isl 12

5
ISL 12 SENI BAHASA DAN TATABAHASA KSSR 12.1 Konsep Seni Bahasa Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan. Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi. Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa Melayu. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka. ‰ 12.2 Objektif Seni Bahasa i. memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur ii. mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang indah dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hibur

Upload: avralinetine-epin

Post on 12-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Pendekatan pengajaran, bahasa melayu, bahasa, pendidikan rendah, ipg, ijazah, guru, sekolah.

TRANSCRIPT

ISL 12SENI BAHASA DAN TATABAHASA KSSR

12.1 Konsep Seni BahasaAspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan. Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi. Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa Melayu. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.

12.2 Objektif Seni Bahasa

i. memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dengan gerak laku secara didik hiburii. mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang indah dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hiburiii. mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan secara didik hiburiv. melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur.

12.3 Konsep Tatabahasa

Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan. Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.

12.4Objektif Tatabahasa

i. memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan memahami dan menggunakan kata nama am, nama khas, kata ganti nama diri pertama dan kedua serta kata kerja dengan betulii. memahami dan menggunakan kata adjektif warna dan kata hubung dengan betuliii. memahami dan menggunakan kata tanya merujuk manusia dan benda dengan betuliv. menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betulv. memahami dan membina ayat dasar dengan pola FN + FN , dan FN + FK dengan betul

12.5 Langkah Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa

Standard Kandungan : 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.

Standard Pembelajaran : 5.1.2Memahami dan menggunakan kata nama khas tak hidup dengan betul mengikut konteks.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menggunakan kata nama khas tak hidup dengan betul

Membina dan Menggunakan Bahan Bantu

i. LCDii. Komputeriii. Kad-kad gambar

12.6 Langkah Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Seni Bahasa

Standard Kandungan : 4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur

Standard Pembelajaran : 4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas, dan bahasa badan yang sesuai melalui lakonan secara didik hibur.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas, dan bahasa badan yang sesuai melalui lakonan secara didik hibur.

Membina dan Menggunakan Bahan Bantu

i. Skrip lakonanii. Topeng