isl minggu 13

5
ISL MINGGU 13 Bincang bersama rakan untuk menyenaraikan perbezaan antara teknologi mod tutorial dan mod penerokaan. Kemudian fikirkan bagaimana kedua-dua mod tersebut boleh digabungkan dan digunakan dalam menghasilkan produk multimedia pengajaran dan pembelajaran. Aspek Mod Tutorial Mod Penerokaan Konsep TMK digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan dan merangkumi; i. Pendedahan kandungan (pembelajaran ekspositori) ii. Tunjuk cara sesuatu fenomena dengan kawalan sistem iii. Latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem Melalui mod penerokaan, murid dapat menentukan dan mengawal maklumat yang diterima berbanding mod tutorial yang mana murid hanya menerima bahan pembelajaran yang ditentukan dan dikawal oleh sistem. Tujuan utama mod penerokaan bukannya untuk mencari jawapan tetapi memfokuskan penglibatan murid dalam membentuk konsep atau kefahaman tentang sesuatu perkara. Dalam mod penerokaan, TMK digunakan sebagai medium untuk:

Upload: yean-yap

Post on 02-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

tugasan mingguan edu

TRANSCRIPT

Page 1: Isl Minggu 13

ISL MINGGU 13

Bincang bersama rakan untuk menyenaraikan perbezaan antara teknologi mod

tutorial dan mod penerokaan. Kemudian fikirkan bagaimana kedua-dua mod tersebut

boleh digabungkan dan digunakan dalam menghasilkan produk multimedia

pengajaran dan pembelajaran.

Aspek Mod Tutorial Mod Penerokaan

Konsep TMK digunakan untuk

menyampaikan

kandungan pelajaran

berdasarkan urutan yang

telah ditetapkan dan

merangkumi;

i. Pendedahan kandungan

(pembelajaran ekspositori)

ii. Tunjuk cara sesuatu

fenomena dengan kawalan

sistem

iii. Latihan atau latih tubi

yang disampai dan dikawal

oleh sistem

Melalui mod penerokaan, murid

dapat menentukan dan

mengawal maklumat yang

diterima berbanding mod tutorial

yang mana murid hanya

menerima bahan pembelajaran

yang ditentukan dan dikawal oleh

sistem.

Tujuan utama mod penerokaan

bukannya untuk mencari jawapan

tetapi memfokuskan penglibatan

murid dalam membentuk konsep

atau kefahaman tentang sesuatu

perkara.

Dalam mod penerokaan, TMK

digunakan sebagai medium

untuk:

i. mencari dan mengakses maklumat

secara penerokaan daripada bahan

sumber seperti CDROM, portal

maklumat dan internet

ii. mempelajari dan mengkaji sesuatu

fenomena secara tunjuk cara di

bawah

kawalan murid sendiri

iii. mengalami, mempelajari dan

mengkaji sesuatu fenomena secara

Page 2: Isl Minggu 13

simulasi

di bawah kawalan sistem

Kelebihan 1.Pembelajaran individu

2.Belajar ikut kemampuan

sendiri

3.Meningkatkan motivasi

4.Penyeliaan

minimum

1.Pelajar bebas pilih gaya/haluan

pembl. masing-masing

2.Pelajar aktif bina pengetahuan

3.Peluang menangani masalah

sebenar

4.Sesuai dengan konsep

pembelajaran terkini konstruktivis

atau kecerdasan pelbagai

Kelemahan 1. Perisian tidak bermutu –

pembaziran

2. Tidak produktif

3. Penyalahgunaan ICT

4. Masa lebih digunakan

1.Pelajar sesat/hilang haluan dalam

P&P

2.Masa pembelajaran lebih lama

Contoh Sistem computer yang

standalone atau yang

dirangkaikan, perisian

pendidikan dalam bentuk

courseware yang

disimpan sama ada pada

hard disk, CD-Rom, atau

berbentuk laman web,

sistem kawalan

berbentuk computer-

aided instruction (CAI)

yang menjalankan

pengarahan proses

pengajaran dan seliaan

proses pembelajaran.

Situasi yang sesuai bagi

menggunakan mod

tutorial ialah kelas yang

ramai murid, kelas yang

Contoh teknologi yang boleh

digunakan dalam mod

penerokaan termasuk akses

kepada sumber yang pelbagai di

internet melalui enjin gelintar,

perisian kursus berkonsepkan

pelbagai pilihan, penerokaan dan

permainan berbentuk simulasi.

Situasi yang sesuai

menggunakan mod ini ialah

pembelajaran berbentuk inkuiri

penemuan, pembelajaran yang

menjurus kepada penyelesaian

masalah, pembelajaran

berbentuk simulasi, dan strategi

pembelajaran kajian masa depan

terutama dalam mata pelajaran

Geografi ataupun Kajian

Page 3: Isl Minggu 13

mempunyai murid yang

berkeupayaan berbeza,

pembelajaran kendiri

apabila guru bertugas di

luar, pemulihan untuk

murid yang menghadapi

kesukaran belajar,

pengayaan untuk murid

yang cerdik dan

pendekatan

pembelajaran direktif.

Tempatan.

Dalam penghasilan produk multimedia, guru boleh menggabungkan dan

menggunakan kedua-dua mod ini. Sebagai contoh, dalam tajuk “Suku kata terbuka”,

guru boleh mengaplikasikan Mod Tutorial dalam mengajar konsep suku kata

terbuka. Guru juga boleh menyenaraikan beberapa contoh suku kata terbuka untuk

mengukuhkan kefahaman dalam kalangan murid. Dengan ini, murid-murid mendapat

pendedahan dan pengetahuan tentang konsep suku kata terbuka.

Di samping itu, Mod Penerokaan boleh digunakan oleh guru dalam produk

multimedia, iaitu meminta murid-murid untuk menjalankan pelbagai aktiviti. Sebagai

contoh, membina perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka serta mencari

nama objek yang terdiri daripada suku kata terbuka. Dengan ini, murid-murid perlu

menerokai sendiri dan belajar secara aktif dalam proses menyelesaikan masalah.

Melalui aktiviti yang dijalankan, murid-murid dapat membentuk konsep atau

kefahaman tentang suku kata terbuka dengan lebih mantap.