manasik haji & umrah - shahidah travel · 2020-01-24 · nabi muhammad itu persuruh allah) dan...

88
MANASIK HAJI & UMRAH Persiapan Kearah Kesempurnaan Haji

Upload: others

Post on 07-Jul-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

i

Manasik Haji & UMraHPersiapan Kearah Kesempurnaan Haji

Page 2: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

ii

Page 3: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

iii

kandUnganTalbiah ........................................................................ 1 Erti Haji & Umrah ..................................................... 2 Jenis-jenis Haji ............................................................. 9 Istilah Hukum Haji & Umrah .................................. 10 Rukun Haji .............................................................. 11 Rukun Umrah ............................................................12 Wajib Haji ................................................................ 13 Wajib Umrah ........................................................... 14 Pilihan jenis Haji ..................................................... 15 Langkah-langkah Mengerjakan Haji Ifrad .............. 16 Langkah-langkah Mengerjakan Haji Tamattuk ....... 17 Langkah-langkah Mengerjakan Haji Qiran ............ 18 Miqat ........................................................................ 19 Ihram ........................................................................ 21 Cara Memakai Ihram (Lelaki) ................................... 22 Niat Ihram ................................................................ 24 Sunat Ihram .............................................................. 25 Pantang-larang semasa dalam Ihram ....................... 26 Tawaf ........................................................................ 28 Jenis-jenis Tawaf ....................................................... 28 Sunat-sunat Tawaf .................................................... 30 Sa’i ............................................................................ 32 Sunat-sunat Sa’i ........................................................ 33 Niat Sa’i .................................................................... 34 Tahallul ..................................................................... 36 Doa selepas bercukur/bergunting ............................ 37 Wuquf di Arafah ...................................................... 38 Melontar Jamrah ...................................................... 40 Contoh pergerakan melontar .................................. 42 Dam .......................................................................... 44 Jenis-jenis Dam ......................................................... 44 Solat Jama’ & Qasar ................................................. 49 Masalah Kaum Perempuan ...................................... 56 Madinah Al-Munawwarah ...................................... 57 Masjid Nabawi .......................................................... 61 Tempat-tempat lain yang baik diziarahi ................... 71 Doa ziarah selamat tinggal ........................................ 84

Page 4: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

iv

Page 5: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

1

TaLBiaH

Aku datang menyahut panggilan Mu Ya AllahAku datang menyahut panggilan Mu

Aku datang menyahut panggilan Mu tiada sekutu bagi MuAku menyahut pangilan Mu. Sesungguhnya segala pujian,

nikmat dan kekuasaan adalah milik Mu,tiada sekutu bagi Mu.

Page 6: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

2

ErTi Haji & UMraH

HajiDari segi syara’, haji ialah mengunjungi Baitul Lahil Haram (Ka’abah) dalam bulan-bulan haji (dari 1 Syawal hingga sebelum fajar hari ke-10 Zulhijah) kerana mengerjakan tawaf, sa’i dan wuquf di Padang Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala rukun dan wajibnya.

UmraHUmrah pada syara’ ialah menziarahi Baitul Lahil Haram (Ka’abah) pada bila-bila masa sahaja sepanjang tahun (kecuali bagi orang yang dalam Ihram Haji) kerana mengerjakan tawaf dan sa’i sahaja dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala rukun dan wajibnya.

Seseorang itu diwajibkan melakukan haji dan umrah, sekali seumur hidup, setelah ia memenuhi syarat-syarat berikut:

BEragaMa isLaM Orang kafir dan murtad tidak wajib mengerjakan haji dan umrah.

BaLigH (CUkUP UMUr)Kanak-kanak tidak diwajibkan mengerjakan haji dan umrah. Jika mereka mengerjakannya juga, haji atau umrah itu sah tetapi haji dan umrah tersebut tidak menggugurkan haji dan umrah fardunya.

BErakaL Orang gila atau tidak siuman dilarang melakukan haji dan umrah.

MErdEkaHamba abdi tidak diwajibkan oleh syara’ untuk mengerjakan haji dan umrah.

Page 7: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

3

BErkUasa/BErUPaYaBerkuasa dengan diri sendiri:

a. Mampu membayar tambang-menambang dan segala perbelanjaan bagi mengerjakan haji dan umrah hingga selesai dan balik ke tempat kediamannya.

b. Mempunyai perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang di bawah tanggungannya yang ditinggalkan di tanahairnya.

c. Ada kenderaan pergi dan balik.d. Aman dalam perjalanan pergi dan balik umpamanya,penyamun dan

musuh yang mengancam keselamatan jiwa dan harta atau tidak ada penyakit yang berjangkit yang membahayakan anggota dan tubuh badan.

e. Sihat tubuh badan.f. Mempunyai cukup masa untuk mengerjakan haji dan umrah.g. Bagi perempuan, ditambah tiga syarat lagi iaitu:

i. Dengan izin suami atau wali.ii. Hendaklah ia ditemani oleh suami atau mahramnya atau yang thiqat (perempuan-perempuan yang dipercayai).iii. Tidak dalam idah kematian suaminya.

Bukti WajiB Haji DaripaDa al-Qur’an

1. Surah Ali-Imran: 97

Dan Allah mewajibkan manusia (orang Islam) menger jakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya, dan siapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.

Page 8: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

4

2. Surah Al-Haj: 27-28

Dan serukanlah kepada umat manusia untuk menger jakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang beramai-ramai mengunjungi (rumah Engkau, Baitul Lahil Haram) dengan keadaan ada yang ber jalan kaki dan ada yang menunggang ber jenis-jenis unta yang kurus disebabkan per jalanan yang datang dari segenap ceruk pelusuk dan rantau yang jauh.

Supaya mereka menyaksikan berbagai-bagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu (Haji Raya Haji atau Hari Raya Korban pada 10 Zulhijjah dan hari-hari berikutnya pada 11, 12 dan 13 Zulhijah – Hari Tasyriq) kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban), dengan demikian makanlah kamu daripadanya (daging binatang-binatang korban itu) dan berilah makan kepada orang yang susah dan fakir miskin.

3. Surah al-Baqarah: 196

Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.

Page 9: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

5

4. Surah al-Baqarah: 197

(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan menger jakan haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa menger jakan haji. Dan apa yang kamu ker jakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal.

kETErangan MEngEnai Haji dariPada HadiTH

1. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

Daripada Ibni ‘Umar r.a katanya: Rasulullah SAW telah bersabda, “Didirikan Islam itu di atas lima rukun, iaitu mengucap kalimah syahadat (Aku beriktikad, berikrar dan mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya melainkan Allah jua, dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan ker jakan haji dengan mengunjungi Baitul Lahil Haram dan puasa pada bulan Ramadan.

Page 10: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

6

2. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Bersabda Rasullulah SAW, mafhumnya: Sesiapa yang menunaikan fardu haji ke Baitullah,sedangkan dia tidak melakukan persetubuhan dan tidak membuat fasik (maksiat) kejahatan, maka bersihlah dirinya daripda dosa seumpama di hari dia dilahirkan oleh ibunya.

3. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Bersabda Rasulullah SAW, mafhumnya: Mengerjakan umrah kepada satu umrah yang lain adalah menghapuskan dosa yang berlaku di antara tempoh keduanya dan Haji yang mabrur (yang penuh dengan kebajikan) tidak ada balasannya melainkan syurga.

4. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan lain-lain

Daripada Siti ‘Aisyah r.a katanya: Bersabda Rasulullah SAW, mafhumnya: Aku telah berkata kepada Rasulullah, Wahai Rasulullah, kami berpendapat ber jihad itu adalah sebaik-baik amalan,maka tidakkah boleh kami ber jihad? Sabda Rasullulah SAW, Bagi kamu perempuan, jihad yang lebih afdal (baik) itu ialah Haji Mabrur.

Page 11: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

7

5. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At-Tabrani, Al-Baihaqi dan Abi Syu’bah

Daripada Abu Zubir Abdullah bin Buraidah daripada bapanya berkata ia: Bersabda Rasulullah SAW, mafhumnya: Perbelanjaan kerana menunaikan fardu haji adalah seperti perbelanjaan pada sabilillah, ganjarannya 700 kali ganda.

6. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Bersabda Rasulullah SAW, Haji yang penuh dengan kebajikan (Haji Mabrur) adalah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya. Haji Mabrur tidak ada baginya balasan selain daripada syurga.

7. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a

Orang yang menger jakan haji dan orang yang menger jakan umrah adalah utusan Allah Azzawajalla. Jika mereka berdoa nescaya Allah menerima doa mereka dan jika mereka memohon ampun nescaya Allah mengampuni mereka.

Page 12: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

8

8. Diriwayatkan oleh ad Darimi

Daripada Abu Umamah katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW, mafhumnya: Sesiapa yang tidak dihalangi oleh sesuatu hajat kerpeluanyang sah atau larangan daripada sultan (atau pemerintah) yang zalim atau sakit yang mengganggukan,kemudian dia meninggal dunia dengan tidak menunaikan fardu hajinya,maka tidak ada halangan sekiranya dikehendaki matinya sebagai Yahudi atau Nasrani.

9. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad

Daripada Saiyidina Abdullah ibni Abbas r.a, mafhumnya: Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh membawanya ke Baitul Lahil Haram, tetapi dia tidak menunaikan fardu haji maka tidak ada Jenis hajihalangan ke atasnya jika dikehendaki matinya sebagai Yahudi atau Nasrani.

Page 13: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

9

jEnis-jEnis Haji

iFraDHAJI IFRAD adalah keadaan di mana anda melakukan pekerjaan haji dan pekerjaan umrah secara berasingan, iaitu dengan mengerjakan haji dahulu dan mengerjakan umrah selepas bulan-bulan haji dalam tahun yang sama ataupun anda tidak mengerjakannya langsung.

Mengikut Mazhab Syafie, Haji Ifrad merupakan pekerjaan haji yang afdal dengan syarat, anda hendaklah melaksanakan pekerjaan umrah pada tahun yang sama juga.

Jika anda memasuki Makkah pada masa hampir waktu wuquf adalah baik anda membuat Haji Ifrad.

TamaTTUKHAJI TAMATTUK ialah keadaan di mana anda mengerjakan umrah terlebih dahulu – hingga selesai dengan sempurna dengan bertahallul, di dalam bulan-bulan haji. Kemudian ketika hendak berangkat ke Padang Arafah, anda berihram sekali lagi dari tempat penginapan anda dengan niat untuk mengerjakan haji. Anda yang melaksanakan Haji Tamattuk wajib membayar dam mengikut syarat-syaratnya.

QiraNHAJI QIRAN adalah keadaan di mana anda mengerjakan haji serta umrah dalam bulan-bulan haji secara serentak, ataupun anda berniat mengerjakan umrah untuk Haji Tamattuk tetapi sebelum tawaf, anda didatangi uzur syar’i yang menegah anda bertawaf sedangkan waktu wuquf sudah hampir tiba. Dengan itu, anda pun berniat mengerjakan haji. Jemaah haji yang mengerjakan Haji Qiran dengan sendirinya ihram umrahnya termasuk ihram haji sekali. Walau bagaimanapun, anda yang membuat Haji Qiran wajib membayar dam mengikut syarat-syaratnya.

Page 14: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

10

isTiLaH HUkUM Haji & UMraH

rUKUNMesti dilaksanakan jika ada yang tertinggal, hajinya tidak sah.

WajiBMesti dilakukan jika ada yang tertinggal, hajinya sah tetapi

dikenakan dam.

SUNaTJika dibuat mendapat pahala, jika ditinggalkan tidak berdosa.

Page 15: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

11

rUkUn Haji

Rukun haji dan rukun umrah adalah pekerjaan-pekerjaan asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan haji dan ibadah umrah. Sekiranya salah satu daripada pekerjaan itu tidak dilaksanakan sama ada dengan sengaja atau terlupa, maka ibadah haji atau ibadah umrahnya tidak sah.

Seseorang yang hendak melaksanakan ibadah haji mesti melaksanakan pekerjaan-pekerjaan berikut. Jika tidak, hajinya tidak sah.

niaT iHraM

WuQuF Di araFaH

taWaF

sa‘i

BErCUkUr/BErgUnTing

TErTiB Pada kEBanYakan

rUkUn

Berniat mengerjakan haji dalam masa di antara 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar pagi 10 Zulhijjah.

Berada di bumi Arafah walau sekejap sahaja di antara selepas gelincir matahari, hari ke-9 Zulhijjah hingga sebelum terbit fajar pagi 10 Zulhijjah.

Mengelilingi Ka’abah tujuh keliling dengan sempurna.

Berjalan atau menggunakan kenderaan, berulang-alik sebanyak tujuh kali di antara Safa ke Marwah, bermula dari Safa ke Marwah dikira sekali, dari Marwah ke Safa dikira dua kali dan seterusnya hingga tamat di Marwah.

Membuang dan menggunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut di kepala kerana tahallul.

Membuat pekerjaan rukun haji ini dengan mengikut susunan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.

Page 16: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

12

rUkUn UMraH

Seseorang yang mengerjakan umrah pula mesti melakukan perkara-perkara berikut. Jika tidak, umrahnya tidak sah.

Berniat mengerjakan ‘umrah pada bila-bila masa, melainkan bai orang yang dalam Ihram Haji.

Mengelilingi Ka’abah tujuh keliling dengan sempurna.

Berjalan atau menggunakan kenderaan, berulang-alik sebanyak tujuh kali di antara Safa ke Marwah, bermula dari Safa ke Marwah dikira sekali, dari Marwah ke Safa dikira dua kali dan seterusnya hingga tamat di Marwah.

Membuang dan menggunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut di kepala kerana tahallul.

Membuat pekerjaan rukun umrah ini dengan mengikut susunan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.

niaT iHraM

taWaF

sa‘i

BErCUkUr/BErgUnTing

TErTiB Pada kEBanYakan

rUkUn

Page 17: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

13

niaT iHraM di MiQat

BErMaLaM di MuZDaliFaH2

MELOnTar jaMraH ‘aQaBaH

BErMaLaM di Mina

MELOnTar Tiga jaMraH

MEninggaLkan pantanG-laranG

WajiB Haji

Wajib haji dan wajib umrah adalah perkerjaan-pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan kedua-dua ibadah itu. Jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya, haji atau umrah itu adalah sah tetapi wajib ke atas jemaah haji berkenaan membayar dam. Walau bagaimanapun, jika seseorang jemaah haji itu sengaja tidak melaksanakan pekerjaan-pekerjaan tersebut, hukumnya ia berdosa.

Perkara-perkara berikut mesti dilakukan oleh jemaah haji ketika menunaikan ibadah haji. Jika tertinggal, hajinya sah tetapi dikenakan dam.

Memakai ihram dan berniat di Miqat (tempat-tempat yang telah ditetapkan oleh syara’).

Berada dalam kawasannya walaupun sekejap, selepas separuh malam3 yang ke-10 Zulhijjah.

Melontar dengan tujuh anak batu. Masanya mulai selepas separuh malam yang ke-10 Zulhijjah, berlanjutan hingga jatuh matahari pada akhir 13 Zulhijjah.

Bermalam selama dua atau tiga malam.

Melontar ketiga-tiga jamrah pada Hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah), setiap jamrah dengan tujuh anak batu (berjumlah 63 biji semuanya).

Hendaklah menjauhi segala pantang-larang ketika masih dalam ihram.

2 Letaknya lebih kurang 15km dari Masjidil Haram3 Diperkirakan jumlah jam pada hari itu di antara mula masuk waktu Maghrib hingga mula tiba waktu Subuh; kemudian dibahagi kepada dua.

Page 18: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

14

WajiB UMraH

Seseorang yang mengerjakan umrah mesti melakukan perkara-perkara berikut. Jika tertinggal, umrahnya sah tetapi dikenakan dam.

Perkara-perkara berikut mesti dilakukan. Jika tertinggal, haji/umrahnya sah tetapi dikenakan dam.

niaT iHraM di MiQat

MEninggaLkan pantanG-laranG

Memakai ihram dan berniat di Miqat (tempat-tempat yang telah ditetapkan oleh syara’).

Menjauhi segala pantang-larang ketika masih dalam ihram.

Page 19: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

15

PiLiHan jEnis Haji

Dalam mengerjakan ibadah haji, para jemaah haji mempunyai tiga pilihan bagaimana mereka hendak melaksanakan rukun Islam yang kelima ini.Pilihan-pilihan tersebut seperti berikut:

1. Dengan melaksanakan pekerjaan haji cara berasingan dengan pekerjaan umrah, di mana pekerjaan umrah dilakukan selepas bulan-bulan haji dalam tahun sama atau tidak dikerjakannya langsung. Ini dipanggil Haji Ifrad.

2. Dengan melaksanakan pekerjaan umrah terlebih dahulu daripada pekerjaan haji, di dalam bulan-bulan haji pada tahun yag sama. Ini adalah Haji Tamattuk.

3. Dengan melaksanakan pekerjaan haji dan umrah secara serentak dalam bulan-bulan haji. Ini dipanggil Haji Qiran.

Page 20: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

16

ihram Haji (Rukun)

tawaf Qudum (Sunat)

Sa’i Haji (Rukun)

Wuquf di arafah (Rukun)

Bermalam di Muzdalifah (Wajib)

Melontar jamrah aqabah (Wajib)

korban (Sunat Muakaddah)

Bercukur/Bergunting (Rukun)

Tawaf Haji (Rukun)

Bermalam di Mina (Wajib)

Melontar 3 jamrah (Wajib)

tawaf Wida’ (Wajib)

lanGkaH-lanGkaH MenGerjakan Haji iFraD

Page 21: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

17

ihram Umrah (Rukun)

Tawaf Umrah (Rukun)

Sa’i umrah (Rukun)

Bercukur/Bergunting (Rukun)

ihram Haji (Rukun)

Wuquf di arafah (Rukun)

Bermalam di Muzdalifah (Wajib)

Melontar jamrah aqabah (Wajib)

dam (Wajib)

Bercukur/Bergunting (Rukun)

Tawaf Haji (Rukun)

Sa’i Haji (Rukun)

Bermalam di Mina (Wajib)

Melontar 3 jamrah (Wajib)

tawaf Wida’ (Wajib)

lanGkaH-lanGkaH MenGerjakan Haji TaMaTTUk

Page 22: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

18

ihram Haji + Umrah (Rukun)

tawaf Qudum (Sunat)

Sa’i Haji + umrah (Rukun)

Wuquf di arafah (Rukun)

Bermalam di Muzdalifah (Wajib)

Melontar jamrah aqabah (Wajib)

dam (Wajib)

Bercukur/Bergunting (Rukun)

Tawaf Haji + Umrah (Rukun)

Bermalam di Mina (Wajib)

Melontar 3 jamrah (Wajib)

tawaf Wida’ (Wajib)

lanGkaH-lanGkaH MenGerjakan Haji Qiran

Page 23: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

19

MiQat

Anda yang pergi ke Tanah Suci kerana mengerjakan ibadah haji, apabila sampai di Miqat anda atau had sempadan yang menyamainya, wajib berniat ihram. Kiranya anda masuk ke Tanah Suci dengan tidak berniat ihram di Miqat tersebut, anda wajib kembali semula ke tempat Miqat anda itu untuk berniat ihram. Sekiranya tidak, boleh juga berniat ihram di situ, tetapi anda berdosa dan dikenakan dam.

MiQatMiqat ialah ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram haji/umrah.Miqat terbahagi kepada dua:1. Miqat Zamani (Ketentuan masa):

a. Miqat Zamani bagi haji: bermula dari 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar pagi hari yang ke-10 Zulhijjah. Ini dinamakan bulan-bulan haji. Tidak sah Ihram Haji jika dilakukan di luar masa tersebut bahkan jadilah ia Ihram Umrah.

b. Miqat Zamani bagi umrah: ialah sepanjang masa selain daripada masa seseorang itu ber-Ihram Haji.

2. Miqat Makani (Ketentuan Tempat): Bagi haji dan umrah ialah:a. Zulhulaifah (Bir ‘Ali): Miqat bagi penduduk Madinah dan sekitarnya,

lebih kurang 10km dari Madinah.b. Al-Juhfah: (Berdekatan Rabigh): Miqat bagi penduduk-penduduk

Syam, Mesir, Maghribi (Morocco), Sepanyol dan negeri-negeri dari arahnya, jaraknya dengan Makkah lebih kurang 187km.

c. Qarnul Manazil: Miqat bagi penduduk-penduduk Kuwait, Najd dan bagi bakal haji yang datang dengan kapal terbang melalui ruang angkasanya. Jaraknya dengan Makkah lebih kurang 94km.

d. Yalamlam: Miqat bagi penduduk-pendududk Yaman, India dan negeri-negeri sebelah timur termasuk Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia yang datang dengan kapal laut.

Yalamlam adalah nama sebuah bukit di tepi Laut Merah di daratan Semenanjung Tanah Arab dan jaraknya dengan Makkah lebih kurang 89km.

e. Zatu ‘Irqin: Miqat bagi penduduk Iraq, jaraknya dengan Makkah lebih kurang 94km.

Page 24: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

20

Perhatian: Jemaah-jemaah haji yang pergi ke Tanah Suci sama ada dengan kapal terbang atau kapal laut atau melalui daratan dengan menyeberangi atau melintasi negeri-negeri lain, hendaklah berniat ihram mengikut Miqat Makani bagi penduduk-penduduk negeri yang dilaluinya itu. Jemaah haji Malaysia dan Singapura atau Indonesia yang melalui negeri Najd dengan kapal terbang, hendakla berniat ihram ketika berada di ruangn udara bertentangan dengan Qarnul Manazil.

Ketetapan ini telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadith:

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a bahawa Rasulullah SAW telah menetapkan Miqat bagi penduduk Madinah ialah Zulhulaifah (Bir ‘Ali), bagi penduduk negeri Syam ialah al-Juhfah, bagi penduduk Najd ialah Qarnul Manazil, bagi penduduk Yaman ialah Yalamlam.

Miqat-miqat tersebut adalah bagi penduduk negeri-negeri yang disebutkan itu dan juga bagi orang-orang yang datang melaluinya daei negeri-negeri lain yang hendak menunaikan haji dan umrah, adapun bagi mereka yang tinggal di tempat yang kurang jarak jauhnya dari kawasan Miqatnya yang ditentukan itu maka Miqat mereka ialah di tempat mereka sendiri hinggakan penduduk Makkah, maka Miqat mereka ialah di Makkah.

Adapun tempat berniat ihram haji bagi penduduk Makkah dan juga bagi orang yang berada di Makkah ialah di rumah mereka sendiri, tetapi tempat berniat ihram umrah bagi mereka ialah di Tanah Halal, yang lebih afdal menurut susunan:1. Di Ja’ranah lebih kurang 22 km dari Masjidil Haram2. Tan’im lebih kurang 5 km dari Masjidil Haram.3. Hudaibiah (Syumaisi) lebih kurang 29 km dari Masjidil Haram

Page 25: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

21

iHraM

Ihram dalam ibadah haji atau umrah bererti satu keadaan yang istimewa kepada anda sebagai jemaah haji yang sedang mengerjakan ibadah-ibadah tersebut. Ini adalah kerana ketika anda berada dalam ihram anda dikehendaki mematuhi segala pantang-larang tertentu sehingga selesai dan sempurna segala rukun dan wajib ibadah haji atau umrah anda (selesai tahallul anda). Sebaik sahaja anda sampai di kawasan Miqat, anda dikehendaki melakukan dua pekara:

1. Memakai ihram sebelum memasuki Miqat. Bagi jemaah haji Malaysia/Singapura yang hendak terus ke Makkah, adalah lebih baik bagi anda memakai ihram di rumah, sebelum berangkat ke lapangan terbang.Ini adalah kerana untuk memakai ihram di dalam kapal terbang amat menyulitkan.

2. Berniat ihram ketika memasuki kawasan Miqat1

Pakaian iHraM

Bagi LELaki: Dua helai yang tidak bercantum/berjahit, sehelai dipakai untuk menutupkan aurat anda di antara pusat dan lulut dan sehelai lagi digunakan menutup bahu dan badan. Tiap-tiap sehelai kain itu berukuran 2¼ meter dan disunatkan berwarna putih.

Bagi PErEMPUan: Pakaian ihram anda boleh menurut apa juga fesyen baju asalkan ia menutup semua badan anda kecuali muka dan dua tapak tangan dan disunatkan berwarna putih juga.

1 Orang perempuan yang sedang dalam haid atau nifas tidak ditegah berniat dan mengerjakan haji atau umrah, atau kedua-duanya sekali, melainkan tawaf sahaja.

Page 26: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

22

Cara MEMakai iHraM

Cara memakai kain ihram bagi lelaki

1 2

3

Page 27: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

23

Cara memakai kain ihram bagi lelaki secara idtiba’

1

3

2

4

Page 28: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

24

Pakaian ihram bagi wanita

niaT iHraM

Niat hendaklah dilakukan di dalam hati. Dilafazkannya dengan mulut terlebih dahulu adalah afdal. Anda boleh berniat di dalam bahasa Melayu jika itu lebih memudahkan anda.

1. Bagi ihram Haji (Haji Ifrad) lafaz niatnya:

Sahaja aku menger jakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta’ala.

Depan Belakang

Page 29: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

25

2. Bagi ihram Umrah (Haji Tamattuk) lafaz niatnya:

Sahaja aku menger jakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta’ala.

3. Bagi ihram Haji serta Umrah (Haji Qiran) lafaz niatnya:

Sahaja aku mengerjakan haji serta umrah dan aku berihram dengan kedua-duanya kerana Allah Ta’ala.

sUnaT iHraM

Sebelum memakai ihram, anda disunatkan melakukan perkara-perkara berikut:• Mencabut/mencukur bulu ketiak dan bulu ari-ari, mengandam misai, janggut dan rambut.• Mengerat kuku.• Mandi Sunat ihram dengan lafaz niatnya:

Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Ta’ala.

• Memakai pakaian ihram berwarna putih.• Sembahyang sunat ihram dua rakaat, pada waktu yang dibolehkan.

Sahaja aku sembahyang sunat ihram dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

Page 30: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

26

• Membanyakkan talbiyah selepas berniat:

Hamba-Mu datang menyahut panggilan Engkau, ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan Engkau, hamba-Mu datang menyahut panggilan Engkau,Tuhan yang tidak ada sekutu bagi Engkau, hamba-Mu datang menyahut panggilan Engkau. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan Engkau, tidak ada yang sekutu bagi Engkau.

pantanG-laranG SeMaSa DalaM iHraM

Sebaik sahaja anda berniat ihram, maka anda dilarang melakukan perkara-perkara berikut:• Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi jemaah lelaki umpamanya, seluar, baju, sarung kaki, kasut dan sebagainya.• Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki, seperti memakai songkok, serban dan sebagainya tetapi tidak ditengah sekiranya berteduh di bawah payung atau pokok.• Menutup muka bagi perempuan.• Memakai sarung tangan.• Memakai bau-bauan di badan, pakaian, di tempat tidur atau pada makanan, minuman atau menyedutnya ke dalam hidung.• Memakai minyak rambut di kepala atau janggut.• Mengerat atau mencabut kuku atau sebagainya.• Menggunting atau mencabut rambut di kepala atau menghilangkan mana-mana bulu di anggota badan.• Memburu binatang buruan daratan yang halal dimakan atau membinasakannya sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal.• Memotong, menebang atau mencabut pokok atau tumbuh-tumbuhan di Tanah Haram.• Melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti bercium, atau berpeluk yang menaikkan nafsu syahwat.• Bersetubuh.• Akad nikah sama ada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.Jika anda melakukan pantang-larang ini, anda dikenakan dam.

Page 31: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

27

Hijr Ismail adalah dikira sebahagian daripada Ka’abah, dari itu apabila bertawaf hendaklah dilakukan di luar lengkongannya.

Jemaah haji digalakkan istilam Hajar Aswad yang terletak di salah satu sudut Baitullah ketika mula hendak mengerjakan tawaf, sekiranya keadaan mengizinkan.

Hijr isMaiL

Page 32: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

28

taWaF

Tawaf ialah anda mengelilingi Ka‘abah sebanyak tujuh pusingan dengan syarat anda:• Suci daripada hadath besar dan kecil.• Suci daripada najis pada pakaian, badan dan tempat tawaf.• Menutup aurat sebagaimana di dalam sembahyang.• Memulakannya pada sudut Hajar Aswad dan berniat tawaf jika Tawaf Qudum, Tawaf Nazar, Tawaf Sunat atau Tawaf Wada’ (tidak wajib berniat jika tawaf itu Tawaf Haji atau Tawaf Umrah tetapi sunat jika dilakukan).• Bertawaf dengan tujuan tawaf. Tidak sah tawaf sekiranya anda melakukannya dengan tujuan yang lain seperti hendak mencari kawan dan sebagainya.• Menjadikan Baitullah di sebelah kiri setiap waktu semasa anda berjalan tawf dan hendaklah menghala ke hadapan.• Hendaklah melakukannya di dalam Masjidil Haram dan Syazarwan (tembok yang dijadikan bingkai di kaki Baitullah). Ini adalah kerana kedua-dua Hijir Ismail dan Syazarwan termasuk daripada bahagian Baitullah.• Mencukupkannya sebanyak tujuh keliling dengan yakin.

jeniS-jeniS taWaF

1. taWaF QuDuMTawaf selamat datang ke Makkah kerana mengunjungi Baitullah. Bagi jemaah haji yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran disunatkan mengerjakan Tawaf Qudum dan diwajibkan berniat, lafaznya :

Ya Allah aku tawaf Baitullah ini tujuh keliling Tawaf Qudum kerana Allah Ta ‘ala.

Page 33: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

29

2. taWaF iFaDaHTawaf Haji bagi jemaah haji yang balik dari Arafah. Ia merupakan tawaf rukun dan lafaz niatnya:

Ya Allah, ya Tuhanku, aku tawaf Baitullah ini tujuh keliling Tawaf Haji kerana Allah Ta‘ala, maka permudahkanlah bagiku dan terimalah daripadaku.

3. taWaF Haji Serta uMraH Untuk jemaah haji yang mengerjakan Haji Qiran, lafaz niatnya:

Ya Allah, ya Tuhanku, sahaja aku tawaf Baitullah ini tujuh keliling Tawaf Haji Serta Umrah kerana Allah Ta’ala maka permudahkanlah bagiku

dan terimalah daripadaku.

4. taWaF SunatTawaf biasa yang dilakukan pada bila-bila masa yang disukai, lafaz niatnya:

Ya Allah aku tawaf Baitullah ini tujuh keliling Tawaf Sunat kerana Allah Ta’ala maka permudahkanlah bagiku dan terimalah daripadaku.

Page 34: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

30

5. taWaF WaDa’Tawaf selamat tinggal dan wajib dilakukan apabila seseorang itu hendak meninggalkan Makkah untuk perjalanan yang jauhnya 2 marhalah (90 km) kerana menghormati dan memuliakan Baitullah. Lafaz niat Tawaf Wada’:

Ya Allah sahaja aku tawaf Baitullah ini tujuh keliling Tawaf Wada’ kerana Allah Ta’ala maka permudahkanlah bagiku dan terimalah daripadaku.

Sunat-Sunat taWaF

• Tawaf dengan tawaduk dan khusyu’.• Ber-idtiba’ (menjadikan tengah kain selendang di bawah ketiak kanan dan kedua-dua hujungnya terletak di atas bahu kiri dan berkeadaan bahu kanan terbuka) bagi jemaah haji lelaki yang mengerjakan Tawaf Haji atau Tawaf Umrah, yang diiringi selepasnya dengan sa’i.• Keadaan tawaf itu berjalan kaki (kecuali bagi jemaah haji yang uzur, bolehlah diusung atau sebagainya).• Melakukan ramal (berlari-lari anak dengan memendekkan langkah, bukan melompat) bagi jemaah haji lelaki, pada keliling yang pertama, kedua dan ketiga - iaitu pada tawaf yang diiringi sa’i selepasnya.• Melakukan istilam iaitu menjabat Hajar Aswad dengan tapak tangan kemudian mengucupnya, kalau tidak dapat, disunatkan isyarat dengan tangan sahaja dari jauh kemudian kucup tapak tangan itu. Begitu juga istilam di Penjuru Yamani tetapi tidak sunat mengucapkan.Bagi jemaah haji perempuan, anda tidak sunat melakukan istilam kecuali ketika lapang dan tidak bersesak-sesak, maka memadailah dengan isyarat sebagaimana dinyatakan di atas.• Berturut-turut tujuh pusingan tawaf.• Membaca zikir dan do’a yang warid (datang daripada Rasulullah atau para sahabat).• Sembahyang sunat Tawaf dua rakaat setelah selesai tawaf dan sunat pula sembahyang itu di belakang makam Nabi Ibrahim a.s.

Page 35: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

31

ka’aBaH

±11 meter

±10¼ meter

±12½

met

er

±12

met

er

Hijr ismail

rukun Syami rukun iraqi

Multazam

Pancuran emas

rukun Yamanirukun Hajar

aswad Niat mengerjakan tawaf bermula

di sini

pintu kaabah

Makamnabi ibrahim

Page 36: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

32

Sa’i

Berjalan atau menggunakan kenderaan berulang-alik di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali iaitu dari Safa ke Marwah dikirakan sekali dan dari Marwah ke Safa dikirakan sekali (bermula dari Safa dan tamat di Marwah).

Sesungguhnya ‘Safa’ dan ‘Marwah’ itu adalah sebahagian daripada syi’ar (lambang) agama Allah. – Surah al-Baqarah:158

SYarat-SYarat Sa’i

• Hendaklah dilakukan selepas tawaf rukun dan boleh juga selepas Tawaf Qudum.• Memakai ihram untuk mengerjakan Sa’i Umrah, dan juga Sa’i Haji Qiran dan Sa’i Haji Ifrad apabila ia dilakukan selepas Tawaf Qudum dan sebelum wuquf di Arafah.• Sekiranya Sa’i tidak dikerjakan selepas Tawaf Qudum, ia boleh dilakukan selepas Tawaf Ifadah.• Sekiranya jemaah haji yang mengerjakan Haji Qiran melakukan Sa’i

Page 37: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

33

selepas Tahallul Awal pada 10 Zulhijjah, tidaklah wajib baginya memakai ihram.• Mulai dari Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah.• Cukup tujuh kali dengan yakin iaitu dikira dari Safa ke Marwah sekali dan dari Marwah ke Safa sekali.• Hendaklah sa’i hingga sampai di tempat yang dikehendaki di Bukit Safa dan di Marwah pada setiap kali. Jemaah haji yang bersa’i dengan diusung atau berkereta sorong, hendaklah memastikan bahawa usungan atau kereta sorong itu bermula dari tempat permulaan dan kesudahannya pada tempat yang dikehendaki pada setiap kali.• Hendaklah sa’i di Batnul Wadi (tempat yang termaklum).• Tidak berniat lain yang boleh memosongkan tujuan sa’i.

Sunat-Sunat Sa’i

Sunat-sunat dalam masa mengerjakan sa’i ada banyak di antaranya:• Keluar ke tempat sa’i dengan melalui pintu Safa• Menaiki Bukit Safa dan Marwah hingga sampai ke batu-batu bukit bagi jemaah haji lelaki• Menghala ke arah Baitullah serta bertakbir setiap kali berada di Bukit Safa dan Marwah• Berlari-lari anak bagi jemaah haji lelaki, tidak bagi jemaah haji perempuan, apabila sampai di tempat yang bertanda hijau (lampu atau tiangnya)• Muwalat (berturut-turut)• Berwuduk• Berjalan, kecuali jika uzur bolehlah menggunakan kenderaan• Membaca zikir, do’a atau Al-Qur’an• Membaca:

Page 38: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

34

Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurnialah kami kemurahan Engkau dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkaulah mengetahui apa yang kami tidak ketahui, Engkaulah Allah yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah.Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab api neraka.

niat Sa’i

Apabila sampai ke Bukit Safa - jemaah haji lelaki saja yang digalakkan mendaki bukitnya, sambil menghadap ke Baitullah anda bolehlah berniat:

1. laFaZ niat Sa’i Haji

Ya Allah, ya Tuhanku, sahaja aku Sa’i di antara Safa dan Marwah tujuh kali Sa’i Haji kerana Allah Ta’ala.

2. laFaZ niat Sa’i uMraH

Ya Allah, ya Tuhanku, sahaja aku Sa’i di antara Safa dan Marwah tujuh kali Sa‘i Umrah kerana Allah Ta’ala.

Page 39: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

35

3. laFaZ niat Sa’i Haji Serta uMraH

Ya Allah, ya Tuhanku, sahaja aku Sa’i di antara Safa dan Marwah tujuh kali Sa’i Haji serta Umrah kerana Allah Ta’ala

Setelah selesai mengerjakan tawaf, jemaah haji disunatkan meminum air Zamzam yang sentiasa melimpah sejak zaman berzaman di kawasan Masjidil Haram.

Page 40: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

36

TaHaLLUL

Ertinya melepaskan diri daripada pantang-larang dalam masa Ihram Haji atau Ihram Umrah atau kedua-duanya.

Tahallul haji terbahagi kepada dua :1. Tahallul Awal iaitu apabila selesai dikerjakan dua daripada tiga perkara: a. Melontar Jamrah ‘Aqabah. b. Tawaf rukun dan sa’i jika sa’i belum dikerjakan. c. Bercukur/bergunting.

Apabila sempurna dilakukan Tahallul Awal, maka seseorang yang ber-Ihram Haji itu terlepaslah daripada pantang-larang ihram melainkan perkara-perkara berikut:- Berkahwin atau mengahwinan (menjadi wali atau wakil wali) atau mernerima wakil kahwin.- Melakukan perkara-perkara permulaan persetubuhan seperti bercumbu-cumbuan dan sebagainya.

2. Tahallul Thani, apabila sempurna dikerjakan ketiga-tiga perkara yang disebut pada Tahallul Awal itu maka tidaklah ada lagi apa-apa pantang-larang dalam ihram.

Peringatan: Mengerat, memotong, menebang, mencabut pokok atau tumbuh-tumbuhan di Tanah Haram dan memburu binatang buruan di darat, yang halal dimakan di Tanah Haram adalah haram sekalipun seseorang itu telah ber-tahallul. Ini adalah kerana menghormati Tanah Haram.

BErCUkUr/BErgUnTing

Bercukur/bergunting rambut di kepala kerana ber-tahallul, sekurang-sekurangnya tiga helai. Yang afdalnya bercukur kesemua sekali bagi jemaah haji lelaki; bagi jemaah haji perempuan hanya bergunting. Jika anda tiada mempunyai rambut, sunat melalukan mata pisau cukur di kepala anda.

Waktu bercukur/bergunting adalah selepas separuh malam, malam

Page 41: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

37

10 Zulhijjah dan afdal bagi mereka yang hendak membuat tahallul itu ialah selepas melontar Jamrah ‘Aqabah. Bagi yang tidak membuat Tahallul Awal, maka bercukur/bergunting adalah sa’i, dan bagi anda yang menngerjakan Haji Ifrad yang tidak membuat Tahallul Awal dan telah mengerjakan sa’i selepas Tawaf Qudum ialah selepas Tawaf Ifadah (tawaf rukun).

Bagi anda yang mengerjakan umrah waktu bercukurnya ialah selepas sa’i.Tiada halangan anda mencukur/menggunting jemaah haji lain

sebelum anda mencukur/menggunting diri anda sendiri.

dOa sELEPas BErCUkUr/BErgUnTing

Segala puji bagi Allah yang telah menolongku menunaikan ibadah umrahku ini. Ya Allah, berilah aku satu kebaikan dengan setiap helai rambut ini dan padamkanlah dengannya setiap satu kejahatan. Dan angkatlah aku dengannya satu darjat, ampunilah aku dan sekalian yang bercukur dan bergunting dan sekalian Muslimin. Ya Allah, tambahkanlah kami dengan keimanan, keyakinan, taufiq dan pertolongan dan ampunilah kami serta ibu bapa kami. Semoga Allah mencucuri rahmat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya. Amin.

TErTiB Pada kEBanYakan rUkUn

Rukun-rukun Haji itu hendaklah anda lakukan dengan tertib pada kebanyakannya, iaitu berniat ihram dahulu daripada rukun yang lain; wuquf dahulu daripada Tawaf Ifadah; tawaf dahulu daripada sa’i – tetapi Sa’i Haji boleh dikerjakan sebelum wuquf dan tawaf rukun bagi anda yang mengerjakan Haji Ifrad atau Haji Qiran iaitu selepas Tawaf Qudum.Begitu juga bercukur/bergunting, boleh dilakukan selepas wuquf, selepas melontar Jamrah ‘Aqabah.

Adapun rukun umrah wajib dikerjakan satu demi satu mengikut tertibnya.

Page 42: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

38

WuQuF Di araFaH

Wuquf bererti seseorang jemaah haji itu berada di bumi Arafah walau sesaat sekali pun, dari waktu gelincir matahari pada hari ke-9 Zulhijjah hingga sebelum terbit fajar pagi hari yang ke-10 Zulhijjah, dengan syarat-syarat yang tertentu seperti tidak hilang akal atau pitam atau gila sepanjang masa wuquf itu. Sebaik-baiknya anda berada di sana sebahagian daripada hari ke-9 dan sebahagian malam ke-10 Zulhijjah.

Sunat-Sunat WuQuF

Sunat-sunat wuquf itu banyak, di antaranya:• Suci daripada hadath dan kekotoran.• Banyak membaca al-Qur’an, istighfar, talbiyah dan berdo’a kerana diriwayatkan oleh Saiyidatina ‘Aisyah r.a bahawa Rasulullah ada bersabda:

“Tidak ada hari yang lebih banyak Allah Ta’ala memerdekakan hamba-Nya daripada api neraka selain daripada Hari Arafah (Hari Wuquf) dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta berfirman apa yang dikehendaki oleh mereka.”

• Mengadap kiblat ketika membaca Al-Qur’an, berzikir dan berdo’a.

BerMalaM Di MuZDaliFaH

Muzdalifah ialah satu tempat terletak lebih kurang 8km dari Arafah.Anda dan para jemaah haji lain dikehendaki bermalam di Muzdalifah itu memadai berada di dalam kawasannya walaupun seketika, selepas separuh malam yang ke-10 Zulhijjah (malam Hari Raya Haji).

Meninggalkan bermalam di Muzdalifah tanpa uzur syar’i (yang dibenarkan oleh agama) adalah berdosa dan dikenakan dam tertakluk kepada syarat-syaratnya.

Page 43: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

39

Jemaah Shahidah di khemah Arafah

Kompleks melontar jamrah

Page 44: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

40

Melontar jaMraH ‘aQaBaH

Selepas bermalam di Muzdalifah, anda dan jemaah haji lain dikehendaki pula menuju ke Mina (7km dari Muzdalifah) untuk melontar Jamrah ‘Aqabah.

Waktu melontar Jamrah ‘Aqabah ialah mulai selepas separuh malam Hari Raya Haji dan berlanjutan masanya hingga sebelum jatuh matahari 13 Zulhijjah.

BErMaLaM di Mina

Bermalam di Mina pada malam-malam Hari Tasyriq iaitu pada malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Para jemaah haji disyaratkan berada di kawasan bumi Mina lebih daripada separuh malam pada malam-malam tersebut. Tetapi boleh juga anda keluar meninggalkan Mina dan menuju ke Makkah pada hari ke-12 Zulhijjah dengan syarat-syaratnya, cara sedemikian dinamakan Nafar Awal.

SYarat-SYarat naFar aWal4

• Meninggalkan Mina selepas gelincir matahari ke-12 Zulhijjah dan sebelum jatuh matahari hari tersebut.• Sudah menyempurnakan lontaran ketiga-tiga jamrah pada Hari Tasyriq (11 dan 12 Zulhijjah).• Telah bermalam di Mina selama dua malam.• Berniat Nafar Awal terlebih dahulu untuk kembali ke Makkah semasa berada di kawasan Mina dan tidak berazam lagi hendak kembali ke Mina.Sesiapa yang tidak bermalam di Mina dikenakan dam tertakluk kepada syarat-syaratnya.

Melontar ketiGa-tiGa jaMraH

Melontar ketiga-tiga Jamrah5 (Ula,Wusta dan ‘Aqabah/Kubra) pada Hari Tasyriq pada waktu-waktu seperti berikut:1. Hari ke-11 dan 12 Zulhijjah mulai dari waktu gelincir matahari hingga

terbit fajar hari berikutnya.

4 Nafar Awal ialah keadaan di mana jemaah haji bermalam di Mina hanya selama dua malam sahaja (11 dan 12 Zulhijjah), dengan syarat-syaratnya.

Page 45: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

41

2. Pada hari ke-13 Zulhijjah, mulai dari gelincir matahari hingga sebelum jatuh matahari.

3. Bagi orang yang tiada berkuasa/uzur pada hari ke-11 dan 12 Zulhijjah, hendaklah melontar pada hari 13 Zulhijjah sebelum jatuh matahari.

SYarat-SYarat Melontar

• Hendaklah melontar tujuh kali dengan tujuh anak batu pada tiap-tiap jamrah (iaitu sebutir batu bagi sekali melontar).

• Melontar dengan tertib dimulai dari Jamrah Ula, kemudian Jamrah Wusta dan disusuli pula oleh Jamrah ‘Aqabah pada Hari Tasyriq.

• Tidak terpesong niat kepada tujuan-tujuan yang lain ketika melontar itu.• Hendaklah melontar dengan batu atau jenis-jenisnya.• Batu yang dilontar itu hendaklah jatuh ke dalam jamrah dengan yakin.• Hendaklah melontar dengan tangan.• Hendaklah melakukan lontaran dengan gaya melontar.• Tidak boleh melontar ketiga-tiga jamrah bagi hari ke-12 Zulhijjah

melainkan sesudah melontar ketiga-tiga jamrah itu bagi hari ke-11 Zulhijjah. Begitu juga tidak boleh melontar bagi hari 13 Zulhijjah melainkan setelah melontar ketiga-tiga jamrah bagi hari yang ke-12.

Peringatan: Sesiapa yang tidak dapat melontar jamrah kerana uzur syar’i, bolehlah ia mewakilkan penggantianya untuk melontar bagi pihak dirinya dengan syarat orang yang diwakilkan itu sudah pun menyempurnakan lontaran ketiga-tiga jamrah bagi dirinya sendiri pada hari itu sama ada 11,12 atau 13 Zulhijjah.

Masalah melontar sebelum gelincir matahari, para ulama berbeza pandangan. Imam Rafie dan Imam Al Haramain membolehkan melontar sebelum

gelincir matahari dan membilangkan Imam Asnawi akan muktamadnya pendapat ini. Dan itulah yang dikenal dalam mazhab.

Dan jika mengikut pendapat ini maka dibenarkan bermula melontar setelah terbit fajar. – Tohmatul Muhtaj yang dikarang Imam Ibnu Hajar Al-Haitami

5 Letaknya ketiga-tiga jamrah ini ialah di dalam kawasan Mina. Jarak dari Jamrah Ula ke Jamrah Wusta lebih kurang 0.1km. Jarak dari Jamrah Wusta ke Jamrah ‘Aqabah pula lebih kurang 0.3km.

Page 46: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

42

COnTOH PErgErakan MELOnTar

Page 47: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

43

Page 48: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

44

daM

Dam ialah binatang tertentu (unta, kerbau, lembu, kambing, biri-biri dan kibas) yang disembelih dan gantiannya daripada makanan atau puasa.

siaPa Yang diWajiBkan MEMBaYar daM?

Dam diwajibkan kepada anda yang:• Meninggalkan perkara-perkara yang wajib dalam ibadah haji dan umrah;• Melanggar pantang-larang semasa msih dam ihram; dan• Mengerjakan Haji Tamatuk atau Haji Qiran, dengan syarat-syaratnya: − Luput wuquf di Arafah bagi mereka yang tiada uzur syar’i − Meninggalkan Tawaf Wida’ bagi mereka yang tiada uzur syar’i − Berlaku ihsar bagi orang yang telah berniat ihram (terhalang daripada

menyempurnakan wuquf di Arafah, tawaf atau sa’i dengan sebab ketakutan dari musuh, penyakit dan sebagainya)

jeniS-jeniS DaM

Dam terbahagi kepada empat bahagian:

1. DaM tertiB Dan taQDirTertib ialah mengerjakan satu demi satu, ini bererti dam itu tidak boleh dipilih atau diganti dengan yang lain melainkan setelah seseorang itu tidak terdaya melaksanakannya. Taqdir pula ialah penentuan syara’ sebagai gantiannya.Dam ini dikenakan jika anda melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut:• Tidak berihram di Miqat• Mengerjakan Ihram Tamattuk (tertakluk dengan syarat-syaratnya)• Mengerjakan Ihram Qiran (tertakluk dengan syarat-syaratnya)• Luput wuquf di Arafah• Tidak melontar jamrah• Tidak bermalam di Muzdalifah (tertakluk dengan syarat-syaratnya)• Tidak bermalam di Mina (tertakluk dengan syarat-syaratnya)

Page 49: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

45

• Melanggar nazar dalam masa mengerjakan haji.• Meninggalkan Tawaf Wida’ (tertakluk dengan syarat-syaratnya).

Bagi jemaah haji perempuan yang sedang dalam haid atau nifas atau mereka yang ada uzur syar’i yang lain, tidak diwajibkan Tawaf Wida’ dan tidak dikenakan dam. Tetapi eloklah baginya berada di luar Masjidil Haram dan memandang ke Baitullah dengan perasaan terharu hendak meninggalkan rumah Allah itu sambil berdo’a.

Dam yang dikenakan kerana melakukan perkara-perkara di atas ialah dengan:− Menyembelih seekor kambing atau kibas atau 1/7 bahagian daripada

unta, lembu atau kerbau; jika tidak berkuasa,− Hendaklah berpuasa sepuluh hari iaitu tiga hari dalam masa

mengerjakan haji dan tujuh hari apabila kembali ke negerinya; jika tidak terdaya (kerana sudah tersangat tua),

− Wajib mengeluarkan satu cupak (biji-bijian yang mengenyangkan) bagi sehari, unuk dibahagikan kepada fakir miskin; jika tidak terdaya juga,

− Tertanggunglah di atas zimmah dirinya.

Perhatian:a. Dam bagi sesiapa yang meninggalkan Mina adalah seperti berikut:

SELAMA

Satu malam

Dua malam Tiga malam

DAMNYA

Secupak biji-bijian yang mengenyangkan seperti gandum, beras dan seumpamanya, diberi kepada fakir miskin.Dua cupak biji-bijian seperti di atas.Seekor kambing/kibas atau 1/7 daripada seekor lembu/kerbau/unta.

Jika tidak berkuasa:− Hendaklah berpuasa sepuluh hari iaitu tiga hari dalam masa mengerjakan haji dan tujuh hari apabila pulang ke negerinya.Jika tidak terdaya (kerana terlalu tua):− Hendaklah dikeluarkan satu cupak biji-bijian bagi sehari.Jika tidak terdaya juga:− Tertanggunglah di atas zimmah-nya.

Page 50: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

46

b. Syarat-syarat yang dikenakan dam bagi jemaah yang mengerjakan Haji Tamattuk ialah:• Ia bukan daripada penduduk Makkah.• Ia tinggal di tempat yang jauhnya 2 marhalah (90 km) atau lebih, dari

Tanah Haram.• Ia mengerjakan haji dan umrah dalam tahun yang sama.• Ia tidak berniat Ihram Haji di Miqat bagi penduduk negerinya atau

bagi penduduk dari arah mana ia datang masuk ke Tanah Haram untuk mengerjakan haji.

• Ia tidak berniat Ihram Haji dari tempat yang jaraknya 2 marhalah (90km) atau lebih dari Tanah Haram.

Ini bermakna seorang jemaah haji yang mengerjakan Haji Tamattuk itu tidak dikenakan dam sekiranya ia:• penduduk Tanah Haram.• tinggal di tempat yang jaraknya kurang dari 2 marhalah (90 km)

dari Tanah Haram.• kembali ke Miqatnya atau ke tempat yang jaraknya 2 marhalah

(90km) atau lebih, dari Tanah Haram kerana berniat Ihram Haji.

c. Ini juga bermakna jemaah haji yang mengerjakan Haji Qiran tidak dikenakan dam jika:• ia penduduk Tanah Haram, atau• tempat tinggalnya tidak sampai 2 mahalah dari Tanah Haram, atau• ia kembali ke miqatnya atau ke tempat yang jaraknya 2 marhalah atau

lebih dari Tanah Haram kerana berniat Ihram Haji.

d. Siapakah yang dibolehkan tidak bermalam di Mudzalifah dan Mina dan tidak dikenakan dam?• Orang yang takut keselamatan dirinya, harta bendanya atau perkara-

perkara ang dihormati oleh syara’ walaupun milik orang lain akan terancam atau mendapat bahaya dengan sebab ia bermalam di Mudzalifah itu.

• Orang yang menjaga orang sakit atau menemaninya.• Orang yang mencari hambanya yang lari.• Orang yang ada penyakit yang sukar baginya untuk bermalam di

Mudzalifah.

Page 51: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

47

2. DaM tertiB Dan ta’DilTa’dil bererti tidak terdaya mengeluarkan makanan, oleh itu digantikan dengan puasa. Dam ini dikenakan, jika jemaah haji melakukan salah satu daripada perkara-perkara tersebut:• Persetubuhan yang merosakkan haji, iaitu yang dilakukan sebelum

Tahallul Awal atau sebelum selesai kerja-kerja amalan umrah bagi ibadah umrah sama ada fardu atau sunat. Damnya ialah:

− menyembelih seekor unta yang boleh dibuat korban; jika tidak berkuasa,

− digantikan dengan menyembelih 7 ekor kambing; jika tidak terdaya juga,

− hendaklah dibeli makanan dengan nilai harga seekor unta kemudian dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Haram; jika tidak berkuasa pula,

− hendaklah berpuasa seberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta bagi dam itu dan wajib diselesaikan amalan-amalan haji dan umrahnya dan wajib diqadakan hajinya pada tahun hadapan.

• Jika seseorang itu tertahan atau ditahan (ihsar) dalam perjalanan oleh musuh atau ia terkepung yang menyebabkan tidak dapat masuk ke Makkah, sedangkan ianya sudah berihram, maka hendaklah ia ber-tahallul iaitu dengan:

− menyembelih seekor kambing atau kibasy kemudian bercukur/bergunting dengan niat tahallul, jika tidak berkuasa,

− hendaklah membeli makanan dengan nilaian seekor kambing dan dibahagikan kepada fakir miskin di tempat ihsar itu, jika tidak berkuasa juga,

− hendaklah ia berpuasa seberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dibeli dengan nilai seekor kambing itu.

3. DaM takHYir Dan ta’DilTakhyir bererti boleh dipilih satu daripada perkara yang ditetapkan. Dam ini dikenakan jika jemaah haji melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut:• Berburu binatang buruan daratan.• Menebang, mengerat atau mencabut pokok di Tanah Haram Makkah,

kecuali pokok yang mati kering. Damnya bolehlah dipilih di antara menyembelih binatang bandingnya itu:

Page 52: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

48

− Jika binatang yang diburu itu sebanding dengan binatang ternakan, seperti rusa, maka bandingannya ialah lembu.

− Jika kijang bandingannya ialah kambing dan sebagainya.Daging dam itu dibahagikan kepada penduduk fakir miskin di Tanah

Haram, atau dibeli makanan dengan nilai harganya.Makanan itu hendaklah dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Haram, atau berpuasa seberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan harga nilainnya iaitu kadar satu cupak sama dengan berpuasa satu hari.

Cara-cara membayar dam kerana menebang pokok atau mengeratnya dalam kawasan Tanah Haram adalah sama dengan dam berburu binatang menurut besar kecilnya.

4. DaM takHYir Dan taQDirTaqdir bererti ketetapan barang yang boleh diganti. Dam ini dikenakan jika dilakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut:• Memakai pakaian yang dilarang dalam masa ihram.• Membuang tiga helai rambut atau bulu dari mana-mana bahagian badan.• Mengerat kuku, menanggal atau membinasakannya.• Memakai bau-bauan.• Memakai minyak di kepala/janggut dan bulu-bulu muka selain daripada

bulu tumbuhan di pipi dan dahi.• Melakukan perkara permulaan persetubuhan seperti bercumbu-cumbuan.• Melakukan persetubuhan slepas selesai Tahallul Awal tetapi belum selesai

Tahallul Thani.• Melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang merosakkan haji.

Damnya ialah:− Menyembelih seekor kambing/kibas atau 1/7 daripada seekor lembu/

kerbau/unta, atau− Bersedekah kepada enam orang fakir miskin sebanyak dua cupak

makanan tiap-tiap seorang, atau− Berpuasa tiga hari.

Perhatian: Dam bagi menggugurkan sehelai rambut atau sehelai bulu atau satu kuku atau sebagainya ialah satu cupak makanan dan dua helai rambut atau dua helai bulu atau dua kuku ialah dua cupak makanan, diberi kepada fakir miskin.

Page 53: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

49

Solat jaMa’ & QaSar

sOLaT daLaM Masa PErjaLanan MEngErjakan Haji

Sebagaimana yang diketahui umum, sembahyang itu adalah salah satu daripada Rukun Islam yang lima, oleh itu anda yang cukup syarat, tidaklah boleh meninggalkannya sekali-kali walau di mana anda berada, melainkan jika anda di dalam uzur syar’i seperti kehilangan akal, kedatangan haid atau nifas.

Menurut hadith daripada Saiyidina Jabir yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

Perbezaan di antara seseorang lelaki dan seseorang yang kufur (syirik) ialah meninggalkan sembahyang.

sEMBaHYang daLaM kaPaL TErBang

Seperti yang kita maklum, di dalam kapal terbang tidak ada kemudahan untuk berwuduk dan tempat sembahyang. Tetapi anda masih boleh mengerjakan fardu kerana menghormati waktu. Anda tidak perlu berwuduk. Apa yang perlu anda buat ialah membuat gerakan sembahyang sama seperti orang bersembahyang ketika terikat di sebatang pokok iaitu dengan isyarat sahaja. Tetapi setelah sampai di Jeddah, jika masih ada lagi waktu sembahyang itu, maka wajiblah anda sembahyang semula dan jika waktunya sudah luput, bolehlah anda mengqada sembahyang tersebut.

Begitu juga ketika dalam perjalanan pulang ke tanahair. Anda bolehlah lakukan sembahyang kerana menghormati waktu di dalam kapal terbang.

Page 54: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

50

SeMBaHYanG QaSar Dan jaMa’

Sembahyang Qasar ertinya mengerjakan sembahyang yang mempunyai empat rakaat dengan memendekkannya menjadi dua rakaat sahaja (bagi sembahyang Zuhur, ‘Asar dan Isya’). Sembahyang Jama’ pula ialah mengerjakan sembahyang dengan menghimpunkan dua sembahyang menjadi satu umpamanya, di antara sembahyang Zuhur dengan ‘Asar dan di antara Maghrib dengan ‘Isya.

Sembahyang-sembahyang ini diharuskan oleh syara’ kepada para musafir dengan syarat-syarat tertentu.

Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa menqasarkan (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh kamu yang amat nyata. – Surah An-Nisa: 101

Sabda Rasulullah SAW pula yang diriwayatkan oleh Muslim:

Sembahyang qasar itu adalah satu daripada rahmat (kelonggaran) ang dikurniakan oleh Allah Ta’ala ke atas kamu maka hendaklah kamu terima anugerah pengurniaan-Nya.

Oleh yang demikian, anda yang sedang dalam perjalanan ke Tanah Suci Makkah bolehlah mengerjakan sembahyang fardu sama ada dengan qasar sahaja tanpa jama’ ataupun dengan qasar berserta jama’.

Page 55: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

51

SYarat-SYarat SeMBaHYanG QaSar

• Jauh pelayaran atau perjalanan tidak kurang daripada 2 marhalah (90 kilometer).

• Pelayaran atau perjalanan itu hendaklah diharuskan oleh syara’.• Berniat qasar dalam takbiratulihram.• Sembahyang yang diqasarkan (dipendekkan) itu hendaklah empat rakaat.• Tidak berimam dengan orang yang sembahyang tamam (sempurna).• Hendaklah diketahui qasar itu adalah harus.• Berkekalan pelayarannya hingga selesai sembahyangnya.

jEnis –jeniS SeMBaHYanG jaMa’

1. Jama’ Taqdim: iaitu mengerjakan sembahyang Zuhur dan ‘Asar dalam waktu Zuhur atau sembahyang Magrib dan Isya’ dalam waktu Maghrib.

2. Jama’ Ta’khir: iaitu mengerjakan sembahyang Zuhur dan ‘Asar dalam waktu ‘Asar atau sembahyang Maghrib dan ‘Isya dalam waktu Isya’.

SYarat-SYarat SeMBaHYanG jaMa’ taQDiM

• Hendaklah dimulakan sembahyang yang empunya waktu (iaitu mendahulukan sembahyang Zuhur daripada ‘Asar dan Maghrib daripada Isya’).

• Hendaklah berniat Jama’ Taqdim dalam sembahyang pertama (sebelum salam) tetapi yang afdalnya dalam takbiratulihram.

• Berturut-turut di antara dua sembahyang yang dijama’kan (dihimpunkan) itu.

• Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratulihram sembahyang yang kedua.

• Berkeyakinan adanya waktu sembahyang yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan sembahyang yang kedua (‘Asar dan Isya’).

Page 56: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

52

SYarat-SYarat SeMBaHYanG jaMa’ ta’kHir• Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama (Zuhur dan Maghrib).• Berkekalan pelayaran hingga memberi salam sembahyang yang kedua

(‘Asar dan Isya’).

Cara SeMBaHYanG jaMa’ taQDiM DenGan QaSar

1. QaSar Dan jaMa’ ZuHur DenGan ‘aSarSetelah masuk waktu Zuhur, anda perlulah bersuci, mengambil wudu’, sunat azan dan kemudian qamat. Setelah itu berdiri menghadap kiblat, lalu berniat:

Sahaja aku sembahyang fardu Zuhur dua rakaat qasar serta dijama’kan dengan ‘Asar, tunai kerana Allah Ta’ala.

Sempurnakanlah sembahyang Zuhur itu sebanyak dua rakaat sahaja dengan membaca Fatihah dan surah pada kedua-dua rakaat itu.

Sesudah memberi salam, qamatlah sekali lagi dengan segera untuk menunaikan fardu ‘Asar dengan niat:

Sahaja aku sembahyang fardu ‘Asar dua rakaat qasar kerana Allah Ta’ala.

Sempurnakanlah fardu ‘Asar itu sebanyak dua rakaat saja sebagaimana sembahyang Zuhur sebelumnya.

Page 57: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

53

2. QaSar Dan jaMa’ MaGHriB DenGan iSYa’Di sini sembahyang Maghrib mesti ditunaikan sebanyak tiga rakaat dan sembahyang Isya’ bolehlah diqasarkan menjadi dua rakaat sahaja.

Apabila masuk waktu Maghrib, sembahyanglah fardu Maghrib itu sebanyak tiga rakaat seperti biasa dengan niatnya:

Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dijama’kan dengan Isya’ tunai kerana Allah Ta’ala.

Setelah sesuai memberi salam,qamatlah sekali lagi dengan segera untuk melaksanakan fardu Isya’ pula dengan niatnya:

Sahaja aku sembahyang fardu Isya’ dua rakaat qasar kerana Allah Ta ‘ala.

Sempurnakanlah sembahyang Isya’ ini sebanyak dua rakaat sahaja.

Page 58: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

54

Cara SeMBaHYanG jaMa’ takHir DenGan QaSar

1. QaSar Dan jaMa’ ZuHur DenGan ‘aSarApabila masuk waktu Zuhur dan sebelum habis waktunya, niatkanlah dalam hati bahawa anda hendak menunaikan sembahyang fardu Zuhur itu dalam waktu ‘Asar.

Dengan niat ini, anda tidaklah perlu bersembahyang Zuhur dalam waktunya. Apabila masuk waktu ‘Asar, barulah anda menunaikan sembahyang Jama’ Takhir yang telah diniatkan tadi.

Niat sembahyang Jama’ Takhir ini ialah :

Sahaja aku sembahyang fardu Zuhur dua rakaat qasar dijama’kan dengan ‘Asar kerana Allah Ta’ala.

Sempurnakanlah sembahyang Zuhur itu sebanyak dua rakaat. Selesai sahaja memberi salam, qamatlah sekali lagi dengan segera, untuk menunaikan fardu ‘Asar sambil berniat:

Sahaja aku sembahyang fardu ‘Asar dua rakaat qasar tunai kerana Allah Ta’ala.

Selesaikanlah sembahyang ‘Asar ini sebanyak dua rakaat sahaja.

Page 59: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

55

2. QaSar Dan jaMa’ MaGHriB DenGan iSYa’Apabila masuk waktu Maghrib dan sebelum waktu itu habis, niatkan dalam hati anda yang anda hendak menunaikan fardu Maghrib dalam waktu Isya’. Dengan anda sembahyang Maghrib dalam waktunya itu.

Apabila masuk waktu Isya’ tunaikan sembahyang Jama’ Takhir ini dengan memulakan fardu Maghrib dahulu dengan niatnya:

Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dijama’kan dengan ‘Isya kerana Allah Ta’ala.

Setelah selesai bersalam, segeralah qamat untuk menunaikan fardu ‘Isya pula. Kemudian berniat sembahyang:

Sahaja aku sembahyang fardu ‘Isya dua rakaat qasar tunai kerana Allah Ta’ala.

Sempurnakanlah sembahyang fardu Isya’ ini sebanyak dua rakaat sahaja hingga selesai.

Page 60: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

56

MasaLaH kaUM PErEMPUan

Jemaah haji perempuan yang didatangi haid dan nifas dalam masa mengerjakan haji dan umrah ini tidak sunyi daripada tiga keadaan. Walau bagaimanapun, keadaan-keadaan itu tidaklah menegah anda daripada menunaikan kerja-kerja ibadah haji seperti beniat haji dan umrah, wuquf di Padang Arafah, sa’i, bermalam di Muzdalifah, melontar jamrah di Mina dan lain-lai, kecuali tawaf. Ini adalah kerana tempat bertawaf itu adalah di dalam Masjidil Haram dan perempuan yang di dalam haid diharamkan memasuki masjid.

Keadaan yang disebutkan tadi adalah seperti berikut:1. Jemaah haji perempuan mengerjakan Haji Tamattuk, sama ada haid atau

nifas itu datang sebelum ihram atau semasa sedang berihram, manakala anda sampai di Makkah, hendaklah anda tunggu sehingga suci. Sekiranya anda suci sebelum berangkat ke Padang Arafah untuk menunaikan haji iaitu hari anda memakai ihram dan berniat Ihram Haji maka hendaklah anda mengerjakan Tawaf Umrah diikuti dengan sa’i Umrah dan bergunting. Jika haid atau nifas itu terus berlaku hingga anda hendak berangkat ke Arafah, maka hendaklah anda berniat Ihram Haji ketika itu dan jadilah ianya Haji Qiran. Dengan demikian wajiblah anda menyempurnakan dam sebagaimana Dam Qiran dengan syarat-syarat tertentu.

2. Jemaah haji perempuan yang haid mengerjakan Haji Ifrad atau Haji Qiran hendaklah menyempurnakan semua pekerjaan haji kecuali tawaf dan tawaf hendaklah dikerjakan setelah anda suci daripada haid atau nifas tersebut.

3. Sekiranya haid atau nifas itu masih berkekalan pada salah satu daripada dua keadaan di atas, hingga sampai waktu berangkat keluar Makkah untuk pulang ke tanahair, anda hendaklah tunggu hingga suci untuk mengerjakan tawaf jika boleh. Jika tidak, bolehlah anda ber-tahallul dengan Tahallul Ihsar dengan menyembelih kambing dan bergunting dengan niat tahallul. Pada ketika itu halallah apa-apa yang diharamkan dalam masa ihram, tetapi terlebih dahulunya hendaklah anda keluar ke suatu tempat yang perjalannya sekira-kira tidak berdaya anda balik dari tempat itu ke Makkah kerana menyempurnakan tawaf itu. Dan jika fardu, wajib anda mengerjakan tawaf di masa hadapan demikian juga sa’i sekiranya ia belum disempurnakan.

Page 61: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

57

MadinaH al- MUnaWWaraH

Madinatul Munawwarah adalah kota suci kedua bagi umat Islam. Jauhnya dari Makkah lebih kurang 447km. Menziarahi kota Madinah adalah menjadi impian dan idaman istimewa bagi setiap jemaah haji khasnya dan umat Islam amnya. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW ada bersabda :

Tidak digalakkan mengembara melainkan kepada tiga buah masjid iaitu Masjidil Haram, masjidku (Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa (di Baitul Muqaddis).

PEngHijraHan naBi MUHaMMad

Menurut sejarah, junjungan Rasulullah SAW telah berhijrah ke Yathrib (nama asal bagi Madinatul Munawwarah) setelah baginda menjadi Rasul selama 13 tahun. Ketika itu usia baginda ialah 53 tahun.

Peristiwa penghijrahan yang amat penting itu berlaku kira-kira dalam tahun Masihi 622 Baginda Junjungan bersama-sama sahabat, Abu Bakar al-Siddiq tiba di Yathrib dalam bulan Rabiulawal tahun pertama Hijrah (ada ahli sejarah mempunyai pendapat yang berlainan, tetapi kebanyakannya mengatakan pad 12 Rabiulawal, hari Isnin). Sebelum tiba di kota ini, baginda tinggal selama beberapa hari di Quba dan mendirikan masjid yang pertama di situ, sebagaimana tersebut dalam Surah at-Taubah: 108:

Sesungguhnya masjid (Quba yang engkau bina wahai Muhammad) yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang kepadanya.

Page 62: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

58

kELEBiHan MadinaH

Mengenai kelebihan Madinah dan Masjid Nabawinya, maka diperturunkan di sini beberapa hadith.

1. Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasullulah SAW ada bersabda: Di lorong-lorong jalan Al-Madinah Al-Munawwarah banyak malaikat yang mengawalnya untuk mencegah penyakit taun dan Dajjal supayaa tidak masuk ke dalamnya.

2. Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim

Daripada Anas r.a katanya: Rasulullah SAW ada bersabda: Tiap-tiap negeri akan dimasuki oleh Dajjal melainkan Makkah Al-Mukarramah dan Al-Madinatul Munawwarah.

Page 63: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

59

3. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad

Daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: Rasullulah SAW ada bersabda: Sembahyang di masjidku (Masjid Nabawi) terlebih afdal daripada masjid-masjid yang lain sebanyak seribu kali sembahyang, melainkan Masjidil Haram.

4. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tabrani daripada Anas bin Malik

Iman itu akan berkumpul dan berhimpun di Madinah seperti ular kembali ke lubangnya.

5. Junjungan Rasulullah SAW ada bersabda:

Sesiapa yang bersembahyang di masjidku empat puluh waktu dengan tidak luput walau satu waktu pun, nescaya dilepaskannya daripada azab neraka dan azab kubur.

Page 64: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

60

6. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari

Tempat di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga.

Madinah juga seperti Makkah dari segi kelebihan dan kemuliaannya. Oleh itu, jemaah haji atau orang kebanyakan haram berburu binatang-binatang yang halal dimakan. Begitu juga mencabut dan membinasakan pokok-pokok dan tumbuh-tumbahaannya di dalam sempadan Tanah Haram yang telah ditentukan oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya:

Bahawasanya (Nabi) Ibrahim a.s telah mengharamkan Makkah dan sesungguhnya kumengharamkan Madinah apa yang di antara dua labahnya (tanah atau bukit yang penuh dengan batu-batu hitam kemerah-merahan, satu di timur Madinah dan satu di baratnya) tidak dipotong pokoknya dan tidak diburu binatangnya.

Satu hadith yang lain menyatakan:

Madinah diharamkan apa yang di antara ‘Air hingga Thur. (‘Air adalah bukit berhampiran dengan Zulhulaifah iaitu Miqat ahli Madinah dan Thur ialah bukit kecil di belakang Bukit Uhud).

Perhatian:• Di Tanah Haram Makkah tidak ada waktu tahrim (yang ditegah) untuk

dilakukan sembahyang sunat, manakala di Madinah ada waktunya.• Haram mencabut pokok dan berburu di Tanah Haram Madinah seperti

juga di Makkah, jika dibinasakan maka ada dua qaul bagi Imam Syafie iaitu: – Qaul Jadid, tidak kena fidyah, itulah yang Assah dalam Mazhab Syafie. – Qaul Qadim, dikenakan fidyah. Untuk memelihara kedua-dua pendapat itu, sunat dikeluarkan fidyah.

Page 65: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

61

Masjid naBaWi

Dalam tahun yang sama juga, ketika baginda berhijrah, baginda Rasulullah SAW telah mendirikan Masjid Nabawi (Madinah) di tapak di mana unta baginda berhenti sendiri semasa tibanya baginda di Kota Madinah itu.

Tempat itu dipunyai oleh dua orang anak yatim bernama Sahl dan Suhil, anak kepada ‘Amru. Mereka menghadiahkannya sahaja kepada baginda Nabi. Tetapi baginda menolak dan Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a membayar harga tapak itu sebanyak 10 dinar emas, dengan wangnya sendiri. Kawasan itu ialah kampung kafilah Baruan-Najjar, keadaannya bertanah lapang dan tempat menjemur kurma.

Masjid yang didirikan oleh Rasulullah SAW itu sangat sederhana keadaannya. Bentuknya hampir empat persegi, tiangnya daripada batang pokok kurma dan dindingnya beratapkan daun-daun kurma, manakala sebahagian yang lain berkeadaan lapang. Ukuran luasnya lebih kurang 382 meter persegi.

Masjid Nabawi ini telah diperbesarkan pertama kalinya pada zaman Rasulullah SAW. Ia diperluaskan panjangnya lebih kurang 27½ meter pada sebelah matahari jatuh dan lebarnya pada sebelah hala negeri Syam sepanjang lebih kurang 36½ meter dengan pintunya sebanyak tiga buah. Tiang-tiang dan jenang-jenang pintunya diperbuat daripada batu.

Page 66: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

62

kaWaLan di Masjid naBaWiMasjid Nabawi mempunyai pintu-pintu tertentu yang dikhaskan bagi lelaki dan perempuan secara berasingan. Begitu juga dengan tempat-tempat sembahyang. Sekatan-sekatan diadakan bagi memisahkan jemaah lelaki dengan jemaah perempuan.

Pintu-pintu masjid pula biasanya ditutup kepada semua jemaah satu jam selepas sembahyang Isya’ dan dibuka lebih kurang jam 3.00 pagi waktu tempatan setiap hari.

Pada musim haji, anda bolehlah melawat masjid ini selepas tiap-tiap waktu sembahyang bagi lelaki. Tetapi bagi perempuan ada masanya, pada kebiasaannya di sebelah pagi iaitu kira-kira jam 7.30 waktu tempatan hingga sebelum tiba waktu Maghrib.

kEdUdUkan MakaM jUnjUngan rasULULLaH saWNabi Muhammad SAW wafat dan dimakamkan di Madinatul Munawwarah setelah bersemayam selama 10 tahun di Kota Suci ini. Mengenai kedudukan makam Rasulullah serta dua makam sahabat baginda, ulama-ulama ada bersalahan pendapat. Ini adalah kerana kebanyakan mereka menziarahi makam tersebut dari luar lingkungan hujrah (bilik). Walaupun ada di antara mereka yang dapat memasuki ke dalamnya, tetapi mereka tidak dapat menentukan keadaan sebenar mengenai kedudukan dua makam sahabat itu. Ini boleh jadi kerana perasaan gerun dan haibah (kehormatan) terhadap junjungan Rasulullah SAW.

Walau bagaimanapun, menurut riwayat Nafi’ bin Na’im (yang menjadi pengangan oleh kebanyakan ulama) dan juga riwayat ‘Urwah bin Azzubir dan al-Qasim bin Muhammad: “Kepala Saiyidina Abu Bakar r.a terletak di sisi dua bahu Rasulullah SAW dan kepala Saiyidina ‘Umar terletak di sisi pinggang Saiyidina Abu Bakar r.a.”

aMaLan ZiaraH di MadinaHSeperti yang diketahui umum, ramai jemaah haji melaksanakan amalan ziarah di Madinah seolah-olah seperti mengamalkan Wajib Haji. Ini dilihat daripada gerak-geri dan tindakan mereka khasnya yang berkaitan dengan sembahyang 40 waktu, di mana jika mereka tidak dapat mengerjakan ibadah itu, mereka akan mengambil berbagai tindakan supaya dapat peluang mencukupkan bilangan waktu yang kurang itu.

Hal ini dapat dilihat juga pada jemaah haji perempuan yang didatangi keuzurun haid semasa di Madinah. Mereka merasakan terlalu kecewa

Page 67: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

63

dan ada yang memohon untuk duduk lebih lama lagi, walhal masalah itu sepatutnya tidak timbul kerana ibadat haji tidak akan terjejas walaupun mereka tidak menziarahi Madinah.

ZiaraH MaDinaH Bukan DaripaDa kerja-kerja HajiSemua mazhab bersependapat bahawa ziarah ke Madinah dan amalan-amalan yang berkaitan dengannya tidak termasuk dalam Syarat, Rukun dan Wajib Haji. Ini jelas bermakna sesorang jemaah haji yang hanya ke Makkah sahaja menunaikan fardu haji tanpa menziarahi Madinah, hajinya sah.

Menziarahi Madinah itu hukumnya sunat sahaja. Oleh kerana itu bagi jemaah haji yang belum menyempurnakan Rukun Hajinya terutama wuquf di Arafah, hendaklah mereka menjaga kesihatan dan tenaganya semasa mereka menziarahi Madinah (terlebih dahulu). Ini adalah kerana tenaganya akan diperlukan apabila ia mengerjakan haji dan umrah di Makkah kelak.

aDaB-aDaB MenZiaraH MaSjiD Dan MakaM naBiWaktu yang paling sesuai untuk anda menziarahi Masjid Nabawi ialah di luar waktu sembahyang. Ini adalah kerana keadaan masjid kosong dan dengan itu anda akan dapat merasa kehebatan dan kebesarannya. Selain daripada itu, anda juga dapat khusyu’ waktu berdiri di hadapan Nabi.

Sebelum pergi ke Masjid Nabawi, sunat bagi anda mandi dahulu dan memakai pakaian yang bersih juga bau-bauan. Masuklah ke Masjid melalui pintu Babus Salam, dengan melangkah kaki kanan dahulu lalu membaca:

Page 68: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

64

Dengan nama Allah dan di atas agama Rasulullah ya Tuhanku, masukkanlah aku ke dalam pintu kebenaran ya Tuhanku, berikanlah kepadaku dari sisi-Mu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku. Ya Allah ya Tuhanku selawat dan rahmat ke atas Junjungan Nabi Muhammad dan keluarganya. Ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah pintu-pintu rahmat-Mu padaku dan masukkan ku ke dalamnya wahai Tuhan yang Amat Mengasihani.

Seelok-eloknya terus menuju ke Raudhah (tempat yang tiang-tiangnya berwarna putih), kalau dapat. Kelebihan tempat ini telah dinyatakan oleh junjungan kita dalam beberapa hadith, di antaranya:

Tempat di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga.

Di situ bersembahyanglah Sunat Tahiyyatul Masjid. Kemudian beredar pula ke hadapan Makam Nabi Muhammad dengan hati yang tetap, khusyu’ dan merendahkan diri dengan adab sopan santun memberi salam dengan suara yang perlahan-lahan dan membaca:

Page 69: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

65

Selamat sejahtera ke atasmu wahai junjungan yang mulia, Rasul yang agung, pemurah lagi penyayang, moga-moga dirahmati dan diberkati Allah ke atasnya, sesungguhnya selamat sejahteralah wahai Nabi Allah, selamat sejahteralah wahai Habibullah, kubersaki bahawa tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang Maha Esa dan sesungguhnya engkau adalah hamba-Nya lagi pesuruh-Nya, aku bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan risalah, menyempurnakan tanggungjawab dan telah memberi nasihat kepada umat dan engkau telah ber jihad kerana meninggikan agama Allah, maka selawat dan salam ke atasmu berkekalan sehingga kiamat. Ya Allah ya Tuhanku, kurniakanlah kepada baginda kemuliaan dan pangkat-pangkat darjat yang tinggi serta anugerahkan kepadanya tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji sekali-kali.

Jika ada sesiapa yang berkirim salam kepada baginda Nabi ucapkanlah:

Salam padamu Rasulullah daripada __________ bin/binti ___________ (sebutkan nama orangnya).

Page 70: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

66

Salam sejahtera ke atasmu wahai khalifah Rasulullah yang pertama, salam sejahtera wahai sahabatnya yang bersama-sama di dalam Gua Thur, salam sejahtera ke atasmu yang setia menyimpan rahsia, terimalah ganjaran daripada Allah sebagai balasan ketua yang memimpin umat Nabi-Nya.

Bahawasanya engkau telah menggantikan Rasulullah dengan menjalankan sebaik-baik tanggungjawab dan engkau telah mengikut per jalanannya serta berkhidmat kepada agama Islam, menyambungkan silaturrahim sehingga akhir hayatmu, maka terimalah ganjaran, salam sejahtera dan ahmat daripada Allah ke atasnmu.

Kemudian beredarlah ke arah kanan, lebih kurang 1 meter. Di situ terletak hadapan Makam Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a dan berilah salam kepadanya:

Page 71: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

67

Selepas itu beredarlah pula ke kanan, lebih kurang 1 meter iaitu di hadapan Makam Saiyidina ‘Umar bin al-Khattab dan berilah salam kepadanya:

Salam sejahtera ke atasmu wahai yang menzahirkan Islam berterang-terangan, salam sejahtera wahai yang telah diberi gelaran Faruk (yang memisahkan di antara yang benar dengan yang salah), salam sejahtera ke atasmu yang sentiasa bercakap benar serta memelihara anak yatim dan menghubungkan kasih sayang, dengan engkaulah agama Islam menjadi kuat dan teguh. Maka terimalah salam sejahtera serta rahmat daripada Allah ke atasmu.

Sesudah itu, baiklah semula ke Raudhah dan dengan menghadap kiblat bacalah:

Page 72: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

68

Page 73: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

69

Segala pujian tertentu kepada Allah seru sekalian alam, puji-pujian yang menepati segala nikmat-Nya, yang selaras dengan segala kelebihan-Nya, wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah puji-pujian yang selayaknya dengan keagungan dan kebesaran kekuasaan-Mu, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW keluarga serta sahabat-sahabatnya.

Ya Allah ya Tuhanku! Ampunilah dosaku dosa kedua ibu bapaku, datuk nenekku dan semua kaum kerabatku, saudara-maraku dan sekalian guru seterusnya sekalian orang-orang Mu’min dan Mu’minat juga Muslimin dan Muslimat sama ada yang hidup ataupun yang telah mati, dengan limpah kurnia-Mu wahai Tuhan yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang.

Ya Allah ya Tuhanku! Engkau telah berfirman dan firman-Mu adalah benar, mafhumnya: “Jika sekiranya mereka telah menzalimi diri mereka sendiri lantas mereka datang kepada-Mu lalu memohon keampunan kepada Allah, Rasul pun memohon ampun untuk mereka tentulah mereka mendapati Allah itu Maha Penerima Ampun lagi Maha Penyayang”.

Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya aku memohon syafa’at Nabi-Mu dan Rasul-Mu junjungan Nabi Muhammad SAW atasku “di hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun, kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang yang ber jalan kepada Allah dengan hati yang

Page 74: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

70

selamat sejahtera (daripada syirik dengan penyakit munafik)”. Dan bahawa Engkau sempurnakan keampunan kepadaku sepertimana Engkau sempurnakan kepada mereka yang sezaman dengan Rasulullah SAW. Ya Allah ya Tuhanku! Jadikanlah Rasulullah SAW orang yang mula-mula sekali memberi syafa’ at, yang paling ber jaya daripada orang-orang yang memohon dan paling mulia daripada golongan mereka yang terawal dan yang terkemudian dengan kemuliaan dan kemurahan-Mu wahai Tuhan yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang.

Ya Allah ya Tuhanku! Aku mohon kepada-Mu keimanan yang sempurna, keyakinan yang sebenar sehingga aku mengetahui tidak akan menimpa bencana kepadaku melainkan apa yang telah Engkau tetapkan. Aku memohon ilmu yang berguna, hati yang sentiasa khusyu’ , lidah yang selalu menyebut nama-Mu, limpah kurnia rezeki yang halal dan baik, amalan salih yang diterima serta perniagaan yang tidak rugi.

Ya Allah ya Tuhan kami! Lapangkanlah dada kami, tutupilah keburukan kami, ampunilah dosa kami, tenteramkanlah hati kami daripada ketakutan, sempurnakanlah amalan-amalan kami dengan kebaijkan, terimalah ziarah kami ini, kembalikanlah kami kepada ahli dan keluarga kami di dalam keadaan selamat dan sejahtera, tidak kecewa dengan tidak mendapat bala bencana, Engkau jadikanlah kami daripada golongan hamba-hamba-Mu yang salih iaitu daripada golongan mereka yang tiada takut terhadap seteru dan tidak merasai susah hati.

Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan akhirat dan peliharalah kami daripada seksa neraka.

Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau kurniakan petunjuk kepada kami, kurniakanlah rahmat daripada gedung kemurahan-Mu sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pemurah memberi anugerah.

Ya Allah ya Tuhanku! Ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, serta semua orang yang beriman lelaki dan perempuan pada hari hisab. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat daripada sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. Maha Suci Tuhanku, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka sifatkan, dan salam sejahtera ke atas sekalian Rasul serta segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam.

Page 75: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

71

TEMPaT-TEMPaT Lain Yang Baik diZiaraHi

perkuBuran BaQi’

Selain daripada menziarahi makam Rasulullah SAW dan dua sahabatnya baginda, anda boleh juga menziarahi tanah perkuburan Baqi’ yang berdekatan dengan kawasan Masjid Nabawi jika berpeluang. Ia adalah perkuburan penduduk kota Madinah dari sejak Rasulullah SAW hingga ke hari ini. Di situ, dikatakan lebih kurang 10,000 sahabat dimakamkan, termasuklah Saiyidina Othan bin Affan r.a, isteri-isteri junjungan Rasulullah SAW dan putera puteri baginda.

1. Ketika menziarahi perkuburan Baqi’ bacalah:

Salam sejahtera di atas kamu wahai tempat tinggal orang-orang yang beriman, sesungguhnya kami akan mengikuti kamu, kamu adalah orang yang terdahulu daripada kami, dan kami adalah pengikut kamu, mudah-mudahan Tuhan mengampunkan kami juga kamu, dan mengasihani mereka yang dahulu-dahulu dan mereka yang terkemudian, ya Allah ya Tuhanku janganlah Engkau haramkan kami daripada mendapat pahala amalan mereka dan janganlah Engkau fitnahkan kami selepas mereka. Ampunilah dosa kami dan dosa mereka, dan ampunilah dosa ahli al-Baqi’ sekaliannya.

Page 76: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

72

2. Ketika menziarah Makam Saiyidina Othman bin Affan r.a di pekuburan Baqi’ (sekiranya dapat peluang) bacalah pula:

Salam sejahtera ke atas engkau wahai Saiyidina Othman yang mempunyai dua cahaya, salam sejahtera ke atas engkau wahai Khalifah Rasulullah yang ketiga, salam sejahtera ke atas engkau wahai orang yang telah memperbekalkan senjata, harta benda dan wang ringgit kepada bala tentera Islam dalam masa kesusahan dan kepicikan, salam sejahtera di atas engkau wahai orang yang telah mengumpulkan al-Qur’anul Karim, mudah-mudahan Tuhan akan memberi ganjaran sebaik-baik pembalasan di atas segala amalan engkau demi untuk kebaikan dan kebajikan umat Muhammad.

Ya Allah ya Tuhanku tinggikanlah pangkat dan darjat kebesarannya, muliakanlah kedudukannya dan kurniakan balasan pahala kepadanya. Amin.

Page 77: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

73

3. Ketika menziarah kubur putera puteri Rasulullah SAW iaitu Saiyidina Ibrahim dan Saiyidina Ruqaiyah dan juga sahabat-sahabat baginda (sekiranya dapat peluang) bacalah:

Page 78: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

74

Salam sejahtera di atasmu wahai Ibrahim putera Rasulullah, salam sejahtera ke atas engkau wahai Ruqaiyah puteri Rasulullah, salam sejahtera ke atas engkau wahai Fatimah binti Asad, wahai orang yang telah dikafankan dikau oleh Nabi Muhammad SAW dengan bajunya, dan mengekebumikan dikau dengan tangannya yang mulia, salam sejahtera ke atas engkau wahai Saiyidina Abdul Rahman bin ‘Auf sahabat Rasulullah salah seorang daripada sepuluh yang dijamin masuk syurga, salam sejahtera ke atas engkau wahai Saiyidina Saad bin Waqas sahabat Rasulullah, salah seorang yang dijamin masuk syurga, salam sejahtera ke atas engkau wahai Saiyidina Abdullah bin Mas’ud penyimpan rahsi Rasulullah, pembawa kasut, alat sugi dan alatan Rasulullah, salam sejahtera ke atas engkau wahai Saad bin Zararah sahabat Rasulullah, salam sejahtera ke atas kamu wahai sekalian sahabat Rasulullah SAW. Ya Allah ya Tuhan kurniakanlah keredaan-Mu kepada mereka, tinggikanlah pangkat dan darjat mereka, tambahkanlah pahala mereka. Amin.

4. Ketika menziarah kubur Abi Said al-Khudri dan kubur Saad bin Muaz r.a , sekiranya berpeluang, bacalah:

Page 79: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

75

Salam sejahtera wahai Abi Said al-Khudri sahabat Rasulullah SAW salam sejahtera ke atas engkau wahai orang yang meriwayatakan hadith Rasulullah SAW. Tuhanlah yang memberi sebaik-baik ganjaran di atas segala amalan kebajikan engkau demi untuk kebaikan dan kebaijkan umat Muhammad.

Salam sejahtera ke atas engkau wahai Saad bin Muaz sahabat Rasulullah SAW salam sejahtera ke atas engkau wahai orang yang telah bergegar ‘Arasy dengan kematianmu, moga-moga Allah memberi sebaik-baik ganjaran di atas amalan engkau demi untuk kebaikan dan kebajikan umat Muhammad SAW.

5. Ketika menziarahi kubur Nafi’ Maula Abdullah bin Umar r.a (sekiranya berpeluang) bacalah:

Salam sejahtera ke atas engkau wahai Nafi’ Maula Abdullah bin Umar Syeikh Malik Imam Darulhijrah. Ya Allah kurniakanlah serta gandakanlah balasan amalan, dan muliakanlah kedudukannya. Amin.

6. Ketika menziarahi kubur Malik bin Anas r.a, sekiranya berpeluang, baca pula:

Salam sejahtera ke atas engkau wahai Saiyidina Malik bin Anas Imam Darulhijrah. Allah yang akan memberi balasan di atas segala amalan kebajikan engkau yang telah engkau lakukan untuk kebaikan dan kebajikan umat Muhammad sebaik-baik ganjaran.

Page 80: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

76

7. Bacalah do’a berikut ketika menziarahi kubur Abi Sufian bin Haris, Aqil bin Abi Talib dan Abdullah bin Jaafar al-Tayyar r.a, sekiranya berpeluang:

Salam sejahtera ke atas engkau wahai Saiyidina Abi Sufian bin al-Haris. Salam sejahtera di atas engkau wahai saudara susu Rasulullah SAW, salam sejahtera ke atas engkau wahai Saiyidina Aqil bin Abi Talib, salam sejahtera ke atas engkau wahai Saiyidina Abdullah bin Jaafar at-Tayar, salam sejahtera ke atas engkau wahai saudara-saudara sepupu Rasulullah dan salam sejahtera ke atas mereka yang berada di sekeliling kamu daripada sahabat-sahabat Rasulullah SAW warahmatullahi wabarakatuh.

Page 81: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

77

8. Bacalah pula do’a berikut ketika menziarah kubur para isteri Nabi SAW, sekiranya berpeluang:

Salam sejahtera ke atas kamu wahai isteri-isteri Rasulullah, salam sejahtera ke atas engkau wahai isteri-isteri Nabi Allah, ibu-ibu bagi orang Mu’minin warahmatullahi wabarakatuh , ya Allah kurniakanlah keredaan-Mu kepada mereka; muliakanlah kedudukan mereka, gandakanlah pahala amalan-amalan mereka. Amin.

9. Bacalah do’a berikut ketika menziarahi kubur puteri-puteri baginda SAW, sekiranya berpeluang:

Salam sejahtera ke atas kamu wahai puteri-puteri Rasulullah, salam sejahtera ke atas kamu wahai puteri-puteri Nabi Allah, warahmatullahi wabarakatuh.

Page 82: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

78

10. Kiranya berpeluang menziarahi kubur Saiyidina Abas, Saiyidatina Faitmatuz Zahrah, Saiyidina Muhammad al-Baqir, Sayidina Jaffar al-Sadiq r.a bacalah:

Salam sejahtera ke atas engkau wahai Saiyidina Abas bapa saudara Rasulullah, salam sejahtera ke atas engkau wahai bapa saudara Nabi Allah, salam sejahtera ke atas engkau wahai Saiyidatina Fatimatuz Zahrah, salam sejahtera ke ats engkau wahai ketua daripada segala perempuan yang Mu’min, salam sejahtera ke ats engkau wahai ibu bagi kedua orang ketua pemuda ahli syurga, salam sejahtera ke atas engkau wahai Hassan bin Ali kesayangan Rasulullah, salam sejahtera ke atas engkau orang yang telah dido’akan akan dikau oleh nenek engkau Saiyidina Muhammad SAW dengan katanya: Ya Allah kusayangkannya, maka kasihi oleh-

Page 83: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

79

Mu akan dia, salam sejahtera ke atas engkau wahai ketua pemuda ahli syurga, salam sejahtera ke atas engkau wahai Ali bin al-Hussein Zainal Abidin, salam sejahtera ke atas engkau wahai Muhammad al-Baqir, salam sejahtera ke atas kamu wahai sekalian keluarga Nabi warahmatullahi wabarakatuh.

11. Bacalah do’a berikut ketika menziarahi kubur Saiyidatina Safiah binti Abdul Muttalib r.a, sekiranya berpeluang:

Salam sejahtera wahai Saiyidatina Safiah emak saudara Rasulullah, salam sejahtera ke atas engkau wahai ibu Zubir warahmatullahi wabarakatuh.

perkuBuran SYuHaDa’ uHuDAnda juga digalakkan menziarahi perkuburan para syuhada’ yang mati di dalam Peperangan Uhud, jika masa dan keadaan mengizinkan. Perkuburan ini terletak di Jabal Uhud yang letaknya 4½ km dari Masjid Nabawi. Di situ, telah berlaku pertempuran di antar kaum Muslimin dengan musyrikin pada tahun ke-3 Hijrah, di mana 70 orang Muslimin terkorban mati syahid. Di antaranya ialah ayahanda saudara Rasulullah iaitu Saiyidina Hamzah r.a. Dalam satu hadith, junjungan Rasulullah SAW ada bersabda, mafhumnya: “Uhud adalah sebuah gunung yang kasih kepada kita dan kita pun kasih kepadanya.”

Bacalah do’a berikut ketika menziarah kubur Saiyidina Hamzah bin Abdul Muttalib, Saiyidina Abdullah bin Jahsyi dan Saiyidina Mus’ab bin Umair r.a:

Page 84: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

80

Salam sejahtera ke atas engkau wahai Saiyidina Hamzah bapa saudara Rasulullah, salam sejahtera ke atas engkau wahai penghulu bagi para syahid, salam sejahtera ke atas engkau wahai singa Allah dan singa Rasulullah, salam sejahtera ke atas engkau wahai Saiyidina Mus’ab bin Umair, salam sejahtera ke atas kamu wahai orang-oang yang mati di dalam Peperangan Uhud, salam sejahtera ke atas kamu di atas kesabaran kamu menghadapi musuh untuk menegakkan kebenaran Islam iaitu sebaik-baik balasan yang akan kamu terima daripada Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, gandakanlah pahala amalan mereka yang mereka telah lakukan untuk kesucian agama Islam dan pemeluk-pemeluknya. Tinggikanlah pangkat dan darjat mereka dengan kemurahan Engkau wahai Tuhan yang Amat Pemurah.

Page 85: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

81

MaSjiD-MaSjiD BerSejaraH

Di Madinah dan sekitaranya terdapat beberapa buah masjid yang bersejarah yang sayugia diziarahi oleh jemaah haji apabila berada di sana. Masjid-masjid tersebut adalah seperti berikut:

1. Masjid Quba (letaknya lebih kurang 4½ km dari Masjid Nabawi di pihak barat daya Madinah) iaitu masjid yang didirikan di atas dasar takwa sebagaimana tersebut dalam Surah At-Taubah:108:

Sesungguhnya masjid (Quba yang engkau bina wahai Muhammad) yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau

sembahyang padanya.

Para jemaah Shahidah di hadapan Masjid Quba

Page 86: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

82

2. Masjid Al-Qiblatain (Masjid Dua Kiblat). Ketika Rasulullah sembahyang di dalam masjid tersebut menghadap Baitul Muqaddis menurut kebiasaannya tiba-tiba turun perintah supaya sembahyang menghadap Masjidil Haram sebagaimana diterangkan dalam Surah al-Baqarah: 144

Kerapkali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap Kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Baitullah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkan muka kamu ke arahnya.3. Al-Masajid (Masjid Tujuh), di mana sekitar kawasan itu dalam tahun ke-5 Hijrah, berlaku Peperangan Khandak (Peperangan Parit) atau Ahzab (Peperangan Kumpulan Pasukan-Pasukan) di antara pasukan-pasukan penyatuan kaum musyrikin dengan pasukan Muslimin yang diketuai oleh Junjungan Rasulullah dan musuh-musuh itu telah dibinasakan oleh Allah dengan turunya ribut kencang dan para malaikat.

Page 87: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

83

4. Masjid al-Ghamamah, Masjid Saiyidina Omar al-Khattab, Masjid Saiyidina Ali, Majid Saiyidina Bilal, Masjid al-Jumaah dan Masjid al-Fatah.

Ketika menziarahi masjid-masjid tersebut bacalah do’a berikut:

Ya Allah ya Tuhan kami! Perkenanlah do’a kami, afiatkanlah kami, maafkanlah kesalahan kami, matikanlah kami di dalam Islam, hidupkanlah kami di dalam Islam, himpunkanlah kami dengan orang-orang yang salih. Ya Allah ya Tuhan! Aku abadikan tempat yang suci ini daripada hari ini sehingga har kiamat dengan ikhlas dan jujur kalimah tauhid:

Kemudian bacalah Fatihah sekali sebagai hadiah kepada Rasulullah SAW serta sahabat-sahabat dan keluarga baginda serta sekalian orang-orang Mu’min/Mu’minah.

ZiaraH WaDa’

Setiap orang yang hendak meninggalkan Madinatul Munawwarah adalah disunatkan berziarah Selamat Tinggal kepada Rasulullah SAW sebagai menghormatinya dan berangkat pulang setelah berziarah itu.

Bagi mereka yang datang haid dan nifas, eloklah membuat Ziarah Wada’ dengan mengucap salam dan do’a, memadai dari tempat yang berhampiran (di luar masjid ) dengan makam Rasulullah.

Page 88: Manasik Haji & UMraH - Shahidah Travel · 2020-01-24 · Nabi Muhammad itu persuruh Allah) dan dirikan sembahyang lima waktu dan keluarkan zakat dan kerjakan haji dengan mengunjungi

84

Do’a ZiaraH SelaMat tinGGal

Ya Tuhanku, janganlah dijadikan ziarah hamba-Mu di tempat yang mulia ini sebagai ziarah yang penghabisan, kurniakanlah kepada hamba peluang untuk menziarahi kembali ke tempat ini dalam keadaan sihat dan baik, jika panjang umur hamba insya Allah, hamba akan datang lagi, jika sampai ajal hamba, maka hamba telah mengabadikan kepada-Mu syahadat dan per janjian hamba dari hari ini sehingga hari kiamat, iaitu hamba bersaksi tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang Esa yang tidak ada sekutu bagi-Nya, dan hamba naik saksi bahawa Nabi Muhammad hamba-Nya lagi pesuruh-Nya, Maha kekuasaan, dari apa yang mereka sifatkan, salam sejahtera ke atas sekalian Rasul serta segala puji-pujian tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.