tahun ke-29 | issn 1311-6891 | rejab 1440h | mac 2019...

24
Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 EDARAN PERCUMA Bil 193 MS 6 MS 8 MS 15 Institusi Pondok Mampu Melahirkan Ilmuan Islam Berkaliber Kerajaan Negeri Terus Lestarikan Persembahan Seni Budaya Tempatan AKSB Tingkatkan Kualiti Pengurusan Air 16 Lihat Muka SIDANG DUN KALI YANG PERTAMA BAGI TEMPOH PENGGAL YANG KEDUA 2019 Infografik

Upload: lenhi

Post on 27-Jun-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

1REJAB 1440H |MAC 2019

Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019

EDARAN PERCUMA Bil 193

MS6

MS8

MS15

Institusi Pondok Mampu Melahirkan Ilmuan Islam Berkaliber

Kerajaan Negeri Terus Lestarikan Persembahan Seni Budaya Tempatan

AKSB Tingkatkan Kualiti Pengurusan Air

16Lihat Muka

SIDANG DUN KALI YANG PERTAMA BAGI TEMPOH PENGGAL YANG KEDUA 2019

Infografik

Page 2: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

2 REJAB 1440H |MAC 2019

Sidang Redaksi

Merakyatkan Membangun Bersama Islam

KEBERKATAN | KEMAKMURAN | KEBAJIKAN

Lidah Pengarang

fizikal, perkembangan kerjaya, hubungan bermasyarakat ataupun sosial dan yang paling utama adalah aspek spiritual.

Kesejahteraan emosi antaranya berkaitan dengan memahami perasaan dan berdaya tahan dalam menangani tekanan kerja dan kehidupan harian. Kesejahteraan persekitaran pula sebagai contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang persekitaran, harmoni dengan alam sekitar dan memupuk suasana kerja yang kondusif dan berinteraksi dengan alam semulajadi.

Kesejahteraan kewangan melibatkan proses mempelajari bagaimana menguruskan kewangan diri dan keluarga yang mana bagi sebahagian penjawat awam, ada yang cenderung kepada masalah “stress”, “anxiety” dan isu-isu psikologikal yang lain sekiranya ia tidak diurus dengan baik. Kita amat terkejut dengan data yang dikeluarkan baru-baru ini mengenai terdapat lebih daripada 4000 orang penjawat awam seluruh pelusuk negara yang telah diisytiharkan muflis kerana kegagalan menguruskan kewangan keluarga masing-masing.

Seterusnya adalah mengenai kesejahteraan intelektual yang mana para petugas kerajaan harus mempunyai sebuah minda yang terbuka kepada idea-idea baru serta mencari peluang untuk meningkatkan pengetahuan diri serta jabatan mereka sendiri.

Kesejahteraan kerjaya pula membawa maksud kita perlulah menghargai dan berasa seronok dengan pengalaman serta cabaran yang dilalui dalam kerja buat sehari-hari dan kepada perkembangan kerjaya itu sendiri.

Para penjawat awam perlu memberi perhatian terhadap kesejahteraan sosial dengan menjalankan peranan sosial secara berkesan dan selesa. Mereka harus membentuk jaringan sokongan yang akhirnya akan membentuk perhubungan yang membangun di kalangan warga kerja serta dapat menguruskan konflik secara membina.

Akhirnya, aspek kesejahteraan spiritual iaitu kita perlulah memiliki satu set nilai yang akan membantu diri untuk mencari maksud dan sebab kepada kehidupan ini. Setiap kerja yang kita buat, tanpa mengira status kita, sebagai kerani, pegawai, pengarah, ketua jabatan dan apa sahaja, perlulah sentiasa diingati akan konsep ihsan. Kita tahu bahawa kerja kita bukan sekadar untuk mendapat gaji dan elaun,

Kelantan Sejahtera, Kelantan Melangkah Kehadapan

2 REJAB 1440H |MAC 2019

PENAUNGYB DATO’ HJ MOHD NASSURUDDINB. HJ. DAUDPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta

PENASIHATHJ. MUHAMAD AZMI BIN NORPengarah Urusetia PeneranganKerajaan Negeri Kelantan

PENYELARASNAZMAN CHE IBERAHIMTimbalan Pengarah Urusetia PeneranganKerajaan Negeri Kelantan

SUSUN ATURAHMAD KARIEMULLAH SAIPUL [email protected]

WARTAWANNIK AZMAN NIK [email protected]

CHE MAZIAH BINTI [email protected]

JURUFOTOMOHD ASRI HAMATABDUL AZIZ BIN [email protected] KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB)

PENGEDARUNIT EDARAN UPKN

PERCETAKANPUSTAKA AMAN PRESS SDN. BHD4200-A, Simpang Tiga Telipot, Jln Sultan Yahya Petra, Peti Surat 67, 15700Kota Bharu, Kelantan.Tel: 09 7481849, 09 7443681Faks: 09 748 7064Email: [email protected]

ALAMAT SURAT MENYURATURUSETIA PENERANGAN KERAJAANNEGERI KELANTANPejabat Setiausaha KerajaanTingkat Atas, Blok 7 Kompleks Kota Darulnaim 15503 Kota Bharu Bandar Raya Islam,Kelantan DarulnaimTel 09-7483529(DL), 09-7481957 samb, 7810Faks: 09-7433529

Website: [email protected] (Berita Adun)www.facebook.com/upknkelantan(sila email untuk sebarang pertanyaan)

Secara literalnya, perkataan Kesejahteraan membawa maksud sebuah proses menyedari dan melakukan keputusan yang menuju ke arah kehidupan yang sihat dan bermakna. Dalam mencorak dan merealisasikan makna tema Kelantan Melangkah Kehadapan, para penjawat awam di negeri tadahan wahyu ini sendiri perlu mewujudkan dahulu kesejahteraan dalam jiwa mereka dan seterusnya membina suasana kerja yang juga menjurus kepada kesejahteraan.

Kesejahteraan adalah lebih daripada “bebas daripada sakit”, ia merupakan sebuah proses dinamik merangkumi perubahan dan pembangunan.

Mengapa kesejahteraan? Ia adalah keperluan asas bagi menjalani kehidupan yang berkualiti. Kesejahteraan juga mempengaruhi tindakan, emosi dan diperlukan demi mencapai kesihatan optimum serta mengawal tekanan. Ia boleh mengurangkan risiko penyakit fizikal dan mental bagi setiap individu lantas menjamin interaksi positif antara semua pihak di tempat kerja. Perkara ini seterusnya akan meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja yang akhirnya akan melahirkan kehidupan bermakna dan memuaskan.

Terdapat beberapa aspek utama yang perlu diberi perhatian oleh penjawat awam negeri ini apabila berbicara mengenai Kesejahteraan mencakupi soal kewangan keluarga, persekitaran kerja, emosi, intelek,

Nazman bin Che IberahimTimbalan Pengarah

Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan

Page 3: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

3REJAB 1440H |MAC 2019

tetapi juga kita beringat-ingat akan ganjaran syurga mahupun balasan neraka.

Bagi masyarakat barat, agama disebut sebagai “religion” yang membawa maksud “personal relation between man and god”. Tetapi sebagai orang Islam, kita percaya bahawa agama adalah satu cara hidup. Akal,

roh dan jasad membawa kepada pengertian “insan” yang tidak boleh putus dengan Tuhan, sama ada pemain bola, pengutip sampah, penjawat awam semuanya terikat dengan Allah SWT. Semua kerja kita di pejabat, walaupun disebut “makegaji”, tetapi pada akhirnya kita sedang menuju

kepada Allah sebagai Tuhan yang wajib kita patuhi arahanNya setiap saat dan setiap ketika. Pada saat itu, barulah modul Pengurusan Ihtirafi di semua jabatan akan dapat dijayakan dan kita akan dapat melahirkan penjawat awam yang cekap, inklusif dan berdaya maju, Insyaallah.

3REJAB 1440H |MAC 2019

Page 4: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

4 REJAB 1440H |MAC 2019

KOTA BHARU – Menteri Besar, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob menerima kunjungan hormat daripada wakil Ketua-ketua Agama di Kelantan bertempat di Pejabat Menteri Besar baru-baru ini.

Turut bersama YB Dato’ Penglima Perang Mohd Nassuruddin Daud dan Pengerusi BBC, YB Dato’ Hj. Hassan Mahamood, manakala rombongan ini diketuai oleh Presiden Majlis Perundingan iaitu Dr. J.P. Kamalanathan yang mewakili agama Hindu, Rev. Fr.Francis Andrew mewakili Kristian, Mr Alex Chai Kee mewakili Buddha, S/I (R) Gormok Singh mewakili Sikh dan beberapa lagi wakil yang lain.

Dalam pertemuan tersebut, ketua-ketua agama di Kelantan menerusi Majlis Perundingan Malaysia ini menyatakan kesyukuran dan rasa gembira berada di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan.

Sepanjang berada di bawah Kerajaan Kelantan yang mengamalkan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, tiada sebarang tindakan menganggu kebebasan beragama dan mereka boleh mempraktikkan ajaran masing-masing dengan bebas.

Dalam kesempatan ini, kedua-dua pihak saling bertukar-tukar pandangan dan pihak Kerajaan Negeri mengalu-alukan sebarang cadangan

yang bertujuan untuk menjaga keharmonian kaum di negeri ini.

Mereka berharap situasi harmoni seperti ini berkekalan dan bertambah baik di bawah kerajaan yang sedia ada. Menjaga keharmonian kaum merupakan prioriti utama bagi Kerajaan Negeri Kelantan. Atas sebab itu satu portfolio khusus telah diwujudkan di bawah Exco Kerajaan Negeri ini bagi menjaga perpaduan antara kaum.

Pihak Majlis Perundingan Malaysia juga menerusi presidennya turut menyerahkan satu surat takziah dan berdukacita kepada semua keluarga mangsa pembunuhan yang berlaku di Christchurch, New Zealand.

YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar menyatakan rasa gembira atas kunjungan ini dan berharap agar perpaduan ini tetap dijaga supaya Kelantan menjadi sebuah negeri yang dihormati oleh semua kaum kerana memerintah dengan dasar Islam.

Semua pihak perlu mengambil tanggungjawab untuk menjaga keharmonian beragama di negeri ini supaya ianya berkekalan dan bertambah baik pada masa akan datang.

Menteri Besar Menerima Kunjungan Ketua-Ketua Agama Kelantan

4 REJAB 1440H |MAC 2019

Page 5: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

5REJAB 1440H |MAC 2019

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Kelantan Utilities Mubaarakan Sdn. Bhd. (KUM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

KOTA BHARU – Kerjasama dengan pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK) adalah berkait rapat dengan pelantikan Kelantan Utilities Mubaarakan Sdn. Bhd. (KUM) sebagai agensi yang bertanggungjawab membangunkan Pelan Induk Pembangunan Mampan Kerajaan Negeri Kelantan.

Mengikut pelan ini, salah satu aspek yang perlu diberikan perhatian serius oleh Kerajaan Negeri ialah industri biodegradasi. Hal ini selaras dengan halatuju Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk menghapuskan penggunaan plastik berasaskan petroleum.

Sebagai persediaan untuk mencari alternatif bagi plastik berasaskan petroleum ini, industri biodegradasi perlu dikembangkan dalam masa yang terdekat. Oleh yang demikian, bagi memastikan industri ini dapat dimulakan dan dibangunkan dengan lancar, maklumat asas yang tepat perlu diperolehi melalui kajian lapangan. Penglibatan UMK dalam usaha ini amatlah diperlukan.

Objektif kerjasama bersama pihak UMK adalah untuk menjalankan kajian dan pembangunan berkaitan pelaksanaan pembangunan mampan di mana fokus awal adalah dengan mengadakan kajian secara menyeluruh berkenaan penggunaan plastik dan potensi menggantikan bungkusan plastik (termasuk beg plastik dan bekas polisterin) dengan plastik biodegradasi di Negeri Kelantan.

Salah satu program yang

ditawarkan oleh UMK adalah melalui Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, di mana ia mempunyai kaitan dengan pembangunan mampan di Negeri Kelantan yang berlandaskan teknologi hijau.

Bagi menjayakan usaha ini, KUM telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama dengan pihak UMK bagi memulakan langkah awal dalam menjalinkan hubungan kerjasama ini, antaranya:

Melalui peristiwa penting di dalam hubungan antara KUM dan UMK dengan termeterai Memorandum Persefahaman ini akan ada lebih banyak kerjasama antara kedua-dua pihak yang akan memberikan manfaat kepada rakyat Kelantan khususnya.

Acara MOU yang diadakan di Dewan Teratai Kota Darul Naim hari ini dengan KUM diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Haji Abdul Rashid Mohd Yusoff merangkap Pengarah Eksekutif KUM manakala UMK diwakili Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail dan Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar.

Acara MOU tersebut disaksikan oleh Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Mohd Amar Abdullah merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Kelantan Utilities Mubaarakan Holding Sdn. Bhd. (KUM) dan Exco Kerajaan Negeri, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail merangkap Ahli Lembaga Pengarah KUM.

UMK akan sedaya upaya membantu Kerajaan Negeri Kelantan dalam usaha membangunkan Pelan Induk Pembangunan Mampan Teknologi Hijau di Negeri Kelantan dengan menyediakan kepakaran-kepakaran yang ada di UMK.

1

KUM dan UMK akan bekerjasama serta terlibat di dalam membangunkan polisi teknologi hijau iaitu “zero waste policy in Kelantan” dengan kedua-dua pihak berkongsi dan menyediakan maklumat berkenaan projek “waste to wealth” bagi menghasilkan produk nilai tambah (value-added).

ii

Bekerjasama dan terlibat di dalam membangunkan smart city sustainability (kelestarian bandar pintar) di Negeri Kelantan.

iii

Menyertai program antara universiti dan industri seperti penyelidikan, sarjana, pasca siswazah dan penyertaan ke pameran di peringkat negeri dan antarabangsa.

iv

5REJAB 1440H |MAC 2019

Page 6: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

6 REJAB 1440H |MAC 2019

KOTA BHARU – Negeri Kelantan adalah sebuah negeri yang banyak tertubuhnya pondok pengajian agama dan institusi pengajian tinggi agama berbanding dengan negeri-negeri lain.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, YB Dato’ Haji Abdullah Ya’kub berkata demikian sewaktu berucap mewakili Menteri Besar YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan pada Majlis Perasmian Sambutan 65 Tahun dan Hari Murabbi 2019M/1440H di Pondok Pasir Tumboh baru-baru ini.

Katanya, para pengasas pondok yang khususnya terdiri daripada guru-guru agama serta para ulamak amat besar jasa mereka dalam melahirkan generasi berpendidikan agama di Negeri Kelantan.

“Sejak tahun 1909 sistem pengajian pondok telah mula berkembang di nusantara ini dan memainkan peranan yang cukup penting dalam melahirkan

ilmuan Islam dan ulamak.Sejarah pondok di Kelantan cukup

gemilang apabila berhasil melahirkan ulamak-ulamak besar dan terkenal di seluruh negara khususnya dan peringkat nusantara amnya,” katanya.

Tambahnya, Pondok Pasir Tumboh adalah merupakan destinasi terpenting yang menjadi kunjungan pelancong terutamanya dalam program-program ilmu dan warisan dari seluruh dunia.

Institusi pondok yang berkembang pesat dalam Kesultanan Melayu telah dikendalikan oleh para alim ulamak serta para Tuan Guru yang berkaliber serta berwibawa sehingga berjaya melahirkan ramai para pendakwah dan pejuang yang memperjuangkan agama dan tuntutan Islam. Pemesatan ilmu dan pendidikan Islam di pondok telah melahirkan tokoh-tokoh murabbi tempatan dan antarabangsa yang ramai sehingga ke hari ini.

“Berkat dukungan alim ulamak maka kita dapat pertahankan kerajaan yang ada sekarang ini sejak tahun 1990 dan sejak itu banyak program-program yang kita laksanakan ditiru oleh orang lain.

Tidak ketinggalan juga terdapat ulamak pondok yang telah menjadi pemimpin diperingkat Dewan Undangan Negeri, Parlimen dan peringkat pentadbiran Kerajaan Negeri itu sendiri. Ini bererti, institusi pondok daripada masa ke semasa sentiasa melahirkan bukan setakat ulamak akan tetapi umara’ yang berkaliber,” katanya.

Matlamat program ini diadakan adalah untuk mengenang jasa pengasas Pondok dan Tenaga Pengajar terutama kepada generasi baru, mencambahkan pemikiran dan gerak kerja dalam mengembangkan dakwah Islam.

Selain membina jaringan hubungan antara pusat Pengajian Pondok seluruh negara bagi memperkasa sistem pendidikan Islam dan meluaskan peranannya dalam menyantuni masyarakat ke arah hidup beragama.

Selain itu merapatkan hubungan antara warga pendidik dan ibu bapa pelajar ke arah melahirkan pelajar yang berkualiti serta menghayati pengajaran kepada peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Pada majlis tersebut, Timbalan Mudir 2 Pondok Pasir Tumboh 2018/2020 dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Murabbi Pondok 1440H.

Institusi Pondok Mampu Melahirkan Ilmuan Islam Berkaliber

6 REJAB 1440H |MAC 2019

Page 7: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

7REJAB 1440H |MAC 2019

KOTA BHARU – Tarikh 11 April akan dijadikan sambutan Hari Kesihatan Negeri Kelantan pada setiap tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr. Hj Izani Husin berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Negeri Kelantan 2019 di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI baru-baru ini.

Katanya, setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kebersihan bagi menjamin persekitaran yang bersih dan sihat.

Islam mengajar kita untuk menjaga kesihatan iaitu dengan cara “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”.

Hidup dalam suasana yang bersih dan sihat akan mengelakkan diri kita daripada serangan penyakit,” katanya.

Tambahnya, sihat itu tidak ternilai harganya dan kita akan merasai kelebihannya apabila kita ditimpa penyakit yang membawa

kepada penderitaan dan kesusahan.“Kita perlu diberi pengetahuan

yang jelas tentang cara pengambilan makanan yang betul untuk mengelak daripada penyakit yang sebahagian besarnya berpunca daripada cara pengambilan makanan yang tidak betul seperti penyakit darah tinggi, kencing manis dan kanser.

Selain itu masalah ‘stress’ juga perlu dikawal kerana implikasinya cukup besar dalam menyumbang pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, kemurungan dan strok,”.

pengambilan makanan yang berlebihan juga akan mengundang pelbagai jenis penyakit dan kesedaran tentang rutin makan adalah penting.

“Untuk mengelak daripada kemungkinan serangan penyakit dan kemudaratannya, kita jangan takut untuk sentiasa melakukan rawatan bagi mengesan sebarang kemungkinan pada peringkat awal,” katanya.

Berhubung perkara yang sama, beliau menggesa supaya masyarakat perlu berubah sikap dan mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menjaga kebersihan dan kesihatan.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Hilmi Abdullah, Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr. Zaini Hussin serta ketua jabatan Negeri dan Persekutuan.

Turut diadakan forum kesihatan oleh dua panel iaitu Dr. Mohd Sukarno Saud (Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Wakaf Bahru) dan Dr. Noran Hashim (Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan) dengan moderatornya Dr. Azaharim Omar (Pakar Bius Jabatan Anestesiologi, Hospital Raja Perempuan Zainab II).

YB Dr. Izani turut menyampaikan anugerah kepada seramai 10 orang penderma darah terbaik berupa sijil dan hamper, serta anugerah khas kepada Dr. Hanif Ismail (Klinik Berhenti Merokok Klinik Kesihatan Gunong) dan kepada Mohd. Nawai Shayal (Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) Kampung Kemunchup Machang berupa sijil dan plak.

Pada majlis yang sama tiga buah buku dilancarkan iaitu Diet Mak-mak (panduan pemakanan untuk ibu mengandung dan menyusukan anak), Diet-Licious! 2.0 (panduan pemakanan untuk yang mahu menguruskan badan) dan (25 Kes Penulis - himpunan kisah di hospital yang tak terlupakan).

11 April Hari Kesihatan Negeri Kelantan 7REJAB 1440H |MAC 2019

Page 8: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

8 REJAB 1440H |MAC 2019

AKSB Tingkatkan Kualiti Pengurusan Air

KOTA BHARU – Bagi meningkatkan kualiti serta kuantiti dan juga tekanan air, pihak Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) telah melancarkan projek penukaran paip lama dan uzur di bawah pembiayaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Dato’ Sr. Haji Azami Mohd Nor berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Penukaran Paip Lama/Uzur di Bawah Pembiayaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) di Kampung Telaga Nibong, Tanjung Chat baru-baru ini.

Katanya, dengan terlaksana projek ini, sekaligus ia dapat menyelesaikan serta mampu mengurangkan aduan mengenai permasalahan bekalan air yang sering kali dihadapi oleh para pengguna di seluruh Negeri Kelantan.

Berikut merupakan objektif bagi cadangan penggantian paip lama dan uzur;

Tambahnya lagi, disebabkan keseluruhan paip yang akan ditukar terlalu panjang dan memakan kos yang tinggi, maka pihak AKSB telah membuat pecahan cadangan pelaksanaan secara berperingkat selama lima tahun bermula 2018 sehingga tahun 2022.

“Anggaran panjang penukaran paip untuk tempoh lima tahun adalah 3,000 kilometer untuk seluruh Negeri Kelantan dengan anggaran kos sebanyak RM 973,307,700.33.

Selebihnya panjang paip AC yang lama dan uzur akan ditukar dalam perancangan program penukaran tahun 2023 ke atas,” katanya.

projek penukaran paip lama/uzur ini adalah satu program penukaran paip untuk dilaksanakan dalam satu jangka yang panjang bermula tahun 2018 sehingga tahun 2022 di seluruh Negeri Kelantan selepas Program Migrasi dimulakan pada tahun 2016.

“Program ini adalah menukar paip jenis AC yang telah berusia 30 tahun kepada paip baru. Anggaran panjang

paip jenis AC yang masih ada di Negeri Kelantan adalah berjumlah lebih kurang 4,000 kilometer.

Paip ini sering kali pecah dan bocor serta tidak dapat lagi menampung keperluan bekalan air semasa untuk penduduk Negeri Kelantan. Keadaan ini memberi kesan kepada peningkatan kadar air yang tak terhasil (NRW) di Negeri Kelantan,” katanya.

Tambahnya lagi, bagi mengatasi masalah ini, AKSB telah mengenal pasti kawasan yang kritikal dari segi masalah kebocoran dan kadar NRW yang tinggi di setiap jajahan di Negeri Kelantan.

Berhubung perkara yang sama beliau menjelaskan, sehingga tahun 2019, jumlah peruntukan yang telah diluluskan oleh PAAB untuk program penukaran paip ini adalah RM 206,235,279.00 dengan panjang paip adalah 485,580.00 meter.

Bagi program penukaran paip pada tahun 2020, 2021 dan 2022, ia akan dijalankan mengikut tahun masing-masing. Diharap program penukaran paip secara lima tahun ini dapat memberikan impak yang besar kepada sistem bekalan air di Negeri Kelantan sekaligus menyelesaikan masalah air yang telah lama membelenggu Negeri Kelantan.

Turut berucap Pengarah Eksekutif Air Kelantan Sdn. Bhd., Haji Abdul Rashid Mohd Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan Aset Air Berhad, Abdul Hadi Ali.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Ustaz Haji Abdul Rahman Yunus serta pegawai tinggi dan kakitangan AKSB.

Mengurangkan gangguan bekalan air bersih di kesemua jajahan di Negeri Kelantan.

1

Memastikan bekalan air yang mencukupi dan berterusan terutama pada waktu puncak dan musim perayaan.

2

Memperluaskan kawasan liputan perkhidmatan air bersih.

3

Mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW).

4

8 REJAB 1440H |MAC 2019

Page 9: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

9REJAB 1440H |MAC 2019

LAWATAN KERJA MEWUJUDKAN KERJASAMA KAWASAN TANAMAN GAHARU

GOPENG- Lawatan Kerja YB Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan, selaku Timbalan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat ke HOGA Gaharu Tea Valley Gopeng, Perak iaitu sebuah ladang Gaharu seluas 300 ekar berkonsepkan ECO TOURISM.

Lawatan ini bagi meninjau kemungkinan kerjasama bagi mewujudkan kawasan tanaman GAHARU serta lain-lain tanaman sampingan dengan konsep serupa di Negeri Kelantan. Lawatan turut disertai Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan.

9REJAB 1440H |MAC 2019

Page 10: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

10 REJAB 1440H |MAC 2019

MACHANG - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail telah mengadakan lawatan di tiga tapak projek penternakan kelulut iaitu di Kampung Kubang Kiat, Ketereh, Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas dan Kampung Telosan, Pasir Puteh.

Ketiga-tiga pemilik projek tersebut bernaung di bawah Persatuan Lebah Kelulut Darul Naim yang berhasrat mengkomersialkan produk tersebut secara lebih saintifik dan lebih luas pemasarannya.

Projek madu kelulut di Kampung Kubang Kiat, Jalan Pengkalan Piah, Ketereh diusahakan sejak 2014 oleh Kumpulan Droness yang diketuai oleh Yuzaidi Marzuki dengan memiliki 150 sarang setakat ini dengan kaedah penternakan “80 peratus hive/20 peratus log”.

Fokus kepada kelestarian industri,

inovasi pam, inovasi hive, akan memberi kebaikan kepada masyarakat secara langsung dan pendebungaan pula boleh meningkatkan hasil pertanian, selain untuk agro pelancongan dan pengurusan koloni secara sistematik.

Projek di Kem Desa Pahlawan dikenali sebagai Ladang Kelulut MM Desa Pahlawan, Kok Lanas yang diusahakan oleh Rosman Mamat sejak tahun 2013 dengan memiliki 400 sarang setakat ini dengan kaedah penternakan yang sama.

Beliau memberikan fokus kepada perladangan komersial, tarikan pelancongan, dan pendebungaan untuk kelestarian biodiversiti.

Manakala di Kampung Telosan, Pasir Puteh diusahakan oleh Azeman dengan jumlah sarang 150 koloni.

Fokus beliau adalah kepada pusat jualan yang komersial dan produk hiliran.

Menurut YB Tuan Mohd. Saripudin, beliau berhasrat

menjadikan Negeri Kelantan sebagai ‘Lembah Madu Kelulut Negeri’ memandangkan sekarang ini produk madu kelulut telah mendapat permintaan yang memuaskan.

Katanya, madu kelulut yang merupakan sumber perubatan asli dengan memiliki pelbagai khasiat berpotensi untuk dikembang dan dimajukan.

“Kelantan merupakan negeri pertama yang memulakan industri kelulut dan sehingga kini industrinya sedang berkembang di seluruh negeri.

Tambahnya, industri madu kelulut juga mampu membantu industri agro pelancongan di negeri ini khususnya dalam pemasaran produk-produk alami untuk kesihatan.

Droness memfokuskan kepada misi memartabatkan madu sebagai penawar sebagaimana termaktub di dalam Al-Quran. Ia memerlukan pengurusan ladang sistem berekod dan mudah dikenalpasti, pengurusan data, pemodenan dan pembangunan rantaian produk melalui pusat pengumpulan hasil untuk penghasilan produk yang hygienic dan berkualiti.

Kelantan Negeri Pertama Memulakan Industri Kelulut

10 REJAB 1440H |MAC 2019

Page 11: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

11REJAB 1440H |MAC 2019

KOTA BHARU- Seramai 42 orang peserta siri pertama Kolej GENTERA telah menerima sijil dalam satu majlis yang telah diadakan di Dewan Teratai Kompleks Kota Darul Naim. Projek Generasi Sejahtera (GENTERA) ini, ialah usaha gabungan belia-belia yang diberi latihan serta pendedahan untuk membimbing rakan sebaya bagi menjadi orang yang berakhlak mulia yang tahu menilai harga diri dan sedar makna masa depan mereka. Bagi

siri ini kesemua peserta dipilih dari beberapa DUN yang terdiri daripada DUN Panchor, Tanjong Mas, Manek Urai, Chetok, Galas, Pasir Tumboh, Jelawat, Dabong serta lain-lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO YB Haji Wan Roslan Wan Hamat berkata, program ini merupakan salah satu manifesto PRU ke-14. Beliau berharap para peserta program ini dapat menghayati apa

yang diajar oleh tenaga pengajar. Beliau juga berharap para peserta

akan menjadi pemimpin dan pelapis ke arah dasar ‘Membangun bersama Islam’ dalam menangani permasalahan gejala sosial. Antara modul atau pengisian kolej ini adalah moderator, orator, karikatur dan lain-lain. Peserta mengambil masa selama 10 minggu untuk menamatkan pengajian di kolej tersebut. Ia telah berlangsung di bangunan syabab point berhadapan dengan Istana kota Lama.

Sementara itu, speaker DUN Kelantan, YB Dato’ Haji Abdullah Ya’kub dalam ucapan perasmiannya berkata, urus tadbir yang dilakukan oleh kerajaan Negeri sejak tahun 1990 adalah berlandaskan dasar ‘Membangun bersama Islam’. Oleh itu, beliau berharap para peserta kolej GENTERA akan menjadi agen kerajaan untuk menjelaskan dasar-dasar kerajaan Negeri serta menjawab segala tohmahan yang dilempar.

42 PESERTA SULUNG KOLEJ GENTERA LAYAK TERIMA SIJIL

Sungai Sebagai Sumber Kehidupan Yang Perlu Dipelihara

KOTA BHARU – Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Dato’ Sr. Haji Azami Mohd Nor merasmikan Bengkel Pemantauan dan Penguatkuasaan Pencemaran Air Sungai Kelantan di Bilik Gerakan Negeri, Kota Darulnaim.

Nikmat sungai yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada

negeri ini merupakan satu perkara yang sangat besar. Sungai Kelantan merupakan nadi kehidupan yang penting, sumber air minuman dan sumber rezeki kepada rakyat negeri ini khususnya dalam bidang perikanan, pertanian dan penternakan.

“Saya ingin sebutkan bahawa pentingnya Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersama-sama dengan agensi-

agensi yang terlibat bagi memastikan penguatkuasaan kebersihan sungai ini sentiasa diberi keutamaan dan ditekankan dari masa ke semasa.

“Alhamdulillah melalui Mesyuarat Majlis Air Negara Bil 1 2019 pada 25 Februari 2019, sungai-sungai di Negeri Kelantan tidak termasuk di dalam 32 sungai tercemar dengan bahan kimia di dalam negara ini,” katanya.

Katanya, beliau menyeru selain daripada penguatkuasaan yang dibuat marilah sama-sama kita menjaga nikmat Allah SWT ini iaitu sungai-sungai supaya sentiasa bersih. Semoga hasil daripada bengkel yang diadakan ini akan dapat memberi nilai tambah kepada kerajaan bagi memantau pencemaran sungai di negeri ini.

Turut bersama, Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kelantan, Dato’ Zamri bin Ismail dan Pengarah Plan Malaysia Kelantan, Haji Hassan Yaakob.

11REJAB 1440H |MAC 2019

Page 12: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

12 REJAB 1440H |MAC 2019

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Sir Cristiano Maggipinto, Duta Besar Itali ke Malaysia. Kunjungan hormat tersebut adalah bagi membincangkan beberapa siri hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri. Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Kelantan.

Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Mohd Amar Abdullah hadir bersama YB Ustaz Marzuk Shaary, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, bagi meraikan Sambutan hari Jururawat 2019 bertempat di Klinik Desa Pengkalan Datu.

YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Dato’ hassan ADUN Temangan Menyempurnakan Majlis Perasmian Tapak Pembinaan Bangunan Al-Quran - KAFI bertempat di sebelah Masjid Mukim Pangkal Meleret Machang.

YB Mejar (B) Dato’ Md. Anizam Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan

Pelancongan menerima kunjungan daripada Gabungan Sepaktakraw Kelantan (GASTAK) yang diketuai oleh YB Zuraidin bin

Abdullah yang juga merupakan ADUN Chetok. Perbincangan adalah berkaitan tajaan utama pasukan Kelantan Warriors sempena

Kejohanan Sepak Takraw League (STL) 2019 yang dijadual diadakan di Kelantan pada 6 September sehingga 3 November 2019

yang akan disiarkan secara langsung melalui Astro Arena 801 dan 802 hD.

Page 13: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

13REJAB 1440H |MAC 2019

YB hajjah Mumtaz Md. Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita mewakili YAB DBK

Menteri Besar, menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Badang, Kota Bharu. Turut bersama adalah YB Dr Izani husin, Exco

Kerajaan Negeri Kelantan yang juga ADUN Kijang.

Program Pemindahan Teknologi Pengkulturan dan Produk Rumpai oleh pasukan penyelidik Universiti Malaya telah diadakan di Bachok Marine Research Station, Institute of Ocean & Earth Sciences Universiti Malaya, Bachok, Kelantan. Ia melibatkan peserta

yang terdiri daripada penduduk Pantai Irama. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi hijau dan Alam Sekitar, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail amat mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak demi kepentingan

dan pembangunan masyarakat khususnya rakyat Kelantan.

YB. Sr. hj. Azami Mohd Nor, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti hadir merasmikan Majlis

Pecah Tanah Projek Penukaran Paip Lama/ Uzur Seluruh Negeri Kelantan di bawah Pembiayaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) di Kampung Telaga Nibong, Kota Bharu.

Pelancaran program “Kelantanku Bersih 2019”. Program yang dilaksanakan ini telah mendapat respon dan kerjasama yang positif daripada rakyat Negeri Kelantan khususnya dalam mendidik masyarakat ke arah kebersihan. Sepanjang program ini dilaksanakan

terdapat banyak persatuan penduduk, NGO-NGO dan masyarakat setempat telah melibatkan diri dalam kempen ini hasil kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Page 14: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

14 REJAB 1440H |MAC 2019

Pesta Makanan Sungai Golok 2019 Meriah

KOTA BHARU – Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Hajjah Mumtaz Md. Nawi telah memenuhi jemputan pihak Datuk Bandar Golok untuk hadir merasmikan Pesta Makanan Sungai Golok 2019 di Stadium Maharaj baru-baru ini.

YB Hajjah Mumtaz terlebih dahulu berkesempatan melakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Golok, Suchada Pannara. Dalam pertemuan yang diadakan di Pusat Jagaan Warga Emas Sungai Golok, turut hadir adalah oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Sungai Golok,

Ismail Yunus, Ketua Pusat Jagaan Warga Emas, Prungshit Bunyarat dan Ketua Bahagian Muslimat Pusat Jagaan tersebut, Rohani Abdullah.

Turut sama dalam rombongan tersebut ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tuan Said Sidup dan Pegawai-pegawai JKM, serta Pengarah Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-Kekwa) Ilvira Mohd Dasuki bersama pegawai-pegawainya.

Selain daripada itu juga, antara tempat yang sempat dilawati ialah Azhar Roti Segera, Taman Kaktus (Vatenlinepamai) dan Kilang Proses Batik, Sungai Sira.

Lawatan tersebut adalah bagi melihat dan berkongsi idea berkaitan perkembangan industri pembuatan serta bertukar-tukar pendapat antara dua negara.

14 REJAB 1440H |MAC 2019

Page 15: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

15REJAB 1440H |MAC 2019

KOTA BHARU – Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato’ Md. Anizam Ab. Rahman berucap mewakili YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar merasmikan Kelantan Art and Cultural Festival (KACF) yang diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV baru-baru ini.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan dalam pelan strategik “Kelantan Melangkah Ke Hadapan”.pihak Kerajaan Negeri telah meletakkan fokus membangunkan Kelantan menerusi tiga tonggak utama itu keberkatan, kemakmuran dan kebajikan selari dengan dasar “Membangun Bersama Islam”.

“Program melestarikan budaya dan warisan Negeri Kelantan akan

terus diperhebatkan sejajar dengan peredaran zaman dan penjenamaan semula perlu dibuat untuk aktiviti kebudayaan yang sedia ada agar lebih mesra dengan masyarakat pelbagai usia dan berlainan bangsa.

Paling utama keindahan kesenian dan penghayatan budaya ini seharusnya membawa manusia mengenal penciptanya iaitu Allah SWT,” katanya.

Tambahnya, apa sahaja aktiviti kebudayaan dan kesenian perlu dijadikan sebagai medium dakwah yang berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Mudah-mudahan festival dan temasya ini bukan sekadar menjadi hiburan semata-mata, tetapi juga mampu membentuk dan membangunkan jiwa manusia sebagai insan yang berakidah tauhid.

“Sebagaimana kita memelihara imej dan penampilan diri kita supaya sentiasa kemas dan cantik, begitu jugalah kita mesti memelihara imej negeri kita supaya dipandang bersih, kemas dan menarik agar kita dihormati oleh masyarakat di luar sana,” katanya.

KACF yang berlangsung selama tiga hari itu adalah anjuran Kerajaan Negeri melalui Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) dan diadakan bagi mempersembahkan seni serta budaya tradisional dan moden di samping menjalankan aktiviti bagi menarik kedatangan pelancong.

Pelbagai acara diadakan melibatkan kebudayaan masyarakat yang ada di negeri ini dan diselitkan dengan persembahan seni tempatan dan moden, bual bicara usahawan seni, ‘Creative Talk’, Deklamasi Puisi , KACF ‘show case’, pameran dan jualan serta pelbagai aktiviti lain lagi.

Majlis turut diserikan dengan keberangkatan YBM Tengku Laksamana Kelantan dan YAM Tengku Puan Laksamana Kelantan, Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Dato’ Takiyuddin Hassan, ADUN Cempaka, YB Ahmad Fathan Mahmood, Pengarah MOTAC, Aidil Afizie Daud, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohamad Raizuli Mat Jusoh, Ketua-ketua Jabatan dan para pengiat seni seluruh Kelantan.

Kerajaan Negeri Terus Lestarikan Persembahan Seni Budaya Tempatan

15REJAB 1440H |MAC 2019

Page 16: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

16 REJAB 1440H |MAC 2019

InfografiqSIDANG DUN KALI YANG PERTAMA BAGI TEMPOH PENGGAL YANG KEDUA 2019

Page 17: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

17REJAB 1440H |MAC 2019

Page 18: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

18 REJAB 1440H |MAC 2019

Page 19: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

19REJAB 1440H |MAC 2019

Page 20: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

20 REJAB 1440H |MAC 2019

Pihak Kerajaan Negeri Kelantan mengutuk serangan bom yang berlaku pada 21hb April 2019 di Sri Lanka yang mensasarkan beberapa buah gereja dan hotel mewah sehingga mengakibatkan lebih ratusan orang terbunuh, manakala lebih 400 lagi

cedera dalam insiden berkenaan. Pihak Kerajaan Negeri Kelantan

mengutuk sekeras-kerasnya jenayah serangan terhadap gereja dan hotel yang merupakan tempat awam, apatah lagi kejadian berlaku bersempena hari

KECAMAN KE ATAS PENGEBOMAN GEREJA DAN HOTEL DI SRI LANKA

perayaan Kristian iaitu hari Easter. Ucapan belasungkawa dan dukacita kepada semua keluarga mangsa yang terkorban disebabkan elemen keganasan dan ekstremis yang mahu memecah-belahkan antara etnik dan agama.

Tindakan ini adalah cubaan

bagi mewujudkan rasa panik dan mengganggu ketenteraman awam. Ia boleh mencetuskan perbalahan dan pergaduhan antara agama. Islam dan mana-mana agama sangat mendokong keamanan dan keadilan. Serta menolak sekeras-kerasnya keganasan dan ekstremis dalam apa jua bentuk.

Kita berharap Presiden Maithripala

Sirisena dan kerajaan Sri Lanka akan menjalankan siasatan komprehensif dan membawa pelaku-pelaku ke muka pengadilan. Kita berharap semua rakyat Sri Lanka dalam situasi tragis ini untuk kekal bersatu dan terus kuat.

KERAJAAN PERSEKUTUAN BERSETUJU MEMBANGUNKAN LALUAN ECRL DI KELANTAN

Pihak Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di atas persetujuan membangunkan ECRL di Kelantan. Sebagaimana telah dimaklumkan bahawa dua buah stesen akan dibangunkan di negeri ini iaitu stesen Kota Bharu dan Tok Bali.

Pihak Kerajaan Negeri Kelantan melihat keputusan ini akan memberi impak yang besar kepada Negeri Kelantan khususnya dalam membuka peluang pekerjaan menerusi pelbagai bidang yang berkaitan dengan pembinaan dan pengangkutan.

Ia juga merupakan langkah positif

dalam merancakkan Pembangunan ekonomi negeri dengan adanya kemudahan transportasi yang lebih efisien dan mampu menguruskan transaksi barangan yang bervariasi serta berskala besar. Secara langsung ia akan merubah landskap keusahawanan menjadi lebih kondusif dan kompetetif.

Seandainya kewujudan ECRL ini diurus dengan baik dan mengikuti piawaian sebenar, ini akan memberi Malaysia satu lagi fasiliti bertaraf antarabangsa yang akan memacu negara ini menjadi sebuah negara yang membangun dengan pesat setanding dengan negara maju yang lain.

20 REJAB 1440H |MAC 2019

Page 21: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

21REJAB 1440H |MAC 2019

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri Kelantan telah bermesyuarat bersama semua Pengerusi Majlis Tindakan Air Jajahan (MTAJ) dan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi membincangkan mengenai persiapan perkhidmatan bekalan air kepada rakyat pada bulan Ramadhan nanti.

MTAJ ditubuhkan secara rasminya pada 6 Mac 2019 bertujuan sebagai platform Kerajaan Negeri Kelantan dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan bekalan air khususnya menjelang bulan Ramadhan dan Syawal yang semestinya mempunyai

permintaan bekalan air yang tinggi. Di bulan Ramadhan ini, selain

daripada meningkatkan penempatan tangki air statik di beberapa lokasi terpilih, lori-lori tangki air ditambah dan juga kerja pembaikian paip-paip pecah di setiap jajahan dibuat dengan lebih agresif bagi memastikan agihan bekalan air bersih yang lebih baik.

Jika terdapat sebarang aduan permasalahan bekalan air di tempat yang didiami, pengguna boleh terus melapor seperti biasa kepada pihak AKSB ataupun kepada pihak MTAJ melalui penghulu mukim di kawasan masing-masing.

surat pelantikan kepada 12 orang Pengerusi MTAJ yang telah dilantik turut diadakan.

Jajahan Kota Bharu Utara dipengerusikan oleh ADUN Tanjung Mas, YB Rohani Ibrahim, Kota Bharu Timur ADUN Pasir Tumboh, YB Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Kota Bharu Selatan ADUN Bunut Payong, YB Dato’ Dr. Ramli Mamat.

Sementara ADUN Tawang, YB Ustaz Dato’ Hassan Mohamood bagi jajahan Bachok, Pasir Mas diwakili ADUN Tendong, YB Rozi Muhammad dan Tanah Merah ADUN Bukit Panau, YB Dato’ Abdul Fattah Mahmood.

Machang dipengerusikan oleh ADUN Pulau Chondong, YB Ustaz Azhar Salleh, Kuala Krai ADUN Guchil, YB Hilmi Abdullah, Tumpat ADUN Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan dan Pasir Puteh ADUN Limbongan, YB Mohd. Nazlan Mohamed Hasbullah.

Manakala jajahan Jeli di pengerusikan oleh Penyelia DUN Ayer Lanas dan Gua Musang Penyelia DUN Paloh.

MTAJ-Platform Penjelasan Isu Bekalan Air

21REJAB 1440H |MAC 2019

Page 22: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

22 REJAB 1440H |MAC 2019

Majlis Gotong Royong Perdana 吉兰丹州务大臣拿督阿末耶谷出席在巴西北根甘榜峇鲁巴西举行的大型清洁运

动。此活动也获多个机构响应。在 2019 年,吉兰丹州政府非常重视及强调地方

的清洁,并希望各造皆可响应清洁运动,共同打造清洁及卫生的环境,以确保国

民的健康。

Page 23: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

23REJAB 1440H |MAC 2019

‘சுத்தமான என் கிளந்தான்’ ‘Kempen Kelantanku Bersih’

டடரன் பண்டரய ககாட்ட பாரு, 25HB April 2019- மிக ககளரவமான உஸ்தாஸ் டத்கதா ஹாஜி அஹ்மத் பின் யாகூப், கிளந்தான் மந்திாி புசார் ‘சுத்தமான என் கிளந்தான்’ நிகழ்ச்சியய அதிகாரப்பூர்வமாக ஆரம்பித்தார். மாநில அரசு மற்றும் உள்ளூர் அதிகாாிகள் இந்த திட்டத்யத ஒரு முக்கியமான விஷயம்மாக எடுத்துக்ககாள்ள கவண்டும்.

அந்நிகழ்வில் கலந்துககாண்ட ககளரவ .டாக்டர் ஈசனி பின் ஹூசின், (ககலந்தன் மாநில அரசு எஸ்க்ககா). பல சமுதாய அயமப்புகள், உள்ளூர் சமூகங்கள் இந்த நிகழ்ச்சியில்அதிகாாிககளாடு ஒத்துயைத்து வந்தன.

Page 24: Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019 …upknkelantan.com/download/buletin_mac2019.pdf · 2019-06-19 · contoh mudahnya berkaitan menjalani kehidupan yang peka tentang

24 REJAB 1440H |MAC 2019

Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | MAC 2019

KOTA BHARU- Seramai 121 orang mantan penghulu telah diberi penghargaan oleh Kerajaan Negeri dalam satu majlis yang telah diadakan di Dewan Teratai Kompleks Kota Darul Naim. Penghargaan ini diberikan kepada mantan-mantan penghulu yang telah lama berkhidmat dalam membantu kerajaan serta menjadi orang perantaraan bagi anak mukim di kawasan masing-masing sehingga tamat tempoh pada Disember 2018. Penerima masing-masing diberikan ganjaran wang tunai serta sijil penghargaan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan

Menteri Besar YB Dato’ Mohd Amar Abdullah mewakili YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua penghulu kerana telah menjalankan amanah dan tanggungjawab yang baik sepanjang memikul tugas. Sesungguhnya ganjaran yang diberikan ini tidaklah setimpal dengan kerahan tenaga yang telah diberikan dalam menyelesaikan banyak perkara yang timbul dalam kalangan anak mukim.

Menurutnya, hasrat YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar supaya penghulu memberikan perhatian

lebih kepada gejala sosial yang amat membimbangkan terjadi dalam kalangan anak muda dewasa kini. Banyak punca yang menjurus ke arah kerosakan gejala sosial, antaranya ialah kurang pendedahan ilmu agama serta bimbingan daripada ibu-bapa. Remaja hari ini, lebih suka dengan budaya melepak serta bergaul dengan rakan sebaya yang semakin hari kian menjadi-jadi sehingga membimbangkan banyak pihak. Sikap masyarakat kita yang ‘tidak mahu menjaga tepi kain orang’ haruslah diubah dan sepatutnya prihatin dengan melaporkan segala kegiatan salah laku yang melibatkan golongan remaja kepada pihak yang berkuasa dan juga penghulu mukim.

Beliau menyeru supaya penghulu yang telah bersara ini terus menjadi orang tengah bagi kerajaan dan menyumbang pengalaman serta kebajikan kepada penghulu lantikan yang baru. Majlis turut dihadiri EXCO Kerajaan Negeri, YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam Ab. Rahman, YB Dato’ Haji Hanifa Ahmad, YB. Sr. Hj. Azami Mohd Nor serta Pengarah Urusetia Majlis Penghulu Negeri Kelantan, En. Jamaludin Ishak.

MAJLIS PENYAMPAIAN GANJARAN PENGHULU BERSARA 2018