islam hadari

19

Upload: noor-hafizah

Post on 23-May-2017

222 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Islam Hadari
Page 2: Islam Hadari

ASYRAF RIDWAN BIN ALIJAPIM IPKT 2008

ISLAM HADHARI DAN PROSES PEMBANGUNAN NEGARADEFINISI

• Satu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan Negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan perspektif tamadun Islam.

• Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara terpisah-pisah.

• Bererti ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru.

Page 3: Islam Hadari

ASYRAF RIDWAN BIN ALIJAPIM IPKT 2008

VISI DAN MISI

Visi “Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam”.

Contoh; iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri”.

Misi“Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah

berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.”

Page 4: Islam Hadari

ASYRAF RIDWAN BIN ALIJAPIM IPKT 2008

OBJEKTIF

1. Melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan-kekuatan berikut :i. Spiritual (rohani)ii. Akhlakiii. Intelektualiv. Materialv. Mampu berdikari.

2. Cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

Page 5: Islam Hadari

ASYRAF RIDWAN BIN ALIJAPIM IPKT 2008

KONSEP ISLAM HADHARI

• Menekankan aspek pembangunan yang membawa ke arah pembinaan peradaban.

• Menekankan pembangunan modal insan sama ada melalui material dan spiritual.

• Menekankan kepada usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas-asas fundelmental yang terkandung di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah yang menjadi teras pembinaan tamadun Islam.

Page 6: Islam Hadari

ASYRAF RIDWAN BIN ALIJAPIM IPKT 2008

Menekankan usaha kerajaan melindungi kesucian ajaran Islam dan menangani gejala kegelinciran akidah (faith) semasa menghadapi cabaran dan realiti semasa.

Konsep Islam Hidhari merupakan sebahagian daripada suatu konsep lain yang lebih besar dan menyeluruh dalam perjuangan Islam pada masa sekarang iaitu perubahan yang menyeluruh.

Perubahan menyeluruh dikaitkan dengan kegagalan umat Islam sedunia dalam mencapai kemajuan Islam yang sepatutnya sebagaimana yang disebut di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah.

Page 7: Islam Hadari

ASYRAF RIDWAN BIN ALIJAPIM IPKT 2008

KEPERLUAN PRINSIP MAQASID AL-SYARIAH

Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama.

Menjaga, memartabatkan dna memperkasakan nyawa.

Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal.

Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan.

Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta.

Page 8: Islam Hadari

ASYRAF RIDWAN BIN ALIJAPIM IPKT 2008

PEMAHAMAN ISLAM HADHARI

• Usaha ke arah memahami isi kandungan Islam Hadhari perlu menjurus kepada semua pihak menerusi pelbagai saluran seperti ;

Peningkatan kualiti (itqan) dalam semua urusan. Usaha-usaha ijtihad yang berterusan.

Penghayatan dan mewarisi ketamadunan global (rahmatul lil ‘alamin).

Semangat Ukhuwah Islamiyah disemarakkan bagi menghasilkan jaringan sosial yang berkesan.

Page 9: Islam Hadari

ASYRAF RIDWAN BIN ALIJAPIM IPKT 2008

RASIONAL ISLAM HADHARI DIPERKENALKANTerdapat 2 aspek utama mengapa Islam Hadhari diperkenalkan;

1.Aspek Dalaman : Kefahaman ajaran Islam, kepelbagaian kumpulan, kesan konspirasi politik dunia barat.

2.Aspek Luaran : Cabaran globalisasi, isu terrorisme yang ditujukan kepada Islam, membendung tradisionalisme dan fundamentalisme, cabaran fahaman kebendaan dan hedonisme.

Page 10: Islam Hadari

ASYRAF RIDWAN BIN ALIJAPIM IPKT 2008

PRINSIP ISLAM HADHARI

1. Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Illahi• Islam perlu dijadikan satu sistem integrasi kehidupan sama ada

kehidupan duniawi dan persiapan ukhrawi.• Al-Qur’an dan as-Sunnah dijadikan teras pegangan dan rujukan.

Gabungan beberapa unsur yang terdiri dari akidah/ faith, syariah/ legislative, akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan pembangunan.

• Gabungan ketiga-tiga unsur di atas akan menjadi pemangkin dan penangkis terhadap segala perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

• Dalam melaksanakan hak kebebasan beragama, Malaysia sebagai Negara Islam tidak menghalang agama-agama lain diamalkan dan dihormati dengan seadil-adilnya.

Page 11: Islam Hadari

ASYRAF RIDWAN BIN ALIJAPIM IPKT 2008

2. Kerajaan Adil dan Beramanah

• Adil ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.

• Bermaksud memberi hak kepada yang berhak mengikut kadar dan keperluan masing-masing.

• Pelaksanaan keadilan tidka melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan miskin, kaya atau perbezaan agama.

• Islam Hadhari menekankan amalan tadbir urus yang baik, adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat.

Page 12: Islam Hadari

ASYRAF RIDWAN BIN ALIJAPIM IPKT 2008

3. Rakyat Berjiwa Merdeka• Jiwa Merdeka bermaksud jiwa insan yang tidak memberi

kepatuhan mutlak melainkan kepada Allah dan Rasulnya semata-mata.

• Mampu memberi aspirasi kepada individu untuk melahirkan pemikiran yang kreatif dan inovatif.

• Masyarakat berjiwa merdeka boleh melahirkan pemikiran yang dinamik serta progresif.

• Jiwa terjajah akan meletakkan bangsa dan negaranya di takuk yang lama.

Page 13: Islam Hadari

ASYRAF RIDWAN BIN ALIJAPIM IPKT 2008

4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan• Berilmu merupakan tuntutan utama dalam Islam.

• Penguasaan ilmu pengetahuan memungkinkan umat Islam menakluki dunia ketamadunan yang kekal sepanjang zaman.

• Penguasaan ilmu meyebabkan umat Islam dapat membezakan kebenaran dan kebatilan.

Page 14: Islam Hadari

ASYRAF RIDWAN BIN ALIJAPIM IPKT 2008

5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif

• Dalam sektor ekonomi, penjanaan pembangunan akan mudah berkembang dengan pesat.

• Pembangunan ekonomi menurut Islam perlulah seimbang, • Harta adalah hak milik Allah secara mutlak, sedangkan

manusia manusia hanya menjalankan amanah ke atas harta yang diperolehinya.

• Kepentingan Halal dan Haram diambil kira dalam menjamin kehidupan berkualiti, hasil rezeki yang diperolehi bagi meraih keberkatan Allah swt.

• Sikap malas, sambil lewa dan mudah alpa adalah satu dosa yang menjurus satu kelemahan institusi sosial dan memalukan agama.

• Sistem ekonomi Islam menolak sebarang unsur-unsur ketidakadilan, malah Islam memeranginya dari pelbagai sudut.

• Ekonomi adalah sebahagian daripada kesempurnaan Islam.

Page 15: Islam Hadari

ASYRAF RIDWAN BIN ALIJAPIM IPKT 2008

6. Kehidupan Berkualiti• Bermaksud setiap aktiviti yang mencapai merit

keredhaan Allah.

• Kehidupan penuh kemewahan, kegembiraan, aman damai tetapi dimurkai Allah, Islam menganggapnya kehidupan yang tidak berkualiti.

• Terdapat fahaman yang menekankan kehidupan berkualiti hasil daripada pelaksanaan ritual yang keterlaluan dengan beribadat semata-mata.

• Islam menganjur umatnya agar berusaha sedaya upaya mencari dan memperolehi kehidupan yang berkualiti.

Page 16: Islam Hadari

ASYRAF RIDWAN BIN ALIJAPIM IPKT 2008

7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita• Kedudukan dan pembelaan hak ke atas golongan minoriti tetap

dijunjung.

• Hak kemuliaan insan merupakan salah satu prinsip maqasid as-syariah.

• Jalinan penjagaan hak dalam Islam Hadhari turut didokong menerusi undang-undang dan perlembagaan Negara.

• Kedudukan wanita juga disanjung dan diberi hak yang sewajarnya.

• Wanita dalam Islam Hadhari ialah wanita yang benar-benar mengilap potensi dirinya dan dapat menangkis salah faham yang menganggap bahawa mereka adalah kaum yang sesuai dieksplotasi bagi keseronokan orang lain.

Page 17: Islam Hadari

ASYRAF RIDWAN BIN ALIJAPIM IPKT 2008

8. Keutuhan Budaya Moral• Menetapkan budaya menurut acuan sendiri.

• Menekankan prinsip raja berperlembagaan sebagai sumber budaya dan moral pentadbiran dalam system pemerintahannya.

• Berbeza dengan Barat – faktor tanah dianggap sebagai unsur asas dalam pembinaan sesebuah kerajaan.

• Islam Hadhari menekankan semangat jati diri Malaysia untuk menepis segala amalan dan budaya barat yang mula menular ke dalam jiwa masyarakatnya.

Page 18: Islam Hadari

ASYRAF RIDWAN BIN ALIJAPIM IPKT 2008

9. Pemulihan Alam Semulajadi• Islam menekankan kepentingan masyarakat memahami

hak-hak alam.

• Manusia sebagai pemegang amanah (khalifah fi al’ardh) yang mesti memelihara dan menjaga alam.

• Pembangunan yang merosakkan ekosistem dan alam sekitar perlu ditangani

• Pembangunan yang berasaskan sains dan teknologi yang berteraskan nilai budaya dan agama perlu diamalkan.

Page 19: Islam Hadari

ASYRAF RIDWAN BIN ALIJAPIM IPKT 2008

10. Kekuatan Pertahanan• Islam Hadhari mefokuskan kekuatan diri, jati diri, fizikal

dan spritual.

• Kekuatan persenjataan semata-mata tidak cukup bagi pertahanan negara namun perlu kepada jati diri.

• Kejayaan Malaysia telah membuka mata negara-negara Islam lain untuk lebih berusaha dan berdaya maju bagi mempertahankan negara dan umat Islam daripada sebarang bentuk penjajahan.

~ tamat ~