isl 7

1
Peranan anda sebagai seorang guru dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran bilik darjah dari aspek fizikal untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Peranan guru untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran bilik darjah dari segi aspek fizikal ialah suasana bilik darjah yang menarik dan kondusif untuk pembelajaran. Guru hendaklah memastikan susunan peralatan dan kemudahan dalam bilik darjah seperti kerusi-meja, sudut membaca dan perabot hendaklah diletak tempat yang bersesuaian. Hal ini kerana dapat membantu keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Tambahan pula, susun atur meja dan kerusi yang sesuai guru dapat mengawal disiplin kelas sebaik mungkin. Contohnya, susunan meja ladam kuda, murid dapat memberi fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penyusunan meja murid bergantung kepada umur dan keperluan murid. Ia juga harus ditentukan oleh guru. Satu cara paling mudah ialah mengaturkan tempat duduk mengikut giliran abjad nama murid. Dalam bilik darjah yang bercampur lelaki dan perempuan, penyusunan seperti ini akan mengurangkan masalah disiplin, kerana murid- murid yang sama jantina biasanya suka berinteraksi bersama, dan keadaan ini menggalakkan tingkahlaku nakal. Penyusunan kerusi- meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal, dan ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin juga dan dengan cara itu guru harus memisahkan murid- murid yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu berseorangan. Oleh itu, tugas guru amat penting untuk memastikan keadaan susun atur meja kerusi dalam keadaan selesa.

Upload: shafiqa-noor

Post on 13-Apr-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Page 1: ISL 7

Peranan anda sebagai seorang guru dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran bilik darjah dari aspek fizikal untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Peranan guru untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran bilik darjah dari segi aspek fizikal ialah suasana bilik darjah yang menarik dan kondusif untuk pembelajaran. Guru hendaklah memastikan susunan peralatan dan kemudahan dalam bilik darjah seperti kerusi-meja, sudut membaca dan perabot hendaklah diletak tempat yang bersesuaian. Hal ini kerana dapat membantu keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Tambahan pula, susun atur meja dan kerusi yang sesuai guru dapat mengawal disiplin kelas sebaik mungkin. Contohnya, susunan meja ladam kuda, murid dapat memberi fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Penyusunan meja murid bergantung kepada umur dan keperluan murid. Ia juga harus ditentukan oleh guru. Satu cara paling mudah ialah mengaturkan tempat duduk mengikut giliran abjad nama murid. Dalam bilik darjah yang bercampur lelaki dan perempuan, penyusunan seperti ini akan mengurangkan masalah disiplin, kerana murid- murid yang sama jantina biasanya suka berinteraksi bersama, dan keadaan ini menggalakkan tingkahlaku nakal.

Penyusunan kerusi- meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal, dan ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin juga dan dengan cara itu guru harus memisahkan murid- murid yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu berseorangan.

Oleh itu, tugas guru amat penting untuk memastikan keadaan susun atur meja kerusi dalam keadaan selesa.