isi kandungan - khazanahnasional · pdf filekedah dan ahli perhubungan ... merupakan orang...

54

Upload: doandieu

Post on 06-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi
Page 2: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

2

ISI KANDUNGAN

Dato Fadzil Noor.................................................2

Tuan Guru Yusuf Rawa.....................................20

Dr Burhanuddin al Helmy.................................31

Dato’ Profesor Zulkifli Muhammad..................41

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir...............................45

Page 3: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

3

Dato’ Fadzil Noor(1937 – 2002)

Latar Belakang

Fadzil@Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung

Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah.

Ayahnya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Abdul Rahman

meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil. Moyangnya Tuan Guru Hj

Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi adalah

seorang ulama’ terkenal di Kedah yang berasal dari Patani.

Ustaz Fadzil Noor mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga

(1946-1949). Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di

Maktab Mahmud Alor Setar (1949-1958) dan peringkat tinggi (1958-

1962).

Setelah tamat pengajiannya di Maktab Mahmud, Ustaz Fadzil Noor

menjadi guru di Sekolah Menengah Badlishah, Kulim, Kedah. Kemudian

beliau bertugas sebagai pegawai di Jabatan Zakat Negeri Kedah. Pada

tahun 1962, Ustaz Fadzil Noor melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-

Azhar Mesir. Pada tahun 1967 beliau berjaya menamatkan pelajaran dan

memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah.

Sekembalinya dari Mesir, Ustaz Fadzil Noor menjadi tenaga pengajar di

Maktab Mahmud (1967-1973) dan pada tahun 1973 menerima tawaran

sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Penglibatan Awal

Bakat kepimpinan Ustaz Fadzil Noor terserlah bila beliau bergerak

cergas dalam persatuan pelajar dan terkenal sebagai pemidato yang

pintar dan dihormati di Maktab Mahmud. Ketika di Mesir Ustaz Fadzil

Noor memimpin Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

sebagai ketua penerangan, setiausaha dan akhirnya sebagai timbalan

presiden.

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi setiausaha Persatuan Ulama Malaysia

(1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan

Presiden ABIM (1974-1978). Ustaz Fadzil Noor juga pernah menjadi

setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan

Kedah.

Page 4: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

4

Semasa memimpin ABIM, Ustaz Fadzil Noor turut terlibat dalam

demonstrasi membela rakyat miskin di Baling, Kedah pada tahun 1974.

Ketika Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA di Kamunting dari tahun

1974 hingga 1976, Ustaz Fadzil Noor menjadi Pemangku Presiden

ABIM.

Penglibatan dalam PAS

Ustaz Fadzil Noor mula terlibat dengan PAS pada tahun 1959 ketika

masih menuntut di Maktab Mahmud. Beliau membantu calon-calon PAS

dalam pilihanraya tahun tersebut. Ustaz Fadzil Noor juga dalam kempen

tersebut sering mengikuti ceramah-ceramah Dr. Burhanuddin Al-Helmy

dan Prof. Zulkifli Muhammad.

Ustaz Fadzil Noor seterusnya dilantik menjadi YDP PAS Kawasan Kuala

Kedah dan Ahli Perhubungan Negeri PAS Kedah. Jawatan tertinggi yang

disandang oleh Ustaz Fadzil Noor adalah:

Naib Yang Dipertua (1979-1983)

Timbalan Yang Dipertua (1983-1989)

Presiden PAS (1989-2002)

Ustaz Fadzil Noor mula menjadi Yang Dipertua pada 31 Mac 1989.

Nama jawatan Yang Dipertua PAS ditukar menjadi Presiden PAS pada

masa beliau.

Ditahan Polis

Dalam perjuangan menegakkan kebenaran, Ustaz Fadzil Noor pernah

ditahan dua kali oleh pihak polis. Pada penghujung tahun 1970an, ketika

sedang berucap dalam majlis ceramah di Kg Seberang Takir,

Terengganu, tiba-tiba pihak polis mengumumkan bahawa ceramah

tersebut adalah perhimpunan haram.

Turut hadir dalam ceramah itu adalah Ustaz Abdul Hadi Awang, Mustafa

Ali dan Ustaz Fadhullah Shuaib. Tanpa menghiraukan amaran tersebut,

Ustaz Fadzil Noor meneruskan ceramahnya dengan memberi peringatan

kepada pihak polis tentang sebuah hadith Nabi s.a.w.

Sepasukan polis terus menyerbu dan menahan Ustaz Fadzil Noor

beserta para penceramah lain.Mereka terus dibawa ke balai di bandar

Kuala Terengganu malam itu juga. Bermalamlah Ustaz Fadzil Noor di

lokap pada malam itu.

Page 5: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

5

Lewat malam itu juga Pemuda PAS memobilisasi sokongan dan

menjelang subuh kira-kira 15,000 orang ahli dan penyokong PAS telah

berkumpul di luar kawasan balai polis Kuala Terengganu. Mereka

mendesak pemimpin-pemimpin mereka dibebaskan segera. Perundingan

antara beberapa orang wakil PAS dengan pihak polis diadakan.

Hasilnya, Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin-pemimpin yang ditahan

dalam lokap tersebut dibebaskan tanpa sebarang tindakan.

Sekali lagi Ustaz Fadzil Noor ditahan oleh pihak polis adalah dalam

ceramah di Jerlun, Kedah. Peristiwa ini berlaku ketika kes Muassasah

Darul Ulum menjadi isu panas di antara PAS dengan UMNO di Kedah.

Ustaz Fadzil Noor ditahan semasa berceramah. Beliau ditahan bersama

Hj. Shaari, YDP PAS Kawasan Jerlun dan dikenakan ikat jamin. Kesnya

terus dibawa ke mahkamah. Walau bagaimanapun kes ini digugurkan

berikutan kematian Hj. Shaari.

Orang Kanan Tuan Guru Yusof Rawa

Dalam perjuangan bersama-sama PAS, terutamanya sejak era peralihan

kepimpinan, Ustaz Fadzil Noor sentiasa berseiringan jalan dengan Tuan

Guru Yusof Rawa. Selepas pilihanraya tahun 1978 lagi, ketika Tuan

Guru Yusof Rawa menjadi Naib Yang Dipertua pertama, Ustaz Fadzil

Noor menjadi Naib Yang Dipertua kedua.

Semasa Tuan Guru Yusof Rawa berjaya memenangi jawatan Timbalan

yang Dipertua parti dalam tahun 1981, Ustaz Fadzil Noor pula

menduduki jawatan Naib Yang Dipertua pertama.

Apabila Majlis Syura Ulama’ diwujudkan melalui pindaan Perlembagaan

PAS, Ustaz Fadzil Noor bersama-sama Tuan Guru Yusof Rawa mewakili

Jawatankuasa PAS Pusat untuk duduk dalam Majlis Syura Ulama’.

Ketika Tuan Guru Yusof Rawa dipilih menjadi Mursyidul Am yang

pertama, bebanan tugas Yang Dipertua telah dilaksanakan

sebahagiannya oleh Ustaz Fadzil Noor.

Demikian juga semasa Tuan Guru Yusof Rawa uzur menjelang saat-saat

akhir beliau memegang jawatan Yang Dipertua, maka Ustaz Fadzil Noor

merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju utama parti.

Ustaz Fadzil Noor merupakan orang yang paling kehadapan membantu

Tuan Guru Yusof Rawa semasa PAS berhadapan dengan krisis peralihan

kepimpinan dan tragedi Memali.

Ustaz Fadzil Noor juga menjadi pembantu utama semasa Tuan Guru

Yusof Rawa merintas konsep kepimpinan ulama’ dan mengukuhkan

Page 6: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

6

asas-asas harakah Islamiyyah dalam PAS. Ustaz Fadzil Noor adalah

orang kanan Tuan Guru Yusof Rawa sepanjang perjuangan mereka

bersama-sama dalam PAS.

Menangani Fatwa Syuhada’ Memali

Semasa tercetusnya tragedi Memali, tugas menangani kes tersebut

telah diserahkan oleh Tuan Guru Yusof Rawa kepada Ustaz Fadzil Noor.

Beliau pada masa itu adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.

Persoalan paling utama kepada Ustaz Fadzil Noor pada masa itu adalah

bagaimana jenazah hendak diurus? Adakah mereka syuhada’?.

Sekiranya mereka mati syahid, jenazah mereka tidak perlu dimandi,

dikapan dan disolat-jenazahkan.

Ustaz Fadzil Noor terus menemui Tuan Guru Haji Omar, seorang alim

yang sangat disegani di Baling. Menurut Tuan Guru Haji Omar, Ustaz

Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sah mati syahid.

Ustaz Fadzil Noor merujuk lagi kepada Tuan Guru Haji Yahya Joned,

ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah dan menantunya Ustaz Azahari Abdul

Razak, ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Kedua mereka adalah

pimpinan ulama’ PAS Kedah.

Mereka berdua menyokong pendapat Tuan Guru Haji Omar.

Ustaz Fadzil Noor seterusnya cuba mendapatkan pengesahan daripada

Majlis Fatwa Negeri Kedah tetapi dalam waktu yang suntuk Majlis

Fatwa tidak dapat mengadakan mesyuarat.

Dengan itu jenazah Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang rakan-rakannya

dikebumikan sebagai para syuhada’.

Dua minggu kemudian Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Kedah

mengatakan mereka tidak mati syahid dan dianggap sebagai syibghul bughah.

Seterusnya Majlis Fatwa Kebangsaan pula mengeluarkan fatwa bahawa

Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sebagai bughah, atau

penderhaka.

Ustaz Fadzil Noor mengatakan jika pihak kerajaan menganggap mereka

tidak syahid, kerajaan mesti bertindak menggali kubur, memandi,

mengkafan dan menyembahyang-jenazahkan mereka!

Page 7: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

7

Untuk meredakan keadaan, Sultan Kedah telah perkenan menziarahi

pusara Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya.

Berikutan itu Ustaz Fadzil Noor mengulas:

”Mana ada raja perkenan menziarah kubur orang derhaka? Macam Hang Jebat yang dianggap derhaka kepada Raja Melaka, tidak pernah ada raja-raja dari dulu hingga sekarang ziarah kubur Hang Jebat” Tindakan terhadap Ibrahim Libya adalah untuk mengelakkan

pengaruhnya dan pengaruh PAS berkembang agar UMNO tidak tergugat

di Baling.

Tetapi tanpa Ibrahim Libya pun, akhirnya Baling jatuh ke tangan PAS

pada pilihanraya 1999.

Dalam debat Parlimen, isu Memali dibangkitkan oleh UMNO. Pihak yang

mengatakan Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya tidak syahid

mencabar supaya Ustaz Fadzil Noor menggali pusara syuhada itu, sama

ada hancur atau tidak jenazah mereka.

Ustaz Fadzil Noor lantas menjawab:

”Kami percaya mereka syahid, kami tidak perlu menggali kuburnya. Yang Berhormat yang tidak percayalah yang patut menggalinya untuk melihat badan mereka hancur atau masih segar”

Memantapkan Konsep Kepimpinan Ulama’

Kepimpinan Ulama’ diasaskan semasa kepimpinan Tuan Guru Yusof

Rawa sebagai Yang Dipertua dengan Ustaz Fadzil Noor sebagai

timbalannya.

Di bawah kepimpinannya, Ustaz Fadzil Noor menekankan agar golongan

ulama’ hendaklah sentiasa berusaha untuk melayakkan diri menjadi

pemimpin dan PAS memberikan perhatian supaya institusi ulama’ mesti

disokong dan didaulatkan.

Ustaz Fadzil Noor berpandangan bahawa kepimpinan PAS akan lebih

terbuka dan lebih banyak dipikul oleh golongan intelektual masa depan,

namun konsep kepimpinan ulama’ akan terus menjadi teras.

Page 8: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

8

Dengan itu Ustaz Fadzil Noor tetap menekankan perihal pentingnya

penghayatan kepimpinan ulama’.

Sejak kepimpinan ulama’ diketengahkan, PAS berjaya menawan dua

buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.

Kedua-dua negeri ini telah memberikan penghormatan kepada ulama’

untuk menjadi Menteri Besar.

Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awang ke Parlimen

juga merupakan satu penampilan tokoh ulama’ yang berwibawa dan

amat dikagumi.

Kempen Menambah 500,000 Ahli

Setelah menjadi Presiden, Ustaz Fadzil Noor menyedari bahawa

walaupun setelah 40 tahun usia PAS, jumlah keahliannya baru mencecah

300,000 orang.

Pada tahun 1990, beliau melancarkan kempen menambahkan keahlian

PAS kepada 500,000 orang dalam tempoh lima tahun.

Sasaran ini adalah sebelum pilihanraya tahun 1995.

Dalam satu Ucapan Dasarnya, Ustaz Fadzil Noor menyarankan supaya

pemimpin-pemimpin di semua peringkat hendaklah memastikan agar

ada cawangan PAS di setiap kampung, di setiap taman perumahan dan

di setiap lorong.

Ustaz Fadzil Noor menegaskan hendaklah ada sekurang-kurangnya

seorang ahli PAS dalam setiap rumah.

Ustaz Fadzil Noor membuktikan arahannya itu dilaksanakan di

kawasannya sendiri di DUN Bukit Raya. Di Bukit Raya, cawangan-

cawangan PAS jauh melebihi cawangan-cawangan UMNO.

Pada Jun 1995, keanggotaan PAS telah mencecah 400,000.

Walaupun jumlah tersebut tidak memenuhi sasarannya, namun purata

penambahan 2,000 orang ahli sebulan telah dapat dicapai.

Ledakan pertambahan ahli ini walau bagaimanapun berlaku setelah

tercetusnya Reformasi ekoran pemecatan Anwar Ibrahim.

Purata penambahan ahli PAS untuk beberapa bulan berikutnya adalah

antara 10,000 hingga 15,000 orang sebulan.

Page 9: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

9

Pelaksanaan Hudud

Enakmen Syariah II Kelantan yang termasuk di dalamnya hukum hudud

telah dikemukakan oleh Kerajaan PAS Kelantan semasa kepimpinan

Ustaz Fadzil Noor. Ustaz Fadzil Noor menjelaskan bahawa PAS telah

mengumumkan hasratnya untuk melaksanakan syariat Islam termasuk

hudud sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951.

Para pemimpin PAS sejak itu tidak pernah berselindung mengenai cita-

cita tersebut. Hasrat ini telah disebut dalam ceramah dan manifesto-

manifesto pilihanraya PAS. Ustaz Fadzil Noor menjelaskan bahawa PAS

dalam melaksanakan syariat Islam tidak pernah bersikap terburu-buru.

Contohnya, kerajaan Kelantan telah mengambilkira pandangan awal

Perdana Menteri yang pernah membuat kenyatan bahawa beliau

bersedia memberi laluan kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud.

Kerajaan Kelantan juga mengambil kenyataan bekas Timbalan Perdana

Menteri yang menyebut kononnya UMNO tidak menentang hudud.

Pandangan parti-parti bukan Melayu juga diberi perhatian.

Ketua Dewan Ulama’ sebagai sifatnya Menteri Besar Kelantan telah

membuka pintu pejabatnya untuk berdialog dengan ketua-ketua agama

dan politik serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

Ustaz Fadzil Noor menegaskan bahawa kerajaan Kelantan telah

mencatat sejarah apabila rang enakmen itu dibenarkan untuk dibahas

dalam seminar terbuka oleh pelbagai pihak sebelum dibentangkan dalam

Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Tetapi malangnya UMNO tidak kelihatan.

Ustaz Fadzil Noor telah membidas perbuatan mereka dengan

mengatakan bahawa Barisan Nasional yang mendakwa sebagai juara

demokrasi sebenarnya belum berani untuk menghadapi rakyat seperti

yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan.

Ustaz Fadzil Noor turut menyelar tindakan UMNO menolak enakmen

tersebut serta pakatan mereka untuk menggagalkan pelaksanaan syariat

Islam di negeri Kelantan.

Page 10: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

10

Tahaluf Siyasi dan Reformasi

Ustaz Fadzil Noor meneruskan tradisi perjuangan mengekalkan

perpaduan demi menjaga kemaslahatan Islam dan negara yang telah

diasaskan oleh pemimpin-pemimpin awal PAS.

Usaha Dr. Burhanuddin Helmy mewujudkan pakatan dengan lebih 80

buah parti dan pertubuhan Melayu bagi mewujudkan PUTERA atau

Pusat Tenaga Rakyat adalah satu contoh yang gilang gemilang.

PUTERA dipengerusikan oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dengan

Dr. Burhanuddin Al-Helmy sebagai penggerak utama di belakangnya.

Melalui PUTERA, Dr. Burhanuddin Al-Helmy mewujudkan pula pakatan

politik dengan Tan Cheng Lok yang menerajui AMCJA.

Kemuncak perjuangan PUTERA-AMCJA yang dipengerusikan oleh Dr.

Burhanuddin Al-Helmy adalah hartal atau boleh dikatakan pada hari ini

sebagai civil disobedience. Hartal melibatkan 450,000 anggota dalam

gabungan jaringan PUTERA-AMCJA.

Apabila pakatan PUTERA-AMCJA dilihat membahayakan penjajah

British, maka undang-undang Darurat pun dikuatkuasakan.

Sepanjang tempoh Darurat, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah terhalang

daripada menggerakkan sebarang pakatan politik.

Sebaliknya Tan Cheng Lok mula berjinak-jinak dengan UMNO dan

akhirnya pakatannya dengan pemimpin-pemimpin UMNO membolehkan

MCA ditubuhkan.

Pada tahun 1959, Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mengadakan

pakatan politik dengan pengasas UMNO sendiri iaitu Dato’ Onn Jaafar

yang telah meninggalkan parti itu.

PAS telah memberi kerusi kepada Dato’ Onn untuk bertanding sebagai

calon Parti Negara di Terengganu dan beliau menang.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mengadakan pakatan politik

dengan bekas ahli-ahli UMNO dalam pilihanraya 1959, di antaranya

dengan Khatijah Sidek. Khatijah Sidek akhirnya menyertai PAS dan

bertanding di atas tiket PAS dan memenangi kerusi Parlimen Dungun

dalam pilihanraya tersebut.

Page 11: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

11

Demikian juga dengan Prof Zulkifli Muhammad di mana beliau

merupakan pemimpin PAS pertama yang mencadangkan agar PAS

menerima kaum Cina dan orang bukan Islam sebagai ahli bersekutu

PAS.

Ketika menggerakkan pakatan CCC, Ustaz Fadzil Noor telah meminta

pasukan penyelidikan PAS mengkaji semula pandangan atau mana-mana

penulisan Prof Zulkifli Muhammad berkenaan isu penyertaan kaum

bukan Islam dalam PAS.

Walaupun timbul beberapa krisis dalaman PAS dengan kemasukan PAS

dalam kerajaan campuran dan Barisan Nasional pada zaman kepimpinan

Dato’ Mohd Asri, Ustaz Fadzil Noor tetap berpendirian bahawa ianya

adalah satu langkah bagi mewujudkan pakatan politik yang menjadi

amalan politik PAS.

Berbekalkan tradisi tahaluf siyasi seperti inilah yang mendorong Ustaz

Fadzil Noor mewujudkan pakatan dengan Semangat 46 pimpinan

Tengku Razaleigh dalam Angkatan Perpaduan Ummah.

Hasil daripada tahaluf siyasi ini, PAS berjaya memerintah Kelantan.

Demikian juga apabila berlakunya Reformasi berikutan pemecatan

Anwar Ibrahim. Tradisi yang diwarisi daripada pemimpin-pemimpin

terdahulu dan pengalamannya sendiri, menjadikan Ustaz Fadzil Noor

mengorak langkah bagi mewujudkan tahaluf siayasi dengan penyokong-

penyokong Anwar Ibrahim.

Bermula dengan GERAK, seterusnya Ustaz Fadzil Noor merintis

penubuhan Barisan Alternatif yang merupakan satu tahaluf siyasi ke

arah pembentukan Malaysia Baru. Langkah tersebut telah membawa

hasil yang begitu besar kepada PAS dan perjuangan Islam pada

pilihanraya 1999.

PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dan berjaya mewujudkan kerajaan

di Terengganu. Pendekatan tahaluf siyasi yang diterajui oleh Ustaz

Fadzil Noor juga bersumber daripada warisan kepimpinan terbuka dan

sederhana Tuan Guru Yusof Rawa.

Di bawah teraju kepimpinannya, Tuan Guru Yusof Rawa telah membuka

ruang bagi pemimpin-pemimpin pelapis PAS untuk mewujudkan

pakatan-pakatan politik yang boleh memenangkan dakwah dan politik

Islam.

Page 12: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

12

Kerjasama dan pakatan dengan pertubuhan dan aktivis kaum Cina

hingga tertubuhnya CCC adalah satu dayacipta keterbukaan dan

kesederhanaan kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa. Ustaz Fadzil Noor

juga sering mengingatkan pemimpin dan ahli-ahli PAS bahawa PAS

adalah berakarumbi daripada perjuangan Hizbul Muslimin di Gunung

Semanggol.

Tatkala menyebut Hizbul Muslimin, sekali gus Ustaz Fadzil Noor

mengingatkan pemimpin dan ahli-ahli PAS bahawa tradisi kepimpinan

ulama’ sebenarnya bersumber daripada perjuangan dan pengorbanan

para ulama’ angkatan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Keberanian dan sikap terbuka Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dalam merintis

pelbagai tahaluf siyasi seperti PEPERMAS, MATA, LEPIR dan

seumpamanya menjadi iktibar bagi perjuangan PAS yang diterajui oleh

Ustaz Fadzil Noor.

Jika ada kesinambungan dan kesepaduan di antara perjuangan yang

dirintis oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Dr. Burhanuddin Al-Helmy,

Prof Zulkifli Muhammad dan Tuan Guru Yusof Rawa, maka Ustaz Fadzil

Noor menterjemahkannya dalam realiti politik pada masanya.

Demikian juga, jika usaha Dr. Burhanuddin Al-Helmy berjaya

menggabungkan lebih 80 buah parti dan persatuan Melayu dalam

PUTERA untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah, Ustaz Fadzil

Noor pula telah berjaya mewujudkan gabungan lebih 80 buah parti

politik dan NGO melalui GMI untuk mendesak kerajaan memansuhkan

undang-undang warisan penjajah, ISA!

Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, PAS terus bergerak

menjadikan tahaluf siyasi sebagai satu amalan utama dalam pergerakan

siyasahnya.

Menentang Kezaliman ISA

Kezaliman ISA adalah suatu yang tidak asing lagi bagi Ustaz Fadzil

Noor. Ini kerana semasa beliau menjadi Timbalan Presiden ABIM, beliau

terpaksa memangku jawatan Presiden ABIM apabila Anwar Ibrahim

ditahan di bawah ISA selama dua puluh bulan bermula dari tahun 1974.

Sekali lagi setelah Anwar Ibrahim ditahan dan dibelasah oleh Ketua

Polis Negara pada malam 20 September 1998, keesokan harinya rakan

lamanya itu diumumkan telah ditahan di bawah ISA.

Page 13: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

13

Ustaz Fadzil Noor memahami benar bahawa ISA adalah senjata politik

pemerintah. ISA digunakan untuk melindungi kepentingan politik

pemerintah. ISA juga digunakan untuk menutup jenayah pemerintah.

Meneruskan dasar PAS terhadap ISA daripada kepimpinan Tuan Guru

Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Noor terus melonjakkan PAS dalam sikap dan

pendiriannya terhadap kezaliman ISA.

Ustaz Fadzil Noor mempengerusikan mesyuarat menentang ISA ekoran

penahanan Anwar Ibrahim dan beberapa penyokongnya bermula dari 20

September 1998.

Mesyuarat itu diadakan di Markaz Tarbiah PAS, Taman Melewar dan

dihadiri oleh wakil-wakil daripada PAS, PRM, DAP dan NGO daripada

PUM, ABIM, JIM, SUARAM dan lain-lain.

Mesyuarat yang diadakan pada 25 September itu memutuskan untuk

mendesak kerajaan membebaskan segera semua tahanan ISA dan

memansuhkan ISA.

Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Majlis Gerakan

Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK.

Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, GERAK dilancarkan pada 27

September 1998 di Markaz Tarbiah, Taman Melewar.

Puluhan ribu rakyat dan ratusan wartawan dari dalam dan luar negara

hadir ke majlis pelancaran tersebut.

Dalam Ucapan Dasar di Muktamar PAS ke-45 pada Mei 1999, Ustaz

Fadzil Noor menegaskan:

”Kejayaan PAS menggabungkan parti politik dan NGO dalam satu gerakan yang disebut Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK, cukup untuk membuktikan keupayaan kepimpinan PAS menerajui kebangkitan rakyat di negara ini”

Ustaz Fadzil Noor berulang kali menegaskan, sama ada dalam ceramah

mahupun dalam perbahasan di Parlimen, bahawa ISA bersama-sama

undang-undang zalim yang lain seperti OSA, Akta Polis dan Akta Cetak

adalah undang-undang yang mencabul hak asasi rakyat di negara ini.

Page 14: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

14

Perhimpunan 100,000 Rakyat

Perhimpunan 100,000 Rakyat yang diadakan pada 5 November 2000

adalah satu perhimpunan aman anjuran aktivis yang menyokong BA

daripada parti- parti politik, NGO dan Reformasi.

PAS di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor telah memberi sokongan

yang padu untuk menjayakan perhimpunan ini.

Ini berlaku apabila Ustaz Fadzil Noor membenarkan setiausaha

politiknya, Dr. Mohd Hatta Ramli, untuk terlibat sebagai salah seorang

ahli jawatankuasa penganjur.

Ustaz Fadzil Noor juga telah mengarahkan Setiausaha Agung PAS,

Ustaz Nasharuddin Md Isa untuk mengeluarkan surat kepada setiap PAS

Negeri untuk mengerahkan ahli-ahli PAS turun untuk menjayakan

perhimpunan aman tersebut.

Sokongan yang diberikan serta komitmen Ustaz Fadzil Noor sendiri

untuk hadir ke perhimpunan tersebut telah menyebabkan pemimpin-

pemimpin utama parti-parti politik bersetuju untuk turut serta.

Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti KeADILan Nasional, Lim Kit

Siang, Pengerusi DAP dan Dr. Syed Husin Ali, Presiden PRM turun

bersama-sama rakyat menyertai perhimpunan aman tersebut.

Apabila laluan ke tempat perhimpunan disekat oleh polis, keempat-

empat pemimpin utama parti-parti politik Barisan Alternatif itu turun

daripada kenderaan masing-masing dan berjalan bersama-sama

puluhan ribu rakyat di atas Lebuhraya KESAS.

Solidariti keempat-empat pemimpin BA berjalan di barisan hadapan

perarakan itu, benar-benar menyuntik semangat kepada rakyat tentang

betapa mantapnya gandingan dan kerjasama BA.

Pada hari itu, Ustaz Fadzil Noor dan para pemimpin BA menunjukkan

contoh semangat yang kental apabila mereka berjalan sejauh hampir

lima kilometer di atas Lebuhraya yang sudah tiada kenderaan boleh

melaluinya lagi itu.

Apabila tiba di tempat yang sudah tidak boleh lagi dilalui kerana sekatan

polis, semua para pemimpin diundang untuk membuat ucapan.

Page 15: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

15

Pada hari itu, Ustaz Fadzil Noor berucap di atas tembok pemisah

lebuhraya dengan dikelilingi oleh kira-kira 100,000 rakyat.

Dalam ucapanya yang penuh semangat itu, Ustaz Fadzil Noor menyeru

agar semua rakyat bersatu untuk berjuang mengembalikan hak mereka

yang sudah dicabul dan dirampas oleh Dr. Mahathir dan kerajaan

UMNO-BN.

Apabila lebih seratus orang ditahan oleh polis kerana menyertai

perhimpunan aman tersebut, Ustaz Fadzil Noor telah mengarahkan Dr.

Mohd Hatta Ramli untuk mengendalikan urusan ikat jamin dan

pembebasan mereka daripada lokap.

Sokongan terhadap perhimpunan aman di Lebuhraya KESAS ini

diteruskan oleh Ustaz Fadzil Noor dengan merintis penubuhan Gerakan

Mansuhkan ISA (GMI).

GMI ditubuhkan apabila pengerusi dan ahli-ahli serta penggerak utama

Jawatankuasa Perhimpunan 100,000 Rakyat ditahan di bawah ISA pada

10 April 2001.

Demonstrasi aman seperti ini adalah suatu yang tidak asing bagi Ustaz

Fadzil Noor. Ini kerana masa mudanya lagi, iaitu pada tahun 1974,

beliau telah pun terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di

Baling.

Bahkan, pada akhir-akhir hayatnya pun beliau masih menggagahkan diri

untuk hadir bersama rakyat dalam perhimpunan-perhimpunan aman.

Sebulan sebelum beliau meninggal dunia, Ustaz Fadzil Noor telah hadir

dalam perhimpunan aman di depan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala

Lumpur membantah tindakan Amerika mahu menyerang Iraq.

Dalam perhimpunan aman tersebut, pihak polis FRU telah mengganas

menyerang orang ramai dengan tembakan gas pemedih mata dan

semburan air berkimia.

Ustaz Fadzil Noor terkena gas pemedih mata dengan teruk sekali. Sejak

itu kesihatannya sangat terganggu.

Menurut setiausaha politik dan doktor peribadinya, Dr. Mohd Hatta

Ramli, sejak itu kesihatannya semakin merosot hinggalah beliau

memerlukan pembedahan dan seterusnya menghembuskan nafas

terakhir.

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.

Page 16: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

16

Pencapaian Sebagai Ahli Politik Islam dan Sumbangan kepada

Gerakan Islam

Pembabitan awal Ustaz Fadzil Noor dalam politik pilihanraya bermula

pada tahun 1978. Beliau bertanding dalam pilihanraya untuk merebut

kerusi Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah.

Pada tahun 1980, dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Raya, sekali lagi

beliau menjadi calon PAS untuk merebut kerusi tersebut. Beliau gagal

dalam kedua-dua percubaan ini.

Hanya dalam pilihanraya tahun 1982, Ustaz Fadzil Noor memenangi

kerusi DUN Bukit Raya dan seterusnya mempertahankan kerusi

tersebut selama empat penggal berturut-turut.

Pada pilihanraya tahun 1999, Ustaz Fadzil Noor menang kerusi

Parlimen Pendang dan juga kerusi DUN Anak Bukit.

Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor PAS mengalami kejayaan paling

besar sepanjang sejarah penglibatan dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya tahun 1999, PAS memenangi 27 kerusi Parlimen dan

98 kerusi DUN. Dengan kedudukan tersebut, Ustaz Fadzil Noor telah

dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Beliau merupakan

pemimpin kedua daripada PAS yang memegang peranan tersebut.

Sejak peranan ketua pembangkang diwujudkan di Parlimen oleh Perdana

Menteri, Tun Abdul Razak pada tahun 1972, Dato’ Mohd Asri adalah

orang pertama daripada PAS yang menjadi Ketua Pembangkang.

Di peringkat politik dalam negeri, Ustaz Fadzil Noor telah berjaya

mewujudkan beberapa pakatan politik atau tahaluf siyasi. Antaranya

CCC, Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif.

Beliau juga telah berjaya mewujudkan pakatan politik yang bertujuan

khusus menentang kezaliman ISA melalui penubuhan GERAK dan GMI,

Gerakan Mansuhkan ISA. Di peringkat serantau beliau memainkan

peranan untuk mewujudkan permuafakatan di kalangan kumpulan-

kumpulan Islam di Indonesia.

Selepas tercetusnya Reformasi Indonesia dan jatuhnya Presiden

Suharto, maka telah muncal banyak parti-parti yang berteraskan Islam

di Negara tersebut.

Page 17: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

17

Ustaz Fadzil Noor mengambil inisiatif dan langkah diplomasi bertemu

pemimpin parti-parti tersebut dan mengsyorkan agar mereka tidak

membentuk terlalu banyak parti berteraskan Islam di sana.

Ustaz Fadzil Noor juga telah berjaya menempatkan PAS sebarisan

dengan gerakan-gerakan Islam dan parti-parti politik Islam di peringkat

antarabangsa.

Ustaz Fadzil Noor menegaskan:

”PAS sebagai sebuah jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan umat, adalah satu daripada mata rantai Gerakan Islam seluruh dunia. Ia bersama-sama dengan Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaati Islami di benua kecil India, Refah Party di Turki, FIS di Algeria, HAMAS di Palestin dan lain-lain harakah Islam di seluruh dunia, mendukung perjuangan Islam dan bangun bersama Islam serta merealisasikan corak hidup Islam” Di peringkat politik antarabangsa juga, Ustaz Fadzil Noor tegas dan

lantang menentang kerakusan dan dasar-dasar kejam kuasa Amerika

dan Barat.

Dalam isu Palestin, Israel, Chechnya, Afghanistan dan Iraq, PAS di

bawah teraju Ustaz Fadzil Noor mengambil pendirian yang cukup

lantang dan jelas.

Tidak sedikit pemimpin dan ahli-ahli PAS semasa menyatakan pendirian

dalam isu-isu antarabangsa melalui ceramah dan demonstrasi aman

yang telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap.

Pendiriannya yang jelas dan tegas terhadap isu-isu antarabangsa yang

melibatkan umat Islam telah menyuntik semangat juang yang tinggi di

kalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS.

Dalam masa yang sama Ustaz Fadzil Noor juga amat teliti dengan isu-

isu tempatan. Sebagai contoh, beliau amat cermat menangani isu hak

istimewa orang Melayu di negara ini.

Mengambil hujah daripada tindakan Khalifah Umar bin Al-Khattab

semasa pemerintahannya, Ustaz Fadzil Noor menegaskan terdapat hak

istimewa seumpama ini demi menjaga kepentingan penduduk asal

tempatan khususnya yang tidak berada.

Page 18: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

18

Demikian juga ketika berlaku kes Mohamad Sabu menjelang pilihanraya

1995. Setelah mengadakan mesyuarat yang teliti, Ustaz Fadzil Noor

mencadangkan satu tindakan disiplin diambil.

Mohamad Sabu diminta meletakkan jawatan daripada parti dan

keputusan ini diterima baik oleh Mohamad Sabu.

Langkah ini dilakukan demi mengekalkan kewibawaan PAS dan

mengelakkan tohmahan terhadapnya.

Selepas kes itu selesai dan mahkamah mendapati Mohamad Sabu tidak

bersalah, maka ternyata langkah yang diambil oleh Ustaz Fadzil Noor

telah menguntungkan PAS dan perjuangan Islam.

Ustaz Fadzil Noor juga meneruskan tradisi muslimat PAS diberikan

amanah untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Penampilan muslimat

dari pelbagai lapisan latar belakang dan kerjaya telah melonjakkan imej

PAS sepanjang PAS diterajui oleh Ustaz Fadzil Noor.

Ustaz Fadzil Noor juga amat berjaya di bidang dakwah dan pendidikan.

Selaku Pesuruhjaya PAS Kedah pada tahun 1985 beliau telah membeli

sebuah estet kecil seluas 35 ekar untuk dijadikan sebuah institusi

pengajian tinggi Islam.

Institusi ini dinamakan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah.

Pada masa yang sama Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena yang

didirikan oleh Ustaz Fadzil Noor adalah setanding kehebatannya pada

zaman kegemilangan Maahad Al-Ehya Al-Sharif yang diasaskan oleh

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Muassasah Darul Ulum menampilkan pelbagai kemelut pergeresan di

antara PAS dengan UMNO, kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri Kedah.

Beberapa orang pemimpin Pemuda PAS ditahan di bawah ISA dalam

ketegangan isu Muassasah Darul Ulum. Bahkan, Ustaz Fadzil Noor

sendiri ditahan polis ketika berceramah di Jerlun mengenai isu

Muassasah.

Page 19: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

19

Kembali ke Rahmatullah

Ustaz Fadzil Noor kembali ke rahmatullah pada pagi 23 Jun 2002

setelah dua minggu mengalami koma selepas pembedahan yang

dijalaninya.

Dengan arahan kerajaan Pusat, jenazahnya diterbangkan dengan

pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia ke Kedah.

Jenazah dibawa ke Muassasah Darul Ulum, institusi ilmu yang diasas

dan diperjuangkannya.

Pada hari beliau dikebumikan pada malam 23 Jun 2002, hampir setengah

juta orang berkumpul di situ.

Dari Alor Setar hingga ke kawasan itu, hampir 30km orang ramai penuh

sesak di sepanjang jalan menunggu jenazahnya lalu.

Malah pada ketika terakhir jenazah hendak dikebumikan, tiada lagi

kenderaan dapat bergerak sepanjang hampir 10km menuju ke

Muassasah Darul Ulum.

Tidak kurang 50,000 orang menunaikan solat jenazahnya pada malam

itu. Ia dikira satu rekod terbesar dalam sejarah umat Islam di negara ini.

TAMAT

Page 20: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

20

Tuan Guru Yusof Rawa (1922 – 2000)

Latar Belakang

Yusof bin Haji Abdullah dilahirkan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang pada 8

Mei 1922.

Bapanya adalah seorang pedagang yang merantau dari Sumatera

berdagang Al-Quran, kitab-kitab dan alat-alat kegunaan untuk ibadat

seperti tasbih, sejadah dan lain-lain.

Pendidikan awal Tuan Guru Yusof Rawa bermula di Sekolah Melayu

Jalan Carnavon dan kemudiannya di Sekolah Charausta.

Pendidikan menengah beliau ialah di Government English School dan

kemudiannya di Penang Free School sehingga lulus peringkat Junior

Cambridge. Selepas itu bapanya menghantar beliau ke Makkah untuk

menuntut dalam bidang agama.

Semasa tercetusnya Perang Dunia Kedua, Tuan Guru Yusof Rawa terus

menetap di Makkah untuk mendalami pengetahuan agama. Beliau

menetap di sana selama 12 tahun.

Menghadapi Ujian

Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu, kawasan tempat tinggal

keluarga Tuan Guru Yusof Rawa dihujani dengan bom dari pesawat

udara Jepun.

Bapanya, Hj Abdullah Hj Nordin sempat menyelamatkan anak-anak dan

isterinya.

Walau bagaimanapun, tatkala keluar sekali lagi untuk mengambil

sesuatu yang masih tertinggal di kedainya, sebutir bom gugur dekat

dengannya.

Hj Abdullah terkorban dan tubuhnya berkecai.

Peristiwa itu berlaku semasa Tuan Guru Yusof Rawa berada di Makkah.

Semasa di Makkah di zaman remajanya, Tuan Guru Yusof Rawa juga

pernah diburu oleh pihak polis Masjidil Haram. Beliau terpaksa

bersembunyi beberapa hari untuk mengelakkan daripada ditangkap

polis.

Page 21: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

21

Peristiwa ini berlaku ekoran perkelahian di antara anak-anak Jawi

dengan remaja Arab Makkah.

Sekembalinya Tuan Guru Yusof Rawa dari Makkah, beliau menerbitkan

majalah Al-Islah. Di atas kegiatannya ini beliau ditahan oleh penjajah

Inggeris yang mengesyaki beliau terbabit dengan gerakan Islah di

Mesir.

Penglibatan dalam PAS

Tuan Guru Yusof Rawa mendaftar menjadi ahli seumur hidup pada awal

penubuhan PAS iaitu pada tahun 1951.

Pada tahun 1959 beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Beliau kemudian dipilih untuk menduduki Jawatankuasa Pusat yang

ketika itu didominasi oleh pemimpin-pemimpin dari Pantai Timur dan

Kedah.

Sejak dari zaman Dr. Burhanuddin Al-Helmy lagi, Tuan Guru Yusof

Rawa sudah pun dianggap sebagai salah seorang pemimpin kanan PAS.

Menjelang penghujung tahun 1970an, Tuan Guru Yusof Rawa menjadi

Naib Yang Dipertua pertama dan Naib Yang Dipertua kedua adalah

Ustaz Fadzil Noor.

Krisis kepimpinan dalam PAS menyaksikan Timbalan Yang Dipertua,

Ustaz Hassan Adli mengosongkan jawatannya. Tuan Guru Yusof Rawa

mencabar Dato’ Abu Bakar Omar untuk jawatan tersebut tetapi kalah.

Pada tahun 1981, Tuan Guru Yusof Rawa bertanding sekali lagi untuk

jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS dan menang.

Pergolakan PAS pada tahun 1982 telah memaksa Dato’ Mohd Asri Muda

meletakkan jawatan.

Jawatan Yang Dipertua PAS telah dipangku oleh Tuan Guru Yusof Rawa.

Dalam Muktamar PAS ke-29 pada tahun 1983, Tuan Guru Yusof Rawa

telah sebulat suara dilantik Yang Dipertua PAS.

Apabila Majlis Syura Ulama’ diwujudkan melalui pindaan Perlembagaan

PAS, Tuan Guru Yusof Rawa telah dipilih sebagai Mursyidul Am yang

pertama pada tahun 1987.

Page 22: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

22

Di atas sebab-sebab kesihatan, Tuan Guru Yusof Rawa melepaskan

jawatan sebagai Yang Dipertua pada tahun 1989 tetapi kekal memegang

jawatan sebagai Mursyidul Am.

Tuan Guru Yusof Rawa melepaskan jawatan sebagai Mursyidul Am pada

tahun 1993.

Jawatan itu dipegang seterusnya oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik

Mat, selaku Mursyidul Am PAS yang kedua.

Menangani Krisis Peralihan

Tuan Guru Yusof Rawa mengambil alih kepimpinan ketika PAS

berhadapan bukan hanya dengan kemelut dalaman PAS tetapi juga

dalam angkatan gerakan Islam.

Kemelut dalaman PAS berlaku apabila terpinggirnya Dato’ Asri dan

angkatan pemimpin-pemimpin eranya. Ekoran itu berlaku pula tindakan

dan ancaman terhadap PAS daripada penyokong-penyokong Dato’

Mohd Asri.

Kemelut dalaman di kalangan angkatan gerakan Islam pula berlaku

apabila rakan kongsi perjuangan Islam, Anwar Ibrahim daripada ABIM

membuat keputusan untuk menyertai UMNO.

Tuan Guru Yusof Rawa amat kecewa apabila Anwar Ibrahim mengambil

keputusan menyertai UMNO. Dalam perbualan telefonnya dengan

Anwar, Tuan Guru Yusof Rawa menyatakan: ”...tindakan anda itu

umpama menikam kami dari belakang”

Dengan pendedahan dan pengalamannya yang luas, dimantapkan dengan

sikap keterbukaan dan kesederhanaannya, Tuan Guru Yusof Rawa telah

berjaya menampung kemelut ini sehingga PAS berjaya ditempatkan

dalam arus perdana perjuangan Islam di negara ini.

Pendekatan dan mesej perjuangan Islam yang dibawa oleh Tuan Guru

Yusof Rawa telah berjaya menarik minat angkatan muda dan pencinta-

pencinta perjuangan Islam menyertai PAS.

Dalam menangani era peralihan ini, Tuan Guru Yusof Rawa amat

beruntung kerana dibantu oleh tokoh-tokoh besar seperti Ustaz Fadzil

Noor, Ustaz Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Ustaz Hasan Shukri, Mustafa Ali dan tokoh-tokoh muda PAS yang

lainnya.

Page 23: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

23

Menangani Gejala Dalaman

Setelah melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua, Dato’ Mohd Asri

Muda balik ke Kelantan dan mengadakan perjumpaan terbuka dengan

penyokongnya mengecam pimpinan baru regu Tuan Guru Yusof Rawa

dan Ustaz Fadzil Noor.

Kumpulan ini mengancam untuk bertindak menggempur pimpinan baru

PAS. Laporan yang diterima dari Kelantan melihat ancaman itu

membahayakan perpaduan jamaah.

Demi menjaga keutuhan parti, Tuan Guru Yusof Rawa melalui

mesyuarat Jawatankuasa Disiplin telah membuat satu keputusan yang

amat berat sekali.

Keputusan tegas dan berani telah dibuat dengan Ustaz Hasan Shukri

selaku Setiausaha Agung telah mengeluarkan surat kepada Dato’ Mohd

Asri Muda yang menyebut:

”Jawatankuasa Disiplin parti menggantung keahlian saudara daripada menjadi ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mulai dari tarikh keputusan ini dibuat sehingga kepada masanya diberitahu kelak. Dengan demikian maka terlucutlah segala hak keahlian saudara dalam PAS seperti yang disebutkan oleh Fasal 14(10(a) hingga (e) mula tarikh di atas, 9 Rabiul Akhir 1403/23 Januari 1983 hingga masanya diberitahu kelak”

Bersama-sama Dato’ Mohd Asri Muda yang dikenakan tindakan disiplin

ialah 12 orang lagi yang mana ada di antaranya dipecat, digantung dan

diberi amaran.

Sebahagian besar daripada mereka adalah ahli Jawatankuasa Agung.

Tindakan ini dikira sebagai tindakan paling berani yang diambil oleh

gandingan kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil demi

menyelamatkan parti daripada ancaman krisis.

Mengasaskan Kepimpinan Ulama’

Isu kepimpinan ulama’ timbul dalam PAS apabila krisis melanda PAS di

bawah kepimpinan Dato’ Mohd Asri Muda, terutama pada tempoh

terakhirnya.

Ia bermula dengan polimik apakah PAS parti Islam atau parti nasionalis?

Walaupun PAS tidak pernah berganjak bahawa ia adalah sebuah jamaah

Islam, namun pandangan yang melihat PAS sebagai lebih kepada arah

nasionalis amat berpengaruh pada era Dato’ Mohd Asri Muda.

Page 24: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

24

Pertembungan pemikiran ini melemahkan daya tahan pimpinan angkatan

Dato’ Mohd Asri Muda.

Ada yang berpandangan bahawa malang yang merundung PAS ialah

kerana ia tidak dipimpin oleh ulama’.

Tidak pula dinafikan pengaruh daripada kepimpinan ulama’ dalam

Revolusi Iran mempengaruhi suasana dalam PAS pada masa itu.

Kejayaan umat Islam meruntuhkan rejim zalim Shah Iran dilihat sebagai

kejayaan cemerlang kepimpinan ulama’.

Dalam suasana inilah tampil tokoh besar dalam PAS seperti Tuan Guru

Nik Abdul Aziz Nik Mat dan tokoh-tokoh pelapis seperti Ustaz Fadzil

Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awang. Berlatarbelakang senario ini, Tuan

Guru Yusof Rawa merintis jalan ke arah kepimpinan ulama’.

Sikap keterbukaan dalam gaya kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa telah

menjadikan seluruh lapisan keahlian menerima dan terus

memartabatkan kepimpinan ulama’ dalam PAS.

Dengan itu, Tuan Guru Yusof Rawa telah berjaya memantapkan paksi

perjuangan PAS sebagai parti politik Islam, gerakan dakwah dan

harakah Islamiyyah melalui konsep kepimpinan ulama’.

Pindaan Perlembagaan 1983

Setelah memantapkan PAS di segi dalaman, Tuan Guru Yusof Rawa

berusaha meletakkan semula PAS sebagai sebuah parti politik Islam

yang berwibawa di negara ini.

Peluang tersebut muncul apabila Dr. Mahathir Mohamad mengambil

langkah untuk menyekat kuasa raja-raja Melayu melalui pindaan

Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1983.

Tuan Guru Yusof Rawa menerajui PAS membantah langkah Dr.

Mahathir. PAS mengambil sikap mempertahankan hak raja-raja Melayu

dan menyekat pembolotan kuasa kerajaan yang cuba dilakukan oleh Dr.

Mahathir. Tindakan ini sekali gus berjaya menampilkan PAS sebagai

juara umat Islam dan bangsa Melayu.

Walaupun langkah ini diambil oleh Tuan Guru Yusof Rawa, dasar PAS

tetap selaras dengan Islam. Ini kerana sepanjang sesi 1984-85, PAS di

bawah pimpinan Tuan Guru Yusof Rawa sering berbicara mewakili

Page 25: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

25

golongan mustadafin dan menentang golongan mustakbirin.

Dalam tempoh tersebut, PAS memperkenalkan secara terbuka

perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kefasadan.

Seterusnya pada tahun 1985, di bawah teraju Tuan Guru Yusof Rawa,

PAS meningkatkan kempen menentang segala bentuk asabiyyah,

terutama asabiyyah UMNO dan Barisan Nasional.

Kebijaksanaan Tuan Guru Yusof Rawa merebut peluang daripada

langkah Dr. Mahathir untuk menyekat hak raja-raja Melayu telah

memberi ruang yang seluasnya bagi beliau menempatkan PAS kembali

sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam yang relevan dan

berwibawa di negara ini.

Tragedi Memali

Tragedi Memali yang tercetus pada 18 November 1985, berlaku semasa

PAS diterajui oleh Tuan Guru Yusof Rawa.

Tragedi ini merupakan pembunuhan kejam Ustaz Ibrahim Libya dan

tigabelas muridnya akibat serangan kira-kira 4,000 anggota polis.

Empat anggota polis turut terkorban.

Tragedi Memali bermotifkan politik.

Peristiwa ini berlaku apabila sokongan orang Melayu yang semakin

meningkat terhadap PAS lantaran penerimaan mereka terhadap

kewibawaan PAS dan kepimpinan ulama’.

Tragedi Memali didahului sebelum itu dengan beberapa operasi

penahanan ISA terhadap tokoh-tokoh Pemuda PAS.

Tuan Guru Yusof Rawa dengan tenang menangani tragedi di Memali.

Tugas ini diserahkannya dengan penuh bijaksana kepada timbalannya,

Ustaz Fadzil Noor, yang juga pada masa itu adalah Pesuruhjaya PAS

Negeri Kedah.

Di bawah kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa, PAS menegaskan bahawa

Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya gugur sebagai syuhada’.

Pendirian ini dipertahankan oleh Tuan Guru Yusof Rawa walaupun

Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Kedah mengatakan mereka

tidak mati syahid dan dianggap sebagai syibghul bughah.

Page 26: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

26

Apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz

Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sebagai bughah, atau penderhaka,

Tuan Guru Yusof Rawa tetap cekal mempertahankan pendirian PAS

bahawa mereka semua adalah mati syahid.

Menentang Kezaliman ISA

Semasa PAS diterajui oleh Tuan Guru Yusof Rawa, pemimpin-pemimpin

PAS terutama tokoh-tokoh Pemuda sering berhadapan dengan

tangkapan di bawah ISA.

Semasa Dato’ Mohd Asri Muda menerajui PAS, pendirian PAS terhadap

ISA adalah seperti yang diungkapkan sendiri olehnya sebagai:

”PAS merasakan betapa perlunya undang-undang itu bagi sebuah negara merdeka yang masih muda seperti Persekutuan Tanah Melayu demi menjaga keamanan negara dan mengawasi serta mencegah gerakan subversif, apatah lagi gerakan komunis yang amat memerlukan pengawasan dan prihatin daripada seluruh rakyat yang cintakan keamanan. Sikap ini menjadi bukti kerana sekalipun PAS berada di pihak pembangkang, PAS tidaklah mengambil sikap menentang secara melulu, mentang-mentang menjadi golongan pembangkang, maka semua yang datang daripada kerajaan ditentang” Berlainan dari zaman Dato’ Mohd Asri Muda, di bawah teraju Tuan Guru

Yusof Rawa, PAS mengambil sikap dan pendirian yang berbeza terhadap

ISA. Perubahan ini ketara dalam Ucapan Dasar Tuan Guru Yusof Rawa pada

tahun 1985. Di mana katanya: ”Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri yang diluluskan oleh Parlimen dan pindaan-pindaan yang telah dibuat ke atasnya lebih kejam lagi. Undang-undang ini tidak terikat kepada mana-mana prinsip sekalipun, kecuali kepada keinginan Menteri Dalam Negeri. Mangsanya dihukum tanpa memerlukan apa-apa pembuktian, sama ada dari yang dituduh atau yang menuduh” Menyentuh penahanan pemimpin-pemimpin muda PAS seperti Ustaz

Abu Bakar Chik, Abdul Razak Daud, Mohamad Sabu, Ustaz Bunyamin

Ya’kub dan Suhaimi Said, Tuan Guru Yusof Rawa menegaskan: ”Penahanan mereka hanyalah semata-mata di atas keinginan Menteri

Page 27: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

27

Dalam Negeri yang didesak berulang kali oleh wakil-wakil dalam Perhimpunan Agung UMNO. Bahaya kepada UMNO dianggap sebagai bahaya kepada keselamatan negara. Kemerosotan sokongan kepada UMNO dianggap perpecahan dan ancaman yang membahayakan orang-orang Melayu. Inilah lojik dan cara berfikir pemimpin yang mengamalkan prinsip diktator berparlimen” ”Undang-undang ini nyata sekali bertentangan dengan keadilan” Dalam Ucapan Dasar pada tahun 1988, menyentuh tangkapan ISA

terhadap sepuluh orang pemimpin muda PAS di bawah Operasi Lalang,

Tuan Guru Yusof Rawa menegaskan: ”Sebenarnya tindakan ini bukan kerana keselamatan negara, tetapi adalah kerana muslihat pemimpin-pemimpin yang sudah terpisah dari orang ramai, terpisah dari perjuangan rakyat dan partinya sendiri, malah terpencil dari kliknya sendiri ISA pada prinsipnya adalah undang-undang yang zalim kerana ia tidak memberi peluang membela diri kepada mangsanya dalam apa bentuk pun” Dasar yang diambil oleh Tuan Guru Yusof Rawa terhadap ISA adalah

jelas berdasarkan prinsip.

PAS menolak ISA kerana ia zalim!

Kejelasan pendirian dalam isu ISA inilah yang diwarisi oleh Ustaz Fadzil

Noor ketika menerajui PAS.

Sumbangan kepada Gerakan Islam: Sikap Terbuka dan

Sederhana

Sumbangan terbesar Tuan Guru Yusof Rawa terhadap gerakan dan

perjuangan Islam di Malaysia adalah di atas tindakannya untuk

mengukuhkan serta menempatkan kembali PAS dalam arus perdana

politik dan dakwah di negara ini.

Kepimpinannya yang terbuka memberi ruang yang seluas-luasnya

kepada tokoh dan tenaga muda pelapis dalam PAS untuk melakar dan

mencorakkan peta baru perjuangan Islam di Malaysia melalui PAS.

Konsep kepimpinan ulama’ yang diterajuinya memartabatkan kedudukan

gerakan Islam di atas paksi ilmu, syaksiyyah dan akhlak mulia

pemimpin-pemimpin yang tinggi cita-cita perjuangan Islamnya.

Peralihan daripada sebuah gerakan yang dianggap sebagai nasionalis

Page 28: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

28

Islam kepada sebuah harakah Islamiyyah telah menarik minat golongan

teknokrat, intelektual, para lepasan universiti tempatan dan luar negara

serta pelbagai lapisan pencinta perjuangan Islam di negara ini.

Tuan Guru Yusof Rawa turut memberi ruang yang luas kepada barisan

pimpinan pelapis untuk meneroka kerjasama politik dengan kaum bukan

Islam.

Beliau merintis jalan ke arah penubuhan CCC atau Chinese Consultative

Council. Dalam konteks pengukuhan unsur-unsur dalaman PAS, Tuan

Guru Yusof Rawa membuka ruang seluas-luasnya kepada pendekatan

tarbiyyah dan harakiyyah.

Pendedahannya di luar negara serta pengetahuannya tentang

perjuangan gerakan Islam seperti Ikhwan Muslimin dan gerakan-

gerakan pembebasan yang lain, memberi keupayaan kepada Tuan Guru

Yusof Rawa untuk mencorakkan gerakerja haraki dalam PAS.

Sikap ini telah berjaya memberi laluan kepada pendokong-pendokong

Islam daripada pelbagai latar belakang untuk menyertai dan terlibat

aktif dalam PAS.

Demikian juga bagi mereka yang mendokong pendekatan Revolusi Islam

Iran. Sikap terbuka dan sederhana Tuan Guru Yusof Rawa telah

memberi ruang bagi mereka terlibat memberi sumbangan perjuangan

Islam dalam PAS.

Di bawah kepimpinannya, Tuan Guru Yusof Rawa menegaskan bahawa

apa yang boleh dianuti adalah semangat revolusi di segi menentang

penindasan pemerintah yang zalim, tetapi bukan di segi anutan

mazhabnya.

Namun di sebalik sikap terbuka dan sederhananya, PAS di bawah teraju

kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa tidak pernah berkompromi dengan

kezaliman, penindasan dan kemungkaran.

Pendirian inilah yang menampilkan identiti PAS sebagai parti politik

Islam dan sebuah harakah Islamiyyah.

Di bawah teraju Tuan Guru Yusof Rawa, ditegaskan dengan jelas

bahawa kepimpinan ulama’ bukan sahaja membawa makna kepimpinan

mesti diterajui oleh ulama’.

Hakikat yang lebih utama adalah kepimpinan ulama’ berkehendakkan

Page 29: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

29

kepada kandungan perjuangan yang berteraskan ciri-ciri tarbiyyah,

dakwah, ilmu dan satu pergerakan atau harakah yang menjadikan cita-

cita Islam sebagai paksinya.

Jelas, di bawah kepimpinannya, Tuan Guru Yusof Rawa telah

meletakkan paksi penting perjuangan PAS selepas mengambilalih

daripada Dato’ Mohd Asri Muda.

Pencapaian Sebagai Ahli Politik Islam

Kemenangan awal dalam penglibatan politik Tuan Guru Yusof Rawa

ialah pada pilihanraya tahun 1969 apabila berjaya mengalahkan Dr.

Mahathir Mohamad bagi kerusi Parlimen Kota Setar Selatan.

Sebelum penyertaan PAS dalam kerajaan Perikatan lagi, Tuan Guru

Yusof Rawa telah diberikan kepercayaan oleh Tunku Abdul Rahman

pada awal tahun 1970an untuk menganggotai delegasi negara melawat

umat Islam di Taiwan.

Perlantikan ini dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman memandangkan

kemampuan Tuan Guru Yusof Rawa bertutur dalam bahasa Inggeris dan

bahasa Arab.

Apabila PAS menyertai kerajaan campuran dengan Perikatan pada tahun

1973, Tuan Guru Yusof Rawa dilantik sebagai wakil Malaysia ke PBB

untuk membahaskan isu-isu antarabangsa yang melibatkan Malaysia.

Tuan Guru Yusof Rawa juga pernah menjadi Konsul Kehormat Iraq di

Pulau Pinang. Beliau tinggal selama setahun di New York untuk

mewakili negara di PBB.

Sekembalinya dari New York beliau menyertai pilihanraya tahun 1974

dan menang tanpa bertanding.

Sejurus selepas itu, sebagai salah seorang pemimpin kanan dalam parti,

beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Utama.

Menterinya pada masa itu adalah Tan Sri Musa Hitam.

Perlantikan ini menjadikan Tuan Guru Yusof Rawa sebagai anak Melayu

Pulau Pinang pertama menjawat jawatan politik setinggi itu.

Selepas itu, Tuan Guru Yusof Rawa dilantik pula sebagai Duta Besar

Malaysia ke Iran. Ketika itu Shah Iran masih memerintah Iran.

Page 30: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

30

Dengan tugas sebagai Duta ke Iran, Tuan Guru Yusof Rawa juga

ditauliahkan ke Turki dan Afghanistan.

Semasa menjalankan tugas tersebutlah Tuan Guru Yusof Rawa belajar

bahasa Farsi dan bahasa Perancis di samping mengekalkan

kefasihannya dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Apabila PAS dikeluarkan daripada Barisan Nasional pada tahun 1978,

Tuan Guru Yusof Rawa kembali dari Iran pada tahun 1979 apabila tamat

tempoh khidmatnya.

Tuan Guru Yusof Rawa kemudian memilih berkhidmat dengan PAS dan

meninggalkan kerajaan.

Tuan Guru Yusof Rawa juga telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal

Hijrah Pulau Pinang pada tahun 1992.

Penghormatan Terakhir

Tuan Guru Yusof Rawa menghembuskan nafas terakhir setelah solat

subuh pada hari Jumaat, 28 April 2000.

Penuh sesak orang membanjiri Masjid Gelugor pada solat Jumaat dan

solat jenazah untuk Tuan Guru Yusof Rawa.

Sepanjang jalan dari Gelugor ke Kampong Makam yang terletak di

pinggir bandar Georgetown dipenuhi oleh orang ramai yang datang

untuk memberi penghormatan terakhir.

Kaum Cina dan India juga datang untuk memberikan penghormatan

terakhir. Turut hadir adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Koh

Tsu Koon.

Pada penghujung hayatnya, Tuan Guru Yusof Rawa menyaksikan

penzaliman yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim. Beliau mendoakan

agar Anwar bersabar dan tabah di atas penzaliman tersebut.

Apa yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim itu ditegaskan oleh Tuan Guru

Yusof Rawa sebagai kemuncak kezaliman Dr. Mahathir yang tidak dapat

lagi membezakan antara kebinatangan dan kemanusiaan!

Page 31: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

31

Dr. Burhanuddin Al-Helmy (1911 – 1969)

Latar Belakang

Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor dilahirkan pada 28 Ogos

1911 di Changkat Tualang, Perak.

Burhanuddin Al-Helmy mendapat pendidikan awal di kelas Al-Quran

dan agama dan sekolah Melayu. Dia dihantar ke Sekolah Agama Sungai

Jambu, Sumatra Barat pada tahun 1924 hingga 1926.

Pada tahun 1926, Burhanuddin Al-Helmy meneruskan pelajarannya di

Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Seterusnya dari situ ke Madrasah

Al-Masyhur Al-Islamiah, Pulau Pinang hingga tamat kelas senawi pada

tahun 1934.

Burhanuddin Al-Helmy telah mendapat biasiswa seorang hartawan India

muslim dari Pulau Pinang untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti

Aligarh. Di universiti tersebut Burhanuddin Al-Helmy mengambil bidang

sastera dan falsafah.

Beliau dianugerahkan PhD daripada Universiti Aligarh, India.

Sekembalinya dari pelajarannya di India dan pengembaraannya ke

Palestin dan Turki, Burhanuddin Al-Helmy kembali bertugas sebagai

guru bahasa Arab di Sekolah Arab Al-Juned Singapura.

Ketika di Singapura, Burhanuddin Al-Helmy belajar ilmu perubatan

homeopati daripada Dr. Rajah dan beliau telah berjaya mendapat ijazah

daripada Ismailiyah Medical College, Hyderabad, India.

Dengan kelayakan ini, Burhanuddin Al-Helmy telah membuka sebuah

klinik di Johor Bahru dan sebuah lagi klinik di Jalan Picitan, Singapura.

Seorang Aktivis Dakwah dan Politik

Pembabitan awal Burhanuddin Al-Helmy:

· Penerbit majalah Taman Bahagia, Singapura

· Penyunting majalah Kehidupan Dunia Akhirat, Singapura

· Ahli Persatuan Jama’atul Islamiah

· Ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM), 1939

· Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu semasa

Page 32: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

32

pendudukan Jepun · Pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS), 1945

· Ketua Umum Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), 1945

· Pengerusi PUTERA-AMCJA, 1947

· Ahli Jawatankuasa Perhubungan Bangsa-bangsa Asia, 1947

· Ahli pengasas PEPERMAS, 1947

· Ahli pengasas MATA, 1947

· Ahli pengasas Hizbul Muslimin, 1948

· Wakil Malaya di Persidangan Afro-Asia Bandung, 1955

· Jurucakap Barisan Kebangsaan Melayu, 1955

· Melancarkan penubuhan Parti Rakyat Malaya, 1955

Pengaruh Awal Pemikiran

Semasa belajar di Jambu, Sumatera Barat (1924-1926), Burhanuddin

Al-Helmy berada di bawah asuhan Haji Nuruddin, anggota Sarekat

islam Indonesia. Di samping itu guru-guru yang mengajar dan mendidik

beliau di sana terdiri di kalangan aliran Kaum Muda.

Semasa di Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Kepala Batas,

Burhanuddin Al-Helmy juga terdedah dengan pemikiran Kaum Muda.

Aliran inilah yang telah menyalakan semangat anti-penjajah dan pro-

kemerdekaan dalam diri beliau.

Semasa belajar di India pula pada tahun 1928, Burhanuddin Al-Helmy

mengikuti pergerakan Mahatma Gandhi serta berkenalan dengan Mohd

Ali Jinnah dan Pandit Nehru dan pemimpin-pemimpin kemerdekaan

India yang lain.

Selepas tamat pelajarannya di Universiti Aligarh, India Burhanuddin Al-

Helmy telah mengembara ke Palestin dan Turki. Beliau mengikuti

perkembangan umat Islam di sana.

Ketika di Singapura, Burhanuddin Al-Helmy telah bergiat cergas dalam

pergerakan-pergerakan Islam di pulau tersebut. Beliau menerbitkan

majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British yang akibatnya dia

ditahan oleh pihak British di sana.

Selepas itu, Burhanuddin Al-Helmy terus bergiat pula dengan persatuan

Jama’atul Islamiah dan menjadi penyunting majalah Kehidupan Dunia

Akhirat.

Page 33: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

33

Ditahan dan Merengkok dalam Penjara

Selepas tamat pelajarannya di India, Burhanuddin Al-Helmy

mengembara ke Palestin dan Turki. Semasa di Turki belaiu ditahan

kerana terlibat dalam gerakan anti-British di sana.

Ketika di Singapura pada pertengahan 1930an, Burhanuddin Al-Helmy

telah menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British.

Satu jam selepas edisi pertama majalah ini diterbitkan, beliau ditahan

oleh pihak British. Beliau dipenjarakan selama enam bulan.

Terdapat juga catatan yang menyatakan beliau dibebaskan selepas

membayar wang ikat jamin sebanyak $1,000.

Pada tahun 1950, Burhanuddin Al-Helmy telah ditahan oleh British

akibat Peristiwa Natrah. Dia dituduh terlibat dalam demonstrasi

menentang keputusan Mahkamah Tinggi Singapura yang membenarkan

Natrah (Maria Hertogh) dipulangkan kepada keluarga asalnya di

Belanda.

Dia telah dipenjara selama satu tahun. Namun, terdapat juga catatan

yang menyatakan beliau dipenjarakan selama tiga tahun di Singapura

ekoran peristiwa tersebut, iaitu dari dari tahun 1950 hingga 1952.

Terdapat catatan yang peristiwa Natrah itu hanya sebagai alasan bagi

pihak British menahan Burhanuddin Al-Helmy.

Sebenarnya Burhanuddin Al-Helmy ditahan oleh British kerana semasa

Darurat pada 1948, beliau menyeru secara terbuka orang Melayu jangan

menyerang kaum gerila Cina yang berjuang melawan British di dalam

hutan.

Peristiwa Natrah hanya dijadikan alasan oleh pihak British. British tidak

boleh menahan Burhanuddin Al-Helmy yang bergiat masa itu di

Singapura kerana pulau tersebut tidak tertakluk kepada undang-undang

Darurat yang hanya dikuatkuasakan di Semenanjung Tanah Melayu.

Burhanuddin Al-Helmy menentang penubuhan Malaysia pada tahun

1963. Ini menyebabkan dia ditahan di bawah ISA pada bulan Januari

1965 kerana dituduh terlibat dalam kerajaan buangan di Riau, Indonesia.

Burhanuddin bin Al-Helmy jatuh uzur semasa dalam tahanan. Pada

bulan Mac 1966, beliau dibebaskan bersyarat dan dikenakan sekatan

kawasan. Di antara syaratnya adalah beliau tidak dibenarkan melibatkan

Page 34: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

34

diri dalam politik. Syarat tersebut ditarik balik hanya pada 22

September 1969.

Tokoh Perjuang Kemerdekaan

Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah antara tokoh ulung perjuangan

kemerdekaan. Beliau bergiat cergas dalam KMM dengan tujuan

menentang penjajahan British. Semasa pendudukan Jepun, Burhanuddin

Al-Helmy dan beberapa orang rakannya mengambil strategi licik. Ini

diungkapnya sebagai:

”Maka ahli-ahli kebangsaan Melayu kiri telah mengambil langkah Musa

dalam istana Firaun. Ada yang tinggal di dalam, ada yang tinggal di luar

mengambil bahagian di hutan di ruimba jadi anti-fascist ada yang

menjalankan gerakan rayap – semut api – harimau dan sebagainya”

Dengan sokongan pihak Jepun, beliau bersama-sama Ibrahim Yaacob

memimpin KRIS membuat persetujuan dengan Seokarno dan Mohd Hatta

di Taiping untuk mengisytiharkan kemerdekaan serentak di Tanah

Melayu dan Indonesia pada 17 Ogos 1945.

Tetapi Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945.

Seokarno meneruskan rancangannya mengisytiharkan Indonesia

merdeka dari Belanda pada 17 Ogos 1945.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak dapat berbuat demikian

memandangkan perkembangan yang amat berbeza di Tanah Melayu

ketika itu.

Selepas Jepun berundur, PKMM ditubuhkan sebagai satu

kesinambungan daripada KMM. Dr. Burhanuddin Al-Helmy menjadi

Ketua Umum PKMM yang pertama.

Semasa diadakan kongres PKMM ke-2 di Melaka pada Disember 1946,

Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah disambut hebat oleh pelbagai lapisan

kaum di sana. Dalam ucapan tersebutlah Burhanuddin Al-Helmy

melafazkan pantun pusakanya yang terkenal:

Di atas robohan Kota Melaka;

Kita Dirikan Jiwa Merdeka;

Bersatu padulah segenap baka;

Membela hak keadilan pusaka.

Page 35: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

35

Pembabitan Burhanuddin Al-Helmy dalam PUTERA, PEPERMAS, MATA

dan Hizbul Muslimin sepanjang tahun 1947-1948 adalah juga dengan

tumpuan menyemarakkan perjuang mencapai kemerdekaan Tanah

Melayu.

Di antara kemuncak perjuangannya menuntut kemerdekaan adalah

apabila Burhanuddin Al-Helmy sebagai pengerusinya telah menerajui

Sepuluh Dasar PUTERA-AMCJA beserta bendera merah putih duabelas

bintang kuning sebagai melambangkan Malaya Merdeka.

Pembabitannya melancarkan Parti Rakyat Malaya sebaik sahaja Ahmad

Boestamam dibebaskan dari penjara pada tahun 1955 juga adalah dalam

konteks menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Pada masa itu politik kiri adalah bermaksud anti-British. Mereka yang

mengambil sikap no-cooperation terhadap penjajah British di anggap

sebagai ”kiri”. Sedangkan mereka yang bersikap cooperation seperti

UMNO, dianggap ”kanan”.

Menyertai dan Memimpin PAS

Ketika PAS ditubuhkan pada bulan Ogos 1951, Dr. Burhanuddin Al-

Helmy masih dalam tahanan penjara di Singapura.

Apabila Yang Dipertua Agung Pas yang pertama, Ustaz Ahmad Fuad

melepaskan jawatannya pada tahun 1953 tugas memimpin PAS

diambilalih oleh Dr. Hj Abbas Alias.

PAS di bawah kepimpinan Dr. Abbas tidak begitu lama, iaitu hanya

selama 3 tahun 2 bulan sahaja. Ini adalah disebabkan Dr. Abbas tidak

dapat bergerak aktif kerana masih terikat dengan jawatannya di dalam

perkhidmatan kerajaan, iaitu sebagai seorang pegawai perubatan.

Angkatan muda dalam PAS pada masa itu yang antaranya terdiri

daripada Ustaz Othman Abdullah, Ustaz Hasan Adli, Ustaz Abdul Wahab

Noor dan Mohd Asri Muda telah mengadakan mesyuarat tidak rasmi

berhubung dengan jawatan utama PAS.

Mereka bersepakat bahawa tidak ada orang yang lebih tepat memimpin

PAS pada masa itu selain daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

Ketika itu, Dr. Burhanuddin Al-Helmy hanya bergiat cergas

mempromosi Parti Rakyat Malaya di seluruh Tanah Melayu. Ini

bermakna, Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak ada sebarang jawatan dalam

mana-mana parti politik.

Page 36: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

36

Pada bulan Disember 1956 satu perwakilan yang terdiri daripada Ustaz

Abdul Wahab Noor dan Ustaz Baharuddin Latiff telah diutus bertemu Dr.

Burhanuddin Al-Helmy. Beliau bersetuju untuk menyertai PAS.

Terdapat juga catatan yang menyatakan bahawa tugas ini dilaksanakan

oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Hj Said Abdul Hadi yang diamanahkan

oleh Ustaz Hasan Adli untuk mendapatkan persetujaun bertulis daripada

Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan meminta beliau mengisi borang PAS.

Walau bagaimanapun, sebelum itu pun memang sudah terdapat

persetujuan tidak rasmi di kalangan mereka bertiga agar Ahmad

Boestamam menerajui Parti Rakyat Malaya, Ishaj Haji Muhammad (Pak

Sako) menerajui Parti Buruh dan Burhanuddin bin Al-Helmy menerajui

PAS. Jadi pelawaan daripada pemimpin-pemimpin PAS kepada

Burhanuddin Al-Helmy adalah tepat pada masanya.

Demokrasi dalam PAS

Setahun sebelum Dr. Burhanuddin Al-Helmy menyertai PAS, beberapa

orang pemuda juga telah pergi ke Kuala Kangsar untuk bertemu dengan

Prof Zulkifli Muhammad. Tujuan mereka adalah untuk mempelawanya

menyertai PAS.

Prof Zulkifli Muhammad menjadi calon PAS dalam pilihanraya 1955.

Dalam Muktamar PAS ke-5 pada 25 Disember 1956, terdapat dua

pencalonan bagi jawatan Yang Dipertu Agung, iaitu Dr. Burhanuddin Al-

Helmy dan Prof. Zulkifli Muhammad.

Daripada kawasan-kawasan Prof Zulkifli Muhammad mendapat

pencalonan yang lebih banyak daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

Keadaan ini adalah disebabkan terdapat ahli-ahli PAS pada masa itu

yang bimbang dengan latarbelakang politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy

sebelum menyertai PAS.

Sebahagian ahli PAS lebih selesa jika PAS dipimpin oleh Prof Zulkifli

Muhammad memandangkan beliau seorang tokoh muda yang sangat

karismatik dan pernah belajar agama di Mesir.

Dalam pemilihan jawatan tertinggi PAS dalam Muktamar ke-5 itu, Dr.

Burhanuddin Al-Helmy telah berjaya menewaskan pencabarnya, iaitu

Prof Zulkifli Muhammad.

Page 37: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

37

Pertandingan bagi jawatan tertinggi parti di antara kedua tokoh besar

ini menunjukkan kematangan ahli-ahli serta amalan dan suasana

demokrasi dalam PAS sejak awal-awal penubuhannya.

Muktamar seterusnya memilih Prof Zulkifli Muhammad menjadi

Timbalan Yang Dipertua Agung PAS. Gabungan mereka berdua inilah

yang terus memantapkan PAS. Selepas diberikan amanah memimpin

PAS, Dr. Burhanuddin Al-Helmy menunjukkan betapa gigihnya beliau

melaksanakan tugas tersebut.

Pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy dalam PAS adalah yang paling

lama jika dibandingkan dengan tempoh beliau berada dalam mana-mana

parti terdahulu yang disertanya. Malah hayatnya ditutup dalam PAS.

Bahkan pada zamannya juga PAS berkembang dengan luasnya.

Tugas memimpin PAS dilaksanakan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy

walaupun sebahagian dari tempoh ini dilaluinya semasa menjalani

penahanan dan sekatan tanpa bicara di bawah ISA.

Seorang Demokrat Berperlembagaan

Selaras dengan dasar PAS mengambil bahagian dalam pilihanraya untuk

mendapatkan suara rakyat bagi mengukuhkan perjuangan Islam, Dr.

Burhanuddin Al-Helmy telah menjadi calon PAS dalam pilihanraya

1959. Beliau menang dan menjadi wakil rakyat Pas bagi kerusi Parlimen

Besut, Terengganu.

Pada masa itu sistem pilihanraya Dewan Undangan Negeri dijalankan

mengikut negeri ke negeri. Negeri paling akhir selepas Terengganu

adalah Kelantan.

Dengan sistem seperti ini, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan pimpinan PAS

telah menyusun tenaga kerja jentera PAS dipindahkan dari satu negeri

ke satu negeri.

Di Dewan Undangan Negeri Terengganu, PAS menang 13 daripada 24

kerusi dan berjaya membentuk kerajaan negeri di Terengganu.

Manakala di peringkat Parlimen pula, calon-calon PAS menang empat

kerusi, iaitu Ustaz Hasan Adli di Kuala Terengganu Utara, Khadijah

Sidek di Dungun, Harun Pilus di Terengganu Tengah dan Dr.

Burhanuddin Al-Helmy di Besut.

Page 38: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

38

Dengan kemenangan ini, PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-

Helmy menggunakan kempen ”Kalau di Terengganu PAS boleh menang,

kenapa Kelantan tidak?”

Ternyata taktik ini berkesan sekali sehingga PAS memenangi 28

daripada 30 kerusi Dewan Undangan Negeri dan berjaya membentuk

kerajaan di Kelantan.

PAS juga memenangi sembilan daripada sepuluh kerusi Parlimen di

Kelantan.

Dalam konteks yang lebih luas, Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah

mempertahankan amalan demokrasi di atas dasar Perlembagaan yang

sedia ada. Di atas sebab itu beliau menentang penubuhan Malaysia.

Baginya, penubuhan Malaysia adalah bertentangan dengan konsep

Persekutuan yang memberi ruang yang luas bagi pembangunan setiap

negeri di bawahnya.

Menurutnya, dengan wujudnya Malaysia, maka ”mahu tidak mahu

Kelantan menjadi satu bahagian di bawah kekuasaan Malaysia”. Dr.

Burhanuddin Al-Helmy mahu kerajaan Pusat bersikap lebih demokratik

dengan merundingkan penubuhan Malaysia dengan kerajaan negeri

terlebih dahulu.

Di bawah pimpinannya, kerajaan PAS Kelantan telah mengheret isu

Malaysia ke mahkamah bagi mendapatkan injuksi penanguhan

pembentukan Malaysia.

Ternyata pendekatan dan ketokohan Dr. Burhanuddin Al-Helmy serta

pemimpin-pemimpin PAS yang lain pada masa itu amat diterima rakyat,

khasnya di kalangan kaum Melayu.

Kejayaan PAS dalam pilihanraya 1959 juga membuktikan PAS adalah

sebuah parti politik dan gerakan Islam yang bersedia memanfaatkan

saluran sistem demokrasi yang bersesuaian dengan Islam bagi tujuan

memajukan Islam, rakyat dan negara.

Di atas kejayaan ini, kerajaan Perikatan menggunakan taktik kotor

untuk menghalang kemaraan PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin

Al-Helmy. Satu langkah licik telah digunakan untuk menghalang Dr.

Burhanuddin Al-Helmy daripada mempertahankan kerusi Parlimen

Besut.

Page 39: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

39

Dalam pilihanraya 1964, Suruhanjaya Pilihanraya telah mengisytiharkan

Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak layak bertanding kerana telah didenda

sebanyak $25,360 oleh sebuah mahkamah atas satu kesalahan teknikal

dalam sebuah syarikat perniagaan.

Sumbangan kepada Gerakan Islam

Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pemimpin politik Islam yang

mendahului zamannya.

Beliau adalah seorang yang progresif, realistik, berpandangan global

serta sentiasa bertindak berpandukan prinsip-prinsip Islam.

Beliau progresif kerana beliau menolak sebarang bentuk dan unsur

kolonialisme. Motivasi utama dalam perjuangan politiknya dalah untuk

memerdekan rakyat Tanah Melayu – bahkan seluruh bumi Asia –

daripada penjajahan, sama ada penjajahan dari Barat mahupun dari

Timur.

Beliau realistik kerana belaiu sentiasa bersikap terbuka dan bersedia

bekerjasama dengan mana-mana pihak – parti politik bukan Melayu atau

bukan berasaskan Islam – yang memiliki cita-cita dan tujuan yang sama,

iaitu untuk sama-sama mencapai matlamat perjuangan membebaskan

rakyat daripada penjajahan.

Dari satu sudut Dr. Burhanuddin Al-Helmi adalah seorang ahli politik

yang bersikap praktikal dan realistik kalaupun tidak pragmatik.

Pendekatannya terbuka. Pengalaman silamnya sebelum menerajui PAS

yang sentiasa bersedia bekerjasama untuk mengejar cita-cita bersama

- iaitu kemerdekaan – telah berjaya menempatkan PAS dalam kancah

arus perdana politik negara pada masa itu.

PAS dilihat ada kelainan tetapi tokoh PAS ini tidak lain dan asing bagi

mereka yang sama-sama mahu mengejar cita-cita kemerdekaan.

Pakatan politik yang diwujudkan olehnya dengan parti-parti bukan

Melayu dan bukan berasaskan Islam telah melonjakkan PAS sebagai

sebuah parti yang berjuang di atas satu ideologi yang jauh lebih jelas

daripada UMNO.

Kelainan inilah yang sebut oleh pimpinan PAS hari ini sebagai aqidah

perjuangan. Dalam bahasa Dr. Burhanuddin Al-Helmy ia disebut sebagai

ideologi perjuangan.

Page 40: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

40

Ini kerana pada masa pemimpin-pemimpin UMNO terperangakap

dengan persoalan politik perkauman dan perjuangan kebangsaan yang

sempit, PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy berjaya

meyakinkan rakyat bahawa akar umbi masalah rakyat Tanah Melayu

adalah warisan penjajahan yang berupa penindasan ekonomi dan politik

serta sistem kapitalis global yang menindas dan memperhambakan

pribumi tanah jajahan.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga mendedahkan kepincangan masyarakat

apabila sejumlah elit politik pribumi bersekongkol melindungi dan

mempertahankan penindasan sistem penjajah ini.

Karya dan Penulisan

Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah menghasilkan buku yang bercorak

politik antaranya:

• Perjuangan Kita, 1946

• Falsafah Kebangsaan Melayu, 1947

• Agama dan Politik, 1954,

• Ideologi Politik Islam, 1957 Namanya Diabadikan

Dr. Burhanuddin Al-Helmy meninggal dunia pada 25 Oktober 1969

berpunca daripada serangan lelah. Sebenarnya Dr. Burhanuddin Al-

Helmy telah jatuh sakit semasa dalam tahanan ISA. Ketika beliau

dibebaskan dengan sekatan kawasan pada tahun 1966, penyakitnya

masih belum sembuh.

Namanya diabadikan di sebuah sekolah di Taiping dan nama jalan di

Taman Tun Dr. Ismail, Damansara, Selangor.

Beliau dianugerah pingat emas Commander of World Order of Human

Merit daripada I’Ordre Universal du Merit Human, Geneva pada 15

November 1959 di atas sumbangannya dalam pembangunan perubatan

homeopati.

Tamat

Page 41: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

41

Dato' Profesor Zulkifli Muhammad (1927 –

1964)

Sumbangan kepada Gerakan Islam: Ahli Parlimen yang Berjaya

Sepanjang tahun 1959 hingga 1964 penglibatan Zulkifli Muhammad

paling menonjol sebagai seorang Ahli Parlimen.

Beliau menggunakan seluruh peluang yang ada sebagai seorang wakil

rakyat bagi menyuarakan pandangannya dalam pelbagai isu yang

berkaitan dengan masyarakat. Beliau merupakan wakil rakyat yang

sentiasa berada dalam dewan pada setiap persidangan.

Sama ada persidangan berjalan selama satu minggu atau dua minggu

atau sebulan mahupun dua bulan, Zulkifli Muhammad tetap berada dalam

persidangan tersebut. Demikian juga, sama ada persidangan berakhir

pada pukul 6:30 petang atau pukul 10:00 malam atau pukul 1:00 pagi,

Zulkifli Muhammad tetap berada sehingga akhir persidangan.

Zulkifli Muhammad mencatat sejarah apabila berucap selama empat jam

di Dewan Rakyat berhubung dengan Rang Undang-undang Malaysia. Di

sidang Parlimen, beliau mendesak supaya kerajaan Persekutuan Tanah

Melayu menarik balik pengiktirafan ke atas negara Israel kerana

kewujudannya telah menafikan hak rakyat Palestin.

Zulkifli Muhammad juga menyarankan agar kerajaan persekutuan

menghantar memorandum ke PBB membantah tindakan ganas Perancis

ke atas Algeria. Di sidang Parlimen juga Zulkifli mencadangkan supaya

kerajaan mengambil inisiatif menubuhkan sebuah komanwel negara-

negara Islam.

Zulkifli Muhammad juga bercakap tentang membanteras amalan rasuah,

menggalakkan masyarakat desa terlibat dalam industri kecil, ancaman

getah tiruan dan memajukan industri getah tanah air serta pembangunan

bandar agar tidak tertumpa di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya semata-

mata.

Zulkifli Muhammad sering secara tajam di Parlimen menyeru agar

kerajaan wajib berhemah dan berhati-hati dalam menggunakan wang

negara. Beliau mahu tidak sesen pun wang negara dikeluarkan secara

sia-sia. Ini kerana menurutnya, wang negara adalah wang hasil titik

peluh rakyat. Oleh yang demikian tidak hairanlah bila dia dipilih sebagai

Page 42: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

42

anggota dalam Jawatankuasa Kewangan Negara. Pandangan dan syor-

syor yang telah diberikan semasa menganggotai jawatankuasa tersebut

amat berguna kepada kesejahteraan negara.

Zulkifli Muhammad juga berhujah panjang lebar menyeru kerajaan agar

meningkatkan usaha menaikkan status Islam memandangkan sikap

liberal UMNO dalam persoalan agama Islam. Pernah seorang ahli

Parlimen Perikatan dari Pahang secara rahsia menemui Zulkifli

Muhammad meminta beliau menyuarakan hak istimewa bangsa Melayu

dalam sidang berikutnya.

Ini kerana tidak ada ahli Parlimen yang mampu berucap selantang

Zulkifli Muhammad apabila menyentuh kedudukan orang Melayu dan

agama Islam di negara ini. Ketika Tun Abdul Razak merayu agar

Parlimen meluluskan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri

atau ISA pada tahun 1960, Zulkifli Muhammad dan ahli-ahli Parlimen

PAS memberi amaran bahawa akta seumpama itu amat mudah

disalahguna demi kepentingan politik UMNO-Perikatan.

Ternyata amaran tersebut menjadi kenyataan apabila ribuan aktivis

politik pembangkang termasuk ahli-ahli Parlimen PAS seperti Nik

Abdullah Arshad dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy sendiri ditahan

kemudian di bawah akta tersebut. Dengan kelantangannya inilah, Zulkifli

terkenal sebagai seorang pemimpin PAS dan di antara Ahli Parlimen

yang terulung pada zamannya.

Pemergiannya Zulkifli Muhammad meninggal dunia bersama isterinya

dalam satu kemalangan jalan raya yang ngeri dekat Kuantan. Kematian

mereka berlaku di tengah-tengah kesengitan persengkataan politik di

antara PAS dengan UMNO. Bahang kempen pilihanraya 1964 pun masih

belum reda.

Zulkifli Muhammad baru saja menang mempertahankan kerusi Parlimen

Bachok bagi penggal kedua. Berbagai tanggapan dan sangkaan muncul

ketika itu. Untuk mengelakkan desas-desus ini Tunku Abdul Rahman

sebagai Perdana Menteri Malaysia terpaksa membuat ucapan dalam

Dewan Parlimen menerangkan kematian Zulkifli Muhammad bukannya

kerana angkara perbuatan khianat.

Kata Tunku Abdul Rahman, ianya adalah satu tragedi kemalangan dan

takdir Tuhan. Berita kematian Zulkifli Muhammad dan isterinya

disiarkan menerusi Radio Malaysia pada pukul 10:00 pagi, 6hb Mei

1964. Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak mengarahkan jenazah

Zulkifli Muhammad dan isterinya diterbangkan dengan kapal terbang

Page 43: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

43

khas Tentera Udara Diraja Malaysia dari lapangan terbang Kuantan ke

lapangan terbang Ipoh.

Dari lapangan terbang Ipoh jenazah dibawa dengan kereta mayat

Jabatan Ugama Islam Perak ke rumah bapa Zulkifli Muhammad di

kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. Pada hari pengkebumian

jenazah Zulkifli Muhammad dan isterinya, lebih dari 10,000 orang

termasuk pemimpin-pemimpin negara, para duta negara asing, rakan-

rakan seperjuangan, ahli-ahli UMNO dan orang ramai membanjiri tanah

pusara tempat mereka disemadikan.

Karya Penulisan

Zulkifli Muhammad telah menghasilkan tiga buah buku:

· Masyarakat dan Syariat · Analisa tentang Beberapa Masalah Hidup · Pegangan Hidup Umat Islam Pegangan Hidup Umat Islam ditulis oleh Zulkifli ketika terlantar selama

lapan bulan di hospital sekembalinya dari Mesir. Sepanjang tahun 1945-1947 Zulkifli turut melahirkan idea-idea kreatif

yang progresif melalui sajak-sajak yang diterbitkan dalam majalah-

majalah tanah air seperti Medan Masyarakat, Mastika, Qalam,

Penghidupan, Hiburan dan Pembangunan.

Sajak-sajaknya berunsurkan semangat kebangsaan yang kental diadun

dengan tuntutan Islam yang kukuh dan mendalam.

Selain daripada itu, Zul juga banyak menghasilkan tulisan yang berupa

rencana seperti:

· Falsafah Akhlak dalam Islam · Umat Islam Sekarang Makin Mundur · Peranan Filem dalam Masyarakat · Economic Justice · Kebangkitan Ekonomi Menurut Pandangan Islam

Pejuang Bahasa Melayu

Bagi memastikan bahasa Kebangsaan terus berkembang pesat, Zulkifli

Muhammad menyeru supaya kerajaan menyegerakan pembinaan

bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulkifli Muhammad menyokong cadangan penubuhan Universiti

Page 44: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

44

Kebangsaan Malaysia sebagai satu institusi yang akan memartabatkan

Bahasa Melayu.

Anugerah

Usaha Zulkifli Muhammad dalam penubuhan Kolej Islam Malaya telah

mendapat pengiktirafan daripada Universitas Sawerigading (UHSA),

Indonesia yang telah menganugerahkannya gelaran Profesor Kehormat

pada 15 Julai 1957.

Bagi mengenang jasanya, Tuanku Yahya Petra, Sultan Kelantan

berkenan menganugerhkan bintang Dato’ Paduka Mahkota Kelantan

(D.P.M.K.) yang membawa gelaran Dato’ kepada Zulkifli Muhammad

Namanya diabadikan pada sebuah dewan di Kota Bharu, Kelantan.

Dewan yang dinamakan Dewan Zulkifli Muhammad itu terus menjadi

tempat yang penuh keberkatan kerana pelbagai majlis ilmu secara

berterusan dianjurkan di situ.

Page 45: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

45

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir(1907–1974)

Latar Belakang

Abu Bakar bin Mohd Said dilahirkan pada tahun 1907 di Gunung

Semanggol. Al-Baqir yang bermakna "amat pintar" adalah gelaran yang

diberikan oleh gurunya kerana kepintarannya dalam pelajaran sejak

kecil lagi.

Sehingga kini beliau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Abu Bakar

Al-Baqir.

Beliau adalah daripada keturunan Jawa. Datuknya, Haji Abdul Jabar bin

Abdul Rauf berhijrah dari Kendal, Jawa Tengah pada pertengahan abad

ke-19. Pada mulanya datuknya menetap di Kelang. Kemudian berpindah

ke Kuala Kurau, Perak dan akhirnya ke Gunung Semanggol.

Setiap tempat persinggahan datuk neneknya, mereka menjalankan kerja

bercucuk-tanam, terutamanya bersawah padi.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu

Gunung Semanggol dan pada tahun 1919 di Pondok Ar-Rahmaniah.

Pada tahun 1924 di Pondok Da'irat Al-Ma'arif, Kepala Batas, Seberang

Perai Utara.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir meneruskan pelajaran agama di Pondok

Idrisiah, Kuala Kangsar dan kemudian menjadi ustaz pelatih di sekolah

tersebut.

Seorang Aktivis Dakwah dan Politik

Sejak muda, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah bergiat cergas dalam

perbagai persatuan separa-politik dan pertubuhan politik Melayu

seperti:

· Persatuan Melayu Pulau Pinang

· Persatuan Melayu Perak

· Persatuan Sunligh Taiping

· Kelab Saadat Kuala Kangsar

· Kesatuan Melayu Muda (KMM)

· Angkatan Pemuda Insaf (API)

· Barisan Tani Se-Malaya (BATAS)

· Pembantu Indonesia Merdeka (PIM)

Page 46: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

46

Penglibtannya dalam persatuan-persatuan inilah yang menyebabkan

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir amat rapat dengan Parti Kebangsaan Melayu

Malaya (PKMM) dan pemimpin PKMM, Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di lpoh, Perak

Usaha Pembaharuan

Pada akhir tahun 1920an, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah membuka

kelas pendidikan Islam bernama Kanzal Ma'arif. Berlainan dengan

sistem menadah kitab yang diamalkan pada masa itu, kelas-kelas ini

memperkenalkan sistem perbincangan dan perbahasan bahan-bahan

pengajian ilmu pengetahuan.

Tujuan diadakan pendekatan seperti ini adalah untuk melahirkan ahli-

ahli dakwah dan mubaligh Islam yang bertepatan dengan ajaran Al-

Quran dan As-Sunnah. Kelas-kelas ini diadakan setiap malam Selasa

dan Jumaat setiap minggu. Mereka yang menduduki kelas-kelas ini

adalah terdiri daripada mereka yang dipilih sahaja. Usaha ini

menghasilkan kejayaan yang menggalakkan.

Pada peringkat ini juga Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah terdedah

dengan pemikiran Kaum Tua dan Kaum Muda. Disebabkan pengaruh

gurunya serta pendedahan beliau di madrasah-madrasah yang

digerakkan oleh gerakan Islah yang mewakili Kaum Muda, beliau lebih

cenderung ke arah pendekatan pembaharuan.

Maahad Al-Ehya Al-Sharif

Pada tahun 1934, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bersama beberapa orang

pemimpin tempatan telah menubuhkan Maahad Al-Ehya Al-Sharif di

Gunung Semanggol.

Nama Al-Ehya Al-Sharif memberi erti "menghidupkan kemuliaan".

Dengan menghidupkan kemulian agama inilah diharapkan akan

tercetusnya masyarakat yang memuliakan dunia dan Akhirat di kalangan

bangsa Melayu.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dilantik sebagai mudir Maahad Al-Ehya Al-

Sharif. Jawatan ini dipegangnya hingga ke akhir hayatnya pada tahun

1974.

Usaha pembaharuan ini diteruskan pada tahun 1940 dengan Ustaz Abu

Bakar Al-Baqir menubuhkan Persatuan El-Ehya Al-Sharif (Berhad).

Page 47: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

47

Persatuan ini berperanan sebagai badan yang mengurus dan

melaksanakan hal-ehwal sekolah. Sebuah Lembaga Pengurus yang

bertindak secara kolektif telah diwujudkan.

Meluaskan Pembaharuan

Kelahiran Al-Ehya pada tahun 1934 adalah seiring dengan matangnya

fahaman Islah di kalangan umat Islam di Tanah Melayu. Pergerakan

Islah atau Kaum Muda yang dipopularkan pada awal abad itu telah

banyak mempengaruhi pelajar-pelajar madrasah.

Kemahuan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir untuk mendirikan Al-Ehya

bertambah kuat apabila masih kurang madrasah yang menekankan

pendidikan dunia dan Akhirat di Kawasan Kerian, Perak. Untuk tujuan

tersebut, beliau melepaskan jawatannya di Pondok Idrisiah, Kuala

Kangsar.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendirikan Al-Ehya di Gunung Semanggul

kerana berpandangan tidak sesuai baginya untuk memajukan bangsa

jika terikat dengan iklim istana. Lagipun, para ulamak di Idrisiah amat

condong kepada kemahuan status quo golongan tradisional aristokrat

diraja.

Dalam perkembangan inilah Al-Ehya menerima guru-guru dari Timur

Tengah dan Indonesia yang berfahaman Islah dan Reformasi Islam

sebagai tenaga pendidiknya.

Guru-gurui dari Indonesia ini terdiri daripada aktivis pergerakan

Muhammadiah yang terkenal sebagai Kuam Muda di Indonesia.

Sejak itu, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir juga telah menjadikan Maahad El-

Ehya Al-Sharif sebagai pusat gerakan sosiopolitik, sosioekonomi dan

kegiatan politik berparti berdasarkan Islam dari tahun 1934 hingga

Darurat diisytiharkan pada tahun 1948.

Pembaharuan melalui Ekonomi

Pada tahun 1947, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mempengerusiakn satu

jawatankuasa perhimpunan besar yang dinamakan Persidangan

Ekonomi-Agama se Malaya. Persidangan ini diadakan di Maahad Al-

Ehya Al-Sharif.

Tujuan persidangan tersebut dinyatakan sebagai untuk "berusaha

meluaskan penyiaran agama dan berusaha mempertinggikan ekonomi

Page 48: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

48

bangsa dan negara yang sudah hampir lenyap ke tangan asing".

Persidangan tersebut dihadiri oleh 2,000 orang alim ulamak dan cerdik

pandai dari seluruh Tanah Melayu yang berkelulusan dari sekolah-

sekolah tinggi Mesir, Arab Saudi, India dan Indonesia. Wakil-wakil dari

Singapura juga turut hadir.

Persidangan tersebut berjaya menubuhkan Pusat Perekonomian Melayu

seMalaya atau ringkasnya PEPERMAS. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah

dipilih sebagai Yang Di Pertua (YDP) bagi PEPERMAS.

Sejurus penubuhannya, PEPERMAS telah menyusun kerja-kerja

ekonomi, melantik badan-badan ekonomi serta menggariskan kerja-

kerja derma pelajaran bagi pelajar-pelajar di madrasah-madrasah

seluruh Tanah Melayu.

Pembaharuan dalam Pentadbiran Agama

Majlis Agama Tinggi atau MATA juga ditubuhkan pada tahun 1947, iaitu

sehari selepas PEPERMAS. MATA juga ditubuhkan di Al-Ehya Al-

Sharif, Gunung Semanggol.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dilantik

sebagai penasihat kanan.

MATA ditubuhkan dengan tujuan untuk membetulkan pengurusan dan

pentadbiran hal-ehwal agama Islam yang ditadbir oleh ulamak

tradisional dan raja Melayu.

MATA adalah satu tamparan yang hebat kepada golongan yang bekerja

dalam pertubuhan ulamak negeri dan pejabat agama negeri-negeri. Ini

kerana MATA bertujuan menjadi badan agung untuk mengelolakan soal

agama. MATA juga secara langsung berhasrat menggantikan badan-

badan agama yang telah wujud di setiap negeri.

Pembaharuan melalui Pendidikan

Pada tahun 1947 juga, sebuah badan yang dinamakan LEPIR atau

Lembaga Pendidikan Rakyat telah ditubuhkan. Ustaz Abu Bakar Al-

Baqir telah dipilih menjadi pengerusi LEPIR.

LEPIR adalah hasil usaha daripada Jawatankuasa badan Kebajikan

Pelajaran MATA yang telah mengadakan pemerhatian di seruh Tanah

Melayu dan Singapura perihal kurangnya umat Melayu-Islam dalam

Page 49: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

49

bidang pendidikan.

Melalui LEPIR, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah diberi tanggungjawab

untuk memajukan sekolah agama di seluruh Tanah Melayu.

Melalui LEPIR juga Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah menggabungkan

semua sekolah rakyat di Tanah Melayu, melahirkan satu sistem

persekolahan serta membentuk satu sukatan pelajaran yang seragam

bagi semua sekolah rakyat.

LEPIR di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah

mengusahakan penerbitan buku pelajaran agama dan bahasa Arab bagi

seluruh Tanah Melayu.

Dengan menerajui LEPIR, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir juga telah

menjuruskan usaha ke arah penubuhan sebuah universiti Islam dengan

menubuhkan sebuah tabung mengumpul dana daripada rakyat.

Pembaharuan melalui Politik Islam

Pada 14 Mac 1948, dalam Persidangan MATA, sebuah "Parti Orang-

Orang Islam Malaya" atau dikenal dengan nama Hizbul Muslimin telah

ditubuhkan. Nama Hizbul Muslimin telah dicadangkan oleh Ustaz Abu

Bakar Al-Baqir dan disokong oleh Ustaz Abrab Tamimi dan Dr.

Burhanuddin Al-Helmy.

Hizbul Muslimin mengambil semangat penubuhannya daripada Masjumi

di Indonesia dan Ikhwan Muslimin di Timur Tengah.

Hizbul Muslimin ditubuhkan bagi memperjuangkan kemerdekaan

tanahair berasaskan Islam.

Dasar parti ini adalah atas "Islam semata-mata bagi mencapai

kemerdekaan bangsa Melayu yang berdaulat, menciptakan masyarakat

berdasarkan Islam dan mencapai Tanah Melayu Darul-Islam".

Dalam persidangan tersebut Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dipilih

menjadi Ketua Umum Hizbul Muslimin.

Tamparan kepada UMNO

Dalam persidangan penubuhan MATA di Maahad Al-Ehya Al-Sharif,

pemimpin-pemimpin UMNO berasa sangat ragu-ragu dan berusaha

mengelakkan diri daripada menyertainya. Tidak ramai di kalangan tokoh

Page 50: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

50

UMNO yang hadir dalam persidangan tersebut.

Sebaliknya pemimpin-pemimpin PKMM ramai yang hadir. Bahkan ramai

anggota PKMM yang mengambil bahagian penting dalam menggerakkan

beberapa jawatankuasa di bawah MATA. Keadaan ini merupakan satu

tamparan yang hebat kepada UMNO yang baru saja ditubuhkan itu.

Satu lagi tamparan terhadap UMNO adalah apabila PEPERMAS

ditubuhkan. Dengan penubuhan PEPERMAS ia menjadi saingan hebat

kepada bahagian iktisad UMNO. Bahagian ini sedang giat merangka

perancangan ekonomi lima tahunnya yang pertama dan mahukan

sokongan ramai orang Melayu.

Sejak itu lagi pihak UMNO telah membuat ancaman dengan

menggunakan ungkapan "bahaya dari gunung" terhadap tuntutan dan

usaha yang dilakukan oleh aktivis Islam daripada MATA.

Penubuhan Hizbul Muslimin seterusnya memberi tamparan yang sangat

hebat kepada UMNO. UMNO menolak penubuhan Hizbul Muslimin.

Sebaliknya, sebagai parti yang memperjuangkan kemerdekaan, PKMM

menjadi parti yang sangat berdamping rapat dengan Hizbul Muslimin.

Pusat Memperjuangkan Kemerdekaan

Pada masa itu Maahad Al-Ehya Al-Sharif menjadi pusat, sedangkan

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir menjadi ikon bagi perjuangan kemerdekaan.

Ketika itu UMNO di bawah Dato Onn Jaafar tidak memperjuangkan

kemerdekaan. Bahkan aktivis kemerdekaan sering diejek dengan kata-

kata "nak buat sebatang jarum pun tak pandai, inikan mahu merdeka".

Di bawah kepemimpinann Ustaz Abu Bakar Al-Baqir beberapa

persidangan bagi menyemarakkan tuntutan kemerdekaan telah

diadakan.

Hubungan peribadi yang baik di antara Ustaz Abu Bakar Al-Baqir

dengan pemimpin PKMM seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmi, pemimpin

Melayu Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Abdullah C.D dan juga

pemimpin-pemimpin kiri seperti Ahmad Boestamam dan lain-lain

menjadikan semua persidangan yang dipanggil di atas nama Ustaz Abu

Bakar Al-Baqir mendapat sambutan yang amat luar biasa.

Suasana keterbukatan dan perkongsian yang diwujudkan oleh Ustaz Abu

Page 51: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

51

Bakar Al-Baqir menjadikan semua pihak yang mahukan Tanah Melayu

merdeka, merasakan sumbangan mereka masing-masing dihargai.

Tidak hairan kenapa beberapa pendukung PKMM dan PKM beranggapan

bahawa Hizbul Muslimin adalah sayap politik Islam bagi PKMM

sebagaimana API adalah sayap pemuda dan AWAS adalah sayap wanita

bagi PKMM.

Pada masa itu terdapat ramai anggota-anggota Melayu daripada PKM

yang pada masa yang sama juga merupakan anggota dan penggerak

utama bagi PKMM.

Bagi sebahagian orang Melayu, PKM pada masa itu adalah satu saluran

perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan. Tambahan lagi semasa

pendudukan Jepun mereka turut serta dalam Tentera Anti-Jepun Rakyat

Malaya atau MPAJA. MPAJA adalah front utama PKM dalam perang

gerila menentang penjajah Jepun.

Selepas berakhir Perang Dunia Kedua, pelbagai kumpulan politik

Melayu kecuali UMNO, berkongsi satu cita-cita yang sama, iaitu untuk

membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan British.

Demikian juga bagi aktivis Islam, dengan tertubuhnya Hizbul Muslimin

mereka mahu menjadikan MATA sebagai jabatan agama, LEPIR sebagai

jabatan pendidikan dan PEPERMAS sebagai jabatan ekonomi di bahawa

Hizbul Muslimin.

Apapun, Al-Ehya dibawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dalam

persidangan-persidangan ini telah menaik dan mengibarkan bendera

merah putih berbintas duabelas yang melambangkan bendera Malaya

Merdeka.

Bendera ini telah diluluskan oleh pakatan politik berbilang kaum

PUTERA-AMCJA yang dipengerusikan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmi

pada tahun 1947.

Tamparan berubah Menjadi Hasutan

Penubuhan Hizbul Muslimin menambah lagi tamparan kepada UMNO.

Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Dato Onn Jaafar terhadap

Hizbul Muslimin menyebabkan pentadbiran penjajah British melakukan

pengawasan yang ketat dan tekanan yang hebat terhadap Hizbul

Muslimin.

Page 52: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

52

Dato Onn mengulang ancamannya dengan mengatakan: "Bahaya dari

Gunung itu masih ada lagi dan ditambah pula satu merbahaya lagi yang

tumbuh dari tanah dan menjalar akarnya supaya orang-orang Melayu

terhapus dan terjatuh kerana sebenar-benarnya parti Islam itu 'merah"."

Keterbukan pemimpin-pemimpin Islam seperti Ustaz Abu Bakar Al-

Baqir untuk bergabung tenaga dengan semua pergerakan rakyat yang

menentang British dan memperjuangkan kemerdekaan dilihat sebagai

ancaman oleh Dato Onn dan UMNO pada masa itu.

Lantaran itu Hizbul Muslimin dilabel oleh Dato Onn sebagai "merah" dan

dengan itu Dato Onn telah berjaya menghasut penjajah British untuk

menganggap parti Islam itu sebagai pro-komunis.

Pengintipan dan Penangkapan

Dengan tuduhan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO,

pengintipan berterusan dilakukan terhadap Hizbul Muslimin.

Banyak pengintipan dan laporan kepada pihak polis dilakukan oleh

Penghulu Muda yang baru sahaja didatangkan ke Gunung Semanggol

pada awal tahun 1948. Beliau adalah saudara kepada Datuk Zainal

Abidin Abas, iaitu orang kuat UMNO yang juga merupakan kawan baik

kepada Dato' Onn.

Sebenarnya penghantaran Penghulu Muda itu adalah kehendak UMNO

untuk mengintip pergerakan Al-Ehya dan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Akhirnya Penghulu Muda itu mati dalam keadaan yang tidak baik iaitu

selepas meminum arak. Kepercayaan seperti ini amat berpengaruh

kepada umat Islam di Gunung Semanggol pada masa itu. Peristiwa

seperti inilah yang menjadikan orang-orang Melayu di Gunung

Semanggol terus menolak UMNO.

Pada pukul 12:00 tengahari, 29 Julai 1948, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir

ditangkap di bawah Undang-Undang Darurat.

Lima Tahun Merengkok dalam Penjara

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir ditahan tanpa bicara di atas alasan "bahaya

kepada keselamatan Tanah Melayu".

Beliau bersama-sama lebih 300 tokoh politik agama dan pemimpin

Melayu ditahan kerana dituduh menentang British.

Page 53: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

53

Tuduhan sampingan yang dikenakan sebagai alasan menahan Ustaz Abu

Bakar Al-Baqir adalah beliau ada berkempen menyeru orang ramai

supaya jangan membeli susu dan sabun dari kedai kaum Cina di Gunung

Semanggul!

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir ditahan selama enam bulan di penjara

Taiping, kemudian dipindahkan sebagai tahanan politik di Pulau Jerjak.

Beliau ditahan di Pulau Jerjak selama setahun setengah.

Semasa beramai-ramai di penjara Pulau Jerjak, mereka telah membuat

pakatan iaitu apabila keluar nanti ada di kalangan mereka secara

langsung atau tidak langsung hendaklah menjalankan jarum ke dalam

UMNO untuk menukar UMNO dari slogan "Hidup Melayu" kepada slogan

"Merdeka".

Kemudian Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dipindahkan ke penjara di Tanjung

Beruas Melaka dan akhirnya ke penjara Ipoh.

Selepas dipenjarakan selama empat tahun tiga bulan, Ustaz Abu Bakar

Al-Baqir dibebaskan pada bulan Oktober 1952.

Walaupun penjajah British tidak secara rasmi mengeluarkan perintah

mengharamkan Hizbul Muslimin, namun tindakan British menahan Ustaz

Abu Bakar Al-Baqir bersama-sama 300 orang pemimpin dan para

aktivis, telah menjadikan Hizbul Muslimin lumpuh sama sekali.

Terus Berjuang

Sebagai pengasas parti lslam pertama di negara ini, Ustaz Abu Bakar

al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara

yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan

kepada kefahaman lslam serta mewujudkan Darul lslam.

Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya

menolak perjuangan UMNO.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada 17 Oktober

1945 di lpoh, Perak dan beberapa bulan selepas itu barulah UMNO

ditubuhkan.

Semasa Darurat semua kegiatan politik telah diharamkan oleh British.

Namun UMNO dibenarkan bergerak cergas oleh penjajah British bagi

mengatur jentera ke arah pilihanraya 1955.

Page 54: ISI KANDUNGAN - khazanahnasional · PDF fileKedah dan Ahli Perhubungan ... merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju ... Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi

54

Dalam pilihanraya tahun 1955, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bertanding

sebagai calon Perikatan Melayu Perak menentang calon UMNO, tetapi

gagal.

Ustaz Abu Bakar Al-Bakir tidak menjadi calon PAS yang telah pun

ditubuhkan pada tahun 1951. Sebaliknya satu pakatan politik dan

kerjasama telah diwujudkan di antara PAS dengan Perikatan Melayu

Perak. Pendekatan ini adalah satu strategi yang dirasakan perlu bagi

melindungi Maahad Al-Ehya Al-Sharif.

Sumbangan kepada Gerakan Islam

Walaupun aktiviti di atas nama Hizbul Muslimin berakhir disebabkan

perintah Darurat, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari

alim ulamak terhadap perjuangan politiknya amatlah

memberangsangkan.

Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan ke

arah penubuhan PAS pada tahun 1951.

Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan

pengiktirafan perlulah diberikan kepada Ustaz Abu Bakar Al-Baqir,

pengasas Maahad Al-Ehya Al-Sharif, pemimpin MATA, PEPERMAS,

LEPIR dan seterusnya Hizbul Muslimin yang telah meletakkan asas

utama bagi penubuhan PAS.

Anugerah

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah meneruskan usaha baktinya memajukan

Maahad El-Ehya Al-Sharif hingga ke akhir hayatnya pada bulan Julai,

1974.

Pada tahun 1960an, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dilantik menjadi

anggota Majlis Agama Perak.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dianugerahkan pingat Jasa Perdana

(J.P) dan Pingat Jasa Kebaktian ( P.J.K)

Setelah pemergiannya, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir juga telah

dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Perak 1975.

TAMAT