isi kandunganjpbd.pahang.gov.my/images/web/pdf/rsn.pdf · 3 pembangunan tanah-tanah kerajaan di...

131
ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT Isi Kandungan i Senarai Rajah ix Senarai Peta x Senarai Jadual xi PENGENALAN 1. RANGKA KERJA PERANCANGAN NEGERI 1 2. PROFIL KAWASAN KAJIAN 2 3. WAWASAN PEMBANGUNAN NEGERI 5 4. RANCANGAN FIZIKAL NEGARA 5 5. RMK-8 PAHANG – MENJANA PERTUMBUHAN EKONOMI 9 6. SASARAN PERTUMBUHAN EKONOMI 2020 9 7. KEDUDUKAN PAHANG DALAM KONTEKS NASIONAL 11 8. PEMBANGUNAN NEGERI-NEGERI BERSEMPADAN 15 9. DOKUMEN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 15 BAB 1 : STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI 1.1 PENGENALAN 17 1.2 MATLAMAT RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG (RSNPhg) 17 1.3 OBJEKTIF PEMBANGUNAN 17 1.3.1 Objektif Pembangunan Ekonomi 17 1.3.2 Objektif Pembangunan Fizikal 18 1.3.3 Objektif Pembangunan Sosial 18 i Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Upload: vuminh

Post on 27-May-2019

272 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT Isi Kandungan i

Senarai Rajah ix

Senarai Peta x

Senarai Jadual xi

PENGENALAN

1. RANGKA KERJA PERANCANGAN NEGERI 1

2. PROFIL KAWASAN KAJIAN 2

3. WAWASAN PEMBANGUNAN NEGERI 5

4. RANCANGAN FIZIKAL NEGARA 5

5. RMK-8 PAHANG – MENJANA PERTUMBUHAN EKONOMI 9

6. SASARAN PERTUMBUHAN EKONOMI 2020 9

7. KEDUDUKAN PAHANG DALAM KONTEKS NASIONAL 11

8. PEMBANGUNAN NEGERI-NEGERI BERSEMPADAN 15

9. DOKUMEN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 15

BAB 1 : STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI

1.1 PENGENALAN 17

1.2 MATLAMAT RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG (RSNPhg) 17

1.3 OBJEKTIF PEMBANGUNAN 17

1.3.1 Objektif Pembangunan Ekonomi 17

1.3.2 Objektif Pembangunan Fizikal 18

1.3.3 Objektif Pembangunan Sosial 18

iRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 2: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.4 INDIKATOR PEMBANGUNAN 19

1.4.1 Penduduk 19

1.4.2 Guna Tenaga 20

1.4.3 Kesesuaian Tanah 21

1.4.4 Konurbasi Kuantan dan Temerloh-Mentakab 22

1.4.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 22

1.5 STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI 22

1.5.1 Strategi Pembangunan Pertanian 22

1.5.2 Strategi Pembangunan Perindustrian 25

1.5.3 Strategi Pembangunan Pelancongan 26

1.5.4 Strategi Pembangunan Kemudahan Sosial 27

1.6 PENUTUP 28

BAB 2 : LOKASI PEMBANGUNAN

2.1 PENGENALAN 29

2.2 DASAR LP 1 29

2.2.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 30

2.2.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 30

2.3 DASAR LP 2 30

2.3.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 31

2.3.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 31

iiRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 3: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

2.4 DASAR LP 3 35

2.4.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 35

2.4.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 36

2.5 DASAR LP 4 36

2.5.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 37

2.5.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 37

2.6 DASAR LP 5 37

2.6.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 38

2.6.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 38

2.7 DASAR LP 6 39

2.7.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 39

2.7.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 39

2.8 DASAR LP 7 41

2.8.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 42

2.8.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 43

2.9 DASAR LP 8 47 2.9.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 47

2.9.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 47

2.10 DASAR LP 9 48

2.10.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 48

2.10.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 48

iiiRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 4: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

2.11 DASAR LP 10 51

2.11.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 51

2.11.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 51

2.12 DASAR LP 11 52

2.12.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 52

2.12.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 52

2.13 DASAR LP 12 53

2.13.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 54

2.13.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 56

2.14 DASAR LP 13 56

2.14.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 59

2.14.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 60

2.15 PENUTUP 60

BAB 3 : PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

3.1 PENGENALAN 61

3.2 DASAR AS 1 61

3.2.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 61

3.2.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 62

ivRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 5: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

3.3 DASAR AS 2 62

3.3.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 63

3.3.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 64

3.4 DASAR AS 3 66

3.4.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 67

3.4.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 68

3.5 DASAR AS 4 68

3.5.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 68

3.5.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 69

3.6 DASAR AS 5 69

3.6.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 69

3.6.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 70

3.7 DASAR AS 6 70

3.7.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 70

3.7.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 71

3.8 PENUTUP 71

vRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 6: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT BAB 4 : KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

4.1 PENGENALAN 73

4.2 DASAR IKS 1 73

4.2.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 73

4.2.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 78

4.3 DASAR IKS 2 81

4.3.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 81

4.3.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 85

4.4 DASAR IKS 3 87

4.4.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 87

4.4.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 88

4.5 DASAR IKS 4 89

4.5.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 89

4.5.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 90

4.6 DASAR IKS 5 92

4.6.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 93

4.6.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 93

4.7 DASAR IKS 6 94

4.7.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 94

4.7.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 95

viRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 7: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

ISI KANDUNGAN

viiRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

PERKARA MUKA SURAT

4.8 DASAR IKS 7 95

4.8.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 96

4.8.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 96

4.9 DASAR IKS 8 96

4.9.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 97

4.9.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 98

4.10 DASAR IKS 9 98

4.10.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 100

4.10.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 100

4.11 DASAR IKS 10 100

4.11.1 Bagaimana melaksanakan dasar ini 101

4.11.2 Indikator mengukur pelaksanaan dasar 101

4.12 PENUTUP 102

BAB 5 : RANGKA KERJA PERANCANGAN GUNA TANAH NEGERI

5.1 PENGENALAN 103

5.2 ASAS PEMBENTUKAN RANGKA KERJA PERANCANGAN 103

GUNA TANAH

Page 8: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

ISI KANDUNGAN

viiiRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

PERKARA MUKA SURAT

5.3 GUNA TANAH SEMASA 104

5.4 RANGKA KERJA PERANCANGAN GUNA TANAH NEGERI PAHANG 2020 104 5.4.1 Kawasan Perhutanan 105 5.4.2 Kawasan Pertanian 106 5.4.3 Kawasan Tepu Bina 107 5.4.4 Infrastruktur Dan Pengangkutan 108 5.5 PENUTUP 108

BAB 6 : MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN DASAR

6.1 PENGENALAN 111

6.2 MEKANISME PELAKSANAAN DASAR 111

6.2.1 Struktur Pelaksanaan dan Kajian Semula RSN 111

6.2.2 Program-program Pelaksanaan (Utama) 115

6.2.3 Kawalan Perancangan 116

6.3 MEKANISME PEMANTAUAN DASAR 117

6.3.1 Pemantauan Pelaksanaan dan Kajian Semula RSN 117

6.3.2 Pemantauan Guna Tanah melalui Sistem Maklumat 118

Geografi (RSN-GIS)

6.4 PENUTUP 119

Page 9: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

SENARAI RAJAH NO. RAJAH PERKARA MUKA SURAT

1 Perbandingan Sumbangan Sektor Ekonomi Kepada KDNK 10 Tahun 2000 dan 2020 Bagi Negeri Pahang 2 Perbandingan KDNK Mengikut Zon Tahun 2000 dan 2020 10 3 KDNK Per Kapita Tahun 2000 dan 2020 12

4 Sumbangan KDNK Tahun 2000 dan 2020 12

5 Jumlah Penduduk Semenanjung Malaysia Pada Tahun 13

2000 dan 2020

6 Kedudukan Pertumbuhan Penduduk Semenanjung Malaysia 13 Pada Tahun 2020

7 Guna Tenaga Tahun 2000 dan 2020 14

ixRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 10: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

SENARAI PETA

NO. PETA PERKARA MUKA SURAT

1 Zon Pembangunan 4 2 Cadangan Hierarki Petempatan 2020 34 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46 6 Cadangan Kluster Industri 50 7 Cadangan Zon Pelancongan 58 8 Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) 65 9 Banjaran Titiwangsa 72 10 Cadangan Sistem Pengangkutan 79 11 Cadangan Pembangunan Naik Taraf Jalan 80 12 Cadangan Pembangunan Utiliti 86 13 Cadangan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Berpusat 91 14 Guna Tanah Semasa 2002 109 15 Pelan Strategik Guna Tanah Negeri Pahang 2020 110

xRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 11: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT

1 Keluasan Bagi Setiap Daerah Di Negeri Pahang 2 2 KDNK Negeri Pahang dan Kadar Pertumbuhan Bagi Tahun 1990, 9 1995 dan 2000

3 Taburan Penduduk Mengikut Daerah Bagi Tahun 2000 - 2020 19 4 Unjuran Guna Tenaga Negeri Pahang 2000 – 2020 21 5 Hasil Analisis Kedapatan Tanah Untuk Pembangunan 21

Bagi Negeri Pahang 2020

6 Hierarki Pusat-pusat Petempatan Tahun 2020 32 7 Projek Pembangunan Pelaburan yang telah diluluskan di atas 39

tanah-tanah Kerajaan 8 Cadangan Pengezonan Pertanian 2020 44 9 Kluster Industri Tahun 2002 dan Tahun 2020 49 10 Fokus Pembangunan Pelancongan Mengikut Daerah 55

11 Jumlah Pelancongan Negeri Pahang Pada Tahun 2000 56 Dan Sasaran Pada Tahun 2020 12 Jumlah Bilik Penginapan Tahun 2002 Dan Unjurannya 57 Pada Tahun 2020

13 Cadangan Naik Taraf dan Pembinaan Jalan Baru 74 Sehingga Tahun 2020

xiRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 12: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT 14 Cadangan Mempertingkatkan Sistem Perhubungan dan 76

Pengangkutan Udara

15 Unjuran Permintaan dan Penawaran 82 Bekalan Air Negeri Pahang, Tahun 2020 16 Permintaan Bekalan Elektrik Mengikut Sektor Di Negeri Pahang 83 17 Projek-Projek Naiktaraf Bekalan Elektrik Di Negeri Pahang 83

18 Cadangan-Cadangan Pembangunan Sistem Telekomunikasi 84

Di Negeri Pahang

19 Status Permohonan Tanah Tapak Loji Rawatan Enapcemar(STF) 87 di Negeri Pahang

20 Tapak Pelupusan Sampah dan Kapasiti Sisa Pepejal Negeri Pahang 88

21 Cadangan Tapak Pelupusan Pepejal Berpusat di Negeri Pahang, 2020 90 22 Kawasan Perletakan Stesen Siren Amaran Banjir di Negeri Pahang 93

23 Unjuran Unit Kediaman bagi Negeri Pahang Mengikut Daerah, 95

2002-2020 24 Penyediaan Kemudahan Masyarakat 2002-2020 97

25 Jumlah Keseluruhan Kawasan Lapang 98

26 Taburan Kawasan Rekreasi Berasaskan Sumber Alam Semulajadi 99

Negeri Pahang Mengikut Daerah, Negeri Pahang

27 Unjuran Keperluan Kemudahan Sukan Mengikut Daerah 2020 101 28 Guna Tanah Negeri Pahang Tahun 2002 dan 2020 105

xiiRancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 13: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

1 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

1. RANGKA KERJA PERANCANGAN

NEGERI Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020 (RSNPhg) merupakan satu dokumen perancangan yang menggariskan dasar utama, cadangan pemajuan dan penggunaan tanah bagi Negeri Pahang menjelang tahun 2020. RSNPhg ini disediakan sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Selain daripada pemajuan dan penggunaan tanah, RSNPhg ini akan mengemukakan cadangan memperbaiki dan langkah-langkah untuk memperelok persekitaran dari segi fizikal, perhubungan, lalulintas, kesejahteraan sosioekonomi dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi untuk memudahkan pemajuan yang mampan.

RSNPhg ini mengambilkira pertalian cadangan guna tanah di enam buah negeri yang bersempadan iaitu Negeri Selangor, Johor, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan. RSNPhg juga mengandungi semua perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh

Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) serta Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN). RSNPhg mengandungi gambar rajah yang menunjukkan rangka kerja pembangunan guna tanah keseluruhan negeri serta pelan-pelan subjek dan lain-lain ilustrasi untuk menjelaskan dasar yang telah digubal. Secara ringkasnya, RSNPhg ini disediakan untuk mewujudkan satu persekitaran fizikal yang lebih teratur, menarik dan mesra alam bagi seluruh Negeri Pahang. RSNPhg akan digunakan sebagai rujukan perancangan dan pembangunan guna tanah negeri oleh Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan semua agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Rancangan Struktur – Merangka Masa Depan Pahang

PENGENALAN

Page 14: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

2 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

PROFIL KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian RSNPhg meliputi keseluruhan Negeri Pahang seluas 35,965 km persegi atau 3,596,585 hektar iaitu 27 % (peratus) daripada keluasan Semenanjung Malaysia (13.33 juta hektar). Negeri Pahang terletak di sebelah timur dan merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Dari segi konteks wilayah, Negeri Pahang disempadani oleh 6 negeri iaitu Negeri Terengganu dan Negeri Kelantan di sebelah utara, Negeri Selangor dan Negeri Perak di sebelah barat dan Negeri Sembilan dan Negeri Johor di sebelah selatan. Negeri Pahang merangkumi 11 daerah dan mempunyai 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti berikut (Rujuk Jadual 1): i. Majlis Perbandaran Kuantan; ii. Majlis Perbandaran Temerloh; iii. Majlis Perbandaran Bentong; iv. Majlis Daerah Raub; v. Majlis Daerah Maran; vi. Majlis Daerah Bera; vii. Majlis Daerah Cameron Highlands; viii. Majlis Daerah Pekan; ix. Majlis Daerah Lipis; x. Majlis Daerah Rompin; xi. Majlis Daerah Jerantut; dan xii. Lembaga Pembangunan Tioman.

Bil Daerah Keluasan (hektar)

PBT

1. Cameron Highlands

71,227.00 Majlis Daerah Cameron Highlands

2. Lipis 519,829.00 Majlis Daerah Lipis

3. Jerantut 756,044.00 Majlis Daerah Jerantut

4. Raub 226,891.00 Majlis Daerah Raub

5. Kuantan 296,046.00 Majlis Perbandaran Kuantan

6. Maran 191,666.00 Majlis Daerah Maran

7. Temerloh 225,086.00 Majlis Perbandaran Temerloh

8. Bentong 183,119.00 Majlis Perbandaran Bentong

9. Pekan 380,500.00 Majlis Daerah Pekan

10. Bera 221,444.00 Majlis Daerah Bera

11. Rompin 524,733.00

Majlis Daerah Rompin & Lembaga Pembangunan Tioman

PAHANG 3,596,585.00

11 Daerah, 12 PBT

PENGENALAN

Jadual 1 : Keluasan Bagi Setiap Daerah Di Negeri Pahang.

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020

Page 15: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

3 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Berdasarkan kepada faktor spatial, tekanan dan strategi pembangunan yang seimbang, strategi pembangunan Negeri Pahang telah dibahagikan kepada 3 zon pembangunan iaitu: a. Zon Pembangunan Utara

Merangkumi Daerah Jerantut, Lipis, Raub dan Cameron Highlands;

b. Zon Pembangunan Tengah Merangkumi kesemua daerah yang terletak di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur iaitu Daerah Kuantan, Maran, Temerloh dan Bentong; dan

c. Zon Pembangunan Selatan Merangkumi Daerah Bera, Pekan dan Rompin.

(Rujuk Peta 1)

PENGENALAN

Page 16: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

4 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

PENGENALAN

Page 17: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

5 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

3. WAWASAN PEMBANGUNAN NEGERI Kerajaan Negeri telah menetapkan wawasan pembangunan negeri adalah untuk menjadikan Negeri Pahang Indah Membangun, Maju dan Terus Makmur. Secara ringkasnya, pembangunan yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat di negeri ini. Selain daripada itu, adalah menjadi aspirasi kerajaan negeri untuk mewujudkan pembangunan yang mampan iaitu: i. Kemajuan sosial yang memberi

pertimbangan kepada keperluan setiap rakyat;

ii. Pemuliharaan alam sekitar, habitat-

habitat kritikal serta kawasan sensitif alam sekitar;

iii. Penggunaan sumber asli secara mampan;

dan iv. Memastikan pertumbuhan ekonomi yang

tinggi dan stabil serta mewujudkan peluang pekerjaan yang mencukupi.

4. RANCANGAN FIZIKAL NEGARA Dasar dan strategi pembangunan di dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN) telah diterjemahkan ke dalam RSNPhg ke arah pencapaian Malaysia sebagai sebuah ‘Developed Nation’ menjelang tahun 2020. Penterjemahan ini, menjurus kepada penggubalan dasar-dasar RSN yang diselaraskan dengan dasar-dasar yang telah digariskan dalam RFN. Dasar-dasar RFN yang berkait secara langsung dengan Negeri Pahang Darul Makmur adalah seperti berikut:

NPP2 Bagi memastikan perancangan

guna tanah dan infrastruktur yang cekap, aktiviti ekonomi perbandaran hendaklah tertumpu di konurbasi utama bagi Negeri Pahang iaitu Bandar Kuantan.

NPP4 Kawasan yang kurang maju tetapi

mempunyai potensi pelancongan hendaklah dipelihara dan dipromosi bagi menggalakkan kepelbagaian ekonomi melalui perluasan asas ekonomi.

PENGENALAN

Page 18: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

6 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

NPP8 i. Pemeliharaan dan pengurusan sumber hendaklah dilaksanakan dengan tegas dan bersungguh-sungguh bagi kawasan-kawasan berikut:-

a. Kawasan semulajadi/Eko-

pelancongan di Endau Rompin dan Taman Negara; dan

b. Cameron Highlands, Bukit

Fraser, Tasik Bera dan Tasik Chini.

ii. Bantuan kewangan yang lebih

menarik akan disediakan bagi Negeri yang memelihara tanah bagi tujuan pelancongan.

NPP9 Rancangan Fizikal Negara

mengenalpasti konurbasi Kuantan-Kemaman sebagai konurbasi pertumbuhan wilayah dan konurbasi Temerloh-Mentakab sebagai “Future Conurbation”.

NPP10 Limpahan perindustrian dan perkhidmatan di konurbasi utama iaitu di Kuantan-Kemaman hendaklah digalakkan untuk ditempatkan di konurbasi Temerloh-Mentakab.

NPP11 i. Satu pelan wilayah hendaklah

disediakan.

ii. Bagi konurbasi yang hanya terletak di dalam Negeri Pahang, pelan wilayah hendaklah disediakan melalui:-

a. Penyediaan Pelan Wilayah

oleh beberapa Pihak Berkuasa Negeri; atau

b. Cadangan untuk

memasukkan Pelan Wilayah bagi sesuatu konurbasi di dalam Rancangan Struktur Negeri.

iii. Tanah kerajaan di dalam

sempadan bandar hendaklah dirizab bagi kegunaan awam.

PENGENALAN

Page 19: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

7 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

NPP12 Rancangan Struktur Negeri Pahang dan Rancangan Tempatan bagi semua kawasan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan di Negeri Pahang hendaklah menggalakkan “infilling” dan pembangunan semula “brownfields” di dalam kawasan bandar supaya dapat menggunapakai sepenuhnya infrastruktur fizikal dan sosial sedia wujud dalam kawasan tersebut.

NPP13 Rancangan Fizikal Negara telah

mengenal pasti bandar-bandar di Negeri Pahang yang mempunyai ciri-ciri istimewa yang perlu diguna sepenuhnya dan disokong dengan infrastruktur yang bersesuaian iaitu:-

i. Tanah Rata, Bukit Fraser,

Raub, Kuala Lipis, Jerantut, Maran, Muadzam Shah dan Kuala Rompin sebagai bandar pelancongan; dan

ii. Temerloh-Mentakab sebagai

Nod Komunikasi dan pengangkutan masa depan.

NPP15 Penduduk di kawasan pedalaman yang terpencil atau terlalu jauh atau tidak ekonomik untuk diberi perkhidmatan hendaklah ditempatkan semula di “Rural Growth Centres”.

NPP18 i. Kawasan Sensitif Alam Sekitar yang telah dikenal pasti di dalam Rancangan Fizikal Negara hendaklah diperhalusi di peringkat Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan dengan mengambilkira kepentingan di peringkat Negeri dan Tempatan.

ii. Kawasan Pemeliharaan

hendaklah diperluaskan bagi merangkumi seluruh kepelbagaian ekosistem sumber asli, terutamanya di “Lowland Dipterocarp Forests dan Wetlands”. Bagi Negeri Pahang, Rancangan Fizikal Negara telah mengenalpasti “South East Pahang Peat Swamp Forest” dan Tasik Chini dan kawasan tanah bencah di sekitarnya sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1.

PENGENALAN

Page 20: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

8 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

NPP19 ‘Banjaran Titiwangsa’ perlu diperkukuhkan sebagai sokongan utama kepada pembentukan tulang belakang rangkaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar

Satu kajian hendaklah dijalankan untuk mengintegrasi dan mewujudkan kesinambungan hutan dan tanah bencah (Wetland) menerusi kumpulan-kumpulan hutan utama berikut: a. Banjaran Titiwangsa-

Banjaran Bintang-Banjaran Nakawan;

b. Taman Negara-Banjaran Timur;

c. South East Pahang Chini – Bera Wetlands; dan

d. Taman Endau Rompin-Kluang Wildlife Reserve.

NPP24 Rancangan Fizikal Negara

mencadangkan satu jaringan keretapi berkelajuan tinggi (high speed rail network) akan menghubungkan Kuantan dan Kuala Lumpur.

NPP25 Sekurang-kurangnya tiga

“expressways” hendaklah disediakan bagi menghubung dan mengintegrasikan Pesisiran

Pantai Timur, Pesisiran Pantai Barat dan Tanah Tinggi Tengah.

NPP26 i. Lapangan Terbang Sultan Haji

Ahmad Shah akan dinaiktaraf bagi menyediakan kemudahan untuk pendaratan penerbangan khas (chartered) antarabangsa.

ii. Perancangan dan pembangunan

hendaklah menyokong fungsi dan tugas Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Kemaman sebagai pelabuhan utama, terutamanya bagi “shipping lines” dari timur.

PENGENALAN

Page 21: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

9 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

5. RMK-8 PAHANG – MENJANA PERTUMBUHAN EKONOMI

Negeri Pahang telah mencatatkan pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah RM 9.6 billion pada akhir tahun 2000. KDNK negeri yang dicatatkan pada tahun 2000 adalah 1.7 kali ganda pencapaian KDNK tahun 1990. Purata pertumbuhan KDNK bagi tempoh 1990-1995 adalah 7.6 peratus sementara purata pertumbuhan KDNK bagi tempoh 1996-2000 pula adalah 3.7 peratus. Pada keseluruhannya, dari segi kadar pertumbuhan aktiviti ekonomi negeri, sektor kedua telah berkembang dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negeri dengan menunjukkan perubahan struktur ekonomi, di mana telah berlaku transformasi daripada sebuah negeri pengeluar utama hasil pertanian kepada sebuah negeri pengeluar barangan perindustrian dan perkhidmatan (Rujuk Jadual 2).

6. SASARAN PERTUMBUHAN EKONOMI

2020 Berdasarkan kajian, pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang adalah disasarkan seperti berikut:

i. Kadar purata pertumbuhan negeri dijangka

di paras 8.75% antara tahun 2000-2020 berbanding dengan 7.0% di peringkat nasional;

Jadual 2 : KDNK Negeri Pahang Dan Kadar Pertumbuhan Bagi Tahun 1990,

1995 Dan 2000

Sektor Pertama Pertanian

Perlombongan

Sektor Kedua Pembuatan

Pembinaan

Sektor Ketiga

SEKTOR

Jumlah KDNK

(Ditolak pembayar- an Perkhidmatan Bank dan ditambah Duti Import

KDNK

Penduduk

TAHUN KADAR

PERTUMBUHAN (PERATUS)

1,887.7 1,817.8

69.9

660.3

545.6

114.7

1,715.5

4,263.5

-55.7

4,207.8 1,066,400

1990

2,303.2 2,229.2

1,424.6

1,178.3

246.3

2,507.6

6,235.4

-161.7

6,073.7

1,189,600

1995

74.0

2,823.6 2,737.3

2,103.9

1,736.6

367.3

4,866.8

9,794.3

-191.5

9,602.8

1,290,000

2000

86.3

1990- 1995

1996- 2000

4.06 4.16

16.62

16.65

16.51

1.15

7.89 7.90

23.76

7.62

2.2

4.16 4.19

8.07

8.32

3.12

14.18 9.45

3.44

9.59

1.98

8.11

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020

PENGENALAN

Page 22: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

10 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

ii. Nilai KDNK Negeri Pahang akan meningkat dari RM 9.6 billion pada tahun 2000 kepada RM 51.4 billion pada tahun 2020 dengan KDNK per kapita mencapai RM 28,316.41;

iii. Sektor ekonomi kedua adalah dijangka

akan menjadi peneraju bagi aktiviti ekonomi negeri tahun 2020 berbanding dengan sektor lain berbanding dengan sektor lain iaitu dengan Kadar Purata Pertumbuhan Tahunan (KPPT) 10.75% seperti berikut: a. Sektor Pertama (Pertanian) - 4.43% b. Sektor Kedua (Perindustrian) - 10.75% c. Sektor Ketiga

(Pelancongan & Perkhidmatan) - 9.43%

iv. Sektor pelancongan dan perkhidmatan

dijangka akan mencatat sumbangan KDNK tertinggi pada tahun 2020 kepada ekonomi negeri (Rujuk Rajah 1)

v. Sementara itu, unjuran KDNK Negeri

Pahang sehingga tahun 2020 turut mengambilkira andaian unjuran KDNK mengikut Zon Pembangunan dan adalah dijangka Zon Tengah akan terus menerajui ekonomi Pahang dengan sumbangan KDNK bernilai kira-kira RM 36.4 billion pada tahun 2020 (Rujuk Rajah 2).

Rajah 1 : Perbandingan Sumbangan Sektor Ekonomi Kepada KDNK Tahun 2000 Dan 2020 Bagi Negeri Pahang

Rajah 2: Perbandingan KDNK Mengikut Zon Tahun 2000 Dan 2020

33.1226.04

43.48

13.07

31.52

57.45

010203040506070

Pertama Kedua Ketiga

RM J

uta

Sektor Ekonomi 2000 2020

5,553.72,226.71,822.4

6,742.9 8,239.2

36,415.9

0

5000

10000

15000

20000

25000

30000

35000

40000

Zon Utara Zon Tengah Zon Selatan

PENGENALAN

RM J

uta

2000 2020

Page 23: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

11 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

7. KEDUDUKAN PAHANG DALAM KONTEKS NASIONAL

Perbandingan pencapaian Negeri Pahang dengan negeri-negeri lain dalam aspek ekonomi, kependudukan dan guna tenaga adalah penting bagi melihat kedudukan dan kemajuan Negeri Pahang dalam konteks nasional. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mempertingkatkan prestasi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri untuk kemajuan masa hadapan. KDNK per kapita bagi tahun 2020 adalah RM 28,316. Manakala sumbangan KDNK Negeri pada tahun 2020 adalah RM 51.4 bilion dengan Kadar Purata Pertumbuhan Tahunan sebanyak 6.89%. Sumbangan KDNK Negeri Pahang adalah lebih tinggi daripada negeri-negeri seperti Kelantan (RM 18.8 bilion) dan Terengganu (48.9 bilion). Ini bermakna pertumbuhan ekonomi di Negeri Pahang adalah dijangka lebih tinggi daripada negeri Kelantan dan Terengganu (Rujuk Rajah 3 dan 4). Jumlah penduduk pada tahun 2020 adalah 1.8 juta iaitu 7.3 % daripada jumlah penduduk Malaysia yang dijangka akan meningkat kepada 26.8 juta orang pada 2020. Peratus

penduduk yang akan tinggal di bandar dijangka akan meningkat kepada 66% berbanding dengan 34% yang akan tinggal di luar bandar (Rujuk Rajah 5 dan 6). Jumlah guna tenaga bagi Negeri Pahang menjelang 2020 adalah 853,112 orang. Ini merupakan aset penting negeri, dalam usaha untuk meningkatkan pertumbuhan ekonominya. Daripada jumlah tersebut, lebih kurang 50% akan bekerja di dalam sektor perkhidmatan dan perniagaan. Kerajaan Negeri akan membangunkan institusi-institusi kemahiran dalam bidang automotif, petrokimia, marin, “Information and Communication Technology”(ICT) dan perkhidmatan kesihatan untuk memastikan wujudnya guna tenaga mahir yang akan menyokong perkembangan industri automotif, petrokimia, marin, ICT dan perkhidmatan kesihatan menjelang 2020 (Rujuk Rajah 7).

PENGENALAN

Page 24: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

12 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Rajah 4: Sumbangan KDNK Tahun 2000 dan

2020

Page 25: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

13 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 26: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

14 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 27: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

15 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

8. PEMBANGUNAN NEGERI - NEGERI BERSEMPADAN

Hubungan wilayah dan kerjasama yang bersepadu di peringkat nasional serta sokongan dari negeri-negeri bersempadan merupakan antara faktor pemangkin kepada pembangunan ekonomi Negeri Pahang. Negeri Pahang akan menerima limpahan pembangunan daripada negeri-negeri yang pesat membangun seperti Selangor. Daerah Bentong dan kawasan sekitarnya akan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang mencukupi untuk mengambil peluang-peluang yang akan diperolehi daripada limpahan pembangunan di Negeri Selangor terutama di Lembah Klang. Limpahan pembangunan ini akan disokong oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang berupaya meningkatkan tahap mobiliti penduduk dan barangan selaras dengan peranan Negeri Pahang sebagai Pintu Masuk Utama Wilayah Timur.

Disamping itu, pembangunan pelancongan di kawasan sempadan seperti Kuala Rompin-Endau/Mersing serta pembangunan industri petroleum dan petrokimia Kerteh-Gebeng akan diselaraskan untuk mewujudkan satu pembangunan yang ‘collaborative’ dengan Negeri Johor dan Negeri Terengganu.

9. DOKUMEN RANCANGAN STRUKTUR

NEGERI PAHANG RSNPhg mengandungi 6 bab yang akan menjelaskan rangka kerja pembangunan guna tanah negeri dan dasar yang digubal sehingga tahun 2020 : i. Bab 1 menerangkan matlamat, objektif

dan strategi pembangunan negeri; ii. Bab 2 mengandungi dasar-dasar yang

menyentuh kedudukan pembangunan sektoral dan tumpuannya di seluruh negeri;

iii. Bab 3 mengandungi dasar pemeliharaan

alam sekitar negeri;

PENGENALAN

Page 28: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

16 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

iv. Bab 4 pula mengandungi dasar infrastruktur, utiliti dan kemudahan sosial di seluruh negeri;

v. Bab 5 menjelaskan Rangka Kerja Guna

Tanah Negeri Pahang yang akan menunjukkan secara indikatif penggunaan tanah negeri; dan

vi. Bab 6 menghuraikan Mekanisme

Pelaksanaan dan Pemantauan Dasar yang digubal untuk dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

PENGENALAN

Page 29: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

17 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

1.1 PENGENALAN Bab ini akan menerangkan matlamat, objektif dan strategi pembangunan negeri yang akan dijadikan asas penting di dalam penggubalan dasar RSNPhg.

1.2 MATLAMAT RANCANGAN

STRUKTUR NEGERI PAHANG (RSNPhg)

Matlamat RSNPhg adalah: Untuk Meningkatkan Kualiti Hidup Dan Kesejahteraan Rakyat Pahang Melalui Pembangunan Fizikal Yang Mampan

1.3 OBJEKTIF PEMBANGUNAN Objektif pembangunan Negeri Pahang dibentuk berdasarkan kepada 3 komponen iaitu ekonomi, fizikal dan sosial.

1.3.1 Objektif Pembangunan Ekonomi Pembangunan ekonomi negeri akan ditekankan kepada “tri-fokus” ekonomi dimana tiga sektor teras iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan akan menjadi impetus kepada pembangunan ekonomi negeri. Objektif pembangunan ekonomi adalah seperti berikut:- 1. Menjadikan Pahang sebagai negeri

pengeluar makanan utama negara; 2. Menjadikan Pahang sebagai pusat

perindustrian utama di Pantai Timur; 3. Menjadikan Pahang sebagai destinasi

pelancongan sepanjang tahun; 4. Mengimbangkan agihan penduduk selaras

dengan proses urbanisasi; dan 5. Memastikan pertumbuhan ekonomi selaras

dengan perkembangan sosial penduduk.

BAB 1 : STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI

Page 30: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

18 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

1.3.2 Objektif Pembangunan Fizikal Proses urbanisasi negeri akan dipertingkat dan diperkukuhkan bagi membentuk pembangunan bandar dan petempatan yang sistematik untuk manfaat penduduk. Ianya akan dibangunkan melalui pendekatan seperti berikut; 1. Pembangunan guna tanah yang optimum; 2. Mewujudkan keseimbangan taburan dan

hierarki bandar serta kawasan-kawasan petempatan di seluruh negeri;

3. Meningkatkan penyediaan kemudahan

perhubungan dan pengangkutan serta infrastruktur dan utiliti yang lebih cekap, menyeluruh, mencukupi dan selaras dengan perkembangan teknologi; dan

4. Memulihara habitat kritikal dan kawasan

sensitif alam sekitar serta meningkatkan kualiti alam sekeliling.

1.3.3 Objektif Pembangunan Sosial Pembangunan sosial akan diseimbangkan dengan pembangunan-pembangunan ekonomi dan fizikal bagi membentuk masyarakat yang bermoral dan bersahsiah tinggi. Objektif ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi menghadapi cabaran-cabaran Wawasan 2020 dengan memberi penekanan kepada prinsip-prinsip berikut; 1. Menyediakan kemudahan perumahan yang

mencukupi dan memenuhi keperluan setiap lapisan penduduk serta meningkatkan pemilikan rumah;

2. Menyediakan kemudahan sosial secara adil

dan seimbang selaras dengan taburan penduduk; dan

3. Meningkatkan penyediaan kemudahan

masyarakat yang mencukupi, berkualiti dan berteknologi terkini untuk manfaat setiap lapisan masyarakat.

STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI

Page 31: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

19 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

1.4 INDIKATOR PEMBANGUNAN 1.4.1 Penduduk Jumlah penduduk Negeri Pahang pada tahun 2000 adalah seramai 1.29 juta orang manakala menjelang tahun 2020, ianya dijangka bertambah kepada 1.82 juta orang penduduk. Ini bermakna kadar pertumbuhan penduduk negeri pada tahun 2000 hingga tahun 2020 adalah sebanyak 1.73 peratus. Daripada jumlah tersebut, adalah dijangka sejumlah 66% penduduk Negeri Pahang akan mendiami kawasan bandar menjelang tahun 2020. Taburan penduduk mengikut daerah bagi tahun 2020 adalah seperti di Jadual 3. Zon Pembangunan Tengah didapati mempunyai jumlah penduduk yang tertinggi menjelang tahun 2020 iaitu seramai 1,129,194 orang. Pertumbuhan penduduk yang tinggi ini adalah berkait rapat dengan beberapa faktor antaranya tahap atau hierarki Bandar Kuantan sebagai ibu negeri serta pusat konurbasi wilayah timur semenanjung Malaysia. Selain itu, limpahan pembangunan dari Lembah Klang dijangkakan akan dapat meningkatkan pembangunan Daerah Bentong dan Temerloh.Temerloh-Mentakab juga telah dikenalpasti sebagai konurbasi bandar

diperingkat negara. Pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) juga menjadi pemangkin kepada pertambahan penduduk di zon ini. Jadual 3 : Taburan Penduduk Mengikut Daerah

Bagi Tahun 2000-2020

Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002 - 2020

Pertambahan jumlah penduduk yang dialami ini adalah merupakan satu perkembangan yang positif bagi Negeri Pahang. Pembentukan strategi pembangunan fizikal negeri seharusnya akan dapat mengagihkan penduduk ke seluruh negeri dan tidak hanya tertumpu di

2000 2020

Purata Pertumbuhan

Penduduk Tahunan (%) Daerah

Bil % Bil % 2000 – 2020

Bentong 101,533 7.88 157,763 8.69 2.23

Bera 81,991 6.37 101,171 5.58 1.06

Cameron Highlands

30,495 2.37 31,808 1.75 0.21

Jerantut 84,180 6.53 91,083 5.02 0.39

Kuantan 358,261 27.81 672,787 37.07 3.20

Lipis 77,844 6.04 80,412 4.43 0.16

Maran 116,636 9.05 138,097 7.61 0.85

Pekan 103,184 8.01 155,075 8.54 2.06

Raub 83,363 6.47 89,008 4.90 0.33

Rompin 108,095 8.39 137,379 7.57 1.21

Temerloh 142,794 11.08 160,547 8.84 0.59

PAHANG 1,288,376 100.00 1,815,130 100.00 1.73

MALAYSIA 23,274,690 - 26,809,700 - 2.03

STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI

Page 32: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

20 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Zon Pembangunan Tengah bagi mewujudkan pembangunan yang seimbang di Negeri Pahang. Pada masa yang sama strategi pembangunan fizikal yang digubal mesti dapat memenuhi keperluan dan permintaan penduduk dari segi ekonomi, kemasyarakatan dan kualiti kehidupan. 1.4.2 Guna Tenaga Berdasarkan kajian, adalah diunjurkan bahawa jumlah guna tenaga Negeri Pahang menjelang tahun 2020 adalah 853,112 orang. Daripada jumlah tersebut, adalah dijangka jumlah guna tenaga mahir akan meningkat kepada 30% pada tahun 2020 berbanding 12.1% pada tahun 2004. Pertambahan ini berikutan peningkatan dalam industri petroleum dan automotif yang memerlukan kemahiran yang tinggi. Dari segi taburan, guna tenaga di Zon Pembangunan Tengah adalah yang tertinggi iaitu sejumlah 500,245 orang berbanding dengan 169,161 orang di Zon Pembangunan Utara dan 184,704 orang di Zon Pembangunan Selatan. Adalah dijangkakan bahawa Zon Pembangunan Tengah akan terus menjadi tumpuan penduduk dan pekerjaan kerana ia merupakan kawasan tadahan pembangunan Lebuh Raya Pantai Timur yang akan mengalami limpahan pembangunan dari Lembah Klang dan

perluasan kawasan konurbasi Bandar Kuantan pada masa akan datang.Sektor ketiga adalah merupakan penyumbang utama guna tenaga iaitu seramai 438,926 atau 51.45 peratus daripada keseluruhan jumlah guna tenaga di Negeri Pahang. Daripada jumlah tersebut, seramai 214,216 orang dijangka diperlukan untuk aktiviti perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran manakala 154,413 orang akan berkecimpung dalam aktiviti perkhidmatan masyarakat, sosial dan persendirian. Sementara itu, seramai 39,968 orang dijangka akan terlibat dalam sektor pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan dan utiliti serta sejumlah 30,968 orang lagi akan memasuki pasaran dalam sektor perkhidmatan kewangan dan insurans, hartanah dan perniagaan. Sektor pertama akan mengalami penurunan kepada 132,318 orang berbanding 154,055 orang pada tahun 2000 dan manakala sektor kedua pula bertambah kepada 281,878 orang menjelang 2020. Dengan jangkaan saiz guna tenaga yang bertambah dari 447,443 orang pada tahun 2000 kepada 853,112 orang pada tahun 2020, strategi pembangunan Negeri Pahang yang digubal mestilah dapat

STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI

Page 33: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

21 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

menampung permintaan guna tenaga menjelang tahun 2020 ( Rujuk Jadual 4). Jadual 4 : Unjuran Guna Tenaga Negeri Pahang

2000 – 2020. 2000 2020 Kumpulan

Industri Bil % Bil %

SEKTOR PERTAMA 154,055 29.9 132,318 15.51 Pertanian, Perhutanan, Ternakan & Perikanan

152,310 29.61 131,209 15.38

Perlombongan & Kuari

1,745 0.29 1,109 0.13

SEKTOR KEDUA 85,730 25.03 281,878 33.04 Perindustrian 57,541 17.21 215,592 25.27

Pembinaan 28,189 7.82 66,287 7.77

SEKTOR KETIGA 207,658 45.071 438,926 51.45 Perdangangan Borong & Runcit, Hotel & Restoran

61,121 17.51 214,216 25.11

Pengangkutan, Penyimpanan & Perhubungan dan Utiliti.

13,065 3.70 39,968 4.61

Perkhidmatan Kewangan & Insurans, Hartanah & Perniagaan

6,085 2.16 30,968 3.63

Perkhidmatan Masyarakat, Sosial & Persendirian

127,387 21.7 154,413 18.10

JUMLAH 447,443 100.00 853,112 100.00 Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020

1.4.3 Kesesuaian Tanah Daripada analisis yang dijalankan adalah dirumuskan bahawa Negeri Pahang mempunyai

kawasan yang masih luas untuk dibangunkan. Kira-kira 41.87% atau 1,505,766.03 juta hektar tanah berpontensi untuk dibangunkan selepas mengambilkira beberapa kriteria yang telah ditetapkan (Rujuk Jadual 5).

Jadual 5 : Hasil Analisis Kedapatan Tanah Untuk Pembangunan Bagi Negeri Pahang 2020.

Faktor Guna Tanah Keluasan (hektar)

Peratus (%)

Kategori A – Kawasan Tepu Bina 57,000.07 1.58

Kategori B – Kawasan Berhalangan Pembangunan

2,033,818.90 56.55

Kategori C – Kawasan Potensi Pembangunan Dengan Syarat

1,240,757.63 34.50

Kategori D – Kawasan Potensi Pembangunan

265,008.40 7.37

Jumlah Keseluruhan 3,596,585.00 100.00 Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020 Nota : i. Kategori A – Tanah sesuai untuk pembangunan

perumahan, perniagaan, perindustrian, rekreasi dan kawasan lapang, industri dan kemudahan masyarakat, rizab pengangkutan dan infrastruktur serta aktiviti pelancongan.

ii. Kategori B - Diwartakan sebagai kegunaan khas, rizab badan air, rizab hutan, rizab pantai, kecerunan melebihi 36 darjah dan ketinggian melebihi 150 meter.

iii. Kategori C - Kawasan Pemeliharaan seperti kawasan pinggiran sungai, kawasan berkecerunan 15 darjah hingga 35 darjah, kawasan berketinggian lebih 150 meter tetapi berkecerunan tidak melebihi 36 darjah atau sebaliknya, kawasan pertanian kelas 2 dan kawasan bekas lombong.

iv. Kategori D - Selain dari 3 kategori di atas yang meliputi kawasan pertanian dan tanah kelas 3 dan 4.

STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI

Page 34: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

22 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

1.4.4 Konurbasi Kuantan dan Temerloh – Mentakab

Negeri Pahang akan mempunyai dua konurbasi bandar menjelang tahun 2020. Konurbasi Kuantan akan merangkumi Bandar Chukai, Kemaman di sebelah utara hingga ke Bandar Pekan di sebelah selatan yang mana Bandar Kuantan akan menjadi pusat bagi konurbasi ini. Konurbasi ini akan berfungsi sebagai pusat bagi industri petroleum, petrokimia dan automotif negara. Manakala konurbasi Temerloh-Mentakab akan menjadi pengantaraan bagi menyokong pembangunan dan kemajuan konurbasi tersebut dengan Lembah Klang. Dengan adanya konurbasi ini, Negeri Pahang akan bertambah maju dan dijangkakan pembangunan yang boleh menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini akan dapat dilaksanakan bagi manfaat ekonomi dan penduduk pada masa hadapan.

1.4.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Kewujudan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sepanjang 169 km yang menghubungkan Kuantan dan Karak telah dapat memendekkan masa perjalanan antara Kuantan dan Kuala Lumpur. Keadaan ini akan dapat

mempercepatkan limpahan pembangunan dari Lembah Klang untuk dimanfaatkan di Kuantan. Di samping itu, LPT ini akan dapat dimanfaatkan untuk membangunkan daerah-daerah lain yang direntasi oleh lebuhraya ini iaitu Maran, Temerloh dan Bentong. Kewujudan LPT ini juga dapat dijadikan pemangkin bagi pembangunan ekonomi negeri yang lebih pesat pada masa hadapan selain menaiktaraf perhubungan darat di dalam negeri dan antara wilayah.

1.5 STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI Strategi Pembangunan Negeri yang disediakan adalah untuk mencapai objektif pembangunan ekonomi, fizikal dan sosial sepertimana di para 1.3.1, 1.3.2 dan 1.3.3.

1.5.1 Strategi Pembangunan Pertanian Strategi pembangunan pertanian yang telah dibentuk adalah seperti berikut:

i. Membangunkan tanah yang berpotensi untuk pertanian seluas 1.55 juta hektar yang mana hanya 95.56 peratus iaitu 1.48 juta hektar telah dimajukan untuk tujuan pertanian. Dari keluasan

STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI

Page 35: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

23 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

tersebut pula 95 peratus adalah kelapa sawit dan getah manakala lain – lain tanaman termasuk tanaman makanan hanya menyumbangkan keluasan sebanyak 5 peratus;

ii. Menyeimbangkan pembangunan antara

tanaman industri (terutama getah dan kelapa sawit) dengan tanaman makanan dan herba yang mempunyai potensi untuk pasaran dalam dan luar negara;

iii. Menggalakkan pembangunan industri

hiliran/industri asas tani untuk tujuan nilai tambahan, mengurangkan masalah pasaran dan kejatuhan harga serta mewujudkan peluang pekerjaan yang baru;

iv. Menyediakan kawasan industri makanan

di daerah yang mempunyai lokasi yang strategik untuk pasaran iaitu Temerloh, Bentong dan Kuantan;

v. Menggunakan teknologi moden untuk

meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil pertanian;

vi. Meningkatkan teknologi penternakan lembu, kambing dan biri – biri dengan menggunakan sistem terkini yang sesuai termasuk sistem ‘feedlot’ dan dari baka haiwan yang bermutu tinggi;

vii. Menambah bilangan dan keluasan

ladang penternakan seperti rusa dan burung unta terutama di Daerah Pekan dan Kuantan. Unjuran pengeluaran ialah dari 500 ekor kepada 5000 ekor bagi ternakan rusa dan burung unta pada tahun 2020;

viii. Menggalak dan menambah bilangan

kawasan penternakan ayam dan itik di dalam reban berhawa dingin untuk menambahkan pengeluaran ayam dari 4.9 juta ekor (tahun 2003) kepada 12.9 juta ekor pada tahun 2020 dan itik dari 47,000 ekor (tahun 2003) kepada 94,000 ekor pada tahun 2020;

ix. Meningkatkan penternakan ayam telur

untuk menampung permintaan sebanyak 300 juta biji telur ayam pada tahun 2020;

STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI

Page 36: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

24 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

x. Meningkatkan penternakan arnab dan mempromosikan makanan berasaskan daging arnab;

xi. Meningkatkan lagi promosi produk hasil

pertanian di peringkat tempatan dengan:-

a) Menambahkan bilangan pasar tani

dari 20 buah (tahun 2001) kepada 50 buah menjelang tahun 2020;

b) Membangunkan Pasar Borong Tani di Daerah Bentong, Kuantan dan Temerloh; dan

c) Menyediakan “portal” pemasaran hasil tani khusus untuk Negeri Pahang.

xii. Memoden dan membesarkan jeti

pendaratan ikan marin di :- a) Jeti Lembaga Kemajuan Ikan

Malaysia (LKIM) di Kemunting, Kuantan;

b) Jeti LKIM di Kuala Pahang dan Nenasi, Pekan; dan

c) Jeti LKIM di Kuala Rompin, Rompin.

xiii. Menubuhkan sebuah pusat penyelidikan untuk mengeluarkan benih anak ikan

hiasan yang bermutu tinggi di Daerah Raub seperti ikan koi, pelaga, discus, sepat, mutiara dan sepat biru;

xiv. Mengadakan promosi di peringkat

tempatan dan antarabangsa di Singapura, Jepun, Hong Kong dan Taiwan bagi pasaran produk akuakultur dari jenis ikan segar, udang galah dan ikan sejuk beku;

xv. Sasaran kawasan tanaman industri

seperti kelapa sawit dan getah sebanyak 1.34 juta hektar pada tahun 2020 terutama di Zon Pembangunan Tengah dan Zon Pembangunan Selatan seperti di Daerah Kuantan, Rompin Lipis dan Raub;

xvi. Menambah kilang-kilang memproses

hasil pengeluaran tanaman industri di ladang-ladang sedia ada seperti kawasan kelapa sawit dan getah sedia ada FELDA/FELCRA di Daerah Rompin, Pekan, Maran, Kuantan dan Temerloh;

xvii. Meningkatkan program penyatuan

kebun-kebun berskala kecil ke dalam satu pengurusan yang lebih teratur dan bersistematik;

STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI

Page 37: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

25 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

xviii. Membangunkan kawasan tanaman buah-buahan, herba, sayuran dan tanaman kontan di zon–zon berkaitan mengikut konsep pembangunan kluster industri tanaman;

xix. Menambah bilangan dan keluasan

Taman Kekal Pengeluaran Makanan untuk buah–buahan, sayuran dan juga herba di zon–zon dan kluster yang berkaitan;

xx. Menggunakan bahan tanaman yang

berkualiti tinggi dan mempunyai ketahanan kepada penyakit dan serangan makhluk perosak;

xxi. Merpercepatkan pembinanan Taman

Bio-Teknologi di Gambang;

xxii. Menggalakkan ‘urban farming’ di bandar-bandar utama seperti Kuantan, Bentong, Temerloh dan membuka kawasan ladang intergrasi ulam-ulaman serta tempat perkelahan, rekreasi dan pusat tarikan pelancongan pertanian;

xxiii. Menggalakkan pembangunan pertanian

berkonsepkan agro pelancongan bagi

kawasan yang dikenalpasti untuk tujuan tersebut; dan

xxiv. Menambah peluang latihan kepada

usahawan tani terutama berkaitan teknologi baru.

1.5.2 Strategi Pembangunan Perindustrian

Strategi pembangunan perindustrian adalah seperti berikut: i. Memperkukuhkan dan memajukan lagi

industri-industri petrokimia di Gebeng, automotif di Pekan dan farmaseutikal di Cameron Highlands;

ii. Mewujudkan kemudahan–kemudahan

penginapan, institusi kewangan, pusat perniagaan dan kemudahan–kemudahan lain bagi menyokong dan meransang aktiviti – aktiviti industri ini;

iii. Meningkatkan lagi sistem jaringan jalan

raya sediada bagi meningkatkan lagi pembangunan industri ini;

STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI

Page 38: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

26 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

iv. Menaik taraf dan mempertingkatkan tahap perkhidmatan kargo di Pelabuhan Kuantan di Tanjung Gelang;

v. Menyediakan kemudahan pusat-pusat

latihan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat, marin dan automotif bagi melahirkan tenaga pekerja mahir dan terlatih dalam sektor perindustrian;

vi. Mewujudkan dan menaik taraf kawasan

perindustrian yang tersusun dan moden dengan penyediaan kemudahan infrastruktur, utiliti dan landskap yang menarik seperti di Gebeng, Gambang dan Peramu;

vii. Pembangunan kawasan industri akan

dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan kemudahan sokongan lain seperti perumahan dan pendidikan; dan

viii. Mempertingkatkan tahap ‘reliability’

kemudahan utiliti seperti bekalan air, elektrik dan telekomunikasi di semua kawasan perindustrian di negeri ini.

1.5.3 Strategi Pembangunan Pelancongan

Strategi pembangunan pelancongan adalah seperti berikut: i. Mempergiatkan promosi dan pemasaran

produk pelancongan seperti ‘Cuti-cuti Malaysia’ dan ‘Malaysia Truly Asia’ di peringkat negeri bagi menarik pelancong domestik dan antarabangsa;

ii. Mengadakan pakej pelancongan yang

menarik merangkumi rangkaian lawatan dari pusat pelancongan utama seperti Genting Highlands, Kuantan, Cameron Highlands, Pulau Tioman dan Taman Negara bagi meningkatkan tempoh menginap dari 2 hari pada tahun 2002 kepada 4 hari pada tahun 2020;

iii. Menyediakan kemudahan penginapan yang

mencukupi dan selesa sebanyak 20,130 bilik (menjelang 2020) yang merangkumi kemudahan motel, chalet, hotel dan resort yang mampu disewa oleh semua golongan pelancong;

STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI

Page 39: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

27 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

iv. Meningkatkan bilangan agensi pelancongan dan jurupandu pelancong yang terlatih dan berpengalaman dari 223 orang pada tahun 2002 kepada 2,000 orang pada tahun 2020 bagi memudahkan urusan menjamin keselesaan serta keselamatan para pelancong;

v. Memperbanyakan acara-acara tahunan

berkaitan pelancongan yang merangkumi aktiviti-aktiviti seperti Pesta Pantai, Pesta Kesenian dan Kebudayaan, sukan air, mendaki gunung, berakit dan hiburan;

vi. Melaksanakan program-program

meningkatkan lagi kualiti alam sekitar dengan pemantauan berterusan di destinasi pelancongan seperti di Taman Negara, Cameron Highlands, Pantai Cherating dan Pulau Tioman;

vii. Mempromosikan kawasan pelancongan

semulajadi seperti Bukit Fraser dan Pulau Tioman sebagai destinasi pelancongan ekologi berimpak rendah;

viii. Pokok-pokok spesis eksotik tidak boleh

ditanam di kawasan pelancongan berasaskan alam semulajadi seperti di Pulau Tioman dan Taman Negara;

ix. Kawasan pelancongan berasaskan alam semulajadi perlu dipulihara dengan menggunapakai garispanduan yang telah ditetapkan di dalam Pelan Eko-Pelancongan Kebangsaan;

ix. Mengekalkan warisan budaya bandar-

bandar yang mempunyai nilai estetika sejarah yang tinggi seperti Bandar Diraja Pekan yang mengekalkan 3K iaitu Keislaman, Kesultanan dan Kemelayuan yang tidak terdapat di semua bandar; dan

x. Melaksanakan program mencintai warisan

bagi mengekalkan nilai sejarah seperti pengekalan bangunan-bangunan lama peninggalan zaman British yang terdapat di Kuala Lipis dan Bukit Fraser.

1.5.4 Strategi Pembangunan Kemudahan Sosial

Untuk mencapai objektif pembangunan sosial, beberapa strategi telah dibentuk seperti berikut: i. Menyediakan keperluan perumahan

tambahan sebanyak 75,498 unit di Zon Pembangunan Tengah, 27,733 unit di Zon

STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI

Page 40: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

28 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Pembangunan Selatan dan 22,893 unit di Zon Pembangunan Utara menjelang tahun 2020;

ii. Menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti yang mencukupi serta serba lengkap meliputi jalan raya, bekalan air, elektrik, telekomunikasi, pembetungan dan pusat pelupusan sisa pepejal serta sisa toksik;

iii. Keperluan pembinaan ‘sanitary landfill’

bagi pelupusan sisa pepejal domestik dan sisa buangan industri yang tidak dikategorikan sebagai Buangan Terjadual akan dilengkapi dengan sistem rawatan ‘leachate’, manakala bagi buangan terjadual pelupusannya hanya di Kualiti Alam Sdn. Bhd. atau di kemudahan yang telah dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar;

iv. Menyediakan kemudahan pendidikan,

keselamatan, kesihatan dan rekreasi yang mencukupi menjelang 2020;

v. Memastikan setiap bandar dilengkapi

dengan kemudahan sosial yang sesuai dengan fungsinya;

vi. Mewujudkan satu pangkalan maklumat

mengenai perkhidmatan sosial yang

ditawarkan oleh semua sektor yang boleh dicapai oleh setiap anggota masyarakat dengan cepat, mudah dan pada kadar yang termampu; dan

vii. Membangunkan perkhidmatan pakar di

dalam semua bidang berkaitan dengan pembangunan sosial untuk memenuhi keperluan sebenar masyarakat.

1.6 PENUTUP Strategi-strategi di atas adalah asas kepada cadangan tindakan yang akan disediakan bagi melaksanakan dasar-dasar RSNPhg kelak. Pencapaian strategi di atas akan menjadikan Pahang sebagai negeri maju menjelang tahun 2020.

STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI

Page 41: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

29 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

2.1 PENGENALAN

Dasar-dasar Rancangan Struktur Negeri Pahang digubal adalah untuk memandu perancangan dan pembangunan guna tanah Negeri Pahang menjelang tahun 2020. Dasar yang digubal di bawah bab ini memberi tumpuan kepada petunjuk lokasi bagi sektor ekonomi dan fizikal negeri.

2.2 DASAR LP1

Setiap pembangunan tanah akan ditumpukan di kawasan bandar secara ‘in-fill’ dan membangunkan kawasan sedia ada untuk meningkatkan penggunaan tanah di bandar. Pendekatan seperti ‘urban renewal’ dan ‘urban generation’ bolehlah dilaksanakan. Manakala pembangunan di kawasan ‘greenfield’ akan dikaji secara teliti untuk memastikan bekalan kemudahan infrastruktur

asas dan sosial mencukupi. Selain daripada itu, keadaan ini adalah untuk mengawal berlakunya ‘urban sprawl’. Dasar ini juga akan memastikan supaya pembangunan baru diletakkan di dalam sempadan bandar sedia ada di mana kebanyakan kawasan perumahan, peluang pekerjaan dan perkhidmatan telah pun disediakan. Strategi pembangunan seperti ini akan dapat :- a. Memperbaiki tahap kemudahsampaian

untuk mendapatkan perkhidmatan serta ke tempat kerja melalui berjalan kaki serta menggunakan pengangkutan awam;

b. Menyediakan kawasan bandar sebagai

pusat bagi aktiviti perniagaan, beli-belah dan aktiviti-aktiviti sosial;

c. Membantu pertumbuhan bandar; dan d. Menyediakan peluang pekerjaan kepada

penduduk.

PEMBANGUNAN BARU TERUTAMANYA DI SEKITAR BANDAR-BANDAR UTAMA PERLU MEMBERI KEUTAMAAN KEPADA PEMBANGUNAN ‘IN-FILL’ DAN ‘BROWNFIELD’ MANAKALA PEMBANGUNAN ‘GREENFIELD’ MEMERLUKAN PERTIMBANGAN YANG WAJAR

BAB 2 : LOKASI PEMBANGUNAN

Page 42: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

30 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

2.2.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI

1. Memberi keutamaan kepada tanah yang

masih belum dibangunkan dalam lingkungan pusat bandar;

2. Penyediaan Rancangan Tempatan Daerah

(RTD) haruslah dapat:

i. Mengenalpasti sempadan bandar ‘urban limit’;

ii. Mengenalpasti status kegunaan

tanah bandar dan merangka cadangan serta garispanduan corak guna tanah dan rekabentuk bandar;

iii. Mengenalpasti kawasan sedia ada

yang mengalami keadaan fizikal yang buruk dan merancang pembangunan semula dengan kegunaan yang lebih ekonomik; dan

iv. Pangkalan data status pembangunan

kawasan baru di negeri disediakan dan dikemaskini.

2.2.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR

1. Pangkalan data status kegunaan tanah

bandar sentiasa dikemaskini; 2. Tanah kosong atau tapak terbiar di dalam

kawasan bandar telah dibangunkan sepenuhnya; dan

3. Tren pembangunan kawasan baru

dilaksanakan secara mampan.

2.3 DASAR LP2

Pusat-pusat petempatan akan dibangunkan mengikut fungsi yang telah dirancang. Sehubungan itu, pusat-pusat petempatan kecil yang dinaik taraf kepada pusat petempatan utama perlu dilengkapi dengan kemudahan yang setaraf dengan hierarkinya. Petempatan-petempatan utama seperti Rompin, Bera dan

PEMBANGUNAN DAN PERTUMBUHAN PUSAT-PUSAT PETEMPATAN AKAN DILAKSANAKAN SELARAS DENGAN HIERARKI DAN FUNGSINYA

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 43: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

31 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Tanah Rata perlu dipertingkatkan supaya selaras dengan fungsi sebagai pusat daerah. Bandar Muadzam Shah yang dirancang berperanan sebagai Pusat Separa Wilayah akan digiatkan pembangunan untuk menarik lebih ramai penduduk. Begitu juga dengan bandar Kuala Lipis dan Temerloh-Mentakab. Pertumbuhan Bandar Temerloh-Mentakab akan dapat dipercepatkan apabila cadangan pembinaan keretapi berkembar berkelajuan tinggi daripada Kuala Lumpur ke Kuantan dapat disiapkan kelak. Hierarki pusat petempatan Negeri Pahang menjelang tahun 2020 adalah seperti di Jadual 6 dan Peta 2.

2.3.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI

1. Membangunkan pusat-pusat petempatan

di seluruh negeri berteraskan kepada Dasar Perbandaran Negara (DPN);

2. Menyediakan inventori kemudahan-

kemudahan yang setaraf dengan hierarki dan fungsi bandar-bandar di Negeri Pahang; dan

3. Merancang supaya bandar-bandar dibangunkan dan disediakan dengan kemudahan-kemudahan mengikut hierarki yang ditetapkan.

2.3.2 INDIKATOR MENGUKUR

PELAKSANAAN DASAR 1. Dasar-dasar berkaitan pembangunan

pusat-pusat petempatan di dalam DPN dilaksanakan sepenuhnya oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);

2. Bandar-bandar telah dilengkapi dengan

kemudahan-kemudahan sepertimana hierarki yang ditetapkan; dan

3. Peratus penduduk bandar akan meningkat

daripada 45 peratus kepada 60 peratus menjelang 2020.

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 44: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

32 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Jadual 6 : Hierarki Pusat-pusat Petempatan Tahun 2020

Bil Hierarki Perbandaran Cadangan Hierarki Petempatan 2020 Kriteria

1. Pusat Wilayah Timur Negara (Metropolitan)

Bandar Kuantan (Bertindak sebagai Pusat Konurbasi Wilayah Timur)

1. Penduduk >300,000 orang 2. Cawangan Jabatan Kerajaan

Persekutuan 3. Pusat pengguna dan pakar 4. Industri pembuatan am

berteknologi tinggi (berorientasikan eksport)

5. Stesen pengangkutan awam bandar (MRT/LRT)

6. Lapangan Terbang Antarabangsa 7. Pelabuhan 8. Tumpuan badan-badan kewangan 9. Universiti / Kolej 10. Masjid Negeri 11. Hospital Besar /Hospital Pakar 12. Ibupejabat Polis Wilayah 13. Stadium 14. Hotel bertaraf Antarabangsa

2. Pusat Separa Wilayah (Bandar Utama)

1. Bandar Temerloh-Mentakab (Bertindak sebagai Pusat Konurbasi Wilayah Tengah),

2. Bandar Bentong 3. Bandar Muadzam Shah 4. Bandar Kuala Rompin

1. Penduduk 30,000-300,000 orang 2. Majlis Perbandaran 3. Pelbagai badan perdagangan

runcit dan borong 4. Kawasan industri pembuatan am 5. Stesen bas dan keretapi 6. Kolej teknikal / institut pelajaran

persendirian 7. Hospital Besar / Hospital Pakar 8. Masjid 9. Taman Wilayah

3. Pusat Petempatan Utama (Pusat Daerah)

1. Bandar Kuala Lipis 2. Bandar Raub 3. Bandar Tanah Rata-Brinchang, Cameron Highlands 4. Bandar Jerantut 5. Bandar Maran 6. Bandar Jengka, Maran 7. Bandar Pekan

1. Penduduk 10,000-30,000 orang 2. Majlis Daerah & jabatan teknikal

daerah 3. Pasaraya, toko pelbagai barang 4. Zon industri skil kecil / pertanian 5. Stesen bas / keretapi 6. Cawangan bank-bank perdagangan 7. Hospital Daerah

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 45: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

33 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Bil Hierarki Perbandaran Cadangan Hierarki Petempatan 2020 Kriteria

8. Bandar Bera 9. Bandar Tun Razak, Rompin 10. Tanjung Gemok, Rompin

8. Sekolah menengah & rendah 9. Balai polis dengan kemudahan

tahanan 10. Kompleks sukan

4. Pusat Petempatan Kecil

1. Simpang Pelangai, Bentong

2. Karak, Bentong 3. Telemong,

Bentong 4. Jerantut Feri,

Jerantut 5. Kuala Tembeling,

Jerantut 6. Batu Balai,

Jerantut 7. Gambang,

Kuantan 8. Jaya Gading,

Kuantan 9. Beserah, Kuantan 10. Balok, Kuantan 11. Sg.Lembing,

Kuantan 12. Merapoh, Lipis

13. Padang Tengku, Lipis

14. Benta, Lipis 15. Kuala Pahang,

Pekan 16. Sg.Ruan, Raub 17. Dong, Raub 18. Cheroh, Raub 19. Kerdau, Temerloh 20. Kuala

Krau,Temerloh 21. Lanchang,Temerloh 22. Bukit Ibam, Rompin 23. Perantau Damai,

Rompin 24. Chenur, Maran 25. Pekan Tajau,

Maran 26. Sri Jaya, Maran 27. Sg.Jerik, Maran 28. Triang, Bera 29. Kemayan, Bera 30. Chini, Pekan 31. Nenasi, Pekan 32. Ringlet, Cameron

Highlands 33. Bkt Fraser, Raub 34. Mengkarak, Bera 35. Mengkuang, Bera 36. Bandar 32, Bera 37. Batu Malim, Raub

1. Penduduk 5,000-10,000 orang 2. Pasar mini 4. Industri berasaskan pertanian 5. Bank simpanan perdagangan 6. Sekolah rendah/menengah 7. Pusat kesihatan kecil 8. Masjid 9. Balai polis 10. Dewan orang ramai

Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 46: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

34 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 47: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

35 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

2.4 DASAR LP3

Berdasarkan strategi pembangunan RFN, konurbasi Kuantan dijangka akan meliputi Bandar Pekan di selatan sehinggalah Bandar Chukai (Daerah Kemaman) di utara. Bandar Pekan-Peramu terkenal dengan pembangunan perindustrian berteraskan kejuruteraan automotif dan dijangka akan bergabung dengan Bandar Kuantan menjelang 2020. Bandar Chukai akan menjadi kawasan tadahan kepada bandar Kuantan. 2.4.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN

DASAR INI 1. Kawasan Perindustrian Gebeng

dibangunkan secara optimum dengan industri-industri yang berasaskan bahan-bahan petrokimia seperti kilang plastik, bahan kimia industri, produk-produk getah dan ‘oleochemical’;

2. Memperkukuhkan kedudukan industri

berasaskan kejuruteraan automotif di

kawasan Perindustrian Peramu di Pekan melalui peningkatan infrastruktur dan utiliti;

3. Membangunkan kawasan pelancongan

bertaraf antarabangsa seperti Pantai Cherating, Telok Chempedak, Muzium Sungai Lembing, Sungai Kuantan dan Bandar Kuantan;

4. Mempercepatkan pelaksanaan cadangan

pembangunan sistem rel keretapi berkembar berkelajuan tinggi yang menghubungkan :-

i. Lembah Klang – Kuantan; ii. Johor Bahru – Kuantan – Kota Bharu;

5. Bandar Gambang akan dibangunkan

sebagai Pusat Bioteknologi, Halal Hub dan ‘Cybercity’; dan

6. Mengambilkira cadangan-cadangan

petunjuk bandar mampan di dalam Malaysia Urban Indicator Network (MurniNet) bagi pembangunan bandar Kuantan.

MENYEDIAKAN SATU PELAN INDUK UNTUK DIJADIKAN RUJUKAN BAGI MEMBANGUNKAN KONURBASI KUANTAN

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 48: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

36 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

2.4.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR

1. Menjelang tahun 2020, konurbasi Kuantan

telah dibangunkan dengan kemudahan perbandaran dan mempunyai sistem pengangkutan yang sempurna antara bandar Pekan-Kuantan dan antara bandar Chukai-Kuantan;

2. Perjalanan antara pusat-pusat dalam

kawasan konurbasi Kuantan dijangka mengambil masa 30 minit;

3. Jumlah penduduk konurbasi Kuantan

dianggarkan menjadi 637,900 orang menjelang 2020; dan

4. Melaksanakan cadangan-cadangan di

dalam MurniNet.

2.5 DASAR LP4

Bandar Temerloh-Mentakab merupakan konurbasi sokongan Negeri Pahang yang akan meliputi Lanchang sehingga ke Bandar Karak, Chenor hingga ke Jengka, Kuala Krau dan Triang. Kedudukan strategik Bandar Temerloh-Mentakab yang terletak di tengah-tengah antara Kuala Lumpur ke Kuantan akan membolehkan ia berfungsi sebagai pusat ‘transit’ barangan, hasil produk penduduk dan juga penumpang. Laluan keretapi Johor Bahru – Gemas - Triang – Mentakab – Jerantut – Kuala Lipis- Kota Bharu merupakan potensi yang akan memudahkan pembangunan perbandaran Temerloh-Mentakab. Cadangan pembinaan laluan keretapi berkembar berkelajuan tinggi Lembah Klang – Kuantan dan naiktaraf laluan keretapi sedia ada Johor Bahru – Gemas - Triang – Mentakab – Jerantut – Kuala Lipis- Kota Bharu dijangka akan meningkatkan lagi pembangunan Temerloh-Mentakab.

KEUTAMAAN KEDUA PEMBANGUNAN BANDAR AKAN DIKHUSUSKAN KEPADA BANDAR TEMERLOH – MENTAKAB UNTUK MEWUJUDKAN SATU LAGI KONURBASI BANDAR DI NEGERI PAHANG

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 49: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

37 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

2.5.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI

1. Satu Pelan Induk Wilayah bagi konurbasi

Temerloh-Mentakab perlu disediakan; 2. Merancang projek-projek perindustrian

pembuatan di Bandar Temerloh-Mentakab; dan

3. Majlis Perbandaran Temerloh perlu

bersedia memberi perkhidmatan perbandaran yang efisien kepada pengusaha dan pelabur.

2.5.2 INDIKATOR MENGUKUR

PELAKSANAAN DASAR 1. Sasaran jumlah penduduk di konurbasi

Temerloh – Mentakab seramai 100,000 orang pada tahun 2020 tercapai.

2. Konurbasi Temerloh – Mentakab telah

disediakan kemudahan sosial dan infrastruktur selaras dengan fungsinya.

3. Pembangunan projek – projek

perindustrian pembuatan di Koridor Perindustrian Temerloh – Mentakab.

2.6 DASAR LP5

Petempatan desa di Negeri Pahang didapati masih lagi mengekalkan nilai-nilai tradisi kedesaannya. Keadaan ini akan mewujudkan suatu khazanah warisan yang berharga kepada negeri untuk tatapan generasi akan datang. Oleh itu, segala pembangunan yang dirancang di kawasan ini mestilah mampu untuk memelihara warisan tersebut. Walaupun begitu, pembangunan tanah bagi tujuan perbandaran berskala besar hendaklah dilengkapi dengan satu laporan ‘Sosial Impact Assessment’ (SIA) untuk memastikan pembangunan tersebut tidak memberi impak sosial kepada penduduk setempat.

PEMBANGUNAN DI KAWASAN DESA AKAN DIKHUSUSKAN KEPADA PEMBANGUNAN YANG AKAN MEMBERI KESEJAHTERAAN DAN DAPAT MENINGKATKAN KUALITI HIDUP PENDUDUK DESA DISAMPING MEMELIHARA NILAI DAN TRADISI KAWASAN DESA

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 50: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

38 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

2.6.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI

1. Pembangunan tanah di kawasan desa

hendaklah dikaji dengan teliti; 2. Program pembangunan sumber manusia

perlu dilaksanakan secara lebih menyeluruh;

3. Kawasan-kawasan FELDA dan FELCRA perlu dibangunkan sebagai ‘new economic frontier’;

4. Kemudahan infrastruktur dan utiliti bagi

petempatan orang asli perlu disedia dan diselenggara melalui Program Penempatan Semula Kampung Orang Asli di Negeri Pahang;

5. Kemudahan masyarakat yang mencukupi

dan berkualiti hendaklah disediakan; 6. Mengurangkan ‘digital divide’ di kawasan

desa; dan 7. Kajian RTD perlulah menentukan kawasan

petempatan desa dan sempadannya.

2.6.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR

1. Pendapatan penduduk desa meningkat

dan peratus penduduk miskin berkurang; 2. Satu pangkalan data perlu diwujudkan

dan dikemaskini; 3. Wujud satu pusat komuniti dan info luar

bandar bagi di setiap Pusat Pertumbuhan Desa (PPD); dan

4. Program penempatan semula Kampung Orang Asli dilaksanakan.

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 51: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

39 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

2.7 DASAR LP6

Seluas 19,496.37 hektar tanah-tanah kerajaan (Rujuk Jadual 7 dan Peta 3) telah diluluskan oleh kerajaan Negeri Pahang untuk dibangunkan. Cadangan pembangunan secara komersil perlu diberi keutamaan. Pembangunan projek hendaklah menggunakan pendekatan teknologi terkini dan pengurusan yang efisien. Walaupun begitu, pengekalan dan pengurusan sumber jaya hendaklah menjadi salah satu daripada objektif pembangunan.

2.7.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI

1. Semua projek tanah-tanah kerajaan perlu

selaras dengan pengezonan Rancangan Pemajuan;

2. Pembangunan tanah-tanah kerajaan

hendaklah dipantau; dan

3. Satu Pelan Induk hendaklah disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Negeri Pahang (UPEN) bagi memudahkan pembangunan tanah-tanah kerajaan dan selaras dengan dasar Kerajaan Negeri.

Jadual 7 : Projek Pembangunan Pelaburan Yang

Telah Diluluskan Di Atas Tanah-tanah Kerajaan

Projek (Hektar) Daerah

Perbandaran Pertanian Perlombongan Ladang Hutan

Kuantan 787.17 1,443.45 111.88 1214.06

Temerloh - 4107.57 - -

Rompin - 4,222.93 - -

Pekan - 9,661.18 - 1,416.50

Raub 31.26 20.23 - 1,289.40

Jerantut 36.63 47.77 - -

Bentong 21.25 - - 80.93

Cameron Highlands

1.02 - - -

Maran 20.23 306.36 - -

Lipis 242.80 - - 161.04

Bera 24.23 - - -

JUMLAH 1,164.5 14,058.06 111.88 4,161.93

JUMLAH KESELURUHAN 19,496.37

Sumber : Unit Perancang Ekonomi Negeri Pahang, 2005

2.7.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR

1. Keseluruhan tanah-tanah kerajaan seluas 19,496.37 hektar akan dimajukan menjelang 2020.

TANAH-TANAH KERAJAAN YANG BELUM DAN BOLEH DIBANGUNKAN AKAN DIMAJUKAN SECARA EKONOMIK UNTUK MEMBERI MANFAAT KEPADA PENDUDUK DAN MENINGKATKAN HASIL NEGERI

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 52: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

40 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 53: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

41 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

2.8 DASAR LP7

Jabatan Pertanian Negeri menyediakan Pelan Pengezonan Pertanian sebagai asas dan panduan kepada pembangunan sektor pertanian negeri yang dikemaskini dari semasa ke semasa. Pelan pengezonan ini telah mengambilkira semua jenis aktiviti pertanian termasuk tanaman, ternakan, akuakultur dan hasil laut ( Rujuk Peta 4 dan 5 ). Zon Pembangunan Utara di Negeri Pahang akan terus dikekalkan dengan tanaman sayur-sayuran dan bunga-bungaan dan teh (Cameron Highlands), tanaman minuman seperti koko , tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan getah serta tanaman buah-buahan di samping tanaman lain yang berpotensi seperti kabung dan herba (Lipis dan Raub). Zon Pembangunan Utara juga terlibat dengan pembesaran pengeluaran pelbagai jenis ikan hiasan (Raub) dan penggalakkan ternakan lembu, kambing/biri-biri secara integrasi dengan tanaman kelapa sawit dan getah (Lipis, Jerantut dan Raub).

Zon Pembangunan Tengah pula diberi penekanan kepada meningkatkan hasil

tanaman sedia ada dan menggalakkan penanaman buah-buahan tidak bermusim untuk pasaran tempatan dan eksport (Temerloh, Maran dan Kuantan), memperkembang aktiviti akuakultur ikan sangkar air tawar/kolam ikan air tawar (Temerloh), memperbesar jeti dan memodenkan kemudahan pendaratan ikan marin (Kuantan), meluaskan kawasan penternakan ayam (Kuantan) secara sistem kawalan tertutup serta menambahkan pengeluaran daging lembu/kambing/biri-biri dengan aktiviti integrasi bersama-sama tanaman kelapa sawit/getah (Temerloh, Maran & Kuantan).

Zon Pembangunan Selatan akan dipertingkatkan infrastruktur bagi tanaman padi (Pekan & Rompin), memperbanyakkan aktiviti akuakultur ikan sangkar air payau, ikan sangkar air tawar dan ikan kolam air tawar (Pekan & Rompin), memaksimumkan penggunaan kawasan tanaman ladang kelapa sawit dengan integrasi ternakan lembu, kambing dan biri-biri di samping tanaman pokok balak seperti pokok sentang/pokok jati emas yang dikenali sebagai ‘agroforesty’ (Rompin & Bera) sebagaimana disarankan di dalam Dasar Pertanian Negara 3, meluaskan

PEMBANGUNAN KAWASAN PERTANIAN PERLULAH SELARAS DENGAN PELAN PENGEZONAN PERTANIAN NEGERI

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 54: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

42 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

kawasan penternakan ayam secara sistem kawalan tertutup (Bera) dan memperbesar dan memodenkan kemudahan jeti pendaratan ikan marin (Pekan & Rompin). Membangunkan tanaman dan tanaman singkat buah–buahan dan herba mengikut konsep pembangunan kluster. Ini bererti kawasan tersebut bukan sahaja akan menumpukan kepada tanaman tertentu,ia juga melibatkan rangkaian pembangunan industri hiliran dan huluan yang berkaitan. Zon Kluster yang telah dikenalpasti ialah;

i. Kluster Temerloh untuk industri tanaman nangka, mangga, jambu batu dan limau. Kluster Temerloh meliputi Daerah Temerloh, Maran, Bentong, Raub, Lipis dan Jerantut; dan

ii. Kluster Mersing yang merangkumi Daerah

Rompin, Pekan dan Kuantan dirancang untuk pembangunan tanaman belimbing, limau, tembikai, nenas dan roselle.

2.8.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI

1. Cadangan Pembangunan berasaskan Zon Pertanian yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Pahang selaku urusetia Pengkalan Data Negeri bagi Sektor Pertanian hendaklah dijadikan sebagai panduan dan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan/agensi kerajaan yang berkaitan (Rujuk Peta 5);

2. Jabatan Pertanian Negeri Pahang selaku

Urusetia kepada MOA Inc. dan Urusetia Pengkalan Data Pertanian Negeri Pahang hendaklah dijadikan rujukan untuk sebarang aktiviti pertanian yang hendak dilakukan terutamanya bagi pertanian komersil dan pertanian berskala besar;

3. Kawasan paya tidak boleh ditebusguna

untuk aktiviti akuakultur seperti yang dinyatakan di dalam Rancangan Fizikal Negara;

4. Aktiviti akuakultur hendaklah dijalankan di

luar kawasan paya; 5. Penyediaan infrastruktur dan prasarana

pengumpulan aktiviti pertanian akan dipertingkatkan sebagai pemangkin kepada pembangunan sektor pertanian moden melalui:

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 55: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

43 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

a. Cadangan penubuhan TEMAN

(Terminal Makanan Negara) di Temerloh;

b. Cadangan pasar borong tani di

Kuantan, Temerloh dan Bentong; c. Pusat Pemasaran Hasil Ternakan

Selancar dan Jengka;

d. Naiktaraf jeti pendaratan hasil laut di Kuantan, Nenasi dan Kuala Pahang di Pekan dan di Kuala Rompin;

e. Pelabuhan Darat di Mentakab; dan

f. ‘Kargo Hub’ di Kuantan.

2.8.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR

1. Menjelang 2020, keluasan tanaman akan

menjadi lebih seimbang dengan keluasan makanan akan meningkat, tanaman industri akan kekal atau menurun, keluasan tanaman herba akan menjadi lebih ketara;

2. Kawasan paya tidak ditebusguna untuk aktiviti akuakultur;

3. Menjelang 2020 Negeri Pahang dijangka

akan mempunyai tambahan keluasan seperti berikut;

a. 4,500 hektar sayur dan tanaman

kontan; b. 1,000 ha/tahun bagi tanaman herba;

c. 1,000 ha/tahun bagi buahan

bermusim dan tidak bermusim contohnya mangga, nangka, nenas, tembikai dll; dan

d. 1000 hektar tanaman kabung yang

akan membangun secara kluster.

3. Menjelang 2020 hasil ternakan air dan perikanan akan menyumbang kepada eksport Negeri Pahang dan negara di samping herba dan tanaman makanan (Rujuk Peta 5).

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 56: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

44 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Bil Daerah/Zon Pembangunan

Cadangan Tanaman Cadangan Ternakan Akuakultur

Cadangan Ternakan

ZON PEMBANGUNAN UTARA 1 Cameron Highlands • Sayur-sayuran

• Bunga-bungaan • Strawbery

• Ikan Hiasan • Integrasi ternakan

2 Lipis • Buah Salak • Gula Kabung

• Ikan Talapia Merah • Integrasi ternakan

3 Jerantut • Buah Dokong • Buah Durian

• Ikan Asli • Integrasi ternakan

4 Raub • Buah Durian • Herba

• Ikan Kelah • Ikan Hiasan

• Integrasi ternakan

ZON PEMBANGUNAN TENGAH 5 Kuantan • Sayur-sayuran

• Bunga-bungaan • Ikan Marin • Pelbagai

• Ternakan Ayam • Integrasi

ternakan 6 Maran • Buah Nangka

• Buah Mesta • Ikan Keli • Integrasi

ternakan 7 Temerloh • Buah Nangka

• Buah Mesta • Ikan Patin • Ikan sangkar air

tawar/kolam ikan air tawar

• Integrasi ternakan

8 Bentong • Ulam-ulaman • Sayur-sayuran

• Ikan Baung • Integrasi ternakan

ZON PEMBANGUNAN SELATAN 9 Pekan • Buah Nenas

• Tanaman Padi

• Udang Harimau • Ikan sangkar air

payau/air tawar • Ikan Marin

• Integrasi ternakan

10 Bera • Buah Nangka • Bunga-bungaan

• Ikan Hiasan • Penternakan Ayam

11 Rompin • Jagung • Kelapa • Tanaman Padi

• Udang Galah • Ikan Marin • Ikan sangkar/air

payau/air tawar

• Integrasi ternakan

Sumber : Jabatan Pertanian Negeri Pahang, 2002

LOKASI PEMBANGUNAN

Jadual 8: Cadangan Pengezonan Pertanian 2020

Page 57: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

45 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 58: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

46 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 59: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

47 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

2.9 DASAR LP 8

Bandar Kuantan dan Temerloh akan dilengkapi dengan kawasan-kawasan perindustrian yang berdaya maju selaras dengan tahap pembangunannya sebagai konurbasi bandar menjelang tahun 2020. Dengan adanya pelbagai jenis perindustrian di kedua-dua pusat tumpuan tersebut, maka pelbagai insentif serta kemudahan prasarana dapat disalurkan di Bandar Kuantan dan Temerloh-Mentakab. Strategi ini akan dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan bandar Kuantan dan Temerloh-Mentakab sekaligus dapat bersaing dengan konurbasi-konurbasi bandar yang lain seperti Georgetown dan Johor Bahru.

2.9.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI

1. Pelan Indikatif Pembangunan Kawasan

Perindustrian Negeri Pahang 2006-2020 perlu disedia secara lebih terancang, komprehensif dan mampan;

2. Lot-lot industri dalam zon perindustrian terancang yang masih kosong atau belum diduduki perlu dibangunkan sepenuhnya;

3. Pembangunan semua aktiviti

perindustrian perlu mematuhi garis panduan yang telah disediakan; dan

4. Aktiviti-aktiviti industri haram perlu

ditempatkan di dalam kawasan perindustrian terancang dan digalakkan mengikut kelas kelompok industri yang bersesuaian.

2.9.2 INDIKATOR MENGUKUR

PELAKSANAAN DASAR 1. Menjelang tahun 2020, kawasan konurbasi

Kuantan telah dibangunkan dengan industri berasaskan petrokimia, pusat bioteknologi dan industri makanan utama dan nutraseutikal (kesihatan);

2. Konurbasi Temerloh-Mentakab

dibangunkan dengan industri telekomunikasi dan ICT, industri makanan utama serta industri berasaskan sumber kayu; dan

PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN AKAN DITUMPUKAN DI KONURBASI KUANTAN DAN KONURBASI TEMERLOH-MENTAKAB

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 60: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

48 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

3. Kawasan-kawasan perindustrian haram ditempatkan di kawasan-kawasan perindustrian yang telah disediakan dan dirancang.

2.10 DASAR LP 9

Satu Pelan Indikatif Pembangunan Kawasan Perindustrian Negeri Pahang 2006-2020 telahpun disediakan (Rujuk Jadual 9 serta Peta 6). Oleh itu, pembangunan perindustrian perlulah dirancang menepati pelan tersebut.

2.10.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI

1. Pelan-Pelan Indikatif Pembangunan

Kawasan Perindustrian Negeri Pahang 2006-2020 perlu diaplikasikan secara berterusan dan dijadikan rujukan dalam merancang pembangunan perindustrian di seluruh negeri;

2. Program tahunan pembangunan perindustrian perlu disediakan oleh agensi yang terlibat; dan

3. Pencapaian pembangunan perindustrian

hendaklah dipantau dan dilaporkan kepada Jawatankuasa Perindustrian Dan Pelaburan Negeri Pahang.

2.10.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR

1. Sasaran sumbangan KDNK sektor

perindustrian berjumlah RM 14 billion menjelang tahun 2020 tercapai; dan

2. Gambang telah dibangunkan sebagai

‘Cyber City’, pusat bioteknologi dan Halal Hub.

PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN AKAN DILAKSANAKAN SELARAS DENGAN PELAN INDIKATIF PEMBANGUNAN KAWASAN PERINDUSTRIAN NEGERI PAHANG

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 61: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

49 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Jadual 9 : Kluster Industri Tahun 2002 dan Tahun 2020 DAERAH KLUSTER INDUSTRI 2002 KLUSTER INDUSTRI 2020

Kuantan 1. Industri Petrokimia 2. Industri Elektrik dan Elektronik 3. Industri Makanan Halal 4. Industri Berasaskan Sumber

1. Industri Makanan Kesihatan (Nutraseutikal)

2. Industri Maritim 3. Industri Telekomunikasi dan ICT 4. Industri Perkayuan

Pekan 1. Industri Automotif 1. Industri Pertahanan 2. Industri Maritim

Bentong 1. Industri Kejuruteraan Berat

1. Industri Kejuruteraan Berat

Rompin 1. Industri Berasaskan Seramik 2. Industri Pemprosesan Hasil Pertanian

1. Industri Makanan Kesihatan ( Nutraseutikal ) 2. Industri Maritim

Temerloh 1. Industri Berasaskan Sumber Kayu 1. Industri Telekomunikasi dan ICT Bera 1. Industri Berasaskan Sumber 1. Industri Makanan Kesihatan

(Nutraseutikal) Jerantut Lipis Raub

1. Industri Berasaskan Sumber dan IKS 1. Industri Berasaskan Sumber dan IKS

Cameron Highlands

1. Industri Pemprosesan Hasil Pertanian 1. Industri Perubatan (Farmaseutikal) 2. Industri Pemprosesan Hasil Pertanian

Maran 1. Industri Sokongan Kejuruteraan 2. Industri Elektrik dan Elektronik

1. Industri Makanan Kesihatan (Nutraseutikal)

Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 62: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

50 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 63: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

51 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

2.11 DASAR LP 10

Pembangunan LPT dijangka akan menyediakan perhubungan pengangkutan yang lebih efisien daripada kawasan Lembah Klang ke bandar-bandar utama di Pahang. Hubungan rangkaian lebuhraya dan laluan keretapi dari Mentakab/Temerloh ke destinasi utama seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Pasir Gudang dan Singapura serta kemudahan perkhidmatan kargo dan lapangan terbang juga memudahkan pengangkutan barangan. Pelabuhan Kuantan yang berperanan sebagai pintu masuk utama Wilayah Pantai Timur sementara pelabuhan darat sebagai sokongan kepada pelabuhan laut dari segi pengurusan kontena mampu mengendalikan kargo import dan eksport bagi aktiviti perindustrian di Negeri Pahang.

2.11.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI

1. Menyediakan satu pelan sistem jaringan

jalan kepada semua kawasan industri di Negeri Pahang; dan

2. Meningkatkan jalan-jalan yang

menghubungkan Pelabuhan Kuantan, Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah dan Pelabuhan Darat Mentakab ke pusat-pusat utama daerah.

2.11.2 INDIKATOR MENGUKUR

PELAKSANAAN DASAR 1. Semua kawasan industri di Pahang telah

dilengkapi dengan sistem perhubungan dan pengangkutan yang efisien menjelang tahun 2020.

SISTEM PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN AKAN DIPERKUKUHKAN UNTUK MENINGKATKAN KEMUDAHSAMPAIAN KAWASAN INDUSTRI

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 64: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

52 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

2.12 DASAR LP 11

Peranan industri kecil dan sederhana (IKS) adalah penting bagi pertumbuhan ekonomi setempat. Setakat ini terdapat beberapa kawasan IKS yang beroperasi di petempatan utama seperti Kuantan, Bentong, Temerloh dan Maran. Kawasan-kawasan IKS perlu ditingkatkan dan diperbanyakkan diseluruh negeri bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi serta menggunapakai sumber-sumber setempat sedia ada bagi manfaat penduduk negeri. Ianya juga dapat membantu mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk.

2.12.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI

1. Setiap Pihak Berkuasa Tempatan

hendaklah mengenalpasti kawasan yang berpotensi untuk dijadikan kawasan IKS dan ditandakan dalam Rancangan Tempatan;

2. Usaha menarik pelabur perlu dijalankan

dan digiatkan bagi pembangunan IKS oleh Pihak Berkuasa Tempatan;

3. Kajian Rancangan Tempatan haruslah

mampu menyediakan lokasi yang sesuai untuk IKS di kawasan-kawasan yang mempunyai sumber dan bahan mentah yang mencukupi; dan

4. Mempertingkatkan rantaian industri

(industrial lingkages) antara industri besar dengan IKS yang dapat menyokong pertumbuhan kluster dan aktiviti industri hiliran.

2.12.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR

1. Setiap pusat daerah telah dibangunkan

dengan kawasan IKS berasaskan kepada sumber dan permintaan semasa mengikut konsep satu industri satu daerah.

PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA AKAN DIPERTINGKATKAN DI PUSAT PENEMPATAN UTAMA SETIAP DAERAH

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 65: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

53 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

2.13 DASAR LP 12

Strategi utama pembangunan pelancongan Negeri Pahang adalah menjadikan ‘Negeri Pahang Sebagai Destinasi Pelancongan Sepanjang Tahun’. Sejumlah 3.3 juta pelancong telah melawat Negeri Pahang pada tahun 2000 dan dijangka terus meningkat kepada 13 juta pada tahun 2020. Mempunyai 54 buah destinasi pelancongan termasuk 27 destinasi bertaraf antarabangsa merupakan kelebihan bagi Negeri Pahang dalam mempelbagaikan produk-produk pelancongannya. Tempat-tempat tarikan ini yang terdiri dari ketiga-tiga Sumberjaya Semulajadi, Warisan/Kebudayaan dan Buatan Manusia dibahagikan kepada 3 Zon iaitu Zon Tanah Tinggi, Zon Ekologi/Tasik dan Zon Pesisiran Pantai/Pulau (Rujuk Peta 7).

a. Zon Tanah Tinggi merangkumi kawasan tanah tinggi dari Daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub sehingga ke Daerah Bentong;

b. Zon Ekologi / Tasik merentasi kawasan

Pahang Tengah dari Daerah Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan, Bera dan Rompin di mana kebanyakan tempat-tempat tarikan adalah kawasan hutan dan semulajadi; dan

c. Zon Pesisiran Pantai / Pulau / Tasik

terletak di sebelah timur Negeri Pahang meliputi Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin.

Fokus produk pelancongan sepertimana di Jadual 10.

PEMBANGUNAN PELANCONGAN AKAN DILAKSANAKAN BERASASKAN KEPADA TIGA ZON IAITU ZON TANAH TINGGI, ZON EKOLOGI DAN ZON PESISIRAN PANTAI / PULAU / TASIK BAGI MENJADIKAN NEGERI PAHANG SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN SEPANJANG TAHUN

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 66: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

54 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

2.13.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI

1. Pemasaran ‘Negeri Pahang Sebagai

Destinasi Pelancongan Sepanjang Tahun’ perlu dipertingkatkan melalui:

i. Mengambil bahagian di dalam

pameran-pameran ataupun karnival-karnival pelancongan;

ii. Mengemaskini dan meningkatkan

kualiti maklumat-maklumat pelancongan seperti risalah, poster, majalah, gambar, peta-peta pelancongan dan persembahan multimedia seperti dokumentari;

iii. Mengadakan ‘Familiarization Tour’

kepada para wartawan, penulis, jurugambar dan para operator pelancongan dari dalam dan luar negara;

iv. Penyertaan Negeri Pahang perlu

dipertingkatkan dalam kempen-kempen promosi Kementerian Pelancongan dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia melalui penyebaran maklumat; dan

v. Kerajaan Negeri Pahang disarankan untuk menjadi tuan rumah kepada beberapa acara peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

2. Pembuatan kraftangan tempatan yang

berkualiti dan unik perlu ditonjolkan sebagai identiti pelancongan Negeri Pahang; dan

3. Peningkatan Laman Web Pelancongan

Negeri Pahang secara lebih komprehensif melalui :

i. Laman web ini perlu sentiasa

dikemaskini untuk memberi segala maklumbalas secara ‘on-line’; dan

ii. Perlu juga memberi kemudahan

membuat tempahan penginapan atau pakej lawatan secara terus melalui pautan (linkages) ke laman web penginapan dan operator pelancongan.

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 67: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

55 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Jadual 10 : Fokus Pembangunan Pelancongan Mengikut Daerah

Daerah Fokus Produk Pelancongan

Cameron Highlands

1. Ekologi (Tanah Tinggi). 2. Persidangan dan pameran. 3. Agro. 4. Sukan & Rekreasi. 5. Penyelidikan.

Jerantut 1. Ekologi (Hutan). 2. Agro.

Lipis 1. Ekologi (Hutan). 2. Kebudayaan & Warisan

(Bangunan Bersejarah). Raub 1. Ekologi (Tanah Tinggi).

2. Sukan & Rekreasi. 3. Program ‘Malaysia My Second

Home’. Temerloh 1. Ekologi (Hutan).

2. Program Homestay. Kuantan 1. Ekologi (Pantai/Air Terjun).

2. Persidangan dan pameran. 3. Membeli-belah. 4. Agro. 5. Sukan & Rekreasi. 6. Kebudayaan & Warisan

(Muzium). 7. Kesihatan.

Daerah Fokus Produk Pelancongan Maran 1. Ekologi (Air Terjun).

2. Sukan & Rekreasi. 3. Homestay. 4. Kebudayaan dan Warisan [Chenor].

Bentong 1. Ekologi (Tanah Tinggi/Air Terjun). 2. Taman Tema. 3. Persidangan dan pameran. 4. Kesihatan. 5. Program ‘Malaysia My Second

Home’. 6. Sukan & Rekreasi.

Rompin 1. Ekologi (Hutan/Pantai/Pulau/Taman Laut).

2. Sukan & Rekreasi. 3. Penyelidikan. 4. Agro.

Pekan 1. Ekologi (Tasik). 2. Kebudayaan & Warisan (Muzium). 3. Program Homestay.

Bera 1. Ekologi (Tasik). 2. Kebudayaan & Warisan (Orang

Asli). 3. Sukan & Rekreasi.

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 68: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

56 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

2.13.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR

1. Sasaran 13 juta pelancong pada tahun

2020 tercapai seperti Jadual 11; Jadual 11: Jumlah Pelancong Negeri Pahang Pada Tahun 2000 Dan Sasaran Pada Tahun 2020

Tahun Zon Pelancongan

2000 2020

Zon Tanah Tinggi 2.2 juta 9.6 juta

Zon Ekologi 0.8 juta 0.4 juta

Zon Persisiran Pantai / Pulau

1.0 juta 3.0 juta

Jumlah 3.3 juta 13 juta

Domestik 2.0 juta 7.8 juta

Luar Negara 1.3 juta 5.2 juta Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020

2. Sasaran KDNK sektor pelancongan berjumlah RM 7.8 bilion pada tahun 2020 dicapai; dan

3. Sasaran tempoh tinggal

pelawat/pelancong menjadi 4 hari pada tahun 2020 berbanding 2 hari pada tahun 2002 tercapai.

2.14 DASAR LP13

Terdapat beberapa faktor yang akan memberikan kesan terhadap peningkatan kedatangan pelancong ke Negeri Pahang iaitu:

i. Kemudahsampaian; ii. Kemudahan penginapan dan makanan; iii. Agensi Pelancongan/Pengembaraan dan

Jurupandu Pelancong; dan iv. Acara-acara berkaitan pelancongan. Tahap kemudahsampaian ke destinasi pelancongan iaitu mutu jalan darat atau air yang baik dan mod pengangkutan awam seperti bas, teksi, kereta sewa dan pengangkutan air (bot atau feri) yang lebih efisien memberikan keselesaan dan kemudahan kepada para pelancong. Tahap kemudahan di pintu-pintu masuk utama iaitu lapangan terbang (laluan udara), pelabuhan (laluan laut) dan keretapi (laluan darat) serta infrastruktur jalan raya (laluan darat) dari negeri-negeri bersempadan mahu

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN SOKONGAN AKAN DIPERTINGKATKAN UNTUK KEMUDAHAN PELANCONGAN

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 69: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

57 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

pun dalam negeri juga perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kekurangan kemudahan perkhidmatan penginapan dan makanan yang terdapat di beberapa daerah seperti Bera, Maran dan Pekan turut memberi kesan kepada tempoh lawatan pelancong di Pahang. Taraf penginapan yang disediakan perlu dipertingkatkan dari aspek kualitinya bagi memikat pelbagai golongan pelancong untuk berkunjung ke negeri ini. Menjelang tahun 2020, Negeri Pahang memerlukan sejumlah 20,476 bilik penginapan berbanding 17,136 bilik pada tahun 2002. Kuantan dan Bentong memerlukan bilik penginapan paling tinggi iaitu 5,077 unit bagi Kuantan dan 7,550 unit bagi Bentong (majoritinya terletak di Genting Highlands) (Rujuk Jadual 12). Jurupandu pelancong turut berkait rapat dengan agensi pelancongan dan memainkan peranan penting sebagai orang yang berhubung terus dengan para pelancong. Di beberapa tempat dan aktiviti seperti lawatan sekitar produk pelancongan dan ‘jungle trekking’ dan sebagainya, khidmat jurupandu pelancong adalah sesuatu yang penting.

Jadual 12 : Jumlah Bilik Penginapan Tahun 2002 Dan Unjurannya Pada Tahun 2020

Daerah 2002 2020 Cameron Highlands 1,741 2,025

Jerantut 584 664 Lipis 189 315 Raub 592 745

Kuantan 4,309 5,077 Maran 43 80

Temerloh 626 700 Bentong 6,661 7,550 Rompin 2,273 3,020 Pekan 65 150 Bera 53 150

Jumlah 17,136 20,476 Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020

Sehubungan itu, penganjuran acara yang lebih tersebar ke seluruh daerah akan memberi peluang kepada para peserta/pelancong untuk mengenal lebih dekat sesuatu daerah itu di samping memberikan peluang ekonomi kesemua daerah. Penganjuran acara yang lebih tersusun dapat membantu untuk mencapai matlamat Pahang Sebagai Destinasi Pelancongan Sepanjang Tahun.

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 70: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

58 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 71: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

59 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

2.14.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI

1. Pihak Berkuasa Tempatan haruslah

berperanan dengan lebih aktif dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan sokongan pelancongan yang mencukupi dengan:

i. Menyediakan Khidmat Kaunter

Pelancong di pintu-pintu masuk iaitu di lapangan terbang, pelabuhan serta pintu masuk jalan darat yang bersempadan dengan negeri-negeri Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kelantan, Terengganu dan Lembah Klang;

ii. Menyediakan ‘Tourist One stop

Center’ di tempat-tempat tumpuan utama seperti Cameron Highlands, Bukit Fraser, Taman Negara, Bandar Temerloh, Bandar Kuantan, Pulau Tioman dan sebagainya. Pusat ini menempatkan beberapa elemen yang penting kepada para pelancong terutamanya dari luar negara seperti kaunter maklumat, mesin juruwang (ATM), pengurup wang, polis pelancong dan sebagainya; dan

iii. Menaiktaraf kemudahan-kemudahan bagi para pelancong seperti tandas, tempat persalinan, kawasan R&R, papan petunjuk arah, papan maklumat dan sebagainya.

2. Kemudahan penginapan dan pengangkutan

pelancongan perlu dipertingkatkan melalui:

i. Menambah bilangan kemudahan

penginapan seperti Jadual 12; ii. Menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan

Haji Ahmad Shah untuk menerima ‘Chartered International Flight’ dan penerbangan terus dari luar negara;

iii. Mempertingkatkan kemudahan di

Pelabuhan Kuantan untuk kapal pesiaran (cruise)/bot mewah seperti kemudahan imigresen, kastam, kawasan tempat letak kenderaan dan maklumat pelancongan;

iv. Meningkatkan kualiti jeti supaya

lebih menarik, selesa dan teratur; dan

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 72: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

60 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

v. Meningkatkan mod pengangkutan awam yang lebih efisien ke tempat-tempat tarikan.

2.14.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR

1. Terdapat kemudahan dan perkhidmatan

sokongan pelancongan di setiap destinasi pelancongan yang bertaraf domestik dan antarabangsa;

2. Bilangan kemudahan penginapan selaras

dengan keperluan dan seperti di Jadual 12; dan

3. Segala kemudahan pelancongan berada

di tahap yang baik dan selamat digunakan.

2.15 PENUTUP Aktiviti pembangunan dipelbagai sektor ekonomi mempunyai kesan yang mendalam terhadap keseimbangan alam sekitar. Untuk meminimakan kesan negatif dan menggalakkan pemeliharaan kepelbagaian biologi ekosistem, suatu dasar yang menjurus kepada kepentingan pemeliharaan alam sekitar perlu digubal. Pertimbangan keperluan pemeliharaan alam sekitar perlu dinyatakan sebagai komponen penting dasar untuk memastikan penyelarasan dan integrasi yang berkesan. Perkara ini akan dibincangkan dalam bab berikutnya.

LOKASI PEMBANGUNAN

Page 73: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

61 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

3.1 PENGENALAN Pengurusan sumber alam semulajadi perlu dilaksanakan secara terancang dan menyeluruh bagi memastikan sebarang usaha pembangunan diuruskan dengan mampan. Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) yang telah dikenalpasti memerlukan pertimbangan khusus di dalam pembangunan sama ada di peringkat tempatan, negeri atau wilayah. Di samping mengurangkan kesan negatif kepada kualiti persekitaran, ia penting di dalam menyeimbangkan pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial setempat.

3.2 DASAR AS 1 Usaha-usaha ke arah pembangunan negeri perlu memberi keutamaan kepada pemeliharaan dan peningkatan kualiti alam sekitar. Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi kerajaan perlu merancang pembangunan guna tanah dengan baik .

Pembangunan yang dijangka boleh memberikan impak negatif kepada alam sekitar akan diurus dengan berhati-hati dan langkah-langkah mitigasi hendaklah dirancang. KSAS yang telah di kenalpasti akan di bangunkan dengan berhemah dan mematuhi garispanduan yang telah di keluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani,serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Rujuk Peta 8).

3.2.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI

Tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi yang terlibat adalah seperti berikut: 1. Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam

Sekeliling 1974 (Akta 127) dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172);

2. Menggunakan sepenuhnya garis panduan

berkaitan kualiti alam sekitar seperti “The Planning Guideline for Environment Noise Limits and Control”;

BAB 3: PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

KUALITI ALAM SEKITAR AKAN TERUS DIPERTINGKATKAN BAGI MEWUJUDKAN PEMBANGUNAN YANG MAMPAN

Page 74: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

62 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

3. Menggunapakai dan menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara 1984;

4. Menggunapakai garispanduan berkaitan

perhutanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan seperti “Guidelines for Reduced Impact Logging in Peninsular Malaysia”;

5. Mempertingkatkan kaedah yang lebih

terkini di dalam mengawal selia kualiti alam sekitar dan melalui teknologi terkini seperti:

i. Teknologi “Remote Sensing” ii. Teknologi “Satelite Image” iii. Teknologi “Airbourne Photo” iv. Teknologi “Geographical

Information System” (GIS);

6. Menggunapakai Strategi Pemuliharaan Tanah Tinggi di dalam Kajian Pembangunan Lestari Untuk Tanah Tinggi di Semenanjung Malaysia dan langkah-langkah pelaksanaan di dalam kajian ‘Study on the Development of Hill Station’ dalam mengurus kawasan tanah tinggi;

7. Pemantauan perlu dilaksanakan secara berterusan oleh jabatan-jabatan yang berkaitan.

3.2.2 INDIKATOR MENGUKUR

PELAKSANAAN DASAR 1. Indeks kualiti air dan udara adalah diparas

yang ditentukan oleh Jabatan Alam Sekitar disemua lembangan sungai di Negeri Pahang perlu berada di antara 75-100% dan untuk kualiti air pada tahap bersih dan sangat bersih.

3.3 DASAR AS 2 KSAS bersepadu ialah kawasan yang perlu dilihat sebagai satu kesatuan ekosistem yang mempunyai pelbagai fungsi penting untuk mengawal kepentingan alam sekitar serta kesejahteraan hidupan (Rujuk Peta 8).

MEWUJUDKAN PEMBANGUNAN YANG MAMPAN MELALUI PENYEDIAAN PELAN PENGURUSAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR NEGERI YANG BERSEPADU BERDASARKAN KONSEP DAN KRITERIA PENGURUSAN RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

Page 75: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

63 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Di antara kepentingan pelan pengurusan KSAS bersepadu adalah seperti berikut: a. Sebagai langkah dalam memelihara

sumber semulajadi; b. Merangkumi pertimbangan mengenai nilai

suatu kawasan untuk memelihara warisan, mengekalkan sistem-sistem sokongan hidup dan mengelak daripada berlakunya bencana;

c. Pelan ini akan mengurus KSAS

keseluruhan Negeri Pahang; d. Menggalakkan penglibatan dan peranan

semua pihak dalam melaksanakan strategi dan pembangunan KSAS;

e. Pembangunan guna tanah efisien dapat

diwujudkan serta mengurangkan masalah alam sekitar seperti tanah runtuh, banjir kilat dan kemusnahan ekosistem setempat; dan

f. Memulihara sumber semulajadi yang

terjejas.

3.3.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI

1. Unit Perancang Ekonomi Negeri perlulah

menyediakan kajian Pelan Pengurusan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Negeri Pahang;

2. Pelan Pengurusan Kawasan Sensitif Alam

Sekitar ini hendaklah mengandungi pelan pengurusan yang komprehensif untuk merancang dan mengurus KSAS secara mampan;

3. Satu garispanduan untuk aktiviti

akuakultur akan disediakan; 4. Sebarang cadangan pembangunan dalam

KSAS hanya boleh dibenarkan selepas mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Perancang Negeri; dan

5. Menggunapakai dan menguatkuasakan

Garispanduan Pembangunan Dan Pengurusan Tanah Gambut Pahang Tenggara.

PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

Page 76: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

64 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

3.3.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR

1. Semua pembangunan KSAS perlu

menepati Pelan Pengurusan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Negeri;

2. Garispanduan untuk aktiviti akuakultur

telah disediakan dan digunapakai; dan 3. Garispanduan Pembangunan Dan

Pengurusan Tanah Gambut Pahang Tenggara telah digunapakai dan dikuatkuasakan.

PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

Page 77: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

65 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 78: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

66 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

3.4 DASAR AS 3 Kepelbagaian biologi merupakan warisan negeri dan mestilah diurus secara mampan serta digunakan dengan bijak pada masa kini di samping tidak menafikan kepentingan generasi akan datang. Kepelbagaian biologi biasanya dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu: a. Kepelbagaian genetik : kepelbagaian

dalam spesis, seperti yang diukur mengikut variasi dalam gen setiap tanaman, haiwan dan mikro-organisma. Kepelbagaian genetik berlaku dalam dan antara populasi suatu spesis;

b. Kepelbagaian spesis merujuk kepada

pelbagai organisma hidup di dunia; dan c. Kepelbagaian ekosistem merujuk

pelbagai habitat, komuniti biosis dan proses ekologi dalam persekitaran daratan, persekitaran laut dan persekitaran akua yang lain.

Kepelbagaian biologi ini mempunyai implikasi ekonomi, teknologi dan sosial yang penting iaitu: a. Faedah ekonomi : menyediakan

barangan balak dan barangan bukan balak dalam sektor perhutanan, tanaman makanan dan tanaman perindustrian dalam sektor pertanian, serta makanan dalam sektor perikanan;

b. Jaminan makanan : tumbuh-tumbuhan

dan haiwan termasuk ikan, merupakan sumber makanan utama negara. Selain itu, pemuliharaan ekosistem dan kepelbagaian biologi seperti di kawasan paya adalah penting untuk menjamin sumber makanan negara pada masa hadapan;

c. Kestabilan alam sekitar : Kepelbagaian

biologi terdiri daripada gabungan kepelbagaian biologi semua habitat atau ekosistem yang berbeza di sesuatu kawasan. Pengekalan dalam ekosistem ini akan mewujudkan kestabilan alam sekitar dan memastikan khidmat ekologi yang bernilai kepada manusia;

PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

MEMELIHARA DAN MENGGUNAKAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI NEGERI PAHANG SECARA MAMPAN BAGI KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI SETEMPAT

Page 79: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

67 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

d. Warisan biologi kebangsaan : Malaysia merupakan salah sebuah dari dua belas negara ‘mega kepelbagaian’ di dunia;

e. Nilai-nilai saintifik, pendidikan dan

rekreasi : Sebahagian besar daripada kepelbagaian biologi masih belum diselidiki secara saintifik. Adalah perlu meningkatkan usaha dalam penyelidikan dan pembangunan agar asas saintifik dapat diperkembang dan diperkukuhkan dalam bidang seperti genetik, bioteknologi, farmaseutikal, pertanian dan perikanan; dan

f. Biokeselamatan : Penciptaan,

pengangkutan, pengendalian dan pembebasan organisma yang diubahsuai secara genetik membawa risiko persekitaran, keselamatan dan kesihatan yang tertentu yang masih belum difahami sepenuhnya. Dalam pembangunan bioteknologi, terutamanya kejuruteraan genetik haruslah terdapat pembangunan rangka pengaturan biokeselamatan yang secukupnya dan sepadan.

3.4.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI

1. Memantap dan menambah inventori

sumber biologi dan kajian biologi yang sistematik untuk mendokumenkan kepelbagaian spesis;

2. Memastikan agensi yang melaksanakan

Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) memberi keutamaan yang sewajarnya kepada kepelbagaian biologi;

3. Menggunakan peluang penubuhan ‘Cyber

City’ di kawasan perindustrian Gambang sebagai pusat kecemerlangan dalam penyelidikan perindustrian tentang kepelbagaian biologi tropika;

4. Menubuhkan satu unit pengurusan

biodiversiti dan bioteknologi di peringkat negeri;

5. Mengadakan usahasama dengan sektor

swasta dalam penyelidikan dan pembangunan bioteknologi;

6. Menggalakkan langkah untuk

mengekalkan, memperbaiki dan

PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

Page 80: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

68 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

memperkaya kepelbagaian biologi di kawasan bandar; dan

7. Pemantauan perlu dilaksanakan secara

berterusan oleh Jabatan-jabatan berkaitan.

3.4.2 INDIKATOR MENGUKUR

PELAKSANAAN DASAR 1. Penyediaan dan penyebaran inventori

sumber biologi untuk didokumentasikan di peringkat negeri dan daerah.

2. Unit biodiversiti dan bioteknologi

ditubuhkan dan beroperasi; dan 3. Bilangan penyelidikan kepelbagaian

biologi di Negeri Pahang.

3.5 DASAR AS 4

Kawasan hutan kekal dan kawasan tadahan air di seluruh negeri hendaklah dipelihara keadaan semulajadinya bagi mengekalkan

fungsi serta kepelbagaian biologi di kawasan-kawasan tersebut. Fungsi dan peranan kawasan-kawasan tersebut dalam membekalkan sumber keperluan untuk hidupan tidak boleh diabaikan dalam pembangunan fizikal malah ianya perlu diintegrasikan bagi manfaat sejagat. Justeru, pengurusan yang mampan bagi menjaga pengekalan sumber tersebut adalah merupakan usaha yang wajar dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab.

3.5.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN

DASAR INI 1. Memperkukuhkan mekanisme kawalan

bagi mempertingkatkan kualiti kawasan hutan kekal dan kawasan tadahan air;

2. Sebarang pembangunan fizikal dan

aktiviti pertanian di kawasan hutan kekal dan kawasan tadahan air perlu mendapat pertimbangan dari Jabatan Perhutanan , Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan berkaitan;

3. Setiap pembangunan yang berhampiran

dengan kawasan hutan dan tadahan air hendaklah dirancang dengan teliti

SEMUA KAWASAN HUTAN SIMPANAN KEKAL DAN KAWASAN HUTAN TADAHAN AIR YANG TELAH DIWARTAKAN HENDAKLAH DIURUS SECARA MAMPAN

PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

Page 81: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

69 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

supaya tidak menjejaskan kualiti serta fungsi hutan kekal dan kawasan tadahan air;

4. Memastikan kawasan hutan simpan kekal

dan kawasan tadahan air yang telah dikenalpasti perlu diwartakan;

5. Penempatan-penempatan haram yang

telah memasuki kawasan-kawasan yang diwartakan perlu dikeluarkan dari kawasan tersebut; dan

6. Pemantauan perlu dilaksanakan secara

berterusan oleh Jabatan-jabatan berkaitan.

3.5.2 INDIKATOR MENGUKUR

PELAKSANAAN DASAR 1. Keluasan hutan simpanan kekal dan

kawasan hutan tadahan air hendaklah mempunyai keluasan yang sama sehingga 2020.

3.6 DASAR AS 5

Kawasan-kawasan bandar di seluruh negeri hendaklah dipastikan berada dalam keadaan bersih dan menarik terutamanya di pusat-pusat bandar. Keadaan landskap di pusat-pusat bandar perlu dijaga dengan rapi dan tersusun dengan menggabungkan olahan landskap lembut dan kejur yang kreatif dan menarik agar imej sesuatu bandar itu dapat ditonjolkan. Selain itu, kualiti persekitaran di kawasan bandar perlu dihindarkan dari sebarang pencemaran yang boleh membawa kacau ganggu kepada kesejahteraan rakyat serta pertumbuhan ekonomi setempat. 3.6.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN

DASAR INI 1. Program landskap yang telah disediakan

dalam Pelan Landskap Bandar oleh Jabatan Landskap Negara hendaklah dilaksanakan oleh PBT;

KUALITI ALAM SEKITAR DI KAWASAN PENEMPATAN HENDAKLAH SENTIASA DI PELIHARA UNTUK MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG SESUAI BAGI PENDUDUK BANDAR

PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

Page 82: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

70 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Pembangunan perbandaran hendaklah menepati garispanduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan Pihak Berkuasa Tempatan ; dan 3 Pemantauan perlu dilaksanakan secara

berterusan oleh Jabatan-jabatan berkaitan.

3.6.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR

1. Keadaan fizikal bandar adalah menarik

dan tiada wujud sebarang pencemaran udara dan air.

3.7 DASAR AS 6

Banjaran Titiwangsa adalah merupakan

kawasan hutan yang perlu dikekalkan

ekosistemnya demi kepentingan alam sekitar.

Usaha – usaha pemeliharaan dan pengurusan

yang mampan diantara negeri –negeri perlu

disepadukan bagi mengelak sebarang aktiviti

yang boleh menjejaskan kelangsungan fungsi

kawasan tersebut sebagai kawasan tadahan

air, kawasan hidupan liar dan destinasi eko

pelancongan (Rujuk Peta 9). 3.7.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN

DASAR INI

1. Pemeliharaan dan pengurusan kawasan hutan di Taman Negara perlu melibatkan kerjasama negeri-negeri bersempadan seperti Kelantan, Terengganu dan Perak bagi mengekal fungsi serta mengelakkan sebarang kacau ganggu terhadap ekosistem;

2. Pembukaan tanah - tanah pertanian perlu mengambilkira kepentingan pembangunan di kawasan sempadan terutama di antara Cameron Highlands dengan Dataran Tinggi Kinta, Perak serta Cameron Highlands dan Tanah Tinggi Lojing, Kelantan;

USAHA PEMELIHARAAN DAN PENGURUSAN KAWASAN HUTAN PERLU DILAKSANAKAN SECARA BERSEPADU DI ANTARA NEGERI-NEGERI BERSEMPADANAN BAGI MEMASTIKAN PEMBENTUKAN BANJARAN TITIWANGSA DAPAT DIREALISASIKAN

PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

Page 83: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

71 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

3. Pembukaan kawasan hutan simpan perlu mengambilkira kepentingan bersama antara negeri-negeri bersempadan untuk mengekalkan saranan kawasan hutan simpan dan kawasan tanah tinggi sebagai Banjaran Titiwangsa;

4. Pembangunan fizikal dan pelan

infrastruktur di kawasan sempadan perlu mengambilkira kepentingan bersama di kawasan sempadan negeri seperti Empangan Selangor serta Taman Wawasan Negeri di Negeri Selangor dan ‘Bio Valley’ di Negeri Sembilan;

5. Penyaluran bekalan air dari kawasan

tadahan air negeri boleh dipertimbangkan kepada negeri-negeri yang memerlukan seperti Negeri Selangor;

6. Mewujudkan jawatankuasa bertindak

bersama negeri-negeri bersempadan bagi memastikan dasar-dasar yang digubal dapat diselaraskan bersama; dan

7. Pemantauan perlu dilaksanakan secara

berterusan oleh jabatan-jabatan berkaitan.

3.7.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR

1. Fungsi Banjaran Titiwangsa dapat

dikekalkan demi kepentingan alam sekitar; dan

2. Usaha pemeliharaan Banjaran Titiwangsa

dapat dilaksanakan melalui jawatankuasa bertindak antara negeri-negeri terlibat.

3.8 PENUTUP Dasar-dasar pemeliharaan alam sekitar yang digubal seharusnya mengambilkira peranan alam sekitar dalam mewujudkan satu keseimbangan persekitaran yang sihat. Peranan PBT serta agensi-agensi yang terlibat dalam pemantauan KSAS perlu diperkukuhkan untuk memastikan dasar-dasar di atas dapat dilaksanakan.

PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

Page 84: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

72 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 85: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

73 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

4.1 PENGENALAN

Bab ini akan menerangkan dasar-dasar yang menyentuh kepada pembangunan infrastruktur dan kemudahan sosial yang melibatkan sektor perhubungan dan pengangkutan, utiliti, infrastruktur, perumahan, kemudahan masyarakat, kawasan rekreasi dan sukan. Dasar-dasar ini digubal dengan mengambilkira isu-isu dan keperluan yang telah dikenalpasti. 4.2 DASAR IKS 1 Sistem perhubungan dan pengangkutan di Negeri Pahang terdiri daripada mod pengangkutan jalan raya, keretapi, pengangkutan air dan udara masih perlu dipertingkatkan dan diintegrasikan bagi meningkatkan tahap kemudahsampaian inter dan intra wilayah. Kesemua mod pengangkutan perlu disusun secara berintegrasi untuk mewujudkan keadaan saling melengkapi dan menyokong dalam menyediakan sistem perhubungan yang lengkap, efisien dan menyeluruh samada di

peringkat wilayah, negeri, daerah mahupun sehingga ke peringkat luar bandar (Rujuk Peta 10 dan Peta 11).

4.2.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN

DASAR INI 1. Sistem Perhubungan Jalanraya

i. Menyediakan pelan rancangan lebuhraya dan naik taraf jalan-jalan utama sedia ada serta pembinaan jalan-jalan baru agar sentiasa dapat menampung pertambahan isipadu lalulintas serta meningkatkan tahap kemudahsampaian intra wilayah seperti di Jadual 13;

ii. Cadangan pembinaan lebuhraya baru

dan naiktaraf kepada 4 lorong adalah seperti berikut:-

a. Lebuhraya LPT Bentong-Raub-

Kuala Lipis-Gua Musang b. Lebuhraya LPT Karak-Simpang

Pelangai-Bahau c. Lebuhraya LPT Temerloh-

Triang-Kemayan-Bahau d. Menaiktaraf laluan Persekutuan

12 (Lebuhraya Tun Abdul Razak) e. Menaiktaraf Jalan Kuantan-

Pekan-Rompin.

BAB 4 : KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

SEMUA MOD PENGANGKUTAN DIPERTINGKATKAN DAN DIINTEGRASIKAN SECARA BERSEPADU BAGI MEWUJUDKAN SISTEM PERHUBUNGAN YANG EFISIEN

Page 86: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

74 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

iii. Merangka Pelan Induk Sistem

Rangkaian Jalan Raya Daerah yang dapat menggariskan pelan pembangunan jalan baru dan rancangan naik taraf/penyelenggaraan jalan (termasuk jalan kampung dan jalan ladang) di setiap daerah.

2. Perkhidmatan Pengangkutan Keretapi

i. Menaiktaraf dan mempertingkatkan perkhidmatan Keretapi Nasional sedia ada (Johor Bahru – Gemas - Triang – Mentakab – Jerantut – Kuala Lipis – Gua Musang - Kota Bharu) ; dan

ii. Pembinaan sistem pengangkutan

keretapi berkelajuan tinggi di dua koridor pembangunan perindustrian penting iaitu di koridor Kuala Lumpur-Kuantan dan koridor Johor Bahru-Kuantan-Kota Bharu.

Jadual 13: Cadangan Naik Taraf Dan

Pembinaan Jalan Baru sehingga Tahun 2020

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020

Pelan Rancangan Jangka Pendek

Rompin • Piawaian Rekabentuk JKR R5.

• 4 lorong 2 hala

Menaiktaraf Laluan Persekutuan 11 (Bahau – Keratong)

Kuantan Pekan

• Piawaian rekabentuk JKR R5

Menaiktaraf Jalan Negeri C101, C17 dan C13

Kuantan Pekan

• Melengkapkan jaringan jalan persisir pantai antara Pekan dan Kuantan

Pembinaan Jalan Penghubung antara Tanjung Sepat – Tanjung Selangor

Jerantut • Piawaian Rekabentuk JKR R5

• Dilengkapi lorong mendaki kenderaan berat

Menaiktaraf Laluan Persekutuan 083 (Kg Awah-Ke Simpang Jengka 8)

Rompin Pekan

Kuantan

• Piawaian Rekabentuk JKR R5

• 4 lorong 2 hala

Menaiktaraf Laluan Persekutuan 12 (Lebuh Raya Tun Abdul Razak)

Temerloh Bera

• Piawaian Rekabentuk JKR R5

• Dilengkapi lorong mendaki kenderaan berat

• Lorong motosikal

Menaiktaraf Laluan Persekutuan 10 (Kemayan -Temerloh)

Daerah Terlibat Piawaian Projek

Page 87: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

75 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Projek Piawaian Daerah Terlibat

Pelan Rancangan Jangka Sederhana (2011-2015) Pembinaan Jalan Raub-Pos buntu-Ulu Slim, perak

• Piawaian Reka

bentuk JRK R5. • 2 Lorong 2 hala • Dilengkapi lorong

mendaki kenderaan berat

• Lorong motosikal

Raub Lipis Cameron Highlands

Menaiktaraf Jalan Bera-Chenor-Batu Balik

• Piawaian Reka

bentuk JRK R4.

Bera Maran

Menaiktaraf Jalan Bera-Chini

• Piawaian Reka

bentuk JRK R5. • 2 Lorong 2 hala • Dilengkapi lorong

mendaki kenderaan berat

• Lorong motosikal

Bera Pekan

Menaiktaraf Jalan Kuantan- Pekan-Rompin

• Piawaian Reka

bentuk JRK R5. • 2 Lorong 2 hala • Dilengkapi lorong

mendaki kenderaan berat

• Lorong motosikal

Kuantan Pekan Rompin

Cadangan Lebuhraya Bentong-Raub-Kuala Lipis-Gua Musang

Piawaian rekabentuk JKR dan Lembaga Lebuhraya

Bentong Raub Lipis

Cadangan Lebuhraya Temerloh-Triang-Kemayan-Bahau

Piawaian rekabentuk JKR dan Lembaga Lebuhraya

Temerloh Bera

Cadangan Lebuhraya Karak-Simpang Pelangai-Bahau

Piawaian rekabentuk JKR dan Lembaga Lebuhraya

Bentong

Jalan Baru kuantan-Sg. Lembing-Jerantut

• Piawaian rebentuk

JRK • Dua hala

Kuantan Jerantut

Pelan Rancangan Jangka Panjang (2016-2020) Meaiktaraf Laluan Persekutuan 3

• Piawaian rebentuk

JRK R5. • 4 lorong 2 hala

Rompin Pekan Kuantan

Jadual 13: Cadangan Naik Taraf Dan Pembinaan Jalan Baru sehingga Tahun 2020 (Sambungan)

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Rompin Maran

• Piawaian Rekabentuk JKR R5.

• 2 lorong 2 hala • Dilengkapi lorong

mendaki kenderaan berat

• Lorong motosikal

Pembinaan Jalan Muadzam Shah - Ibam-Chenor

Kuantan • Piawaian Reka Bentuk JKR R5.

• Dilengkapi lorong mendaki kenderaan berat

• Lorong motosikal

Menaiktaraf Jalan Negeri C4 (Jalan Sungai Lembing)

Rompin • Piawaian Rekabentuk JKR R5.

• 4 lorong 2 hala

Pembinaan jalan baru (Batu Seruk-Kg. Petuh)

Rompin Bera

• Piawaian Rekabentuk JKR R5.

• 4 lorong 2 hala

Menaiktaraf Laluan Persekutuan 63 (Rompin-Muadzam Shah-Bera)

Daerah Terlibat Piawaian Projek

Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002- 2020

Page 88: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

76 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020

3. Perkhidmatan Pengangkutan Udara

i. Menaiktaraf dan mempertingkatkan sistem perhubungan dan pengangkutan udara Negeri Pahang seperti di Jadual 14.

Perkara Lapangan Terbang Infrastruktur Pengangkutan Udara 1. Menaiktaraf Lapangan Terbang

Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan menjadi lapangan terbang bertaraf antarabangsa.

Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan

2. Lapangan Terbang Kuantan turut dicadangkan untuk mengendalikan kargo udara

Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan

3. Memperkenalkan perkhidmatan kapal terbang air (sea-plane) sebagai mod pengangkutan alternatif yang menghubungkan Pulau Tioman dan Kuantan dengan destinasi-destinasi pelancongan utama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia seperti dari Mersing dan Terengganu.

Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Lapangan Terbang Pulau Tioman

Perkara Lapangan Terbang Operasi Penerbangan 1. Menambah penerbangan terus

Lapangan Terbang Kuantan ke destinasi-destinasi yang lain seperti ke Pulau Pinang, Johor Bahru dan Langkawi

Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan

2. Menyediakan penerbangan ke Filipina, Vietnam, Hong Kong dan Negara-negara Kepulauan Pasifik yang lain untuk destinasi antarabangsa.

Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan

3. Operasi lapangan terbang ketenteraan perlu dipindahkan untuk memberi ruang bagi menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan

4. Perkhidmatan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Pulau Tioman ke kawasan tumpuan pelancongan seperti Langkawi, Pulau Pinang dan Singapura.

Lapangan Terbang Pulau Tioman

4. Perkhidmatan Pengangkutan Air

i. Mempertingkatkan sistem perhubungan dan pengangkutan air terutamanya bagi pengangkutan penumpang dan kargo melalui:

a. Pelabuhan Kuantan perlu dijadikan pelabuhan terpenting di Pantai Timur Semenanjung

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Jadual 14 : Cadangan Mempertingkatkan Sistem Perhubungan Dan Pengangkutan Udara

Page 89: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

77 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Malaysia dengan mengendalikan pengangkutan kargo di rantau ini;

b. Mempertingkatkan kemudahan

pengangkutan air antara Tanjung Gemok dan Pulau Tioman yang dilengkapi dengan terminal kargo dan penumpang ; dan

c. Sistem pengangkutan air di Sungai

Tembeling serta Sungai Pahang perlu dipertingkatkan untuk tujuan pelancongan .

5. Perkhidmatan Pengangkutan Awam

i. Menyediakan kompleks/terminal pengangkutan awam bersepadu di setiap bandar utama Negeri Pahang. Antara yang telah dikenalpasti seperti:

a. “Kuantan Integrated

Transportation Complex” (KITC) di Kuantan yang akan mengintegrasikan semua sistem perhubungan dan mod pengangkutan di Negeri Pahang; dan

b. “Temerloh Integrated Transportation Terminal” (TITT).

ii. Membangunkan sebuah

pelabuhan darat (In-land Port) di Mentakab sebagai kemudahan pengangkutan kargo yang strategik untuk aktiviti pengumpulan dan pengedaran produk-produk pertanian dan perindustrian;dan

iii. Membangunkan Lapangan

Terbang Kuantan sebagai hub pengangkutan bagi kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang mengendalikan kargo dan juga penumpang.

6. Pembangunan Sistem Pengangkutan Pintar

i. Sistem pengangkutan pintar perlu dibangunkan bagi mengintegrasikan sistem teknologi maklumat dalam pembangunan infrastruktur pengangkutan. Antara sistem pengangkutan yang perlu dilaksanakan ialah:

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Page 90: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

78 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

a. Sistem Pengurusan Lalulintas Terkini ;

b. Sistem Maklumat Kembara Terkini ;

c. Sistem Kawalan Kenderaan Terkini;

d. Kawalan Operasi Kenderaan Perdagangan;

e. Sistem Pengangkutan Awam Terkini; f. Sistem Pembayaran Elektronik; dan g. Sistem Tindak Balas Kecemasan Dan

Keselamatan ;

4.2.2 INDIKATOR MENGUKUR

PELAKSANAAN DASAR 1. Perlaksanaan Pelan Induk Sistem

Perhubungan dan Pengangkutan Negeri dan Daerah;

2. Wujudnya “Kuantan Integrated

Transportation Complex” (KITC) di Kuantan dan ‘Temerloh Integrated Transportation Terminal (TITT) bagi mengintegrasikan semua sistem perhubungan dan mod pengangkutan di Negeri Pahang menjelang tahun 2020;

3. Peningkatan bilangan penerbangan

domestik dan antarabangsa; 4. Pembangunan sistem keretapi laju dan

Perlaksanaan Sistem Pengangkutan Pintar di setiap bandar utama Negeri Pahang;

5. Mencapai nisbah penggunaan

pengangkutan awam dengan kenderaan persendirian iaitu 50 : 50; dan

6. Wujudnya hub pengangkutan di Kuantan

dan pelabuhan darat di Mentakab.

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Page 91: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

79 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 92: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

80 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 93: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

81 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

4.3 DASAR IKS 2 Kepesatan pembangunan Negeri Pahang akan menyebabkan permintaan terhadap keperluan bekalan utiliti seperti bekalan air, elektrik, gas dan telekomunikasi semakin meningkat. Berdasarkan kepada unjuran pada tahun 2020, keperluan bekalan air dan elektrik didapati mencukupi untuk menampung keperluan pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, penyediaan bekalan air pada masa hadapan perlu memastikan kualiti air bersih dan jumlah air tidak terakaun dikurangkan. Bagi penggunaan bekalan gas, promosi dan galakan melalui sistem jaringan paip gas perlu dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat dan seterusnya bekalan gas secara ‘city gas system’ dapat diwujudkan terutamanya di Zon Tengah.

Pembangunan prasarana telekomunikasi juga seharusnya selari dengan kewujudan wilayah konurbasi Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Terminal Makanan Negara dan zon-zon pelancongan yang bertaraf antarabangsa bagi memastikan tahap perkhidmatan rangkaian telekomunikasi yang berkualiti tinggi serta memuaskan dapat disediakan khususnya bagi perkhidmatan talian selular. Perancangan kemudahan utiliti yang bersepadu adalah penting bagi menyokong perkembangan pembangunan sektor perindustrian, pelancongan, perniagaan dan perumahan. 4.3.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN

DASAR INI 1. Bekalan Air

i. Memastikan bekalan air bersih sebanyak 1,050 (jlh) untuk memenuhi permintaan bekalan air Negeri Pahang pada tahun 2020, seperti di Jadual 15;

MENINGKATKAN PENGAGIHAN DAN KUALITI BEKALAN AIR, ELEKTRIK, GAS DAN TELEKOMUNIKASI DI KAWASAN BANDAR DAN DESA

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Page 94: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

82 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

ii. Memastikan sasaran 20% kadar

kehilangan air tidak terakaun (NRW) tercapai melalui penggantian paip lama serta meningkatkan kapasiti loji-loji pembersihan air sedia ada;

iii. Memastikan semua hutan tadahan air

diwartakan dan dipulihara sepenuhnya; dan

iv. Mempertingkatkan penguatkuasaan bagi mengatasi masalah pencerobohan kawasan sumber air dan kecurian meter air.

2. Bekalan Elektrik

i. Memastikan gangguan bekalan elektrik sifar di seluruh negeri;

ii. Memastikan bekalan elektrik sebanyak

462.85 MW bagi mengatasi permintaan bekalan elektrik Negeri Pahang menjelang tahun 2020 (Rujuk Jadual 16);

Jadual 15 : Unjuran Permintaan Dan Penawaran Bekalan Air Negeri Pahang, Tahun 2020

1,530.37 1,015 Jumlah

49.41 57 Bera

107.74 77 Rompin

75.41 87 Pekan

119.56 90 Temerloh

146.69 77 Maran

720.80 376 Kuantan

119.62 88 Bentong

72.08 50 Raub

43.83 45 Lipis

50.32 51 Jerantut

24.91 18 Cameron Highlands

Penawaran Permintaan

2020 (jlh)* Daerah

Nota : * Juta Liter Sehari Sumber: Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang, 2002

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Page 95: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

83 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

iii. Menyediakan kemudahan dan sistem penyaluran yang lebih moden (delivery infrastructure) bagi memastikan aktiviti-aktiviti pembangunan ekonomi dan penduduk Negeri Pahang menerima bekalan tenaga elektrik yang mencukupi melalui projek-projek naiktaraf sepertimana di dalam Jadual 17; dan

Jadual 17 : Projek-projek Naiktaraf Bekalan Elektrik Di Negeri Pahang

462.85 237.75 Jumlah (MW)

22.04 11.32 Lampu Awam (5%)

440.81 226.43 Jumlah Kecil

245.56 96.66 Industri Keperluan Elektrik Pada Kadar 0.043 MW/hektar

49.12 30.61 Perniagaan Keperluan Elektrik Pada Kadar 0.145 MW/hektar

146.13 99.16 Domestik Keperluan Elektrik Pada Kadar 0.0018 MW/unit rumah

2020 2000 Sektor

Jadual 16 : Permintaan Bekalan Elektrik Mengikut Sektor Di Negeri Pahang

Sumber: TNB Distribution Sdn. Bhd., 2002

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Maran Projek menaik taraf keupayaan PMU Jengka dari 3.75 MVA kepada 2X30MVA

Kuantan • Projek menaiktaraf keupayaan PMU Bandar Indera Mahkota dari 132/11kV, 2X30 MVA kepada 132/11kV, 2X30 MVA + 132/33kV, 2X90 MVA.

• Projek menaiktaraf keupayaan PMU Semambu dari 2X15 MVA kepada 2X30MVA

• Projek menaiktaraf keupayaan PMU Kuantan Central 1 kepada 3X30MVA

• Melaksanakan pemulihan sistem PMU Kuantan kepada sistem 3X30 MVA serta sistem pemutus litar hampagas.

• Memperkukuh sistem grid penghantaran dengan pembinaan pencawang 275/132 kV di Gebeng.

Jerantut Projek menaiktaraf keupayaan PMU Jerantut dari 3.75 MVA kepada 2X30MVA

Lipis Projek menaiktaraf keupayaan PMU Kuala Lipis dari 2.75 MVA kepada 2X30MVA

Daerah Projek

Temerloh Projek menaik taraf keupayaan bekalan elektrik kepada Loji Bekalan Air

Rompin Projek menaik taraf keupayaan bekalan elektrik kepada Loji Bekalan Air

Sumber: TNB Distribution Sdn. Bhd., 2002

Sumber: TNB Distribution Sdn. Bhd., 2002

Page 96: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

84 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

iv. Menyediakan rangkaian talian elektrik bawah tanah (melalui utility tunnel) selari dengan rizab jalan yang sesuai dilaksanakan di kawasan perbandaran dan kawasan-kawasan pembangunan baru berskala besar.

3. Bekalan Gas

i. Melaksanakan Cadangan Jaringan Paip Gas Kuantan – Mentakab – Temerloh – Lembah Klang secara berperingkat-peringkat dengan kerjasama Kerajaan Negeri, Petronas Gas dan Gas Malaysia Berhad bagi menyokong sektor perindustrian (Rujuk Peta 11).

4. Bekalan Telekomunikasi

i. Mempertingkatkan penyaluran dan pengagihan infrastruktur bekalan telekomunikasi dengan seimbang di kawasan bandar dan desa selaras dengan kemajuan teknologi; dan

ii. Melaksanakan cadangan-cadangan

pembangunan sistem telekomunikasi sepertimana di dalam Jadual 18.

Jadual 18 : Cadangan-cadangan Pembangunan Sistem Telekomunikasi Di Negeri Pahang

Rompin Pekan

Projek menaiktaraf pembangunan ibusawat telekomunikasi di ibusawat Bandar Muadzam Shah, Nenasi dan Peramu.

Temerloh Projek menaiktaraf pembangunan ibusawat telekomunikasi di ibusawat Lanchang dan Mentakab.

Maran Projek menaiktaraf pembangunan ibusawat telekomunikasi di ibusawat Maran, Kg. New Zealand, Kg. Awah dan Kg. Chenor.

Kuantan Projek menaiktaraf pembangunan ibusawat telekomunikasi di ibusawat Tanjung Lumpur, Bandar Indera Mahkota, Paya Besar, dan Permatang Badak.

Raub Lipis

Projek pembangunan ibusawat telekomunikasi di kawasan perumahan di Jalan Raub ke Sungai Koyan, Kg Gali di Jalan Raub ke Lanchang, dan perkampungan di Jalan Ulu Dong.

Jerantut Pekan

Projek pembangunan ibusawat telekomunikasi di Bandar Baru Indera Pura dan Kg. Desa Kerambit

Jerantut Lipis

Memperkukuh sistem talian grid bagi mewujudkan ‘ring system’ di talian Jerantut-Kuala Lipis.

Lipis Raub

Projek pembangunan ibusawat telekomunikasi di kawasan perkampungan. Jalan Raub ke Sungai Koyan, Kg. Lubuk Kulit, Kg. Pagar Sasak, Kg. Ulu Teras, sekitar Jalan Lipis ke Benta, perkampungan di Jalan Ketualang ke Chenerai, Felda Kercau 7/4 dan perkampungan di Jalan Benta ke Jerantut.

Daerah Perkara

Sumber: Telekom Malaysia Berhad, Kuantan 2002

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Page 97: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

85 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

4.3.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR

1. Sasaran bekalan air bersih sebanyak

1,050 jlh pada tahun 2020 dapat dicapai; 2. Mencapai sasaran 20% kadar kehilangan

air tidak terakaun (NRW); 3. Gangguan bekalan elektrik sifar; 4. Keupayaan bekalan elektrik dapat

menampung permintaan bekalan dan liputan kawasan bekalan tenaga elektrik adalah 100% sehingga tahun 2020; dan

5. Liputan kawasan bekalan telekomunikasi

adalah 100% menjelang tahun 2020.

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Page 98: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

86 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 99: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

87 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

4.4 DASAR IKS 3 Bagi mengatasi masalah rawatan enapcemar di Negeri Pahang, penggunaan sistem pembetungan berpusat yang merangkumi pembinaan loji rawatan kumbahan berpusat dan loji rawatan enapcemar berpusat serta jaringan paip pembetungan di Negeri Pahang akan dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan [JPP]. Pihak Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP- Unit Implementasi Projek) telah merancang beberapa langkah seperti pembinaan kemudahan pengolahan enapcemar meliputi setiap daerah di Negeri Pahang . Berikut merupakan jadual yang menunjukkan tapak loji rawatan enapcemar (STP) mengikut kawasan PBT di Negeri Pahang .

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Cawangan Timur, 2002 Nota : * Keperluan Loji Rawatan Enapcemar (STP) bagi Pulau Tioman akan disediakan secara berasingan dari Daerah Rompin.

4.4.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN

DASAR INI 1. Jabatan Perkhidmatan Pembetungan

menyediakan Kajian Tadahan Pembetungan (Sewerage Catchment Strategy) di semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Pahang bagi mengenalpasti tapak-tapak loji rawatan kumbahan atau enapcemar berpusat di samping cadangan jajaran paip pembetungan dari permis ke loji rawatan.

Kawasan PBT Mukim Luas (he.)

Majlis Perbandaran Kuantan Sg. Karang 13.5

Majlis Daerah Pekan Pekan 3.0 Majlis Daerah Rompin Pontian 4.0

Majlis Daerah Maran Chenor 3.9 Majlis Perbandaran Temerloh Jenderak 3.2 Majlis Daerah Bera Bera 2.3 Majlis Perbandaran Bentong Bentong 3.4 Majlis Daerah Raub Gali 2.5 Majlis Daerah Lipis Penjom 3.2 Majlis Daerah Jerantut Pedah 2.1 Majlis Daerah Cameron Highlands Ulu Telom 2.7 Bandar Tun Razak Keratong 2.0

JUMLAH 45.8

SISTEM PEMBETUNGAN BERPUSAT AKAN DISEDIAKAN DI KAWASAN DOMESTIK YANG BERKEPADATAN TINGGI, KAWASAN PERDAGANGAN, KAWASAN INDUSTRI DAN KAWASAN PELANCONGAN

Jadual 19 : Status Permohonan Tanah Tapak Loji Rawatan Enapcemar (STP) di Negeri Pahang

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Page 100: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

88 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

4.4.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR

1. Semua PBT akan dilengkapi dengan tapak

loji rawatan enapcemar sepertimana Jadual 19.

4.5 DASAR IKS 4 Di Negeri Pahang, terdapat dua puluh buah tapak pelupusan sisa pepejal utama di mana hanya Majlis Perbandaran Kuantan dan Majlis Perbandaran Bentong sahaja yang menggunakan kaedah pelupusan ‘sanitary landfill’. Manakala selebihnya menggunakan kaedah ‘control tipping’ dan ‘open dumping’. Jadual 20 menunjukkan penggunaan kaedah pelupusan sisa pepejal mengikut Pihak Berkuasa Tempatan dan Peta 12 menunjukkan cadangan tapak pelupusan sisa pepejal berpusat di Negeri Pahang.

MENYEDIAKAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL BERPUSAT (CENTRALIZED/ REGIONAL DUMPING SITE) DENGAN KAEDAH PELUPUSAN MODEN SERTA KITAR SEMULA

Kawasan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal

Kaedah Pelupusan

Majlis Perbandaran

Kuantan

1. Km 1, Jalan Jabor-Jerangau

Sanitary Landfill

Majlis Daerah Pekan

1. Km 9, Jalan Pekan/ Nenasi

2. Tapak Pelupusan Bandar Chini

Control Tipping

Control Tipping

Majlis Daerah Rompin

1. Lot 145, Kg. Air Antu, Tekek, Pulau Tioman

2. Kampung Feri 3. Muadzam Shah 4. Tun Abdul Razak 5. Perwira Jaya

Mini Incinerator

Open Dumping

Control Tipping Control Tipping Control Tipping

Majlis Daerah Bera

1. Kg. Chuat Open dumping

Majlis Perbandaran

Bentong

1. Sertik Control Tipping Sanitary Landfill

Majlis Daerah Maran

1. Km 3, Jalan Kuala Sentol

2. Batu 55 3. Jengka 10 4. Sri Jaya

Control Tipping

Control Tipping Control Tipping Control Tipping

Majlis Perbandaran

Temerloh

1. Ulu Tualang Control Tipping

Majlis Daerah Raub

1. Km 12, Jalan Cheroh

Control Tipping

Majlis Daerah Jerantut

1. Km 56, Jalan Jerantut-Lipis

Open Dumping

Majlis Daerah Lipis

1. Batu 5, Jalan Padang Tengku

Control Tipping

Majlis Daerah Cameron Highland

1. Blue Valley Open Dumping

Jadual 20 : Tapak Pelupusan Sampah Dan Kapasiti Sisa Pepejal Negeri Pahang

Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Page 101: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

89 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Pada masa hadapan adalah disasarkan lebih banyak pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal dengan menggunakan kaedah ‘sanitary landfill’ dan ‘incinerator’. Ini bagi mengatasi masalah penggunaan kaedah ‘open dumping’ yang tidak diselenggara dengan sempurna dan menimbulkan pencemaran serta meningkatkan berlakunya pembakaran terbuka. Sehubungan itu, penyediaan sistem pengurusan sisa pepejal dan sisa berjadual yang berkesan akan dilaksanakan melalui penswastaan di samping menyediakan tapak pelupusan yang terancang dan mencukupi untuk menampung keperluan penduduk. Selain itu, lebih banyak ‘transfer stations’ akan dibina di kawasan yang strategik untuk pengumpulan dan penyimpanan sementara sisa toksik dan sisa berjadual.

4.5.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN

DASAR INI 1. Bagi membangunkan tapak pelupusan

sampah berpusat dengan kaedah pelupusan moden dan tidak mencemarkan alam sekitar, Pihak Berkuasa Tempatan

dan agensi-agensi yang terlibat perlu melaksanakan perancangan seperti berikut:

i. Mencadangkan tapak pelupusan sisa

pepejal berpusat dengan menggunakan kaedah pelupusan seperti ‘incinerator’ dan ‘sanitary landfill’ mengikut zon-zon pembangunan di Negeri Pahang;

Jadual 21 menunjukkan cadangan tapak pelupusan pepejal berpusat yang menggunakan kaedah pelupusan ‘incinerator’ dan ‘sanitary landfill’.

ii. Menyediakan sistem pungutan,

simpanan dan pelupusan yang teratur dan berjadual serta melaksanakannya dengan berkesan melalui penswastaan; dan

iii. Mendirikan pusat kitar semula dan

kemudahan pengasingan sampah di stesen pemindahan (transfer stations)

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Page 102: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

90 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Jadual 21 : Cadangan Tapak Pelupusan Pepejal Berpusat Di Negeri Pahang, 2020

Zon Kawasan Liputan

Cadangan Tapak

Luas (ekar)

Kaedah Perlupusan

Zon 1 Kuantan Pekan

Rompin

Kuantan 180 S.Landfill

Zon 2 P.Tioman Kg.Tekek 70 Incinerator

Zon 3 Maran

Temerloh Bera

Temerloh 140 S.Landfill

Zon 4 Bentong

Raub Raub 140 S.Landfill

Zon 5 Lipis

Jerantut Lipis 140 S.Landfill

Zon 6 Cameron Highlands

Cameron Highlands

17 Incinerator

2. Pemilihan tapak pelupusan sisa pepejal

perlu dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dengan mengambilkira asas-asas seperti berikut:

i. Mengenalpasti kawasan yang sesuai

untuk dijadikan tapak pelupusan selain daripada kawasan bekalan air, kawasan tadahan air, kawasan banjir, kawasan aliran air, air bawah tanah yang rendah, bertanah pawah, kawasan paya dan berlumpur serta di muara dan persisiran pantai;

ii. Tapak yang sesuai untuk pertimbangan adalah zon industri yang terdiri dari gaung dan lurah yang tidak ada kepentingan, bekas tapak lombong, bekas kolam yang digali dan bekas kawasan tali air dengan syarat memenuhi lepasan EIA;

iii. Mengambilkira aspek guna tanah sedia

ada, paras air bawah tanah dan kestabilan kecerunan. Di samping itu kesan pencemaran air bawah tanah terutama sekali pada bekalan air minuman perlu diberi perhatian;

iv. Memastikan Kempen Kitar Semula di

jalankan di setiap PBT; dan

v. Memastikan pengawalan pencemaran alam sekitar dijalankan terutama di kawasan tadahan air.

4.5.2 INDIKATOR MENGUKUR

PELAKSANAAN DASAR 1. Penyediaan tapak pelupusan sisa pepejal

berpusat yang berteknologi tinggi sepertimana Jadual 21;

Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Page 103: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

91 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 104: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

92 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

2. Peratus kitar semula adalah berdasarkan garispanduan yang ditetapkan;

3. Penggunaan ‘transfer station’ dan

‘incinerator’; 4. Setiap daerah yang tidak mempunyai

tapak perlupusan sampah mengikut zon perlu menyediakan transfer station’; dan

5. Pemilihan tapak yang tidak akan

mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

4.6 DASAR IKS 5 Perkembangan sektor pertanian dan penukaran guna tanah dari pertanian kepada tanah perindustrian, institusi, kediaman atau perdagangan secara langsung menyumbang kepada peningkatan air larian hujan dan aliran puncak menyebabkan berlakunya banjir terutama di hilir sungai. Peningkatan ini disebabkan oleh tempoh tepu air larian semakin pendek akibat peningkatan kawasan

tidak telap serta berlakunya pemendapan sungai akibat hakisan daripada aktiviti pembangunan tanah. Keadaan ini menyebabkan sungai sedia ada menjadi cetek dan perlu diselenggara serta diperlebar bagi menampung keperluan.

4.6.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI

1. Pihak pemaju perlu menggunakan Manual

Saliran Mesra Alam Malaysia (MASMA) di dalam setiap pembangunan melalui penyediaan kolam takungan (Detention pond) di semua kawasan-kawasan pembangunan;

2. Meminimumkan pembukaan hutan kepada

guna tanah lain dan pengurusan hutan secara mampan untuk mengurangkan sedimentasi sungai;

3. Mewartakan rezab sungai sebagai zon

penampan serta mengekalkan vegetasi asli di kawasan rezab sungai untuk mengurangkan risiko banjir; dan

4. Pemasangan sistem siren amaran banjir

seperti di dalam Jadual 22.

PENYEDIAAN STRUKTUR DAN SISTEM KAWALAN BANJIR SERTA APLIKASI MANUAL SALIRAN MESRA ALAM MALAYSIA DALAM SETIAP PEMBANGUNAN BAGI MENGURANGKAN RISIKO BANJIR

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Page 105: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

93 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

4.6.2 NDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR 1. Penggunaan MASMA di dalam setiap

permohonan pembangunan tanah; 2. Perlaksanaan projek pembaikan sistem

saliran/sungai; dan 3. Semua rezab sungai telah diwartakan.

Sumber : Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang, 2006

Daerah Kawasan Banjir Status

Kuantan

1. Pekan Sg. Lembing 2. Perumahan Sg. Isap Damai 3. Kampung Sg. Isap 4. Kg. Tiram 5. Kg. Bukit Rangin 6. Sg.Galing

Beroperasi Beroperasi Beroperasi Beroperasi Beroperasi Cadangan

Pekan

1. Perumahan Shahbandar 2. Taman Rekreasi JPS 3. Kg. Sg. Miang 4. Perumahan PAKR Kg. Pelangkah

Beroperasi Beroperasi Beroperasi Beroperasi

Rompin 1. Sg. Puteri 2. Kg. Rekoh 3. Kg. Paya Setajam

Baru Baru Baru

Maran 1. Kg. Chebong Beroperasi

Temerloh

1. Kg. Lanchang 2. Kg. Batu Kapor 3. Tmn. Mentakab Indah 4. Kg. Lengkong 5. Kg. Bangau Seberang

Beroperasi Beroperasi Beroperasi Beroperasi Beroperasi

Jerantut 1. Kg. Bantal 2. Kg. Pagi 3. Kg. Tanjung Bungor

Beroperasi Beroperasi Beroperasi

Bera 1. Kg. Kuala Triang 2. Kg. Paya Pagar

Beroperasi Beroperasi

Bentong

1. Bandar Bentong (Tanjung Perting)

2. Kg. Kuala Marong 3. PAKR Chamang 4. Karak

Beroperasi Beroperasi Beroperasi Beroperasi

Raub 1. Kg. Tg. Putus, Gali 2. Kg. Kuala Semantan 3. Tringkap

Beroperasi Beroperasi Beroperasi

Cameron Highlands

1. Ringlet 2. Kg. Raja 3. Tringkap

Beroperasi Beroperasi Beroperasi

Jadual 22 : Kawasan Perletakan Stesen Siren Amaran Banjir Di Negeri Pahang

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Page 106: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

94 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

4.7 DASAR IKS 6 Kemudahan kediaman merupakan keperluan asas yang amat penting ke arah pembentukan sesuatu komuniti yang sejahtera, selesa dan harmoni. Adalah menjadi matlamat Kerajaan Negeri untuk menyediakan unit kediaman yang mencukupi serta serba lengkap dengan segala kemudahan sosial bagi memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat. Oleh itu, bagi merealisasi perkara tersebut, ketelitian perancangan dalam penawaran unit kediaman hendaklah sejajar dengan keperluan dan tahap kemampuan penduduk untuk memilikinya.

4.7.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI

1. Penyediaan kediaman perlu selaras

dengan pembangunan ekonomi seperti pembangunan perindustrian dan institusi pendidikan dan dilengkapi dengan kemudahan asas dan infrastruktur yang mencukupi;

2. Polisi perumahan kerajaan negeri

terhadap penyediaan perumahan kos rendah dengan kadar 30% daripada pembangunan hendaklah terus diamalkan sebagai sumbangan pihak swasta dalam menyediakan kediaman kos rendah; dan

3. Penyediaan unit kediaman menjelang

tahun 2020 adalah sepertimana di Jadual 23.

MENYEDIAKAN KEMUDAHAN KEDIAMAN YANG BERKUALITI DAN SELESA BAGI SETIAP GOLONGAN MASYARAKAT

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Page 107: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

95 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Jadual 23: Unjuran Unit Kediaman Bagi Negeri Pahang Mengikut Daerah, 2002-2020.

Daerah Keperluan

Semasa Tahun 2020

2003 - 2005

2006 - 2010

2011 - 2015

2016 - 2020

Jumlah 2002 - 2020

Zon Utara Jumlah Kecil 1,490 4,305 6,847 6,109 5,632 22,893 Cameron Highlands Jerantut Lipis Raub

160

459 419 452

462

1,327 1,209 1,307

743

2,114 1,915 2,075

667

1,896 1,688 1,858

613

1,755 1,549 1,715

2,485

7,091 6,362 6,955

Zon Tengah Jumlah Kecil

3,925

11,342

20,458

21,941

21,757

75,498

Bentong Kuantan Maran Temerloh

550 1,959

614 775

1,590 5,661 1,851 2,240

2,900 10,923 3,020 3,615

3,082 12,727 2,819 3,313

3,040 12,963 2,661 3,093

10,611 42,274 10,352 12,261

Zon Selatan Jumlah Kecil

1,579

4,562

7,787

7,799

7,584

27,733

Pekan Rompin Bera

556 581 442

1,607 1,678 1,277

2,845 2,817 2,125

3,011 2,742 2,046

2,988 2,647 1,949

10,451 9,884 7,398

Jumlah Keseluruhan

6,993

20,209

35,093

35,849

34,974

126,125

Nota : Unjuran berdasarkan bilangan stok perumahan tahun berkenaan dan jumlah penduduk

4.7.2 INDIKATOR MENGUKUR

PELAKSANAAN DASAR

1. Pertambahan kepada bilangan unit kediaman sejumlah 126,125 unit dibina menjelang tahun 2020; dan

2. Penyediaan perumahan kos rendah

adalah mencukupi.

4.8 DASAR IKS 7

Taburan kediaman tradisional bagi Negeri Pahang terdapat di semua zon. Di kawasan Zon Tengah telah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 64,706 unit atau 37.16% daripada jumlah keseluruhan kediaman tradisional (174,151 unit). Manakala di Daerah Rompin mempunyai sebanyak 25,189 unit, Daerah Maran 23,140 unit dan Daerah Bera 17,682 unit. Daerah Cameron Highlands dikenalpasti sebagai daerah paling sedikit terdapat kediaman tradisional iaitu 8,189 unit.

Isu utama yang dihadapi oleh kediaman tradisional iaitu kediaman yang tidak berpenghuni, kawasan kampung–kampung yang kurang kemudahan infrastruktur dan utiliti moden serta generasi-generasi muda skim-skim FELDA, FELCRA dan Orang Asli berhijrah ke bandar dan menetap di sana.

KEMUDAHAN KEDIAMAN DI KAMPUNG-KAMPUNG TRADISIONAL, KAWASAN PENEMPATAN FELDA DAN PERKAMPUNGAN MASYARAKAT ORANG ASLI AKAN DIPERTINGKATKAN SUPAYA MENJADI PETEMPATAN YANG MODEN DI SAMPING MENGEKALKAN CIRI-CIRI PETEMPATAN SEDIA ADA

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Page 108: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

96 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Bagi menangani isu yang ini, kediaman tradisional perlulah dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan utiliti yang setaraf dengan kawasan bandar.

4.8.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN

DASAR INI 1. Penyediaan Rancangan Tempatan

Daearah perlu mengenalpasti kawasan-kawasan desa yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat pertumbuhan serta kemudahan-kemudahan infrastruktur dan utiliti yang perlu dipertingkatkan kualitinya di setiap daerah;

2. Agensi kerajaan berkaitan perlu

mengambil tindakan-tindakan berikut:

i. Menyediakan kemudahan awam dan infrastruktur yang serba lengkap dan menyeluruh di setiap petempatan desa; dan

ii. Menjalankan program menaik taraf

kampung di petempatan-petempatan yang dikenalpasti seperti program Penyusunan Semula Kampung Orang

Asli dan program pembangunan FELDA Jaya di skim-skim FELDA (Contoh: di Mempaga).

4.8.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR

1. Wujudnya petempatan desa yang

dilengkapi dengan unit kediaman yang mencukupi dan kemudahan infrastruktur yang sempurna.

4.9 DASAR IKS 8 Penyediaan perkhidmatan dan kemudahan

masyarakat seperti kemudahan kesihatan,

pendidikan, keselamatan, kawasan lapang dan

sebagainya, mestilah berkualiti, mencukupi

dan terancang dari segi taburan dan bilangan

serta berpandukan kepada piawaian-piawaian

yang bersesuaian bagi membentuk masyarakat

bandar dan desa yang harmoni dan sejahtera.

MENYEDIAKAN KEMUDAHAN MASYARAKAT YANG MENCUKUPI DAN LENGKAP BAGI MEMENUHI KEPERLUAN SEMUA LAPISAN MASYARAKAT

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Page 109: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

97 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Sejajar dengan pertambahan penduduk

semasa, terdapat beberapa kemudahan

masyarakat yang perlu dipertingkatkan

keadaan fizikalnya serta ditambah

bilangannya. Antara kemudahan yang

dikenalpasti ialah kemudahan pendidikan, di

mana taburan Institusi Pengajian Tinggi ( IPT )

sama ada IPT awam dan IPT swasta hanya

tertumpu di Zon Tengah. Begitu juga dengan

kemudahan kesihatan yang disediakan oleh

pihak kerajaan perlu lebih menyeluruh pada

masa hadapan seiring dengan peningkatan

jumlah penduduk.

4.9.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI

1. Menggunapakai garispanduan kemudahan

masyarakat; 2. Menyediakan kemudahan pendidikan,

kesihatan dan keselamatan sepertimana Jadual 24;

Jadual 24 : Penyediaan Kemudahan Masyarakat 2002-2020

3. Menggalakkan penglibatan dan

sumbangan sektor swasta dalam menyediakan kemudahan (kemudahan tambahan) seperti hospital/klinik swasta dan IPTS/sekolah swasta bagi menampung pertambahan penduduk yang mempunyai pelbagai latarbelakang sosioekonomi;

4. Mewartakan kawasan lapang seluas

1757.517 hektar (sedia ada, komited dan cadangan) seperti di Jadual 25;

24 92 68 Balai Polis

Perkhidmatan Keselamatan

15 73 58 Klinik Kesihatan

2 11 9 Hospital

Kemudahan Kesihatan

26 161 135 Sek Menengah

* 324 502 Sek Rendah

Kemudahan Pendidikan

Tambahan (2020)

2020 Sedia ada (2002)

Perkara

Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Nota : * menunjukkan keperluan sebenar jumlah sekolah rendah menjelang tahun 2020. Bermaksud berlakunya lebihan penawaran sekolah rendah pada tahun 2020

Page 110: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

98 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Jadual 25: Jumlah Keseluruhan Kawasan Lapang

5. Menyediakan kemudahan-kemudahan

khusus untuk keperluan golongan warga emas, golongan orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak dan golongan bermasalah bagi memudahkan mereka menjalani kehidupan;

6. Menyedia dan menyelenggara kemudahan

masyarakat bagi penempatan orang asli melalui Program Penempatan dan Penempatan Semula Kampung Orang Asli; dan

7. Agensi kerajaan yang berkaitan dan

Pejabat Tanah Dan Daerah akan berperanan sebagai penyelaras dan bekerjasama dengan jabatan-jabatan yang berkaitan dalam perancangan dan penyediaan kemudahan masyarakat

sepertimana dalam Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara.

4.9.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR 1. Bilangan kemudahan masyarakat yang

disediakan sejajar dengan pertambahan dan keperluan penduduk di setiap daerah;dan

2. Mempunyai kemudahan yang disediakan

untuk golongan kurang bernasib baik seperti warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak.

4.10 DASAR IKS 9

Kewujudan sumber semulajadi seperti sungai, pantai, hutan dan badan air telah menjadi sebahagian destinasi orang ramai untuk beriadah dan berehat. Malahan terdapat juga kemudahan rekreasi bagi penduduk tempatan yang menarik pelancong seperti di sepanjang persisiran pantai dari Cherating hingga ke

KEMUDAHAN REKREASI PERLU DISEDIAKAN SECUKUPNYA BAGI MENAMPUNG KEPERLUAN PENDUDUK

Perkara Luas (Hektar)

Kawasan Lapang yang diwartakan 782.20

Kawasan Lapang yang belum diwartakan 490.12

Kawasan Lapang dalam proses pewartaan 485.21

JUMLAH 1757.53

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020

Page 111: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

99 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Teluk Cempedak. Penyediaan kemudahan rekreasi yang melibatkan alam semulajadi perlulah dirancang dan dibangunkan secara berhati-hati. (Taburan kawasan rekreasi berasaskan sumber alam semula jadi di Negeri Pahang adalah seperti diJadual 26). Kawasan rekreasi yang bersumberkan alam semulajadi, taman bandar dan taman wilayah merupakan antara elemen kemudahan rekreasi yang disediakan oleh PBT untuk dinikmati oleh penduduk di kawasan berkenaan. Penyediaan kemudahan-kemudahan rekreasi semasa di Negeri Pahang terutamanya di kawasan-kawasan pusat bandar/pusat daerah masih perlu dipertingkatkan.

Jadual 26: Taburan Kawasan Rekreasi Berasaskan Sumber Alam Semulajadi, Mengikut Daerah, Negeri Pahang

Daerah Nama Kawasan Rekreasi

Zon Utara Cameron Highlands 1. Gua Penelope

2. Gua Cecil 3. Batu Gangan 4. Hutan Simpan Hulu Icat 5. Gunung Brinchang 6. Gunung Berembun 7. Gunung Perdah 8. Robinson Falls 9. Tasik Ringlet

Jerantut 1. Taman Kompleks 2. Gua Kota Gelanggi 3. Taman Negara

Lipis 1. Taman Rimba Kenong 2. Taman Negara Relau

Raub 1. Bukit Fraser 2. Jeram Besu

Zon Tengah Bentong 1. Janda Baik

2. Hutan Lipur Lentang 3. Hutan Lipur Chamang 4. Hutan Lipur Bentong 5. Kolam Air Panas Bentong

Kuantan 1. Pantai Chendor 2. Pantai Beserah 3. Pantai Balok 4. Gua Charas 5. Air Terjun Sungai Pandan 6. Pantai Cherating 7. Pantai Teluk Chempedak 8. Taman Pertanian Jubli Perak

Temerloh 1. Taman Bandar Chatin 2. Taman Temerloh

Maran 1. Hutan Lipur Teladas 2. Hutan Lipur Paya Pasir 3. Tasik Maran

Zon Selatan Pekan 1. Tasik Chini

2. Sungai Miang 3. Air Leleh

Bera 1. Tasik Bera 2. Hutan Rekreasi Bukit Bertangga 3. Sungai Pahang

Rompin 1. Sungai Jeram 2. Hutan Simpan Bukit Ibam 3. Tasik Biru Bukit Ibam 4. Bukit Ridan 5. Air terjun Harimau Berjemur 6. Pantai Rantau Panjang-Lanjut 7. Pulau Tioman

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020

Page 112: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

100 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

4.10.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN DASAR INI

1. PBT hendaklah menyediakan inventori

kawasan lapang di kawasannya; 2. Menyediakan kawasan lapang bagi setiap

pembangunan perumahan berdasarkan kepada piawaian 10 peratus daripada kawasan yang dibangunkan;

3. Kawasan lapang diwartakan oleh PBT

supaya ianya tidak digunakan untuk pembangunan lain; dan

4. Membangunkan kawasan rekreasi seperti

Taman Bandar dan Taman Wilayah seiring dengan garispanduan piawaian perancangan dan keperluan penduduk tempatan.

4.10.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR

1. Penyediaan kawasan tanah lapang, Taman

Bandar dan Taman Wilayah adalah mencukupi berdasarkan kepada hierarki bandar dan jumlah penduduk.

4.11 DASAR IKS 10 Hampir keseluruhan daerah-daerah di Negeri Pahang telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sukan. Namun begitu, kemudahan infrastruktur sukan yang disediakan didapati tidak seimbang di antara setiap daerah. Pada masa ini, penyediaan kemudahan sukan adalah tertumpu di pusat-pusat daerah terutamanya di Bandar Kuantan. Ini selaras dengan fungsi Bandar Kuantan itu sendiri sebagai Pusat Wilayah dan Ibu Negeri. Bagi pusat daerah yang lain, kemudahan-kemudahan sukan yang disediakan lebih menjurus kepada keperluan dan kegunaan penduduk tampungan sahaja. Bagi perancangan jangkamasa panjang, pelbagai hierarki kemudahan dan infrastruktur sukan akan dibangunkan selari dengan pertambahan jumlah penduduk. Merujuk kepada piawaian perancangan dan keperluan kemudahan yang perlu ada untuk disesuaikan dengan fungsi pusat perbandaran, dijangkakan menjelang tahun 2020 semua daerah memiliki

PEMBANGUNAN KEMUDAHAN SUKAN AKAN TERUS DIGALAKKAN DI SETIAP DAERAH UNTUK MEMAJUKAN SUKAN DI PERINGKAT NEGERI

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Page 113: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

101 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

kemudahan sukan yang serba lengkap sesuai dengan hierarki sesebuah petempatan. 4.11.1 BAGAIMANA MELAKSANAKAN

DASAR INI

1. Menyediakan kemudahan sukan sepertimana diJadual 27; dan

2. Mengadakan usaha sama dengan pihak

swasta di dalam penyediaan kemudahan sukan di Negeri Pahang.

4.11.2 INDIKATOR MENGUKUR PELAKSANAAN DASAR

1. Kemudahan sukan telah disediakan

sepertimana Jadual 27 menjelang 2020.

Jadual 27 : Unjuran Keperluan Kemudahan Sukan Mengikut Daerah 2020

Daerah KS S MS MKS

Bentong Bentong

-

-

-

1

Cameron Highlands

Tanah Rata

1

-

1

1

Jerantut Jerantut

1

-

-

-

Kuantan Bandar Kuantan

-

-

1

-

Lipis Kuala Lipis

1

-

1

-

Pekan Bandar Pekan

1

1

-

-

Raub Raub

1

-

1

-

Temerloh Bandar Temerloh Bandar Mentakab Kuala Krau

1 1 -

- - -

1 - -

- - 1

Rompin Kuala Rompin Tun Abdul Razak Muadzam Shah

1 - -

1 - -

- - -

- 1 1

Maran Maran Jengka

1 -

- -

- -

- 1

Bera Kerayong

1

-

1

-

Jumlah 10 2 6 5

Nota :

KS - Kompleks Sukan S – Stadium MS – Mini Stadium MKS – Mini Kompleks Sukan Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2002-2020

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Page 114: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

102 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

4.11 PENUTUP

Secara keseluruhannya, dasar-dasar ini telah memberi tumpuan kepada usaha menyediakan kemudahan masyarakat, infrastruktur, utiliti, rekreasi dan sukan bagi mewujudkan keselesaan dan kesejahteraan rakyat Negeri Pahang menjelang 2020.

KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SOSIAL

Page 115: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

103 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

5.1 PENGENALAN Dasar-dasar dan cadangan-cadangan guna tanah yang digubal di dalam RSNPhg ini akan disertai dengan Rangka Kerja Perancangan Guna Tanah Negeri Pahang 2020 (sila lihat Peta 14). Pelan ini menunjukkan secara indikatif cadangan-cadangan strategik penggunaan tanah dan tren pembangunan negeri pada tahun 2020. Ianya hendaklah dibaca bersekali dengan dasar-dasar yang berkaitan sebagai panduan di dalam proses membuat keputusan ke atas cadangan-cadangan perancangan pembangunan di negeri ini.

5.2 ASAS PEMBENTUKAN RANGKA KERJA PERANCANGAN GUNA TANAH

Secara ringkasnya terdapat 5 asas pertimbangan dalam pembentukan Rangka Kerja Pembangunan Guna Tanah Negeri Pahang 2020 iaitu:

i. Strategi Pembangunan Negeri; ii. Zon Pembangunan; iii. Hierarki Petempatan;

iv. Rangkaian Perhubungan; dan v. Keadaan fizikal.

i. Strategi Pembangunan Negeri Strategi pembangunan Negeri Pahang akan memberi tumpuan kepada 3 sektor utama iaitu pertanian, perkhidmatan (pelancongan) dan perindustrian. Strategi ”tri-focus” ini akan dicapai melalui langkah-langkah yang telah dihuraikan di dalam bab 1.

ii. Zon Pembangunan Terdapat 3 zon pembangunan utama bagi Negeri Pahang. Ia terdiri daripada zon pembangunan utara, tengah dan selatan. Pembangunan antara zon adalah berbeza-beza berdasarkan kepada keadaan topografi dan kemudah sampaian kawasan berkenaan. iii. Hierarki Petempatan Hierarki petempatan adalah merupakan asas-asas penting dalam menentukan pembangunan guna tanah menjelang tahun 2020. Jaringan pusat-pusat petempatan ini telah ditentukan berdasarkan kepada fungsi sepertimana dalam Rancangan Fizikal Negara, koridor pembangunan dan dasar-dasar sektor negeri.

BAB 5 : RANGKA KERJA PERANCANGAN GUNA TANAH NEGERI

Page 116: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

104 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

iv. Rangkaian Perhubungan Rangkaian perhubungan ini meliputi cadangan pembangunan jalanraya dan keretapi. Rangkaian perhubungan juga akan menentukan corak guna tanah negeri. v. Keadaan fizikal Keadaan fizikal akan menjadi asas penting dalam menentukan pembangunan guna tanah negeri. Di antara fizikal utama yang diambil kira di dalam pembentukan pelan ini adalah keadaan topografi, kawasan hutan dan lembangan sungai.

5.3 GUNA TANAH SEMASA Kawasan perhutanan merupakan guna tanah terbesar Negeri Pahang pada tahun 2002 iaitu 2,025,203.66 hektar atau merangkumi 56.31 peratus daripada jumlah keluasan negeri. Manakala guna tanah kedua terbesar adalah pertanian dengan keluasan 1,216,984 hektar atau 33.84 peratus daripada keluasan negeri. Guna tanah bagi kawasan tepu bina pula adalah hanya 128,843.03 hektar atau 3.58 peratus daripada keluasan negeri. Adalah

dijangka kawasan tepu bina ini akan meningkat ke paras 4.27 peratus daripada keluasan negeri menjelang tahun 2020 berikutan cadangan mewujudkan Konurbasi Kuantan dan Konurbasi Temerloh-Mentakab menjelang tahun 2020. Daripada analisis guna tanah tahun 2002, jelas menunjukkan bahawa guna tanah negeri didominasi oleh guna tanah perhutanan dan pertanian. Keadaan ini menunjukkan tahap perbandaran masih lagi rendah dan tertumpu di ibu negeri dan pusat pentadbiran daerah.

5.4 RANGKA KERJA PERANCANGAN GUNA TANAH NEGERI PAHANG 2020

Berdasarkan kajian adalah dijangkakan pada tahun 2020 kawasan perhutanan masih merupakan guna tanah terbesar bagi Negeri Pahang iaitu 1,967,646.61 juta hektar (54.71 peratus) berbanding guna tanah yang lain. Manakala guna tanah kedua terbesar adalah kawasan pertanian iaitu seluas 1,235,482.16 juta hektar (34.35 peratus) daripada keluasan keseluruhan negeri. Keadaan ini sekaligus menunjukkan Negeri Pahang mempunyai kelebihan untuk memajukan sektor pertanian

RANGKA KERJA PERANCANGAN GUNA TANAH NEGERI

Page 117: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

105 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

bagi menyumbang ke arah peningkatan pendapatan negeri dan peluang pekerjaan kepada penduduk. Jumlah kawasan tepu bina pula hanya meliputi 4.27 peratus iaitu 153,659.05 hektar sahaja daripada keluasan negeri seperti di Jadual 28 dan Peta 13. Jadual 28 : Guna Tanah Negeri Pahang Tahun

2002 Dan 2020

Guna tanah Keluasan

Tahun 2002 (hektar)

% Keluasan

Tahun 2020 (hektar)

%

Kawasan Pertanian

1,216,984.00 33.84 1,235,482.16 34.35

Kawasan Perhutanan

2,025,203.66 56.31 1,967,646.61 54.71

Kawasan Tepu Bina

128,843.03 3.58 153,659.05 4.27

Infrastruktur dan Lalulintas

180,013.34 5.00 194,256.21 5.40

Kawasan Rizab Badan Air

32,064.90 0.89 32,064.90 0.89

Kawasan Perlombongan

13,476.07 0.38 13,476.07 0.38

JUMLAH 3,596,585.00 100.00 3,596,585.00 100.00

Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

5.4.1 Kawasan Perhutanan Negeri Pahang akan mempunyai kawasan perhutanan seluas 1,967,646.61 hektar yang merupakan guna tanah terbesar iaitu sejumlah 54.71 peratus daripada keluasan negeri menjelang tahun 2020. Ianya merangkumi keseluruhan kawasan hutan termasuk hutan simpan kekal serta Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) yang akan di zon di dalam kawasan pengekalan dan pemeliharaan di mana sebarang jenis aktiviti pembangunan dan pertanian tidak akan dibenarkan di zon ini. Terdapat pengurangan keluasan dalam kawasan perhutanan ini setelah mengambilkira pembukaan kawasan-kawasan untuk aktiviti pertanian di luar kawasan hutan simpan kekal khususnya di kawasan tanah kerajaan yang berhutan. Namun begitu, aspek pemeliharaan alam sekitar akan diberi perhatian serius untuk memastikan pembangunan yang di kawasan yang berhutan ini dapat dijalankan dengan mampan dan kawasan hutan simpan kekal tetap akan terpelihara dengan keluasannya tidak berubah sehingga tahun 2020.

RANGKA KERJA PERANCANGAN GUNA TANAH NEGERI

Page 118: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

106 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

5.4.2 Kawasan Pertanian Kawasan pertanian adalah merupakan guna tanah kedua terbesar di Negeri Pahang menjelang tahun 2020. Berdasarkan analisis kesesuaian tanah pembangunan pertanian, Negeri Pahang akan mempunyai 1,235,482.16 hektar (34.35 peratus) kawasan pertanian menjelang tahun 2020. Guna tanah ini mengalami pertambahan keluasan sebanyak 18,498.16 hektar berbanding pada tahun 2002. Sehingga tahun 2020, Zon Pembangunan Utara akan ditumpukan kepada aktiviti penanaman tanaman komoditi kelapa sawit dan getah di skim-skim tanah rancangan FELDA. Bagi aktiviti penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan akan ditumpukan di Daerah Cameron Highlands manakala di Daerah Raub dan Jerantut akan diberi penekanan kepada aktiviti pengeluaran herba, hasil akuakultur serta ikan hiasan. Zon Pembangunan Tengah akan menumpukan sejumlah besar aktiviti pertaniannya kepada tanaman komoditi kelapa sawit dan getah. Di samping itu aktiviti ternakan lembu daging, ayam serta pendaratan hasil marin akan bertumpu di Daerah Kuantan manakala ternakan akuakultur di Daerah Temerloh.

Zon Pembangunan Selatan yang merupakan kawasan pertanian terbesar menjelang tahun 2020 akan lebih menumpukan kepada tanaman komoditi di mana 96 peratus daripada keluasan kawasan pertanian akan diliputi tanaman kelapa sawit dan getah di sekitar skim-skim rancangan tanah FELDA di Daerah Bera dan Rompin. Sementara itu Daerah Pekan akan dipertingkatkan aktiviti pengeluaran udang galah manakala udang harimau di Daerah Rompin. Selain tumpuan kepada aktiviti pertanian, projek-projek infrastruktur untuk pemasaran hasil akan diberi keutamaan menjelang tahun 2020. Antaranya adalah Taman Industri Makanan dan Pasar Borong Tani di Daerah Kuantan, Temerloh dan Bentong serta pemodenan dan pembesaran jeti pendaratan ikan LKIM di Daerah Kuantan, Kuala Pahang serta Nenasi di Pekan dan di Kuala Rompin , Rompin. Di samping itu pusat-pusat pemasaran hasil ternakan juga akan dibangunkan di Jengka (Maran) dan Selancar (Rompin) manakala Terminal Makanan Negara (TEMAN) akan diwujudkan di Daerah Temerloh.

RANGKA KERJA PERANCANGAN GUNA TANAH NEGERI

Page 119: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

107 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

5.4.3 Kawasan Tepu Bina Kawasan perbandaran / tepu bina merangkumi aktiviti-aktiviti pembangunan perumahan, perniagaan, perindustrian, rekreasi dan tanah lapang, institusi dan kemudahan masyarakat serta kawasan pelancongan. Menjelang tahun 2020, Negeri Pahang akan mempunyai sejumlah 153,659.05 hektar iaitu 4.27 peratus daripada keluasan negeri. Pembangunan perbandaran / kawasan tepu bina ini akan tertumpu dan ditentukan oleh hierarki petempatan yang telah ditetapkan iaitu seperti berikut: Pusat Wilayah Negeri :

i. Bandar Kuantan Pusat Separa Wilayah :

i. Temerloh-Mentakab; ii. Bandar Bentong; iii. Muadzam Shah; iv. Kuala Rompin;dan v. Kuala Lipis.

Pusat Petempatan Utama :

i. Bandar Raub; ii. Bandar Jerantut; iii. Bandar Bera; iv. Bandar Pekan;

v. Bandar Maran; vi. Tanah Rata / Brinchang; vii. Bandar Tun Razak; viii. Bandar Pusat Jengka; dan ix. Tanjung Gemok.

Kawasan ini akan mengalami pertambahan sebanyak 24,816.02 hektar berbanding keluasan pada tahun 2002. Antara faktor yang menyumbang kepada penambahan keluasan adalah kewujudan Konurbasi Kuantan yang merangkumi kawasan perbandaran dari Bandar Chukai di sebelah utara hingga ke Pekan di sebelah selatan. Kewujudan konurbasi ini memerlukan tambahan keluasan tepu bina bagi menampung aktiviti-aktiviti pembangunan yang dijangka bertambah menjelang tahun 2020. Di samping itu, kewujudan Konurbasi Temerloh-Mentakab sebagai sokongan kepada Konurbasi Kuantan akan merancakkan lagi pembangunan di kawasan tersebut dan sekali gus akan meningkatkan pertambahan keluasan kawasan tepu bina di Negeri Pahang pada tahun 2020.

RANGKA KERJA PERANCANGAN GUNA TANAH NEGERI

Page 120: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

108 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

5.4.4 Infrastruktur dan Pengangkutan Penyediaan kemudahan infrastruktur turut dititikberatkan dalam pembentukan pelan rangka kerja ini sebagai sokongan kepada pembangunan fizikal dan ekonomi negeri. Antaranya adalah cadangan naiktaraf Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, di Kuantan, cadangan stesen transit keretapi berkelajuan tinggi di Temerloh, Kuantan dan Rompin, naiktaraf Pelabuhan Kuantan serta jeti-jeti pendaratan hasil laut utama. Selain itu, rangkaian jalan sedia ada, cadangan jalan baru serta naik taraf dan cadangan laluan keretapi berkelajuan tinggi turut ditunjukkan dalam Rangka Kerja Perancangan Guna Tanah Negeri ini. Cadangan laluan keretapi berkelajuan tinggi dari Lembah Klang – Temerloh - Kuantan dan dari Johor Bharu – Kuantan - Kota Bharu akan menjadi pemangkin kepada pembangunan zon tengah dan kawasan persisiran pantai selatan negeri.

Kawasan-kawasan ini akan menjadi koridor pembangunan strategik negeri. Kawasan yang diliputi termasuklah konurbasi Kuantan dan Temerloh-Mentakab. Cadangan pembinaan laluan paip gas Kuantan – Lembah klang turut ditunjukkan.

5.5 PENUTUP Rangka Kerja Perancangan Guna Tanah Negeri ini boleh dijadikan asas dalam perancangan pembangunan diperingkat makro dan ianya akan diperincikan melalui Rancangan Tempatan Daerah ( RTD ).

RANGKA KERJA PERANCANGAN GUNA TANAH NEGERI

Page 121: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

109 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 122: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

110 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Page 123: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

111 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

6.1 PENGENALAN

Keupayaan sistem penyampaian pelbagai agensi pembangunan di Negeri Pahang akan menentukan keberkesanan dan kejayaan pelaksanaan Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020. Semua agensi pelaksana utama perlu mempunyai struktur organisasi yang cekap, pengurusan yang mantap serta sumber kewangan yang mencukupi. Penyelarasan dan kerjasama antara agensi sebagai jentera pelaksana juga amat diperlukan bagi memastikan semua dasar yang digubal dapat dilaksanakan.

6.2 MEKANISME PELAKSANAAN DASAR 6.2.1 Struktur Pelaksanaan dan Kajian

Semula RSN a. Jawatankuasa Perancang Negeri

Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) ditubuhkan mengikut kehendak-kehendak Seksyen 4, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Di antara tugasnya adalah menggalakkan pembangunan dan menasihatkan Kerajaan Negeri mengenai

perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang perancangan iaitu pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah. Keahlian JPN Pahang adalah seperti berikut: i. Menteri Besar - Pengerusi; ii. Timbalan Menteri Besar - Timbalan

Pengerusi; iii. Tiga Ahli MMKN – Ahli; iv. Setiausaha Kerajaan Negeri - Ahli; v. Pengarah UPEN Pahang – Ahli; vi. Pengarah JKR Negeri Pahang – Ahli; vii. Pengarah PTG Negeri Pahang – Ahli; viii. Penasihat Undang-undang Negeri – Ahli; ix. Pegawai Kewangan Negeri – Ahli; x. Pegawai Pembangunan Negeri – Ahli; xi. Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri –

Ahli; xii. Pengarah Mineral dan Geosains Negeri –

Ahli; dan xiii. Pengarah JPBD Negeri Pahang –

Setiausaha. Selain daripada keahlian sedia ada, dicadangkan, keahlian JPN Pahang ditambah dengan memasukkan ahli-ahli berikut:- i. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri; dan ii. Pengarah Jabatan Pertanian Negeri.

BAB 6 : MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN DASAR

Page 124: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

112 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Berdasarkan kepada Akta 172, fungsi-fungsi JPN ini adalah seperti berikut:

i. JPN bertanggungjawab mengawal selia, mengawal, merancang dan menyelaras

semua aktiviti pemajuan pembangunan tanah di dalam negeri;

ii. JPN diberi kuasa untuk meluluskan Draf

Rancangan Tempatan yang dahulunya diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan;

iii. Setiap jabatan Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri diwajibkan berunding dengan JPN mengenai cadangan aktiviti pemajuan di dalam negeri;

iv. JPN juga boleh memberi arahan kepada

Pihak Berkuasa Perancang Tempatan atas permohonan untuk kebenaran merancang; dan

v. JPN juga harus merujuk kepada Majlis

Perancang Fizikal Negara (MPFN) atas permohonan perancangan di bawah Sub Seksyen 22(2A) Akta 172 iaitu:

a. Pembangunan bandar baru yang melebihi 10,000 penduduk atau meliputi kawasan melebihi 100 hektar;

b. Pembinaan infrastruktur atau

kemudahan utama seperti lapangan terbang, lebuhraya, empangan dan stesen janakuasa utama dan tapak pembuangan sisa toksik; dan

c. Pemajuan yang melibatkan puncak

atau lereng bukit dalam kawasan yang ditetapkan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar dalam Rancangan Pemajuan.

b. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

(JPBD)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri Pahang telah diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri untuk memberi khidmat nasihat berkaitan dengan perancangan fizikal, mengurus dan melaksanakan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 serta menjalankan apa-apa jua perancangan yang boleh digunakan sebagai panduan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Antara tanggungjawab dan kuasa yang diberikan adalah seperti berikut:

MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN DASAR

Page 125: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

113 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

i. Pengarah JPBD sebagai setiausaha kepada Mesyuarat JPN;

ii. Menasihatkan Kerajaan Negeri samada

dengan daya usahanya sendiri atau pada menyahut permintaan Kerajaan Negeri mengenai perkara-perkara yang berkenaan dengan pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah;

iii. Mengusaha, membantu dan

menggalakkan pemungutan, penyelenggaraan dan penyiaran perangkaan, buletin dan monograf dan lain-lain siaran yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa serta metodologinya; dan

iv. Bertanggungjawab sebagai Pihak Berkuasa

Perancang Tempatan (PBPT) bagi semua kawasan yang tidak menjadi sebahagian daripada mana-mana PBPT;

a. Mengawal selia, mengawal dan

merancang pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan dalam kawasannya termasuk kebenaran merancang, permohonan pecah sempadan, ubah syarat dan sebagainya; dan

b. Melaksana lain-lain tugas yang ditetapkan oleh PBN atau Jawatankuasa Perancangan Negeri.

c. Jawatankuasa Rancangan Pemajuan Negeri Pahang (JRPNP)

Jawatankuasa Rancangan Pemajuan Negeri Pahang (JRPNP) ditubuhkan sebagai jawatankuasa kecil kepada JPN dan boleh bertindak sebagaimana kuasa yang ada pada JPN. Keahlian JRPNP adalah seperti berikut: i. Setiausaha Kerajaan Negeri –Pengerusi; ii. Pengarah UPEN - Timbalan Pengerusi; iii. Yang Di Pertua Semua PBT - Ahli; iv. Pegawai-pegawai Daerah – Ahli; v. Pengarah PTG Negeri - Ahli vi. Pengarah JPBD Negeri Pahang -

Setiausaha; dan vii. Jabatan-jabatan teknikal lain akan

dijemput sekiranya terdapat perkara yang melibatkan jabatan berkenaan.

Fungsi JRPNP adalah seperti berikut:- i. Memantau pelaksanaan dasar, program

dan projek-projek yang dicadang oleh RSN;

ii. Memaklum kepada JPN mengenai pembangunan yang menyimpang daripada

MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN DASAR

Page 126: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

114 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

dasar strategi dan perancangan RSN Pahang, dan melapor mengenai pelaksanaan dan pencapaiannya;

iii. Memantau cadangan aktiviti yang

melibatkan kawasan persempadanan samada di peringkat PBT/PBPT dan negeri;

iv. Menyedia laporan secara berkala mengenai

pelaksanaan dan pencapaian RSN serta isu-isu dan masalah yang berkaitan kepada jawatankuasa-jawatankuasa peringkat negeri, atau apabila diperlukan;

v. Menyebar maklumat yang bersesuaian

mengenai RSN dan lain-lain Rancangan Pemajuan kepada semua agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkenaan termasuk kepada masyarakat awam;

vi. Memantau dan mengkaji semula semua

aspek RSN Pahang dan lain-lain Rancangan Pemajuan;

vii. Menyelaras kerja, perundingan dan

pelaksanaan RSN Pahang dan lain-lain Rancangan Pemajuan; dan

viii. Menyelaras dan mengawasi lain-lain kajian yang berkaitan dengan RSN Pahang.

JRPNP akan bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun. Manakala setiap agensi pelaksana hendaklah memberi laporan bulanan mereka kepada sekretariat JRPNP berkaitan pencapaian dan isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan RSN Pahang dan lain-lain Rancangan Pemajuan. Selain itu JRPNP juga bertanggungjawab kepada lain-lain Rancangan Pemajuan seperti Rancangan Tempatan Daerah. d. Jawatankuasa Pemantauan Rancangan

Pemajuan (JPRP-PBPT)

Jawatankuasa ini akan ditubuhkan untuk memantau semua Rancangan Pemajuan di setiap PBPT. Keahlian jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

i. Datuk Bandar atau Yang Di Pertua

PBT – Pengerusi; ii. Pegawai Daerah;

MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN DASAR

Page 127: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

115 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

iii. Semua ketua-ketua jabatan/agensi daerah – Ahli; dan

iv. Jabatan/Bahagian bidang perancangan di setiap PBPT

Fungsi JPRP-PBPT adalah seperti berikut :-

i. Menyelesaikan isu-isu sektoral dan perancangan yang masih tertangguh di peringkat PBPT;

ii. Memberi input kepada kerja-kerja

perancangan yang sedang dilaksanakan di peringkat PBPT;

iii. Menggalak pembangunan di kawasan

berpotensi yang dikenalpasti oleh Rancangan Pemajuan;

iv. Membantu JRPNP menyelesaikan isu-isu

wilayah atau lain-lain perkara yang dirujuk oleh PBPT atau mana-mana agensi kepada JRPNP; dan

v. Menyedia laporan kemajuan secara

berkala kepada JRPNP berkenaan semua perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan RSN Pahang.

6.2.2 Program-program Pelaksanaan (utama)

a. Pelaksanaan Dasar-Dasar RSN Dasar-dasar RSN yang terkandung di dalam bab 2, 3 dan 4 meliputi pelbagai aspek fizikal, ekonomi dan sosial yang terdapat di Negeri Pahang. Agensi-agensi pelaksana yang berkenaan perlu menyediakan program-program dan projek-projek pembangunan yang bersesuaian serta peruntukan kewangan yang mencukupi. Program-program dan projek-projek pembangunan yang seiring dengan dasar-dasar RSN akan diluluskan dalam Rancangan Pembangunan 5 Tahun Negeri.

b. Penyediaan Rancangan Tempatan dan

Rancangan Kawasan Khas

Pihak Berkuasa Perancang Tempatan hendaklah menyediakan Rancangan Tempatan (RT) bagi seluruh kawasannya setelah Rancangan Struktur diwartakan. Pihak JPN juga boleh mengarahkan mana-mana PBPT untuk menyediakan Rancangan Tempatan sebelum atau setelah Rancangan Struktur dikuatkuasakan. Penyediaan RT adalah penyediaan yang amat berkesan untuk melaksanakan dasar-dasar RSN.

Urusetia

MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN DASAR

Page 128: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

116 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

Selain daripada RT, Pengarah Perancang Negeri atau PBT yang berkenaan boleh, atas usahanya sendiri atau atas arahan JPN, menyediakan Rancangan Kawasan Khas (RKK). Penyediaan RKK ini merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah-masalah kritikal yang memerlukan tindakan segera bagi sesuatu kawasan. 6.2.3 Kawalan perancangan a. Pengawalan Perancangan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 melarang sesiapa selain daripada PBPT untuk menjalankan apa jua pemajuan tanpa kebenaran merancang. JPN juga diberi mandat bagi mengawal aktiviti pemajuan negeri dan boleh memberi arahan berkaitan pengawalan perancangan kepada PBPT di mana pemajuan berkenaan tidak boleh menyalahi arahan tersebut. Untuk mencapai penyelarasan dalam perancangan, permohonan kelulusan pemajuan yang kritikal/utama perlu mendapat perakuan JPN sebelum kebenaran merancang dikeluarkan oleh PBPT. Jenis-jenis pemajuan yang dimaksudkan di atas ialah:-

i. Perkara-perkara yang terkandung dalam

Sek. 22(2A) Akta 172 yang memerlukan nasihat daripada MPFN:-

a. Pembangunan melebihi 100 hektar atau

pembangunan yang menampung penduduk melebihi 10,000 orang;

b. Pembinaan infrastruktur dan

kemudahan utama seperti lapangan terbang, pelabuhan laut, landasan kereta api, lebuh raya, pembinaan empangan, stesen janakuasa utama dan tapak pembuangan sisa toksik; dan

c. Semua pemajuan yang melibatkan

puncak atau lereng bukit dalam KSAS yang dinyatakan dalam Rancangan Pemajuan.

ii. Semua projek-projek kerajaan perlu

menepati kehendak Sek. 20A Akta 172 di mana setiap jabatan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan adalah diwajibkan berunding terlebih dahulu dengan JPN tentang aktiviti pemajuan yang hendak dijalankan; dan

MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN DASAR

Page 129: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

117 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

iii. Projek-projek strategik lain mengikut arahan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

b. Penggunaan RSN Dalam Proses

Pembangunan RSN merupakan satu dokumen yang diwartakan (seperti yang termaktub di dalam Akta 172) yang mengandungi cadangan dan dasar PBN mengenai pemajuan dan penggunaan tanah negeri. Semua pihak termasuk agensi kerajaan dan orang awam perlu mematuhi dan melaksanakan dasar-dasar dan cadangan yang terkandung di dalamnya. Penglibatan orang awam adalah penting dalam proses penyediaan Rancangan Struktur. Orang awam boleh memberi pandangan ke atas Laporan Pemeriksaan dan memberi maklumbalas/bantahan terhadap dasar-dasar yang terkandung dalam Draf Rancangan Struktur Negeri. Pihak swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan badan-badan ikhtisas juga boleh memberi pandangan mereka semasa publisiti dijalankan melalui Jawatankuasa Rancangan Pemajuan Negeri Pahang (JRPNP) atau Jawatankuasa Pemantauan Rancangan Pemajuan (JPRP–PBT).

6.3 MEKANISME PEMANTAUAN DASAR Sistem pemantauan menyediakan satu rangka kerja untuk kesinambungan proses penilaian dan juga keputusan berkenaan dengan kajian semula Rancangan Struktur. Setiap indikator pembangunan akan dikaji, disemak dan diperiksa untuk memastikan segala dasar perancangan menepati wawasan Kerajaan Negeri dan aspirasi rakyat.

6.3.1 Pemantauan Pelaksanaan dan Kajian

Semula RSN

Pemantauan pelaksanaan RSN Pahang dibuat oleh JPBD Negeri secara berterusan. Di antara aspek-aspek yang perlu dipantau ialah:

i. Pengawalan perancangan oleh PBPT

a. Proses pemantauan ini boleh dijalankan dengan menggunakan sistem maklumat geografi iaitu RSN – Geography Information System (GIS); dan

b. PBPT juga dikehendaki

mengemukakan laporan mengenai kelulusan kebenaran merancang yang

MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN DASAR

Page 130: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

118 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

diberi kepada JPBD untuk tujuan pemantauan.

ii. Urusan tanah oleh PTD

Maklumat urusan tanah terutama yang melibatkan tukar syarat guna tanah, permohonan serah balik dan kurnia semula, pemberimilikan tanah kerajaan untuk pembangunan dan pecah sempadan perlu disediakan secara berkala dan dihantar ke JPBD untuk tujuan pemantauan.

iii. Perancangan projek oleh UPEN dan

agensi Kerajaan

Maklumat perancangan projek oleh UPEN dan agensi kerajaan perlu sentiasa dimaklumkan kepada JPBD. Ini untuk memudahkan JPBD membuat penyelarasan dengan RSN.

iv. Aspek aduan awam

Maklumat aduan orang ramai adalah penting untuk menilai keberkesanan perancangan bandar dan desa.

6.3.2 Pemantauan Guna Tanah melalui Sistem Maklumat Geografi (RSN-GIS)

Pemantauan guna tanah akan dibuat melalui Sistem Maklumat Rancangan Struktur Negeri (RSN-GIS) yang akan diurus oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri. Satu Sistem Maklumat Rancangan Pemajuan perlu ditubuhkan untuk menyokong keseluruhan proses pemantauan dan kajian semula RSN, RT dan RKK yang akan dapat mengenalpasti perubahan guna tanah dan memantau dasar guna tanah yang terpilih. Untuk memastikan keseragaman perancangan dari segi pengezonan guna tanah, RSN-GIS akan dibangunkan secara bersepadu dengan RFN-GIS dan RT-GIS. Sistem maklumat yang bersepadu ini dapat menjamin :

a. Ketepatan / keseragaman maklumat; b. Menjimatkan masa; dan c. Maklumat yang terkini.

Sehubungan itu, penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat akan dilakukan setiap tahun yang melibatkan dua tugasan berikut:

MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN DASAR

Page 131: ISI KANDUNGANjpbd.pahang.gov.my/images/WEB/pdf/rsn.pdf · 3 Pembangunan Tanah-tanah Kerajaan di Negeri Pahang 40 4 Klasifikasi Tanah 45 5 Cadangan Zon Pertanian dan Akuakultur 46

119 Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020

a. Mengemaskini maklumat asas

Maklumat asas yang berkaitan dengan sektor ekonomi (pertanian, perindustrian dan pelancongan), penduduk, perumahan, infrastruktur dan utiliti, guna tanah dan alam sekitar perlu dikemaskini dengan kerjasama agensi yang terlibat.

b. Memantau corak guna tanah

Segala maklumat projek-projek yang diluluskan di peringkat PBPT perlu dimaklumkan ke JPBD Negeri untuk mengemaskini corak penggunaan tanah dari masa ke semasa.

6.4 PENUTUP Penggubalan RSN adalah satu langkah positif kerajaan dalam mengimbangkan pembangunan fizikal dengan pembangunan sosio ekonomi. Namun begitu, dalam proses membuat dasar antara perkara yang perlu diberi perhatian penting adalah mekanisme pelaksanaan dan pemantauan dasar tersebut. Ini perlu dibuat untuk memastikan RSN dapat dilaksanakan dan memberi keberkesanan kepada rakyat.

MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN DASAR