ishak haji muhammad

8
ISHAK HAJI MUHAMMAD (Ishak bin Haji Muhammad, Anwar, Hantu Raya, Isako San, Pak Pandir Moden, Pak Sako, “Pejuang Sastera”, “Tokoh Wartawan Negara”) LAHIR : September 1909 di Kampung Bukit Siguntang, Temerloh, Pahang Darul Makmur. MENINGGAL : 7 November 1991. PENULIS veteran ini adalah antara penulis sebelum Perang DuniaKedua yang sangat giat menulis. Beliau menghasilkan novel, cerpen,esei, dan memoir, dan hingga ke akhir hayatnya menulis rencanauntuk akhbar Utusan Melayu di Kuala Lumpur. “Ishak HajiMuhammad, Pak Sako atau Hantu Raya kalau dimahkotakan sebagairaja, baginda akan turun dari takhtanya, kalau menjadi presiden atauperdana menteri, beliau akan menghilangkan diri, tetapi diberikan mesin taip, beliauakan menulis sampai mati”. Demikianlah kata-kata Zainuddin Maidin, KetuaPengarang KumpulanUtusan Melayu sewaktu berucap pada Malam MengenangJasa Pak Sako di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 5Oktober 1987. Pada malam itu Pak Sako menerima suatu cenderamata berupasebilah keris yang berusia 120 tahun dan sekeping cek bernilai RM5000.00. Ishak menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Tengah, Temerlohdalam tahun 1919 sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris Clifford KualaLipis dari tahun 1924 – 1928 dan lulus Sijil Persekolahan Cambridge dalam tahun1929 di Sekolah Inggeris Raub.Pada tahun 1930, beliau melanjutkan pelajarannya di Maktab Melayu, KualaKangsar untuk berlatih menjadi pegawai tadbir Melayu (Malay AdministrativeService).

Upload: are-dyb-are-fyqa

Post on 29-Dec-2015

59 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Ishak Haji Muhammad

TRANSCRIPT

Page 1: Ishak Haji Muhammad

ISHAK HAJI MUHAMMAD

(Ishak bin Haji Muhammad, Anwar, Hantu Raya, Isako San, Pak Pandir Moden, Pak Sako, “Pejuang

Sastera”, “Tokoh Wartawan Negara”)

LAHIR : September 1909 di Kampung Bukit Siguntang, Temerloh, Pahang Darul Makmur.

MENINGGAL : 7 November 1991.

PENULIS veteran ini adalah antara penulis sebelum Perang DuniaKedua yang sangat giat menulis. Beliau

menghasilkan novel, cerpen,esei, dan memoir, dan hingga ke akhir hayatnya menulis rencanauntuk

akhbar Utusan Melayu di Kuala Lumpur.

“Ishak HajiMuhammad, Pak Sako atau Hantu Raya kalau dimahkotakan sebagairaja, baginda akan turun

dari takhtanya, kalau menjadi presiden atauperdana menteri, beliau akan menghilangkan diri, tetapi

diberikan mesin taip, beliauakan menulis sampai mati”.

Demikianlah kata-kata Zainuddin Maidin, KetuaPengarang KumpulanUtusan Melayu sewaktu berucap

pada Malam MengenangJasa Pak Sako di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka pada

5Oktober 1987. Pada malam itu Pak Sako menerima suatu cenderamata berupasebilah keris yang

berusia 120 tahun dan sekeping cek bernilai RM5000.00.

Ishak menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Tengah, Temerlohdalam tahun 1919

sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris Clifford KualaLipis dari tahun 1924 – 1928 dan lulus

Sijil Persekolahan Cambridge dalam tahun1929 di Sekolah Inggeris Raub.Pada tahun 1930, beliau

melanjutkan pelajarannya di Maktab Melayu, KualaKangsar untuk berlatih menjadi pegawai tadbir

Melayu (Malay AdministrativeService).

Pada tahun 1931, Ishak bertugas sebagai pegawai dalam latihan selamasetahun di Pejabat Daerah

Temerloh sebelum ditukarkan ke Pejabat DaerahBentong sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah

pada tahun berikutnya.Dengan itu beliau telah dilantik sebagai Majistret Kelas III dan pemungut

hasiltanah. Setelah berkhidmat selama tiga bulan di Bentong, beliau telah ditukarkan keDaerah Kecil

Rembau, Negeri Sembilan. Kira-kira setahun setengah kemudian,beliau ditukarkan pula ke Kuala Lumpur

sebagai Majistret Kelas III sehinggalahbeliau meletakkan jawatan tersebut pada tahun 1935.

Selepas bebas daripada jawatan kerajaan, Ishak menjadi guru bahasa Melayukepada pegawai-pegawai

Inggeris di Polis Depot dan kemudian beliau mengembarake seluruh tanah air selama tiga tahun.

Page 2: Ishak Haji Muhammad

Sewaktu menjelajah tanah air inilah beliaumula menceburkan diri dalam bidang penulisan. Pada tahun

1937, Ishak mulabertugas dengan Warta Malaya , di Singapura sebagai pengarang danpenterjemahan.

Dari situ beliau terus meningkatkan kegiatannya dalam bidangpenulisan. Pada tahun inilah beliau

menghasilkan novel sulungnya yang berjudul Putera Gunung Tahan yang dicetak oleh Jamaliah Press,

Muar pada tahun 1938.

Ishak ialah orang pertama yang bercita-cita menerbitkan akhbar Utusan Melayu danseterusnya menjadi

pengasas penerbitan akhbar tersebut. Untuk ini beliau berhentidari Warta Malaya pada 1 April 1939 lalu

menjelajah ke negeri Pahang, Kelantandan Terengganu untuk memberi penerangan kepada masyarakat

tentang cita-citabeliau untuk menerbitkan sebuah akhbar kebangsaan. Usahanya ini telah

mendapatsokongan dan dukungan yang hangat daripada masyarakat dan pada 29 Mei 1939,lahirlah

akhbar Utusan Melayu.

Dari Tahun 1939 hingga tahun 1941, Ishak bertugas sebagai salah seorang anggotasidang pengarang

Utusan Melayu yang pada ketika itu dipimpin oleh Abdul RahimKajai. Pada waktu yang sama, Ishak mula

bergiat dalam pergerakan politik.

Pada tahun 1941, Ishak yang terlibat dengan Kesatuan Melayu Muda (KMM) telahditangkap oleh pihak

British dan dibebaskan apabila Jepun berjaya menaklukSingapura pada tahun yang sama. Beliau

kemudian menjadi Ketua Pengarang Berita Malai di samping turut menyumbangkan rencana dan cerpen

dalam Semangat Asia dan Fajar Asia.

Ishak menjadi semakin aktif dalam arena politik dan bidang kewartawanan sesudahtamat perang. Parti

Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan padatahun 1945 pernah menerima Ishak sebagai

salah seorang anggota pucukpimpinannya. Apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948, kegiatan

Ishakdianggap membahayakan keselamatan negara lalu beliau ditangkap sekali lagi danditahan di

Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Dari Penjara Pudu, Ishak dipindahkan kebeberapa buah khemah tahanan

lain. Ishak kemudiannya telah dibebaskan tanpasyarat dalam bulan Mei 1953.

Setelah bebas dari tahanan, Ishak bertugas di Malayan Film Unit (MFU) di KualaLumpur sebagai penulis

skrip hingga bulan Disember 1955. Mulai 6 Mac 1958,Ishak dilantik sebagai Ketua Pengarang

Semenanjung di Singapura. Walaubagaimanapun minatnya terhadap politik tanah air tidak pernah

malap terutamaapabila beliau dilantik mengetuai Parti Buruh Malaya dan Socialist Front. Dalampilihan

raya umum 1959, Ishak bertanding bagi kawasan Bukit Bintang pada tahun1964 tetapi gagal untuk

memenangi sebarang kerusi.

Page 3: Ishak Haji Muhammad

Sewaktu tercetusnya konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia pada tahun1965, Ishak telah

ditahan sekali lagi. Selepas dibebaskan pada tahun 1966, beliaukembali bergiat dalam bidang penulisan.

Ishak kemudiannya ditawarkan bertugasdengan Utusan Melayu sebagai penulis khas. Tulisannya yang

amat popular ialah “Kenangan Hidup Pak Sako” yang disiarkan secara bersiri dalam Mingguan Malaysia ,

dan ruangan “Di Simpang Jalan” dengan menggunakan nama Pak Pandir Moden. Beliau juga pernah

menjadi penulis ruangan pojok “Pepatah Petitih” dalam majalah Gila-gila.

Dalam bidang penulisan kreatif, Ishak menghasilkan tidak kurang daripada 23 buahcerpen pada waktu

sebelum Perang Dunia Kedua. Dua buah novelnya Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila adalah

antara novelnya yang mendapatsambutan hangat dan telah beberapa kali diulang cetak. Kedua-dua

novel tersebutmencerminkan pandangan dan cita-cita pengarangnya sebagai seorang patriot

dansasterawan.

Seperti kebanyakan pengarang sebelum merdeka, Ishak menggunakan novel dancerpen sebagai saluran

untuk mengobarkan semangat orang Melayu danmenyedarkan mereka tentang kedudukan mereka yang

mundur dalam politik,ekonomi dan sosial. Sikapnya yang antipenjajah jelas diluahkannya dalam

noveldan cerpennya.

Putera Gunung Tahan lahir daripada luapan semangat kebangsaan dan rasacemburu kepada pengaruh-

pengaruh asing khususnya penjajahan Inggeris. Oleh itunovel ini adalah sebuah novel politik yang

bertujuan untuk meniup semangat cintaakan tanah air, semangat ingin hidup maju dan bebas daripada

belenggupenjajahan.

Novelnya yang berjudul Anak Mat Lela Gila dianggap sebagai novel yang cukupberjaya sebelum Perang

Dunia Kedua. Novel ini menggambarkan keadaanmasyarakat Melayu dengan kisah-kisah hasil

pengalaman beliau mengembara keseluruh negara. Watak-wataknya melontarkan sindiran terhadap

sikap tidak adilpenjajah Inggeris dan pembesar-pembesar tanah air terhadap masyarakat Melayu.

Satu perkara yang harus kita beri perhatian dalam karya-karya Ishak adalah tentangcita-citanya terhadap

masyarakatnya masa itu. Pokok persoalannya tetap tentangrakyat jelata, dan beliau berpendapat

bahawa setiap cerita mestilah mempunyaimesej dan bertujuan membimbing rakyat ke arah suatu

kehidupan yang amandamai, bekerjasama, makmur, mewah, berbudi bahasa, berkhidmat dan berbakti.

Oleh sebab cintanya terhadap bangsa dan negara terlalu besar, maka tidakhairanlah kalau dikatakan

bahawa hampir keseluruhan karya Ishak bercorak didaktikdan idealistik. Sebagai seorang pejuang

Page 4: Ishak Haji Muhammad

nasional dan sasterawan, Ishakmempunyai tempat yang penting dalam sejarah kebangsaan dan

kesusasteraantanah air.

Kesusasteraan Melayu moden mulai berkembang selepas Perang Dunia Pertama.Pada dasarnya karya

sastera pada zaman itu lebih bercorak protes. Tradisi itumencapai kemuncaknya menjelang Perang

Dunia Kedua. Dalam tahapperkembangan Ishak Haji Muhammad muncul sebagai penulis yang paling

berjayamenawan hati para pembaca sehingga beliau menjadi lambang zaman itu. Selainitu, Pak Sako

pernah menulis skrip filem berjudul Padi Kunca terbitan Filem NegaraMalaysia pada tahun 1955. Filem

ini yang juga menggunakan suara latar Pak Sakotelah memenangi anugerah Golden Harvest dalam satu

pesta filem yangberlangsung di Singapura.

Bagi menghargai sumbangan serta jasanya terhadap kesusasteraan Melayu moden,maka pada 29 Jun

1973, Universiti Malaya telah menganugerahi beliau IjazahKehormat Doktor Kesusasteraan. Pada 29 Mei

1976 pula, Ishak dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri Malaysia berserta

hadiah wangtunai RM10 000.00 dan watikah penghargaan. Walau bagaimanapun, Pak Sako telah

menolak anugerah “Budayawan GAPENA 1987” atas sebab-sebab tertentu.

Ishak Haji Muhammad meninggal dunia pada 7 November 1991 ketika berusia 82tahun di rumahnya di

Kampung Bukit Raya, Kilometer 16, Jalan Hulu Langat, keranadiserang angin ahmar. Sebagai menghargai

jasanya dalam mempelopori bidang kewartawanan, politik dan sastera, beliau dianugerahkan “Tokoh

KewartawananNegara” pada 24 September 1995. Beliau merupakan tokoh ketika yang

menerimaanugerah tersebut selepas Tan Sri A. Samad Ismail dan Tan Sri Lee Siew Yee. Dansebagai

mengenangkan jasanya, Utusan Melayu sejak tahun 1992, telah mewujudkan “Hadiah Sako” untuk

diberikan kepada penulis novel nasional yangterbaik. Hadiah ini berupa wang sejumlah RM30 000.00

dan watikah.

KARYA

Novel

-Jalan ke Kota Bharu, Singapura: Qalam, 1956, 159 hlm.

-Budak Beca , Marang: H.C. Muhammad Abdul Rahman, 1957, 173 hlm. (duapenggal), Penggal I, 98 hlm.,

Penggal II, 75 hlm.

-Cemburu Celik , Singapura: Geliga Limited, 1957, 19 hlm.

Page 5: Ishak Haji Muhammad

-Mencari yang Lari , Singapura : Geliga Limited, 1957, 108 hlm.

-Pengantin Baru , Singapura: Geliga Limited, 1957, 120 hlm.

-Pertemuan di Sungai , Singapura: Geliga Limited, 1957, 93 hlm.

-Putera Gunung Tahan, Singapura: Geliga Limited, 1957 (cetakan kedua), 113 hlm.(cetakan pertama

1937)

-Selayang Pandang , Singapura: Geliga Limited, 1957 –1959, 209 hlm., (dua penggal),penggal I, hlm. 1-84,

Penggal II, hlm. 85-209

-Judi Karan , Singapura: Geliga Limited, 1958, 132 hlm.

-Mata-mata Sukarela , Singapura: Geliga Limited, 1959, 123 hlm.

-Anak Mat Lela Gila , Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1966 (cetakanketiga), 131 hlm.,

(cetakan pertama 1941).

-Norita dan Kisah-kisah Kucing Hitam , Marang : H.C. Muhammad Abdul Rahman,1966, 212 hlm.

-Yang Miskin dan yang Mewah , Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1966, 120 hlm.

-Anak Dukun Deraman , Kuala Lumpur: Pustaka Gunung Tanah, 1967, 222 hlm.

-Tijah Tukang Cukur , Marang: H.C. Muhammad Abdul Rahman, 1967, 171 hlm.

-Satay Saloon , Kuala Lumpur: Pustaka Gunung Tanah, 1968, 152 hlm.

-Sidang Serangga , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 121 hlm.

Cerpen

-Segar , Singapura: Qalam, 1961, 188 hlm.

-Karangan Bunga dari Selatan (antologi bersama), Kuala Lumpur: PenerbitanJambatanmas, 1963, 61 hlm.

-Rintisan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1964, 265hlm.

-Senda Gila-gila (antologi bersama), Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd.,1980, 124 hlm.

-Menunggu Ratu Adil (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd.,1984, 218 hlm.

Page 6: Ishak Haji Muhammad

-Angin Pulau (antologi bersama), Kuala Lumpur: teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 433hlm.

-Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,1985,339 hlm.

Memoir

-Pengalaman Pak Sako Tiga Tahun di Singapura : Petaling Jaya: Pustaka Budaya Agency, 1975, 61 hlm.

Umum

-Pak Pandir Moden di Simpang-simpang Jalan , Kuala Lumpur: Karya Bistari, 1988, 86hlm.

-Pepatah Petitih , Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd., 1989 (Jilid I), 283 hlm.