman 1Malaysia, Presint 2,

Putrajaya.

Acara perasmian karnival itu disempurnakan

oleh Ketua Setiausaha MOA, Datuk Mohd

Hashim Abdullah yang turut disertai oleh

Presiden PPj, Tan Sri Dato' Seri Dr. Aseh Che Mat

dan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak.

Karnival Jom Makan Buah Putrajaya 2012

menempatkan Gerai Buah-buahan Segar (GBBS)

yang menjual pelbagai jenis buah-buahan

tempatan, gerai Sajian Makanan Popular dan

gerai usahawan IKS.

Namun, apa yang menjadi tarikan utama

kepada pengunjung di situ ialah Durian Party,

di mana pengunjung dapat menikmati raja

segala buah-buahan sebanyak yang mungkin

dengan hanya bayaran RM15. Terdapat

pelbagai aktiviti menarik yang disediakan

kepada pengunjung seperti demonstrasi

masakan, persembahan pancaragam dan

banyak lagi.

Page 8: eBULETIN FAMA Januari 2013

8

eBu

leti

n

JAN

UA

RI 2

01

3

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

www.fama.gov.my

» Penghujung tahun 2012 menyaksikan lebihan bekalan durian dari seluruh negara terutamanya dari negeri Pahang. Sehubungan dengan itu, Pada 3 Disember 2012, Ketua Pengarah Datuk Hj Ahmad Ishak telah mengadakan lawatan kerja di Jerantut bagi melihat sendiri isu lebihan bekalan tersebut. Datuk Ketua Pengarah turut diiringi Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Pengarah Kanan Bahagian Komunikasi Korporat, Pengarah Wilayah Timur III, Pengurus Pusat Operasi Jerantut dan kakitangan lain.

Lawatan yang dikenali sebagai walkabout ini meliputi pusat operasi, kilang pemprosesan durian sejuk beku, dan dusun durian. Encik Lokman selaku pengurus Pusat Operasi Jerantut telah memberikan taklimat mengenai operasi berkaitan buah durian. Selain daripada turun padang, Datuk Ketua Pengarah turut melihat sendiri proses durian sejuk beku dalam bentuk pes dan fruitlet serta memberikan syor agar diadakan sebuah pelan yang komprehensif bagi mengatasi lebihan bekalan buah durian pada masa akan datang.

Page 9: eBULETIN FAMA Januari 2013

9

eBu

leti

n

JAN

UA

RI 2

01

3

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

www.fama.gov.my

Semua bahagian FAMA

melalui pengarah-

pengarah kanan telah

membentangkan

pencapaian tahun 2012

dan menetapkan sasaran

mereka untuk tahun

2013 dalam sesi ini.

SESI SKT & KPI 2013 Lembaga Pemasaran

Pertanian Persekutuan

(FAMA) telah mengadakan

Sesi Sasaran Kerja Tahunan

(SKT) dan Indeks Prestasi

Utama (KPI) di Institut

Latihan FAMA (ILF) yang

berlangsung dari 19 hingga

21 Disember 2012.

Majlis perasmian sesi ini

disempurnakan oleh Ketua

Pengarah, YBhg. Datuk

Ahmad bin Ishak dan turut

dihadiri oleh Pengerusi Tan

Sri Dato’ Paduka Baruddin

Amiruldin.

Menurut Ketua

Pengarah, Tahun 2013

merupakan tahun yang

mencabar kerana

FAMA perlu beroperasi

dan bekerja dalam

belanjawan yang kejat

berikutan situasi

ekonomi semasa.

Page 10: eBULETIN FAMA Januari 2013

10

eBu

leti

n

JAN

UA

RI 2

01

3

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

(FAMA) dijemput oleh pihak Seri Perdana

untuk mempromosikan buah-buahan

tempatan sempena majlis makan malam

tersebut.

Presiden Susilo dan Perdana Menteri diiringi

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak

yang memberi penerangan ringkas berkenaan

buah-buahan yang dipamerkan.

Selain daripada isteri Perdana Menteri, Datin

Seri Rosmah Mansor, turut hadir pada malam

itu ialah para menteri dan diplomat dari

kedua-dua buah negara.

PRESIDEN INDONESIA DI SERI PERDANA

Pada 18 Disember 2012, Presiden

Indonesia Susilo Bambang

Yudhoyono diraikan oleh Perdana

Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul

Razak dalam satu majlis makan

malam di Seri Perdana.

Majlis ini adalah salah satu rangka

lawatan beliau yang berada di ibu

negara untuk menerima anugerah

Doktor Kehormat daripada

Universiti Utara Malaysia (UUM).

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

www.fama.gov.my

Page 11: eBULETIN FAMA Januari 2013

11

eBu

leti

n

JAN

UA

RI 2

01

3

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

www.fama.gov.my

Stesen Radio dan Televisyen

Malaysia (RTM) telah menjemput

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Haji

Ahmad Ishak dan Datuk Bandar

Kuching Utara dan Datuk Abang

Abdul Wahap Abang Julai sebagai

tetamu dalam rancangan Selamat

Pagi 1Malaysia (SP1M) yang

bersiaran pada 26 Disember 2012.

Slot SP1M yang dihoskan oleh

saudara Hisyam Salleh itu

membicarakan mengenai Medan

Niaga Satok yang bakal

menggantikan pasar Satok di

Kuching.

Pelbagai perkara dibincangkan

antaranya mengenai pembukaan,

perpindahan dan isu berkaitan

peniaga di samping maklumat-

maklumat lain mengenai medan

niaga tersebut.

Page 12: eBULETIN FAMA Januari 2013

12

eBu

leti

n

JAN

UA

RI 2

01

3

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

www.fama.gov.my

Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di

Gopeng kini terus berkembang pesat

dengan pembukaan Agromall pada 15

Disember 2012.

Kompleks yang terletak berhampiran

dengan Lebuh Raya Utara Selatan ini

menempatkan Agrobazaar, Pasaraya

Mydin, pejabat perkhidmatan kerajaan

terpilih dan medan selera Dapur dan

Singgah.

MAJLIS PEMBUKAAN AGROMALL DI RTC PERAK

Antara aktiviti yang menjadi pengisian

susulan majlis tersebut ialah jualan

buah-buahan, demonstarasi masakan,

persembahan pancaragam, serta

penampilan maskot upin dan ipin.

Agromall yang terletak di kawasan

strategik iaitu berdekatan dengan

laluan Lebuh Raya Utara selatan

menerima sambutan yang amat

menggalakkan daripada pengunjung

sebaik sahaja pembukaannya. YBhg. Datuk Ahmad Ishak selaku Ketua

Pengarah FAMA telah merasmikan

pembukaan Agromall dalam satu majlis

yang turut dihadiri oleh peneraju utama

Pasaraya Mydin iaitu Datuk Wira Ameer

Ali Mydin.

Page 13: eBULETIN FAMA Januari 2013

13

eBu

leti

n

JAN

UA

RI 2

01

3

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

www.fama.gov.my

Page 16: eBULETIN FAMA Januari 2013

LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN Bangunan FAMA Point, Lot 17304 Jalan Persiaran 1

Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel : 603-61262020 Faks : 60.3-61383650/61385200

www.fama.gov.my