isl hidupan.docx

5
1. Reece, J. b., & B.Jackson, R. (n.d.). Campbell Biologi. 2. Hill, M. (n.d.). Biologi. 3. Mee, L. S. (1999). Komplikasi Kritis dan Kreatif SPM 4. BIOLOGY STPM BENDA HIDUP Mengenalpasti lapan ciri-ciri benda hidup. Jelaskan bahawa binatang dan tumbuhan memerlukan makanan, udara dan air untuk hidup Mengenalpasti buku rujukan sains yang berkaitan di pusat sumber

Upload: puteribongsuabrahim

Post on 05-Sep-2015

218 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Mengenalpasti buku rujukan sains yang berkaitan di pusat sumber

1. Reece, J. b., & B.Jackson, R. (n.d.). Campbell Biologi.

2. Hill, M. (n.d.). Biologi.

3. Mee, L. S. (1999). Komplikasi Kritis dan Kreatif SPM

4. BIOLOGY STPM

Mengenalpasti lapan ciri-ciri benda hidup.Jelaskan bahawa binatang dan tumbuhan memerlukan makanan, udara dan air untuk hidup

BENDA HIDUP

Alam ini ada pelbagai benda. Benda di Bumi dibahagi kepada benda hidup dan benda bukan hidup.Benda hidup memerlukan makanan,minuman, boleh membesar dan boleh membiak.Benda bukan hidup tidak memerlukan makanan dan tidak boleh membiak.

CIRI-CIRIBENDAHIDUP

Benda hidup dikelaskan kepada haiwan dan tumbuhan. Semua benda hidup mempunyai ciri-ciri yang berikut:

a) memerlukan air

Benda hidup memerlukan air untuk hidup. Tumbuhan menyerap air dari tanah melalui akarnya.

b) memerlukan makanan

Benda hidup memerlukan makanan untuk hidup.Haiwan mencari makanan di sekelilingnya. Haiwan makan tumbuhan atau haiwan yang lain. Kita perlu makan sayur dan daging untuk menjaga kesihatan. Tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri. Ada tumbuhan boleh simpan makanan dalam buah dan akar

c) bernafas

Benda hidup bernafas untuk mendapatkan udara. Benda hidup bernafas dengan cara-cara yang berbeza.

Manusia bernafas melalui paru-paru. Ikan bernafas dalam air melalui insang.Katak boleh bernafas melalui paru-paru dan kulit. Tumbuhan bernafas melalui daun, batang dan akar.

d) bergerak

Haiwan boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Haiwan bergerak untuk mencari makanan atau melarikan diri daripada bahaya. Hanya sebahagian tumbuhan dapat bergerak.

e) membesar

Benda hidup boleh membesar. Manusia membesar daripada peringkat bayi kepada peringkat dewasa. Haiwan juga membesar daripada peringkat anak kepada peringkat dewasa. Tumbuhan membesar daripada peringkat anak benih kepada peringkat tumbuhan dewasa.

f) membiak

Benda hidup membiak untuk mendapatkan anak. Haiwan dapat membiak untuk mendapatkan dua cara, iaitu melahirkan anak atau bertelur.

Haiwan yang melahirkan anak

Haiwan yang bertelur

Banyak tumbuhan membiak melalui biji benih. Tumbuhan lain dapat membiak melalui batang dan daun.

Membuat penyiasatan ke atas keperluan keadaan yang membolehkan percambahan biji benih berlaku

PROSEDUR

1. Labelkan bekas dengan angka 1, 2 dan 32. Rendam kacang dalam air seketika3. Letakkan tuala kertas/ kapas dalam setiap bekas4. Tabur kacang ke atas ketiga-tiga bekas 5. Lembapkan tuala kertas/ kapas pada piring 1 (tuang air sedikit setiap hari supaya Penuhkan bekas 2 dengan air. 6. Pastikan kacang ditenggelami oleh air. (Periksa bekas setiap hari untuk pastikan kacang tenggelam dalam air, tambah air jika perlu) 7. Bekas 3 dibiarkan kering 8. Letakkan ketiga-tiga bekas di tempat yang ada cahaya matahari selama 5 hari PEMERHATIAN

hari 1 pertumbuhan biji benih pada hari yang seterusnya

pertumbuhan biji benih pada hari ke 5

PERBINCANGAN 1. biji benih pada botol no 1 tidak menunjukkan sebarang perubahan kerana biji benih ini hanya memperolehi sinaran cahaya matahari dan tidak dapat bekalan air.2. biji benih pada botol no 2 pula ada menunjukkan sebarang perubahan tetapi percambahnya terbantut kerana terlalu banyak air yang ada pada botol tersebut yang mengakibatkan biji benih menjadi busuk.3. biji benih pada botol no 3 ini menunjukkan percambahan yang baik dimana biji benih ini memperolehi air dan sinaran cahaya matahari yang cukup didalam pembesaran..