tahun ke-28 | issn 1311-6891 | jamadilakhir-rejab 1439h...

13
Tahun Ke-28 | ISSN 1311-6891 | JAMADILAKHIR-REJAB 1439H | MAC 2018 Hospital Berkonsep Syariah Mercu Tanda Baru MS 4 Kelantan Mengiktiraf Penggiat Seni Dan Budaya MS 7 Happy Hour Jualan Daging Tempatan RM 25/KG MS 14 Tuan Guru Pondok SERU PERTAHAN KERAJAAN ISLAM KELANTAN Seluruh rakyat Kelantan mesti berdiri teguh BERISTIQAMAH memilih pemimpin yang beriltizam menjunjung syariat Islam dalam negeri dan Negara ini walau ditawarkan dengan pelbagai bentuk tawaran duniawi, sebaliknya menjadikan agama dan aqidah perjuangan Islam sebagai matlamat utama kehidupan. Lihat muka 10 EDARAN PERCUMA Bil 187

Upload: vankhue

Post on 30-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 2018 1

Tahun Ke-28 | ISSN 1311-6891 | JAMADILAKHIR-REJAB 1439H | MAC 2018

Hospital BerkonsepSyariahMercu Tanda Baru

MS 4

Kelantan MengiktirafPenggiat Seni Dan Budaya

MS7

Happy Hour Jualan DagingTempatan RM 25/KG

MS 14

Tuan Guru PondokSERU PERTAHAN KERAJAAN ISLAM KELANTAN

Seluruh rakyat Kelantan mesti berdiri teguh BERISTIQAMAH memilih pemimpin yang beriltizam menjunjung syariat Islam dalam negeri dan Negara ini walau ditawarkan dengan pelbagai bentuk tawaran duniawi, sebaliknya menjadikan agama dan aqidah perjuangan Islam sebagai matlamat utama kehidupan.

Lihat muka 10

EDARAN PERCUMA Bil 187

JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 2018 JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 20182 3

KEBERKATAN | KEMAKMURAN | KEBAJIKAN

Merakyatkan Membangun Bersama Islam

PENAUNGYB DATO’ HJ MOHD NASSURUDDINB. HJ. DAUDPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta

PENASIHATMD ASHARI MAMATPengarah Urusetia PeneranganKerajaan Negeri Kelantan

PENYELARASABD. RAHIM MUHAMMAD

SUSUN ATURAHMAD KARIEMULLAH SAIPUL BAHRIN

WARTAWANNIK AZMAN NIK [email protected]

CHE MAZIAH BINTI [email protected]

JURUFOTOMOHD ASRI HAMATABDUL AZIZ BIN [email protected] KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB)

PENGEDARUNIT EDARAN UPKN

PERCETAKANUNIPRESSLot 140, Jalan Pencawang TNB Lundang,Off Jln Sultan Yahya Petra,15150 Kota Bharu, Kelantan.Tel: 09 743 4924Faks: 09 743 4925Email: [email protected]

ALAMAT SURAT MENYURATURUSETIA PENERANGAN KERAJAANNEGERI KELANTANPejabat Setiausaha KerajaanTingkat Atas, Blok 7 Kompleks Kota Darulnaim15503 Kota Bharu Bandar Raya Islam,Kelantan DarulnaimTel 09-7483529(DL), 09-7481957 samb, 7810Faks: 09-7433529

Website: [email protected] (Berita Adun)www.facebook.com/upknkelantan(sila email untuk sebarang pertanyaan)

Pena Pengarah

Sidang Redaksi dan kedamaian kehidupan kepada semua kaum rakyat negara ini bukan berasaskan kepada terujanya kita dengan tawaran gula-gula semar disetiap saat akhir penggal lima tahun yang semakin rancak diwar warkan oleh pihak tertentu sejak beberapa minggu terakhir ini.

Status quo berkarat yang mengatakan tok lebai tidak mampu memerentah negeri telah terbatal secara total dengan ujudnya pentadbiran tok lebai di Kelantan sejak tahun 1990 hingga hari ini sebagai bukti yang tidak ada manusia waras mampu menidakkannya. Walaupun pada peringkat awalnya ada pihak yang mengatakan pentadbiran negeri ini dibawah Allahyarham Dato’ Bentara Setia Tuanguru Nik Abdul Aziz tidak akan dapat bertahan 3 bulan, tetapi dengan izin Nya, dengan berpandukan al-Qur’an dan as-Sunnah Rasulullah SAW, dengan langkah yang penuh beringat tapi pasti, pemerintahan negeri Kelantan mampu diurus dengan berjaya dan bergaya, bukan hanya 3 bulan, tidak juga 3 tahun bukan juga 3 penggal, tetapi sehingga kehari ini, masuk ketahun ke-28 walaupun menghadapi segala kekangan, ditambah pula dengan tekanan dan diskriminasi yang berterusan dari kerajaan pusat sejak pentadbiran Perdana Menteri dan kabinet-kabinet sabelum ini.

Sepanjang 28 tahun kerajaan negeri Kelantan dibawah parti PAS mengendong amanah ini, saorang menteri dari BN mengistiharkan dalam parlimen bahawa tidak ada salah laku oleh pimpinan kerajaan negeri Kelantan berbanding dengan 71 kes siasatan salah laku pimpinan dari parti Barisan Nasional (BN) dan 21 kes dari parti Pakatan Harapan (PH).

Insya Allah, inilah manisfestasi daripada kepatuhan kepada kaedah pentadbiran yang berasaskan Islam yang membawa rahmat kepada sekelian alam itu, dan PAS bersama Gasasan Sejahtera inilah pilihan yang tiada lain selainnya yang perlu, wajib dan misti dipilih oleh semua rakyat Malaysia dalam PRU14 kali ini untuk sama-sama kita usung dan hunjam tunjang Ubudiah, Masuliah dan Itqan ke Putrajaya pula, samoga pohon sejahtera ini merendang dari Perlis sampai ke Sabah, disamping boleh berteduh dibayangannya, semua rakyat juga pada masa yang sama dapat mengecapi keenakan dan kelazatan buahnya.

Allaahu akbar !.

Ketika para pembaca membaca BULETIN keluaran yang ini, kita semua sedang dalam tempuh menanti saat menterjemahkan pilihan masing-masing kekertas undi untuk membuat pilihan: kepada siapakah hendak diberikan amanah kepimpinan negara ini bagi kali ke14. Bermakna sudah 13 kali, setiap lebih kurang lima tahun, rakyat Malaysia membuat pilihan menentukan siapakah yang dikira layak, mampu dan sepatutnya diberi kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri, menteri atau anggota kabinet seluruhnya, dan bagi kali ini, sekali lagi rakyat Malaysia akan memilih satu pasukan yang akan diberikan tanggung jawab kearah mana hendak mereka caturkan rakyat dan negara tercinta ini.

Allah SWT menyediakan dua alternatif dalam hidup ini, dan kita diberi kebebasan untuk memilihnya – salah atau betul, halal atau haram, sah atau batal. Pengkelasan salah dan betul itu pula hendaklah mengikut kaedah yang ditetapkanNya, yang telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW. Tidak semua yang betul pada perkiraan akal manusia itu betul dengan kehendak dan perintah Allah, dan tidak semua yang salah pada akal manusia itu salah juga dalam ketentuan Nya.

Tidak terkecuali, malah lebih lebih lagi dalam hal memilih pemimpin sabuah negara dan negeri juga ada halal haram, sah batal dan salah dan betulnya. Kita hendaklah memilih mereka yang faham dosa, pahala. Kita diwajibkan memilih pemimpin dan pasukan yang mampu membawa rakyat Malaysia kearah yang diredhai Allah, dunia dan akhirat, mendatangkan kesejahteraan

2

Rumah Mampu Milik Membantu Rakyat Berpendapatan Rendah Memiliki Rumah

Memilih

MACHANG - Seramai 60 orang pembeli (yang telah menandatangani kontrak jual beli) telah dijemput bagi acara serahan kunci yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob pada Majlis Penyerahan Kunci Wadi Iman PMBK, Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Di Perumahan Desa Wadi Iman Fasa IV, Mukim Mahang West dekat sini baru lalu.

Manakala selebihnya iaitu seramai 36 orang akan menerima serahan kunci melalui pejabat PMBK.

Dalam ucapannya, Dato’ Ahmad menyatakan setiap orang perlu memiliki rumah sebagai keperluan asas dalam kehidupan dengan suasana dan persekitaran yang selesa bagi menjamin keselamatan keluarga.

“Hubungan yang silaturahim sesama penghuni di sesuatu kawasan perumahan adalah penting untuk menjamin wujudnya suasana yang harmoni dan sejahtera.

Masjid merupakan tempat yang paling baik dan sesuai untuk memupuk silaturahim sesama penghuni di sesuatu kawasan perumahan,” katanya.

PMBK merupakan salah sebuah agensi Kerajaan Negeri yang telah

dipertanggungjawabkan untuk membantu anak-anak Kelantan yang kurang berkemampuan dengan penawaran unit kediaman yang lebih ekonomi, selesa dan berpatutan di dalam negeri Kelantan.

PMBK memperkenalkan perumahan dinamakan ‘Wadi Iman” yang bermaksud taman orang-orang beriman yang menyasarkan pembangunan komuniti setempat hendaklah bertunjangkan kediaman yang ahlinya sangat rapat hubungannya dengan Allah SWT. Natijahnya, iman yang progerif ini pasti memperlihatkan masyarakat yang berakhlak tinggi.

PMBK telah melaksanakan pelbagai projek perumahan seperti Rumah Teres Kos Rendah, Rumah Teres Kos Sederhana, Rumah Teres 2 Tingkat, Rumah Kos Rendah sejak tahun 2008. Sehingga 2017, PMBK telah berjaya menyiapkan hampir 400 unit rumah untuk rakyat negeri Kelantan.

Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Wadi Iman PMBK di Kok Lanas, Ketereh ini merupakan projek yang telah dimulakan sejak tahun 2016. Sebanyak 96 unit lot rumah teres telah dibina dan telah disiapkan pada penghujung tahun 2017.

Pada Mac 2018, pihak berkuasa

tempatan telah meluluskan ‘Sijil Kelayakan Duduk (SKD)’ kepada projek berkenaan. Setelah menerima SKD, pembeli rumah Wadi Iman RMMK Kok Lanas ini telah dijemput bagi majlis penyerahan kunci oleh PMBK.

PMBK sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri sangat komited dalam membantu rakyat negeri Kelantan yang berpendapatan rendah dan sederhana bagi memiliki kediaman impian yang selesa.

Rumah Mampu Milik ini pastinya menjadi idaman kepada semua rakyat negeri Kelantan memandangkan harganya yang berpatutan serta kualitinya yang tersendiri. Dengan adanya kediaman seperti ini, pastinya ianya akan meningkatkan status pemilikan rumah dalam kalangan penduduk negeri Kelantan khususnya para belia.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Dato’ Ab. Fattah Mahmood.

JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 2018

JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 2018 JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 20184 5

Pada Majlis yang sama, Pengerusi Permodalan Kelantan Berhad (PKB), YB Dr Izani Husin berkata, hospital yang dibina di atas tanah seluas 1.6 hektar di Padang Tembak oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan PKB itu dijangka siap dalam tempoh 36 bulan.

Menurutnya, bangunan hospital berkenaan setinggi lapan tingkat itu mempunyai kapasiti 80 katil bagi menggantikan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak An-Nisa’ sedia ada yang terletak di pusat bandar.

Katanya, beliau yakin selepas siap, hospital tersebut bukan sahaja muncul selaku mercu tanda baharu tetapi dalam masa membawa imej patuh syariah serta menjadi contoh kepada hospital

lain.“Tenaga perubatan terdiri pakar-

pakar wanita khusus rawatan perbidanan dan sakit puan serta jururawat dan kakitangan sokongan wanita berpengalaman akan memberikan keselesaan kepada pesakit dan keluarga.

“Ini sekali gus akan mewujudkan prasarana kondusif dan komprehensif serta memberikan nilai tambah kepada golongan wanita dan anak-anak dalam perkhidmatan perubatan lengkap serta moden,” katanya.

Turut berlangsung sejurus itu, Majlis Perasmian Menara Telekomunikasi Ke 250 Infra Quest Sdn. Bhd (IQSB ). Dengan adanya menara baru ini akan dapat membantu program perkembangan dan liputan yang meluas di seluruh negeri serta membantu perkembangan teknologi telekomunikasi di Kelantan. Kerajaan Negeri sejak tahun 2003 telah melantik IQSB sebagai Badan Penyelaras Infrastruktur Telekomunikasi di Kelantan yang dikenali sebagai One Stop Agency.

KOTA BHARU – Kelantan buat julung kalinya akan membina sebuah hospital yang berkonsepkan Syariah yang pertama dengan menelan kos sebanyak RM100 juta, bermula tahun depan. Kerajaan Negeri Kelantan melalui PKINK mengambil inisiatif bagi membangunkan sebuah hospital baru yang menjadi mercu tanda baru bagi Negeri Kelantan.

Pada majlis berkenaan, Timbalan Menteri Besar Kelantan YB. Dato’ Haji Nik Mohd Amar B. Haji Nik Abdulah mewakili YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Hospital Wanita & Kanak-Kanak An-Nisa’ bertempat di Kolej Teknologi Darulnaim.

HOSPITAL BERKONSEP SYARIAH MERCU TANDA BARU

TAMAN TEMERLOH JAYA, 8 April 2018:

Anak-anak Kelantan yang merantau di Temerloh berkesempatan bertemu dengan pimpinan utama Kerajaan Negeri Kelantan dekat sini, pagi tadi.

Majlis Ramah Mesra YAB Dato’ Bentara Kanan, Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob bersama Anak Kelantan di Perantauan (Zon Timur) ini diuruskan pihak PERAKAN Pahang bermula jam 9.30 pagi sehingga

tengahari di Dewan Temerloh Jaya.Selain Menteri Besar, YB Ustaz

Nasruddin Daud, Exco Kerajaan NegeriKelantan dan Yang DiPertua PAS Kawasan Temerloh, Tuan Haji Md Jusoh Darus juga hadir dan menyampaikan ucapan.

Majlis berlangsung penuh ceria dan berinformasi berkaitan situasi politik dan pentadbiran negeri hari ini. Ia berakhir dengan jamuan tengahari dan solat Zuhur di masjid Temerloh Jaya

Majlis Ramah Mesra YAB MB Kelantan bersama Anak Kelantan di Perantauan

(Zon Timur)

JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 2018 JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 20186 7

KELANTAN MENGIKTIRAF PENGGIAT Seni Dan Budaya

Program Multaqa Qiadati Dua’h yang menghimpunkan para daie di seluruh pelosok negeri Kelantan telah diadakan di Dewan A Balai Islam Kota Bharu pada 2 April 2018.

Program ini menghimpunkan para daie daripada pelbagai latar belakang seperti para ustaz,ustazah, imam, pensyarah dan pendakwah bebas. Pihak kerajaan negeri amat menghargai jasa para daie yang bertindak sebagai perantara antara pemimpin dan rakyat. Para hadirin diberi informasi dan input semasa berkaitan pentadbiran dan usaha-

usaha yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi mempertahankan Islam di Kelantan.

Sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi peluang para daie menzahirkan sebaran kemusykilan dan permasalahan secara langsung dengan pimpinan negeri.

Program ini mendapat respon yang cukup positif dari para daie dan peluang sebegini turut memberi ruang kepada para daie bertukar-tukar buah fikiran memandangkan mereka hadir dari latar belakang yang berbeza.

Multaqa Kepimpinan Dakwah kumpulkan Para Daie

Pengerusi Jawatan kuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman yang juga Pengerusi Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan ketika hadir dan mengiringi YB Dato’ Haji Abdullah Yakob, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan ke Majlis Anugerah Seni Budaya Negeri Kelantan 2018.

Majlis Anugerah Seni Budaya Kelantan 2018 dianjurkan oleh Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) bagi memberikan

pengiktirafan kepada penggiat-penggiat seni budaya Kelantan yang telah menyumbang bakti dalam perkembangan kesenian dan kebudayaan di Negeri Kelantan.

Anugerah Tokoh Budaya Kelantan diberi kepada Yusoff Mamat yang berkecimpung lebih separuh abad dalam seni wayang kulit melayakkan beliau diberi anugerah.

Sumbangan tokoh yang berusia 67 tahun itu bukan saja meliputi dalam negara bahkan turut membuat persembahan serta menjadi tenaga pengajar di luar

negara antaranya, Itali, Jepun, Indonesia dan Afrika Selatan.

Lebih dikenali Pok Soh Wayang Kulit, pembabitannya dalam seni ini bermula seawall usia Sembilan tahun dengan menyertai kumpulan wayang kulit dari Kampung Laut sebagai pemukul canang.

Pada majlis sama seramai 16 penerima mewakili lima kategori tampil menerima anugerah iaitu Anugerah Khasv Penghargaan Budaya, Penggiat Budaya, Kepimpinan Budaya, Persatuan Aktif dan Tokoh Budaya Negeri.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Majlis Kebudayaan Negeri, Dato’ Norzula Mat Diah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mohd Faudzi Haji Che Mamat, Ketua-Ketua Jajahan, Ketua-Ketua Jabatan, serta para penggiat seni budaya Kelantan.

JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 2018 JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 20188 9

BANGI –Chef Ustazah telah menyaksikan demo masakan semasa Program ttemu mato anok beranok wanita Kelantan Perantauan yang diadakan pada hari Ahad,11 Mac 2018. Program meraikan anak Kelantan di perantauan ini telah berlangsung di Taman Tasik Cempaka (Bandar Baru Bangi).

Antara aktiviti yang dianjurkan adalah sukaneka bagi kanak-kanak

dan wanita, ceramah kekeluargaan oleh Ustazah Asmak Husin, Demo Masakan oleh Chef Ustazah, persembahan nasyid oleh kumpulan Shoutul Amal, persembahan dikir barat, khidmat kesihatan percuma, khidmat perubatan Syifa’ oleh Dato’ Ustaz Sharhan, demo penjagaan wajah serta penampilan istimewa Dato’Sohok(abe Mus) dan penyanyi Yatt Hamzah.

Chef Ustazah persembahkan Demo Masakan di Bandar Baru Bangi

KOTA BHARU – Pasar Besar Siti Khadijah yang dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Buluh Kubu, telah menyaksikan YB Dato’ Anuar Tan bin Abdullah turun padang bagi menyantuni persatuan peniaga emas dan persatuan peniaga buah Pasar Siti Khadijah.

YB Dato’ Anuar Tan turut menyampaikan sumbangan kepada wakil persatuan tersebut. Dalam lawatannya, beliau telah mengambil peluang untuk beramah

mesra bersama wakil persatuan dan mendengar sendiri aduan dan sebarang cadangan penambahbaikan dari wakil-wakil persatuan.

Pasar Siti Khadijah kini mempunyai 4 tingkat. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat satu pula diperuntukan kepada makanan kering. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan. Pasar ini beroperasi seawal jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang.

Dato’ Anuar Tan SANTUNI PERSATUAN PENIAGA BUAH & EMAS

JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 2018 JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 201810 11

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan ketika bersama para tuan guru pondok seluruh Kelantan di Pondok Kandis tengahari tadi. Ijtimak Pondok Bangkit Pertahan Kelantan itu turut diisi dengan Forum Masa depan Pondok yang dibarisi oleh Dr Lokman Abdullah, Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad dan Ustaz Mohd Asri Mat Daud, Setiausaha Akhbar Menteri Besar yang di moderatorkan oleh Dr Mahyuddin Daud, Pensyarah Akademi Islam Nilam Puri.

Munajat dan bacaan dua ribu juz Al-Quran oleh dua ribu orang turut berlangsung antara maghrib dan isya tadi. Majlis berakhir dengan

Ceramah Bangkit Pertahan oleh YB Dato’ Hj Nasaruddin Daud, Tuan Guru Hj Nik Razi Nik Mat, Tuan Guru Hj Wazir Che Awang dan Ustaz Tuan Syarifuddin Ismail. Berikut adalah resolusi Ijtimak Pondok Bangkit Pertahan Kelantan 2018:

RESOLUSI IJTIMAK PONDOK KELANTAN 2018 BERSAMA BANGKIT PERTAHAN

Ijtimak Pondok Kelantan 2018 memandang berat terhadap cabaran kepada Aqidah Umat Islam yang sedang berlaku dalam masyarakat mutakhir ini dan bertegas menolak segala bentuk aliran dan ajaran yang bercanggah dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ijtimak Pondok Kelantan 2018 mendokong usaha Kerajaan Islam Kelantan dalam mengekalkan negeri ini sebagai Serambi Mekah yang subur dengan ilmu dan amalan berteraskan kepada Perkara 4 (1), Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan bahawa pegangan rakyat negeri Kelantan adalah bersandarkan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut mazhab Abu Hasan Al-Asy’ari dan Abu Mansur Al-Maturidi dan orang yang mengikut jejak langkah keduanya.

Ijtimak Pondok Kelantan 2018 menegaskan bahawa mempertahankan Kerajaan Islam Kelantan yang ada pada hari ini adalah

WAJIB SYAR’IE. Justeru, Ijtimak ini menggesa anak Kelantan di perantauan WAJIB pulang mengundi dalam mempertahankan Kerajaan Islam Kelantan walaupun berdepan dengan segala kesukaran dan kepayahan. Pengorbanan harta, masa, tenaga dan jiwa adalah sangat dituntut demi memartabatkan agama Allah SWT.

Seluruh rakyat Kelantan mesti berdiri teguh BERISTIQAMAH memilih pemimpin yang beriltizam menjunjung syariat Islam dalam negeri dan Negara ini walau ditawarkan dengan pelbagai bentuk tawaran duniawi, sebaliknya menjadikan agama dan aqidah perjuangan Islam sebagai matlamat utama kehidupan.

Ijtimak hari ini juga mempertegas

akan keperluan pihak Kerajaan Negeri mengarusperdanakan institusi pondok dengan menyelaraskan sijil dan memberi pengiktirafan kepada penuntut lepasan pondok disamping mengadakan kerjasama akademik dengan pusat-pusat pengajian yang bermanhaj selari dengan pengajian aliran pondok.

Ijtimak Pondok Kelantan 2018 hari ini juga mempertegas bahawa betapa perlunya generasi muda khususnya di Kelantan dan umumnya di seluruh pelusuk tanah air untuk terus beristiqamah mendalami ilmu agama di institusi pondok dalam mempersiapkan diri sebagai tulang belakang kepada kebangkitan Islam dan menjadi benteng kepada Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

TUAN GURU PONDOK SERU PERTAHAN KERAJAAN ISLAM KELANTAN

JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 2018 JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 201812 13

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan hadir merasmikan Akademi Al-Quran Bandaraya Islam MPKB-BRI pagi tadi di perkarangan Masjid Al-Taqwa Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh. Akademi Al-Quran berkenaan telah dibuka kepada orang ramai dibawah seliaan dan guru yang mengajar, Syeikh Hisham Abdel Bary, Syeikhul Qurra’ Kelantan

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, hadir merasmikan Masjid Buluh, Gua Musang selepas solat hajat dimasjid berkenaan. Turut hadir YB Dato› Haji Abdul Fattah Mahmood, YB Haji Zulkifli Mamat, Penyelia Parlimen, Penyelia Dun Galas dan Paloh, Tuan OCPD Gua Musang, Wakil Ketua Jajahan, guru-guru halaqat, pelakon Mustapha Kamal dan anak muda MERAK diketuai presidennya, En. Azaizuree yang datang sejak petang tadi berkonvoi ke masjid berkenaan. Majlis turut dimeriahkan dengan penganjuran Ekspo Tani yang diadakan disekitar Masjid Buluh. Ustaz Dato’ juga membuat lawatan ke kawasan projek Rumah Mampu Milik Kelantan sebanyak 488 unit yang telah siap dibina di Bandar Baru Gua Musang.

YB Dato’ Haji Dr. Ramli Bin Mamat, ziarah dan menyampaikan sumbangan awal takaful Kifaalah kepada waris simati di Kampung Sireh.Turut mengiringi bersama, Penghulu Mukim Kampung Sireh, Wan Ismail Kadir.

YB Dato’ Haji. Abdul Fattah Mahmood, menyampaikan sumbangan tayar di dalam program Himpunan Gergasi Merak Dan NGO Bermotor.

YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, ziarah ADUN Kemahang di Kemahang 3 , bendang Nyior & Kuala Kepok dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada pesakit kronik, semoga pesakit tabah menghadapi ujian yang menimpa

YB Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan menyampaikan Cek Baiki Rumah kepada penerima yang terpilih. Bantuan berupa wang daripada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bertujuan untuk meringankan beban penerima untuk membina rumah.

Lensa

YB. Dato’ Hj. Mohd Nassuruddin Hj. Daud telah merasmikan Sukan Air Dun Meranti. Pelbagai acara yang telah dipersembahkan di Sungai Meranti antara yang popular sekian lama menjadi tradisi tidak sah jikalau tidak ada acara igak itik dan diikuti gusti bantal, lumba perahu dan jala atas darat. 50 ekor itik dilepaskan oleh YB. Dato’ semasa acara terakhir bagi Sukan Air Dun Meranti semestinya ramai tertunggu-tunggu acara ini. YB. Dato’ juga menyampaikan hadiah pertandingan dan hadiah cabutan bertuah kepada yang bertuah.

YB Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan, hadir di Majlis Penyerahan Dermasiswa PURNAMA 2018 yang melibatkan seramai 80 orang pelajar dari Sekolah Menengah Ugama

Kelolaan Yayasan Islam Kelantan.

YB Dato’ Haji Dr. Ramli Bin Mamat, hadir beramah mesra bersama anak muda di gelanggang Futsal Pintu Geng. Tahniah kepada penganjur kerana berjaya menghimpunkan anak muda dalam satu aktiviti yang sihat.Terima kasih juga kerana menjemput Dato Dr untuk memyampaikan hadiah kejohanan.

YB Hjh Mumtaz binti Md. Nawi, merasmikan majlis pra-pelepasan bagi konvoi bermotor mengerjakan umrah 2018. Projek Umrah Gi Mekah Nga Motor ( Ride from Malaysia to Makkah, Kelantan) yang dijangka akan merentasi 8 buah negara (Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Iran, UAE, Arab Saudi) dijadualkan bermula 3 November 2018, sejauh 14,000km akan mengambil masa selama 60 hari untuk sampai kedestinasi (Masjid Muhammadi –Masjidil Haram).

Lensa

JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 2018 JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 201814 15

BANGI - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menganjurkan program KALA (Kelantan Authenthic Lifestyle and Arts)FEST KELANTAN 2018 pada 30 Mac hingga 1 April 2018 dengan kerjasama UPEN dan agensi kerajaan negeri.

Program yang bertempat di Bangi Convention Center ini diadakan khas untuk semua warga Malaysia terutama sekali anak Kelantan yang berada di perantauan khususnya Kuala Lumpur dan sekitarnya bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti-aktiviti dan pembangunan terkini dibawah kerajaan Negeri Kelantan.

Antara aktiviti yang diadakan

sepanjang program KALA FEST KELANTAN 2018 ini ialah acara dan persembahan kebudayaan (wayang kulit, dikir barat, rebana ubi, kertok dan silat), kayuhan basikal (KALA FUN RIDE), jualan Happy Hour daging lembu tempatan (RM25/kg) dan ayam kampung frozen, gerai makanan Kelantan bertemakan “Kelantan, Anjung Selera Asia”, bicara selebriti bersama Dato’ Sohok, Dialog Mahasiswa, Santai Mat Motor, Himpunan Gu Kelantan, Himpunan Al-Malak, Demo Mencanting dan Mewarna Batik Pameran Wau Bulan, Pembikinan Wayang Kulit dan Kuliah Maghrib oleh Pu Rozi. Turut diadakan ialah pameran dan penerangan berkenaan pembangunan negeri

Kelantan yang disertai oleh agensi-agensi dibawah Kerajaan Negeri.

Dialo Mahasiswa menyaksikan seorang mahasiswa dari Uniiversiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) dilantik sebagai “Menteri Mahasiswa” yang bertindak sebagai medium bai mengetengahkan suuara mahasiswa kepada kerajaan negeri Kelantan. Antara isu yang diketengahkan sepanjang sesi dialog tersebut termasuklah isu air dan peranan mahasiswa dalam menambahbaikkan agensi kerajaan negeri Kelantan.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh YB Dato Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan pada pukul 5.00 petang, 1 April 2018.

Happy HourJUALAN DAGING TEMPATAN RM25/KG

KOTA BHARU – Exco Kebajikan, YB Hjh Mumtaz Md Nawi hari ini melawat Institusi Warga Emas Rumah Seri Kenangan (RSK) di Kemumin, Pengkalan Chepa. Beliau dalam rangka lawatan ke beberapa institusi kebajikan termasuklah warga emas dan kanak-kanak bertujuan melihat dan merangka program-program yang sesuai bagi meningkatkan kualiti hidup golongan warga emas supaya mereka tidak tercicir daripada menikmati kebajikan dan kesejahteraan hidup sesuai dengan hasrat kerajaan negeri bagi membangunkan negeri berkebajikan.

Ketibaan YB Mumtaz dan rombongan disambut oleh Penguasa Rumah Sri Kenangan, Mohamad Hj Md Noor bersama kakitangannya. Dalam lawatan itu, YB Mumtaz turut mendengar taklimat ringkas yang disampaikan oleh Penguasa RSK mengenai RSK dan aktiviti penghuni khususnya.

YB Mumtaz dalam ucapannya berkata, beliau sangat berbesar hati dan menghargai pertemuan ini kerana berpeluang hadir bagi melihat sendiri keadaan dan merangka pelbagai program yang sesuai bagi mereka kerana golongan ini merupakan salah satu punca pintu barakah kepada kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa menitikberatkan soal kebajikan warga

emas selain memperuntukkan bantuan kewangan setiap tahun, kerajaan juga sentiasa merangka dan membangunkan pelbagai program jati diri dan kerohanian bukan sahaja di pusat jagaan orang tua, malahan ke setiap DUN bagi memberi penekanan bahawa orang tua adalah pintu rezeki utama dan paling mudah untuk memperoleh kesenangan dan keberkatan hidup.

YB Hjh Mumtaz Md Nawi juga turut dibawa melawat asrama RSK yang bertapak sejak 80 tahun lalu dan kini menempatkan seramai 102 penghuni warga emas berusia 60 tahun ke atas.

RSK adalah salah sebuah rumah kebajikan orang tua yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara. Selain berfungsi menempatkan warga tua berumur 60 tahun ke atas dari Kelantan, Terengganu dan Pahang berpandukan Kaedah-Kaedah Pengurusan Rumah Orang-

Orang Tua 1983, institusi itu juga mempunyai penghuni yang dimasukkan di bawah Akta Orang Papa 1977.

Turut menyertai lawatan itu ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan, Said Sidup, Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan(UPWK) Puan Zainiah Halim bersama para pegawai UPWK, wakil Pegawai Halaqat Pengkalan Chepa serta ahli Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Kelantan (MESRA) setiap parlimen.

Exco Kebajikan LAWAT RUMAH SRI KENANGAN

JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 2018 JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 201816 17

MEGAWATI – PEMIMPIN PARTI POLITIK INDONESIA PALING LAMAOleh : Azhar Che Lah

Ketua Umum DPP Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP), Megawati Soekarnoputri mengakui tidak mudah untuk mencari pemimpin yang tepat untuk menjadi pemimpin sebuah daerah. Meskipun terkesan lama dalam mengumumkan calon, namun Megawati yakin pilihannya tepat.

“Berulang kali saya tegaskan, bahawa yang saya cari adalah pemimpin, bukan pemburu jabatan. Saya mencari mereka yang telah berproses, berdialektika, dan mencari mereka yang ‘alam fikirnya’ dan dedikasi hidupnya benar-benar untuk rakyat, bangsa dan negara,” ujarnya.

Adapun pengumuman calon gubenor dan calon wakil gubenor kali ini mengambil tema “Politik Pendidikan”, politik yang membangun karakter Indonesia sebagai bangsa yang besar. Untuk itu, Megawati terus mendorong adanya sekolah parti agar proses kaderisasi bisa berjalan.

“Saya melihat betapa orang ingin memajukan dirinya menjadi calon dengan segala cara, ada yang positif dan negatif. Tapi bagi saya, calon pemimpin harus dikader, makanya ada kaderisasi. Jadi jangan kaget bapak-bapak ikut sekolah parti untuk bisa mengetahui isi perut PDIP, apa yang

boleh dilakukan di sini dan tidak boleh. Saya katakan aturan parti begitu,” tegasnya.

Ia mengatakan apabila ada pihak yang tidak berkenan dengan aturan yang berlaku di PDIP, ia meminta untuk meninggalkan PDIP.

Megawati menambahkan bahawa seorang pemimpin harus memiliki kualiti untuk mendidik rakyatnya. Hal ini penting dalam proses mencari sosok yang tepat untuk dijadikannya calon kepala daerah. Oleh kerana itu, ia kurang setuju apabila Pemilu dianggap sebagai sebuah kewajipan parti politik untuk memilih seseorang.

“Kerana rakyat sebenarnya sangat mendambakan mereka dapat ruang keterbukaan. Mudah-mudahan pilihannya yang mereka lihat, sentuh dan rasakan itu menjadi pilihannya. Kerana ada juga yang sudah jadi tapi tidak pernah turun lagi. Lupa diri lalu berfikir sudah berada di kenikmatan kekuasaan,” ungkapnya.

Megawati juga mengakui bila hal itu terjadi, sangat sulit baginya untuk melakukan evaluasi terhadap anggotanya terutama yang sudah menduduki jabatan eksekutif.

“Dalam undang-undangnya eksekutif tidak mudah disentuh oleh parti tetapi kalau legislatif dengan mudah kami panggil, lakukan pemecatan dan lakukan pergantian. Tapi kalau eksekutif sulit,” tegasnya.

Merdeka.com melaporkan, Megawati berharap pelaksanaan Pemilu 2019 jauh dari kampen yang mempolitisasi isu suku, agama, ras dan adat (SARA). Hal ini disampaikan Megawati sewaktu pengundian dan penetapan nombor urutan parti politik peserta Pemilu 2019 di Gedung KPU, Jakarta Pusat.

“Banyak persoalan yang dihadapi dan tak perlu lakukan hal-hal yang

sifatnya SARA kerana apa pun juga ini demi kesejahteraan dan kebaikan rakyat Indonesia secara menyeluruh supaya NKRI tetap berdiri dengan baik,” katanya.

Megawati juga mengingatkan bahawa Pemilu adalah hak rakyat Indonesia. Ia meminta agar semua pihak memberikan rakyat memilih dengan baik.

“Lembaga KPU dapat menjalankan kewajipannya dengan neutral, berdiri sendiri dan tentunya melihat supaya proses demokrasi ini dapat dijalankan sebaik-baiknya. Biarkan rakyat memilih dengan baik,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Parti Gerindra, Prabowo Subianto mengajak semua pihak bertekad mewujudkan demokrasi dengan sebaik-baiknya.

“Kekuatan rakyat diwujudkan melalui kotak suara,” ujarnya.

KPU sebagai penyelenggara Pemilu diberitakan Prabowo memiliki tugas mulia tapi berat. Ia pun berharap KPU dan segenap jajarannya diberikan kekuatan dalam melaksanakan tugasnya.

“Kami mohon kekuatan dari Yang Maha Kuasa agar memberi kekuatan pada petugas-petugas KPU lahir batin agar bisa melaksanakan tugas,” ujarnya.

Parti Gerindra mendapat nombor urutan dua dalam Pemilu 2019. Sementara PDIP mendapat nombor urutan tiga.

PDI Perjuangan dan Parti Golkar makin menunjukkan keakrabannya menjelang Pilkada 2018 dan Pemilu 2019. Kemesraan kedua parti ini ditunjukkan oleh Sekretaris Jenderal PDIP Hasto Kristiyanto dengan Ketua Umum Golkar Airlangga Hartarto yang melontarkan candaan.

Hasto mengatakan, pada pengambilan undian nombor urutan

parti politik peserta di Pemilu 2019 di KPU, PDIP dapat nombor urutan 3. Angka itu artinya persatuan Indonesia dan Pancasila.

“Dalam gambar lambang Indonesia burung garuda, nombor 3 adalah pohon beringin,” katanya.

Sedangkan, Golkar dalam pengabilan nombor urutan peserta Pemilu di KPU, kata Hasto, mendapat nombor 4 yang artinya permusyawaratan Indonesia. Menurutnya, dalam lambang burung garuda, nombor empat tersebut gambarnya adalah kepala banteng.

“Nombor urutan yang diperoleh PDIP dan Golkar, menunjukkan kedua parti ini memiliki hubungan yang dekat,” katanya.

Hasto menegaskan, kalau parti besar, PDIP dan Golkar bersatu, maka dapat membawa kemajuan bagi Indonesia.

Sementara itu, Ketua Umum Golkar, Airlangga Hartarto saat menyampaikan presentasinya sebagai Menteri Perindustrian, mengawalinya dengan teriakan “merdeka”.

Sewaktu berucap dalam sambutan singkat seusai pengundian nombor urutan parti peserta Pemilu 2019 di Jakarta, Megawati bercerita tentang perjalanannya dalam menakhodai partinya sejauh ini.

“Tidak terasa saya ini rupanya Ketua Umum parti terlama di Indonesia,” katanya mengawali pidatonya seusai pengundian nombor parpol 2019 di KPU.

“Pada tahun 1971, partinya itu 10. Yang paling saya lihat sedikit itu 1977 sampai 1997, hanya 3 parti. Saya masih ingat, PDI, Golkar dan PPP. PKB belum ada. Begitu masuk reformasi, maka yang namanya lembaga pemilihan umum itu berubah menjadi komisi pemilihan umum waktu tahun 1999. Parti permulaannya ada 48. Kemudian pada 2004 jadi 24, 2009 jadi 38, dan 2014 jadi 12, dan 2019 baru saja diselesaikan prosesnya 14 parti,” kata Megawati.

Megawati mengartikan perjalanan pemilihan itu sebagai suatu proses kedewasaan bagi Indonesia.

Kerananya, Megawati mengimbau agar segenap parti politik yang ada, bisa menjaga kedamaian masyarakat dalam memilih.

“Apa maksudnya? Saya merinding yang namanya cara pemilihan di republik tercinta Indonesia ini. Yang paling saya ingin ingatkan itu bererti kita berpemilu itu pemilihan umum, yang punya hak rakyat Indonesia, biarkan mereka memilih dengan baik,” kata puteri sulung Presiden Soekarno itu.

Presiden ke-5 RI itu juga mengingatkan agar KPU RI dapat menjalankan tugasnya secara baik, tidak melakukan tindakan yang mengarah kecurangan, sehingga kedamaian dalam melakukan Pemilu tetap terjaga.

“Dari pihak lembaga atau KPU, bisa jalankan kewajipannya dengan neutral, berdiri secara sendiri, dan tentunya melihat proses demokrasi ini dapat dijalankan sebaik-baiknya dan sekali lagi biarkan rakyat memilih dengan baik.

Sudah banyak persoalan yang kita hadapi tidak perlu kita melakukan hal-hal yang sifatnya SARA, kerana apa pun juga ini adalah demi kesejahteraan dan kebaikan rakyat Indonesia secara menyeluruh supaya NKRI tetap berdiri dengan baik,” kata Megawati.

Dalam pidato ilmiahnya yang berjodol ‘Politik Pendidikan Sebagai Jalan Pembebasan’, sewaktu menerima gelar Doktor Honoris Causa (DRHC) dalam Bidang Politik Pendidikan dari Universitas Negeri Padang, Megawati menyampaikan pesan Bung Karno bahawa definisi politik yang hakiki adalah cara mengabadikan diri bagi kepentingan orang ramai.

Dalam politik sesungguhnya setiap individu dituntut untuk memberikan pengabdian yang tidak berorientasi pada kepentingan diri dan kumpulannya.

Hal penting lainnya, Megawati memperkenalkan Politik Humanis, politik berwajah dan berjiwa kemanusiaan. Politik yang menuntut setiap orang untuk memiliki rasa empati dan menghayati perasaan orang

lain. Politik harus difahami sebagai alat untuk memikirkan kebaikan dan kemaslahatan umat manusia. Dalam politik, setiap diri, dituntut untuk mempersembahkan seluruh pengabdian ‘diriku untuk orang lain’. Sama halnya, politik sejatinya adalah jalan untuk mewakafkan hidup agar bermanfaat bagi orang lain.

“Seperti yang diajarkan Nabi Muhammad saw, ‘khairunnas anfa’ uhum lunnas’, sebaik-baiknya manusia adalah yang memberi manfaat bagi manusia lain,” ujar Megawati.

Megawati pun mengingatkan bahaya dari politik menghalalkan segala cara untuk mencapai kekuasaan. Para aktor politiknya melakukan fitnah, pembunuhan karakter dan bahkan menganggap penghilangan nyawa lawan politik suatu hal yang lumrah.

“Politik Pendidikan seperti apa yang akan diproduksi oleh mereka yang ingin berkuasa dengan menghapalkan segala cara? Masyarakat seperti apa yang akan lahir dari politik pendidikan selama ini?” Megawati mengajukan pertanyaan filosofi untuk direnungkan bersama, dan mengajak semua pihak untuk tidak membiarkan politik keji seperti itu direproduksi di bumi Indonesia.

Bagi Megawati kekuasaan yang tercermin dalam politik pendidikan Indonesia harus tetap berpijak dan tidak boleh bergeser dari Pancasila, kerana Pancasila “way of life” bangsa Indonesia. “Way of life dalam pendidikan untuk membebaskan rakyat dari kebodohan, keterbelakangan dan kemelaratan. Way of life dalam pendidikan untuk mewujudkan kemakmuran dan keadilan sosial.

Sebelumnya, Megawati mendapat gelar DRHC dari: Waseda University, Tokyo, Jepun dalam Bidang Hukum (2001), Mascow State Institute of International Relations, Rusia dalam Bidang Politik (2003), Korea Maritime and Ocean University, Busan, Korea Selatan dalam Bidang Politik (2015) dan dari Universitas Padjajaran, Bandung, Jawa Barat dalam Bidang Politik dan Ilmu Pemerintahan (2016).

MEGAWATI SOEKARNOPUTRIKetua Umum DPP Parti Demokrasi

Indonesia Perjuangan (PDIP)

JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 2018 JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 201818 19

KOTA BHARU - Kumpulan nasyid tanah air yang pernah menjuarai Gema Gegar Vaganza telah hadir memeriahkan Ekspo Grup Usahawan Kelate (GU Kelate) bersama gandingan mantap Yabang Khalifah.

Konsert yang cukup meriah ini diadakan di Dewan Jubli Perak, Padang Perdana, Kota Bharu, Kelantan. Ekspo 5 hari yang berlangsung dari 13 Mac 2018 hingga 17 Mac 2018 ini turut menyaksikan persembahan nasyid oleh saudara Suhaimie, bekas ahli kumpulan nasyid In-Team.

Pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari telah diadakan, antaranya Ceramah Kesihatan Wanita, Demonstrasi Kraftangan dan Gubahan Bunga, Himpunan Rakyat Bangkit Pertahan Kelantan, pertandingan Muay Thai secara percuma, serta Bicara Selebriti bersama Datok Sohok Cong Codei (Mustapha Kamal), Ustaz Dusuki Abdul Rani dan Ustaz Jaa.

Majlis Penutup telah disempurnakan dengan persembahan Dikir Barat oleh Kumpulan Belia Budi Jati, Jen Endoro, Arman & Amran DBA, Yoe Asmara.

UNIC & Yabang Khalifah bergabung meriahkan Ekspo GU KELATE

KOTA BHARU: Sepanjang lima tahun tempoh pentadbiran penggal ke-13 tidak ada sebarang kelulusan baru projek ladang hutan.

Menteri Besar Kelantan, YB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob berkata, tiada kelulusan itu yang meliputi projek getah klon balak, pelbagai spesies, ladang batai dan mozak. Selain itu katanya tidak ada juga kelulusan bagi pengecaman dalam hutan simpan.

“Segala aktiviti pembalakan yang sedang berjalan sekarang adalah kelulusan yang telah dibuat pada penggal lepas,” katanya selepas mesyuarat kali terakhir penggal ke-

13 di Kota Darulnaim, hari ini.Hasil daripada itu, Jabatan

Perhutanan membuat laporan polis berhubung dakwaan kononnya Jawatankuasa Kecil Perhutanan

meluluskan projek pembalakan baharu. Pengarahnya, Dato’ Zahari Ibrahim menjelaskan tiada sebarang kelulusan baharu kawasan pembalakan pada mesyuarat tersebut.

TIADA KELULUSAN PROJEK LADANG HUTAN

KOTA BHARU – Setiap orang yang menerima apa sahaja lantikan politik hendaklah bersikap jujur dan bertanggungjawab dengan jawatan yang diterima kerana ia merupakan suatu amanah yang wajib dipukul.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd. Amar Nik Abdullah berkata demikian sewaktu berucap pada perasmikan Majlis Perlantikan Penghulu 2018 di sebuah hotel terkemuka dekat sini baru lalu.

Katanya, apabila seseorang itu dilantik dan bersedia menerima sesuatu jawatan maka jawatan tersebut terpikul di bahunya dan perlu diuruskan dengan penuh amanah.

“Mereka yang menerima jawatan tetapi tidak melakukannya dengan penuh jujur dan amanah akan dipersoalkan di akhirat nanti dan mereka akan menerima balasan yang setimpal dengan dosa mereka.

Dalam setiap perlantikan politik yang dibuat adalah berpandukan

kepada kelayakan dan kemampuan seseorang tanpa pilih kasih,” katanya.

Katanya lagi, individu yang diberikan jawatan janganlah menolak dan hendaklah menerimanya dengan hati yang terbuka serta sedia melaksanakannya setakat yang termampu.

“Penghulu adalah merupakan jentera kepada kerajaan dan sebagai jentera setiap individu perlu sama-sama mempertahankan dasar Kerajaan Negeri yang berteraskan ‘Membangun Bersama Islam’.

Penghulu juga perlu berperanan sebagai pemberi maklumat dan kefahaman kepada rakyat jelata di peringkat akar umbi supaya setiap dasar kerajaan mampu difahami dengan jelas tanpa sebarang kekeliruan,” katanya.

Tambahnya, dalam usaha merakyatkan dasar MBI, peranan penghulu cukup besar dan perlu sentiasa berfikiran positif dalam mempromosikan

dasar-dasar kerajaan.“Setiap penghulu perlu bermaklumat

dan perlu maju selangkah ke depan daripada orang kampung dan jangan sesekali ketinggalan dalam memahami isu-isu yang berlaku pada setiap masa.

Mereka perlu peka dengan perkembangan isu-isu semasa dan jangan mudah terpengaruh dengan propaganda memburukkan pemimpin dan kerajaan,” katanya.

Tambahnya lagi, sikap mudah termakan dengan hasutan dan fitnah tanpa usul periksa hendaklah dijauhi dan jangan mudah percaya serta menyebarkan maklumat yang diterima tanpa sebarang bukti.

“Dalam mendepani rakyat, penghulu perlu kepada sumber dan maklumat yang betul supaya mereka senang untuk menjawab sebarang persoalan yang timbul dan mengelirukan kefahaman rakyat.

Penghulu hendaklah menjadi pembela kepada kerajaan yang melantik dan bukan sebagai orang yang membakar semangat orang ramai untuk membenci kerajaan ,” jelasnya.

Penghulu Disaran Fahami Tanggungjawab

JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 2018 JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 201820 21

Lensa

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, hadir menyampaikan Mok Cek Dividen Peserta Ladang Rakyat dan Cek Manfaat Takaful Hayat Berkelompok di Majlis Himpunan Perdana Peserta Ladang Rakyat di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV petang tadi. Dalam ucapan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan turut menyeru peserta ladang rakyat supaya berusaha dengan kudrat yang ada untuk mempertahankan Kerajaan Negeri Kelantan

dibawah pentadbiran Islam yang telah memasuki fasa Merakyat Membangun Bersama Islam.

LASAK 3.0 & 4.0 RAIKAN USAHAWAN BACHOK DAN TANAH MERAH

BACHOK - Roadshow LASAK(Seminar Latihan Keusahawanan Khas) Bersama GU KELANTAN telah diadakan di dua daerah terpilih iaitu di Bachok dan Tanah Merah.

LASAK 3.0 Zon Bachok telah berlansung di Majlis Daerah Bachok pada 4hb April 2018 manakala LASAK 4.0 Zon Tanah Merah telah berlangsung di Majlis Daerah Tanah

Merah pada 9hb April 2018. Majlis berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang. Antara tarikan yang ditawarkan termasuklah penyertaan secara percuma dan Baju T-Shirt percuma untuk 100 peserta terawal. Bagi memastikan kualiti seminar dapat dikawal, pihak penganjur telah mengehadkan penyertaan seminar hanya kepada 200 peserta di setiap zon.

MACHANG – Latihan Keusahawanan Khas (LASAK) mula diperkenalkan pada 5 Mac 2018 di Majlis Dewan Daerah Machang, dan menyaksikan penyertaan seramai 100 orang bakal usahawan dan usahawan kecil negeri Kelantan.

Program anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) ini akan menyusun Latihan Keusahawanan Khas (LASAK) yang bertujuan memberi latihan usahawan micro kepada sasaran seramai 5000 orang dalam masa 5tahun. Ini bermakna dalam lima tahun, PKINK mensasarkan akan melatih 5000 usahawan (1000 orang setiap tahun akan dilatih) tentang asas perniagaan.Kemudian, PKINK akan memilih 1000 usahawan untuk diperkasa (200 usahawan akan diperkasakan setiap tahun), seterusnya mengambil 200 usahawan yang layak ke peringka tglokal (40 usahawan akan dibawa ke peringkat Glokal setiap tahun)

Sehingga Mac 2018, sebanyak

575 permohonan untuk mengikuti LASAK telah diterima melalui pendaftaran secara online dan 3 program yang telah dianjurkan.

Bidang-bidang yang ditawarkan antaranya ialah KULINARI (Nasi Arab / Puding / KekdanPencucuiMulut lain / Bakery, pelbagai roti / Roti Canai), JAHITAN (UPWK) (Tudung sekolah / tudung wanita / Sulaman / Bajukurung / seluar), PERTANIAN (Tanamsayur, cili, sawi, peria, timun / - Pelihara udang, lobster), KEMAHIRAN KHAS (Mengurut Wanita / Mengurut bayi

/ Bertungku wanita bersalin / Facial Wanita / SPA wanita / Bekam Wanita), KEMAHIRAN LELAKI (Baiki telefon bimbit / Gunting rambut), KELAS MARKETING - PASCA LATIHAN : BISNES ONLINE.

Penumpuan adalah kepada perniagaan micro dari aspek latihan kemahiran, bantuan perniagaan serta pemasaran atas talian. Jika perniagaan yang terpilih berkembang dengan baik, pihak PKINK akan memberi jalan dan laluan untuk meluaskan perniagaan ke peringkat global pula.

LASAK Cakna Usahawan Pelbagai Bidang

KOTA BHARU- Majlis Menhafaz dan Tilawah Al-Quran peringkat negeri kelantan bagi tahun 2018 telah diadakan di Balai Islam Lundang, Kota Bharu. Majlis bertemakan ”Al-Quran Pembimbing Ummah” itu telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri besar Kelantan pada 25 Februari 2018 (Ahad)

Jabatan Hal Ehwal Aama Islam negeri Kelantan (JAHEAIK) buat julung kalinya mempersembahkan kelainan bagi edisi kali ini dengan menggabungkan acara Tilawah dan Hafazan secara serentak. Majlis sebelah pagi merupakan majlis hafazan al-Quran manakala majlis sebelah malam pula adalah majlis tilawah al-Quran.

Majlis diserikan dengan alunan seni tarannum al-Quran dari Qari Qari yang mewakili jajahan jajahan di Negeri Kelantan. Para peserta kesemuanya mempamerkan kesungguhan masing-

masing serta mempamerkan bacaan yang cukup membanggakan.

Uniknya pertandingan ini disertai oleh peserta Kelainan Upaya merupakan peserta yang mewakili Negeri Kelantan yang menggunakan Al-Quranbraille.

Sungguh kitabuLLAH itu diturunkan kepada junjungan kita Rasulullah S.A.W serta untuk sekalian makhluk-Nya yang tiada keraguan baginya.

“Inilah Kitab yang yang tiada keraguan baginya, petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. “

[Surah Al-Baqarah 2]Pengerusi Majlis mengucapkan

setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka yang berusaha mencipta dan memperbaiki tulisan braille kerana ianya menyumbang kepada mereka ini yang Kelainan Upaya.

AL QURAN KITAB YANG TIADA KERAGUAN BAGINYA

JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 2018 JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 201822 23

YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan hadir merasmikan Lombong dan Kilang Pemprosesan Emas Usahasama Antara Kelstone Sdn Bhd, anak syarikat PKINK dan Prima Warisan Venture Sdn Bhd di Mukim Sokor, Jajahan Tanah Merah pagi tadi. Sebelum ini Kerajaan Negeri melalui PKINK telah mengadakan usahasama dalam operasi melombong emas dengan CNMC Mining Sdn Bhd. Dijangka sekurang-kurangnya 10 kilogram jongkong emas boleh disimpan setiap tahun daripada usahasama-usahasama yang dijalinkan dengan syarikat-syarikat perlombongan emas.

吉兰丹州务大臣拿督阿末耶谷为 Prima Warisan Venture 私人有限公司与吉兰丹州经济发展局联营的金矿厂主持开幕,有关矿厂位于

丹那美拉索谷区。这之前,吉兰丹州政府已通过吉兰丹州经济发展局与中色金矿有限公司联营金矿。通过与这些公司发展金矿,吉兰

丹州政府预计每年可收藏 10 公斤黄金。

Bahasa Cina Sebutan Versi Melayu Penterjemahan

吉兰丹州务大臣 Jí lán dān zhōu wù dàchén Kanan Menteri Besar Kelantan

出席 chūxí hadir 开幕 Kāi mù merasmikan 黄金提炼厂 Huáng jīn tíliàn chǎng Kilang Pemprosesan Emas 联营 liányíng Usahasama

吉兰丹州经济发展局 jí lán dān zhōu jīngjì fāzhǎn jú PKINK

估计 gūjì

Dijangka

至少 10 公斤金条 zhìshǎo 10 gōng jīn jīntiáo sekurang-kurangnya 10 kilogram jongkong emas

每年可收藏 Měi nián kě shōu cáng boleh disimpan setiap tahun

சமூக நல ‘Kebajikan Rakyat’

க ொ் தொருவின் சே்் திரு. முரு (ீிழிவு சொ் ொொ முடங்கித் சதொண ஒரு இளபஞண்). க பவ. ட்சொ ஹொஜி அண்வ் டொண் பிண் அத்துன்னொ (ஆட்சி ண்ந ள ்கொழின், வ்் , ஒருளத்தொடு ந்று் வபே்ச்ி ிதி), மூனொ க ன்ண் ொின அசு ொசேொளன உவி.

Tamil Sebutan Versi Melayu Penterjemahan நீரிழிவு நநரய் Nirilivu Noi Kencing Manis திரு. முருகய Thiru. Murugaiah Thiru. Murugaiah

இளைஞன் Ilaigyan Pemuda காச ாலை உதவி.

Kasolai Uthavi Sumbangan Cek

JAMADILAKHIR-REJAB 1439H |MAC 201824

Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 174

Tahun Ke-28 | ISSN 1311-6891 | JAMADILAKHIR-REJAB 1439H | MAC 2018

194 Penduduk Kerilla Menerima Lot Penempatan

TANAH MERAH – Seramai 194 orang penduduk Kerilla menerima lot tanah pada Majlis Pembahagian Tapak Rumah Masyarakat Ladang Kerilla di Jajahan Tanah Merah yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob kelmarin.

Daripada jumlah itu, 99 orang membabitkan kaum India, 91 orang Melayu dan 4 orang Cina.

Pembahagian tersebut membabitkan tapak penempatan rumah pekerja Ladang Kerilla dengan jumlah keseluruhan lot adalah seluas 15.38 hektar.

Tujuan utama adalah untuk menyediakan tapak kediaman kepada pekerja estet yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India yang majoritinya tidak mempunyai tapak kediaman selepas bersara.

Lot yang dicadangkan sebanyak 8 lot rumah kedai, 186 lot kediaman, surau, kuil, dewan, padang permainan dan tapak pasar malam.

Tapak Pasar Malam seluas 0.1011 hektar akan memberi sinergi dan menyediakan peluang ekonomi kepada masyarakat setempat.

Penempatan kedua pula membabitkan tapak penempatan perpindahan banjir di Kampung Panjang dengan jumlah keseluruhan lot adalah seluas 20.23 hektar.

Tujuan utama adalah untuk menyusun semula penempatan penduduk yang terlibat dengan masalah banjir.

Antara penduduk kampung yang terlibat adalah penduduk Kampung Panjang, Kampung Liku, Kampung Gobek dan Kampung Rambai.

Penempatan baru ini membolehkan penduduk menikmati kemudahan infrastruktur seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih, sekolah, klinik dan sebagainya.

Lot ini merangkumi 177 lot kediaman.

Dalam ucapan perasmian Dato’ Ahmad menjelaskan bahawa pihak

Kerajaan Negeri sentiasa memantau setiap projek pembangunan untuk rakyat dengan mengharapkan kerjasama yang baik daripada setiap lapisan masyarakat.

Bagi meringankan bebanan penduduk, beliau turut menyarankan semoga ada agensi yang sanggup membantu penduduk membina rumah kediaman untuk mereka.

“Bila sudah ada tapak, kita harap penduduk segera membina rumah kediaman untuk keselesaan ahli keluarga,” katanya.

Turut hadir Exco Kerajaan Negeri, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Abdul Rahman, Dato’ Abdul Fattah bin Mahmood, Ketua Jajahan Tanah Merah, Norazman Abd Ghani, Penyelia DUN Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa dan pemimpin-pemimpin tempatan.