istana lama seri menanti

4
ISTANA LAMA SERI MENANTI KONSEP RUANG Reka bentuk asas Rumah Melayu Tradisional dan Istana Melayu dibina dengan prinsip modular,iaitu memudahkan kerja-kerja penambahan ruang dilakukan,terutama ketika memerlukan ruang-ruang tambahan.Dalam konteks pembinaan istana seri menanti ini juga mempunyai ruang-ruang tertentu. Aspek ruang memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan istana ini. 1 Istana ini memiliki empat tingkat. Tingkat pertama bernama Balai Rong Seri atau dipanggil serambi. Dalam pembinaan tingkat pertama ini terdapat ruang-ruang yang telah dibuat. Antaranya ialah ruang santap (makan). 2 Ruang ini merupakan ruang di mana dahulu sultan bersantap dan menjamu para tetamunya. Pada tingkat ini juga terdapatnya ruang beranda sepanjang 160 kaki. Di ruangan beranda inilah para pembesar menghadap sultan dan di ruangan ini juga 1 Ruang membawa maksud kawasan kosong di sekeliling objek,jarak antara dua objek atau rongga dalam sesuatu objek. Ruang ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu ruang nyata,ruang fizikal(ruang terbuka dan ruang tertutup)dan ruang ilusi/ruang tampak(ruang dalam,ruang cetek dan ruang rata) 2 Ruang makan ialah ruang yang dipergunakan untuk makan bersama,samaada makan bersama keluarga atau makan bersama tetamu. Bowo Prithano (2010).18 Desain Rumah Modern:Andi Amazon.hlm6

Upload: mshah5737

Post on 01-Oct-2015

228 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

ISTANA LAMA SERI MENANTIKONSEP RUANG Reka bentuk asas Rumah Melayu Tradisional dan Istana Melayu dibina dengan prinsip modular,iaitu memudahkan kerja-kerja penambahan ruang dilakukan,terutama ketika memerlukan ruang-ruang tambahan.Dalam konteks pembinaan istana seri menanti ini juga mempunyai ruang-ruang tertentu. Aspek ruang memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan istana ini.[footnoteRef:2] [2: Ruang membawa maksud kawasan kosong di sekeliling objek,jarak antara dua objek atau rongga dalam sesuatu objek. Ruang ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu ruang nyata,ruang fizikal(ruang terbuka dan ruang tertutup)dan ruang ilusi/ruang tampak(ruang dalam,ruang cetek dan ruang rata)]

Istana ini memiliki empat tingkat. Tingkat pertama bernama Balai Rong Seri atau dipanggil serambi. Dalam pembinaan tingkat pertama ini terdapat ruang-ruang yang telah dibuat. Antaranya ialah ruang santap (makan).[footnoteRef:3] Ruang ini merupakan ruang di mana dahulu sultan bersantap dan menjamu para tetamunya. Pada tingkat ini juga terdapatnya ruang beranda sepanjang 160 kaki. Di ruangan beranda inilah para pembesar menghadap sultan dan di ruangan ini juga digunakan sebagai tempat untuk bermusyawarah. Ruangan yang mengarah ke depan adalah ruang pertemuan sultan dengan pembesar-pembesar kerajaan. [3: Ruang makan ialah ruang yang dipergunakan untuk makan bersama,samaada makan bersama keluarga atau makan bersama tetamu. Bowo Prithano (2010).18 Desain Rumah Modern:Andi Amazon.hlm6]

Pada ruangan tingkat pertama ini juga menempatkan tempat beradunya(ruangan tidur) tuan puteri dan putera.[footnoteRef:4] Ruangan beradu puteri dan putera adalah berbeza mengikut adat perpatih. Ruangan bagi puteri lebih besar berbanding ruangan putera. Ini jelas menunjukan bahawa adat perpatih juga mempengaruhi dari segi aspek ruang. Terdapat juga beberapa ruangan yang dihiasi kain-kain berwarna kuning, yang membawa maksud kewibawaan dan ketinggian budi pekerti. Keadaan ini dapat dilihat melalui Korden jendela dan pintu, sprei kasur dan sarung bantal, semuanya berwarna kuning. [4: Ruang tidur adalah ruang yang paling lama digunakan.Setiap manusia umunnya memerlukan waktu istirahat. Waktu istirahat tersebut umumnya ialah di ruang tidur. Ruang tidur sangatlah penting bagi setiap rumah. . Bowo Prithano (2010).18 Desain Rumah Modern 1 Lantai:Andi Amazon.hlm.7 ]

Tidak seperti tingkat pertama,di tingkat kedua istana ini pula menempatkan ruang beradunya(ruangan tidur) sultan dan permaisuri. Di dalam ruangan beradu sultan terdapatnya satu anak tangga khas yang di buat bertujuan untuk keselamatan. Tujuan pembinaan tangga ini ialah bertujuan agar sultan dapat melepaskan diri apabila terdapatnya serangan daripada pihak musuh. Untuk ke tingkat tiga dan empat perlu menggunakan anak tangga. Anak tangga yang di bina dalam istana ini adalah sangat curam.[footnoteRef:5] Ruangan yang terdapat pada tingkat tiga adalah ruang keluarga.[footnoteRef:6] Di ruangan ini, adalah tempat sultan beristirahat, berkumpul, dan bercengkerama bersama keluarganya. Pada ruangan ini juga sultan dapat melihat hutan-hutan yang hijau,gunung-gunung,rumah-rumah penduduk dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh rakyatnya.Dengan berdiri di jendela ini, pandangan mata bebas untuk melihat ke segala arah. Tidak ada benteng atau pagar tinggi yang menghalangi pandangan. [5: Tangga yang dibina di istana ini merupakan tangga yang cukup istimewa kerana memaksa rakyat yang naik membongkok dan secara tidak langsung menghormati penghuni di dalam istana. Ia direka bentuk dengan menjarakkan anak tangga teratas setinggi 0.4 meter. Ini juga berlaku di istana-istana lain seperti istana Sri Menanti yang membina tangganya terlalu curam sehingga sesiapa yang ingin menuruni anak tangga tersebut terpaksa menghadap istana dan tidak membelakangkannya. Rahmah Bujang dan Nor Azlin Hamodon (2002).Kesenian Melayu.Kuala Lumpur:Pelangi Publishing.Group Bhd.hlm.136] [6: Ruang keluarga merupakan ruang yang difungsikan sebagai tempat berkumpul keluarga untuk bersantai,menonton bermain dengan anak-anak dan kegiatan keluarga lainnya. Bowo Prithano (2010).18 Desain Rumah Modern 1 Lantai:Andi Amazon.hlm.6]

Seterusnya pada tingkat empat pula terdapatnya ruang untuk menyimpan barang-barang khazanah. Antara barang-barang khazanah yang disimpan adalah barang-barang yang berharga seperti alat kebesaran di raja.[footnoteRef:7] Tujuan barang-barang ini disimpan di tingkat atas iaitu tingkat empat kerana selamat. Di ruang ini terdapat pengawal-pengawal yang ditugaskan untuk menjaga barang tersebut. [7: Peranan alat kebesaran diraja sebagai satu cirri kedaulatan. Didalam sejarah melayu perkara ini tidak dinyatakan dengan khusus. Zainal Abidin bin Abdul Wahid (1991).Sejarah Malaysia.Selanggor:Universiti Kebangsaan Malaysia.hlm.25]