tahun ke-27 | issn 1311-6891 | jamadilawal 1438h...

24
Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 2017 | EDARAN PERCUMA | Bil 179 MS/11 JAMBATAN Tidak Runtuh PUTIK - “Seminar Kekal Kelantan - Budaya Politik Matang Dan Sejahtera” Peringkat Negeri Kelantan telah dihadiri oleh ribuan rakyat Kelantan dari semua peringkat termasuk dari kaum bukan I slam. Lihat muka 9 SEMINAR KEKAL KELANTAN “BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA” MS/7 HIMPUNAN 355 Dapat Sambutan MENARIK DI DALAM

Upload: duongtram

Post on 08-May-2018

242 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 2017 1

    Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 2017 | EDARAN PERCUMA | Bil 179

    MS/11

    JAMBATANTidak Runtuh

    PUTIK- Seminar Kekal Kelantan - Budaya Politik Matang Dan Sejahtera Peringkat Negeri Kelantan telah dihadiri oleh ribuan rakyat Kelantan dari semua peringkat termasuk dari kaum bukan Islam.

    Lihat muka 9

    SEMINAR KEKAL KELANTAN BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA

    MS/7

    HIMPUNAN 355 Dapat Sambutan

    MENARIKDI DALAM

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 20172

    Sidang RedaksiPENAUNGYB DATO HJ MOHD NASSURUDDINB. HJ. DAUDPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta

    PENASIHATMD ASHARI MAMATPengarah Urusetia PeneranganKerajaan Negeri Kelantan

    PENYELARASABD. RAHIM MUHAMMADPenolong Pengarah Penerbitan dan Dokumentasi

    SUSUN ATURAHMAD KARIEMULLAH B. SAIPUL BAHRIN

    WARTAWANNIK AZMAN NIK [email protected]

    CHE MAZIAH BINTI [email protected]

    JURUFOTOMOHD ASRI HAMATABDUL AZIZ BIN [email protected] KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB)

    PENGEDARUNIT EDARAN UPKN

    PERCETAKANUNIPRESSLot 140, Jalan Pencawang TNB Lundang,Off Jln Sultan Yahya Petra,15150 Kota Bharu, Kelantan.Tel: 09 743 4924Faks: 09 743 4925Email: [email protected]

    ALAMAT SURAT MENYURATURUSETIA PENERANGAN KERAJAANNEGERI KELANTANPejabat Setiausaha KerajaanTingkat Atas, Blok 7 Kompleks Kota Darulnaim15503 Kota Bharu Bandar Raya Islam,Kelantan DarulnaimTel 09-7483529(DL), 09-7481957 samb, 7810Faks: 09-7433529

    KEBERKATAN | KEMAKMURAN | KEBAJIKAN

    Merakyatkan Membangun Bersama Islam

    Website: [email protected] (Berita Adun)www.facebook.com/upknkelantan(sila email untuk sebarang pertanyaan)

    Pena Pengarah

    KleptokrasiKatanya berasal dari dua perkataan

    Greek kleptes yang bermaksud pencuri dan kratos yang bermasud memerintah. Bila digabungkan diterjemahkan sebagai pemerintahan oleh pencuri. Ianya ditafsirkan sebagai sebuah kerajaan yang diperintah oleh pemerintah yang korup, yang menggunakan kuasa mereka bagi mengeksploitasi sumber asli dan rakyat di negeri mereka sendiri guna mengumpulkan kekayaan dan kekuasaan politik mereka. Biasanya ianya melibatkan penyelewengan harta negara yang akan ditanggung oleh rakyat keseluruhannya, yang dikaburi dengan perkhidmatan sepasukan pentadbir yang kelihatan ikhlas.

    Ada juga yang menggunakan terma kerdokrasi yang membawa maksud pemerintahan yang berasaskan keuntungan kebendaan, dan khrematisamenokrasi yang membawa maksud membuat transaksi perniagaan untuk keuntungan peribadi.

    Pemerintah kleptokratik menggunakan perbendaharaan negaranya sebagai punca kekayaan peribadinya, membelanjakannya bagi barangan dan kehidupan mewah sehajat nafsunya. Mereka menyalurkan kekayaan atau tabung awam ke dalam akaun bank yang disembunyikan, di negara asing yang dirahsiakan, bersiap sedia untuk digunakan sekiranya mereka terlucut dari kuasa.

    Kejadian ini selalunya berlaku di negara-negara membangun, di mana

    kekayaan yang dicuri menjejaskan penyediaan kemudahan untuk rakyat, baik dalam bidang pendidikan, kesihatan atau pembangunan kemudahan awam yag lain. Ia juga menjejaskan pelaburan asing, melemahkan pasaran domestik, juga perniagaan rentas sempadan bagi sesebuah negara yang terlibat.

    Antara senarai pengamal kleptokrasi di masa lalu, yang diketahui ramai di seluruh dunia dan disenaraikan oleh Wikipedia adalah oleh Presiden Suharto, Indonesia yang melibatkan US15-35B, Marcos, Filipina US10B, Mobutu, Congo US5B, Sani Abacha, Nigeria US2-5B, Slobodan Milosevic, Yugoslavia US1B, Jean-Claude Duvalier, Haiti US300-800M, Alberto Fujimori, Peru US600M, Pavlo Lazarenko, Ukraine U114200M, Joseph Estrada, Filipina US7880M, sementara mereka yang dituduh terdiri dari Vladimir Putin yang juga dituduh sebagai kepala segala kleptokrat dengan jumlah US200B, Hosni Mubarak, Mesir US70B, Yaser Arafat, PLO US110B, Asif Ali Zardari, Pakistan, US2B, Nursultan Nazarbayef, Kazakhstan US7B, dan banyak lagi, termasuklah China dan Sudan Selatan dan lain-lain.

    Diakhir senarai bab kleptokrasi Wikipedia, tercatat dalam tahun 2016 FBI mengumumkan mereka sedang menjejaki satu tabung sekitar US1B yang dikaitkan dengan 1MDB, sabuah badan pelaburan yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia, yang juga dikatakan satu tindakan terbesar yang disiasat oleh mereka.

    Dan sehingga hari ini, hanya yang mengetahui tahu mengenainya dan rakyat Malaysia terbanyak masih tertanya-tanya, kalau-kalau ianya betul berlaku, alangkah malangnya negara dan kecewanya rakyat negara ini yang senantiasa mengharapkan yang terbaik dari pimpinan negara yang mereka pilih.

    Apa pun, kalau masih ada para pengkagum masih berpendirian jangan bimbang, di negara lain juga banyak berlaku kejadian serupa sebagaimana yang diwar-warkan oleh En. Wikipedia tu, maka berhasillah pendita Pandir bahawa teori, Bukan hanya anak kita yang mati, anak orang pun mati juga masih digunapakai sehingga hari ini.

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 2017 3

    Tahun 2016 baharu sahaja berlalu, banyak pencapaian yg telah dicatatkan oleh Kerajaan negeri dan Jabatan-jabatan Kerajaan seperti pelbagai penarafan dan pengiktirafan. Di antara pencapaiannya ialah:

    Pertama, penubuhan Jabatan/Unit Pembangunan Islam pada awal tahun 2016 di kesemua PBT sebagai langkah menjadikan semua PBT di Kelantan sebagai bandaraya/perbandaran Islam.

    Kedua, Penstrukturan Semula

    Industri Bekalan Air yang ditandatangani beberapa bulan lalu juga menandakan titik tolak baru ke arah pengurusan bekalan air yang lebih cekap di mana peratus air yang hilang atau NRW yang kini pada tahap 48.8% dijangka dapat dikurangkan menjadi pada tahap 30%, manakala liputan bekalan air ke seluruh negeri yang kini pada tahap 57.4% dijangka dapat ditingkatkan ke tahap 80%.

    Ketiga, pada penghujung Oktober yang lalu, satu Gabungan NGO yang mantap sebagaimana yang diaspirasikan dalam Amanat kepada Penjawat Awam bagi tahun 2016 telah ditubuhkan dengan nama Konfederasi NGO Kelantan (KNK) yang telah menggabungkan

    berpuluh-puluh NGO dalam pelbagai rencam kewujudan untuk bersatu dalam perkara-perkara yang disepakati bagi membantu Kerajaan Negeri untuk Merakyatkan Membangun Bersama Islam.

    Keterlibatan NGO-NGO gabungan KNK dalam pelbagai kluster perbincangan dalam Kongres Rakyat Negeri Kelantan yang baru diadakan beberapa hari yang lalu menggambarkan keutuhan dan kemantapan gerak kerja semua NGO yang terlibat. Kesemua resolusi Kongres Rakyat Kelantan ini dapat diambil perhatian oleh pelbagai pihak dalam Kerajaan.

    Keempat, Muslimah International Summit Kelantan (MISK) pada Ogos 2016 pula telah menyerlahkan posisi wanita dalam Negeri Kelantan yang sentiasa berada pada tahap yang membanggakan. Persidangan ini telah mampu menghimpunkan seramai 44 orang pembentang kertas kerja dari dalam dan luar negara untuk membincangkan isu-isu wanita muslimah sejagat.

    Kelima, Pusat Integrasi Antara Kaum (PEKA) yang telah mula digerakkan pada penghujung tahun 2016 pula menandakan kecaknaan Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat pelbagai kaum yang ada dalam negeri ini. Setakat ini PEKA telah ditubuhkan di peringkat Kawasan-kawasan Parlimen dan disokong oleh Persatuan Kebajikan Antara Kaum di peringkat kawasan

    Dewan Undangan Negeri.

    Tema amanat pada tahun 2017 ini kepada semua penjawat awam ialah Kelantan Sejahtera Untuk Islam : Peranan Penjawat Awam. Untuk mencapai tema ini, beberapa strategi perlu dilaksanakan oleh penjawat awam seperti berikut :

    Pertama: Ketelusan dan Kecekapan Urustadbir

    Kedua : Berhemat dalam Perbelanjaan

    Ketiga : Pengukuhan Sumber Hasil

    Keempat: Pengembangan Ekonomi Rakyat

    Kelima : Pembangunan Untuk Rakyat

    Keenam: Penggiatan Dakwah dan Bina Insan

    Sebagai akhirnya, sekali lagi saya menyeru kepada semua penjawat awam agar menghayati bidang tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab. Hendaklah sentiasa berganding bahu menjayakan setiap agenda Kerajaan Negeri dan yakinlah dengan kesepakatan dan saling memperbaiki antara satu sama lain akan menjadikan negeri ini sentiasa aman dan sejahtera dibawah naungan rahmat Allah.

    Elakkanlah segala pergeseran

    dan suka membantah arahan kerja kerana ianya akan menghilangkan kekuatan dan kestabilan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

    AMANAT 2017 KELANTAN SEJAHTERA UNTUK ISLAM PERANAN PENJAWAT AWAM

    YAB Ustaz Dato Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Dato Haji Ahmad B. Yakob

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 20174

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 2017 5

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 20176

    KOTA BHARU- Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) menerima kunjungan khas daripada Persatuan Profesional Muslim Malaysia (PPMM) yang diketua oleh Pengarahnya Ir. Haji Mohd Jamal B. Abd Nasir. Kunjungan tersebut tidak lain adalah untuk menyampaikan sokongan padu terhadap pindaan Akta 355 dan Himpunan 355 (H355) melalui media UPKN.

    Dalam kunjungan hormat kepada Pengarah UPKN, Hj. Md Ashari Bin

    Mamat beliau berkata NGO yang terlibat secara terangan mengambil tanggungjawab bagi publisitikan dari segi fungsi untuk mengembalikan hak serta menyelaraskan hak umat Islam dengan perlembagaan Malaysia. Tidak ada satu unsur pun yang menjejaskan hak masyarakat bukan islam. Manakala Parti Islam Malaysia (PAS) hanyalah mewakili masyarakat untuk menyampaikan. Katanya kepada UPKN.

    Turut hadir Timbalan Presiden

    PPMM Pusat, En. Haji Zulkifli Bin Abd Rahman, Setiausaha PPMM Negeri Kelantan, AJK PPMM (Pusat) serta Jawatankuasa Sekretariat Himpunan Aman 355.

    Tambahanya lagi, himpunan Aman 355 jangkaan awal, pada 18 Februari 2017 yang bertempat di padang Merdeka Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun tempat masih belum dipastikan lagi.

    Kunjungan tersebut telah dirai oleh Pengarah UPKN En. Haji MD Ashari Bin Mamat serta warga staff UPKN.

    PERSATUAN PROFESSIONAL MUSLIM MALAYSIA (PPMM) SOKONG #H355

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 2017 7

    MACHANG - Ceramah Roadshow Himpunan 355 di sambut baik oleh semua rakyat di Kelantan. Himpunan tersebut yang berlansung di Padang Majlis Daerah Machang dipenuhi orang ramai yang hadir dan setia menyokong pindaan Akta 355.

    Antara pimpinan kerajaan yang hadir dan turut menyampaikan ceramah ialah, YB Dato Hj Nassuruddin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,

    Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta serta YB Dato Hj Takiyuddin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu.

    Penceramah yang dijemput khas bagi menyampaikan ceramah perdana itu ialah Dato Haji Tuan Ibrahim Tuan Man. Banyak input yang bermanfaat yang dapat diperoleh sepanjang ceramah berlangsung. Ceramah diakhiri dengan ucapan YAB Ustaz Dato Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Haji Ahmad Bin Yakob.

    Majlis yang dimulakan dengan Ikrar menyokong penuh usaha pindaan Akta 355, telah dibaca oleh wakil daripada NGO-NGO Kelantan, Hj Nik Baharum Nik Abdullah. Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Speaker DUN Kelantan, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat, Dewan Negara, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Ketua Jajahan Machang, Pengarah JAHEAIK dan pimpinan setempat.

    HIMPUNAN 355 DAPAT SAMBUTAN BAIK

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 20178

    PASIR PEKAN- YAB Ustaz Dato Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Dato Haji Ahmad Bin Yakob, telah melancarkan Mini Darul Niswah di Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) DUN Pasir Pekan baru-baru ini. Program di bawah anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Kelantan (UPWKK) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) dapat sambutan yang memuaskan.

    Mini Darul Niswah adalah satu tempat di mana diadakan program bengkel jahitan dan lain-lain yang dibuka kepada orang ramai, termasuklah armalah yang mempunyai tahap kewangan yang minima. Di sini disediakan set mesin jahit yang lengkap serta seorang guru sebagai tenaga pengajar bagi memudahkan urusan bengkel tersebut.

    Sehingga kini PPWK di 45

    DUN telah mempunyai pelajar yang berdaftar seramai 3,950 orang.

    Turut hadir, Datin Bentara Kanan isteri Menteri Besar Kelantan, Exco-Exco Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Parlimen, Adun-Adun, Penyelia-Penyelia DUN

    dan pimpinan setempat. Kemuncak kepada pelancaran

    tersebut, YAB Ustaz Dato Bentara Kanan turut membuat demo masakan gulai kuning udang pucuk paku bersama isteri sambil diperhatiakn pimpinan yang lain.

    MINI DARUL NISWAHPUSAT AKTIVITI WANITA

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 2017 9

    PUTIK- Seminar Kekal Kelantan - Budaya Politik Matang Dan Sejahtera Peringkat Negeri Kelantan telah dihadiri oleh ribuan rakyat Kelantan dari semua peringkat termasuk dari kaum bukan Islam. Seminar yang bermula pada jam 8 pagi dan diakhiri lebih kurang jam 2 petang mendapat sambutan baik daripada semua rakyat yang hadir.

    Seminar dimulakan dengan pembentangan Kertas Kerja; Bersama Kita Membangunkan Jemaah telah dibentangkan oleh YB Ustaz Hj Idris Ahmad, Ahli Parlimen Bukit

    Gantang sementara Dialog Isu-Isu Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) menampilkan YB Dato Hj Mohd Amar Nik Abdullah, YB Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ustazah Nuridah Mohd Salleh sebagai ahli panel dan telah dimoderatorkan oleh Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

    Pelancaran Kempen PAS Pilihanku telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato Bentara Kanan Menteri Besar yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS. Dalam ucapan amanat yang telah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan tersebut, beliau

    menekankan agar semua ahli PAS di negeri Kelantan agar bersatu tenaga dengan Wihdatul Fikri (kesatuan fikiran) dan Wihdatul Amal (kesatuan gerak kerja) bagi menghadapi pelbagai ujian dalam parti.

    Beliau juga menegaskan dan menggesa semua agar mencari serta menjayakan target iaitu seramai 25 ribu ahli PAS baru sebelum PRU-14. Seminar tersebut turut dihadiri oleh seramai 700 orang anak-anak muda peserta konvoi bermotor yang memakai T-Shirt PAS Pilihanku.

    SEMINAR KEKAL KELANTAN BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 201710

    KOTA BHARU - Kejadian banjir yang melanda Selatan Thailand awal tahun ini melibatkan beberapa wilayahnya termasuklah Narathiwat dan Nakhon Si Thammarat telah mendapat keperihatinan dan simpati daripada kerajaan negeri Kelantan.

    YAB Ustaz Dato Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan telah menyempurnakan majlis penyerahan bantuan secara rasmi kepada kerajaan Thailand dengan menyerahkan sumbangan sebanyak RM50 ribu kepada Tabung Bencana Banjir Negara Thailand melalui Gabenor Narathiwat untuk membantu mangsa banjir di sana.

    Turut sama dalam majlis itu, YB Dato Hj Mohd Nassuruddin Bin Hj. Daud Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta serta YB Hjh Mumtaz Md Nawi, YB Hjh Siti Zailah Mohd Yusoff, YB Ust Mohamad Awang, dan pegawai-pegawai kerajaan.

    Sebelum itu, YB Hjh Mumtaz Md Nawi bersama YB Hjh Siti Zailah Mohd Yusoff, YB Ust Fathan Mahmood, YB Mohd Rozi Muhamad, Pengarah JKM Kelantan dan beberapa pegawai serta sukarelawan daripada Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Kelantan (MESRA) seramai 20 orang telah

    membawa Misi Bantuan Kemanusiaan Kelantan-Thailand bemula 11 Jan ke beberapa wilayah seperti Narathiwat dan Nakhorn Si Thammarat.

    Misi Bantuan Kemanusiaan tersebut telah menyalurkan sumbangan lebih RM10 ribu berupa wang tunai dan barangan seperti makanan harian, bahan pencuci, pakaian dan lain-lain telah berjaya diserahkan kepada Timbalan Gabenor Nakhon Si Thammarat, Mr. Sakon Chantarak.

    Menurut Timbalan Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Pn

    Ilvira Mohd Dasuki, misi ini membabitkan 6 kenderaan pacuan empat roda (4x4) dan sebuah lori yang membawa bantuan tersebut.

    Selepas ini pula, seramai 25 sukarelawan MESRA bakal digerakkan ke kawasan yang terbabit bagi meneruskan misi bantuan membersih dan mencuci beberapa tempat yang dilanda banjir.

    Kami mengalu-alukan pelbagai pihak untuk menyumbang keperluan mangsa banjir di sana berupa keperluan seperti kain telekong, detergent dan sumbangan kewangan, katanya.

    MISI BANTUAN KEMANUSIAAN RENTAS SEMPADAN

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 2017 11

    meluluskan sebanyak RM400,000 untuk membina jambatan baru bagi menyambung jambatan yang sedia ada. Di samping itu beliau dan Jurutera Jajahan JKR Tanah Merah menegaskan bahawa jambatan yang dibina oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini tidak runtuh dan

    masih utuh. Yang dikatakan runtuh hanya jalan yang menghubungkan ke jambatan tersebut.

    Setelah selesai sidang media tersebut, beliau turut menyampaikan bantuan banjir kepada penduduk Kampung Pulau Raya yang terlibat dengan bencana banjir.

    JAMBATANTIDAK RUNTUH

    TANAH MERAH- Menafikan tuduhan yang wujud di media sosial bahawa jambatan yang menghubungkan kampung Jelatok ke Kampung Pulau Raya runtuh adalah tidak benar sama sekali. Hasil daripada itu, YB Dato Abdul Fattah B. Haji Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan telah membuat kunjungan untuk melihat dengan lebih jelas.

    Turut bersama beliau, Timbalan Pengarah JPS Negeri Kelantan, Jurutera Jajahan JKR Tanah Merah, Jurutera Jajahan JPS Tanah Merah, penghulu-penghulu DUN Bukit Panau dan penduduk tempatan.

    Selesai lawatan, YB Dato Abdul Fattah Bin. Haji Mahmood bersama Jurutera Jajahan JKR Tanah Merah mengadakan sidang akhbar berkaitan isu tersebut. Beliau mengumumkan secara dasarnya Kerajaan Negeri Kelantan telah

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 201712

    YAB Ustaz Dato Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan melancarkan Program Gonyoh & Gaha Sapa Bersih di Masjid Keputeraan Pasir Pekan.

    YAB Ustaz Dato Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan

    dikunjungi oleh Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, Pengerusi

    Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) yang baharu di

    Pejabat Menteri Besar, Kota Darulnaim

    Lensa

    YAB Ustaz Dato Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan menyampaikan hadiah kepada pemenang perlawanan Akhir Liga Elit DUN Pasir Pekan di Stadium Sultan Muhammad IV.

    YB Mejar (B) Dato Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, menyampaikan sumbangan kepada Masjid Nurul Hidayah, Felda Kemahang 2

    YB Dato Haji Anuar Tan Abdullah meraikan kaum Tiong Hwa dalam Majlis Makan Malam Penyayang Sempena Tahun Baru

    Cina 2017.

    YB Dato Haji Abdul Fattah Hj Mahmood menyampaikan pendahuluan Skim Takaful Kifaalah Warga Emas RM 500 kepada wasi Leong Kam Chong di Kampung Pasir Panji,

    Tanah Merah.

    YB Dato Haji Che Abdullah Mat Nawi menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada pesakit kronik di Kampung

    Geting, Pengkalan Kubor.YB Dato Haji Che Abdullah Mat Nawi menyampaikan

    bantuan banjir kepada penduduk sekitar DUN Wakaf Bharu.

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 2017 13

    YB Dato Haji Mohd Nassurruddin Hj Daud bertanya khabar tentang urusan bantuan banjir di Perkarangan Pejabat DUN Meranti

    Lensa

    YB Dato Haji Mohd Nassurruddin Hj Daud bersama dengan NGO HALUAN mengagihkan bantuan di kawasan yang terlibat

    banjir.

    YB Dato Haji Dr. Ramli Bin Mamat meraikan Majlis Makan Malam Penyayang sempena Tahun Baru Cina.

    YB Dato Haji Mohd Nassurruddin Hj Daud bersama PERAKAN Malaysia dan Jabatan Amal Malaysia Perlis turut membantu di kawasan sekitar DUN Meranti yang terlibat dengan banjir

    YB Hjh Mumtaz binti Md. Nawi melayan dan bertanya khabar mangsa banjir di pusat pemindahan mangsa banjir SK Bukit Jawa 2

    YB Hjh Mumtaz binti Md. Nawi dan YB Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah bersama-sama memeriahkan Final Piala Liga Dun di

    Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

    YB Hjh Mumtaz binti Md. Nawi turut sama hadir ke Himpunan Muslimat Muda 5K di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor.

    YB Dato Haji Mohd Nassurruddin Hj Daud menyampaikan bantuan banjir kepada mangsa di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir SMU (A) Meranti.

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 201714

    GUA MUSANG - Penghulu dan Ketua-ketua Kampung Orang Asli Kelantan meminta orang-orang Asli menghentikan blocked di Simpang Petei, Bihai dan Pasik di Gua Musang.

    Blocked yang dimulakan di Simpang Petei sejak September 2016 dan telah dirobohkan pada Disember tahun lalu. Namun, selang seminggu blocked didirikan semula di lokasi berkenaan.

    Pengerusi Jawatankuasa Penghulu dan Ketua-ketua Kampung (JAKOA) Kelantan, Bidi bin Ronggeng menggesa agar segala permasalahan diselesaikan dengan cara rundingan dan merujuk kepada pihak berautoriti. Tindakan seperti membuat blocked hanya merugikan masa depan orang asli selain memalukan suku Temiar Kelantan.

    Tegas Bidi lagi, Jawatankuasa berkenaan yang ditubuhkan pada 1 Januari 2017 amat menyokong tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka yang mengingkari arahan pihak berwajib.

    Sekiranya tindakan-tindakan yang

    akan dibuat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan ke atas mana-mana masyarakat kami yang terlibat dengan sekatan blocked ini, terimalah tuan-tuan

    dengan seadanya dan berhadapanlah dengan undang-undang, ujar Bidi yang menyokong penuh sebarang tindakan perundangan yang dikenakan.

    HENTIKAN BLOCKED!-Penghulu dan Ketua Kampung Orang Asli

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 2017 15

    Menurutnya lagi, sememangnya kerajaan negeri ada membuat tender bagi menguruskan pasir di negeri ini, namun sehingga ke saat ini harga doket masih lagi RM 1.80 untuk satu meter padu atau satu tan masih lagi kekal harganya seperti biasa.

    Jika lori 10 tan, maka kerajaan hanyalah dapat RM 18.00 sahaja. Berbeza dengan media massa yang mewar-warkan berita yang memfitnah kerajaan negeri serta dikatakan zalim kerana telah menaikkan harga pasir. Itu tidak betul. Yang mendapat keuntungan ialah pengusaha pasir.

    Kalau pengusaha mengenakan bayaran RM300 atau lebih, itu dia (Pengusaha) yang mempunyai keuntungan bukan kerajaan

    negeri. Yang terpalitnya kerajaan, sedangkan kerajaan tidak menaikkan tribute ataupun royalti pasir, katanya pada sidang media.

    Beliau berkata demikian bagi menjelaskan tular dalam media massa yang mengatakan kerajaan telah menaikkan harga pasir berikutan pengurusan pasir di Kelantan akan dilakukan secara tender.

    Mengulas lanjut mengenai isu harga pasir, beliau berkata dua kategori pengusaha iaitu satunya berurusan secara berlesen yang mana terpaksa membayar doket kepada kerajaan.

    Keduanya, ada pengusaha pasir yang tidak ada pengangkutan dan mencari lori lain dan sebagainya untuk menghantar pasir. Yang ini adalah

    pengusaha yang mendapat untung lebih sekitar 92 peratus,katanya.

    Untuk rekod, pengeluaran pasir sepanjang tahun 2015 bernilai RM 7.04 juta dan beliau menambah dari jumlah itu, sebanyak RM 615,000 sahaja atau 8.74 peratus yang diperolehi kerajaan selebihnya adalah milik pengusaha.

    Pada masa yang sama, beliau menasihatkan kepada pengusaha pasir supaya tidak menaikkan harga pasir sewenang-wenangnya sehingga membebankan rakyat.

    Saya telah diamanahkan oleh Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah ini dengan baik agar rakyat tidak terus mengeluh dan resah dengan isu ini, katanya.

    KOTA BHARU- Kerajaan negeri menafikan kadar kenaikan harga pasir di negeri ini sebagaimana diwar-warkan oleh media tempatan meningkat dua kali ganda daripada nilai asal. Sebaliknya, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri, YB Dato Haji Hanifa B. Ahmad berkata, setakat ini kerajaan tidak pernah mengisytiharkan kenyataan yang membolehkan pengusaha pasir menaikkan harga sesuka hati.

    HARGA PASIR KEKAL

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 201716

    IDEALISME SOEKARNO MASIH MENGAKARI POLITIK INDONESIAOleh : Azhar Che Lah

    SOEKARNO terkenal sebagai seorang tokoh dan pemimpin Indonesia yang memiliki karisma yang tersendiri. Beliau lebih dikenali sebagai seorang negarawan yang mempunyai kehebatan berpidato yang luar biasa dan mampu mempengaruhi ramai orang dalam waktu yang singkat.

    Namun begitu, masih belum ramai yang tahu tentang kehebatan tokoh bertaraf internasional ini dari sudut pemikiran politiknya. Sejarah idealisme politiknya tidak di pengaruhi oleh sama ada blok barat atau timur.

    Presiden Cuba, Fidel Castro tokoh yang paling berpengaruh dan dihormati, siapa sangka di sebalik idealismenya ada campur tangan Soekarno. Sewaktu Soekarno berkunjung ke Cuba pada tahun 1960, beliau diminta Castro mengajari konsep-konsep revolusi:

    Tuan Soekarno, negara ini memiliki semangat tersendiri dalam mewujudkan perubahan, kami berdiri di sini sendirian dikelilingi negara-negara perkebunan tinggalan Sepanyol dan Portugis, kami juga berdekatan dengan rajanya kapitalis dunia Amerika Syarikat. Tiap waktu kami berjaga agar jangan sampai rudal Amerika menimpa kota kami, dan kami terpaksa bersekutu dengan Soviet Union agar kami aman. Memang Mao meminta kami agar bersama-sama membangun persekutuan politik, tapi kerana Soviet menolak bila Mao ikut campur maka kami terpaksa melepaskan Mao, walau itu menyakitinya. Padahal kami merasa kami harus sendirian, tidak bergantung kepada negara lain seperti negara Tuan, Indonesia...

    Kemudian dengan bijaksana, Soekarno menjawab:

    Begini, Yang Mulia Castro...Sebuah negara pertama-tama harus sendirian. Itu persyaratan terbesar sebuah revolusi. Ia tidak boleh bergantung kepada siapa-siapa, kekuatan dirinya sendiri yang menjadi ukuran. Sebuah negara harus memiliki kemandiriannya, kerana kemandirian ia akan mendapatkan tiga hal; Kehormatan, Kemanusiaannya dan Kepandaiannya. Nah, untuk mencapai ini kita harus tegar menghadapi badai godaan. Saya sendiri akan melawan bila negara saya dikelilingi koloni-koloni yang kemudian akan berkembang sebagai sebuah ancaman

    Lalu Castro bertanya lagi.Jadi apa yang harus dilakukan Cuba?Soekarno menjawab: Yang harus dilakukan adalah pertama-

    tama Yang Mulia harus menganalisis kekuatan modal yang mulia, apa yang bisa dijadikan alat untuk mandiri, lalu gunakan modal itu 100% untuk kesejahteraan umum. Bagi saya kesejahteraan umum itu sumber kebahagiaan rakyat, negara tidak boleh menjadi tempat bagi penggarong atas nama kapital, atas nama komoditi.

    Ajaran Soekarno ini kemudian benar-benar dipegang Cuba. Setelah kunjungan Soekarno, Castro memerintah Undang-Undang Kesejahteraan Umum, hospital, sekolah, kepentingan awam dibuat sebaik mungkin demi kesejahteraan rakyat.

    Pola perjuangan Soekarno dalam memperjuangkan nasib bangsa Indonesia sangat dipengaruhi faktor-faktor yang berada di luar dirinya di samping faktor intelektual yang dimilikinya.

    Faktor-faktor yang berasal dari luar dirinya adalah kenyataan dari bangsa Indonesia yang berada dalam kondisi terbelakang kerana adanya dasar kolonialisme dan imperialisme Belanda, telah membawa kesengsaraan dan penderitaan bangsa Indonesia akibat penindasan hak asasi terutama dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan budaya.

    Faktor-faktor intelektual yang dimilikinya adalah dari pengamatan yang dilakukan Soekarno terhadap masyarakat Indonesia ditemukan akar ideologi bangsa yang tumbuh dalam masyarakat. Soekarno yang sudah dipengaruhi budaya Jawa berusaha untuk menerima dan mengubah unsur-unsur yang diterimanya menjadi suatu pendekatan baru yang disesuaikan dengan kebudayaan bangsa Indonesia yang tercermin dalam konsepsinya tentang Marhaenisme, Pancasila serta Nasakom.

    Kolonialisme Belanda yang kesannya dirasakan oleh rakyat Indonesia telah mendorong lahirnya nasionalisme yang merupakan suatu tekad, kesedaran nasional untuk mencintai bangsanya. Munculnya nasionalisme di Indonesia pada awal abad ke-20 ditandai dengan terdirinya organisasi politik dan parti politik yang dapat digunakan sebagai alat perjuangan politik untuk mencapai kemerdekaan yang dicita-citakan oleh bangsa Indonesia dengan perjuangannya.

    Parti politik tersebut salah satunya adalah Parti Nasional Indonesia (PNI) yang berdiri tahun 1927 dengan ketuanya Ir. Soekarno yang mempunyai tujuan utama untuk mencapai kemerdekaan, yang asasnya berdiri atas kaki sendiri tanpa menerima pakai mana-mana pengaruh asing.

    Di dalam gerakan anti penjajahan yang terpecah-pecah saat itu, Soekarno melihat adanya keperluan untuk penyatuan antara Islam, Marxisme dan Nasionalisme dalam mencapai kemerdekaan. Dalam praktiknya, secara tidak langsung Soekarno mengatakan bahawa Nasionalisme lebih diutamakan daripada Islam dan Marxisme. Hal ini terbukti dengan didirikannya PNI pada 1927 yang berideologikan nasionalisme sekuler.

    Gerakan politik Soekarno dengan PNI-nya, bertujuan untuk memperbaiki kehidupan masyarakat yang miskin, serta membangun masyarakat yang adil dan makmur. Untuk mencapai hal tersebut rakyat Indonesia haruslah sentiasa berjuang menentang kapitalisme dan kolonialisme yang tidak sesuai dengan jiwa dan semangat perjuangan rakyat.

    PNI dalam memperjuangkan kemerdekaan Indonesia dengan menggalang persatuan dan kesatuan seluruh rakyat Indonesia, yang mempunyai basis perjuangan dalam diri kaum marhaen. Seperti diketahui bahawa perjuangan kemerdekaan merupakan proses kesinambungan dari pergerakan nasional, sedangkan jiwa persatuan merupakan intisari kekuatan rakyat Indonesia untuk dapat melepaskan diri dari belenggu penjajah.

    Nasionalisme menurut Soekarno bukan Nasionalisme chauvinism, akan tetapi nasionalisme yang sejati, nasionalisme bukan copy atau tiruan dari nasionalisme barat, akan tetapi timbul kecintaan kemanusiaan dan keindonesiaan itu sendiri.

    Lahirnya PNI bukan sekadar bertambahnya satu parti politik selain parti-parti politik yang lain, ia sebuah parti baru yang bersifat nasional Indonesia dalam erti luas dan tidak chauvinism. PNI adalah parti yang membawa misi khusus yakni tugas untuk menyatukan seluruh rakyat Indonesia dengan tiada membezakan ras, suku, agama dan sebagainya.

    Sokongan yang luas dari rakyat Indonesia kepada PNI semata-mata disebabkan oleh asas Marhaenisme dan

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 2017 17oleh figur Soekarno sebagai pemimpin berkarisma yang sangat berpengaruh pada masa perjuangan sebelum kemerdekaan. Bagi PNI, Soekarno dianggap bukan sahaja pendiri dan pencetus ajaran Marhaenisme yang menjadi asas parti, tetapi lebih dari itu telah menjadi faktor kunci dalam mengikat hubungan dengan massa penyokongnya.

    Pemikiran Soekarno yang cepat dan sifat kritisnya yang kuat telah memungkinkan Soekarno untuk melahirkan konsep marhaen yang merupakan hasil olahan pemikirannya. Marhaen di Indonesia berbeza dengan kaum proletar di negara-negara barat untuk memperkatakan kaum buruh yang tertindas, tetapi kaum marhaen menurut Soekarno adalah sebagai berikut; Bukan kaum proletar (kaum buruh) saja tetapi adalah kaum melarat, dan yang lain seperti kaum peniaga kecil, tukang, gerobak, nelayan dan petani.

    Walaupun pemikiran Soekarno dipengaruhi oleh pemikir sosialis Barat lewat perjuangan politiknya, tetapi dalam kehidupan sehari-hari dan keyakinannya Soekarno bukan Marxis atau komunis. Penyataan Soekarno adalah; Tak seorang pun manusia progresif yang berfikiran sihat akan menentang cita-cita komunis dalam bidang sosial dan ekonomi, kami menyetujui ini semua, akan tetapi aku tidak melupakan Tuhan, jadi aku tidak mungkin jadi komunis.

    Pemikiran-pemikiran Soekarno biasanya berkait erat dengan realiti hidup dalam masyarakat Indonesia, kerana itu pemikirannya tampak mengandungi relevansi yang kuat dan dalam. Pemikiran Soekarno dapat dikatakan selalu terarah kepada keperluan untuk mencari pandangan hidup atau ideologi bersama yang mampu dipakai sebagai tali pengikat masyarakat Indonesia yang majmuk ke dalam satu bangsa yang benar-benar bersatu.

    Jalan pemikiran Soekarno juga diwarnai oleh sifat sinkretisme yang kuat. Hal ini terlihat dari cara berfikirnya yang menerima dan kemudian mengubah dari unsur-unsur yang berbeza menjadi suatu unsur dalam bentuk baru yang sesuai dengan kebudayaannya dan tidak meninggalkan ciri-ciri tradisinya.

    Soekarno mempunyai kemampuan yang besar dalam mempertemukan atau mengahwinkan idea-idea yang bertentangan atau kadang-kadang berlawanan ke dalam suatu sintesa yang baru yang telah dianalisis dengan jalan fikirannya sendiri.

    Marhaenisma, Pancasila dan Nasakom yang telah dilahirkannya sebagai idea politiknya adalah keinginan Soekarno untuk mengkompromikan atau mengahwinkan semua idea yang ada dan tumbuh di dalam masyarakatnya menjadi idea baru yang lebih tinggi tempatnya yang bisa diterima oleh semua unsur di dalam masyarakat.

    Melalui pengamatan yang dalam, Soekarno selalu berusaha mencari akar-akar dari ideologi bangsa Indonesia yang ingin dibangunnya. Dari permulaan perkembangan pemikirannya, Soekarno selalu mencari dan kemudian menemukan serta melihat beberapa fenomena atau masalah yang telah menjadi sasaran dari pemikirannya. Salah satu fenomena atau masalah tersebut adalah dinamika yang terkandung di dalam pelbagai aliran pemikiran yang hidup dalam masyarakat Indonesia sehingga ke hari ini.

    Oleh kerana itu supaya tidak terjadi penindasan dan ada kebebasan di bidang ekonomi maka sistem kapitalisme dalam masyarakat itu harus dihapus, kerana selama sistem itu masih ada tidak mungkin terjadi kebebasan ekonomi. Rakyat yang mengatur negaranya, perekonomiannya dan kemajuannya supaya segala sesuatunya bisa bersifat adil, tidak membeza-bezakan antara satu sama lain.

    Rakyat menginginkan berlakunya demokrasi sosial iaitu terlaksananya demokrasi politik dan demokrasi ekonomi. Ia mempunyai prinsip utama iaitu, perikemanusiaan, nasionalisme yang berperikemanusiaan dan demokrasinya harus berperikemanusiaan pula seperti yang dikatakan Mahatma Gandhi.

    Fikiran-fikiran dasar tentang perjuangan rakyat Indonesia melawan kapitalisme, imperialisme dan kolonialisme seperti yang dimaksudkan dalam sosio-nasionalisme dan sosio demokrasi tersebut, kemudian dinamakan sebagai suatu isme atau ideologi yang menggunakan kata Marhaen sebagai simbol kekuatan rakyat yang berjuang melawan segala sistem yang menindas dan memelaratkan rakyat.

    Marhaenisme adalah teori politik dan teori perjuangan rakyat marhaen, teori untuk mempersatukan semua kekuatan revolusioner untuk membangun kekuasaan, dan teori untuk menggunakan kekuasaan melawan dan menghancurkan sistem yang mengsengsarakan rakyat marhaen. Marhaenisme yang merupakan teori politik dan teori perjuangan bagi rakyat Indonesia memperoleh bentuk formalnya

    sebagai falsafah dan dasar negara Republik Indonesia iaitu Pancasila.

    Sebagai pemimpin yang idealis, Soekarno tidak mudah terpengaruh dengan keadaan bangsa ketika dihadapkan pada situasi yang sedang gawat. Beliau tetap berada untuk berada di atas prinsipnya sendiri dan menghindari campurtangan asing. Idealis seperti ini tercermin dengan sering pergantian sistem pemerintahan demi mengatasi masalah di dalam keadaan yang berbeza-beza.

    Pada masa perjuangan menegakkan kedaulatan bangsa, Soekarno layak disebut sebagai simbol perjuangan kerana pada saat itu beliau mampu tampil sebagai diplomat dan orator yang mampu mengobarkan semangat perjuangan rakyat. Keberanian beliau terlihat ketika menyuarakan secara berapi-api tentang revolusi nasional, anti neokolonialisme dan imperialisme, serta kepercayaannya terhadap kekuatan massa dan rakyat.

    Beliau adalah seorang pemimpin yang rendah hati disamping sebagai seorang pemberani. Sifat ini dapat dilihat dari dalam karyanya Menggali Api Pancasila. Beliau berkata Aku ini bukan apa-apa kalau tanpa rakyat. Aku besar kerana rakyat, aku berjuang kerana rakyat dan aku penyambung lidah rakyat, maka pantas apabila beliau dijadikan simbol perjuangan rakyat kerana ketulusannya demi dan untuk rakyatnya.

    Hasil pemikiran Soekarno antara lain dipengaruhi oleh potensi intelektual yang dimiliki, kemampuan untuk berfikir bebas, pengaruh latar belakang sosial budaya yang pernah dialaminya, serta diperkenalkan dengan dunia luar atau pemikiran orang lain yang digunakan sebagai pembanding.

    Soekarno juga melakukan pengamatan yang cermat terhadap masyarakat sebelum melahirkan masyarakatnya. Ada pun faktor-faktor yang mewarnai pemikiran politik Soekarno adalah Nasionalisme, Tradisionalisme Jawa, Sosialis-Demokratis, Islam dan Komunisme.

    Soekarno berhasil merangkai nilai-nilai dasar yang terkandung di pelbagai aliran pemikiran yang hidup dan tumbuh di dalam masyarakatnya, baik yang datang dari dalam atau dari luar, kemudian di rangkum dalam suatu pemikiran yang sesuai dengan situasi dan kondisi masyarakatnya.

    Pada akhirnya, Soekarno sebagai manusia biasa yang tidak terlepas dari kesalahan yang harus beliau bayar dengan melepaskan jawatannya sebagai Presiden Republik Indonesia yang pertama. Pada akhir jawatannya beliau dianggap bersalah dengan terjadinya tragedi G 30 S PKI yang mengakibatkan beliau harus menjadi kambing hitam atas terjadinya peristiwa itu dan harus turun tahta dari pemimpin bangsa setelah beliau berhasil mengawalinya sekian lama.

    Aku ini bukan apa-apa kalau tanpa rakyat. Aku besar kerana rakyat, aku berjuang kerana rakyat dan aku penyambung lidah rakyat,

    - Soekarno

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 201718

    KOTA BHARU - Kerajaan negeri akan menunggu laporan penuh berhubung tuntutan yang dibuat oleh pembalak di Gua Musang, kata Timbalan Menteri Besar, YB Dato Haji Mohd Amar B. Haji Nik Abdullah.

    Menurutnya, langkah tersebut bagi menghormati prosiding mahkamah yang sedang berjalan sebelum sebarang tindakan susulan berhubung perkara itu dibuat.

    Kita sedang tunggu laporan penuh tentang prosiding mahkamah, apa yang dituntut oleh pembalak dan apa keputusan mahkamah.

    Kita pun nak tahu kes sebenar, saya difahamkan pembalak yang bawa, kita nak tahu tuntutan pembalak, sebab hakim putuskan berdasarkan tuntutan, katanya kepada media.

    Beliau mengulas mengenai isu Orang Asli yang bertindak membuat blocked melibatkan kawasan tanah adat di Gua Musang baru-baru ini.

    Beliau berkata, tidak timbul isu lepas tangan kerana penting bagi kerajaan untuk menuggu keputusan penuh dari mahkamah dahulu.

    Sebagai kerajaan, kita perlu ambil tahu, kalau tak ada asas kita letak tepi sahajalah. Tapi setakat ini saya pun

    tak tahu, tak boleh nak komen kerana libatkan tuntutan daripada pembalak.

    Kebiasaannya keputusan berdasarkan tuntutan dibuat. Apa yang dituntut dan apa yang diputuskan. Lepas itu baru kerajaan boleh buat keputusan atau nak didiamkan, tengok pada keadaan, katanya.

    Mengulas lanjut, kerajaan negeri mengakui syarikat pembalak terlibat mempunyai permit sah dan menjalankan kerja pembalakan selepas mendapat kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Negeri.

    Cuma ketika ini kita tidak tahu apa yang mereka tuntut. Adakah isu permit atau isu mengenai hak laluan. Apa yang pasti syarikat tak akan masuk buat pembalakan kalau tak ada kebenaran, katanya.

    HORMATI PROSIDING MAHKAMAH

    KOTA BHARU- Perjanjian persefahaman (MoU) MPKB-BRI dengan syarikat AUEI Teras Holdings Sdn Bhd bernilai kira-kira lebih RM100 juta, akan memperlihatkan pembangunan baru di Lembah Binjai. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, YB. Dato Haji Abdul Fattah Bin Haji Mahmood berkata, pembangunan Bandar Institusi Pelancongan Lembah Binjai tersebut dijangka bakal merancakkan pembangunan ekonomi di sekitar Parlimen Kubang Kerian, khasnya di DUN Demit.

    Dengan keluasan tanah kira-kira 200 hektar, Lembah Binjai ini akan membabitkan pembangunan perumahan bagi fasa pertama untuk memberi kemudahan kepada penduduk sekitar Parlimen Kubang Kerian.

    Fasa pertama projek ini akan dilaksanakan selepas majlis pecah tanah yang disempurnakan YAB Ustaz Dato Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan pada 4 Februari ini. Malah, pembinaan pasar baru Kubang Kerian dinamakan Pasar Tok Kenali dijangka memberi kemudahan kepada 500 peniaga.

    Bagi fasa kedua hingga kelima, secara keseluruhan ia memastikan Lembah Binjai pesat membangun sebagai bandar Institusi Pelancongan bertaraf moden, katanya, di sini.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis MoU antara MPKB-BRI dengan syarikat AUEI Teras Holdings Sdn Bhd yang diwakili Pengarah Urusannya, Rita Sarbani Ismail. Turut hadir, Yang Dipertua MPKB-BRI, Datuk Zamri Ismail, Setiausahannya, Nik Mohamed Noor Nik Ishak dan ADUN Demit, Hjh. Mumtaz Md Nawi dan Penasihat AUEI Teras Holdings Sdn Bhd,

    Ir Nik Mohd Amin Nik Taib. YB Dato Haji Abdul Fattah berkata, pada masa ini, proses pengambilan tanah sudah berjalan dengan lancar dan pembiayaan projek pula dibiayai seratus peratus oleh syarikat berkenaan, sekaligus membantu pihak kerajaan negeri dalam usaha memajukan lokasi Lembah Binjai dengan pembangunan moden.

    Sementara itu, Rita Sarbani berkata, syarikatnya yang beribu pejabat di Kubang Kerian sudah melaksanakan pelbagai projek perumahan termasuk pembinaan apartmen dan bazar perniagaan.

    BANDAR INSTITUSI PELANCONGAN LEBIH RM100 JUTA

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 2017 19

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 201720

    Bantuan Banjir

    ,

    Gual Ipoh

    .

    . 80

    Gual Ipoh .

    .

    . (MDTM)

    .

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 2017 21

    80 Gual Ipoh

    .

    .

    .

    PENTERJEMAHAN

    - Kerajaan Negeri Kelantan

    80 Gual Ipoh - 80 Keluarga Kawasan DUN Gual Ipoh

    Gual Ipoh . - Penyelia DUN Gual Ipoh YBrs.En Wan Yusoff bin Wan Mustafa

    - Penyampaian Barangan Bantuan Banjir

    Semua kaum turut serta dalam Program Bantuan Tersebut

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 201722

    Kerajaan Negeri menandatangani Memorandum Perjanjian dengan

    Climate Protector Sdn Bhd.

    REDDClimate ProtectorClimate ProtectorClimate Protector 30

    2015 3 30, , Climate Protector,,, Climate Protector Ecobit,,,, 3000 5000,,

    Kerajaan Negeri Menandatangani Memorandum Persetujuan (MoA) dengan Climate Protectors Sdn Bhd

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 2017 23

    Kerajaan Negeri menandatangani Memorandum Perjanjian dengan

    Climate Protector Sdn Bhd.

    REDDClimate ProtectorClimate ProtectorClimate Protector 30

    2015 3 30, , Climate Protector,,, Climate Protector Ecobit,,,, 3000 5000,,

    55 60

  • JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 201724

    Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 174

    Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | JAMADILAWAL 1438H | FEBRUARI 2017 | EDARAN PERCUMA | Bil 179

    Salam Sejahtera dan Selamat

    Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Cina di mana sahaja anda berada khasnya yang berada di Negeri Kelantan. Saya melahirkan rasa gembira kerana kita semua dapat hidup dalam keadaan aman, damai dan harmoni sejak sekian lama.

    Saya difahamkan, tahun ini

    adalah Tahun Ayam, mengikut kepercayaan orang Cina, tahun

    Ayam melambangkan kecergasan dan disiplin. Ayam adalah sejenis binatang yang mempunyai gaya hidup yang sangat cergas dan sangat taat setia kepada alam.

    Semoga pengajaran yang

    baik daripada tahun Ayam dapat diterapkan dan kehidupan sentiasa cergas, menepati masa dan mengamalkan disiplin diri pada setiap ketika. Kerajaan Negeri Kelantan sedaya upaya

    berusaha dalam menaungi rakyat dengan penuh keadilan dan berkebajikan tanpa mengira kaum dan agama. Semoga hubungan yang kita jalin bersama dengan penuh kemesraan ini diteruskan sepanjang masa. Selamat Tahun Baru Cina - Gong Xi Fatt Cai.

    YAB USTAZ DATOBENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN

    PERUTUSAN YAB USTAZ DATO BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTANSEMPENA TAHUN BARU CINA 2017