isbn cisbn i i 555i75ii piala itu iala - mllpc...s ejajar dengan matlamat pembelajaran bahasa ibunda...
TRANSCRIPT
© 2015 Kementerian Pendidikan Singapura© 2015 Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar cetak atau menerbitkan semula mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa juga secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada pemilik hak cipta buku ini.
Diterbitkan oleh
Kementerian Pendidikan Singapuradan
Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu
Marshall Cavendish EducationTimes Centre, 1 New Industrial Road, Singapore 536196Customer Service Hotline: (65) 6213 9444E-mail: [email protected]: www.mceducation.com
Marshall Cavendish is a registered trademark of Times Publishing Limited
First published 2015
Printed in Malaysia
Saya Suka Piala ItuISBN 978-981-01-2955-2
Nabil&Nabilah
Siri
ISBN 978-981-01-2955-2
9 789810 129552
ditulis oleh
Nirwana Haliza Mohd Halil
Saya Suka Piala Itu
Saya Suka Piala Itu
Saya Suka Piala Itu
Bk1-10_Covers.indd 4 7/14/15 4:09 PM
Sejajar dengan matlamat pembelajaran Bahasa Ibunda ‘Pelajar Aktif, Pengguna Cekap’, salah satu saranan adalah untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembelajaran dan penggunaan bahasa Ibunda. Banyak juga yang masih boleh dilakukan untuk menambah kepelbagaian bahan bacaan dan mencari cara-cara yang kreatif untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid. Oleh itu, Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan guru-guru membina bahan bacaan yang sesuai dalam konteks kehidupan di Singapura.
Projek yang julung-julung kali diusahakan ini bertujuan untuk memupuk minat dan tabiat suka membaca bahan bacaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah. Kedua, usaha ini memperbanyak bahan bacaan yang berlatarbelakangkan Singapura supaya murid dapat didedahkan kepada sejarah dan budaya masyarakat di Singapura.
Kepada guru-guru yang telah menyumbang dalam penulisan buku cerita ini, saya mengucapkan syabas dan ribuan terima kasih atas kerjasama ini. Saya berharap agar usaha anda akan berterusan demi menghasilkan karya-karya yang dapat menyokong pembangunan murid yang cekap dan yakin dalam menggunakan bahasa ibundanya, serta bangga akan bahasa dan budayanya.
Encik Hawazi DaipiSetiausaha Parlimen KananKementerian Pendidikan dan Kementerian Tenaga ManusiaPengerusi, Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC)
SEKAPUR SIRIH
Bk1-10_Prelims.indd 1 7/13/15 3:37 PM
PENGHARGAAN
Para Penulis Buku Nabil&Nabilah
Siri
(Darjah 2)
Roslie Buang Sidik Cef NabilSiti Nurbayah Abdul Rahman Coklat KamiHairani Asri Aku Bangga, SingapurakuNirwana Haliza Mohd Halil Saya Suka Piala ItuZalinah Hassan Tiga SekawanNur Namira Mazlan Kawan Baharu Kami, LestarioSiti Hidayah Taha Hidup BerjiranShaheda Salim Topi DatukNur Wahidah Sidik Seronok ke Ladang TernakanSiti Hana Satipan 1965
Pengurusan Pembinaan Buku Nabil&Nabilah
Siri
Sekretariat MLLPC Rashidah Mohamed Rafei Farizan Mohd Amin Siti Noraini IbrahimPenasihat Projek Haslindah MispanKonsultan Dr Saeda BuangEditor Patimah Jaludin
Bk1-10_Prelims.indd 2 7/13/15 3:37 PM
ditulis oleh
Nirwana Haliza Mohd Halil
Saya Suka Piala Itu
Saya Suka Piala Itu
Saya Suka Piala Itu
(ML)LPCStoryBkP2_Bk4.indd 1 7/13/15 4:16 PM
Wah, syabas!
Ibu, Nabil menang piala emas untuk
peraduan bercerita.
2
(ML)LPCStoryBkP2_Bk4.indd 2 7/13/15 4:16 PM
Abang sungguh hebat! Saya juga mahu piala seperti itu.
3
(ML)LPCStoryBkP2_Bk4.indd 3 7/13/15 4:16 PM
Murid-murid, pada bulan hadapan, sekolah kita akan mengadakan Hari Sukan.
Keesokan harinya…
Hari Sukan
4
(ML)LPCStoryBkP2_Bk4.indd 4 7/13/15 4:16 PM
Saya ingin jadi ketua, Cikgu!
5
(ML)LPCStoryBkP2_Bk4.indd 5 7/13/15 4:16 PM
Baiklah, Cikgu.
Baiklah, Nabilah. Awak akan menjadi ketua pasukan. Pastikan pasukan
kamu berlatih bersungguh-sungguh.
6
(ML)LPCStoryBkP2_Bk4.indd 6 7/13/15 4:16 PM
Semenjak hari itu, Nabilah berlatih dengan rakan-rakannya pada waktu rehat dan juga selepas waktu sekolah.
Ayuh, kita berlatih lagi!
7
(ML)LPCStoryBkP2_Bk4.indd 7 7/13/15 4:16 PM
Hari Sukan pun tiba. Nabilah dan rakan-rakannya cuba melakukan yang terbaik sebagai satu pasukan.
8
(ML)LPCStoryBkP2_Bk4.indd 8 7/14/15 3:33 PM
Nabilah hampir ke garisan penamat. Dia akan menjadi juara. Tetapi…
9
(ML)LPCStoryBkP2_Bk4.indd 9 7/13/15 4:16 PM
Siku Nabilah luka tetapi dia masih mahu berlari.
10
(ML)LPCStoryBkP2_Bk4.indd 10 7/13/15 4:16 PM
Saya mahu piala emas itu!
Sebelum acara memberi hadiah, Nabilah pergi ke meja yang ada banyak piala.
11
(ML)LPCStoryBkP2_Bk4.indd 11 7/13/15 4:16 PM
Nabilah! Nabilah!
Semasa Nabilah berjalan ke arah rakan-rakannya, dia terdengar ada yang memanggilnya.
12
(ML)LPCStoryBkP2_Bk4.indd 12 7/13/15 4:16 PM
Awak panggil saya?
Ya, saya yang memanggil awak, Nabilah.
13
(ML)LPCStoryBkP2_Bk4.indd 13 7/13/15 4:16 PM
Saya tahu awak ingin membawa saya pulang.
Ya. Kami telah berlatih bersungguh-sungguh
tetapi kami tidak berjaya.
Nabilah, janganlah begitu. Saya bangga akan sikap
awak yang tidak putus asa.
14
(ML)LPCStoryBkP2_Bk4.indd 14 7/13/15 4:16 PM
Awak bangga akan saya?
Sudah tentu. Awak terus berlari walaupun terjatuh tadi.
Teruskan usaha awak, Nabilah. Satu hari nanti, saya akan menjadi milik awak.
15
(ML)LPCStoryBkP2_Bk4.indd 15 7/13/15 4:16 PM
Nabilah, awak buat apa di sana? Mari ke sini.
Sebentar, Cikgu.
Tiba-tiba, Cikgu memanggilnya.
16
(ML)LPCStoryBkP2_Bk4.indd 16 7/13/15 4:16 PM
Piala emas, satu hari nanti awak pasti menjadi
milik saya!
17
(ML)LPCStoryBkP2_Bk4.indd 17 7/13/15 4:16 PM
Makan ubat mengikut masa, Usah cepat berputus asa.
18
(ML)LPCStoryBkP2_Bk4.indd 18 7/13/15 4:16 PM