istimasria binti ishak

24
USAHA MENGEKALKAN PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU JOHOR KAJIAN KES: PERMAINAN GASING TRADISI DI KAMPUNG PARIT BARU, AYER BALOI, PONTIAN, JOHOR. ISTIMASRIA BINTI ISHAK Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Pengurusan Seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAW AK 2007 Demo (Visit http://www.pdfsplitmerger.com)

Upload: others

Post on 20-Nov-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

,. ",.AW

• USAHA MENGEKALKAN PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU JOHOR

KAJIAN KES: PERMAINAN GASING TRADISI DI KAMPUNG PARIT BARU, AYER

BALOI, PONTIAN, JOHOR.

ISTIMASRIA BINTI ISHAK

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

2007

I

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 2: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

,... ¢

PENGHARGAAN •

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...

Pertama sekali, syukur alhamdulillah kehadrat lIahi di atas taufik dan

hidayah-Nya telah menganugerahkan keupayaan kepada saya untuk menyiapkan

latihan ilmiah ini dengan jayanya seperti yang telah dirancang dalam masa yang

telah ditetapkan.

Berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan buat penyelia saya iaitu

Pn. Rahah Binti Hj. Hasan di atas sumbangan idea, nasihat, tunjuk ajar dan

memberi maklumat ikhlas yang dihulurkan semasa menyiapkan kajian ini. Semoga

Allah membalas kemuliaan budi dan sumbangan yang telah diberikan.

Di kesempatan ini juga jutaan terima kasih diucapkan buat pensyarah

Program Pengurusan Seni yang lain iaitu Pn. Qistina Donna Lee Abdullah, Miss

Karen Samy dan Pn. Noria Tugang di atas segala teguran dan nasi hat yang

diberikan dari awal kajian dilakukan hingga akhir.

IV

I

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 3: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

.14 I

Buat Ayah Ishak Ahmad, Ibu Kaseh Musadir, Akak Ismawati, Abang ipar Mohd

Syairul, Kak Ismimarina, Adik iseiryanti, Kembar Mohd Isa dan Mohd Isham, Adik

bongsu Norhana dan lamadir tersayang semoga sentiasa dilindungi Allah S.W.T dan

berbanyak-banyak terima kasih diatas didikan, kasih sayang, nasihat dan bantuan

serta sokongan yang diberikan. Segala jasa dan pengorbanan kalian tidak akan

lupakan. Tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi

pandangan dan dorongan dalam menyiapkan kajian ini. Semoga kalian semua

berjaya dalam hid up. Dan tidak lupa juga kepada arwah embah dan arwah datuk

semoga ALLAH S. W.T mencucuri rahmat ke atas rohnya. AI-Fatihah.

Akhir kata, segal a yang baik itu datangnya dari Allah jua dan segala

kelemahan dan kekurangan itu datangnya dari saya sendiri. Oleh itu, berbanyak­

banyak mohon dan maaf dipinta sekiranya masih terdapat kekurangan dan

kelemahan.

Sekian, terima kasih.

v

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 4: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

lSI KANDUNGAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I LAPORAN

PENGAKUAN

PENGHARGAAN

lSI KANDUNGAN

ABSTRAK

ABSTRACT

BAB SATU: PENGENALAN KEPADA KAJIAN

1.1 Pengenalan

1.2 Definisi

1.3 Objektif

1.2.1 Objekti f umum

1.2.2 Objektif khusus

1.4 Hipotesis

1.5 Skop Kajian

1.6 Permasalahan Kajian

1.7 Kepentingan Kajian

1.8 Rumusan

1-10

10-14

15-16

17

18

19

20-21

21

VI

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 5: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

BAB DUA: SOROTAN KESUSASTERAAN

2.1 Pengenalan 22

2.2 Glosari Budaya Malaysia Permainan Tradisional 23-24

2.2. I Kandungan umum

2.2.2 Kaitan Kaj ian

2.3 Peraturan Permainan Gasing Banyak Uri 24-25

2.3.1 Kandungan Umum

2.3.2 Kaitan Kajian

2.4 Pemplet Kejohanan Gasing Pangkah Kebangsaan 25-26

2.4.1 Kandungan U mum

2.4.2 Kaitan Kajian

2.5 Festival and Special Event Management 26-27

2.5.1 Kandungan Umum

2.5.2 Kaitan Kajian

2.6 How To Use Quantitative Method In Evaluation 28-29

2.6.1 Kandungan Umum

2.6.2 Kaitan Kajian

VII

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 6: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

2.7 Gasing Melayu

2.7.1 Kandungan Umum

2.7.2 Kaitan Kajian

2.8 Bagasing

2.8.1 Kandungan Umum

2.8.2 Kaitan Kaj ian

2.9 Rumusan

BAB TIGA: METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Lokasi

3.3 Sumber Data

3.3.1 Data Primer

3.3.2 Data Sekunder

3.4 Populasi Kajian

3.5 Persampelan

3.6 Instrument Kajian

3.7 Limitasi Kajian

3.8 Rumusan

29-30

30-31

32

33

34-35

35-36

37

37-40

41-42

43-44

45

viii

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 7: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

BAB EMPAT: ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 46

4.2 Penganal isaan Data 47

4.2.1 Borang Soal Selidik 47-80

4.3. Temuramah 81

4.3.1 JKK WNJ 81-83

4.3.2 PEMASHOR 83-84

4.3 Kesimpulan 85-86

BAB LIMA: CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 87

5.2 Rumusan 88-91

5.3 Cadangan 91-93

5.4 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 94-96

5.5 Kesimpulan 97-98

BIBLIOGRAFI 99-100

LAMPIRAN

IX

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 8: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

ABSTRAK

Gasing merupakan salah satu permainan tradisional yang telah dimainkan

sebelum perang dunia lagi. Gasing bukan sahaja dimainkan oleh orang dewasa tetapi

juga di kalangan orang belia dan juga kanak-kanak. Kajian berkaitan permainan Gasing

Tradisi di Kampung Parit Baru, Ayer Baloi Pontian lohor ini dijalankan bertujuan untuk

melihat sejauh mana keberkesanan usaha yang dilakukan oleh pihak labatan Kesenian

Kebudayaan Dan Warisan Negeri lohor dan Majlis Kebudayaan Daerah Pontian serta

penduduk Kampung Parit Baru, Ayer Baloi Pontian dalam mengekalkan permainan

tradisi masyarakat melayu lama yang semakin berkurangan terutama di kalangan belia.

x

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 9: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

ABSTRACT

Top-spinning is one of the traditional games often played in Johor. This games is

not only played before by adults but children as well. This research on traditional top

spinning at Kampung Parit Baru, Ayer Baloi, Pontian 10hor aim to look at the role

played by labatan Kesenian Kebudayaan Dan Warisan Negeri 10hor, the Cultural

Council of Pontian District and the residents of Kampung Parit Baru, Ayer Baloi,

Pontian is preserving this traditional game that is slowly being forgotten especially by

the malay youth in 10hor.

XI

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 10: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

BAB1

PENGENALAN.

1.1 PENGENALAN.

Industri seni dan budaya kini telah menjadi satu daripada industri yang

terpenting dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Kemantapan yang

dicapai dari segi penyediaan kemudahan dan perkhidmatan seni dan budaya

menjadi nadi kepada perkembangan aktiviti kesenian dan kebudayaan yang

diwujudkan. Perkembangan ini boleh disifatkan sebagai satu usaha membina,

memperJuas dan mempelbagaikan as as ekonomi negara dalam sektor seni dan

budaya agar sektor ini menjadi lebih dinamik, prograsif dan berdaya maju

(Utusan Malaysia, 2001).

Unsur seni dan permaman adalah keperluan asas kehidupan manusia di

dunia dan tidak mungkin kedua-duanya dapat dipisahkan daripada kehidupan

masyarakat hingga ke hari ini. Masyarakat tradisional juga tidak ketinggalan

dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri, mereka telah

mengisi masa lapang dengan berbagai-bagai kegiatan yang dapat menghiburkan

hati. Antara kegiatan yang dilakukan ialah dengan bermain gasing (Buku pamplet

terbitan labatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan lohor. Kejohanan Gasing

Pangkah Kebangsaan Terbuka lohor 2005).

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 11: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

Gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut

dimainkan oleh golongan kanak-kanak dan remaja pada masa dahulu. Mereka

bermain gasing untuk beradu kemahiran, kecekapan, kepantasan dan kerjasama

berpasukan. Di samping itu, mereka dapat mengeratkan hubungan sesama mereka.

Permainan ini juga dapat menjalin hubungan persahabatan antara kampung dan

daerah lain. Semasa permainan ini dijalankan, mereka dapat bertemu dan

berbincang mengenai hal-hal yang berkenaan dengan kampung dan sebagainya.

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang telah

digarap dari pelbagai keturunan. Kebudayaan ini telah disatukan menjadi satu

kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga

mampu membentuk satu kebudayaan melayu. Ini termasuklah amalan bergotong­

royong menjalankan kegiatan ekonomi, dimana ikatan ini terus diperkukuh dan

dieratkan dengan acara-acara keramaian dan hiburan. Lantaran resam yang

demikian maka ban yak permainan tradisional yang dipertandingkan.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada

kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin

kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara

hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada

individu ke individu tidak ban yak berubah. [ni membolehkan mereka bekerja dan

berhibur pada masa yang sama. Malah sejak daripada kecil lagi mereka

membiasakan diri dengan keadaan sedemikian. Apabila musim menuai padi

2

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 12: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

berakhir dan musim tengkujuh tiba, pesawah dan nelayan mengisi masa Japang

mereka dengan kerja-kerja sampingan. Tempoh peralihan antara musim inilah

digunakan seeloknya oleh mereka untuk mengadakan keramaian dan pesta.

Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung

berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi

semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di

antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian, permainan

tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat yang akan dimainkan oleh semua

lapisan masyarakat (http://malaysiana.pnm.my/03/03pengenalan.htm).

Permainan gasmg di Malaysia bukanlah perkara baru tetapi ia telah

dimainkan sebelum perang dunia lagi. Kini ia mula diminati kembali oleh

pencinta seni warisan yang berusaha memperkenalkannya di kalangan masyarakat.

Pada dasarnya pelbagai jenis permainan gasing boleh didapati di seluruh Malaysia.

Gasing bukan sahaja dimainkan oleh orang dewasa, tetapi ia juga di kalangan

remaJa dan kanak-kanak. Kalau dahulu gasing hanya dimainkan untuk mengisi

masa lapang akan tetapi pada zaman sekarang, gasing telah dimainkan semasa di

pertunjukan kebudayaan peringkat antarabangasa dan di sekolah-sekolah melalui

program pengenalan.

3

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 13: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

Permainan gasmg di Malaysia pada dasarnya boleh dibahagikan kepada

dua jenis iaitu gasing tradisional dan gasing sukan. Permainan gasing tradisional

mempunyai pelbagai jenis dan bentuk dan hanya dimainkan di sesuatu tempat

tertentu dan dimainkan oleh golongan tertentu sahaja. Peraturan dan cara bermain

juga berlainan mengikut kampung, daerah dan ketua permainan.

Oi Nusantara sendiri, gasing boleh dikaitkan dengan pengaruh

penghijrahan, peperangan dan perdagangan terbuka. Andaian ini berdasarkan

bentuk-bentuk gasing yang berlainan mengikut negeri yang pernah dijajahi oleh

kerajaan lain. Selain Malaysia, permainan gasing juga turut terdapat di negara­

negara lain di Asia, Afrika serta Eropah. Cuma yang membezakannya adalah

corak permainan, bentuk gasing, nama serta golongan yang memainkannya. Oleh

itu ternyatalah permainan gasing ini adalah salah satu jenis permainan tertua yang

dimiliki oleh hampir semua tamadun yang wujud (Yunos Pipet. 1993).

Kaedah permainan gasing adalah sarna secara umumnya iaitu memusing,

memangkah dan membela uri. Hanya yang membezakannya ialah cara membela

uri, melilit tali, peralatan tambahan dan bilangan pemain yang bermain serta cara

ia dimainkan. Umpamanya terdapat perbezaan dalam permainan Gasing Talar,

Gasing Piring dan Gasing Berembang yang terdapat di Negeri Johor. Oi Negeri

Selangor pula terkenal dengan Gasing Bakal, Gasing Lang Laut, Gasing Peyek dan

Gasing Tempayan.

4

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 14: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

Di Kelantan dikenali sebagai Gasing Timah dan Gasing Leper serta di

Negeri Kedah pula terkenal dengan Gasing Paku. Bagi Negeri Sarawak dan

Sabah, terdapat bent uk gasing yang berbeza yang dinamakan dengan Gasing

Lundu, Gasing Pontianak, Gasing Borneo, Gasing Kundasan, Gasing Limbang

Kadazan, Gasing Bajau dan Gasing Brunai. Cara bermain gasing ini tidak jauh

bezanya antara satu dengan yang lain, Cuma apa yang membezakannya hanyalah

dari segi bent uk dan saiznya sahaja (Drs. Agus Trianto. 1997).

Sebagai salah satu alat permaman tradisional, gasing dihubungkan dengan

metafizik. Walaupun ini merupakan perkara yang kurang digemari, tetapi ia telah

dipraktikkan dengan meluas. Umpamanya pemain akan "mematikan diri" untuk

menahan gasing daripada meliuk dan menyentuh bumi. Melalui meditasi ini,

mereka berjaya menahan gasing itu daripada berpusing. Menurut buku yang ditulis

oleh Yunos Pipet (1993) yang bertajuk Gasing Melayu. Permainan gasing

selalunya dimulakan dengan berbagai-bagai adat tradisional yang sukar

dimengertikan oleh generasi muda. Permainan gasing ini seringkali

menggabungkan nilai-nilai kesenian dan kebatinan dalam kesukanan. Kemahiran

mengolah kayu akan diserikan lagi dengan kesungguhan dan kekuatan fizikal

apabila pemain memusingkan gasing.

5

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 15: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

~-~-...------------------------------~Fib'

Tidak cukup dengan itu, persekitaran perlu dipenuhi dengan kepintaran

menggabungkan alam ghaib dan kemahiran menghasilkan permainan yang cukup

menarik. Kemampuan dan kesediaan menjadikan permainan ini sebagai warisan

yang tidak mungkin dapat diperolehi daripada peradaban lain. Secara umumnya,

dari dahulu hingga sekarang, permainan gasing 1m telah mengamalkan ilmu

kebatinan walau di mana Jua ia dimainkan dan 1m menjadi kebiasaan kepada

masyarakat Melayu.

Menurut Dato' Paduka Noor Aini Abdullah, Malaysia merupakan sebuah

negara berbilang kaum yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu atau

Bumiputera (peribumi), Cina dan India. Walaupun aspek berbilang kaum itu

sendiri bukanlah sesuatu yang pelik, keunikan yang nyata disini adalah kumpulan­

kumpulan etnik ini boleh hidup bersama dan mereka telah melakukannya sejak

dahulu lagi dengan mengekalkan identiti mereka yang berbeza. Bumiputera adalah

kumpulan yang terbesar di Malaysia. Memandangkan mereka menjadi tuan rumah

bagi negara ini, penekanan lebih diberikan terhadap gaya tradisi, kebudayaan dan

etika khususnya kepada orang-orang Melayu.

6

I

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 16: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN JOHOR.

Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Johor (JKKWNJ) telah

ditubuhkan di bawah Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia atau

lebih dikenali sebagai KeKK Wa. Jabatan ini ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi

pembangunan Kebudayaan dan Kesenian kerana ia merupakan satu keperluan dalam

pembangunan negara. Untuk memenuhi keperluan tersebut KeKKWa telah menubuhkan

Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan untuk setiap negeri dengan menganjurkan

program-program penggalak, pemuliharaan, serta penyelidikan kebudayaan dan

kesenian.

Visi bagi semua Jabatan Kebudayaan kesenian dan Warisan bagi negeri Johor

ialah Kearah Bangsa Malaysia Yang Berbudaya Luhur dan Misi Jabatan ini adalah

Untuk Menyemarakkan dan Merakyatkan Seni Budaya Mengekalkan Warisan Bangsa.

Moto bagi setiap jabatan di seluruh negeri adalah Budi Bahasa Budaya Kita yang telah

diterapkan dalam kehidupan seluruh rakyat malaysia.

Kebanyakan Program yang dianjurkan dan dilaksanakan dalam bentuk bengkel,

kursus, seminar, simposium, pertandingan, menisfestasi, kejohanan, perhimpunan dan

juga memberi khimat nasihat yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian. Terdapat

beberapa aktiviti kesenian yang telah diberi penekanan oleh Jabatan Kebudayaan

Kesenian dan Warisan Negeri Johor antaranya ialah teater, seni tari, seni khat, lagu

Melayu asli, muzik tradisional, permainan tradisional dan seni mempertahankan diri.

7

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 17: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

POLISI I PROGRESIF KERJA.

Aspek yang ditekankan oleh labatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri

Johor bagi menjalankan aktiviti adalah menjurus kepada pembangunan kebudayaan,

antaranya melibatkan perkara-perkara seperti berikut:­

• Merakyatkan aktiviti seni dan budaya.

• Mengekalkan warisan budaya melalui penyelidikan dan pemuliharaan.

• Mempertingkatkan kegiatan kebudayaan dan kesenian bagi menggalakkan

pengl ibatan dan penghayatan masyarakat terhadap kebudayaan kebangsaan.

• Pengembangan kebudayaan dan kesenian melalui projek-projek di bawah

pengukuhan dasar, pengembangan seni dan pendidikan seni.

• Pengukuhan masyarakat berbudaya yang bersatu padu, aman, dan maju serta

pengukuhan nilai moral dan rohaniah berteraskan keperibadian kebangsaan.

• Menghasilkan karya seni bermutu tinggi serta mewujudkan industri budaya yang

dapat mengangkat martabat bangsa.

• Mempelbagaikan kegiatan budaya bagi dijadikan asas kepada penggalakkan

industri pelancongan yang menghasilkan sumbangan kepada ekonomi negara.

Justeru itu, pelbagai aspek membaikpulih kemudahan dan perkhidmatan

seni dan budaya kini diperbaharui dan dipertingkatkan untuk tujuan mengekalkan

permainan tradisi gasing ini pada masa depan. Oleh yang demikian, industri seni

8

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 18: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

dan budaya perlu mengambil kira faktor perubahan dalam operasi, strategi

promosi, pemikiran, pandangan, prioriti dan perancangan dalam usaha

mengekalkan permainan Gasing Tradisi Johor ini.

PERSATUAN PEMAIN-PEMAIN GASING TRADISI JOHOR (PEMASHOR).

Persatuan Pemain-pemain Gasing Tradisi Johor atau lebih dikenali sebagai

PEMASHOR telah ditubuhkan di Kampung Parit Baru, Ayer Baloi Pontian pada tahun

1999. Persatuan ini telah didaftarkan di bawah Jabatan Kesenian Kebudayaan Dan

Warisan Negeri Johor dan persatuan ini mempunyai status keaktifan, jika terdapat

sebarang aktiviti atau pertandingan yang berkaitan dengan aktiviti Gasing Tradisi

persatuan ini akan menyertainya. Selain di Pontian PEMASHOR ini juga terdapat di

daerah lain seperti di Kota Tinggi Dan Kulai. PEMASHOR di daerah Pontian telah

dipengerusi Oleh En. Ngah Deman Bin Ahmad serta setiusahanya ialah En. Ismadi Bin

Marimin. Persatauan ini telah menerima keahlian sebanyak 700 orang ahli yang bukan

sahaja penduduk tempatan tetapi juga terdapat penduduk dari luar daerah seperti daerah

Batu Pahat, Kluang serta Ayer Hitam Johor.

Selaras dengan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang kaya dengan seni dan

budaya di Kampung Parit Baru, Ayer Baloi, Pontian. Pelbagai program dilaksanakan

untuk meningkatkan penghayatan terhadap seni dan budaya anataranya penubuhan

Persatuan Permainan Gasing Tradisi Johor atau lebih dikenali sebagai PEMASHOR.

Persatuan ini ditubuhkan bertujuan untuk mengekalkan Gasing Tradisi Johor dengan

9

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 19: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

mengadakan bengkel, seminar, pertandingan dan aktiviti berkaitan dengan permainan

gasing dianjurkan untuk memupuk minat kalangan masyarakat dalam permainan Gasing

Tradisi Johor. Sehubungan ini, pe\bagai aktiviti oleh PEMASHOR telah diadakan di

peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kampung.

1.2 DEFINISI.

Menurut Kroeber dan Clyde Kulckhohn, kebudayaan membawa maksud

sebagai Kebudayaan terdiri daripada pola-pola tingkahlaku yang eksplisit dan

(Iuaran + dalaman) implisit yang diperolehi dan disampaikan melalui simbol­

simbol, teras kebudayaan terdiri dari idea-idea yang bercorak tradisi (yang terbit

dan dipilih dari proses sejarah) terutama sekali nilai-nilai yang terikat dengannya

(A. Aziz Deraman. 2005).

Menurut Edward B. Taylor dalam buku "Masyarakat dan Kebudayaan"

terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, kebudayaan membawa

maksud sebagai satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu

pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan

lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota

masyarakat.

10

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 20: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

Permainan gastng tnt boleh dikaitkan dengan kebudayaan kebendaan di

mana kebudayaan kebendaan ini berkembang apabila manusia mula mempelajari

simbol-simbol dan membuat sesuatu barang atau benda. Jadi, kehidupan ini

dikelilingi oleh benda-benda atau objek buatan kelompok masyarakat. Maka

wujudlah kebudayaan kebendaan yang terdiri daripada objek-objek fizikal yang

direka, dibuat, digunakan dan dikongsi bersama oleh ahli-ahli masyarakat. Artifak

atau barang-barang material yang dicipta bukan sahaja dari hasil teknologi tetapi

juga dari nilai, kepercayaan dan normanya.

Masyarakat yang mempunyai tradisi mengenai persoalan sainstifik dan

sedia menerima perubahan intelek lebih besar kemungkinannya membuat ciptaan­

ciptaan baru jika dibandingkan dengan masyarakat yang menolak kajian empirikal

dan perubahan ( A. Aziz Deraman. 2005 ).

Gasing dalam Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Ketiga yang

dikemaskinikan oleh Joyce M. Hawkins bahagian bahasa Melayu-bahasa Inggeris

muka surat 62 membawa maksud "top k.n. toy that spin on its point when set

in motion ". Dalam kamus yang sarna pada muka surat 140, main mernbawa

maksud "occupy oneself (a game) or in other recreational activity ".

Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada

suatu ketika dahulu. Mengikut buku terbitan Jabatan Kebudayaan Kesenian dan

Warisan Johor yang bertajuk Gasing Pangkah Johor, asal usul gasing bermula

1 I

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 21: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

apabila masyarakat dahulu kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki

menyebabkan orang Melayu dahulu mencari altematif untuk bergembira tanpa

mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan yang terbuang.

lni telah menimbulkan idea kepada masyarakat Melayu untuk mencipta

permainan gasing yang diperbuat daripada saki-baki kayu yang terbuang. Pelbagai

faedah boleh didapati daripada permainan gasing ini. Selain ia dijadikan sebagai

hiburan dan juga manfaat bahan terbuang, permainan gasing juga dapat

mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu, dan ini terbukti dengan

kemunculan pelbagai bentuk serta teknik permainan. Permainan gasing juga dapat

menyerikan lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing

kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di bawah pohon rendang yang

meredupkan gelanggang.

Banyak spekulasi yang timbul dengan asal-usul permainan gasing ini. Ada

yang menyatakan permaman ini wujud hasH penemuan buah berembang yang

terdapat dipantai. Stuktumya yang bulat dan leper dan Iidn memudahkannya

berputar ligat. Kemudian rekaan ini diadaptasi menggunakan kayu daripada kayu

pokok lembut agar mudah dibentuk. Selain buah berembang, ada juga menyatakan

permainan gasing ini berasal daripada permainan "Iaga telur". Permainan ini

dimainkan oleh kanak-kanak dengan cara memusingkan telur dan melagakannya

antara satu sama lain (Abu Bakar, 1999).

12

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 22: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

Menurut seorang pematn gastng vateren yang tinggal di kawasan ptnggtr

Sungai Pahang berkata bahawa permainan gastng ini bermula dengan ciptaan alat

pemburu binatang yang berbentuk bulat dan leper. Apabila ia dilemparkan, alat

ini akan berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan.

Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat.

Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai satu cara untuk menguji kecekapan

seseorang itu mencampakkan dan mengenat sasaran. Permainan ini akhirnya

diminati oleh semua golongan. Alat terse but kemudian direka bentuk sedemikian

rupa seperti bentuk gastng yang terdapat pada hari

(http://www.ppak.kelantan.edu.my/culture/gasinglasalusul.htm).

Kajian berkaitan permaman gasing bagi orang Melayu Juga mengukur

tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi.

Kemahiran dan kebolehan ini diaplikasi secara sistematik dalam gelanggang

gaslng. Kepantasan dan ketepatan amat jelas dalam permaman gaslng dan ia juga

memupuk semangat kekitaan yang tinggi.

Maksud kampung dalam Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Ketiga

yang dikemaskinikan oleh Joyce M. Hawkins bahagian bahasa Melayu-bahasa

Inggeris muka surat 95 adalah "kampong; Malaysian enclosure or village".

Kampung Parit Baru, Ayer Baloi, Pontian merupakan salah satu kampung yang

terdapat dalam senarai Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Johor yang

sedang berusaha untuk mengekalkan permainan tradisional gasing dari terus pupus.

13

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 23: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

p Ji

Kampung ini telah mendapat peruntukan dari segi kewangan dan perkhidmatan

dari labatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan lohor dan Majlis Kebudayaan

Daerah Pontian serta pihak-pihak lain untuk mereka menjalankan aktiviti kesenian

dan kebudayaan terutama berkainatan dengan aktiviti permainan Gasing Tradisi lohor.

14

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)

Page 24: ISTIMASRIA BINTI ISHAK

1.3 OBJEKTIF.

Dalam bahagian ini, penyelidik akan membahagikan objektif kajian kepada

dua bahagian iaitu objektif umum dan objektif khusus mengenai kajian yang

dijalankan. Penerangan secara terperinci bagi setiap objektif kaj ian akan

dinyatakan dalam objektifkhusus.

1.3.1 OBJEKTIF UMUM.

Objektif umum yamg dijalankan ini adalah untuk mengenal pasti dan

mengkaj i persepsi masyarakat terhadap usaha mengekalkan permainan Gasing

Tradisi lohor di Kampung Parit Baru, Ayer Baloi, Pontian dan faktor-faktor yang

mempengaruhi persepsi tersebut.

1.3.2 OBJEKTIF KHUSUS.

Kajian khusus berkaitan permainan gasing di Pontian lohor ini dilakukan

adalah bertujuan untuk menarik minat golongan belia terutamanya dalam usaha

memelihara permainan Gasing Tradisi dan juga menarik minat untuk bermain

permainan Gasing Tradisi disegenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan

umur. Selain untuk melihat bagaimana penerimaan masyarakat terutamanya

golongan belia terhadap permainan Gasing Tradisi lohor ini.

15

Demo (

Visit h

ttp://

www.pdfsp

litmerg

er.co

m)