issue_21_2014

13
ISU 21 • APRIL - OGOS 2014 PERCUMA SHAH ALAM BERSIH • INDAH • HIJAU #lorongbelakang LORONG SENI Ubah persepsi masyarakat terhadap lorong belakang rumah kedai menjadi kawasan tarikan dan produk pelancongan baharu di Shah Alam. JMB DIDIDIK FAHAMI PERANAN MEREKA DALAM PENGURUSAN BANGUNAN BERSTRATA MBSA sedia bengkel kepada JMB dan MC Seminar Pengurusan Bangunan Berstrata PROJEK RANCANGAN MALAYSIA KE SEBELAS (RMK-11) MBSA KE ARAH PENYEDIAAN UTILITI DAN PEKHIDMATAN AWAM YANG LEBIH CEKAP MBSA BERJAYA MERANGKUL ANUGERAH BERTARAF ANTARABANGSA DAN PERINGKAT KEBANGSAAN Anugerah ‘Planning Excellence Awards 2014’, bagi kategori ‘Place Making and Public Space Award’ di bawah tajuk projek ‘Shah Alam Back Lane Transformation’ dari Malaysian Institute of Planners (MIP). Anugerah ‘Green Apple (Green Apple Award Winner) 2014 for Environment Best Practice’ dari The Green Organization, United Kingdom. Tajuk projek : ‘The Clean Zone : Back Lane Transformation & Trees For Life’.

Upload: trinhnguyet

Post on 30-Dec-2016

265 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: issue_21_2014

ISU 21 • APRIL - OGOS 2014PERCUMA

SHAH ALAMBERSIH • INDAH • HIJAU

#lorongbelakangLORONG SENIUbah persepsi masyarakat terhadap lorong belakang rumah kedai menjadi kawasan tarikan dan produk pelancongan baharu di Shah Alam.

JMB DIDIDIKFAHAMI PERANANMEREKA DALAMPENGURUSANBANGUNANBERSTRATAMBSA sedia bengkel kepada JMB dan MC Seminar Pengurusan Bangunan Berstrata

PROJEK RANCANGAN MALAYSIA KE SEBELAS(RMK-11) MBSAKE ARAH PENYEDIAAN UTILITI DAN PEKHIDMATAN AWAM YANG LEBIH CEKAP

MBSA BERJAYA MERANGKUL ANUGERAH BERTARAF ANTARABANGSA DAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Anugerah ‘Planning Excellence Awards 2014’, bagi kategori ‘Place Making and Public Space Award’ di bawah tajuk projek ‘Shah Alam Back Lane Transformation’ dari Malaysian Institute of Planners (MIP).

Anugerah ‘Green Apple (Green Apple Award Winner) 2014 for Environment Best Practice’ dari The Green Organization, United Kingdom. Tajuk projek : ‘The Clean Zone : Back Lane Transformation & Trees For Life’.

Page 2: issue_21_2014

PROJEK RANCANGAN MALAYSIA KE SEBELAS (RMK-11) MBSAKE ARAH PENYEDIAAN UTILITI DAN PEKHIDMATAN AWAM YANG LEBIH CEKAP & MESRA PENGGUNAKeseluruhan kawasan pentadbiran Majlis merangkumi kawasan seluas 29,030 hektar (290.3 km persegi) dan melibatkan 2 daerah iaitu daerah Petaling dan daerah Klang. Unjuran penduduk pada tahun 2020 dijangka meningkat seramai 686,966 orang. Bandar raya Shah Alam terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu seksyen 1 hingga 24 kawasan tengah, seksyen u1 hingga u20 bagi kawasan utara dan seksyen 25 hingga 36 bagi kawasan selatan Shah Alam.

Mengikut pelan Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam 2020 (Pengubahan 1) yang diwartakan pada 21 Jun 2012 (no. warta 2412), pembangunan Shah Alam telah dibahagikan kepada 5 blok perancangan kecil :i. BPK1 –Seksyen 1 hingga 24 ;ii. BPK2 – Seksyen 25 hingga 36 ;iii. BPK3 – Seksyen U1,U2, U3, U6 hingga U9 ;iv. BPK4 – Seksyen U10 hingga U15 danv. BPK5 – Seksyen U4, U5, U16 hingga U20

Manakala, kawasan Majlis telah dibangunkan dengan pembangunan seperti berikut :

i. Kediaman seluas 9,911.22 hektar (34.147%) iaitu sebanyak 140, 367 unit pegangan;

ii. Industri seluas 3,713.21 hektar (12.79 %) iaitu sebanyak 6,599 unit pegangan;

iii. Komersial dan perkhidmatan seluas 1140.36 hektar (3.92%);iv. Institusi dan kemudahan masyarakat – 2555.36 hektar

(8.80%);v. Selebihnya adalah untuk pembangunan infrastruktur dan utiliti,

tanah lapang dan rekreasi, pertanian, hutan dan badan air.

ISU DAN CABARANi. Kutipan cukai taksiran. Kutipan cukai taksiran menyumbang

peratusan tertinggi kepada hasil Majlis :ii. Tunggakan cukai taksiran;iii. Jumlah pegangan di Shah Alam;iv. Perkhidmatan perbandaran;v. Penyelenggaraan jalan dan infra;vi. Aduan-aduan awam danvii. Prestasi kontraktor penyelenggaraan yang telah dilantik.

PRESTASI HASIL CUKAI TAKSIRAN DARI 2011-2014 Jumlah Jumlah Jumlah Pegangan Cukai Jumlah Tunggakan Jumlah Tahun Pada 1 Jan Semasa Kutipan % Kutipan Cukai Taksiran Kutipan % Kutipan

2011 182,348 RM158,692,305.48 RM154,752,196.07 94.706 RM31,494,969.52 RM20,269,358.35 64.36

2012 186,206 RM181,444,882.72 RM174,838,342.70 93.50 RM29,019,842.75 RM21,026,276.70 72.45

2013 195,566 RM214,623,672.74 RM199,876,901.00 93.15 RM20,146,533.24 RM14,283,301.59 70.90

2014 208,927 RM114,175,084.04 RM103,956,726.22 91.06 RM23,957,512.02 RM9,397,953.13 39.26 (Penggal 1/2014) (Sehingga 5/6/2014) (Sehingga 5/6/2014)

Keluasan pembangunan di kawasan pentadbiran MBSA mengikut kategori: • Kediaman : 9,911.22 hektar• Industri : 3,713.21 hektar• Komersial dan perkhidmatan : 1140.36 hektar• Institusi dan kemudahan masyarakat : 2555.36 hektarSelebihnya adalah untuk pembangunan infrastruktur dan utiliti,tanah lapang dan rekreasi, pertanian, hutan dan badan air.

PENAUNGDato’ Hj. Mohd Jaafar B. Hj. Mohd AtanDatuk Bandar Shah Alam

PENASIHATMohtar B. HaniTimbalan Datuk Bandar

KETUA PENGARANGAsmah Bt. Mohd ZinPengarah Korporat & Pembangunan Komuniti

PENGARANG BERITAShahrin B. AhmadTimbalan Pengarah Korporat & Pembangunan Komuniti

EDITORFuaza Ilmi Bt. BosroPegawai Penerbitan

WARTAWANNurazrina Azrin Bt. ZakariaNorhafizal Bt. Taharin

JURUGAMBARShaharul b. Mohammed YusoffFadzil Azuan B. Jaafar

SUDUT EDITORIAL

BULETIN KOMUNITI INI DITERBITKAN OLEH : JABATAN KORPORAT, MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

TINGKAT G, WISMA MBSA PETI SURAT 7200 PERSIARAN PERBANDARAN, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

: www.mbsa.gov.my: www.korporat-mbsa.blogspot.com

: fb.com/shahalamcitycouncil: +603 5522 2743/2741

: [email protected]

: twitter.com/sacitycouncil

SHAH ALAM MAIL

2

PERCUMA ISU 21 • APRIL - OGOS 2014

3

Page 3: issue_21_2014

PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN 2015

A. Pembangunan Kemudahan Pengangkutan AwamBagi meningkatkan tahap perkhidmatan pengangkutan awam dan merealisasikan sistem pengangkutan awam mampan bagi menampung pertambahan penduduk Shah Alam, MBSA akan melaksanakan projek-projek pembangunan seperti berikut :i. Projek Mass Rapid Transit (MRT): Jajaran projek MRT Lembah

Klang (Sungai Buloh ke Kajang). Laluan bermula dari stesen KTM Sg. Buloh ke KTM Kajang sepanjang 51 km yang melibatkan 35 stesen hentian. Laluan sepanjang 5.5 km adalah dalam kawasan MBSA. Manakala depo dibina dalam kawasan Majlis di atas sebahagian tanah RRI dengan keluasan 161.71 ekar.

ii. Projek Sambungan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang Jaya - Kelana Jaya : Jajaran dari stesen Kelana Jaya ke Putra Height yang melibatkan 13 stesen, di mana Stesen 3 berada di kawasan MBSA iaitu di Glenmarie Seksyen U1 manakala Stesen 11 dan 12 iaitu Stesen Subang Alam Seksyen 27 dan Stesen Alam Megah Seksyen 28 merupakan stesen yang berada dalam kawasan MPSJ tetapi bersempadanan dengan kawasan MBSA.

iii. Menggalakkan pembangunan berasaskan ’Transit Oriented Development’ (TOD) di sepanjang Jajaran MRT Sungai Buloh – Kajang dan LRT yang telah dirancang.

iv. Perkhidmatan Komuter (KTMB) stesen Subang Jaya ke Terminal Skypark (Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang).

v. Menyediakan landasan keretapi dari stesen Subang Jaya ke Terminal Skypark (Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang) : Jajaran sepanjang 8.15 km, dicadangkan juga tambahan 2 buah stesen di antara Terminal Subang Jaya dan Terminal Skypark iaitu di kawasan Sri Subang (berhampiran masjid dan kolej MIAT) dan Glenmarie (berhampiran kawasan perindustrian Glenmarie) untuk kemudahan penduduk setempat dan sekitarnya.

vi. Perkhidmatan bas dengan kaedah ‘Bus Rapid Transit’ (BRT) : cadangan ‘Bus Rapid Transit’ (BRT) di lebuhraya persekutuan, laluan Shah Alam ke Bukit Jelutong dan laluan Shah Alam ke Kota Kemuning oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Dan Darat (SPAD) melalui Syarikat Prasarana Negara.

vii. Integrated Terminal Transportation Hub (ITT): mengenalpasti dan mengekalkan ITT Hub dalam pembangunan Selangor Vision City dan pembangunan Elmina Seksyen U16 sebagai pusat perniagaan dan terminal pengangkutan awam bersepadu yang akan berfungsi sebagai ITT Hub untuk kawasan Utara Malaysia dan selanjutnya sebagai terminal pengangkutan awam yang utama di Shah Alam.

B. Pembinaan Lebuh Raya Barui. Lebuh Raya Bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH) :

jajaran Lebuhraya DASH akan melalui Perdana Height Seksyen U10 hingga RRI Seksyen U4 dan Kota Damansara Petaling Jaya yang melibatkan sepanjang 20.1 km dengan 12 persimpangan dan 13 plaza tol.

ii. Lebuh raya Pantai Barat (‘West Coast Expressway’) : jajaran lebuhraya sepanjang 316 km yang bermula dari Banting, Selangor dan berakhir di Taiping, Perak. Jajaran lebuh raya yang termasuk dalam kawasan MBSA adalah sepanjang 4.8km.

C. Projek Pembangunan Bandar-Bandar Baru Keluasan Komponen Anggaran Pembangunan Pemaju Seksyen (ekar) pembangunan penduduk

Elmina east Sime Darby U16 1628.66 i. perumahan : 5,928 unit 23,712 orang Elmina Development ii. perniagaan : 89.86 ekar Sdn. Bhd iii. perindustrian : 96.05 ekar

Elmina west Sime Darby U15 & u17 2787.41 i. perumahan : 21,152 unit 84,608 orang Elmina Development Sdn. Bhd

Kwasa land Tetuan Kwasa Land U4 678.29 i. perumahan : 5,452 unit 21,808 orang Sdn. Bhd ii. perniagaan : 35.23 ekar

Tanah milik Tetuan Lembaga U4 533.00 i. institusi Anggaran pelajar : Lembaga Getah Malaysia Getah Malaysia 1,000 orang Anggaran warga kerja : 2,000 orang

Alam Impian Tetuan I & P 35 1443.41 i. perumahan : 11,893 unit 47,572 orang ii. perniagaan : 143.96 ekar

Keluasan Komponen Anggaran Pembangunan Pemaju Seksyen (ekar) pembangunan penduduk

Setia Alam Tetuan Bandar U13 2710.394 i. perumahan : 24,129 unit 96,516 orang Setia Alam Sdn. Bhd. ii. perniagaan : 309.94 ekar

Tetuan Bandareco- 612.009 i. perumahan : 2,192 unit 8,768 orang Setia Sdn. Bhd. ii. peniagaan : 9.37 ekar

Tetuan Perbadanan 234.70 i. perumahan : 1,809 unit 7,236 orang Kemajuan Negri ii perniagaan : 7.93 ekar Selangor (PKNS) P10

Tetuan Perbadanan 343.00 i. perumahan : 2,966 unit 11,864 orang Kemajuan Negri ii perniagaan : 14.69 ekar Selangor (PKNS) P12

Aman Putri PPC Glomac U13 158.22 i. perumahan : 973 unit 3,892 orang Sdn. Bhd

Unik Sejati Unik Sejati Sdn. Bhd U17 88.07 i. perumahan : 358 unit 1,432 orang

CADANGAN PROJEK RMK-11 MBSA

Bermula tahun 2016, melalui Cadangan Projek Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMK-11), MBSA akan menjayakan pelbagai projek pembangunan, khususnya bagi kesejahteraan warga bandar raya Shah Alam. Antara projek-projek pembangunan tersebut termasuklah;-

A. Pembangunan FizikalAntara projek-projek yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini :

i. Cadangan pembinaan kompleks pasar moden 6 tingkat dengan kemudahan kedai di tingkat 1- 3, padang bola di aras bumbung dan tempat letak kereta di tingkat 4-5, pusat memproses sisa buangan pasar di Paya Jaras, Seksyen U19,Shah Alam.

•Menyelesaikan masalah penempatan peniaga yang tidaktersusun dan sukar dikawal;

•Menaiktaraf infrastruktur,kemudahanawamsediadauntukkeselesaan dan keselamatan penduduk serta pengunjung.

ii. Cadangan pembangunan 300 unit tempat letak kereta (TLK) bertingkat dengan sistem mekanikal automatik (“Automated Mechanical System”) di pusat bandar, Seksyen 14, Shah Alam (tapak bersebelahan bangunan Maybank).

•Menyediakan kemudahan TLK bagi pengunjung yangberurusan di bangunan-bangunan pejabat berdekatan, beriadah atau menghadiri program di Dataran Kemerdekaan Shah Alam;

•TLK ini akan memberikan lebih banyak ruang untukmeletakkan kenderaan bagi pengunjung di pusat bandar dan bagi mengelakkan kereta pengunjung ditunda jika diletakkan di tempat yang tidak dibenarkan.

iii. Cadangan pembangunan kompleks sukan komuniti yang terdiri dari sebuah ‘grand stand’ untuk 15 ribu penonton, asrama dan kemudahan lain di Seksyen 19, Shah Alam.

•Menyediakan kompleks sukan yang boleh digunakan olehkomuniti setempat;

•Kewujudankomplekssukanyanglengkapbagipenggunaankomuniti setempat amat diperlukan bagi memenuhi

permintaaan penduduk Shah Alam untuk memupuk bakat-bakat baru bidang sukan.

iv. Cadangan pembangunan gerai dan kedai 2 tingkat serta rumah sampah di lot PT 11743 dan PT 11744, di jalan besar Pekan Subang, Seksyen U6, Shah Alam.

•Menyediakan gerai dan kedai yang lebih kondusif kepadapenduduk setempat;

•Menyelesaikanisupembinaangerai tanpakebenaranyangsukar dikawal;

•Memberikan pulangan ekonomi yang lebih baik kepadaMajlis;

•Meningkatkanimejkawasantersebutyangtelahdisenaraikandalam kawasan ‘blackspot’

v. Cadangan pembinaan jambatan menyambungkan pembangunan di Seksyen 31 Kota Kemuning dan Seksyen 27, Shah Alam merentangi Sungai Klang.

•Memudahkan penjanaan ekonomi kerana Seksyen 27merupakan kawasan industri yang berhampiran dengan kilang PROTON;

•Mengurangkan kesesakan lalulintas apabila penggunaanLKSA disambungkan daripada jalan ini, yang menghubungkan kawasan Puchong, Subang Jaya dan Bukit Jalil;

•Mengurangkan kesesakan di Jalan Bukit Kemuning danJalan Persiaran Kuala Selangor.

ISU 21 • APRIL - OGOS 2014

5

SHAH ALAM MAIL

4

PERCUMA

Page 4: issue_21_2014

vi. Cadangan membina persimpangan bertingkat daripada Persiaran Tengku Ampuan menghubungkan Lebuhraya Persekutuan (arah ke Kuala Lumpur), Seksyen 15, Shah Alam.

•Menaiktaraf kemudahan infrastruktur kemudahan awamsediada untuk keselesaan dan keselamatan penduduk serta pengunjung;

•Menyuraikanalirantrafikdiwaktupuncakuntukpenjimatanmasa, keselesaan dan kemudahan pengguna jalanraya.

vii. Cadangan membina laluan ‘Under Pass’ dan persimpangan bertingkat di Bulatan Kayangan menghubungkan Persiaran Hisamuddin dan Persiaran Kayangan, Seksyen 12, Shah Alam.

•Menaiktaraf kemudahan infrastruktur , kemudahan awamsediada untuk keselesaan dan keselamatan penduduk serta pengunjung;

•Menyuraikanalirantrafikdiwaktupuncakuntukpenjimatanmasa, keselesaan dan kemudahan pengguna jalanraya;

•Mengurangkan kesesakan lalulintas di laluan yangmenghubungkan Stadium Shah Alam.

viii. Projek tebatan banjir Jalan Kebun – pengambilan tanah dan kerja awalan.

•Membina kolam takungan bagi satu kawasan yangdikenalpasti yang berfungsi untuk mengawal kuantiti air bagi kawasan yang sedang pesat membangun ini;

•Menaiktaraf longkang/parit tanah sediada bagi kawaanyang berkaitan agar aliran air lancar bagi kawasan yang dikenalpasti banjir

Menaiktaraf kawasan rekreasi dan taman tasik :i. Melebarkan laluan pejalan kaki daripada 5’ ke 10’;ii. Menaiktaraf lampu menggunakan solar;iii. Pemasangan pagar di sekeliling taman;iv. Tandas dinaiktaraf serta menggunakan kaedah SPAH ‘rainwater

harvesting’ bagi kerja pembersihan tandas;v. Menaiktaraf kemudahan taman seperti :- bangku, wakaf, meja

perkelahan, tong sampah;vi. Pemasangan papantanda;vii. Penggantian alatan permainan;viii. Menaiktaraf tempat letak kereta;ix. Penyelenggaraan pokok.

Menaiktaraf Taman Bandar (Kota Kemuning, Setia Alam dan Alam Impian) :

i. Pelebaran laluan pejalan kaki daripada 5’ ke 10’;ii. Kemudahan gym luaran;iii. Menaiktaraf lampu menggunakan solar;iv. Tandas dinaiktaraf serta menggunakan kaedah SPAH (rainwater

harvesting) bagi kerja pembersihan tandas;v. Penyelenggaraan pokok;vi. Menaiktaraf kemudahan taman seperti :- bangku, wakaf, meja

berkelah, tong sampah;

D. Perlaksanaan Program Inisiatif Hijau

Cadangan penambahbaikan ‘green impact’ yang terdiri dari penyediaan Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH) kepada semua tandas awam dan mesin memproses sisa buangan kepada semua gerai makan di bawah pengurusan Majlis, antaranya dengan :

i. Menaiktaraf semua tandas awam dan gerai yang disediakan oleh pihak Majlis;

ii. Dengan penyediaan SPAH pada tandas dan gerai ini dapat mengurangkan kos utilili bagi pembersihan tandas dan gerai;

iii. Manakala penyediaan mesin memproses sisa buangan pada gerai pula boleh mengurangkan kos kutipan sampah ke pusat pembuangan sampah di jeram.

Menyediakn fasiliti sisa kebun dan kompos Shah Alam (`garden waste composting centre’) seperti;i. Promosi / insentif;ii. Pembelian mesin/jentera seperti `trommel screening machine’,

`grinding machine’,`backhoe’ dan `packaging machine’;iii. Struktur penyimpanan;iv. Pengurusan dan pentadbiran.

E. Merangka Perkhidmatan Awam Berorientasikan Rakyat Dan Perkhidmatan

Shah Alam WIFI diwujudkan di 50 lokasi sekitar bandar raya Shah Alam bagi menyediakan kemudahan capaian internet kepada warga Shah Alam di seluruh kawasan Shah Alam secara percuma dan capaian internet dengan kelajuan yang lebih baik dan stabil dan jugasebagaitambahankepadapemasanganwifisediaadaolehKerajaan Negeri iaitu 2 lokasi setiap DUN (8 lokasi). Kemudahan internet sedia ada masih lagi terhad terutamanya di kawasan Utara dan Selatan iaitu pinggir pusat bandar Shah Alam.

Bas Komuniti - Penyediaan bas percuma selaras dengan pelan tindakan 5 tahun Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor yang telah mengarahkan PBT untuk menyediakan bas percuma, juga bagi menggalakkan warga Shah Alam menggunakan pengangkutan awam bagi mengatasi kesesakan lalulintas terutamanya di kawasan pembangunan yang berkepadatan tinggi.

Pembangunan program pelancongan, terutamanya di kawasan sekitar Stadium Shah Alam – membina surau dan kemudahan tandas awam di tapak Bazarena Shah Alam. Shah Alam terkenal dengan Bazarena dan Pasar Tani terbesar di Malaysia yang beroperasi setiap hari Ahad. Setiap minggu lebih 800 hingga 1,000 peniaga dan hampir 10,000 pengunjung mengunjungi kawasan ini. Manakala, peniaga yang berniaga di sini datang dari seluruh Lembah Klang dan terdapat juga dari negeri-negeri lain di Malaysia. MBSA berhasrat untuk memberi kemudahan kepada pengunjung dan peniaga untuk rehat dan rawat di Shah Alam, sekaligus memudahkan urusan peniaga bersama pihak Majlis.

Ahad. Setiap minggu lebih 800 hingga 1,000 peniaga dan hampir 10,000 pengunjung mengunjungi kawasan ini. Manakala, peniaga yang berniaga di sini datang dari seluruh Lembah Klang dan terdapat juga dari negeri-negeri lain di Malaysia. MBSA berhasrat untuk memberi kemudahan kepada pengunjung dan peniaga untuk rehat dan rawat di Shah Alam, sekaligus memudahkan urusan peniaga bersama pihak Majlis.

B. Pemasangan CCTV Pemasangan CCTV di kawasan-kawasan ‘hotspot’ dan ‘blackspot’ yang telah dikenalpasti, iaitu sebanyak 100 lokasi bagi melancarkan usaha pemantauan keselamatan di kawasan-kawasan tersebut dan juga sebagai tambahan kepada lokasi CCTV sedia ada yang telah dibekalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebanyak 24 kamera, dan Kerajaan Negeri Selangor sebanyak 50 kamera.

C. Penyediaan Kemudahan Rekreasi Dan Riadah

Antara fokus utama projek-projek yang dilaksanakan di kawasan Taman Tasik Shah Alam :

Pembaikpulihan kualiti air tasik :i. ‘Aerator Installation’ bagi pembersihan dan pengurangan

Planktonic Alga;ii. Penggunaan ‘Effective Mikrob’ (EM) setiap bulan;iii. Pengnyahan selut atau ‘ludgin’ menggunakan ‘geotube’;iv. ‘Water quality monitoring’ (3 kali setahun);v. Pemasanganpamdan‘filteration’;Barat–3stesen;Tengah–2

stesen; Timur – 2 stesen

Laluan trek basikal dan pejalan kaki Seksyen 4, Shah Alam, salah satu daripada projek yang terawal untuk penghargaan 5 Inisiatif Kejiranan Hijau, anjuran JBPD, Semenanjung Malaysia.

Tandas bumbung hijau di Taman Lembah Bukit SUK, Seksyen 5, Shah Alam.

ISU 21 • APRIL - OGOS 2014

7

SHAH ALAM MAIL

6

PERCUMA

Page 5: issue_21_2014

F. Penstrukturan Semula Pengurusan Sisa Pepejal

Antara usaha-usaha yang dilaksanakan adalah :i. Pembinaan ‘transfer station’ tambahan untuk Shah Alam di

kawasan utara. •Perkhidmatankutipansampahdomestiklebihefisyen; •Menjimatkan masa dan kos penyelenggaraan kenderaan

kerana jarak ke tapak pelupusan akhir terletak jauh dari zon kutipan;

•Dapat mengurangkan kesesakan lori ke Pusat PelupusanSampah Jeram;

•Transfer station sedia ada tidak dapat lagi menampungjumlah sampah. Penerimaan sampah sehari sebanyak 1600 tan melebihi kapasiti yang dihadkan iaitu sebanyak 1000 tan. Selain MBSA, MPAJ, MPSJ dan MBPJ juga menghantar sampah ke Pusat Pemindahan Sampah Seksyen 21 yang menyebabkan kesesakan.

ii. Program pengkomposan sisa makanan kepada baja organik di pasar dan gerai Majlis.

•Membeli dan menempatkan mesin pengkomposan sisamakanan kepada baja organik di setiap pasar dan gerai Majlis secara berperingkat. Inventori : pasar – 6 lokasi dan gerai – 34 lokasi;

•Cadanganpenempatanmesin.Inventori:1lokasipasar/1tahun dan 7 lokasi gerai / 1 tahun;

•Membinabangunankekalyangdilengkapibekalanelektrik

dan air untuk menempatkan mesin pengkomposan tersebut.iii. Pembinaan pusat kitar semula bagi kerja-kerja pengumpulan,

proses dan lerai. •Pengubahsuaian rumah sampah yang tidak berfungsi

dan dijadikan sebagai pusat kitar semula. Cadangan pengubahsuaian: 2 unit rumah sampah / 1 tahun;

•Memilih lokasi yang strategik dan berdekatan dengankawasan kediaman / komersial bagi membina pusat kitar semula yang baru untuk memudahkan penduduk;

•Cadanganpembinaan:1unitpusatkitarsemula/1tahun; •Menambah bilangan pusat kitar semula sedia ada untuk

kemudahan penduduk.iv. Program “Separation at source” Program ini akan dilaksanakan di kawasan pusat bandar

sebagai ‘pilot project’. Seksyen yang terlibat adalah Seksyen 2, 6, 8, 9, 10, 11 dan Seksyen 12. Pihak Majlis akan menyediakan 2 unit tong sampah MGB 120L yang berasingan bagi setiap kediaman bagi pengasingan sampah domestik dan bahan yang boleh dikitar semula. Anggaran jumlah premis kediaman yang terlibat adalah 15,000 unit bagi keseluruhan kawasan program.

Terdapat juga cadangan pembangunan pusat kitar semula di Seksyen 21, Shah Alam, bagi menggalakkan dan meningkatkan kesedaran komuniti Shah Alam untuk mengitar semula bahan-bahan yang terbuang serta dapat menambahkan pendapatan penduduk.

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN DANPEMBANGUNAN SEMULA INFRASTRUKTUR KEMUDAHAN TAMAN SERTA KUALITI AIR TASIK, TAMAN TASIK SHAH ALAM

Dalam memastikan taman tasik menjadi sebuah tasik yang berperanan sebagai kawasan sensitif alam sekitar (merujuk kepada Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Dataran Banjir, Tanah Lembap, Bekas Lombong, Tasik Dan Sungai, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia) prinsip perancangan dan pembangunan tasik perlulah melengkapi 3 prinsip utama iaitu Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan, serta Pemelilharaan Alam Sekitar dan Pemuliharaan Sumber Asli yang Mampan.

Taman Tasik Shah Alam merupakan tasik buatan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu timur dipanggil Tasik Damai, barat sebagai Tasik Permai dan tengah dinamakan Tasik Indah. Ketiga-tiga bahagian ini dikelilingi tasik dan kehijauan taman yang sesuai untuk aktiviti seisi keluarga.

Taman Tasik Shah Alam terletak di Seksyen 14 berhampiran Kompleks PKNS, taman tasik ini menyediakan ruang rekreasi berkeluasan 43 hektar yang turut menjadi habitat pelbagai hidupan air dan burung yang singgah di sini. Untuk mengekalkan

keindahan Taman Tasik Shah Alam, Jabatan Taman dan Rekreasi MBSA telah mengadakan Bengkel Penambahbaikan Dan Pembangunan Semula Infrastruktur Kemudahan Taman Serta Kualti Air Tasik, Taman Tasik Shah Alam.

Menurut Dr. Pauziah Hanum bt. Abdul Ghani dari Eco Hijau Semula Sdn. Bhd., penyelenggaraan tasik perlu dijalankan sekiranya terdapat penurunan kualiti air tasik. Kualiti air tasik perlu dipantau setiap

tahun dan dinilai dari semasa ke semasa. Punca pencemaran perlu dikenalpasti dan langkah mengatasi harus diambil bagi mengelakkan pencemaran berterusan.

Bengkel yang dilaksanakan pada 13 dan 14 Jun 2014, bertempat di Bilik Latihan Catelia, MBSA ini membentangkan 8 tajuk utama berkenaan pembersihan dan kualiti air tasik, pencahayaan dan keceriaan taman, keselamatan, kepentingan pendidikan alam sekitar, taman sebagai pusat interaksi, pengurusan dan penyelenggaraan pokok dan sebagainya.

Hasil daripada bengkel yang dilaksanakan, MBSA perlu mengadakan perancangan dan pelaksanaan kerja untuk jangka masa yang panjang bagi memudahkan MBSA membuat penambahbaikan dan mengatasi masalah yang terdapat di Taman Tasik Shah Alam tersebut.

Taman Tasik Shah Alam mempunyai daya tarikan dan keunikan tersendiri yang menjadi tempat rekreasi dan interaksi pengunjung. Sekiranya kita sebagai pengguna tidak mengambil kisah terhadap perubahan yang berlaku di sekitar taman tasik tersebut, berkemungkinan besar kita akan kehilangan alam semulajadi yang mengimbangi persekitaran kehidupan kita.

ISU 21 • APRIL - OGOS 2014

9

SHAH ALAM MAIL

8

PERCUMA

Page 6: issue_21_2014

DIDIK JMB DAN ORANG RAMAI MENGENAI TATACARA HIDUP DI BANGUNAN BERTINGKATSEMINAR PENGURUSAN BANGUNAN BERSTRATA

Pembangunan hartanah bertingkat atau berstrata merupakan satu corak pembangunan mampan yang diterima umum sebagai cara kehidupan di bandar, sekaligus bersetuju untuk berkongsi bersama harta yang dimilik kecuali petak rumah yang di diami.

Penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama di Malaysia adalah dilaksanakan di bawah dua akta: Akta 663 dan Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318), sejak April 2007. Di bawah Akta 663, 3 pihak diperkenalkan dan dilantik iaitu Pesuruhjaya Bangunan (Commissioner of Buildings), badan pengurusan bersama (Joint Management Body) dan badan pengurusan (MC).

Dengan penggunaan kemudahan yang disediakan, pihak Badan Pengurusan Bangunan atau atau ‘Joint Manangement Body’ (JMB) dan badan pengurusan (MC) bertindak sebagai pihak yang bertanggungjawab memastikan kemudahan-kemudahan dalam keadaan baik dan diselenggara, persekitaran rumah bertingkat bersih, tiada aktiviti vandalisme, penambahan dan pengubahsuaian rumah bertingkat, keselamatan kawasan yang selamat dan sebagainya.

Caj atau bayaran penyelenggaraan akan dikenakan kepada pemilik harta daripada pihak JMB bagi melaksanakan hal-hal pengurusan dan penyenggaraan bangunan. Ada sesetengah pemilik harta yang tidak bersetuju untuk dikenakan bayaran penyelenggaraan. Hal ini, menyukarkan

pihak JMB untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kerana kekurangan kos penyelenggaraan dan kerjasama daripada pemilik rumah.

Ada juga sesetengah pihak JMB yang mengambil kesempatan di atas caj penyelenggaraan yang dikenakan oleh pemilik harta dengan tidak melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengurusan bangunan berstrata tersebut.Pengurusan dan penyelenggaraan sesebuah bangunan berstrata adalah terikat di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).

Masalah-masalah yang dihadapi oleh pemilik harta dan juga JMB di kawasan Shah Alam akan dirujuk kepada pihak MBSA melalui Pesuruhjaya Bangunan (COB). MBSA memainkan peranan penting sebagai orang tengah yang menyatukan antara pihak JMB dengan pemilik rumah sekiranya pihak JMB tidak dapat mencapai kata sepakat.

COB bertanggungjawab mengawal selia pihak yang terlibat dalam pengurusan bangunan berstrata, menyelesaikan masalah dan mengambil tindakan ke atas mereka yang tidak mematuhi peruntukan yang ditetapkan mengikut undang-undang dan garis panduan yang ditetapkan oleh agensi kerajaan seperti Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor, serta Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.

Seminar Pengurusan Bangunan Berstrata telah diadakan pada 25 Jun 2014, bertempat

di Dewan Bankuet,MBSA bertujuan memberikan penerangan yang lebih jelas kepada pihak JMB terhadap peraturan dan peruntukan undang-undang, tanggungjawab dan peranan JMB dan pemaju terhadap penyelenggaraan pengurusan bangunan berstrata, keperluan dalam menangani pemilik harta yang gagal menjelaskan caj penyelenggaraan, pengurusan pembersihan dan kutipan sampah di kawasan bangunan berstrata dan sebagainya.

Kekeliruan tatacara peralihan tugasan (tanggungjawab dan pembahagian tugas) daripada pemaju ke JMB dan MC dan tatacara pemilihan ahli JMB dan MC yang tidak seragam, tindakan yang boleh diambil oleh COB terhadap pemaju sekiranya pemaju gagal melaksanakan tanggungjawab, hal-hal berkaitan dengan pengurusan akuan penyenggaraan, kawasan harta bersama yang tidak ditandakan atau dinyatakan dengan jelas dan juga tidak ada peruntukan khusus untuk mengira unit syer petak dalam sesebuah kawasan pemajuan bagi kes-kes petak yang tidak dinyatakan unit syer. - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia.

KOIR SHAH ALAM SHINE EDISI KEBANGSAANSEMAI SEMANGAT PATRIOTIK ANAK MUDA

SHAH ALAM ENDURIDE 2014ACARA SUKAN BERBASIKAL BERTARAF ANTARABANGSAMBSA mensasarkan untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya sukan yang bukan sahaja memiliki fasiliti sukan bertaraf antarabangsa tetapi mampu untuk menganjurkan/mengelolakan aktiviti sukan bertaraf antarabangsa.

Dengan penyediaan kemudahan sukan bertaraf antarabangsa seperti Stadium Shah Alam, Stadium Tertutup Melawati, Taman Sukan Lasak (Extreme Park), Litar ‘Go-Kart’, dan Pusat Akuatik Darul Ehsan. Shah Alam mampu menarik ramai pelancong asing untuk beriadah dan menggunakan fasiliti sukan yang ada di sini.

Pada 18 Mei 2014 yang lalu, MBSA telah menganjurkan Program Kayuhan “Shah Alam Endure Ride 2014” satu sukan berbasikalyangmengujiketahananfizikaldan mental para peserta dengan berkayuh sejauh 160km.

Peserta kayuhan perlu melengkapkan kayuhan dalam masa 8 jam dengan melalui beberapa daerah sekitar Negeri Selangor seperti Daerah Klang, Gombak dan Kuala Selangor.

Acara sukan berbasikal ini juga merupakan usaha berterusan MBSA untuk mewujudkan Shah Alam sebagai bandar

raya yang mampan, hijau dan ‘vibrance’ di mana masyarakatnya menjadikan aktiviti sukan sebagai budaya dan gaya hidup.

Bil Tempat/Hadiah Sekolah Rendah Sekolah Menengah

1. Johan TheGreenTeam SeafieldChoir RM3,000bersertasijil (SekKebSubangJaya) (SMKSeafield),SubangJaya

2. Naib Johan Kung Man Shines Harmonix Youth Choir RM2,000 berserta sijil (Sek Jenis Keb (C) Kung Man Selangor) (SMK Damansara Jaya)

3. Ketiga Jiao Er Choir SMK Convent Bukit Nanas, RM1,500 berserta sijil (Sek Keb Jenis (C) Batu Sebelas, Cheras) Kuala Lumpur

4. Persembahan Terbaik Pitch Perfect Kepong Shines RM 500 berserta sijil (Sek Jenis Keb (C) Kuen Cheng 1, Kuala Lumpur) (SMK Kepong)

5. Kumpulan Harapan Pitch Perfect SMJK Katholik, Petaling Jaya RM700 berserta sijil (Sek Jenis Keb (C) Kuen Cheng 1, Kuala Lumpur)

6. Konduktor Terbaik Lim Zeng Xian Khoo Loui Ean RM100 berserta sijil (Kung Man Shines) (SMK Raja Jumaat, Negeri Sembilan)

Golongan muda merupakan golongan yang paling terpengaruh dengan elemen muzik dalam kehidupan harian mereka. Muzik boleh membuatkan seseorang individu menghayati sesuatu maksud tertentu dengan baik.

Melihat daripada gaya hidup golongan muda ini, MBSA telah mengadakan Pertandingan Koir Shah Alam Shines Edisi Kebangsaan 2014 melibatkan sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Pertandingan Koir Shah Alam mula diperkenalkan oleh MBSA pada tahun 2010 dikenali sebagai Pertandingan Koir Selangor Shine.

Pertandingan Koir Shah Alam Shines diadakan bertujuan:-•Memberi pendedahan dan penghayatan

kepada generasi muda mengenai lagu-lagu patriotik dan lagu-lagu rakyat.

•Menanamsemangatpatriotik,perpaduanserta semangat cintakan negara kepada generasi muda melalui seni persembahan muzik.

•Salah satu usaha pihak mbsa untukmenyediakan aktiviti yang bermanfaat untuk generasi muda yang merupakan pelapis pimpinan negara.

Keputusan penuh Pertandingan Koir Shah Alam Shines Edisi Kebangsaan:-

ISU 21 • APRIL - OGOS 2014

11

SHAH ALAM MAIL

10

PERCUMA

Page 7: issue_21_2014

Operasi Pusat Siber dan Kafe Siber yang dikenali sebagai Ops Siber adakah aktiviti penguatkuasaan terhadap pengusaha pusat siber yang menjalankan perniagaan judi secara haram di sekitar Shah Alam.

Premis yang menjalankan aktiviti perjudian haram yang berselindung di bawah perniagaan pusat siber atau kafe siber akan dikenakan tindakan kompaun dan rampasan atas kesalahan Undang-Undang Kecil-Pusat Siber dan Kafe Siber (MBSA) 2007 Peruntukan 3 dan 28 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen perniagaan.

OPS SIBERBANTERAS AKTIVITI PERJUDIAN HARAM SEKITAR SHAH ALAM

PASAR PAGI, SEKSYEN 25BAKAL BERUBAH WAJAH!

UMWT:BANTU MBSA HIJAUKAN BUMIKomitmen pihak UMW Toyota Motor Sdn. Bhd (UMWT) dalam memastikan keseimbangan dan kepentingan flora terhadap manusia dan persekitaran boleh dibanggakan. Pihak UMWT telahpun berkerjasama dengan pihak MBSA dalam program penanaman pokok iaitu Shah Alam Trees For Life pada 21 Jun 2014 bertempat di Taman Tasik Kota Kemuning, Seksyen 31, Shah Alam.

Sumbangan sebanyak RM12 ribu daripada UMWT digunakan bagi pembelian anak pokok, pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan sebagainya. Program kali ini telah disertai oleh 1000 orang sukarelawan yang terdiri daripada Institut Pengajian Tinggi, syarikat korporat, badan bukan kerajaan dan penduduk sekitar.

Taman Tasik Kota Kemuning dipilih menjadi kawasan penanaman pokok adalah merupakan kawasan yang strategik dan sering digunakan oleh penduduk sekitar

untuk beriadah dan bersukan. Pokok-pokok ditanam bagi memberikan teduhan dan pengindahan kawasan tersebut.

Lakaran 3D pasar moden Seksyen 25.

Acara menandatangani surat Akujanji bagi tujuan pemindahan tapak pasar disaksikan oleh YB. Mat Suhaimi B.Shafie,ADUNSriMuda(berbajumerah)danDatukBandar.

“Sebanyak 77 operasi dan 77 buah premis yang telah dilaksanakan sehingga Mei 2014”

Pasar Pagi, Seksyen 25 atau Pasar Taway akan berubah wajah dengan pelaksanaan pembinaan pasar moden berkonsep ‘hypermarket’ khusus kepada peniaga pasar tersebut.

Pada 5 Mei 2014 yang lalu, telah mengadakan Majlis Menandatangani Surat Akujanji Bagi Tujuan Pemindahan Peniaga Tapak Pasar Pagi Di Seksyen 25, Shah Alam. Majlis yang telah dilaksanakan ini bertujuan mendapatkan persetujuan kesediaan para peniaga Pasar Pagi Seksyen 25 untuk berpindah ke lokasi baru yang disediakan oleh pihak MBSA demi kemudahan dan keselesaan para peniaga.

Selain itu, majlis ini juga bertujuan menerangkan dan memaklumkan kepada para peniaga Pasar Pagi Seksyen 25 berkenaan pelan pembinaan bangunan pasar yang dirancang dibina di kawasan berhampiran pasar sedia ada. Pameran pelan pembinaan pasar telah dipamerkan bagi memberikan gambaran sebenar kepada para peniaga berkenaan pasar baru yang bakal dibina.

Pihak MBSA menegaskan bahawa pemilikan dan keutamaan hanya diberikan kepada warga tempatan dan mempunyai lesen perniagaan yang sah daripada pihak MBSA serta kepada peniaga yang berniaga dipasar sedia ada.

Pasar moden yang mempunyai 3 tingkat bahagian perniagaan terdiri daripada 67 buah pasar basah, 72 buah pasar kering, 8 buah kiosk jualan dan 28 buah gerai makanan serta 3 tingkat parkir yang memuatkan 200 buah kereta dan 112 buah motorsikal.

MBSA tidak pernah lupa dan mengabaikan tanggungjawab kepada komuniti terutamanya dari golongan muda berus pada 3 hingga 5 Jun 2014 yang lalu, bertempat di Perpustakaan Anggerik Vanilla MBSA, Seksyen 31, Kota Kemuning, Shah Alam.

Program kali ini membawakan konsep pendidikan kerohanian, para pelajar berusia antara 8 hingga 15 tahun didedahkan kepada program Motivasi Al-Quran dengan membawa pelbagai aktiviti kerohanian memfokuskan tentang keindahan Al-Quran, pembelajaran tajwid dan bertalaqi seperti Talaqqi Surah Juz

Amma dan terjemahannya, kisah disebalik Sural Al-Mulk, kelebihan dan kemuliaan Al-Quran,Oh!Mudahnya tajwid, carafikirorang berjaya, dan transformasi qalbu.

Program yang akan dilaksanakan ini bertujuan memberikan didikan dan persediaan awal kepada para pelajar untuk mendalami pembacaan Al-Quran serta memahami kelebihan Al-Quran dalam kehidupan harian. Program ini juga bertujuan membantu anak-anak memantapkan diri dengan menerapkan kemahiran berfikir, menterjemah, menilaidan membuat keputusan.

Selain itu, melalui program ini juga anak-anak dapat meningkatkan keyakinan diri dengan melatih diri melalui kemahiran berkomunikasi dalam latihan kumpulan yang diadakan.

Datuk Bandar menyarungkan apron kepada salah seorang penjaja semasa majlis penyerahan permit Bazar Ramadhan.

MBSA SERAH PERMIT BAZAR RAMADHAN KEPADA 1822 PENJAJAMBSA telah mengeluarkan permit bazar Ramadhan 2014/1435H kepada 1822 penjaja yang telah memohon kebenaran untuk berniaga pada bulan Ramadhan tahun ini.

Permohonan untuk berniaga semasa bulan Ramadhan sentiasa mendapat sambutan yang memberansangkan dan bertambah saban tahun. Oleh kerana pertambahan permohonan bazar Ramadhan, MBSA telah memperbaharui permit bazar Ramadhan bertujuan menyediakan perkhidmatan pembersihan kawasan, pengurusan sampah dan sebagainya denganlebihbaik,efisyendancekap.

Kadar bayaran permit dan cagaran yang perlu dijelaskan oleh pemohon :

Jenis Jualan Kadar Bayaran JKKK/Swasta

Makanan/ Air Kelapa/ Jualan Ayam Kos Yang Terlibat Minuman Tebu Berbakar Golek

Sewa Tapak RM30.00 RM30.00 RM30.00 RM90.00 -

Kutipan Sampah RM60.00 RM90.00 RM90.00 RM90.00 -

Permit RM20.00 RM20.00 RM20.00 RM20.00 RM20.00

Patil RM5.00 RM5.00 RM5.00 RM5.00 RM5.00

Kursus RM50.00 RM50.00 RM50.00 RM50.00 RM25.00

Apron& Topi RM40.00 RM40.00 RM40.00 RM 40.00 RM20.00

Plastik Sampah RM10.00 RM10.00 RM10.00 RM10.00 RM10.00

Jumlah Keseluruhan Bayaran Permit RM215.00 RM245.00 RM245.00 RM305.00 RM80.00

Bayaran Cagaran - RM200.00 RM200.00 RM200.00 -

Jumlah Bayaran Keseluruhan RM215.00 RM445.00 RM445.00 RM505.00 RM80.00

PROGRAM RIANG RIA CUTI SEKOLAHKEMBALI LAGI

ISU 21 • APRIL - OGOS 2014

13

SHAH ALAM MAIL

12

PERCUMA

Page 8: issue_21_2014

PIALA FOO KOK KEONG SETANDING PERTANDINGAN BADMINTON ANTARABANGSA

OPS TANJAK: SASAR 12 PREMIS SEHARI

YAB. Dato’ Menteri Besar bersalaman bersama pemain semasa Majlis Perasmian Kejohanan Piala Foo Kok Keong.

Operasi pecah tanjak dijalankan menggunakan jentera ‘excavater’.

Dengan kerjasama Kelab Shah Alam, MBSA telah mengadakan satu Kejohanan Badminton Jemputan Antarabangsa Piala Foo Kok Keong 2014 yang berlangsung pada 6 hingga 8 Jun 2014 bertempat di Gelanggang Badminton, Kelab Shah Alam, Seksyen 13.

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk menghargai sumbangan dan komitmen saudara Foo Kok Keong, bekas pemain badminton Negeri Selangor dan negara

yang telah menyumbang tenaga dan bakti dalam menjulang nama Negeri Selangor dan negara di dalam sukan badminton di peringkat dalam negeri dan juga persada antarabangsa.

Perjuangan dan kejayaan beliau dalam sukan badminton cukup membanggakan dan beliau juga merupakan salah seorang pemain di dalam skuad badminton negara yang berjaya merangkul Piala Thomas pada tahun 1992.

Kejohanan ini juga merupakan inisiatif berterusan pihak MBSA untuk mempromosikan Shah Alam sebagai bandar raya sukan. Shah Alam mempunyai fasiliti sukan bertaraf antarabangsa yang boleh dijadikan tempat sukan untuk acara-acara sukan bertaraf antarabangsa seperti Stadium Shah Alam, Stadium Tertutup Malawati, Litar Go-Kart, dan Pusat Akuatik Darul Ehsan.

Jabatan Pengurusan Hasil dan Pelaburan mensasarkan 12 buah premis sehari yang membina tanjakan tanpa kebenaran bagi melaksanakan Operasi Pecah Tanjakan (Ops Tanjak) bagi kesalahan di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133.

Ops Tanjak ini dilaksanakan bagi mendisiplinkan para peniaga terutamanya perniagaan servis kenderaan yang banyak membina tanjakan di tempat letak kereta di kawasan pentadbiran MBSA. Binaan tanjakan

tanpa kebenaran ini boleh menyukarkan pengunjung untuk meletakkan kenderaan di petak tempat letak kenderaan yang disediakan oleh pihak Majlis.

MBSA memohon agar pemilik premis yang ingin menggunakan tempat letak kereta bagi tujuan perniagaan untuk membuat permohonan sewaan petak khas terlebih dahulu daripada pihak MBSA sebelum menggunakan tempat letak kereta tersebut untuk tujuan perniagaan.

Permohonan sewaan tapak khas boleh di buat melalui Jabatan Pengurusan Hasil Dan Pelaburan, Tingkat 21, Wisma MBSA atau hubungi 03-55105133 sambungan 1277/1540.

Majlis Bandaraya Shah Alam telah merangkul Johan Keseluruhan Kejohanan Boling PBT Semalaysia anjuran Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang di adakan di Johor Bahru pada 21 hingga 23 November 2013. Kejohanan ini disertai oleh 28 pasukan Pihak Berkuasa Tempatan dari seluruh Malaysia.

Melalui kejohanan ini MBSA telah membawa pulang sebuah piala dan wang tunai sebanyak RM3,000.00. Pasukan MBSA telah berjaya memenangi johan 2 daripada 3 kategori yang dipertandingkan iaitu johan bagi Kategori Dua Sepasukan (Double) dan Tiga Sepasukan (Trio). MBSA turut menjadi johan bagi kategori jatuhan pin tertinggi (high score) yang dimenangi oleh Encik Mohd Shukri b. Abdul Aziz.

Pasukan MBSA diwakili oleh 6 orang kakitangan MBSA dan diketuai oleh En. Mohd Azhar b. Mohd Sharif, Timbalan Pengarah Pelesenan & Penguatkuasaan, MBSA.

PERKHIDMATAN SEWAAN TONG ROROBAGI PERMOHONAN PENGUBAHSUAIAN DAN PENAMBAHAN BANGUNAN

MBSA JUARA BOLING PBT MALAYSIA

MBSAmengorak langkah ke hadapan dalam meningkatkan perkhidmatan perbandaran dengan menyediakan perkhidmatan tong RORO atau ‘Roll On-Roll Off’ bagi memudahkan pemilik bangunan mengurus sisa bangunan untuk kerja-kerja penambahan atau pengubahsuaian bangunan di dalam kawasan pentadbiran MBSA .

Tong RORO adalah sejenis tong sampah bersaiz besar untuk tujuan pengumpulan sisa bahan binaan atau buangan sebelum dihantar ke pusat pembuangan sampah.

Pihak Majlis mengambil inisiatif ini bagi memastikan pengurusan pembuangan sisa bangunan ini diurus dengan baik dan mengelakkan pemilik bangunan mengambil perkhidmatan tong RORO daripada pihak kontraktor yang tidak bertanggungjawab

dengan membuang sisa bangunan di kawasan lapang yang tidak dibenarkan.

Pihak Majlis telah melantik 15 kontraktor berdaftar dibawah seliaan MBSA yang akan bertanggungjawab dalam melaksanakan perkhidmatan pengurusan tong RORO di kawasan pentadbiran MBSA. Terdapat 2 jenis saiz tong RORO yang disediakan iaitu bersaiz 7 tan dan 3 tan dengan kadar bayaran pendahuluan yang berbeza serta wang deposit sebanyak RM1000.

Permohonan bagi perkhidmatan tong RORO boleh dibuat dan disertakan dalam permohonan kerja-kerja pengubahsuaian dan penambahan bangunan serta diluluskan oleh Jabatan Bangunan, MBSA. Pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO, sila hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MBSA di talian 03-55105133 sambungan 1271/1548/1547.

Berikut maklumat tentang tong RORO yang disediakan :-

Bil Saiz/kapasiti Harga Tempoh sewaan

1. 7 tan RM420 14 hari (tong besar) (sekali tarik)

2. 2 tan RM270 14 hari (tong kecil) (sekali tarik)

ISU 21 • APRIL - OGOS 2014

15

SHAH ALAM MAIL

14

PERCUMA

Page 9: issue_21_2014

SUMBANGAN RAMADAN:240 KELUARGA TERIMA BANTUANPihak MBSA telah mengenalpasti seramai 240 penerima terdiri daripada warga kerja yang layak menerima sumbangan Ramadhan mengikut kriteria yang ditetapkan seperti ibu tunggal, bapa tunggal, keluarga yang mempunyai lebih daripada 5 orang anak, keluarga yang memiliki anak dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga kerja yang berpendapatan rendah dan ahli keluarga baru atau mualaf.

Jumlah penerima sumbangan pada tahun ini meningkat berbanding tahun-tahun lepas yang hanya seramai 100 buah keluarga sahaja. Peningkat ini menunjukkan komitmen pihak Majlis dalam mencari golongan ini untuk dibantu dari semasa ke semasa.

Keprihatinan MBSA dalam memastikan kehidupan penduduk di sekitar Shah Alam terjamin agar seiring dengan pembangunan yang semakin maju. MBSA ada menyediakan kelas-kelas kemahiran yang dapat membantu penduduk sekitar Shah Alam terutamanya bagi kawasan pendalaman khusus kepada golongan seperti ini.

Antara kelas kemahiran yang dilaksanakan di bawah seliaan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) adalah kelas mengaji, kelas Bahasa Inggeris, kelas memasak dan kelas membuat roti canai. Kelas kemahiran yang bakal dilaksanakan adalah kelas membuat beg daripada barangan terpakai.

MBSA BANTU KAKITANGAN SAMBUT RAMADHANMBSA turut menghulurkan bantuan kepada 100 orang kakitangannya yang layak terdiri daripada pelbagai kaum yang layak menerima sumbangan di Majlis Berbuka Puasa pada 3Julai2014.30oranganak-anaktahfizdaripadaInstitutTaufiqIslami,JalanKebunturutdiundang bagi memeriahkan suasana majlis berbuka puasa tersebut.

Selain daripada meningkatkan amalan dan pahala puasa, pihak MBSA juga mengambil kesempatan untuk beramah mesra bersama pihak media massa yang membantu meningkatkan imej MBSA di mata masyarakat melalui hebahan program dan aktiviti. Majlis ini merupakan usaha berterusan pihak MBSA untuk memperkasakan lagi persefahaman dan hubungan silaturrahim bersama pihak media massa.

Datuk Bandar diapit oleh Tn. Mohtar Hani, Timb. Datuk Bandar dan Pn. Asma Mohd Zin, Pengarah Korporat & Pembangunan Komuniti bergambar bersama anak-anak tahfizInstitutTaufiqIslamiah.

350 PENUNGGANG MOTORSIKAL TERIMA HELMET PERCUMAKempen Selamat Balik Kampung ini diadakan buat kali ke-4 di kawasan Paya Jaras (berhadapan Sekolah Vokasional), Sungai Buloh Seksyen U20, Shah Alam.

Kempen dilaksanakan bagi menggalakkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung pada musim perayaan agar mementingkan keselamatan jalan raya terutamanya kepada penunggang motorsikal yang sering menjadi mangsa kemalangan khususnya semasa tiba musim perayaan. Selain itu, program ini juga bertujuan mendidik pengguna jalan raya khususnya motorsikal untuk menunggang dengan cara berhemah dan cermat sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman.

Pn. Sarimah bt. Lisut, Ahli Majlis memakaikan topi keledar disalah seorang peserta program.

AMALKAN 3R DI PEJABAT REDUCE/KURANGKAN – REUSE/GUNA SEMULA – RECYCLE/KITAR SEMULA•Gunakankeduabelahmukauntukcetakandokumen.•Gunasemulakertascontenganuntukcetakandrafdokumen.•Gunasemulasampulsuratataufaillama.•Tempah makanan untuk mesyurat atau majlis apabila perlu

sahaja.•Fikirsebelumbuang.

AMALKAN PENJIMATAN AIR•Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang

rendah•Pantaupenggunaanairdalamkehidupanharian•Pastikankepalapaipditutupketatdanrapi•Baikikebocoranpaipairdengankadarsegerabagimengelakkan

pembaziran

GUNAKAN PRODUK MESRA ALAM•Gunakan produk pembersihan atau sabun basuh yang boleh

terurai.•Elakkanpenggunaanbotolplastik•Setkansuhupenyamanudaradiantara24ºchingga26ºc.•Gunakanbekasmakananmesraalam•Bawabekasmakanansendiri.

AMALKAN PENJIMATAN TENAGA•Padamlampujikatidakmemerlukannya•Gunakantangga•Tukarkepadamod‘sleep’jikakomputerandatidakdigunakan•Gunabaranganelektriksebaik-baiknya•Tutup tingkat atau pintu sekiranya menggunakan penyaman

udara•Pastikan barangan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan

pejabat

SHAH ALAMBANDAR RAYA HIJAUAMALAN PENJIMATAN DALAMKEHIDUPAN HARIAN

ANUGERAH TERKINI MBSA

Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2013 anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan mendapat penarafan 4 Bintang.

Sistem Penarafan Bintang Bahasa Kebangsaan PBT 2013 mendapat penarafan 5 Bintang.

Penarafan Laman Web 5 Bintang di dalam ”Malaysia Government Portal and Websites Assessment 2013” anjuran Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

ISU 21 • APRIL - OGOS 2014

17

SHAH ALAM MAIL

16

PERCUMA

Page 10: issue_21_2014

Tidak ramai yang mengetahui bahawa MBSA aset yang tidak ternilai yang dapat menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan sukan negara.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa, MBSA mempunyai beberapa atlit yang mewakili negeri Selangor dan negara Malaysia dalam sukan peringkat

kebangsaan dan antarabangsa. Mutiara yang tersimpan di dasar laut ini, dalam diam telah mencapai pelbagai kejayaan demi kejayaan.

PERMATA MBSA

Sempena bulan Ramadhan 1435H pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan kaunter pengumpulan minyak masak terpakai di kawasan bazar Ramadhan Stadium Shah Alam, Seksyen 13, Shah Alam.

Penyediaan kaunter pengumpulan minyak masak terpakai ini adalah untuk menggalakkan orang ramai khususnya peniaga bazar Ramadhan Stadium Shah Alam supaya tidak membuang minyak masak terpakai, sebaliknya menyerahkan ke kaunter yang disediakan oleh pihak MBSA.

Melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menyokong usaha MBSA dalam menjalankan program rintis kitar semula minyak masak terpakai dengan kerjasama Kris Biofuels Sdn. Bhd. Satu sesi menandatangani perjanjian kerjasama (MoU) telah dilaksanakan bagi menjayakan program ini.

Kris Biofuels Sdn. Bhd. akan menjalankan kerja-kerja pengumpulan minyak masak daripada isi rumah dan peniaga makanan di sekitar Shah Alam. Minyak masak terpakai yang dikumpul akan diproses menjadi biobahan api.

Program ini juga merupakan salah satu langkah untuk memberikan kesedaran dan mendidik para pengunjung dan peniaga supaya

mengamalkan pemakanan yang sihat dan tidak menggunakan minyak masak yang sama berulang kali.

Siapa sangka minyak masak terpakai yang sering dipandang enteng dan dibuang begitu sahaja boleh digunakan semula dan dijadikan bahan terpakai tanpa kimia. Minyak masak yang digunakan dihasilkan daripada kelapa sawit yang boleh digunakan juga sebagai bahan api bio yang boleh digunakan sebagai sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

Misalnya, minyak masak terpakai boleh diproses dan diguna semula untuk dijadikan lilin aroma terapi. Selain daripada lilin, minyak masak terpakai juga boleh dijadikan barangan lain seperti sabun mandi dan biodiesel untuk penggunaan bahan bakar bagi kenderaan.

Penggunaan minyak kelapa sawit yang diolah dan diproses semula seperti minyak masak kepada biodiesel, menjadikan minyak kelapa sawit sebagai sumber bahan api yang boleh diperbaharui.

Berbeza dengan diesel yang dihasilkan daripada petroleum yang diperolehi daripada sumber yang terhad iaitu fosil dan tidak boleh diperbaharui.

MINYAK MASAK TERPAKAI

SUMBER BIODESELMuhammad Faridzal b. Ismail, Pembantu Tadbir, Jabatan Korporat & Pembangunan Komuniti, 25 tahun. Pemain ragbi negara.Kejayaan:

•SukanRagbi:•KejohananWorldUniversityGame,Tahun2012•KejohananAsianSevenSeries,Tahun2011-Kini•KejohananWorldCupQualifying,Tahun2013•KejohananCobra10’s,Tahun2011–Kini•KejohananSukanAsia,GuangZhou,Tahun2010•KejohananSukma,Tahun2006–2010•KejohananOpenMargaretRiver,Tahun2014•KejohananOpenCockburnSeven,Tahun2014•KejohananLigaSuper,Tahun2010–Kini•KejohananSupercup,Tahun2010–kini•KejohananPialaAgung,Tahun2010-kini•KejohananNationalSeven,Tahun2010–kini•KejohananBali10’s,Tahun2011–2013•KejohananJakarta10’s,Tahun2013•KejohananBangkok10’s,Tahun2012-2013•KejohananRemajaKebangsaan,2010•KejohananPoliteknik10’s,Tahun2013(mewakiliMBSA)•KejohananWorldChampionship,Rusia,Tahun2012

Pencapaian yang diperolehi:•PemainTerbaikJakarta10’s,2013•PemainTerbaikLigaSuper,2013•PemainTerbaikHarapan,PialaAgung,2013•OlahragawanMelaka,2012•OlahragawanPoliteknikMalaysia,2012

Muhd Rafiq Arumi b. Abd Latif, Pembantu Tadbir, Jabatan Korporat & Pembangunan Komuniti, 26 tahun. Pemain bola tampar negara. Beliau merupakan atlit negara dalam setiap kejohanan yang diwakili. Antara kejayaan yang diperolehi :

•KejohananSukanMalaysia,Tahun2004–2010•KejohananSeaGame,Tahun2007-2011•KejohananSukanAsia,Tahun2006•KejohananWorldChampionship,India,Tahun2010•KejohananLigaMalaysia,Tahun2011&2012•KejohananAsiaBeachUniversity,Australia,2012

Rina Jordana bt. Adnan, Pen. Peg Belia & Sukan, Jabatan Korporat & Pembangunan Komuniti, 34 tahun. Merupakan pesilat wanita negara yang masih aktif dalam sukan silat. Antara kejayaan yang diperolehi :

•KejohananSeaGame,1999–2007•KejohananSukanAsia,Busan,Korea,20•KejohananPencakSilatAsiaTenggara,•KejohananSilatDunia,1999–•KejohananAseanBeachGame,Bali,2008•KejohananSeaGame,Korat,2007•KejohananSilatKebangsaan,1997-2013

Pencapaian yang diperolehi :•PesilatHarapanKebangsaan,1997-2003•PesilatTerbaikKebangsaan,2004-2013•OlahragawatiUiTM,2002•OlahragawatiHarapanMajlisSukanNegeriPerak,2001•OlahragawatiMBSA,2008•PemainFutsalWanitaTerbaikKebangsaan,2012

Seminar Pengurusan Minyak Masak bersama persatuan penduduk, JMB, agensi kerajaan dan badan korporat.

Majlis Pelancaran Seminar Pengurusan Minyak Masak Terpakai dan Kempen Kitar Semula Minyak Masak 2013 yang diadakan pada 12 March 2013.

Biodiesel adalah bahan api alternatif yang boleh digunakan sebagai pengganti diesel petroleum dan bahan api dihasilkan daripada minyak sayuran dan lemak haiwan melalui proses kimia.

ISU 21 • APRIL - OGOS 2014

19

SHAH ALAM MAIL

18

PERCUMA

Page 11: issue_21_2014

MBSA MAJIKAN PRIHATIN-SEDIAKAN KEMUDAHAN KEPADAKAKITANGANDi bawah pentadbiran YBhg. Dato’ Hj. Mohd Jaafar b. Hj. Mohd Atan, Datuk Bandar Shah Alam, kakitangan MBSA dapat merasai kemudahan-kemudahan yang disediakan. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memberikan keselesaan dan kemudahan kepada kakitangan yang merupakan kebajikan yang disediakan oleh pihak majikan.

Keperluan dan kemudahan akan dikaji oleh pihak Pengurusan MBSA dan penambahbaikan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa demi kesenangan semua pihak. Antara penambahbaikan yang diberikan oleh MBSA terhadap kebajikan kakitangan mereka;-

Bil Kemudahan/sumbangan Peruntukan Penambahbaikan

1. Panel Hospital Pakar a. (Gred 1-41) RM10,000 a. Datuk Bandar :- RM50,000 b. (Gred 44-Jusa C) RM15,000 b. Tim. Datuk Bandar, Ahli Majlis, Pengarah (48-54) RM40,000 KPJ Selangor Specialist Hospital Sdn. Bhd. c. Pegawai (Gred 41-44) RM35,000 (Shah Alam) d. Pegawai (Gred 27-40) RM30,000 e. Pegawai (Gred 1-26) RM25,000 Dimana-mana Hospital KPJ di seluruh Malaysia

2. Panel Hospital Bersalin RM1,700 (Untuk 3 kelahiran sahaja) RM2,500 Panel: Hospital bersalin Umra & Panel: Hospital bersalin Umra & Hospital KPJ Selangor Hospital KPJ Selangor Dimana-mana hospital pakar dengan tanggungan Majlis sebanyak RM2,500 sahaja

3. Klinik Panel Perubatan RM200 sebulan = (RM2,400/setahun) RM300 sebulan = (RM3,600/setahun)

4. Kemudahan Cermin RM500/3 tahun RM500/3 Tahun Mata Panel Cermin Mata:- Dimana-mana kedai cermin mata dengan a. Optik Idaman Sdn Bhd tanggungan Majlis sebanyak RM500 sahaja. b. Reiss Eyes Optical c. Menara Optometry d. Pusat Optometri ALC I Station

5. Taska & Tadika Taska RM160 Taska RM 300 Tadika RM200 Tadika RM250 MBSA menanggung sebahagian yuran MBSA menanggung sebahagian yuran di taska dan tadika di bawah MBSA. di taska dan tadika di bawah MBSA.

6. Kemudahan Kuarters Rumah Pengarah, Seksyen 8, Rumah Pengarah, Seksyen 8, Majlis Shah Alam : 10 Unit Shah Alam : 10 Unit

Kuarters Caladenia, Seksyen 20, Kuarters Caladenia, Seksyen 20, Shah Alam : 32 Unit Shah Alam: 32 Unit

Kuarters Delima, Seksyen U8, Kuarters Delima, Seksyen U8, Shah Alam : 80 Unit Shah Alam : 80 Unit

LAMAN SENI 7SHAH ALAMLORONG BELAKANG JADI TARIKAN PENGUNJUNGLorong belakang rumah kedai atau kawasan komersial merupakan kawasan yang sering dianggap kurang selamat dengan tahap kebersihan yang tidak memuaskan serta persekitaran yang tidak teratur.

Justeru itu, MBSA mengambil satu pendekatan berbeza bagi mengurangkan kegiatan jenayah serta mengubah prespektif pemikiran masyarakat terhadap kawasan lorong belakang.

Program Pengindahan Lorong Belakang yang merupakan inisiatif pihak Majlis untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati oleh pengunjung dan serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti yang bermanfaat.

Hasil yang memberangsangkan dari pelaksanaan Projek Laman Seni 2 di kawasan komersial Seksyen 2, Shah Alam, kini lorong belakang kawasan komersial Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Shah Alam menjadi pilihan pihak MBSA untuk melaksanakan satu pertandingan pengindahan lorong belakang.

Pertandingan yang memerlukan penghasilan seni kreatif dan inovatif ini menerapkan beberapa konsep kesenian moden dan kotemporari atau urban. Pertandingan ini merupakan satu pendekatan MBSA untuk berhubung dan memberi peluang kepada anak muda masa kini mengilhamkan idea-idea mereka ke atas dinding rumah kedai dengan menghasilkan seni mural.

Mengetengahkan 4 jenis kategori pertandingan iaitu ‘3D Painting’, ‘3D Installation’, ‘Street Furniture’ dan ‘Painting On Site’, bertemakan komuniti Shah Alam atau ‘Shah Alam community’, tarikan pelancongan atau ‘tourist attraction’ dan berkonsepkan kehijauan atau ‘green concept’.

Antara objektif kewujudan Laman Seni 7 :-•Mengubahpersepsimasyarakatterhadap

kawasan lorong belakang yang sering kali

dianggap sebagai lokasi yang kotor, tidak terurus, terbiar, tempat pembuangan sampah/perabut lusuh dan tidak selamat kepada persepsi positif.

•Memberiimpakdanmengubahlandskappersekitaran kawasan tersebut menjadi tempat tumpuan pelancongan, aktiviti seni dan budaya, kiosk perniagaan serta mengekalkan kehijauan dan keindahan landskap di kawasan lorong belakang.

•Menggalakkan aktiviti seni dan budayaserta menyerlahkan bakat dan kreativiti orang ramai khususnya generasi muda melalui lukisan mural.

•Menarik tumpuan pengunjung dalamdan luar negara serta menjadi produk pelancongan baru di bandar raya Shah Alam.

Majlis Perasmian Laman Seni 7 telah disempurnakan oleh YAB. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid b. Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor. Turut hadir bersamaYBhg. Dato’ Hj. Mohd Jaafar b. Hj. Mohd Atan, Datuk Bandar Shah Alam, Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan, MBSA.

Lukisan 3D yang ada Laman Seni 7.

“Sehingga September 2014, lebih daripada 11,000 gambar #lorongbelakang tersiar di Instagram”

ISU 21 • APRIL - OGOS 2014

21

SHAH ALAM MAIL

20

PERCUMA

Page 12: issue_21_2014

SANA SINI MBSAMalaysia (Anulae) Cawangan Shah Alam. Mesyuarat Agung Tritahunan Kali ke-16 tahun 2014 hingga 2017 telah diadakan di Dewan Bankuet, MBSA pada 23 Mei 2014.

Pasukan MBSA FC berjaya menjulang nama MBSA apabila telah berjaya dalam perlawanan akhir menentang pasukan Sri Remaja dalam Perlawanan Akhir Liga Perdana Selangor 2014 dengan jaringan 5-0. Perlawanan yang diadakan berlangsung pada 2 Jun 2014 bertempat di Padang MPSJ.

Program Lawatan Puspanita MBSA ke Rumah Jagaan dan Rawatan Orang-orang Tua Al-Ikhlas di Puchong, Selangor pada 13 Mei 2014. Lawatan ini diadakan adalah untuk menyemai rasa kasih sayang dan penghargaan kepada warga emas yang telah banyak berjasa kepada masyarakat.

Ahli Jawatankuasa Wanita MBSA telah melontarkan idea bernas dengan mengambil contoh penghasilan barangan terpakai dari Program Komuniti dan LA21 oleh penduduk Apartment Persint 8 Fasa 4B, Putrajaya. Lawatan ke Pusat Komuniti Penduduk Apartment Persint 8 telah diadakan pada 20 Mei 2014, bagi mempelajari cara-cara penghasilan beg terpakai daripada bahan kitar semula seperti ‘banner’ dan ‘bunting’. Program ini merupakan salah satu cadangan projek yang bakal dilaksanakan bagi menggerakkan Pusat Wanita Berdaya di bawah pentadbiran MBSA.

ISU 21 • APRIL - OGOS 2014

23

SHAH ALAM MAIL

22

PERCUMA

Page 13: issue_21_2014