halaman lima jelajahi entri malaysiana dalam ensiklopedia ... · gambar sejarah, pengunjung akan...

1
D AWAMA Sdn. Bhd. telah dijemput menyertai Pameran Rentetan Perjuangan Bangsa Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 2006, bertempat di Dewan Sultan Mizan, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Mengabang Telipot, Kuala Terengganu pada 6 hingga 9 Mac 2006. Pameran ini dia- dakan bersama-sama dengan peng- edar Dawama Sdn. Bhd. di Kuala Terengganu iaitu Alam Akademik Sdn. Bhd. Antara judul-judul buku yang dipamerkan ialah Biografi Politik Tunku Abdul Rahman, Dato' Onn Jaafar - Pengasas Kemerdekaan, Aisyah Ghani - Memoir Seorang Pejuang, Gerakan Radikalisme di Malaysia dan pelbagai lagi judul buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tujuan utama pameran ini adalah untuk membuka lipatan sejarah perjuangan bangsa Malaysia, khu- susnya orang Melayu untuk diper- tontonkan kepada generasi masa kini terutamanya pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi. Melalui tayangan video, cakera padat dan gambar sejarah, pengunjung akan dapat menghayati semangat dan pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu menuntut kemer- dekaan negara. Rentetan sejarah perjuangan menentang Gagasan Malayan Union yang diperkenalkan kepada Persekutuan Tanah Melayu oleh penjajah British perlu dihayati dan diketahui oleh generasi masa kini bagi mengambil pengajaran dan iktibar pada masa-masa yang akan datang. Melaluinya diharap- kan usaha menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan ge- nerasi muda akan menjadi lebih mapan. Selain itu, pameran ini turut mengajak pengunjung agar meng- imbau kembali jasa dan perjuangan tokoh silam yang mencakupi bidang politik, agama, bahasa dan budaya. Antaranya ialah Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Pendeta Za'aba, Ishak Haji Muhamad, Ahmad Boestaman, Dr. Burhanuddin Helmi, Dato' Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab, Tun Sambanthan, Tun Tan Siew Sin dan ramai lagi. Pameran ini juga turut mengetengahkan usaha Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang mene- rajui perjuangan menuntut kemer- dekaan Tanah Melayu dengan menubuhkan Parti Perikatan yang turut dianggotai oleh Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Se-Malaysia (MIC) sehingga berjaya memperoleh kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Majlis perasmian pameran yang disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Y.A.B Datuk Seri Idris Jusoh ini, telah mendapat sambutan yang hebat dan meriah daripada orang ramai. Buku-buku berkaitan perjuangan bangsa yang dikete-ngahkan dalam pameran ini mendapat sambutan baik daripada pengunjung yang dimaklumkan bahawa buku-buku tersebut hanya boleh didapati di Galeri Ilmu DBP dan pengedar buku Dawama Sdn. Bhd. BERITA HARIAN Isnin, 20 Mac 2006 Halaman Lima E NSIKLOPEDIA Dunia Jilid 1 hingga 23 yang telah diter- jemahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke bahasa Melayu dari The World Book Encyclopedia mengandungi 386 entri Malaysiana. Ia mencakupi maklumat terperinci berkaitan negara Malaysia meliputi sistem pemerintahan, sosiobudaya, mak- lumat geografi, ekonomi dan per- tanian, serta sejarah pembentukan Malaysia dan kemerdekaannya. Selain itu, beberapa tokoh yang telah berjasa kepada negara turut diperkatakan, antaranya terma- suklah tokoh-tokoh politik tanah air seperti Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, mantan Per- dana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, tokoh pendidikan, Pro- fesor Diraja Ungku Aziz, pakar bahasa dan linguistik, Profesor Dato' Dr. Asmah Haji Omar, tokoh- tokoh Sasterawan Negara dan tidak ketinggalan juga sultan dan peme- rintah negeri. Ensiklopedia ini turut memuatkan kisah dan latar belakang keluarga Dato' Sidek yang telah mewarnai persada sukan tanah air melalui kejayaan men- juarai Piala Thomas dalam arena Badminton pada tahun 1992. Bagi memperkenalkan negara di peringkat dunia, ensiklopedia ini turut memasukkan lokasi-lokasi menarik bagi sektor pelancongan sebagai entri tambahan seperti kawasan pelancongan air terjun termasuklah Air Terjun Sekayu, Air Terjun Lata Kinjang, Air Terjun Kota Tinggi dan Air Terjun Lubuk Petai. Selain itu, ensiklopedia ini turut memuatkan pulau-pulau yang men- jadi tarikan, tasik-tasik semula jadi dan buatan manusia, taman-taman pertanian yang berkonsepkan eko- pelancongan serta lokasi-lokasi bersejarah. Antaranya termasuk- lah Pulau Pangkor, Pulau Sipadan, Tasik Chini, Tasik Kenyir, Tasik Dayang Bunting, Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam, Batu Caves, Bukit Bendera, Bukit Melawati dan Gua Niah. Maklumat terkini dalam ensi- klopedia ini menjadikan ia sebagai sebuah ensiklopedia yang tepat, terperinci dan autoritatif bagi keperluan rujukan para pelajar di peringkat rendah dan menengah serta rujukan am bagi golongan dewasa. P ADA 6 hingga 7 Mac 2006 lalu, Dawama Sdn. Bhd. telah mengadakan pameran dan jualan buku sempena Persidangan dan Pameran Tu- lisan Jawi yang berlangsung di Muzium Negara, Kuala Lumpur. Persidangan yang di- anjurkan oleh Perpustakaan Negara dan Jabatan Muzium dan Antikuiti ini diadakan sem- pena Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Kajian dan Pembudayaan Tulisan Jawi antara Kerajaan Malaysia de- ngan Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia yang dirasmikan oleh Y.B. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim. Sebanyak 130 judul buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah dikete- ngahkan dengan memberi fokus utama kepada buku-buku tulisan Jawi. Antara judul yang mendapat sambutan ialah Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, Daftar Ejaan Rumi Jawi, Buku Mudah Jawi dan Kad Imbasan serta Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan Jawi Jilid I dan II. Persidangan dan Pameran Tulisan Jawi Pameran Rentetan Perjuangan Bangsa Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 2006 PAMERAN Biografi Politik Tunku Abdul Rahman. DAWAMA DI SANA SINI Jelajahi Entri Malaysiana dalam Ensiklopedia Dunia Tempat bersejarah, lokasi menarik dan tokoh negarawan antara paparan menarik dalam entri Malaysiana SESI BICARA KAMUS BESAR ARAB MELAYU 28 MAC 2006 11.00 pagi - 1.00 tengah hari Pentas 1 GAMBAR 'Bapa Kemerdekaan' Malaysia semasa detik bersejarah.

Upload: trinhcong

Post on 25-Mar-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DAWAMA Sdn. Bhd. telah dijemput menyertai Pameran Rentetan Perjuangan Bangsa

Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 2006, bertempat di Dewan Sultan Mizan, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Mengabang Telipot, Kuala Terengganu pada 6 hingga 9 Mac 2006. Pameran ini dia-dakan bersama-sama dengan peng-edar Dawama Sdn. Bhd. di Kuala Terengganu iaitu Alam Akademik Sdn. Bhd. Antara judul-judul buku yang dipamerkan ialah Biografi Politik Tunku Abdul Rahman, Dato' Onn Jaafar - Pengasas Kemerdekaan, Aisyah Ghani - Memoir Seorang Pejuang, Gerakan Radikalisme di Malaysia dan pelbagai lagi judul buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Tujuan utama pameran ini adalah untuk membuka lipatan sejarah perjuangan bangsa Malaysia, khu-susnya orang Melayu untuk diper-tontonkan kepada generasi masa kini terutamanya pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi. Melalui tayangan video, cakera padat dan gambar sejarah, pengunjung akan dapat menghayati semangat dan

pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu menuntut kemer-dekaan negara. Rentetan sejarah perjuangan menentang Gagasan Malayan Union yang diperkenalkan kepada Persekutuan Tanah Melayu oleh penjajah British perlu dihayati dan diketahui oleh generasi masa kini bagi mengambil pengajaran dan iktibar pada masa-masa yang akan datang. Melaluinya diharap-

kan usaha menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan ge-nerasi muda akan menjadi lebih mapan.

Selain itu, pameran ini turut mengajak pengunjung agar meng-imbau kembali jasa dan perjuangan tokoh silam yang mencakupi bidang politik, agama, bahasa dan budaya. Antaranya ialah Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra,

Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Pendeta Za'aba, Ishak Haji Muhamad, Ahmad Boestaman, Dr. Burhanuddin Helmi, Dato' Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab, Tun Sambanthan, Tun Tan Siew Sin dan ramai lagi. Pameran ini juga turut mengetengahkan usaha Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang mene- rajui perjuangan menuntut kemer-dekaan Tanah Melayu dengan menubuhkan Parti Perikatan yang turut dianggotai oleh Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Se-Malaysia (MIC) sehingga berjaya memperoleh kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Majlis perasmian pameran yang disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Y.A.B Datuk Seri Idris Jusoh ini, telah mendapat sambutan yang hebat dan meriah daripada orang ramai. Buku-buku berkaitan perjuangan bangsa yang dikete-ngahkan dalam pameran ini mendapat sambutan baik daripada pengunjung yang dimaklumkan bahawa buku-buku tersebut hanya boleh didapati di Galeri Ilmu DBP dan pengedar buku Dawama Sdn. Bhd.

BERITA HARIAN Isnin, 20 Mac 2006 Halaman Lima

ENSIKLOPEDIA Dunia Jilid 1 hingga 23 yang telah diter-jemahkan oleh Dewan Bahasa

dan Pustaka (DBP) ke bahasa Melayu dari The World Book Encyclopedia mengandungi 386 entri Malaysiana. Ia mencakupi maklumat terperinci berkaitan negara Malaysia meliputi sistem pemerintahan, sosiobudaya, mak-lumat geografi, ekonomi dan per-tanian, serta sejarah pembentukan Malaysia dan kemerdekaannya.

Selain itu, beberapa tokoh yang telah berjasa kepada negara turut diperkatakan, antaranya terma-suklah tokoh-tokoh politik tanah air seperti Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, mantan Per-dana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, tokoh pendidikan, Pro-fesor Diraja Ungku Aziz, pakar bahasa dan linguistik, Profesor Dato' Dr. Asmah Haji Omar, tokoh-tokoh Sasterawan Negara dan tidak

ketinggalan juga sultan dan peme-rintah negeri. Ensiklopedia ini turut memuatkan kisah dan latar belakang keluarga Dato' Sidek yang telah mewarnai persada sukan tanah air melalui kejayaan men-juarai Piala Thomas dalam arena Badminton pada tahun 1992.

Bagi memperkenalkan negara di peringkat dunia, ensiklopedia ini turut memasukkan lokasi-lokasi menarik bagi sektor pelancongan sebagai entri tambahan seperti

kawasan pelancongan air terjun termasuklah Air Terjun Sekayu, Air Terjun Lata Kinjang, Air Terjun Kota Tinggi dan Air Terjun Lubuk Petai.

Selain itu, ensiklopedia ini turut memuatkan pulau-pulau yang men-jadi tarikan, tasik-tasik semula jadi dan buatan manusia, taman-taman pertanian yang berkonsepkan eko-pelancongan serta lokasi-lokasi bersejarah. Antaranya termasuk-lah Pulau Pangkor, Pulau Sipadan,

Tasik Chini, Tasik Kenyir, Tasik Dayang Bunting, Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam, Batu Caves, Bukit Bendera, Bukit Melawati dan Gua Niah.

Maklumat terkini dalam ensi-klopedia ini menjadikan ia sebagai sebuah ensiklopedia yang tepat, terperinci dan autoritatif bagi keperluan rujukan para pelajar di peringkat rendah dan menengah serta rujukan am bagi golongan dewasa.

PADA 6 hingga 7 Mac 2006 lalu, Dawama Sdn. Bhd.

telah mengadakan pameran dan jualan buku sempena Persidangan dan Pameran Tu-lisan Jawi yang berlangsung di Muzium Negara, Kuala Lumpur. Persidangan yang di-anjurkan oleh Perpustakaan Negara dan Jabatan Muzium dan Antikuiti ini diadakan sem-pena Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Kajian dan Pembudayaan Tulisan Jawi antara Kerajaan Malaysia de- ngan Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia yang dirasmikan oleh Y.B. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Sebanyak 130 judul buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah dikete-ngahkan dengan memberi fokus utama kepada buku-buku tulisan Jawi. Antara judul yang mendapat sambutan ialah Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, Daftar Ejaan Rumi Jawi, Buku Mudah Jawi dan Kad Imbasan serta Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan Jawi Jilid I dan II.

Persidangan dan Pameran Tulisan JawiPameran Rentetan Perjuangan Bangsa Peringkat

Negeri Terengganu Darul Iman 2006

PAMERAN Biografi Politik Tunku Abdul Rahman.

DAWAMA DI SANA SINI

Jelajahi Entri Malaysiana dalam Ensiklopedia Dunia

Tempatbersejarah, lokasi

menarik dan tokoh negarawan antara

paparan menarik dalam entriMalaysiana

SESI BICARAKAMUS BESAR ARAB MELAYU

28 MAC 200611.00 pagi - 1.00 tengah hari

Pentas 1

GAMBAR 'Bapa Kemerdekaan' Malaysia semasa detik bersejarah.