iqra

Upload: siti-khadijah

Post on 08-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

cerpen

TRANSCRIPT

IQRAAmira berlari-lari anak menaiki anak tangga kolej kediaman sambil kepalanya ligat mengingat kembali apa yang ditulis dalam planner hariannya. Amira seorang yang sangat tersusun, segala jadual, aktiviti apa yang ingin dibuat bahkan waktu untuk basuh baju pun ada dicatitnya. Dia juga seorang yang sangat pandai menggunakan masa dengan baik, bila waktu untuk belajar, discussion case, meeting dan sebagainya diatur dan dicoret beserta warna yang berbeza mengikut prioriti dan kategori. Sampai di depan pintu bilik, dia tersenyum lebar, sandal coklat milik kawan sebiliknya, Izzati ada di luar dan dia tidak perlu mencari di mana letaknya kunci bilik, dia masak benar dengan perangai Izzati, mesti tak akan kunci pintu kalau dia ada di dalam. Dah dua tahun mereka tinggal sebilik, segala tindak tanduk, perangai, kesukaan anak gadis jati Johor itu ada dalam poketnya. Fikiran Amira jauh menerawang, teringat kembali saat-saat mereka mulai kenal sewaktu hari pertama berdaftar di sebuah kolej perubatan, sewaktu itu Izzati sedang menguruskan borang pendaftaran dan tanpa disedari kad pengenalannya jatuh. Amira juga ingin mendaftar dan tiba-tiba dia melihat kad pengenalan tersebut dan mengambilnya. Pada saat itu dia melihat seorang perempuan berkemeja merah dan memakai jeans biru sedang mencari-cari sesuatu di dalam beg, mukanya kelihatan gelisah.Assalamualaikum, awak cari ni ke? sambil tangannya menghulurkan kad pengenalan tersebut ke arah Izzati. oh haah itu aku punya, mati-mati aku ingat tertinggal atau hilang tadi, mana kau jumpa ni dahinya berkerut memikirkan perihal kad pengenalannya tadi.Saya tengah berjalan kat depan tadi dan terjumpa ic ni, mungkin ada yang tercicir, bila saya tengok wajah dalam ic ni mirip dengan awak dan awak sedang mencari sesuatu terus saya tanya.oh, thanks a lot! By the way, nama aku Izzati, panggil Zet je tangannya menghulurkan salam kepada Amira.Nama saya Amira, panggil Mira jawab Amira sambil menyambut huluran tangan Izzati. Sewaktu itu, keluarga Izzati turut berada di situ dan mereka pun mulai berkenalan dengan ibu dan ayah Amira. Selepas berborak-borak, mereka bersetuju untuk minta tinggal sebilik di kolej tersebut memandangkan masing-masing juga tidak mempunyai kenalan lain. Izzati pada lahiriahnya memang agak berwatak agak kasar, namun apabila semakin lama dia mengenalinya ternyata Izzati seorang yang sangat lembut hatinya, mudah tersentuh dan menangis. Izzati yang dahulunya susah nak solat cukup lima waktu sehari kini dah rajin solat berjemaah, mulai berjinak-jinak memakai tudung. Watak mereka memang berbeza, tapi mereka boleh menjadi kawan sebilik dan kawan rapat sampai sekarang. Tersengih sendiri Amira bila mengingatkan kisah tersebut. Pintu bilik dikuaknya. Izzati sedang berbaring sambil tangannya memegang iphone kesayangannya. Seperti biasa, kalau tidak update status dekat facebook, izzati biasanya akan update gambar di instagram miliknya. Izzati ramai follower pada akaun instagram miliknya, instafamous kata orang. Izzati pandai mengambil gambar yang cantik dan mengarang caption yang best, mungkin itu menjadi kelebihan buatnya.hey, Mira kau dah kenapa tersengih macam kerang busuk je teringat dekat dr. Marcel ye. Kau dari kelas Surgery kan tadi? Izzati membayangkan dr. Marcel yang masih muda, handsome dan pandai membuatkan mereka tak kering gusi itu sedang mengajar.ish, mana adalah Amira mencuit pinggang Izzati dan terus ketawa. Dia tidak menyangka yang dia masih lagi tersenyum mengingatkan detik pertemuan pertama mereka. kau buat apa tu? tanya Amira.ni haaatengah scroll facebook, macam-macam hal berlaku sekarang ni, perang sana-sini, sampaikan kadang-kadang krisis dunia apa yang berlaku, warga Palestin hari-hari dihantui dengan bom dan pembunuhanso apa tindakan yang perlu kita buat Amira sengaja memancing pertanyaan.nak buat apa? Kita bukan ada kuasa apa-apa punada baca kisah kenapa Israel memerangi Palestin?Tak, ni pun kalau orang post dekat Fb takdenya nak bacasebab itulah kita tak pernah nak maju, sikap malas nak baca, oh aku tak cakap dekat kau sorang, aku pun sama dan majoriti muslim ada satu persamaan, malas membaca. Aku cakap majoriti tau, orang Malaysia majoriti pun Islam dan ada masalah yang samaAmira teringat yang naqibahnya pernah bercerita tentang moche Dayan, seorang pemimpin militer dan ahli politik Israel yang menulis tentang perancangan zionis hendak menduduki Palestin. Bila diwawancara dan ditanya tidak takutkah dia menulis sebab nantinya akan ada orang Arab yang membaca, jawapannya: Yakinlah, orang-orang Arab adalah bangsa yang tidak membaca, dan jika mereka membaca mereka tidak memahami, dan jika mereka memahami mereka tidak bertindak.Deep betul bunyinya. Terasa menusuk sampai ke sumsum tulang. Tapi itulah realiti yang sebenarnya terjadi pada masa kini pun, malas membaca. Kalaupun baca, tak faham. Dan kalau faham pun takde action. Hmmm..selepas solat maghrib semalam kan kau ada cerita dekat aku tentang surah Quraisy, tentang bagaimana Allah memberi nikmat dekat kaum Quraisy dengan mereka bebas kemana-mana untuk berniaga, kunjungan dan melancong tanpa ada sesiapa yang berani mengganggu dan menyekat, Allah beri mereka makanan, buah buahan walaupun tempat mereka sebenarnya kering kontang, entah mengapa aku rasa tertarik dan sewaktu engkau pergi kelas pagi tadi aku dengan tak sengaja usha rak buku kau dan terjumpa buku ni. Izzati menunjukkan sebuah majalah dakwah kontemporari dan menjadi bahan bacaan remaja sekarang. Amira pun turut sama menggemarinya sebab bahasa yang digunakan santai dan kena dengan jiwa. Keluaran pada setiap bulan akan ada tema yang ditekankan. Majalah keluaran November itu bertemakan manusia pelupa. Banyak kisah-kisah tentang manusia yang kufur nikmat sampaikan Allah turunkan bencana pada mereka seperti mana kisah umat terdahulu. Begitu juga dengan kisah yang Izzati baca tentang kaum Quraisy tersebut. Mereka lupa akan nikmat yang Allah kurniakan, barangkali sudah terbiasa hidup dalam kesenangan dan ketenangan.kau dah habis baca ke?Belum, kau tahulah aku kan, mana pernah rajin nak baca. Belek-belek bolehla, tapi aku sangat terkesan dengan beberapa artikel yang aku baca tentang nikmat dan keselesaan yang Allah beri pada aku selama ini tapi tak pernah aku hargai, Allah dah beri aku nikmat kesihatan, keluarga yang sangat memahami walaupun aku selalu melawan mereka dan kau, sahabat yang banyak mengajar aku ke arah kebaikan mata Izzati berkaca. Benarlah, kadang-kadang kita lupa akan nikmat yang Allah beri pada kita setiap hari, mungkin sebab dah terbiasa. Nanti kalau nikmat tu hilang barulah kita akan merasa kehilangan. Contoh paling mudah adalah nikmat dapat menghirup udara setiap hari, sebab dah terbiasa menghirup udara tanpa susah dan payah kita lupa itu juga nikmat. Bila Allah datangkan ujian sesak nafas baru kita dapat rasa yang selama ini nikmat bernafas tak pernah kita syukuri sambung Amira.Selepas Amira melepaskan tudungnya, terdengar bunyi azan asar dari masjid. Jom solat! sapa lambat dia jadi imam kata Izzati sambil ketawa dan meluru ke tandas untuk berwuduk. Itulah kebiasaan mereka, bergurau senda dan bergelak ketawa, rapat dah macam adik-beradik.ish, ingat dah insaf baca buku tadi getus Amira samba. tersenyum melihat gelagat kawannya itu. nanti kalau nak baca apa-apa buku dari rak aku, ambil je, siapa tahu lama-lama kau lebih suka menghadap buku dari gadjet kau yang serba canggih tu kata Amira lagi sambil ketawa.Jauh dalam hatinya, dia merasa sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan Izzati, banyak perubahan yang telah Izzati lakukan semenjak hari pertama mereka kenal. Dia yakin, aturan Allah itu memang yang terbaik, pasti ada hikmahnya mengapa Allah tempatkan dia di situ.

Iqra.Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.(Al-Alaq, 96: 1-5)

Oleh: Siti Khadijah Binti Said6