isl 3

2
JENIS MEDIA PENGAJARAN : MEDIA CETAK PERANAN MEDIA CETAK DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN P&P DALAM BILIK DARJAH Media cetak dapat membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan memperjelaskan penyampaian mesej. Penyampaian mesej lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Dalam era teknologi yang serba canggih ini pelbagai media cetak yang menarik dapat dihasilkan. Contohnya penggunaan grafik dalam buku teks dapat meminimumkan penggunaan perkataan dan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep yang hendak disampaikan. Selain itu, media cetak juga dapat membantu guru mengatasi batasan ruang dan waktu. Sebagai contoh objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan gambar yang lebih jelas. Gmabar dapat mengatasi batasan ruang dan waktu dengan memaparkan sesuatu objek sebenar dalam bentuk visual. Contohnya guru hendak memperkenalkan tentang haiwan liar dalam pengajarannya, media cetak yang sesuai digunakan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ialah kad gambar. Dengan demikian, pelajar dapat mengenali haiwan liar tersebut walaupun tidak menggunakan objek sebenar.

Upload: cik-zaty

Post on 23-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kk

TRANSCRIPT

Page 1: ISL 3

Media cetak

Modul

Buku teks

MajalahRisalah

Surat khabar

Poster

JENIS MEDIA PENGAJARAN : MEDIA CETAK

PERANAN MEDIA CETAK DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN P&P

DALAM BILIK DARJAH

Media cetak dapat membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan memperjelaskan penyampaian mesej.

Penyampaian mesej lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau

simbol yang lebih konkrit maknanya. Dalam era teknologi yang serba canggih ini

pelbagai media cetak yang menarik dapat dihasilkan. Contohnya penggunaan grafik

dalam buku teks dapat meminimumkan penggunaan perkataan dan meningkatkan

kefahaman pelajar terhadap konsep yang hendak disampaikan.

Selain itu, media cetak juga dapat membantu guru mengatasi batasan ruang

dan waktu. Sebagai contoh objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan

dengan gambar yang lebih jelas. Gmabar dapat mengatasi batasan ruang dan waktu

dengan memaparkan sesuatu objek sebenar dalam bentuk visual. Contohnya guru

hendak memperkenalkan tentang haiwan liar dalam pengajarannya, media cetak

yang sesuai digunakan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

Page 2: ISL 3

pembelajaran dalam bilik darjah ialah kad gambar. Dengan demikian, pelajar dapat

mengenali haiwan liar tersebut walaupun tidak menggunakan objek sebenar.

Seterusnya, penggunaan media cetak dapat membantu guru meningkatkan

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan memberikan pengalaman

dan persepsi yang sama kepada setiap pelajar. Sifat unik yang ada pada setiap

pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbeza membuatkan guru mengalami

kesulitan. Media pengajaran mampu memberikan rangsangan pengalaman dan

persepsi yang sama. Contohnya penggunaan buku teks yang selaras di semua

sekolah di negara ini dapat memberikan pengetahuan dan maklumat yang sama

kepada pelajar tidak kira pelajar yang berada di bandar mahupun pedalaman.