issn 1311-6891 - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_nov2017.pdf · berkenan...

13
Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | SAFAR 1439H | NOVEMBER 2017 | EDARAN PERCUMA | Bil 184 MS/8 PUSAT PEMBANGUNAN KELANTAN Lahir Ramai Graduan MS/11 Seminar LOGHAT KELANTAN MB KETUAI LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH 2 LAGI PUSAT TAHFIZ AKAN DITUBUHKAN DI KELANTAN YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Haji Ahmad Bin Yaakob berkata, pada tahun 2018 kerajaan negeri akan mewujudkan dua lagi pusat pengajian tahfiz. Katanya, pusat tahfiz berkenaan akan ditempatkan di Beta Hulu, Salor untuk pelajar lelaki.“Manakala untuk pelajar perempuan akan diadakan di Tualang Tinggi, Pasir Puteh”. Lihat muka 5 MENARIK DI DALAM

Upload: doankien

Post on 07-Mar-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISSN 1311-6891 - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_nov2017.pdf · berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Darjah Kerabat Yang Amat Di Hormati (D.K) Kelantan Kehadapan

SAFAR 1439H |NOVEMBER 2017 1

Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | SAFAR 1439H | NOVEMBER 2017 | EDARAN PERCUMA | Bil 184

MS/8

PUSAT PEMBANGUNAN KELANTANLahir Ramai Graduan MS/11

SeminarLOGHAT KELANTAN

MB KETUAI LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH

2 LAGI PUSAT TAHFIZ AKAN DITUBUHKAN DI KELANTAN

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Haji Ahmad Bin Yaakob berkata, pada tahun 2018 kerajaan negeri akan mewujudkan dua lagi pusat pengajian tahfiz. Katanya, pusat tahfiz berkenaan akan ditempatkan di Beta Hulu, Salor untuk pelajar lelaki.“Manakala untuk pelajar perempuan akan diadakan di Tualang Tinggi, Pasir Puteh”.

Lihat muka 5

MENARIKDI DALAM

Page 2: ISSN 1311-6891 - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_nov2017.pdf · berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Darjah Kerabat Yang Amat Di Hormati (D.K) Kelantan Kehadapan

SAFAR 1439H | NOVEMBER 2017 SAFAR 1439H |NOVEMBER 2017 2 3

Sidang RedaksiPENAUNGYB DATO’ HJ MOHD NASSURUDDINB. HJ. DAUDPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta

PENASIHATMD ASHARI MAMATPengarah Urusetia PeneranganKerajaan Negeri Kelantan

PENYELARASABD. RAHIM MUHAMMADPenolong Pengarah Penerbitan dan Dokumentasi

SUSUN ATURAHMAD KARIEMULLAH B. SAIPUL BAHRIN

WARTAWANNIK AZMAN NIK [email protected]

CHE MAZIAH BINTI [email protected]

JURUFOTOABDUL AZIZ BIN [email protected] KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB)

PENGEDARUNIT EDARAN UPKN

PERCETAKANUNIPRESSLot 140, Jalan Pencawang TNB Lundang,Off Jln Sultan Yahya Petra,15150 Kota Bharu, Kelantan.Tel: 09 743 4924Faks: 09 743 4925Email: [email protected]

ALAMAT SURAT MENYURATURUSETIA PENERANGAN KERAJAANNEGERI KELANTANPejabat Setiausaha KerajaanTingkat Atas, Blok 7 Kompleks Kota Darulnaim15503 Kota Bharu Bandar Raya Islam,Kelantan DarulnaimTel 09-7483529(DL), 09-7481957 samb, 7810Faks: 09-7433529

KEBERKATAN | KEMAKMURAN | KEBAJIKAN

Merakyatkan Membangun Bersama Islam

Website: [email protected] (Berita Adun)www.facebook.com/upknkelantan(sila email untuk sebarang pertanyaan)

Pena Pengarah

Alhamdulillaah. Allah telah mengizinkan sebuah Kerajaan negeri yang berpaksikan Membangun Bersama Islam bertapak di bumi Kelantan, Tanah Serendah Sekebun Bunga ini dan kini sudah berusia 27 tahun, bermula tahun 1990.

Pasukan inilah yang rebah bangun, dihimpit dengan segala tekanan moral dan material, namun tetap diizinkanNya meneruskan misi menterjemahkan tujuan penciptaan manusia sebagai makhluk di muka bumi ini – sebagai khalifah – yang ditafsirkan oleh para ulama’ sebagai “mendirikan agama dan mentadbir dunia ini dengannya”.

Sesungguhnya melaksanakan apa yang telah sedia lengkap dan sempurna blue print nya, dan telah terbukti keunggulan dan kejayaannya di masa yang lalu, jauh lebih mudah dari melakukan sesuatu dengan pendekatan try and error, iaitu kaedah cuba-cuba berdasarkan logik akal manusia semata-mata.

Blue print yang diikuti oleh pemerintah negeri ini sejak 27 tahun dulu adalah berasaskan al-Qur’an dan al-Hadith, ijma’ dan qias yang jelas dan nyata.

Benar, di sini tidaklah semakmur di seluruh jajahan takluk di zaman pemerintahan Khalifah Saidina Omar Ab. Aziz [63H (682M) – 101H (720M)] di mana tidak ada rakyatnya yang sanggup mengaku dia termasuk dalam asnaf yang layak menerima zakat. Namun, dikala

hampir setiap hari terpampang di dada akhbar dan media massa kejadian salah laku pimpinan kerajaan pusat yang terseret oleh penguatkuasa anti rasuah, di sini Alhamdulillah, sehingga kini, sepanjang 27 tahun menjalankan amanah memerintah negeri ini, belum ada yang terpalit dengan jenayah itu.

Bermula dari yang teratas dalam pentadbiran kerajaan pusat, yang dikenali sebagai MO1 oleh satu pihak tertentu sehingga lapis-lapis yang di bawahnya dikaitkan bergelumang dengan jenayah salah laku jijik, cemar dan tidak bermoral yang tak sudah-sudah malah semacam tidak ada sedikit pun rasa ‘aib dan bersalah, sentiasa dan terus bermaharaja lela. Masihkah ada manusia yang menjadi pengundi di negara Malaysia ini sanggup terus sekali lagi memberi mandat dan kepercayaan kepada mereka dan sistem yang punah itu untuk memimpin?.

Negara dan rakyat seluruhnya sudah tidak mampu lagi dibuai janji retorik pemimpin korup negara yang senantiasa melaungkan komitmen mereka untuk menjadikan negara ini negara maju, menjadikan kualiti kehidupan rakyat sebagai keutamaan, bersedia memperbetulkan kesalahan dan masalah lalu, menjadikan Malaysia lebih kuat dan berdaya saing diperingkat antarabangsa serta memberi perlindungan kepada yang lemah sedangkan perlaksanaannya bertentangan dengan semua yang diwar-warkan itu. Alih tak alih, sanggup pula berikrar di depan ketua polis dunia untuk menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi negara itu, di kala sebilangan besar rakyat marhaen di bumi sendiri diperah dengan pelbagai cukai yang memeritkan dan keperluan asas mereka yang belum selesai.

Semoga seluruh rakyat negeri dan negara ini sanggup dan mampu mengiktiraf kematangan dan kesejahteraan yang dibawa kerajaan negeri Kelantan yang telah dengan jayanya mengemudi negeri ini dalam onak dan duri sejak 27 tahun lalu, dan menterjemahkannya dalam PRU14 yang akan datang dengan memberi kepercayaan mutlak kepada parti yang berasaskan Islam ini dan menolak secara total kaedah sekular yang gagal yang telah dan sedang mencengkam rakyat dari segala penjuru kehidupan hari ini, dan dijangkakan lebih teruk di masa yang akan datang sekiranya masih diberi peluang sekali lagi.

ALOR SETAR - YMM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail, Pemangku Raja Kelantan berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Darjah Kerabat Yang Amat Di Hormati (D.K) Kelantan Kehadapan KDYMM Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah Di Istana Anak Bukit. Turut mengiringi Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan YBM Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz,Tengku Temenggong Kelantan,YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan,Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri

Kelantan,YB SS Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Kelantan Dato’ Ketua Istiadat Kelantan, Pengelola Istana D’Raja Kelantan, serta Pegawai-pegawai Istana Kelantan.

KDYMM Sultan Kedah juga berkenan mengurniakan Darjah Utama Seri Mahawangsa Yang Amat Dihormati (DMK) Kehadapan YMM Pemangku Raja Kelantan. Selesai Istiadat Pengurniaan seterusnya Majlis Santapan tengahari.YMM Pemangku Raja Kelantan berangkat balik pada jam 2.20 petang dengan menaiki Pesawat Khas.

27 Tahun YangMematang dan Mensejahterakan SULTAN KEDAH

DIKURNIA DARJAH KERABAT KELANTAN

Page 3: ISSN 1311-6891 - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_nov2017.pdf · berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Darjah Kerabat Yang Amat Di Hormati (D.K) Kelantan Kehadapan

SAFAR 1439H | NOVEMBER 2017 SAFAR 1439H |NOVEMBER 2017 4 5

pintu gerbang berwarna putih dan keemasan tersebut diambil bersempena dengan sebuah tempat pengajian ilmu agama oleh arwah di India.

“Idea ini tercetus semasa sambutan 25 Tahun Membangun Bersama Islam dan ia merupakan mercu tanda pembangunan di Kota Bharu.

“Kelantan salah satu negeri yg membangunkan negerinya berasaskan ilmu dan kita setuju untuk bina mercu ini,” katanya dalam ucapannya.

Perasmian pintu gerbang tersebut disempurnakan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Haji Ahmad B Yakob yang turut dihadiri Yang Dipertua MPKB-BRI, Datuk Zamri Ismail.

Sementara itu, bagi merancakkan

lagi aktiviti keilmuan dan memberi keselesaan kepada pengunjung, pihaknya akan melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa.

“Selain dana daripada kerajaan negeri, kerajaan pusat juga turut menyumbang bagi menaiktaraf sekitar Jalan Dato’ Pati ini,” katanya.

Majlis turut dihadiri oleh YB Dato’ Haji Abdul Fattah Hj Mahmood EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan,YB Dato’ Takiyuddin bin Hj Hassan Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Dato’ Dr Ramli Bin Mamat, ADUN Bunut Payong, YB Dato’ Haji Anuar Tan bin Abdullah, ADUN Kota Lama, Yang Berhormat Puan Hajjah Rohani Ibrahim , ADUN Tanjung Mas

PINTU GERBANG MERCU TANDA BAHARU KOTA BHARUKOTA BHARU -Pembinaan Pintu Gerbang Medan Ilmu Tok Guru di Jalan Dato’ Pati menjadi mercu tanda baharu di bandar ini di samping memperhebatkan lagi perkembangan ilmu agama di situ.

Pintu gerbang yang dibina dengan kos RM400,000 peruntukkan daripada kerajaan negeri dan dilaksanakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) itu siap dibina Mac tahun ini.

Medan Ilmu tersebut terlalu sinonim dengan Allahyarham Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga rakyat negeri ini, sebagai tempat sejak sekian berpuluh tahun lamanya medan perkongsian ilmu setiap Jumaat.

Ia bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk tempatan bahkan masyarakat dari luar negara juga turut mengunjungi medan tersebut sejak zaman arwah tokoh ulama itu masih ada lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, YB. Dato’ Haji Abdul Fattah Mahmood berkata, ilham pembinaan

PUTIK- Ketika ada suara-suara sumbang anti dengan perkembangan sekolah-sekolah agama, mendesak supaya kerajaan menutup Pusat Pengajian Tahfiz, namun sebaliknya di Kelantan dua lagi Pusat tahfiz baharu akan ditubuhkan pada tahun hadapan.

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Haji Ahmad B Yakob berkata, pada tahun 2018 kerajaan negeri akan mewujudkan dua lagi pusat pengajian tahfiz. Katanya, pusat tahfiz berkenaan akan ditempatkan di Beta Hulu, Salor untuk pelajar lelaki.

“Manakala untuk pelajar perempuan akan diadakan di Tualang Tinggi, Pasir Puteh,” katanya ketika merasmikan Hari Yayasan Islam Kelantan (Yik) 2017 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa.

Hadir sama Pegawai Kewangan Kelantan, Dato’ Nik Kazim Nik Yusof, Penasihat Undang-Undang, Dato’ Shahidani Abdul Aziz, anggota Exco, YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan dan mufti Kelantan, Dato’ Mohd Shukri Mohamed. Turut hadir anggota-anggota Exco, Pengarah Yik, YB Abdul Rahman Tuan Yunus, wakil-wakil rakyat dan pengetua sekolah. Hampir 2,000 orang kakitangan YIK hadir pada majlis tahunan itu.

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan berkata pusat tahfiz perlu ditambah bagi memenuhi permintaan masyarakat di negeri

ini. Sementara itu, ada pihak mahu pusat tahfiz yang tidak mematuhi aspek keselamatan ditutup segera ekoran kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur. Kejadian menghayat hati itu dikatakan hasil daripada angkara khianat yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, sewaktu menyampaikan ucapan perasmian di Sambutan Hari Yayasan Islam Kelantan (YIK) 2017 di PUTIK tadi, menyebut:

Penekanan kerajaan negeri kepada pembinaan manusiawi melalui sistem pendidikan Islam dan Al-Quran yang ampuh sentiasa digiatkan di negeri Serambi Mekah sejak awal mentadbir pada tahun 1990.

Sehingga kini, YIK yang mempunyai 90 buah sekolah sentiasa membuat peningkatan dari tahun ke tahun

khususnya dalam aspek akademik. Pada tahun 2016, sekolah-sekolah YIK telah menunjukkan peningkatan yang ketara dengan pencapaian seramai 286 pelajar memperolehi 11A berbanding 131 pelajar sahaja pada tahun 2015 dalam penilaian PT3. Begitu juga peningkatan dalam peperiksaan SMU dan STAM dengan peningkatan peratus kepada 91.24% berbanding 84.73% bagi tahun 2015 ini termasuk yang mendapat mumtaz meningkat sehingga 2,358 orang jika dibandingkan sebelum ini hanya 1,640

2 LAGI PUSAT TAHFIZ AKAN DITUBUHKAN DI KELANTAN

Page 4: ISSN 1311-6891 - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_nov2017.pdf · berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Darjah Kerabat Yang Amat Di Hormati (D.K) Kelantan Kehadapan

SAFAR 1439H | NOVEMBER 2017 SAFAR 1439H |NOVEMBER 2017 6 7

KOTA BHARU- Istiadat Pemasyhuran Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra sebagai Canselor baharu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berlangsung penuh istiadat dan gemilang di Dewan Keusahawanan, Kampus Kota UMK di Pengkalan Chepa.

Pemasyhuran dan pelantikan Pemangku Raja Kelantan sebagai Canselor bagi tempoh lima tahun bermula 16 Februari lalu telah diperkenankan oleh Sultan Muhammad V bagi menggantikan baginda.

Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra dalam titahnya mahu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menumpukan perhatian kepada usaha untuk menjamin kualiti dan kecemerlangan dalam semua aspek yang menentukan kekuatan serta penjenamaan universiti.

Titah baginda, harapan yang tinggi juga diletakkan kepada UMK untuk tidak ketinggalan dalam melakukan lonjakan dan bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan global semasa.

“Namun, dalam waktu yang sama, kita juga jangan lupa memastikan sanjungan nilai dan fikrah keinsanan graduan yang dihasilkan perlulah dinamik dan seimbang dari sudut intelek dan rohani.

“Sebagai universiti keusahawanan, UMK perlu melipat gandakan usaha untuk menjadikan keusahawanan sebagai kekuatan utama bagi universiti ini.

“UMK perlu mempertingkatkan lagi ekosistem keusahawanan meliputi aspek akademik, penyelidikan dan inovasi serta pembangunan pelajar.

“Melalui pendekatan ini, UMK akan memperlihatkan kecemerlangan dari sudut sumber manusianya, penyelidikan transnasional, jalinan dan kerjasama industri, penjanaan pendapatan dan seterusnya kekal relevan kepada masyarakat dan negara,” titahnya.

Baginda juga bertitah, dalam konteks Kelantan, baginda merasakan UMK bukan hanya dilihat sebagai institusi pendidikan tinggi, tetapi turut memainkan peranan sebagai ejen dan nadi perubahan kepada pembangunan

komuniti dan wilayah.Malah titah baginda, peranan

UMK untuk membantu pihak kerajaan memperkasakan aspek ekonomi dan sosial masyarakat terutamanya di luar bandar adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan.

“Beta yakin dan percaya, dengan pengalaman yang telah dilalui, UMK akan terus menyusun strategi dan pendekatan yang baru bagi memperoleh pencapaiannya yang lebih tinggi. UMK mungkin tidak perlu bersaing, tetapi perlu berusaha memberi saingan. Ini hanya dapat dilakukan dengan melaksanakan strategi yang menjamin kelainan dan berkesan kepada kumpulan sasaran,” titahnya.

UMK MENERAJUI TRANSFORMASI

KOTA BHARU- Sebanyak 15 Resolusi telah dihasilkan daripada Sidang Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (SIDANG 2017) yang berlangsung di Hotel Grand Reveview Kota Bharu. Resolusi tersebut merangkumi pelbagai aspek yang memutuskan NGO bersama menangani isu-isu yang berkait dengan kerajaan, mahu pun rakyat. Antara lain ia melibatkan isu pentadbiran, politik, kebersihan, agama, pendidikan, sosial dan lain-lain.

Sidang 2017 disempurnakan penutupannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, YB. Dato’ Haji Abdullah Ya’kub. Turut memberi

ucapan YB. Dato’ Dr Ramli B. Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO. Slot pembentangan oleh tokoh-tokoh NGO dan dimudah carakan oleh En. Suhail Kamarudin, anak Kelantan yang merupakan tokoh belia negara 2015 dan pemegang pingat emas anugerah belia Landon.

Suatu Piagam NGO Pertahankan Kelantan turut dimenterai oleh NGO yang hadir yang kemudian diserahkan kepada YB. Dato’ Speaker DUN. Sebanyak 53 NGO menyertai sidang kali ini dengan penyertaan seramai 146 perwakilan, selain pemerhati. Turut diadakan gerai pameran NGO.

15 RESOLUSI DIMUKTAMAD

Page 5: ISSN 1311-6891 - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_nov2017.pdf · berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Darjah Kerabat Yang Amat Di Hormati (D.K) Kelantan Kehadapan

SAFAR 1439H | NOVEMBER 2017 SAFAR 1439H |NOVEMBER 2017 8 9

aluan dalam majlis tersebut. Jumlah pelajar yang telah

mendaftar sebagai pelajar PPWK sejak penubuhannya pada tahun 2005 sehingga tahun 2017 adalah seramai 4,452 orang. Manakala Pada tahun 2017, seramai 652 orang yang mendaftar dan yang bergraduasi adalah seramai 363 orang pelajar. PPWK telah berjaya melahirkan seramai 2,811 orang alumni PPWK sejak dari penubuhannya.

YB Hajjah Mumtaz telah menyampaikan sijil kepada graduan PPWK DUN Demit seramai 8 orang serta menyampaikan Cenderahati Khas kepada Pegawai Penilai Persijilan PPWK 2017. Selain itu, terdapat juga Insentif Khas Guru Kreatif & Cemerlang serta menyampaikan Anugerah Datin Tuan Sabariah dalam majlis tersebut. Seramai 363 orang pelatih Pusat Pembangunan Wanita Kelantan 2017 dan 4 orang pelatih Pusat Sulaman Negeri Kelantan telah menerima sijil dalam majlis tersebut.

PUSAT PEMBANGUNAN KELANTANLAHIR RAMAI GRADUAN

PUTIK- Pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan derma bagi disalurkan kepada umat Islam Rohingya yang ditindas di negaranya sendiri. Atas dasar sifat kemanusiaan dan keperihatinan inilah sedikit sebanyak boleh membantu dari segi keperluan asas harian kepada mereka disana.

Kutipan Sumbangan Rohingya yang melibatkan penyerahan sumbangan terkumpul oleh Badan Perhubungan PAS Kelantan sebanyak (RM 30 Ribu), Alimat Kelantan sebanyak (RM 10 Ribu), Majlis Pengetua SMU(A, Bantuan Kerajaan Kelantan

(RM 7 Ribu), serta dari seluruh 14 PAS Kawasan Kelantan disamping sumbangan peribadi beberapa individu dengan jumlah keseluruhan melebihi RM 100 Ribu, berjaya dikumpul dan diserahkan kepada Pengarah PAS Relief, Tuan Hj Muhammad Sanusi Md Nor dalam Munajat Ummah & Majlis Penyerahan Sumbangan Rohingya yang berlangsung di Dewan PUTIK, Pengkalan Chepa.

Penyerahan sumbangan tersebut turut disaksikan oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Hj Ahmad B. Yakob dan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan,

YB Dato Ust Hassan Mahmood. Program anjuran Dewan Ulamak

PAS Kelantan ini bermula seawal jam 4.30 pagi dengan kehadiran lebih 1000 rakyat Kelantan yang hadir bermunajat dan memohon kepada Allah agar membantu dan menyelamatkan umat Islam yang sedang dianiaya terutamanya di Palestin, Syria dan Rohingya. Pengkisahan situasi semasa Rohingya turut dikongsi oleh Pengarah PAS Relief, Tuan Hj Sanusi selepas Solat Subuh dan kemudiannya ucapan penutup oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan.

LEBIH RM 100 RIBU UNTUK ROHINGYA

PENGKALAN CHEPA- YB Hajjah Mumtaz binti Md. Nawi, Pengerusi Jawankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Kebajikan Negeri Kelantan, mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pihak dan seluruh warga kerja Urusetia Pembangunan Wanita dan Keluarga (UPWK) dan Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam merealisasikan Majlis Graduasi PPWK 2017 yang berlangsung di Dewan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK).

Bagi meraikan kejayaan para graduan, para pendidik serta pengorbanan ibu bapa yang telah banyak berkorban, dalam membentuk insan berbakat yang penuh dengan seni kemahirannya. “..saya berharap, dengan ilmu dan pengalaman yang digarap semasa saudari-saudari berada di PPWK, dapat dimanfaatkan bukan sahaja untuk meraih sumber pendapatan, tetapi dapat menyumbang kepada masyarakat dan negeri Kelantan,” katanya ketika menyampaikan ucapan

Page 6: ISSN 1311-6891 - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_nov2017.pdf · berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Darjah Kerabat Yang Amat Di Hormati (D.K) Kelantan Kehadapan

SAFAR 1439H | NOVEMBER 2017 SAFAR 1439H |NOVEMBER 2017 10 11

KOTA BHARU- Kira-kira 24.6 peratus jumlah perokok telah dikenalpasti di negeri ini, menerusi kajian kesihatan yang dijalankan pada tahun 2015. Ia merupakan tahap yang amat membimbangkan bagi golongan yang menjadikan rokok adalah sebagai suatu hobi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan badan bukan kerajaan (NGO) Negeri, YB. Dr. Haji Ramli B. Mamat berkata, berdasarkan data tersebut, pihaknya kini mengadakan pengistiharan Zon Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok (Ikbar) sebagai kawasan larangan merokok.

“Seboleh-bolehnya kita mahu mewujudkan persekitaran kawasan 100 peratus bebas dari asap rokok, sekaligus memastikan masyarakat

Kelantan dilindungi daripada kesan asap rokok.

“Sebanyak 24 kawasan terpilih di negeri Kelatan diwartakan sebagai tempat larangan merokok termasuk di Pasar Siti Khadijah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perisytiharan Zon Ikbar Sebagai Kaaasan Larangan Merokok 2017, di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir; Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, YB Abd Rahman Yunus; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Dato’ Zamri Ismail; Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Dr Selasawati Ghazali; Pengarah Bahagian

Khidmat Pengurusan, Razmin Ramli mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) dan Pengerusi Persatuan Perubatan Keluarga Universiti Sains Malaysia (USM) (FAMOUS).

Dr Ramli berkata, usaha Ikbar adalah bagi memastikan rakyat Kelantan bebas dari kesan asap rokok yang boleh memudaratkan kesihatan.

“Sebenarnya usaha ini sudah bermula sejak 2013 lagi dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, FAMOUS, Persatuan Amal Perubatan Ibu Sina Malaysia (Papisma), Persatuan Kesihatan Awam Kelantan (PKAK), MySihat dan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT), cuma tidak diperkasakan lagi.

“Sekarang ini, tempoh memberi pendidikan kepada perokok tegar, yang mana perokok menghisap rokok di kawasan larangan, PBT di daerah-daerah akan diberi amaran,” katanya

Katanya, penguatkuasaan penuh akan dilakukan pada 1 Januari 2018, dengan penegasan, perokok yang masih merokok di tempat larangan Ikbar, jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih dari RM1,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

LARANGAN MEROKOK DI KELANTAN

SEMINAR LOGHAT KELANTAN

KOTA BHARU- YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan yang juga Presiden Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan mengiringi YB Dato’ Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan, bagi merasmikan Seminar Loghat Kelantan yang diadakan di Dewan Putri Saadong, Hotel Grand Riverview Kota Bharu.

Seminar Loghat Kelantan ini

dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan bagi memperkasakan dan melestarikan loghat Kelantan sebagai bahasa kebudayaan negeri Kelantan.

Majlis ini turut dihadiri lebih 500 orang peserta daripada pelbagai latar belakang. Seramai 3 ahli panel telah membentangkan kertas kerja berkaitan Loghat Kelantan.

Page 7: ISSN 1311-6891 - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_nov2017.pdf · berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Darjah Kerabat Yang Amat Di Hormati (D.K) Kelantan Kehadapan

SAFAR 1439H | NOVEMBER 2017 SAFAR 1439H |NOVEMBER 2017 12 13

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Kelantan hadir merasmikan Ijtima’ Pondok Se-Malaysia dan Sambutan 63 Tahun Pondok Pasir Tumboh bersempenakan Sambutan 27 Tahun Membangun Bersama Islam di Pondok Pasir Tumboh .

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, ketika menerima kunjungan Jawatankuasa Ilmuan Kelantan yang diketuai oleh Tuan Guru Hj Nik Razi Nik Mat, adinda mantan Menteri Besar Kelantan di Pejabat Menteri Besar Kelantan. Turut hadir Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru, Dato’ Dr Johari Mat dan Pengarah Yayasan Tok Kenali, Ustaz Tuan Syarifuddin

Ismail.

YB Dato’ Haji Dr. Ramli Bin Mamat,menyantuni masyarakat di Felda Perasu sempena Program Pemukiman Menteri Besar di Jajahan Gua Musang.

YB Dato’ Haji. Anuar Tan Abdullah, melawat Kampung Pulai sempena Program Pemukiman Menteri Besar Peringkat Daerah Gua Musang. Beliau turut melawat pesakit-pesakit kronik dan warga emas di beberapa kawasan sekitar Gua musang.

YB Dato’ Haji. Abdul Fattah Mahmood menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mencipta logo Kelantan Di Hati. Pemenang menerima wang tunai berjumlah RM 2,717.00. Pertandingan anjuran Urusetia Belia Dan Sukan (U-BeS). Turut hadir YB Ustaz Abd Rahman Yunus (Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Dan Sukan), YBrs Ahmad Fadhli Bin Shaari (Pengarah U-BeS) dan Norhaiti Haiti (Penolong Pengarah

Kanan Unit Multimedia & Dokumentasi U-BeS)

YB Dato’ Haji Mohd Amar B. Nik Abdullah Timbalan Menteri Besar Kelantan, hadir mengiringi YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan di Majlis Anugerah Penarafan Bintang Syarikat Anak Kumpulan PKINK, Perkhidmatan Cemerlang 2016

& Khidmat LamaYB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato’ Haji. Hassan meluangkan masa untuk menziarahi warga Gosong yang

uzur

YB Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, ADUN Wakaf Bharu menghadiri majlis Sambutan Perayaan Kuih Bulan di Dun Wakaf Bharu. majlis Sambutan Perayaan Kuih Bulan di sambut baik oleh masyarakat Tiong Hwa yang hadir di dalam majlis.

Lensa

YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kelantan menerima kunjungan daripada wakil Persatuan Warisan Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Sering bagi mengadakan perbincangan berkaitan prospek lembangan Sungai Pengkalan Datu sebagai hub pelancongan tambahan di Negeri Kelantan.

YB. Dato’ Hj. Mohd Nassuruddin Hj. Daud dalam program kacau suro sebanyak 13 Kawah telah disediakan termasuk satu kawah dari peserta Muslimat DUN.

YAB Ustaz Dato’ Bentara kanan Menteri Besar Kelantan hadir

meraikan Syeikh Dr. Ekrimah Said Sobri, Imam dan Khatib

Masjidil Aqsa di Hotel Perdana. Beliau yang menjadi tetamu

kerajaan negeri turut hadir ke PUTIK dan Masjid Sultan Ismail

Petra, Kubang Kerian memberi taklimat berkenaan situasi

terkini umat Islam di Palestin.

YB Dato Haji Anuar Tan bin Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan yang juga ADUN Kota Lama menyampaikan sumbangan cek kepada Pengerusi Persatuan Bazar Siti Aisyah.

YB Hjh Mumtaz binti Md. Nawi, turun melawat tapak kebakaran yang melibatkan 3 buah rumah hangus terbakar di Kampung Kok Keli Tumpat. Turut bersama dalam lawatan itu Datin Bentara Kanan Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan, Hjh Siti Zabidah Abdul Hamid.Sumbangan segera disampaikan kepada ketiga-tiga mangsa kebakaran bagi tujuan untuk meringankan beban yang dihadapi.

Lensa

YB Dato’ Haji Che Abdullah Mat Nawi,selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi & Teknologi Hijau Negeri Kelantan menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Forum Petani & Usahawan Bersama Rakan Industri Serta Penyerahan Jentera Kecil & Peralatan

Industri Asas Tani Tahun 2017.

Page 8: ISSN 1311-6891 - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_nov2017.pdf · berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Darjah Kerabat Yang Amat Di Hormati (D.K) Kelantan Kehadapan

SAFAR 1439H | NOVEMBER 2017 SAFAR 1439H |NOVEMBER 2017 14 15

KOTA BHARU- Kesihatan adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kerana dengan sihat tubuh badanlah kita mampu untuk melaksanakan ibadah kepada Allah dengan selesa dan sempurna. Kerana itu, Rasulullah juga menegaskan dalam senarai lima perkara yang perlu direbut dan dititik beratkan antaranya ialah sihat sebelum sakit.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan, YB Dato’ Dr Haji Ramli B. Mamat sewaktu merasmikan perasmian serentak program Setitis Darah Sekalung Jiwa (Sejiwa Kota Bharu) dan Cakna Mahabbah Sempena Sambutan Jubli Emas PAS Kota Bharu yang

berlangsung di Dataran Stadium Sultan Mohamad Ke IV Kota Bharu.

Sambutan diadakan selama dua hari padat dengan aktiviti melibatkan pemuda, ulama dan muslimat. Turut hadir dalam program Sejiwa Kits Bharu dan Cakna Mahabbah ialah Ahli Parlimen Kota Bharu YB Dato’ Haji Takiyudin B. Hasan dan ADUN Tanjong Mas, YB Rohani Bt. Ibrahim. Sejiwa kali ini memecah rekod derma darah apabila lebih daripada 100 pain darah diperolehi.

Menurut Dato’ Dr. Ramli lagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan juga mengambil inisiatif mewartakan 24 zon Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok (Ikbar) di seluruh Negeri Kelantan. Ini semua adalah usaha untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

SEJIWA PECAH REKOD DERMA DARAH

KOTA BHARU- Pengurusan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) kini dalam proses kajian terhadap pembinaan semula sebuah empangan air bawah tanah (underground Dam) yang dijangka akan siap dalam tempoh enam bulan lagi. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, YB Dato’ Haji Hanifa B. Ahmad yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah AKSB berkata, proses kajian tersebut dilakukan oleh pakar-pakar khas berkaitan pembinaan empangan tersebut.

“Projek empangan bawah tanah ini dijangka menelan perbelanjaan lebih RM 2.02 billion melibatkan kawasan 500 kilometer persegi. Empangan air bawah tanah ini adalah merupakan empangan pertama di Asia Tenggara yang akan dibina di Kelantan nanti.

“empangan ini menggunakan konsep takungan air bawah tanah dan ia amat berbeza dengan empangan buatan yang mengharapkan hujan. Teknologi takungan air bawah tanah ini diguna pakai di jepun dan ia amat berkesan dalam usaha untuk membekalkan air bersih bagi sektor pertanian dan bekalan air minum kepada rakyat terutamanya ketika musim kemarau”, katanya.

Ketika membuat persembahan

pembentangan kertas cadangan kepada Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra di Tokyo Jepun baru-baru ini, YB Dato’ Haji Hanifa B. Ahmad berkata, cadangan pembinaan empangan ini akan melibatkan kerjasama penuh dengan kerajaan persekutuan memandangkan pembangunan sumber air adalah di bawah persekutuan.

Hadir sama semasa persembahan taklimat pembinaan empangan bawah tanah kepada Pemangku Raja adalah seluruh ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan AKSB.

Menurut beliau lagi, pembinaan empangan bawah tanah ini merupakan teknologi yang diguna oleh Negara-negara maju seperti Jepun, Australia,

Amerika dan sebagainya.Empangan bawah tanah ini juga

amat berfaedah kerana kawasan sekitarnya dapat mengguna pakai air tersebut bagi urusan pertanian.

“Kelantan akan menggunakan air bawah tanah ini dan ia akan membekalkan air yang jernih. Kita akan guna teknik telaga jejari yang mengambil air di bawah lapisan pasir sungai serta boleh menjimatkan kos operasi kerana ia mengurangkan penggunaan baha kimia di logi bagi agihan bekalan air untuk pengguna.

“Kelantan juga merupakan negeri yang menggunakan air bawah tanah melebihi 54 peratus masa kini dan ini satu kelebihan kepada negeri dalam usaha membekalkan air bersih untuk rakyatnya,” katanya lagi.

KELANTAN BUAT KAJIAN BINA EMPANGAN AIR BAWAH TANAH, SIAP TEMPOH ENAM BULAN

Page 9: ISSN 1311-6891 - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_nov2017.pdf · berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Darjah Kerabat Yang Amat Di Hormati (D.K) Kelantan Kehadapan

SAFAR 1439H | NOVEMBER 2017 SAFAR 1439H |NOVEMBER 2017 16 17

Negarawan M. Natsir – Nama Yang Sering Meniti Di BibirOleh : Azhar Che Lah

Siapa yang tidak kenal dengan nama Mohammad Natsir? Tokoh pemikir terulung ini yang dikenal sebagai negarawan juga tokoh pergerakan Islam pada saat sebelum dan sesudah kemerdekaan Indonesia. Lahir di daerah Solok, Sumatera Barat pada tanggal 17 Julai 1908.

M. Natsir (1908-1993) belajar di Hollandsch-Inlandsche School (HIS) pada siang, dan malamnya di Madrasah Diniyah di Padang. Pada tahun 1923, beliau bersekolah di Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO), dan di sinilah beliau mulai aktif mengikuti organisasi dan bergabung dengan perhimpunan-perhimpunan pemuda seperti Pandu Nationale Islamietische Pavinderij serta Jong Islamieten Bond (JIB).

Setelah lulus dari MULO, beliau selanjutnya pindah ke Bandung untuk belajar di Algemeene Middelbare School (AMS) sampai tamat pada tahun 1930. Selama itu, tepatnya pada tahun 1928 hingga 1932, beliau menjadi ketua JIB di Bandung. Pada masa inilah, beliau memperdalam pendidikan Islam yang telah dipelajarinya di Sumatera Barat dan teguh untuk mempelajarinya lebih dalam pada Ahmad Hassan di Bandung. Beliau memperdalam pengetahuan agamanya dalam bidang tafsir al-Quran, hukum Islam serta dialektika.

M. Natsir adalah tokoh reformis, Islamic dan nasionalis. Bersama Soekarno, Mohammad Hatta, Syafruddin Prawiranegara, Mohammad Roem, Sutan Syahrir, Agus Salim, M Yamin dan para pendiri bangsa lainnya, M. Natsir merupakan salah seorang pemikir dasar negara Indonesia.

M. Natsir memperkaya kehidupan berbangsa dan bernegara dengan nilai-nilai Islam yang terlalu mengesampingkan agama. Itu sebabnya beliau memperjuangkan Pancasila yang tidak sekuler. Bahkan saat di konstituante, M. Natsir berjuang untuk tidak membuat Pancasila sebagai dasar negara menjadi sekuler.

M. Natsir tidak menggunakan Islam untuk terjun ke dunia politik. Sebaliknya, beliau ingin Islam memberikan sumbangan yang signifikan bagi Indonesia secara demokratis. Politik Islam M. Natsir adalah perjuangan untuk keindonesiaan yang ber-Bhineka Tunggal Ika, bukan untuk

kepentingan golongan Islam sendiri.Sepanjang pertengahan 1930-an di

Bandung, M. Natsir banyak bergaul dengan pemikir-pemikir Islam seperti Agus Salim dan selalu bertukar fikiran berkaitan Islam dan negara demi masa depan pemerintahan Indonesia yang dipimpin Soekarno. Selain itu, M. Natsir juga mulai aktif di Partai Nasional Indonesia (PNI).

Kiprahnya dalam menjaga idealisme Islam dan Nasionalis telah dimulai sejak M. Natsir aktif dalam PNI. Timbul kesedaran dalam membangun Nasionalisme yang berinspirasi dari keaktifan ketua PNI saat itu, iaitu Soekarno. Dalam kempennya mahupun pada perhimpunan TNI, Soekarno selalu menyuarakan idea Nasionalisme berbasis keindahan Indonesia kecintaan pada tanah air yang sangat gemilang.

Namun, M. Natsir mulai merasakan kegelisahan ketika idea Nasionalisme tersebut cenderung meminggirkan nilai-nilai Islam yang saat itu menjadi agama majoriti tanahair. Apalagi ketika partai yang beliau anggotai itu mula menyatakan netral agama agar tidak timbul perpecahan di kalangan pejuang kemerdekaan Indonesia.

Kegelisahan M. Natsir mulai terjawab setelah beliau berguru pada Haji Agus Salim. Jawapannya menekankan bahawa konsep Nasionalisme Soekarno yang cenderung pada kecintaan buta kepada tanah air yang cantik bukanlah Nasionalisme yang diisyaratkan oleh Islam.

Nasionalisme menurut Islam adalah semangat membela tanah air berlandaskan semangat beribadah untuk mencari redha Allah SWT. Jawapan dari Haji Agus Salim inilah kemudian yang membentuk idealisme M. Natsir untuk menyeimbangkan pemikiran Nasionalisme Soekarno. Dengan nama samara Is, M. Natsir menerbitkan sebuah artikel berjodol “Indonesisch Nationalisme” yang dimuat dalam majalah Pembela Islam No.36 Oktober 1931.

“Pergerakan Islamlah yang lebih dulu membuka jalan medan politik kemerdekaan di tanah ini, yang mula-mula menanam bibit persatuan Indonesia yang menyingkirkan sifat kepulauan dan keprovinsian, yang mula-mula menanam persaudaraan dengan kaum yang senasib di luar batas Indonesia, dengan tali ke-Islaman.”

Keteguhan M. Natsir terhadap prinsip Nasionalisme dalam Islam tersebut berhasil membuat Soekarno mulai tertarik membaca buku agama setelah Soekarno menjalani pembuangan oleh pemerintah Belanda di Pulau Ende, Flores.

Melalui Tuan Hassan, mentor M. Natsir sekaligus pendiri majalah Pembela Islam, Soekarno dikirimkan buku-buku agama. Meskipun pada akhirnya Soekarno tetap dalam pendirian Nasionalismenya ketika beliau diminta untuk menulis artikel dalam majalah Panji Islam, antara lain, “Memudahkan Pengertian Islam”, “Apa sebab Turki memisahkan Agama dari Negara?”, dan “Masyarakat Unta dan Masyarakat Kapal Udara” yang mendapat respons keras dari para pejuang Islam. Sehingga pada akhirnya, M. Natsir merespons dengan menerbitkan artikel berjodol, “Sikap Islam terhadap Kemerdekaan Berfikir” dan “Persatuan Agama dengan Negara” dalam majalah Pembela Islam.

Bagi M. Natsir, Islam bukan agama yang hanya terkait dengan ibadah ruhiyah, namun Islam adalah Agama yang kamil. Bagi orang sering memisahkan Agama dan Negara, M. Natsir menjawab dengan mengutip seorang oreintalis HAR Gibb, “Islam is much more than a religious system. It is a complete civilization”. M. Natsir menambahkan bahawa Islam bukan sekadar kebudayaan yang sempurna, Islam adalah satu falsafah hidup, satu levensfilosofie, satu ideologi, satu sistem perikehidupan untuk kemenangan manusia sekarang dan di akhirat nanti.

Pandangan M. Natsir tentang hubungan Islam dan Negara adalah bahawa agama bukanlah semata-mata ritual peribadatan dalam istilah sehari-hari seperti solat dan puasa, akan tetapi agama meliputi semua kaedah-kaedah, batas-batas dalam muamalah dan hubungan sosial kemasyarakatan. Oleh kerana itu, menurutnya, untuk menjaga supaya peraturan itu dapat berlaku dan berjalan sebagaimana mestinya perlu dan tidak boleh tidak harus ada kekuatan dalam pergaulan hidup berupa kekuasaan dalam negara, sebagaimana telah diperingatkan oleh Rasulullah saw kepada kaum muslim bahawa sesungguhnya Allahlah pemegang dengan kekuasaan penguasa.

Dari pernyataan di atas, jelas M. Natsir ingin menegaskan bahawa Islam dan

negara itu berhubungan secara integral, bahkan simbioga, iaitu berhubungan secara resiprokal dan saling memerlukan. Dalam hal ini, agama memerlukan negara kerana dengan negara agama dapat berkembang. Sebaliknya, negara memerlukan agama, kerana dengan agama negara dapat berkembang dalam bidang etika dan moral.

Dalam pemahaman M. Natsir, bahawa Islam merupakan ajaran yang lengkap. Ajaran Islam tidak mengandungi persoalan ibadah saja, tetapi juga mengandungi aspek lain seperti bidang hukum tentang kenegaraan, maka pendirian sebuah negara adalah suatu kemestian. Sebagaimana pendapat HAR Gibb, bagi M. Natsir, Islam itu bukan sekadar agama, tetapi juga merupakan peradaban yang komplit. Untuk itu dalam Islam tidak relevan adanya pemisahan agama dari negara kerana nilai-nilai universal Islam itu tidak dapat dipisahkan dari idea pembentukan sebuah negara.

Pandangan M. Natsir tentang kemestian pendirian sebuah negara ini memiliki kesamaan dengan pemikiran politik Ibn Taimiyyah, yang mengatakan memimpin dan mengendalikan rakyat adalah kewajipan asasi dalam agama. Bahkan pelaksanaan agama tidak mungkin menjadi kenyataan kecuali dengan adanya kepemimpinan.

Terkandungnya hukum-hukum kenegaraan dalam ajaran Islam, menurut M. Natsir, adalah suatu bukti bahawa Islam tidak mengenal pemisahan antara agama dan negara. Pandangan M. Natsir ini didasarkan pada al-Quran, al-Dzariyyat: 56 (Natsir, 1973: 436-437).

Dalam kasus Turki, kata M. Natsir, Turki bukanlah pemerintahan Islam, kerana di Turki tidak ada lagi integrasi antara agama dengan negara. Kerananya, negara hanya merupakan instrumen, bukan tujuan, maka tidak perlu ada perintah Tuhan untuk mendirikan negara. Yang perlu adalah pedoman untuk mengatur negara supaya negara itu menjadi kuat dan subur dan menjadi media yang sebaik-baiknya untuk mencapai tujuan hidup manusia yang terhimpun dalam negara itu; baik untuk keselamatan maupun kesentosaan individu dan masyarakat. (Natsir, 1973: 443).

Begitu pula dengan penyebutan bagi kepala negara, kerana negara itu hanya merupakan instrumen, bukan tujuan, menurut M. Natsir, seorang kepala negara itu tidak perlu bergelar khalifah, akan tetapi bisa juga dipergunakan nama lain, seperti amir al-mu’minin, presiden atau yang lainnya. Yang penting adalah bahawa sifat-sifat, hak dan kewajipan mereka harus sebagaimana dikehendaki oleh

Islam. Dengan demikian, yang menjadi syarat bagi kepala negara itu adalah agamanya, sifat dan tabiatnya, akhlak dan kecekapannya untuk memegang kekuasaan yang diberikan kepadanya dan bukan dilihat dari asal bangsa dan keturunannya ataupun semata-mata inteleknya sahaja. (Natsir, 1973 : 443).

Bagi kepala negara terpilih, tugas utama yang diembannya, menurut M. Natsir adalah melakukan musyawarah dengan orang-orang yang dianggap patut dan pantas atau layak untuk memecahkan persoalan-persoalan umat. Sementara dalam hal-hal yang sudah ada ketentuan hukumnya, tidak perlu dimusyawarahkan kembali seperti masalah alkohol, zina, perkahwinan, waris, zakat dan fitnah, adalah tanggungjawab penguasa. Ada pun dalam persoalan pengambilan keputusan terhadap sesuatu masalah itu dapat diserahkan kepada perkembangan sesuatu masyarakat, apakah seperti yang dipraktekkan oleh Abu Bakar atau berdasar pada pemilihan umum secara lazim yang berlaku sekarang; yang penting musyawarah itu dilakukan (Natsir, 1973 : 443).

Dari pandangan M. Natsir itu, beliau tidak begitu menekankan pada label dan bentuk dalam sebuah negara, melainkan lebih menekan pada isi. Dengan demikian, pemikiran M. Natsir tentang negara masa perjuangan kemerdekaan dulu cenderung subsantivistik. Signifikansi Islam untuk dijadikan dasar negara, menurut M. Natsir, dilandasi atas beberapa hal.

Pertama, Islam itu adalah agama yang lengkap dan sempurna. Namun begitu, kesempurnaan ajaran Islam itu terutama doktrin sosial politiknya hanya memberikan pedoman-pedoman yang bersifat global dan tidak dalam bentuk rincian-rincian.

Kedua, secara sosiologi, di samping

Islam merupakan agama yang dianut oleh majoriti penduduk Indonesia, Islam juga merupakan agama yang menghargai dan menghormati agama lain. Sebagaimana dinyatakan oleh M. Natsir sendiri bahawa: “Bukan semata-mata lantaran umat Islam adalah golongan yang terbanyak di kalangan rakyat Indonesia seluruhnya, kami mengajukan Islam sebagai Dasar Negara kita, akan tetapi berdasarkan kepada keyakinan kami, bahawa ajaran-ajaran Islam yang sempurna bagi kehidupan negara dan masyarakat dan dapat menjamin hidup keragaman atas saling harga menghargai antara pelbagai golongan di dalam negara: kalau pun besar tidak akan melanda, kalau pun tinggi, malah akan melindungi”. (M. Natsir, 1959: 166).

Dalam memperkuat argumentasinya, M. Natsir mengikuti pendapat Ibn Khaldun yang membandingkan masyarakat dengan negara; iaitu di antara keduanya seperti hubungan antara benda dan bentuknya: yang satu bergantung kepada yang lain.maka dari itu, negara itu harus mempunyai akar yang langsung tertanam dalam masyarakat.

Di samping itu, masyarakat Indonesia yang majoriti muslim itu memerlukan suatu landasan yang kukuh bagi kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Dengan dijadikannya Islam sebagai dasar negara, maka diharapkan terciptanya baldatun tayyibatun wa robbun ghafur (M. Natsir, 1958: 22,36).

Pemikiran politik M. Natsir di samping terpengaruh pemikiran politik intelektual muslim masa klasik dengan karya-karya monumentalnya seperti al-Mawardi dengan Al-Ahkam al-Sulthaniyyah, juga terpengaruh oleh pemikiran politik intelektual muslim moden seperti al-Maududi dan al-Afghani.

Manakala trend pemikiran politik Barat dalam bentuk imperialisme Barat di negara-negara yang majoriti penduduknya muslim, tidak terkecuali Indonesia yang pernah dijajah oleh kolonial Belanda selama kurang lebih 350 tahun seperti terma-terma demokrasi, dewan perwakilan rakyat, republik, nasionalisme dan lain-lainnya.

Sebagai suatu penelitian terhadap pemikiran kenegaraan M. Natsir, maka pendekatan yang digunakan dalam penelitian ini adalah pendekatan sejarah. Kerana ini adalah penelitian tokoh dan sejarah maka jenis penelitian ini juga termasuk kepada penelitian biografi, iaitu penelitian terhadap kehidupan seseorang dalam hubungannya dengan masyarakat, sifat-sifat, watak, pengaruh pemikiran dan ideanya, serta pembentukan watak tokoh tersebut selama hidupnya.

Bukan semata-mata lantaran umat Islam adalah golongan yang terbanyak di kalangan rakyat Indonesia seluruhnya, kami mengajukan Islam sebagai Dasar Negara kita, akan tetapi berdasarkan kepada keyakinan kami, bahawa ajaran-ajaran Islam yang sempurna bagi kehidupan negara dan masyarakat dan dapat menjamin hidup keragaman atas saling harga menghargai antara pelbagai golongan di dalam negara: kalau pun besar tidak akan melanda, kalau pun tinggi, malah akan melindungi”. (M. Natsir, 1959: 166).

Page 10: ISSN 1311-6891 - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_nov2017.pdf · berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Darjah Kerabat Yang Amat Di Hormati (D.K) Kelantan Kehadapan

SAFAR 1439H | NOVEMBER 2017 SAFAR 1439H |NOVEMBER 2017 18 19

KOTA BHARU – Baru-baru ini kita dikejutkan dengan musibah kebakaran yang berlaku di wakaf Mek Zainab telah melibatkan 11 rumah keluarga telah terbakar. Melalui Tabung Serambi Mekah pihak kerajaan telah memberi sumbangan sebanyak RM 5,500 kepada setiap mangsa yang terlibat. Penyerahan sumbangan dilakukan oleh YAB Ustaz Dato’Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Haji Ahmad B. Yakob

Di bawah Dasar Membangun Bersama Islam, Kerajaan Negeri Kelantan menubuhkan tabung ini dengan matlamat untuk membantu individu dan orang ramai khasnya mereka yang miskin, daif, mereka yang ditimpa malapetaka, bencana alam, penyakit-penyakit kronik, dan lain-lain. Tabung ini juga bermatlamat bagi menampung kos projek infrastruktur bagi kesejahteraan rakyat.

Menerusi tinjauan dan lawatan beberapa orang exco kerajaan negeri turut hadir, YB Hajjah Mumtaz Md Nawi, YB Dato’ Dr Haji Ramli Mamat dan Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Dato’ Takiyuddin Hassan, beliau turut menemui mangsa kebakaran di situ.

Ketika ditemui pemberita, YAB Ustaz Dato’Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan berkata, Setiap keluarga diberikan bantuan segera iaitu bantuan Tabung Serambi Mekah sebanyak RM500.

“Kerajaan negeri menghargai pertolongan yang diberikan oleh orang ramai yang prihatin dan berharap mangsa mendapat kediaman baru selepas ini,” katanya di sini.

Katanya, masyarakat di negeri ini diminta berhati-hati dan mengelak perkara seperti itu.

“Sentiasalah beringat sebab musibah yang berlaku di Pusat Tahfiz Intifiqiyyah masih lagi bermain di

fikiran masyarakat, bagaimanapun, kita bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dan kematian terhadap mangsa,” katanya.

Pada kejadian ini, kira-kira jam 2.30 pagi, 11 keluarga di Wakaf Mek Zainab tinggal sehelai sepinggan setelah yang didiami musnah dalam kebakaran. Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Datuk Zamri Ismail yang turut serta dalam lawatan tersebut berkata, MPKB-BRI memberikan bantuan segera sebanyak RM300 dan sumbangan makanan kepada setiap keluarga yang terlibat.

MB SERAH BANTUAN TABUNG SERAMBI MEKAH

KOTA BHARU- DEWAN Usahawan Kelantan (Duke) dengan kerjasama Malina Optical Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan cermin mata secara bergerak dengan harga berpatutan kepada pelajar dan penduduk kampung. Presiden Duke, Mohd Zaki Zakaria berkata, langkah tersebut bagi menyahut seruan kerajaan negeri yang ingin melihat perniagaan secara ‘truck’ dipelbagaikan. Katanya, kenderaan yang dikenali ‘spec truck’ akan bergerak di program anjuran Duke termasuk di Yayasan Islam Kelantan (Yik).

“Idea mengadakan perkhidmatan ini yang merangkumi satu pakej termasuk pemeriksaan mata dan cermin mata pada harga RM60 hingga RM80

sahaja.“Dan kita berbesar hati Malina

Optical bekerjasama dengan Duke bagi menawarkan satu perniagaan ‘spec truck’ kepada pelajar sekolah dan penduduk kampung,” katanya di Kota Bharu.

Pelancaran spec truck itu disempurnakan anggota Exco kerajaan negeri, YB Dato’ Haji Abdul Fattah B. Mahmood di perkarangan Kota Darulnaim.

Kelantan merupakan negeri pertama melancarkan perkhidmatan tersebut. Hadir sama Pengasas Malina Optical, Dato’ Seri David Sew; pengarah urusan, Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman dan setiausaha Duke, En. Nazman Che Iberahim.

‘SPEC TRUCK’ PERTAMA DILANCAR DI KELANTAN

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan ketika merasmikan Majlis Anugerah Penarafan Bintang, Perkhidmatan Cemerlang dan Khidmat Lama Anggota Kumpulan PKINK Tahun 2016 tadi berkata: “Saya menaruh harapan tinggi agar syarikat-syarikat anak dalam kumpulan PKINK terus menjayakan visi dan misi kerajaan negeri termasuklah menjana keuntungan yang lebih baik serta menyediakan peluang kerjaya kepada rakyat negeri ini”. Majlis yang diadakan di Dewan Utama KTC tengahari tadi turut menyaksikan

penganugerahan cemerlang berprestij dan penarafan lima bintang kepada syarikat Infra Quest Sdn Bhd. Turut hadir ke majlis berkenaan Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Pegawai Kewangan Negeri dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Lensa

Page 11: ISSN 1311-6891 - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_nov2017.pdf · berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Darjah Kerabat Yang Amat Di Hormati (D.K) Kelantan Kehadapan

SAFAR 1439H | NOVEMBER 2017 SAFAR 1439H |NOVEMBER 2017 20 21

KOTA BHARU- Dasar Membangun Bersama Islam telah mula dilaksanakan pada tahun 1990, oleh kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan telah diteruskan legasinya oleh kepimpinan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Haji Ahmad B. Yaakob. Ini kerana pada asasnya, dasar tersebut adalah baik dan berpandukan kepada Islam.

Perkembangan selepas dua dekad pengamalan dasar di dalam pentadbiran, Kerajaan Negeri semakin rancak yang membuktikan Kelantan sebagai sebuah negeri yang berkat, makmur dan berkebajikan. Ia menyaksikan lahir pula beberapa dasar pelaksanaan yang membabitkan pembangunan keluarga, kesejahteraan dan kebajikan selepas pilihan raya umum 2013.

Sebelumnya itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, YB Dato’ Hj Che Abdullah Mat Nawi, telah menerima kunjung hormat daripada Setiausaha Ke-2 Kedutaan Canada ke Malaysia Miss Eleanor Belshaw-Hauff di Pejabat EXCO, Kota Darulnaim.

Negeri Kelantan dipilih untuk kunjungan Miss Eleanor Belshaw-Hauff kerana tertarik dengan sistem Pentadbiran Islam yang berbeza daripada negeri lain. Perjumpaan selama 1 jam menjurus kepada perbincangan dan pencerahan daripada YB Dato’ tentang kesamaran beliau dalam Pentadbiran Islam di Negeri Kelantan. YB Dato’ turut menjelaskan isu berkaitan diskriminisasi terhadap wanita dan juga kekerasan agama Islam yang sering dipropagandakan oleh dunia luar.

Penjelasan YB Dato’ tentang Pentadbiran Islam di Negeri Kelantan telah menukar pandangan beliau tentang Islam. Di akhir pertemuan YB Dato’ menjelaskan bahawa pemerintahan Islam di Kelantan bukanlah untuk menyelesaikan tanggungjawab terhadap rakyat dan manusia semata-mata, tetapi yang paling utama adalah tanggungjawab dihadapan Allah kelak. Pertemuan diakhiri dengan penyampaian sedikit cenderamata daripada YB Dato’ kepada Setiausaha Ke-2 Kedutaan Canada ke Malaysia.

SISTEM PENTADBIRAN ISLAM KELANTAN DIKENALI PIHAK LUAR

KUALA LUMPUR- YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan menghadiri Program Holiday Law Conference bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) Kuala Lumpur. Beliau turut diiringi oleh Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan cawangan Kelantan.

Seminar ini diadakan bagi memberikan kefahaman berkaitan dengan undang-undang pelancongan Malaysia. Pelbagai sektor yang terlibat di dalam industri pelancongan telah mengambil bahagian seperti pengusaha hotel dan resort, operator pelancongan, dan penggiat industri pelancongan

daripada seluruh negara.Majlis dirasmikan oleh Menteri

Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Turut hadir ialah Peguam

Negara, Tun Zaki Azmi, bekas Ketua Hakim Negara dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Holiday Law Conference

KOTA BHARU- Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) melupuskan barangan yang dilarang penjualannya seperti sisha dan minuman keras di negeri ini selaras dengan peraturan kerajaan negeri.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Dato’ Zamri Ismail berkata, nilai rampasan yang dianggarkan sebanyak RM100,000 merupakan barangan sisha, minuman keras termasuk meja, kerusi dan barangan lain.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai agensi pelaksana terhadap dasar kerajaan negeri yang hanya memberi kelulusan menjual minuman berkenaan kepada kedai tertentu di sekitar Kota Bharu.

“Bahkan penguatkuasaan ini masih lagi berjalan dan mana-mana kedai makan yang menjual sisha bila kita dapat tahu, kita akan tarik lesen perniagaan dia sebab sisha merupakan barangan larangan,” katanya.

Beliau berkata demikian

ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan operasi pelupusan 1,221 barangan sisha serta minuman keras di Kompleks MPKB-BRI Panji. Turut hadir semua Ahli Majlis MPKB-BRI yang diketuai oleh Ketua Whipnya, Encik Muhammad Azmi Nor; Setiausaha MPKB-BRI, Encik Nik

Mohamed Noor Nik Ishak dan seluruh ketua jabatan MPKB-BRI.

Dalam pada itu sebanyak 2,428 botol besar, 2,320 botol kecil dan 209 tin minuman keras dirampas sepanjang tahun 2016 akan dimusnahkan di tapak pelupusan MPKB-BRI yang terletak di Kampung Telong Bachok.

PELUPUSAN BAHAN TERLARANG OLEH MPKB-BRI

Takziah saya ucapkan kepada keluarga Almarhum Tuan Guru Dato’ Mohd Daud Al-Iraqi dan juga keluarga Almarhum Tuan Guru Hj Abdullah Daud Al-Hafiz yang telah meninggalkan kita semua pada hari ini. Semoga Allah menempatkan mereka berdua di Syurga-Nya yang tertinggi. Kedua-dua mereka adalah tokoh besar dalam ilmu Al-Quran yang sukar dicari ganti. Jasa Almarhum Tuan Guru Dato’ Mohd Daud Iraqi terlalu besar khasnya dalam membangunkan acuan dan dasar Islam dalam

pentadbiran kerajaan negeri Kelantan. Beliau sentiasa menjadi rujukan khasnya dalam menentukan hukum-hakam yang sukar untuk dibuat keputusan. Semoga Allah menerima segala jasa dan amalan soleh mereka berdua dan diganjari dengan sebesar-besar ganjaran.

Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Al Fatihah

Almarhum Tuan Guru Dato’ Mohd Daud Al-Iraqi

Page 12: ISSN 1311-6891 - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_nov2017.pdf · berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Darjah Kerabat Yang Amat Di Hormati (D.K) Kelantan Kehadapan

SAFAR 1439H | NOVEMBER 2017 SAFAR 1439H |NOVEMBER 2017 22 23

Pintu Gerbang Cheng Ho di Kota Bharu merupakan mercu tanda sumber inspirasi wujudnya perpaduan kaum di Kelantan yang hidup aman damai dan bekerjasama mengukuhkan ekonomi negeri. YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan hadir merasmikan Pintu Gerbang Dataran cheng Ho di Jalan Kebun Sultan pada 4 Oktober 2017. Laksamana Cheng Ho adalah satu nama besar yang telah banyak menyumbang kepada dakwah Islam dan sejarah kepahlawanan serta kehebatan beliau diabadikan di negeri Kelantan.

哥打峇鲁的郑和坊是吉兰丹各族人民团结,和睦共处,共同加强国家经济的象征。吉兰丹州务大

臣拿督阿末耶谷于 2017 年 10 月 4 日在哥本苏丹路为郑和坊主持开幕仪式。郑和是中国明代伟大

的航海家,其英勇史迹及对伊斯兰教宣教工作的贡献,受到吉兰丹的认同。 Bahasa Cina Sebutan Versi Melayu Penterjemahan 哥打峇鲁 Gē dǎ bā lǔ Kota Bharu 郑和坊 zhèng hé fāng Pintu Gerbang Cheng Ho 吉兰丹 jí lán dān Kelantan 各族人民团结 gè zú rénmín tuánjié perpaduan kaum 和睦共处 Hémù gòngchǔ hidup aman damai 共同加强州属经济 gòngtóng jiāqiáng Zhōu shǔ jīngjì bekerjasama mengukuhkan ekonomi

negeri 吉兰丹州务大臣拿督阿末耶谷 jí lán dān zhōu wù dàchén ná dū ā

mò yé gǔ YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Haji Ahmad Yakob

哥本苏丹路 gē běn sūdān lù Jalan Kebun Sultan 对伊斯兰教宣教工作的贡献 duì yīsīlán jiào xuānjiào gōngzuò

de gòngxiàn banyak menyumbang kepada dakwah Islam

சமூக நல ‘Kebajikan Rakyat’

Gua Musang’ பகுதி சசர்ந்த முதியவர் திரு. பரம் விற்கு கிளந்தான் மாநில அரசு காசசாலல உதவி .

ககளரவ. டத்சதா ஹாஜி அன்வர் டான் பின் அப்துல்லா (ஆட்சி மன்ற லகத்கதாழில் , வர்த்தக, ஒருலமப்பாடு மற்றும் வளர்ச்சி நிதி ) திரண்டு காசசாலல அளித்தார்.

Tamil Sebutan Versi Melayu Penterjemahan முதியவர் Muthiyavar Warga Emas

ககளரவ. டத்சதா ஹாஜி அன்வர் டான் பின் அப்துல்லா

Gaurava Dato’ Haji Anuar Tan B. Abdullah

Dato’ Haji Anuar Tan B. Abdullah

முதியவர் Muthiyavar Warga Emas

உதவி Uthavi Bantuan

Page 13: ISSN 1311-6891 - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_nov2017.pdf · berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Darjah Kerabat Yang Amat Di Hormati (D.K) Kelantan Kehadapan

SAFAR 1439H | NOVEMBER 201724

Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 174

Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | SAFAR 1439H |NOVEMBER 2017 | EDARAN PERCUMA | Bil 184

YB Hjh Mumtaz binti Md. Nawi, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan mewakili Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob Menteri Besar Kelantan menyerahkan sumbangan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bertempat di Bangunan DUN Pulau Pinang. Sumbangan diterima oleh Dato’ Sarul Bahiyah, Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri. Hadir sama Timbalan Ketua Menteri, YB Dato’ Abdul Rashid Hasnon dan YB Chong Eng EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri Kelantan yang diwakili YB Hajah Mumtaz Md

Nawi, Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, walaupun sumbangan ini tidak seberapa, ia sebagai rasa bersama dan simpati rakyat Kelantan atas musibah yang menimpa rakyat Pulau Pinang.

Sumbangan ini berjumlah RM 50 Ribu Ringgit sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan sebelum ini untuk mangsa banjir dari Kerajaan Negeri Kelantan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Disamping sumbangan tunai RM50k, turut dibawa bersama sumbangan barangan makanan dan keperluan harian yang akan diagihkan

terus kepada mangsa banjir.YB Dato’ Abdul Rashid

mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan oleh Kerajaan Kelantan. Takziah dan rasa simpati dirakamkan kepada semua mangsa banjir.

Turut hadir YB Hajah Wan Ubaidah Omar, Timbalan Exco Kerajaan Kerajaan Kelantan, Ustaz Wan Roslan Wan Hamad Setiausaha Politik MB Kelantan, Dr Azman Ibrahim, AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, dan Tuan Said Hj Sidup, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, NGO MESRA, dan Jabatan Amal Malaysia.

BANJIR PULAU PINANGKelantan serah sumbangan RM50,000