isl 8

4
ISL MINGGU 8 Tajuk: Menghasilkan borang pengurusan grafik tentang pembangunan ekonomi (Rancangan Lima Tahun). Rancangan Malaysia merupakan tempoh pelaksanaan program/projek pembangunan Kerajaan Malaysia yang dirancang untuk dilaksanakan dalam masa lima tahun. Rancangan Malaya Kedua: 1961 – 1965 Matlamat Rancangan Malaya Kedua ialah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup rakyat menerusi kepelbagaian ekonomi dan pembangunan produk selain getah Rancangan Malaya Pertama: 1956 – 1960 Matlamat Rancangan Malaysia Pertama ialah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan pendapatan per kapita dan taraf hidup rakyat. Penekanan lebih diberikan kepada masyarakat luar bandar yang Rancangan Malaysia Pertama: 1966 – 1970 Merupakan rancangan pembangunan yang meliputi negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bertujuan untuk memupuk integrasi di kalangan penduduk semua negeri

Upload: may-tyng-lam

Post on 10-Nov-2015

14 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

d

TRANSCRIPT

ISL

ISLMINGGU 8

Tajuk: Menghasilkan borang pengurusan grafik tentang pembangunan ekonomi (Rancangan Lima Tahun).

Rancangan Malaysia merupakan tempoh pelaksanaan program/projek pembangunan Kerajaan Malaysia yang dirancang untuk dilaksanakan dalam masa lima tahun.

Rancangan Malaya Pertama: 1956 1960Matlamat Rancangan Malaysia Pertama ialah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan pendapatan per kapita dan taraf hidup rakyat. Penekanan lebih diberikan kepada masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah seperti menyedia dan memperbaiki kemudahan asas di kawasan luar bandar di samping mempelbagaikan keluaran pertanian.

Rancangan Malaysia Pertama: 1966 1970Merupakan rancangan pembangunan yang meliputi negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bertujuan untuk memupuk integrasi di kalangan penduduk semua negeri di Malaysia serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat.Rancangan Malaya Kedua: 1961 1965Matlamat Rancangan Malaya Kedua ialah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup rakyat menerusi kepelbagaian ekonomi dan pembangunan produk selain getah

Rancangan Malaysia Kedua: 1971 1975 merupakan rancangan pembangunan yang menitik beratkan usaha untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai.

Rancangan Malaysia Kelima: 1986 - 1990Kerajaan mengamalkan strategi pembangunan yang stabil. Sektor swastamemangkin pembangunan ekonomi, terutamanya dalam pembangunan sektor industri berat dan industri berasaskan sumber.Rancangan Malaysia Keempat: 1981 - 1985Inflasi pada awal 1980-an telah menjejaskan perkembangan ekonomi keseluruhannya. Peranan sektor swasta diberi penekanan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Rancangan Malaysia Ketiga: 1976 1980Selepas pelancaran DEB, kerajaan telah merangka pelbagai program dan projek yang lebih besar dan melibatkan peruntukan yang lebih banyak. Jumlah peruntukan dan bilangan projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga telah meningkat dua kali ganda dari Rancangan Malaysia Kedua.

Rancangan Malaysia Keenam: 1991 - 1995Penekanan kepada strategi makro-ekonomi untuk mengukuhkan kapasiti pengeluaran dan daya saing di peringkat antarabangsa.

Rancangan Malaysia Kesembilan: 2006 - 2010Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Misi Nasional telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006. Misi Nasional dilaksanakan sebagai rangka dasar pembangunan yang terdiri daripada lima teras utama bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Rancangan Malaysia Kelapan: 2001 - 2005Pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga bermula dengan Rancangan Malaysia Kelapan dengan memberi penekanan kepada pembangunan negara maju dan berkualiti menjelang tahun 2020. Rancangan Malaysia Ketujuh: 1996 2000Perubahan daripada pembangunan berasaskan input kepada pembangunan berasaskan produktiviti bagi meningkatkan pengeluaran, struktur transformasi yang lebih padu dan pembangunan yang seimbang.

Rancangan Malaysia Kesepuluh: 2011 2015RMK10 mengandungi aspirasiProgram Transformasi Kerajaan danModel Ekonomi Baruyang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan.

Sumber : http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/pencapaian/ekonomi/121-rancangan-malaysia-1-9