isi kandungan -...

19
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT) Kitar Semula Alat Ganti ICT i ISI KANDUNGAN 1. PENGENALAN ......................................................................................................... 1 1.1 LATAR BELAKANG DAN PERANAN MAJLIS PERBANDARAN JASIN ............... 1 2. PENGENALAN PROJEK .......................................................................................... 4 2.1 TUJUAN PROJEK ................................................................................................. 4 2.2 OBJEKTIF PROJEK .............................................................................................. 5 2.2.1 Menjimatkan Sumber Kewangan .................................................................... 5 2.2.2 Meningkatkan Kecekapan Dan Kualiti Perkhidmatan ..................................... 5 2.2.3 Memperbaiki Keadaan Kerja........................................................................... 6 2.3 PROSES PELAKSANAAN INOVASI ................................................................... 6 2.4 TEMPOH PELAKSANAAN .................................................................................... 6 2.5 PERINGKAT PELAKSANAAN .............................................................................. 8 2.5.1 Kajian .............................................................................................................. 8 2.5.2 Cadangan ....................................................................................................... 8 2.5.3 Prototaip ......................................................................................................... 8 2.6 KAEDAH PENCETUSAN IDEA ............................................................................. 9 2.7 KATEGORI INOVASI ............................................................................................ 9 2.7.1 Inovasi Sosial ..................................................................................................... 9 2.8 INDIKATOR / CIRI-CIRI UTAMA INOVASI ........................................................... 9 2.8.1 Meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan kos........................................ 9 2.8.2 Memperkenalkan pendekatan baharu .............................................................. 10

Upload: nguyenanh

Post on 20-Aug-2019

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2365-kitar-semula-alat-ganti-ict.pdfc. Kawalan Kebersihan Ldang Ternakan d. Kawalan Ve ktor Dan Rodensia

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)

Kitar Semula Alat Ganti ICT

i

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN ......................................................................................................... 1

1.1 LATAR BELAKANG DAN PERANAN MAJLIS PERBANDARAN JASIN ............... 1

2. PENGENALAN PROJEK .......................................................................................... 4

2.1 TUJUAN PROJEK ................................................................................................. 4

2.2 OBJEKTIF PROJEK .............................................................................................. 5

2.2.1 Menjimatkan Sumber Kewangan .................................................................... 5

2.2.2 Meningkatkan Kecekapan Dan Kualiti Perkhidmatan ..................................... 5

2.2.3 Memperbaiki Keadaan Kerja ........................................................................... 6

2.3 PROSES PELAKSANAAN INOVASI ................................................................... 6

2.4 TEMPOH PELAKSANAAN .................................................................................... 6

2.5 PERINGKAT PELAKSANAAN .............................................................................. 8

2.5.1 Kajian .............................................................................................................. 8

2.5.2 Cadangan ....................................................................................................... 8

2.5.3 Prototaip ......................................................................................................... 8

2.6 KAEDAH PENCETUSAN IDEA ............................................................................. 9

2.7 KATEGORI INOVASI ............................................................................................ 9

2.7.1 Inovasi Sosial ..................................................................................................... 9

2.8 INDIKATOR / CIRI-CIRI UTAMA INOVASI ........................................................... 9

2.8.1 Meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan kos ........................................ 9

2.8.2 Memperkenalkan pendekatan baharu .............................................................. 10

Page 2: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2365-kitar-semula-alat-ganti-ict.pdfc. Kawalan Kebersihan Ldang Ternakan d. Kawalan Ve ktor Dan Rodensia

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)

Kitar Semula Alat Ganti ICT

ii

2.9 INPUT PELANGGAN DIAMBIL KIRA DALAM PERINGKAT PENGHASILAN

INOVASI ........................................................................................................................ 11

2.9.1 Peringkat Akhir ................................................................................................. 11

2.10 MEKANISME MAKLUM BALAS PELANGGAN ................................................ 11

3. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN ................................... 12

4. IMPAK INOVASI ..................................................................................................... 15

4.1 Agensi / Jabatan .................................................................................................. 15

4.2 Rakyat / Perniagaan ............................................................................................ 15

5. ELEMEN INOVASI ................................................................................................. 15

5.1 Inovatif / Kreativiti ................................................................................................ 15

5.2 Keberkesanan ..................................................................................................... 16

5.3 Signifikan ............................................................................................................. 17

6. PENUTUP .............................................................................................................. 17

Page 3: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2365-kitar-semula-alat-ganti-ict.pdfc. Kawalan Kebersihan Ldang Ternakan d. Kawalan Ve ktor Dan Rodensia

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)

Kitar Semula Alat Ganti ICT

1

1. PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG DAN PERANAN MAJLIS PERBANDARAN JASIN

Majlis Perbandaran Jasin merupakan sebuah organisasi kerajaan kategori

pihak berkuasa tempatan di dalam negeri Melaka. Majlis Perbandaran Jasin

ditadbir oleh Yang Dipertua dan dibantu oleh Setiausaha, diperkuatkan oleh

11 jabatan dan tiga (3) unit utama. Majlis Perbandaran Jasin membawa visi

ke arah menjadi sebuah perbandaran yang dinamik yang mengutamakan

pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

memberikan perkhidmatan perbandaran

Visi

Menjadikan Daerah Jasin sebagai sebuah Perbandaran dinamik yang

mengutamakan pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020

Misi

Komited untuk memberikan perkhidmatan, perbandaran yang terbaik,

berkualiti, telus, dan cekap melalui penggembelingan tenaga dan sumber

secara optimum

Objektif

i. Mempertingkatkan keupayaan dan kapisiti Majlis;

ii. Memperkasa tadbir urus Majlis;

iii. Memperkukuhkan dan Memantapkan sumber hasil Majlis;

iv. Mempertingkatkan kualiti hidup komuniti;

v. Memantapkan kolaborasi strategik.

Page 4: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2365-kitar-semula-alat-ganti-ict.pdfc. Kawalan Kebersihan Ldang Ternakan d. Kawalan Ve ktor Dan Rodensia

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)

Kitar Semula Alat Ganti ICT

2

Fungsi Dan Peranan

Berdasarkan peruntukan yang terdapat di dalam Akta 171, Akta 172 dan Akta

133, fungsi mpj dibahagikan kepada lima bidang:

i. Kebersihan Alam Sekitar

a. Pengindahan Kawasan Dan Jalan-Jalan Utama

b. Penyediaan Dan Penyelenggaraan Kawasan Rekreasi

c. Penyediaan Dan Penyelenggaraan Sistem Perparitan

d. Pemantauan Dan Penyelenggaraan Kawasan Lapang / Hijau

ii. Kesihatan Awam

a. Kawalan Pelesenan Premis Perniagaan

b. Kawalan Kbersihan Premis Makanan

c. Kawalan Kebersihan Ldang Ternakan

d. Kawalan Vektor Dan Rodensia

e. Kawalan Binatang Liar Dan Terliar

iii. Pembangunan

a. Mengawal Pembangunan Melalui Rancangan Struktur Dan Rancangan

Tempatan

b. Mengawal Dan Menguatkuasa Kelulusan Pelan Pembangunan

c. Mengawal Dan Menguatkuasa Pelan Kerja Tanah

d. Mengawal Dan Menguatkuasa Pelan Jalan Dan Parit

e. Mengawal Dan Menguatkuasa Pelan Landskap

f. Mengawal Dan Menguatkuasa Pelan Lampu Awam

g. Mengawal Dan Meguatkuasa Permit Bangunan Sementara

Page 5: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2365-kitar-semula-alat-ganti-ict.pdfc. Kawalan Kebersihan Ldang Ternakan d. Kawalan Ve ktor Dan Rodensia

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)

Kitar Semula Alat Ganti ICT

3

iv. Kemudahan Awam & Infrastruktur

a. Menyediakan Dan Menyelanggara Kemudahan Awam

b. Menyediakan Dan Menyelnggara Infrastruktur Perbandaran

c. Menguruskan Tempat Letak Kereta

Gambar 1 : Juruteknik Komputer sedang memasang komputer dan seterusnya

membuat pemasangan dan konfigurasi rangkaian dan sistem di kaunter Majlis

Perbandaran Jasin, dibantu oleh Pentadbir Rangkaian.

Page 6: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2365-kitar-semula-alat-ganti-ict.pdfc. Kawalan Kebersihan Ldang Ternakan d. Kawalan Ve ktor Dan Rodensia

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)

Kitar Semula Alat Ganti ICT

4

2. PENGENALAN PROJEK

2.1 TUJUAN PROJEK

Projek ‘Kitar Semula Alat Ganti Komputer’ merupakan satu program

berbentuk kitar semula komputer yang diinisiatif oleh Jabatan Teknologi Maklumat,

Majlis Perbandaran Jasin khusus untuk memenuhi keperluan komputer bagi

kegunaan kakitangan Majlis Perbandaran Jasin dalam melaksanakan kerja-kerja

pentadbiran dan juga teknikal.

Inisiatif ini mula timbul pada tahun 2010 berikutan isu kekurangan komputer

yang melanda Majlis Perbandaran Jasin dan ketidakcukupan sumber kewangan

untuk membiayai pembelian komputer baru bagi menggantikan komputer-komputer

yang telah obsolete dan wajar dilupuskan kerana tidak ergonomik untuk

digunapakai. Kebanyakan komputer yang ada ketika itu telah berusia melebihi 5

tahun dan mempunyai spesifikasi yang rendah dan tidak mampu menampung

sepenuhnya beban perisian sistem operasi dan perisian aplikasi versi semasa.

Dengan sumber kewangan yang ada, pihak pengurusan Majlis Perbandaran Jasin

mengharapkan agar Jabatan Teknologi Maklumat mencari solusi bagi menangani

isu komputer pada waktu itu.

Meskipun Majlis Perbandaran Jasin telah membuat pembelian 52 unit

komputer dan 11 unit komputer riba pada penghujung tahun 2011, ianya masih

belum cukup untuk menyelesaikan kekurangan komputer. Justeru, pada tahun

2012, Jabatan Teknologi Maklumat telah merangka suatu pelan untuk

menggunakan semula komputer terpakai selepas ianya ditukar alat ganti dan

dinaiktaraf.

Dengan bermulanya projek ini di antara tahun 2013 sehingga tahun 2016,

adalah menjadi harapan pihak pengurusan Majlis Perbandaran Jasin agar projek ini

Page 7: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2365-kitar-semula-alat-ganti-ict.pdfc. Kawalan Kebersihan Ldang Ternakan d. Kawalan Ve ktor Dan Rodensia

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)

Kitar Semula Alat Ganti ICT

5

dapat membantu dalam usaha untuk mencapai sasaran seorang kakitangan sebuah

komputer yang terkandung di dalam Pelan Strategik ICT 2014 - 2018, sekaligus

membolehkan kakitangan Majlis Perbandaran Jasin melaksanakan kerja-kerja

dalam memberikan perkhidmatan kepada orang awam dengan spesifikasi komputer

yang mampu menampung beban perisian semasa. Projek ini juga secara tidak

langsung dapat memperbaiki perkhidmatan Majlis Perbandaran Jasin terhadap

orang awam.

2.2 OBJEKTIF PROJEK

2.2.1 Menjimatkan Sumber Kewangan

Melalui projek ‘Kitar Semula Alat Ganti Komputer’ ini, Majlis Perbandaran

Jasin secara tidak langsung telah dapat mengawal perbelanjaan untuk membeli

komputer baru. Dengan kos perbelanjaan yang sedikit untuk membeli peralatan,

Jabatan Teknologi Maklumat telah dapat menyediakan banyak komputer untuk

kegunaan kakitangan tanpa membeli komputer baru. Malah ada di antara komputer

berkenaan telah dapat disediakan tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos kerana

Jabatan Teknologi Maklumat hanya menggunakan semula alat ganti dari komputer

yang dilupuskan.

2.2.2 Meningkatkan Kecekapan Dan Kualiti Perkhidmatan

Dengan kuantiti dan kualiti komputer yang mencukupi, kualiti perkhidmatan di

setiap jabatan di Majlis Perbandaran Jasin dapat ditingkatkan dan perkhidmatan

dapat disampaikan kepada orang awam dengan cepat dan mudah. Dengan adanya

sumber komputer yang mencukupi, secara tidak langsung dapat meningkatkan

produktiviti kakitangan Majlis Perbandaran Jasin.

Page 8: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2365-kitar-semula-alat-ganti-ict.pdfc. Kawalan Kebersihan Ldang Ternakan d. Kawalan Ve ktor Dan Rodensia

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)

Kitar Semula Alat Ganti ICT

6

2.2.3 Memperbaiki Keadaan Kerja

Dengan adanya sumber komputer yang mencukupi, persekitaran kerja di

setiap jabatan di Majlis Perbandaran Jasin dapat ditingkatkan. Kerja-kerja dapat

dilaksanakan dengan lebih selesa dan teratur. Ianya meningkatkan kualiti

persekitaran kerja di Majlis Perbandaran Jasin.

2.3 PROSES PELAKSANAAN INOVASI

Projek ‘Kitar Semula Alat Ganti Komputer’ ini dilaksanakan secara in-house

melibatkan seorang Juruteknik Komputer dibantu oleh pelatih latihan industri dan

diselia oleh seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Pasukan ini

menggunakan komputer dan alat ganti dari komputer yang dilupuskan oleh Jabatan

Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan, komputer-komputer milik Majlis Perbandaran Jasin yang dilupuskan atas

sebab ‘obsolete’ serta komputer yang disumbangkan oleh syarikat-syarikat untuk

projek tertentu.

2.4 TEMPOH PELAKSANAAN

Pada tahun 2010, Majlis Perbandaran Jasin menghadapi masalah

kekurangan sumber komputer yang berkualiti untuk menampung kakitangan yang

semakin bertambah. Sumber kewangan yang terhad juga menghalang untuk Majlis

Perbandaran Jasin memperuntukkan sejumlah peruntukan untuk membeli komputer

baru.

Justeru, atas saranan dari pihak pengurusan Majlis Perbandaran Jasin,

Jabatan Teknologi Maklumat telah mengadakan perbincangan untuk mendapatkan

jalan penyelesaian agar perkhidmatan Majlis Perbandaran Jasin tidak terjejas.

Bermula tahun 2011, semua komputer-komputer lama yang ingin dan sedang

dilupuskan disemak semula agar alat ganti dari komputer berkenaan yang masih

Page 9: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2365-kitar-semula-alat-ganti-ict.pdfc. Kawalan Kebersihan Ldang Ternakan d. Kawalan Ve ktor Dan Rodensia

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)

Kitar Semula Alat Ganti ICT

7

berguna dapat dikumpulkan untuk diguna semula. Pada tahun 2015 pula, Jabatan

Kerajaan Tempatan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan

Kerajaan Tempatan pula telah melupuskan 20 unit komputer yang digunapakai di

Pusat Komuniti BDD, Taman Seri Kemendor, Jasin untuk kegunaan penduduk

setempat. Ini turut membantu dan membuka ruang bagi Majlis Perbandaran Jasin

melaksanakan projek yang telah dirancang.

Gambar 2 : Juruteknik Komputer sedang menyemak RAM yang bersesuaian

untuk Motherboard komputer yang sedang dipasang.

Page 10: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2365-kitar-semula-alat-ganti-ict.pdfc. Kawalan Kebersihan Ldang Ternakan d. Kawalan Ve ktor Dan Rodensia

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)

Kitar Semula Alat Ganti ICT

8

2.5 PERINGKAT PELAKSANAAN

2.5.1 Kajian

Kajian mendapati pada tahun 2010, bilangan komputer tidak mampu

menampung keseluruhan 220 orang kakitangan Majlis Perbandaran Jasin. Kira-kira

50% dari komputer sedia ada pula telah berusia melebihi 5 tahun dan tidak

ergonomik untuk digunapakai. Justeru, ini memerlukan tindakan Jabatan Teknologi

Maklumat untuk menggantikan komputer sedia ada yang telah ‘obsolete’ dan

membeli atau mendapatkan komputer baru bagi menampung penggunaan oleh

kakitangan Majlis Perbandaran Jasin.

2.5.2 Cadangan

Berdasarkan kajian diatas, pihak pengurusan Majlis Perbandaran Jasin telah

membuat cadangan agar Jabatan Teknologi Maklumat mengumpulkan alat ganti

dari komputer lama yang dilupuskan untuk digunapakai bagi menyediakan komputer

baru. Semua alat ganti bagi komputer-komputer yang dilupuskan disemak semula

kefungsiannya. Jika ianya masih baik dan berkualiti, ianya dikumpulkan untuk

digunapakai semula.

2.5.3 Prototaip

Satu unit komputer telah disediakan untuk tujuan pengujian dari segi

kebolehupayaan, ketahanan dan kefungsiannya pada tahun 2014. Setelah

memastikan pengujian benar-benar berjaya dan komputer berkenaan stabil, gerak

kerja diteruskan ke peringkat seterusnya.

Page 11: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2365-kitar-semula-alat-ganti-ict.pdfc. Kawalan Kebersihan Ldang Ternakan d. Kawalan Ve ktor Dan Rodensia

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)

Kitar Semula Alat Ganti ICT

9

2.6 KAEDAH PENCETUSAN IDEA

Pihak pengurusan Majlis Perbandaran Jasin meminta agar pihak Jabatan

Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Jasin membuat perbincangan dalaman

antara kakitangan jabatan agar memikirkan kaedah bagi menyediakan komputer-

komputer untuk kegunaan kakitangan tanpa mengeluarkan kos yang banyak untuk

tujuan pembelian.

2.7 KATEGORI INOVASI

2.7.1 Inovasi Sosial

Kekurangan sumber kewangan membuka suatu ruang untuk Majlis

Perbandaran Jasin mencipta suatu inovasi sosial dengan mengubah kaedah

penyediaan komputer baru melalui kaedah pembelian (perolehan) yang melibatkan

kos kepada kaedah yang baru yang tidak melibatkan kos pembelian iaitu

pemasangan komputer baru dengan menggunakan semula alat ganti yang lama.

Inovasi ini adalah suatu bentuk perubahan ke atas proses kerja pembekalan

komputer.

2.8 INDIKATOR / CIRI-CIRI UTAMA INOVASI

2.8.1 Meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan kos

Projek ini secara tidak langsung bukan sahaja memberi sumbangan dalam

meningkatkan kecekapan melalui penyediaan komputer yang mencukupi kepada

kakitangan Majlis Perbandaran, malah turut menjimatkan kos kerana Majlis

Perbandaran Jasin hanya mengeluarkan sedikit kos dalam keadaan tertentu,

khususnya sekiranya alat ganti terpakai yang dikehendaki tiada dalam simpanan.

Page 12: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2365-kitar-semula-alat-ganti-ict.pdfc. Kawalan Kebersihan Ldang Ternakan d. Kawalan Ve ktor Dan Rodensia

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)

Kitar Semula Alat Ganti ICT

10

2.8.2 Memperkenalkan pendekatan baharu

Projek ini menggunakan pendekatan baharu untuk membekalkan komputer

kepada kakitangan daripada kaedah perolehan kepada kaedah kitar semula dan

tambah baik komputer berkenaan dari aspek spesifikasi. Setiap komputer yang

telah siap dipasang semula menggunakan motherboard, RAM, hardisk dan monitor

yang baru akan diformat terlebih dahulu untuk memastikan prestasi komputer yang

dipasang boleh digunakan tanpa menanggung beban dari versi sistem operasi yang

sebelumnya.

Gambar 3 : Juruteknik Komputer dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat selaku

Pentadbir Rangkaian sedang melaksanakan konfigurasi rangkaian dan alamat IP

kepada komputer-komputer yang telah siap dipasang.

Page 13: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2365-kitar-semula-alat-ganti-ict.pdfc. Kawalan Kebersihan Ldang Ternakan d. Kawalan Ve ktor Dan Rodensia

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)

Kitar Semula Alat Ganti ICT

11

2.9 INPUT PELANGGAN DIAMBIL KIRA DALAM PERINGKAT

PENGHASILAN INOVASI

2.9.1 Peringkat Akhir

Dalam peringkat akhir projek ini, pandangan pengguna (pengguna komputer

yang telah dipasang) diperolehi dan turut membantu memperbaiki kualiti sesebuah

komputer. Kadangkala sesebuah komputer yang telah dipasang tidak mampu

menampung sesuatu perisian aplikasi yang agak berat seperti Oracle Forms.

Justeru, pandangan pengguna amat penting dalam memastikan komputer yang siap

dipasang boleh digunakan tanpa sebarang masalah seolah-olah komputer baru.

2.10 MEKANISME MAKLUM BALAS PELANGGAN

Mekanisme untuk pengguna komputer memberi maklumbalas adalah melalui

email, memo dalaman jabatan atau borang aduan PK-JTM-002/R1 (untuk kes

maklumbalas negatif seperti kerosakan dan sebagainya).

Page 14: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2365-kitar-semula-alat-ganti-ict.pdfc. Kawalan Kebersihan Ldang Ternakan d. Kawalan Ve ktor Dan Rodensia

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)

Kitar Semula Alat Ganti ICT

12

3. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN

Terdapat pelbagai impak sebelum dan selepas inovasi ini dihasilkan seperti

yang tertera di Jadual 1.

SEBELUM INOVASI SELEPAS INOVASI

Pegawai Terdapat pegawai dan

kakitangan yang berkongsi

komputer untuk melaksanakan

kerja-kerja yang diberi.

Setiap pegawai dan

kakitangan berkenaan

mempunyai komputer masing-

masing dan tidak perlu

berusaha meminjam komputer

milik pegawai lain.

Budget

tahunan

Majlis Perbandaran Jasin perlu

menyediakan peruntukan di

dalam budget tahunan untuk

pembelian dan penggantian

komputer setiap tahun.

Peruntukan untuk pembelian

dan penggantian komputer

perlu disediakan untuk tempoh

setiap 3 tahun sahaja.

Masa Terdapat pegawai dan

kakitangan yang berkongsi

komputer terpaksa menunggu

pegawa lain menyelesaikan

tugasan, menyebabkan

prestasi kerja menjadi lambat.

Tanpa perkongsian komputer,

pegawai dan kakitangan dapat

menyelesaikan kerja-kerja

dengan lebih cepat dan

efisien.

Jadual 1

Selepas inovasi dijalankan, hampir 10% dari sejumlah 119 unit komputer

adalah komputer yang dikitar semula. Jadual 2 menunjukkan senarai komputer yang

telah dikitar semula dan dipasang semula pada tahun 2016 :

Page 15: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2365-kitar-semula-alat-ganti-ict.pdfc. Kawalan Kebersihan Ldang Ternakan d. Kawalan Ve ktor Dan Rodensia

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)

Kitar Semula Alat Ganti ICT

13

Model Pengguna Jabatan Spesifikasi

ACER Nurul Aain Binti

Zakariah

Jab. Penguatkuasa Pentium ( R ) Dual Core

CPU

2.70GHz

RAM 2GB

32-Bit OS

ACER Rossidah Binti

Muhamad

Jab. Penguatkuasa Pentium ( R ) Dual Core

CPU

2.70GHz

RAM 2GB

32-Bit OS

ACER Mohd Afandi Bin

Yusof

Jab. Kawalan

Bangunan

Pentium ( R ) Dual Core

CPU

2.79GHz

RAM 2GB

32-Bit OS

ACER Noor Sharmira

Binti Rosli

Jab. Kawalan

Bangunan

Pentium ( R ) Dual Core

CPU

2.79GHz

RAM 2GB

32-Bit OS

ACER Fairusnizam Bin

Zakaria

Jab. Khidmat

Pengurusan dan

Perkhidmatan

Pentium ( R ) Dual Core

CPU

2.79GHz

RAM 2GB

32-Bit OS

Page 16: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2365-kitar-semula-alat-ganti-ict.pdfc. Kawalan Kebersihan Ldang Ternakan d. Kawalan Ve ktor Dan Rodensia

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)

Kitar Semula Alat Ganti ICT

14

Model Pengguna Jabatan Spesifikasi

ACER Hazmin Bin

Ahmad

Jab. Khidmat

Pengurusan dan

Perkhidmatan

Pentium ( R ) Dual Core

CPU

2.79GHz

RAM 2GB

32-Bit OS

ACER Anita Bte Nudin Jab. Khidmat

Pengurusan dan

Perkhidmatan

Pentium ( R ) Dual Core

CPU

2.79GHz

RAM 2GB

32-Bit OS

HP Mohd Fairus

Azhar Bin A.

Mutalib

Unit Pusat

Setempat

HP Compaq DC Intel ( R

) Core 1

1.2GHz

RAM 1GB

32-Bit OS

Jadual 2

Page 17: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2365-kitar-semula-alat-ganti-ict.pdfc. Kawalan Kebersihan Ldang Ternakan d. Kawalan Ve ktor Dan Rodensia

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)

Kitar Semula Alat Ganti ICT

15

4. IMPAK INOVASI

4.1 Agensi / Jabatan

Inovasi ini secara tidak langsung memberi impak kepada peruntukan

kewangan Majlis Perbandaran Jasin. Ianya tidak mengurangkan jumlah

perbelanjaan Majlis Perbandaran Jasin pada setiap tahun tetapi ianya telah berjaya

mengurangkan peruntukan pembelian komputer oleh Majlis Perbandaran Jasin

dalam tempoh 5 tahun terakhir.

4.2 Rakyat / Perniagaan

Melalui inovasi ini, setelah tercapainya sasaran seorang kakitangan sebuah

komputer, ianya meningkatkan mutu perkhidmatan kakitangan di semua jabatan

dalam Majlis Perbandaran Jasin kerana setiap kakitangan boleh memanfaatkan

sepenuhnya komputer untuk melaksanakan tugasan masing-masing. Justeru, ianya

secara tidak langsung telah memperkemas dan meningkatkan kualiti perkhidmatan

kepada rakyat dan pelanggan.

5. ELEMEN INOVASI

5.1 Inovatif / Kreativiti

Kebiasaannya sesebuah komputer baru disediakan melalui perolehan secara

belian terus, sewa beli atau sewaan. Memandangkan Majlis Perbandaran Jasin

sentiasa memikirkan kaedah dalam mengawal perbelanjaan selaras dengan dasar

kerajaan berbelanja secara berhemah, Majlis Perbandaran Jasin mengamalkan

kaedah kitar semula alat ganti komputer dalam usaha memenuhi keperluan

komputer kakitangan tanpa melibatkan perolehan belian terus, sewa beli atau

sewaan.

Page 18: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2365-kitar-semula-alat-ganti-ict.pdfc. Kawalan Kebersihan Ldang Ternakan d. Kawalan Ve ktor Dan Rodensia

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)

Kitar Semula Alat Ganti ICT

16

5.2 Keberkesanan

Setelah Majlis Perbandaran Jasin mencapai sasaran seorang kakitangan

sebuah komputer, ianya secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan

prestasi kerja kakitangan, dan seterusnya meningkatkan prestasi penyampaian

perkhidmatan kepada orang awam.

Gambar 4 : Perbincangan dalaman antara kakitangan Jabatan Teknologi Maklumat,

seterusnya Juruteknik Komputer mempersiapkan peralatan dan alat ganti yang

diperlukan.

Page 19: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2365-kitar-semula-alat-ganti-ict.pdfc. Kawalan Kebersihan Ldang Ternakan d. Kawalan Ve ktor Dan Rodensia

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(Bukan ICT)

Kitar Semula Alat Ganti ICT

17

5.3 Signifikan

Pelaksanaan projek ini memberi ruang kepada penjimatan kos untuk

pembelian komputer. Selepas tahun 2011, pembelian dan penggantian komputer

secara pukal hanya dilaksanakan sekali iaitu pada tahun 2014. Ini adalah kerana

komputer-komputer yang digunakan semula selepas dibaiki, ditukar alat ganti dan

dinaiktaraf telah banyak menyumbangkan kepada jumlah komputer sedia ada.

6. PENUTUP

Projek ini merupakan projek in-house yang tidak memberi kesan terus

kepada pelanggan tetapi memberi impak secara tidak langsung kepada peningkatan

taraf dan kualiti perkhidmatan Majlis Perbandaran Jasin kepada pelanggan.

Projek ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada penjimatan

peruntukan perbelanjaan kewangan Majlis Perbandaran Jasin. Secara tidak

langsung ianya turut menyumbang kepada pengekalan kemahiran teknikal

kakitangan Jabatan Teknologi Maklumat. Justeru, projek ini wajar diteruskan untuk

kebaikan semua.