isikan tempat kosong denngan jawapan yang sesuai

6
A. Isikan tempat kosong denngan jawapan yang sesuai. ( 10 markah ) taman rekreasi warden trafik jaket keselamatan tempat tinggal perpustakaan mini 1 . Mereka memakai ___________________________ketika berakit untuk menjaga keselamatan. 2 . Ibu bapa perlu menyediakan _______________________ di rumah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak.

Upload: zafina-zai

Post on 12-Apr-2017

188 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

A. Isikan tempat kosong denngan jawapan yang sesuai. ( 10 markah )

taman rekreasi warden trafik jaket keselamatantempat tinggal perpustakaan mini

1. Mereka memakai ___________________________ketika berakit untuk menjaga keselamatan.

2. Ibu bapa perlu menyediakan _______________________ di rumah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak.

3. Orang ramai berkunjung ke

_________________________ untuk menikmati suasananya yang tenang.

4. Kita perlu menjaga kebersihan persekitaran

_____________________ kita untuk menjaga kesihatan.

5._________________________________ membantu

murid-murid melintas jalan demi keselamatan mereka.

B. Baca petikan di bawah . Kemudian ,catat maklumat yang betul mengikut susunan dalam carta aliran yang diberikan. ( 10 markah )

Tangan merupakan anggota badan yang paling terdedah kepada bacteria. Sekiranya kita mengamalkan langkah pembersihan tangan yang betul, kita dapat mengelakkan badan daripada dijangkiti penyakit. Kita perlu mengamalkan langkah yang betul, iaitu yang pertama, basahkan kedua-dua tapak tangan dengan air yang mengalir. Gunakan sabun yang sesuai. Gosokkan setiap jari dan di celah-celahnya. Bersihkan kuku dengan menggaru-garukan jari ke tapak tangan. Bilaskan tangan dengan air yang mengalir sehingga hilang semua sabun. Setelah itu keringkan tangan dengan tuala yang bersih.

Langkah –langkah Mencuci Tangan Dengan Betul

C. Tulis ayat dengan menambahkan imbuhan sama ada imbuhan akhiran , imbuhan apitan atau imbuhan pinjaman pada perkataan yang bergaris. ( 10 markah )

1.

Kita perlu mengambil makan yang seimbang untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

__________________________________________________2.

Alice menerima bunga telur ketika hadir majlis perkahwinan kakak Hanani.

_________________________________________________3.

Tetamu terhibur ketika menonton sembah gamelan oleh Liyana dan rakan-rakannya.

__________________________________________________4.

Anisah berasa kagum apabila melihat unik seni ukir pada rumah tradisional itu.

__________________________________________________5.

Beberapa orang sukarela membantu mangsa-mangsa banjir di Kampung Cempaka.

__________________________________________________

D. Baca petikan. Jawab soalan-soalan yang berikut. ( 10 markah )

Taman Negara Malaysia dibuka pada 1939 sebagai Taman Negara King George V. Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan Taman Negara ialah 4,343 km persegi. Taman Negara terletak di antara sempadan tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km persegi,diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km persegi, dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km persegi. Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologi dan biologi di taman ini. Gunung Tahan merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia. Ia terletak di Taman Negara. Pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, pelanduk dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada ikan kelah, sejenis ikan pertandingan. Daya tarikan lain boleh ditemui di Kuala Tahan termasuk laluan kanopi, Gua telinga dan Lata Berkoh. Semua pengunjung mesti mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum masuk ke Taman Negara. Terdapat banyak hostel dan hotel di taman ini.

1. Berapakah keluasan Taman Negara?

2 Apakah nama negeri-negeri yang bersempadan dengan Taman Negara?

3. Apakah nama gunung tertinggi yang terletak di Taman negara?

4. Di manakah terletaknya Gua Telinga?

5. Pihak manakah yang mengeluarkan kebenaran untuk masuk ke Taman Negara?