(654€¦ · 2. amalan-amalan sunnah di bulan ramadan 12 3. ramadan bulan al-quran 17 4. al-quran...

138

Upload: others

Post on 18-Oct-2020

47 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

Taujihat 30

Page 2: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

1

SIRI PENDIDIKAN

30 TAUJIHAT

RAMADAN

Ustaz Mohd Azizee Hasan Ustaz Razman bin Ibrahim

Page 3: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

2

Diterbitkan oleh:

Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia

PT 12395 C Jalan BBN 1/7D,

Putra Point, Bandar Baru Nilai

71800 Nilai Negeri Sembilan

Tel: 06-8569003 Emel: [email protected]

@2020 Mohd Azizee Hasan/Razman Ibrahim

Hak Cipta Terpelihara

Semua hakcipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam

buku ini tidak boleh diterbitkan semula dalam apa jua

bentuk dan cara tanpa izin bertulis terlebih dahulu dari

penerbit.

Page 4: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

3

ISI KANDUNGAN

1. Merebut Ganjaran Kebaikan Bulan Ramadan 6

2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12

3. Ramadan Bulan al-Quran 17

4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20

5. Tadabbur Surah Iqra’ 23

6. Ramadan dan Takwa 27

7. Keistimewaan Orang Bertakwa 31

8. Menjiwai Maqasid Ramadan 35

9. Bertakwa untuk menjadi ‘A Winner’ 39

10. Puasa Perisai Dunia dan Akhirat 42

11. Covid-19 Tingkatkan Sedekah 46

12. Jadilah Hamba Allah bukan Hamba Ramadan 51

13. Puasa dan Kesihatan Hati 55

14. Berkat Sahur 58

15. Ramadan Bulan Kesabaran 62

16. Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Inikan Pula Puasa 66

17. Keberkatan al-Quran 69

18. Ramadan Bulan Jihad 72

19. Ibrah Perang Badar Kualiti vs Kuantiti 85

20. Nuzul al-Quran Mencari Spirit yang Hilang 88

21. Berjayakah Puasa Kita? 92

22. Menghidupkan Iktikaf Di 10 Terakhir Ramadan 94

23. Keindahan Mukjizat al-Quran 100

24. Nilai Iman Dalam Perjuangan 105

25. Memburu Lailatul Qadar 109

26. Bilakah Lailatul Qadar? 115

27. Dambakan Kemaafan, Harapkan Keampunan 117

28. Muhasabah Ramadan 121

29. Raikan Syawal dengan Ceria, Syukur Pada Yang Esa 128

30. Puasa 6 Syawal 133

Page 5: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

4

KATA PENGANTAR

ه ونستعينه ونستغفره ونعوذ ابهلل من شرور أنفسنا ومن سيئات حنمد هلل احلمد أعمالنا، من يهد هللا فال مضل له ومن يضلل فال هادي له، أشهد أن ال اله إال

أما بعد ورسوله،وأشهد أن حممدا عبده هللا وحده ال شريك له،Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi, siri

kompilasi 30 Taujihat Ramadan berjaya dihimpunkan. Ia adalah

himpunan siri-siri tazkirah yang dimuatkan di dalam facebook

untuk dimanfaatkan seputar mengenai kelebihan bulan Ramadan,

nilai puasa dalam kehidupan serta pengaruh al-Quran dalam

membentuk manusia yang bertakwa.

Bulan Ramadan merupakan bulan keberkatan, bulan kerahmatan

dan bulan keampunan. Ramadan merupakan madrasah tarbiyah

untuk mendidik manusia dengan nilai-nilai Robbaniy dengan satu

kelahiran manusia baharu yang bersifat fitri dan bersih daripada

segala dosa dan noda.

Melalui perintah puasa kita diajar makna keikhlasan, kesungguhan

yang menjadi pra syarat untuk kita mencapai darjat takwa.

Perintah puasa yang diselangi dengan ayat-ayat yang

membicarakan penurunan al-Quran menjadi instrumen penting

untuk membina kekuatan umat.

Siri-siri tazkirah ini yang dihimpunkan sebagai 30 Taujihat

Ramadan adalah mengambil spirit al-Quran sebagai kitab ‘az-

Zikr’ (memberi peringatan). Benarlah firman Allah di dalam Surah

az-Dzariyat: Ayat 55;

Page 6: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

5

‘Dan berilah peringatan, kerana peringatan itu memberikan

manfaat kepada orang-orang yang beriman’.

Semoga himpunan taujihat ini memberikan kebaikan kepada kita

semua dalam memahami fiqh puasa dan nilai al-Quran dalam

kehidupan kita. Kita mengharapkan Ramadan benar-benar

mendidik dan menterjemahkan makna takwa yang menjadi

tunjang utama pensyariatan puasa.

Terima kasih tidak terhingga juga kepada sahabat saya Ust.

Razman bin Ibrahim yang turut menyumbang idea dan tulisan bagi

melengkapkan himpunan taujihat ini. Tidak lupa juga kepada

teman-teman yang sentiasa memberikan dorongan serta keluarga

yang bersabar meskipun berdepan dengan pelbagai kekangan.

Semoga usaha kecil ini diberkati dan menjadi pemberat amal di

akhirat nanti.

Mohd Azizee Hasan

Seremban, Negeri Sembilan

Page 7: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

6

Taujihat 1

MEREBUT GANJARAN KEBAIKAN BULAN RAMADAN

من صام رمضان إيميانا وسلهم:عن أبي هري رة قال قال رسول اللهي صلهى الله عليهي م مين ذنبيهي (.760(، ومسلم )38رواه البخاري ) واحتيساابا غفير له ما ت قده

لة ومن قام رمضان إيميانا واحتيساابا غفير م مين ذنبيهي. ومن قام لي القدري له ما ت قدهم مين ذنبيهي( متفق عليهإيميانا واحتيساابا غفير له ما ت قده

Daripada Abi Hurairah r.a katanya bahawa Rasulullah SAW

bersabda: ‘Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan

penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan ganjarannya), maka

akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu’ (Riwayat Bukhari

(38)/Muslim (760)

‘Barangsiapa yang mendirikan (solat) pada bulan Ramadan

dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan ganjarannya),

maka akan diampunkan dosa-dosanyan yang lalu’.

‘Barangsiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatul Qadr

dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan ganjarannya),

maka akan diampunkan dosa-dosanyan yang lalu’ (muttafaqun

‘alaih)

Page 8: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

7

Ulasan Hadis:

1. Hadis menceritakan kelebihan puasa di bulan Ramadan. Ia

juga menjelaskan kelebihan bulan Ramadan, kedudukannya yang

agung di mana Allah memuliakannya dengan penurunan al-Quran.

2. Hadis ini juga menjelaskan keutamaan dan kelebihan waktu-

waktu malam di bulan Ramadan dan menerangkan betapa luasnya

rahmat Allah SWT ke atas hambaNya yang melakukan dosa dan

kejahatan.

3. Hadis ini juga adalah bukti bahawa orang-orang solih dan

bertaqwa tidak terlepas dari terjebak ke dalam perkara maksiat dan

kejahatan sebagaimana firman Allah dalam Surah Ali-‘Imran:

Ayat 135.

شةا أو ظلموا أن فسهم ذكروا الله فاست غفروا ليذنوبييم ومن }والهذيين إيذا ف علوا فاحيروا على ما ف علوا وهم ي علمو ول يصي نوب إياله الله ن{ ]آل عمران: ي غفير الذ

135].

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji

atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu

memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang

dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? dan mereka tidak

meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui”.

Page 9: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

8

4. Allah juga menjelaskan bahawa ketaatan dan mendekatkan diri

kepadaNya adalah sebab diangkat kemuliaan hamba.

علييم خبيري إينه أكرمكم عيند اللهي أت قاكم إينه الله قال هللا تعاىل:"

(13")احلجرات: “Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah

ialah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha

Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

5. Puasa yang diberi ganjaran itu mestilah memenuhi dua (2)

syarat asasi iaitu:

i. Menyakini bahawa kewajipan puasa itu datangnya

daripada Allah

ii. Merebut ganjaran Allah dalam melaksanakannya tanpa

wujud perasaan riya’ atau menunjuk-nunjuk, mencari

populariti, tiada perasaan takut atau malu kepada manusia

dalam melaksanakan perintah tersebut.

6. Dalam melakukan ibadah ini perlu disertai dengan ‘ihtisab’ dan

ikhlas kepada Allah. Ibnu Battal dalam Syarah Bukhori (21/4)

menyebut bahawa hadis ini adalah dalil jelas bahawa amal solih

Page 10: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

9

tidak akan bersih dan diterima melainkan dengan ihtisab dan niat

yang benar sebagaimana Hadis Nabi SAW:

األعمال ابلنيات، ولكل امرئ ما نوى(امنا )

Maksudnya: ‘Setiap amalan itu dengan niat, dan setiap orang

diterima amalannya berdasarkan apa yang ia niatkan.’

(muttafaqun ‘alaih)

7. Ganjaran pahala beribadah pula terikat dengan pelaksanaanya

secara sempurna. Manakala ganjaran berpuasa di bulan Ramadan

pula bergantung kepada penyempurnaan syarat-syarat puasa dan

tidak ada melakukan perkara yang menghalang syarat tersebut. Al-

Mubarakfuri menyebut di dalam kitab ‘Mar’aat al-Mafatih’

tentang maksud ‘من صام رمضان’ atas nasob kepada zorof fi bahawa

sesiapa yang berpuasa sepenuhnya dengan sebab ada kemampuan

atau berpuasa separuh harinya disebabkan uzur syarie dan dia

berniat adalah semata-mata untuk puasa, maka dia mendapat

ganjaran tersebut.

8. Amal yang diterima Allah ialah amalan yang dilakukan dengan

niat yang betul, mengharap ganjaranNya dan ada sifat ketamakan

untuk mengejar redha Allah dan syurgaNya. Al-Aini r.a dalam

kitabnya ‘Umdatul Qari’ menghuraikan maksud ‘ihtisab’ di sini

ialah ‘kerana dia berpuasa itu untuk mendekatkan diri kepada

Page 11: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

10

Allah dan niat merupakan syarat untuk mencapai tujuan taqarrub

itu’.

9. Al-Khitabi pula menyebut: ‘Ihtisab’ adalah niat dan keazaman

iaitu dia berpuasa dengan makna bersungguh-sungguh mencari

ganjaran pahalanya, jiwa yang baik, tidak ada rasa benci atau berat

dalam melakukan puasa tersebut bahkan dia merebut sepanjang

hari puasa itu untuk ganjaran pahala yang besar. Baghawi pula

mengatakan maksud ‘ihtisab’ itu ialah mencari redha Allah dan

ganjaranNya.

10. Manakala maksud orang yang mendirikan malam-malam

Ramadan di sini ialah melakukan apa sahaja amalan-amalan yang

mendekatkan diri kepada Allah. Manakala amalan yang paling

utama di sini ialah medirikan solat. Al-Harawiy menyebut maksud

ialah dia menghidupkan malam-malamnya atau ’من قام رمضان ‘

sebahagian besar malam-malam atau pada beberapa malam

dengan mendirikan solat sunat Terawih atau selain daripada itu

seperti tilawah al-Quran, berzikir, tawaf dan sebagainya.

Manakala kelebihan bangun beribadat pada malam Lailatul Qadr

pula ialah melakukan segala bentuk ketaatan yang bersifat umum

sekalipun seorang muslim itu tidak mengetahuinya bentuk dan

jenis amalan tersebut.

Page 12: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

11

11. Maghfirah (keampunan) di sini ialah Allah mengampunkan

dosa-dosa kecil sahaja yang bukan dosa-dosa besar dengan syarat

dia bertaubat sebagaimana pandangan majoriti para ulama. Ada

sebahagian ulama mengatakan dosa-dosa besar juga diampunkan

Allah.

12. Termasuk maksud mendirikan malam-malam itu ialah

mendirikan apa-apa ibadat pada waktu malam walaupun hanya

dengan solat terawih. Jika seseorang mendirikan solat terawih

tanpa solat-solat lain ia termasuk dari maksud ini. Apatah lagi

kalau sesorang itu menghidupkan malam-malam Ramadan dengan

solat-solat malam, maka besarlah ganjarannya.

13. Hadis ini menerangkan bahawa puasa dan solat merupakan

sebaik-baik ketaatan dan amalan di bulan Ramadan. Ia merupakan

amalan yang paling baik bagi hambaNya untuk mendekatkan diri

kepada Allah.

14. Setiap amalan yang dilakukan hendaklah mengambil kira

sebab-sebabnya agar kita beroleh ganjaran dan mencapai maqasid

(tujuan) puasa.

Page 13: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

12

Taujihat 2

AMALAN-AMALAN SUNNAH DI BULAN RAMADAN

1. Segera Berbuka

Rasulullah SAW bersabda: “Manusia akan sentiasa dalam

keadaan baik, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa.

Berbeza dengan orang Yahudi dan Nasrani yang selalu

melewatkan berbuka puasa.” (Riwayat Abu Daud)

Dari Sahl b. Saad R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mana dia

menyegerakan berbuka puasa” (Muttafaqun ‘Alaih)

2. Berbuka dengan tamar

Dari Salman b. ‘Amir ad-Dhabbiy as-Sohabiyy R.A bahawa

Nabi SAW pernah bersabda: “Apabila salah seorang daripada

kamu berbuka puasa, hendaklah dia berbuka dengan tamar

(kurma), jika tidak ada, berbukalah dengan seteguk air kerana ia

suci.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi: Hasan Sahih).

Dari Anas R.A pernah berkata: “Bahawa Rasulullah SAW

berbuka puasa sebelum mengerjakan solat dengan beberapa

rutob (kurma basah), jika tidak ada dengan kurma-kurma kecil,

jika tidak ada, dengan air.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi:

Hadis Hasan)

Page 14: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

13

3. Melewatkan Sahur

Sabda Rasulullah SAW:

“Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada keberkatan.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Zaid b. Thabit R.A pernah berkata: “Kami pernah bersahur

bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangun mengerjakan

solat, pernah dikatakan, berapakah jarak antara dua masa tersebut?

Jawab baginda: “dengan kadar bacaan lima puluh ayat.”

(muttafaqun ‘alaih)

4. Meninggalkan perkataan kotor, cercaan dan perkataan lagho

(sia-sia)

Rasulullah SAW bersabda: “Puasa itu bukan hanya menahan diri

daripada makan dan minum tetapi puasa adalah menahan daripada

perkataan sia-sia dan kotor.”

Dari Abi Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

“ Bahawa Allah azzawajalla berfirman: Setiap amalan anak Adam

baginya pahala kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah

untuk aku, dan aku akan memberikan ganjarannya, puasa itu

perisai, jika salah seorang daripada kamu berpuasa maka

hendaklah dia tidak bercakap keji, bercakap kotor dan maki

hamun), jika ada yang mencelanya atau untuk membunuhnya,

hendaklah dia menyebut: ‘sesungguhnya aku berpuasa..’

(muttafaqun ‘alaih).

Page 15: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

14

5. Menunaikan Solat Terawih dan merebut ganjaran Lailatul Qadr

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menghidupkan

malam Ramadhan (Solat Terawih) dengan iman dan

mengharapkan ganjaran pahala, maka akan diampunkan dosa-

dosanya yang lalu”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menghidupkan

solat pada malam Lailatul al-Qadr dengan iman dan

mengharapkan ganjaran pahala, maka akan diampunkan dosa-

dosanya yang lalu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Aishah R.A pernah berkata: “Bahawa Rasulullah SAW

pernah bersabda: ‘Carilah malam Lailatul al-Qadr pada malam-

malam ganjil dari sepuluh terakhir Ramadhan”. (Riwayat

Bukhari).

6. Menghidupkan malam

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menghidupkan

malam Ramadhan dengan iman dan mengharapkan ganjaran

pahala, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Memanfaatkan Ramadhan dengan berzikir dan bersedekah

Pernah ditanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah sedekah yang

paling afdhal? Maka jawab Baginda SAW: “Sedekah di bulan

Ramadhan.”

Page 16: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

15

Dari Zaid bin Khalid al-Juhuniyy R.A, dari Nabi SAW pernah

bersabda:

“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berbuka puasa,

maka baginya pahala sepertimana orang yang berpuasa, tidak akan

berkurang sedikit pun pahalanya seperti orang yang berpuasa”.

(Riwayat Tirmizi: Hadis Hasan Sahih)

Dari Ibnu Abbas R.A pernah berkata: “Adalah Rasulullah SAW

merupakan semulia-mulia manusia, Baginda amat mulia (paling

pemurah) terutama di bulan Ramadhan.” (Muttafaqun ‘Alaih)

8. Berdoa sepanjang hari khususnya ketika berbuka

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya orang yang berpuasa,

tidak akan ditolak doanya.” (Riwayat Ibnu Majah)

9. Menghidupkan sepuluh malam terakhir

Di dalam satu hadis sahih: “Adalah Nabi SAW apabila masuk 10

terakhir Ramadhan, Baginda menghidupkan malam, mengejutkan

ahli keluarganya untuk bangun malam dan meninggalkan tempat

tidur”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Aishah R.A: “Bahawa Nabi SAW bersungguh-sungguh di

bulan Ramadhan yang tidak Baginda lakukan pada bulan lain,

pada sepuluh malam yang terakhir yang tidak Baginda lakukan

pada malam-malam lain.” (Riwayat Muslim)

Page 17: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

16

10. Iktikaf terutama di sepuluh terakhir Ramadhan.

Dalam satu hadis: Ibnu Umar RA berkata:

Rasulullah SAW sentiasa beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.”

(Muttafaqun ‘Alaih)

Dari Aishah R.A bahawa Nabi SAW beriktikaf pada 10 terakhir

Ramadhan sehingga Allah mewafatkannya, kemudian diikuti para

isterinya” (Muttafaqun ‘Alaih)

11. Tilawah dan tadarus Al-Quran

Dari Ibnu Abbas R.A pernah berkata: “Adalah Nabi SAW orang

yang paling pemurah dengan kebaikan. Dia (Nabi SAW) lebih

pemurah lagi di dalam bulan Ramadan apabila didatangi oleh

malaikat Jibril. Adalah Jibril bertemu Nabi SAW setiap malam di

bulan Ramadan sehingga pagi dan mengemukakan Al-Quran

kepada Nabi SAW. Apabila Nabi SAW bertemu Jibril, Baginda

SAW menjadi lebih pemurah daripada angin yang bertiup”

(Muttafaqun ‘Alaih)

Semoga Ramadhan tahun ini disambut dengan KPI berasaskan Al-

Quran dan As-Sunnah.

Page 18: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

17

Taujihat 3

JADIKAN RAMADAN BULAN BERDAMPINGAN DENGAN

AL-QURAN

1. Antara keistimewaan Ramadan berbanding bulan-bulan

lain ialah Allah mengkhususkannya dengan keagungan al-Quran.

Keagungan Ramadan terikat dengan dengan keagungan al-Quran.

2. 2 sebab kehebatan Ramadan iaitu diturunkan al-Quran

pada malam Lailatul Qadar dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di

langit dunia. Keduanya adalah bulan Ramadan merupakan bulan

kesungguhan yang tidak terhenti pada ibadat puasa tetapi juga

segala bentuk amalan ketaatan.

3. Ini diperkuatkan dengan hadis Nabi SAW yang diceritakan

oleh Ibnu Abbas bahawa Baginda Rasulullah SAW adalah insan

yang paling terbaik di kalangan manusia dan Baginda SAW adalah

sebaik-baik manusia di bulan Ramadan.

4. Baginda SAW adalah orang paling terbaik dalam

melakukan amalan-amalan kebaikan di bulan Ramadan. Antara

bentuk amalan terbaik yang Baginda SAW lakukan di bulan

Ramadan ialah bertadarus al-Quran.

5. Hadis Ibnu Abbas ini telah disimpulkan oleh Ibnu Rejab di

dalam kitabnya Lataif Ma’arif tentang galakan memperbanyakkan

tilawah al-Quran di bulan Ramadan.

6. Para salafussoleh bersungguh-sungguh dalam menjadikan

Ramadan bulan al-Quran. Terdapat di kalangan para sahabat r. a

Page 19: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

18

yang mengkhatamkan al-Quran setiap tiga hari di malamnya, ada

yang tujuh hari seperti Qatadah dan ada yang selama 10 hari

seperti Abu Raja’ al-Atoridi.

7. Terdapat juga di kalangan para salafussalih seperti al-

Aswad membaca al-Quran di dalam solat dan di luar waktu solat

dan beliau menghabiskan bacaan al-Quran untuk tempoh dua

malam.

8. An-Nakhaie pula melakukannya dengan mengkhatamkan

al-Quran dalam masa dua hari pada 10 malam terakhir Ramadan

berbanding pada bulan-bulan lain iaitu selama 3 hari.

9. Qatadah pula kebiasaannya mengkhatam al-Quran selama

7 hari dan pada bulan Ramadan setiap 3 hari, manakala pada akhir

Ramadan beliau mengkhatamkannya setiap malam.

10. Imam Syafie mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali

di bulan Ramadan, begitu juga Imam Abu Hanifah.

11. Qatadah juga menjadikan bulan Ramadan masa untuk

mempelajari dan mentadabbur al-Quran. Imam Zuhri pula apabila

tiba Ramadan, beliau banyak bertilawah dan memberi makan

kepada saudara seIslam.

12. Ibnu Abdul Hakim menyebut bahawa Imam Malik apabila

tiba Ramadan, meninggalkan membaca hadis dan mendampingi

majlis ilmu sebaliknya menumpukan kepada tilawah al-Quran.

Begitu juga Sufyan at-Thauri meninggalkan ibadat-ibadat sunat

Page 20: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

19

yang lain dan memperbanyakkan membaca al-Quran sebagaimana

yang diceritakan oleh Abdul Razzak.

13. Diceritakan bahawa Aishah R.A membaca al-Quran di

awal siang hari dan apabila terbit matahari keesokannya barulah

beliau tidur.

14. Sufyan menyebut bahawa Zabid al-Yami apabila tiba

Ramadan, beliau meminta didatangkan mushaf lantas mengumpul

sahabat-sahabatnya untuk bersama-sama bertilawah.

15. Jelas sekali para salafussoleh mencontohi Baginda Nabi

SAW dalam menjadikan Ramadan bulan al-Quran. Rasulullah

SAW adalah qudwah terbaik buat kita dalam melakukan kebaikan

diikuti para salafussoleh. Lantas bagaimana kita pula dalam

mencontohi jejak langkah mereka?. Ayuh mari kita jadikan al-

Quran dekat di hati kita agar ia menjadi syafaat dan cahaya hidup

kita.

Page 21: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

20

Taujihat 4

AL-QURAN SUMBER ENERGI UMAT

Firman Allah di dalam Surah al-Isra’ ayat 9:

ا القرآإن ه ن ي هدي للت هي أ ق و م ذ

“Maksudnya: Sesungguhnya al-Quran ini memandu ke

jalan lurus”

1. Allah SWT telah memberikan keistimewaan Ramadhan ini

dengan memuliakannya dengan syariat puasa. Begitu juga

kemulian Ramadhan ini dengan penurunan al-Quran sebagai

manual panduan kepada umat Islam.

2. Pakej Ramadhan yang diisi dengan kefardhuan puasa dan

wahyu al-Quran ini memberikan isyarat betapa umat Islam perlu

kembali menjadikan al-Quran sebagai rujukan terbesar dalam

kehidupan mereka, sumber perundangan dan asas-asas kehidupan

mereka dalam semua perkara, dari soal wuduk hingga bernegara.

3. Betapa saban tahun, kita melihat umat Islam memasuki

Ramadan tanpa menjadikan al-Quran kitab panduan mereka, KPI

bagi kehidupan mereka, bahkan ada yang menyeleweng daripada

kefahaman al-Quran, berpaling daripada mengikuti ajaran-ajaran

al-Quran sehingga ada yang mencerca dan menghina al-Quran.

4. Al-Quran yang sepatutnya menjadi sumber energi

kekuatan umat, telah hilang dan lenyap dari hati-hati umat Islam.

Page 22: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

21

Umat Islam tidak berusaha menggali dan meneroka, mencari spirit

dan kekuatan al-Quran bagi memajukan diri mereka sama ada dari

aspek keilmuan, ekonomi, politik, pendidikan dan kepemimpinan.

5. Dalam dunia pembangunan sumber manusia hari ini, kita

bercakap soal IQ, EQ, SQ dan sebagainya. Asas kepada

kecemerlangan IQ, EQ dan SQ berpaksikan kepada kecerdasan al-

Quran (QQ). Al-Quran inilah telah melahirkan rijal-rijal umat,

membina ummah Islamiyah, mengangkat pemerintahan Islam dan

membentuk wilayah tamadun Islam.

6. Al-Quran inilah telah menempa dan merubah hati Umar

Al-Khattab sehingga membentuk beliau menjadi pahlawan dan

Khalifah Islam yang hebat dan dikenali. Al-Quran inilah yang

menukar bangsa Arab dari jahiliyah kepada Islam. Al-Quran inilah

telah membina masyarakat Islam dan Daulah Islam Madinah. Al-

Quran inilah telah menjadi asas kepada peluasan wilayah Islam

sehingga menebar sebagai kuasa dunia (Ustaziyatul ‘Alam) dan

menjadi satu tamadun besar Islam (Hadharah Islamiah Kubra).

7. Justeru hadirnya Ramadan bukan sekadar kita bertilawah

dan bertadarus tetapi memaknakan al-Quran sebagai asas

kebangkitan dan kekuataan kita. Mentadabbur surah Iqra’ sebagai

surah pertama diturunkan mengajar kita 3 kata kunci membangun

peradaban iaitu Iqra’ (membaca), khalaqa (mencipta) dan

‘allama (transformasi ilmu).

Page 23: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

22

8. Semua ini diungkap dengan kata kerja yang menuntut

umat bekerja. Bekerja dalam konteks ini ialah membina budaya

ilmu, budaya berfikir, budaya mencipta dan budaya meneroka

lantas menjadi bangsa pemimpin dan peneraju. Hanya bangsa

yang memimpin mampu mengepalai proses pembinaan tamadun

lalu bangsa-bangsa lain menjadikan mereka sumber ilmu dan

pengetahuan. Itulah yang berlaku kepada Islam di zaman

kegemilangan mereka di zaman Abbasiyah.

9. Covid-19 mesti difahami dalam kerangka qurani supaya

umat bangkit mencipta kekuatan dalam kegagalan sistem Barat.

Mendepani cabaran masa depan menuntut daya fikir dan daya

taakul yang tinggi yang sering kali diingatkan oleh Allah SWT

dalam al-Quran agar kita semua menjadi pemimpin Ulul Albab.

Hanya pemimpin bersifat Ulul Albab mampu membaca, menafsir,

mencipta dan mengambil ‘ibrah dan pelajaran di sebalik ujian

Covid-19 ini. Apakah kamu tidak berfikir?.

Page 24: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

23

Taujihat 5

TADABBUR SURAH IQRA’

Firman Allah Taala di dalam surah al-‘Alaq (ayat 1-5) yang

bermaksud:

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah

menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan

Tuhanmu yang Maha pemurah. Yang mengajar manusia apa

yang ia tidak tahu..”

Sinopsis Umum

1. Ayat 1-5 merupakan ayat terawal diturunkan ke atas

junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ketika Baginda

menyendiri di Gua Hira.

2. Ayat ini diturunkan ketika alam ditimbuni kegelapan

jahiliyyah, ketika dunia didominasi kebejatan sosial, ketika

kezaliman dan penindasan bermaharajalela dan ketika

manusia hilang petunjuk dan pedoman.

3. Ayat 1-5 adalah penyuluh kepada satu kehidupan, cahaya

penyelamat kepada insan, penunjuk kebaikan buat umat dan

pelopor kepada satu kebangkitan dengan pengutusan seorang

Rasul, murabbi agung kepada alam jagat ini.

4. Ayat ini diturunkan di saat manusia teraba-raba mencari

cahaya penyelamat akibat kesengsaraan hidup perhambaan

kepada makhluk, mendewa-dewakan sistem ciptaan manusia

Page 25: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

24

yang jelas membawa kepada kebangkrapan nilai dan tatanan

cara hidup bernegara.

5. Ayat ini adalah isyarat bahawa dunia memerlukan seorang

penyelamat ketika dihimpit dengan pelbagai penyakit kronik

akibat jiwa yang gersang dari nilai-nilai Rabbani yang

mengupayakan mereka keluar dari kemelut yang dahsyat ini.

Budaya Iqra dan Pendidikan Umat

1. Kunci kemajuan sesuatu umat terletak kepada proses

pendidikan umat tersebut. Proses inilah berpaksikan

kepada budaya Iqra’ (membaca). Membaca dengan

maksud memperdalamkan kualiti ilmu dan

mengukuhkan institusi keilmuan.

2. Budaya berfikir secara kritis dan kreatif adalah asas

kepada budaya Iqra’. Proses pengulangan (latihan

bertubi-tubi) adalah mekanisme pemantapan dan

pengukuhan ilmu. Allah SWT mengungkapkannya

sebanyak dua kali dalam bentuk arahan.

3. Berfikir dalam lapisan yang berbeza-beza sehingga

menghasilkan jawapan dan solusi yang mantap

berdasarkan ungkapan Iqra’ kali kedua. Ia juga

menuntut bahawa proses membaca tidak sekadar secara

literal tetapi kepada tingkatan analisis, sistaksis dan

Page 26: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

25

mampu membuat rumusan dan penilaian dari idea yang

dicerna.

4. Kemajuan sesuatu bangsa diukur berdasarkan

keupayaan bangsa itu menghidupkan tradisi keilmuan

dan budaya berfikir sehingga menghasilkan masyarakat

berilmu (knowledge society).

5. Berilmu tidak sama dengan bermaklumat kerana proses

dapatan ilmu itu berasaskan daripada proses berfikir,

membuat inferens, analisis, penaakulan dan kajian data

yang terperinci dari sumber-sumber yang absah.

6. Matlamat pendidikan itu ialah untuk mengenali

pencipta, mengenali Rabb yang merupakan Tuhan

sekalian makhluk. Justeru, pendidikan umat mesti

berpaksikan kepada nilai akidah dengan menyuburkan

makna rububiyah dan uluhiyyah.

7. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu

dilakukan secara berulang-ulang agar ia dapat memberi

kesan dan impak. Teknik pengulangan dan latih tubi

merupakan salah satu proses P & P.

8. Penggunaan qalam menunjukkan bahawa keutamaan

menggunakan alat bantu mengajar dalam mengesani

proses pengajaran dan pembelajaran.

9. Pendidikan adalah proses long life learning (tarbiyah

madal hayat) berdasarkan kalimah ‘allamal al-insan

Page 27: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

26

ma lam ya’lam. Proses ta’lim adalah melengkapkan

keupayaan IQ, SQ, EQ seorang insan.

10. Sesuatu umat bangun dan bangkit mempelopori dunia

jika wujud budaya ilmu, penyelidikan dan proses

pendidikan umatnya terbina.

11. Pendekatan saintifik adalah satu kaedah untuk

membentuk nilai-nilai akidah umat.

12. Kekuatan ilmu sesuatu umat apabila ia memiliki

keimanan, berpemikiran saintifik dan jiwa penerokaan.

13. Umat yang kukuh jati diri adalah umat yang subur

budaya membaca dan budaya penulisan.

14. Sains Islam adalah sains yang berpaksikan ketuhanan

dan pembuktian akidah yang sohih. Proses embriologi

menunjukkan bahawa kejuruteraan Allah mengatasi

segala-galanya. Ia menuntut umat menguasai disiplin

ilmu sains sebagai asas membangun peradaban sejagat.

15. Dalam konteks menghadapi cabaran IR 4.0 dan dunia

digital, umat memerlukan mereka yang memiliki

kecerdasaan buatan (AI), ditunjangi dengan kefahaman

yang berpandukan wahyu Ilahi. Tiada pemisahan antara

sains dan Islam bahkan sains membawa manusia

kembali kepada fitrah kewujudan mereka dan

menjelaskan peranan mereka sebagai khalifah Allah

untuk isti’mar, istiklaf dan istikhar alam ini.

Page 28: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

27

Taujihat 6

RAMADHAN BULAN TAQWA

يام كما كتيب على الهذيين مين ق بليكم }ي أي ها الهذيين آمنوا كتيب عليكم الص ي[183لعلهكم ت ت هقون{ ]البقرة:

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu

perintah puasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas umat

sebelum kamu, mudah-mudahan kamu mencapai ketaqwaan.”

1. Matlamat atau maqasid utama pensyariatan puasa ialah

membentuk sifat taqwa. Puasa merupakan satu cara untuk

memperolehi darjat taqwa.

2. Ini sejajar dengan maksud puasa iaitu al-kaffu, al-imsak

(menahan) atau al-imtina’, al-hirman (melarang) daripada

menuruti kehendak syahwat batin dan syahwat faraj semata-mata

untuk mendekatkan diri kepada Allah.

3. Berpuasa menyekat laluan-laluan syaitan yang berpunca

dari syahwat faraj dan syahwat perut. Nabi SAW menyebut dalam

satu hadisnya yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan menjalar

di dalam tubuh anak Adam sebagaimana aliran darah.”

4. Satu cara meninggikan darjat manusia dari gharizah

(kehendak) kebinatangan kepada sifat kemalaikatan ialah dengan

puasa. Ibnu Arabiy apabila menafsirkan ayat ( لعلكم تتقون) ‘Mudah-

mudahan apabila kamu lemah nafsu maka kamu akan beroleh

ketaqwaan, jika kamu mengurangi makan akan lemah syahwat dan

Page 29: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

28

apabila lemah syahwat akan berkuranglah kamu melakukan

maksiat’.

5. Taqwa dengan ertikata sebenar menjadikan seorang

muslim itu peka dengan perintah Allah, sensitif dengan arahan

Allah, dhamir yang sentiasa berhubung dengan Allah. Segala

perintah ditaati manakala segala larangan dijauhi.

6. Justeru al-Quran sentiasa menjadikan nilai taqwa suatu

yang penting dan mendasar dalam kehidupan seorang muslim

samada di peringkat individu, keluarga dan umat.

7. Di dalam al-Quran terdapat hampir 300 tempat ayat-ayat

yang menerangkan nilai taqwa. Antaranya:

"dan berbekal-bekallah kerana sebaik-baik bekalan adalah taqwa"

(Baqarah: 197)

“dan pakaian taqwa itulah sebaik-baik pakaian” (al-‘Araaf: 26)

“barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan jadikan

baginya jalan keluar serta mengurniakan baginya pintu rezeki

yang tidak diketahui” (at-Tholak: 2-3)

“dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan

menjadikan urusannya mudah”. (at-Tholak: 4)

“bertaqwalah kepada Allah, Allah pasti memberikan petunjuk

ilmu”. (al-Baqarah: 182)

“dan kami berikan pesanan kepada orang-orang yang diberikan

kitab sebelum kamu dan juga kepada kamu agar kamu bertaqwa”

(Nisa’: 131)

Page 30: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

29

8. Salafussoleh dari kalangan para sahabat dan para tabiin

amat menitik beratkan perkara taqwa. Thalq Ibn Habib pernah

berkata: “Apabila berlaku fitnah, maka padamkanlah api fitnah itu

dengan taqwa. Lantas orang bertanya kepadanya, “Apakah taqwa

itu?”. Katanya: “Kamu beramal mentaati perintah Allah di atas

cahaya petunjuk dari Allah serta mengharapkan pahalaNya, dan

kamu meninggalkan maksiat kepada Allah di atas cahaya petunjuk

Allah serta kamu takutkan balasan siksa Allah”.

9. Hasan al-Basri menukilkan sifat orang yang bertaqwa itu

ialah mereka takut (berhati-hati) melakukan perkara yang

diharamkan Allah serta melaksanakan segala apa yang difardukan

ke atas mereka. Umar Abdul Aziz apabila menjelaskan makna

taqwa katanya: “Bukanlah yang dikatakan taqwa itu dengan

berpuasa sepanjang hari dan tidak juga berqiamullail ataupun

menggabungkan keduanya tetapi yang dikatakan taqwa itu

meninggalkan apa yang diharamkan Allah dan melaksanakan apa

yang diwajibkan Allah. Barangsiapa yang dikurniakan perkara ini

maka itulah yang terbaik dan ia adalah satu kebaikan ke satu

kebaikan”.

10. Justeru Allah menghadiahkan puasa untuk kita supaya

diangkat darjat kita ke tahap yang tertinggi ruhinya. Itulah nilai

taqwa yang dibentuk daripada ibadah puasa.

Page 31: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

30

11. Amat malang orang yang berpuasa sekadar menahan

makan dan minum tetapi kekal memberi dan memakan rasuah

serta mengambil harta secara haram.

12. Amat malang orang yang membaca al-Quran di bulan

Ramadan tetapi menolak syariat al-Quran. Amat malang orang

yang pemurah di bulan Ramadan tetapi hilang kemanusiaan

kepada saudara seislam. Amat malang orang yang bertemu bulan

Ramadan namun tidak diampunkan dosanya. Tanyalah diri anda

di mana nilai taqwa daripada puasa anda.

Page 32: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

31

Taujihat 7

9 KEISTIMEWAAN ORANG BERTAKWA

1. Allah memberi solusi terhadap masalah yang dihadapinya serta

diluaskan rezekinya.

ومن ي تهقي الله يعل لهه مرجاا ، وي ر زقه مين حيث ال يتسي ب

“dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan

suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan

mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang

menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak

terlintas di hatinya.” (Surah al-Talaq: Ayat 2-3)

2. Allah mempermudahkan segala urusan hidupnya

ا عل لهه ۥ مين أمريهيۦ يسرا ومن ي تهقي ٱلله ي

“Dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya

Allah memudahkan baginya segala urusannya.” (Surah al-Talaq:

Ayat 4)

3. Allah mengurniakan keberkatan dari apa yang ada di langit dan

bumi

م ين ٱلسهماءي وٱألرضي ولو أنه أهل ٱلقرى ءامنوا وٱت هقوا لفتحنا عليهيم ب رك ت

“Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, pasti

Page 33: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

32

Kami akan membuka/melimpahkan kepada mereka keberkatan

dari langit dan bumi.” (Surah al-A’raf: Ayat 96)

4. Disayangi dan dicintai oleh Allah.

ٱلمتهقيي أوف بيعهديهيۦ وٱت هقى فإينه ٱلله ييب من ب لى

“Sesungguhnya barangsiapa yang menyempurnakan janjinya

(mengenai hak orang lain) dan bertakwa, maka sesungguhnya

Allah mencintai orang-orang yang bertakwa.” (Surah Ali-‘Imran:

Ayat 76)

5. Allah melindunginya daripada kejahatan dan tipudaya musuh.

ئاا وا وت ت هقوا ال يضركم كيدهم شي وإين تصبي

“Dan jika kamu bersabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka

sedikitpun tidak akan membahayakan kamu.” (Surah Ali-‘Imran:

Ayat 120)

6. Syarat diterima amalan.

ا مين ٱلمتهقيي قال إيمنه ي ت قبهل ٱلله

“Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan) daripada orang-

orang yang bertakwa”. (Surah al-Maidah: Ayat 27)

Page 34: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

33

7. Allah mengampunkan dosa dan memperbesarkan pahalanya.

هيۦ وي عظيم له ۥ أجرااومن ي تهقي ٱلله يكف ير عنه سي ي اتي

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan

menghapuskan segala dosa-dosanya dan digandakan pahalanya”

(Surah at-Talaq : 5 )

8. Syarat mewarisi syurga.

الك ٱلنهة ٱلهتي نوريث مين تي عيبادين من كان تقيي

“Itulah Syurga yang Kami wariskan kepada hamba-hamba kami

yang bertakwa” (Surah Maryam : 63)

9. Menjadi penghuni syurga yang terhormat.

شر ٱلمتهقيي إيىل ٱلرهح ني ا ي وم حن وفدا

“(Ingatlah) pada hari Kami himpunkan orang-orang yang

bertaqwa kepada Allah (Ar-Rahman) bagaikan kafilah yang

terhormat.” (Surah Maryam: Ayat 85)

م إيىل ٱلنهةي زمراا يق ٱلهذيين ٱت هقوا ربه و حته إيذا جاءوها وفتيح وسي باٲت أب تم فٱدخلوها خ ليديين وقال لم خزن ت هم سل م عليكم طيب

“Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan

dibawa ke Syurga secara berombongan, sehingga apabila mereka

Page 35: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

34

sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-

penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam

sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk

ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya"

(mereka pun masuk)” (Surah al-Zumar: Ayat 73)

Ramadan bulan terbaik untuk mendidik dan melatih diri kita

menjadi hamba Allah yang bertakwa.

Page 36: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

35

Taujihat 8

MENJIWAI MAQASID RAMADAN MENUNJANGI

PERJUANGAN

Firman Allah SWT di dalam Surah al-Baqarah, ayat 183:

“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa

sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu

daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”

1. Alhamdulillah, segala puji dan syukur kerana kita dipertemukan

dengan bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan penuh keberkatan,

bulan rahmat, bulan keampunan. Ramadhan seringkali dikaitkan

dengan ibadah puasa yang merupakan kewajipan syarie yang telah

diperintahkan Allah kepada setiap mukallaf. Matlamat daripada

Ramadhan ialah menghasilkan mukmin yang produktif iaitu orang

yang bertaqwa. Lantas Allah mengulang-ulang di ayat 183 surah

al-Baqarah “mudah-mudahan kamu sentiasa bertaqwa”.

2. Perintah syarie yang ditaklifkan kepada generasi awal dakwah

sebagaimana kepada umat sebelum mereka tidak sekadar berupa

perintah hukum tetapi ditanggapi sebagai satu proses

pentazkiyahan jiwa dan pentarbiyahan diri bagi melengkapkan

kekuatan ruhi sebagai daie dan jundi dakwah.

3. Puasa bukan hanya menahan diri dari makan dan minum serta

perkara yang membatalkan puasa tetapi latihan kerohanian untuk

mengajar para pejuang erti mentaati perintah Allah dan

Page 37: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

36

melaksanaknnya dengan sebaik yang mungkin untuk mencakna

mukmin muttaqin. Inilah maqasid yang ingin dicapai dalam

kefardhuan puasa.

4. Kewajipan puasa pula hadir beriringan dengan pakej tarbiyah,

tilawah dan tazkiyyah yang terkandung di dalam pakej Ramadhan.

Segala amalan-amalan sunat seperti iktikaf, tadarus, terawih,

qiamullail, infaq dan sedekah, memberi makan orang yang

berbuka puasa menjurus ke arah membina jiwa daie dan jiwa

pejuang yang tahan lasak dan uji.

5. Apatah lagi ia sinonim dengan bulan jihad dan perjuangan.

Episod kemenangan demi kemenangan di dalam bulan Ramadhan

seperti perang Badar, Fathu Makkah, pembukaan Ain Jalut,

pembebasan al-Quds adalah menifestasi mencapai maksud

maqasid Ramadhan iaitu ketaqwaan sebagai senjata kemenangan.

6. Pelajaran terbesar dari fiqh Ramadhan ialah belajar makna

maqasid. Memahami maqasid bermakna memahami tujuan dan

visi perjuangan dan mencari asbab untuk mencapai maqasid

tersebut.

7. Kemenangan di dalam perjuangan tidak ditentukan dengan

faktor-faktor material semata-mata tetapi perlu mengambil kira

asbab kepada kemenangan tersebut. Asbab itu ialah maqasid

daripada Ramadhan iaitu nilai taqwa. Taqwa adalah pra-syarat

kemenangan di dalam perjuangan. Allah menyatakan di dalam al-

Quran di dalam ayat 200 Surah Ali Imran:

Page 38: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

37

“Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu

(menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-

perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu

lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan

bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah

sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu

berjaya (mencapai kemenangan).”

8. Bagaimana untuk mendapatkan taqwa? Taqwa terhasil dengan

sikap sabar, sanggup menanggung kesusahan serta jiwa imani

yang kental.

Imam Ibnu ‘Aroby di dalam tafsirnya menghuraikan inti ayat di

atas:

Sabar: Menahan diri daripada menuruti kehendak syahwat.

Musobaroh: Berterusan menahan diri daripada menuruti syahwat

dan melawannya.

Murobatoh: Janji yang diikat dengan sesuatu sehingga tidak ada

rasa bakhil dan ia kembali kepada sifat sabar.

9. Perkara ini boleh ditafsirkan di dalam beberapa maksud iaitu:

1) Bersabarlah atas tujuan demi agama, kemudian

bertahanlah menanggung kesabaran terhadap janji-

janji aku terhadap kamu dan kuatkanlah ikatan kamu

berdepan musuh-musuh kamu.

Page 39: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

38

2) Bersabarlah di dalam berjihad, bertahanlah

menanggung kesabaran terhadap musuh kamu dan

ikatkanlah kuda-kuda tunggangan kamu.

3) Bersabarlah di dalam jihad, bertahanlah menanggung

kesabaran terhadap musuh kamu serta ikat dan

mantapkan solat-solat kamu.

10. Erti ‘Murobatah’ di sini ialah memasang niat dan bersedia dari

sudut fizikal untuk melaksanakan segala ketaatan. Seagung-agung

ribat ialah mengikat kuda untuk berjihad di jalan Allah dan

mengikat diri untuk terus melaksanakan solat-solat.

11. Moga Ramadhan yang kita lalui mengajar kita makna maqasid

dalam peta perjuangan. Perjuangan akan gagal jika hilang fiqh

maqasid. Gerakan menjadi lemah apabila tiada fiqh maqasid

dalam gerak amal dan gerak harakiy. Kefahaman yang mendalam

ini meletakkan bahawa pra-syarat kejayaan perjuangan ialah

memahami maqasid perjuangan Islam.

12. Fiqh maqasid akan menunjangi perjuangan harokah dan

meletakkannya berjalan mengikut marhalah (fasa-fasa). Tiada

jalan pintas untuk menang tetapi memintaskan jalan kemenangan

dengan memahami maqasid perjuangan. Semoga Ramadhan

benar-benar menjiwai kehidupan kita sebagai pejuang fi sabilillah.

Page 40: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

39

Taujihat 9

TAQWA DAN MINDA ‘A WINNER’

1. Hadirnya Ramadan adalah peluang untuk umat Islam

meraih kebaikan dan mengumpul ganjaran pahala. Berpuasa

melatih kita menjadi manusia yang bertaqwa. Ini kerana Ramadan

adalah proses metamorforsis, proses persalinan diri merubah

beluncas menjadi rama-rama. Meskipun ia menyeksakan diri

namun mengubah menjadi seekor makhluk ciptaan Allah yang

indah dan disukai manusia.

2. Ramadan mencipta manusia baharu yang tekal

menghadapi ujian hawa nafsu dan godaan syaitan bagi

menghadapi cabaran kehidupan.

3. Taqwa adalah inti utama Ramadhan dan ia adalah jawapan

daripada matlamat syariat puasa. Mentadabbur ayat satu hingga

lima Surah al-Baqarah, Allah SWT menghubungkaitkan al-Quran,

taqwa dan kemenangan setelah dipaparkan ciri-ciri mereka yang

bertaqwa.

4. Menurut Syed Qutb di dalam tafsirnya ‘Fi Zilal al-Quran’,

‘taqwa’ merupakan sentuhan perasaan di dalam dhamir,

kelembutan dalam perasaan, perasaan takut yang berterusan, sikap

sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga dari terpijak duri-duri tajam

dalam perjalanan iaitu perjalanan kehidupan.

5. Apabila beliau mengulas perkaitan antara puasa dan

taqwa, beliau menjelaskan bahawa puasa adalah salah satu bentuk

Page 41: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

40

jihad untuk menyiapkan jiwa yang mampu menanggung

kesusahan di medan dakwah yang terhampar dengan segala

rintangan, duri-duri tajam, yang bersimpang siur dengan runtunan

hawa nafsu, yang sentiasa menggamit mereka yang melaluinya

dengan ribuan pesona tipudaya.

6. Mereka yang mampu menahan jiwanya daripada segala

perkara yang harus dan mempesonakannya, dia mampu untuk

menanggung tanggungjawab jihad yang penuh dengan duri dan

rintangan.

7. Dalam kitab Maqasid Puasa karangan al-‘Izz Ibn Abdus

Salam yang dikenali sebagai Sultan Ulama’, beliau menyebut

bahawa Allah menyebut ‘mudah-mudahan kamu bertaqwa’ itu

bermaksud mudah-mudahan dengan berpuasa dapat mencegah

kamu daripada api neraka kerana puasa itu menjadi sebab kamu

diampunkan dosa yang menghalang kamu dicampakkan ke dalam

api neraka.’

8. Begitulah besar nilai taqwa yang ingin dicapai daripada

makna Ramadhan. Taqwa adalah satu kesedaran dan satu

kebangkitan jiwa. Maka tidak hairanlah Allah menutup di akhir

ayat kelima dengan ungkapan ‘Ulaaika humul muflihun’-

mereka itulah orang-orang yang cemerlang dan hebat.

9. Di sisi lain Allah SWT mengkehendaki kita menjadi umat

yang bertindak sebagai ‘A winner’. Pemenang tidak akan menjadi

Page 42: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

41

pemenang jika tidak berfikir, berwatak, berpenampilan dan

bergerak dalam minda sebagai ‘A winner’.

10. Umat Islam adalah umat yang berminda ‘A winner’

bukan berminda ‘A loser’. Minda dan jiwa kalah mengheret umat

tunduk sujud kepada agenda Yahudi dan agenda Nasrani.

11. Bukankah Allah telah mengingatkan kita di akhir Surah al-

Fatihah agar tidak mengikuti kelompok mereka yang dibenci

(Yahudi) dan mereka yang sesat (Nasrani).

12. Inilah perkara yang perlu diintrospek oleh umat Islam agar

Ramadhan tidak sekadar bulan kita berlapar dan menahan diri dari

makan dan minum sahaja. Tetapi berfikir dalam kerangka minda

‘A winner’ dengan bekalan al-Quran sebagai panduan dan taqwa

sebagai pemangkin kejayaan. Kemenangan kita dengan tindakan

bukan dengan slogan dan omong-omong kosong.

13. Tidakkah Allah menyebut di akhir Surah ‘Ali-‘Imran’:

Ayat 200 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, kuatkanlah

kesabaranmu, kuatkanlah ikatan kamu dan bertaqwalah, mudah-

mudahan kamu menjadi ‘A winner’.”

Page 43: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

42

Taujihat 10

PUASA PERISAI DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: يام جنهة الص ي“Puasa adalah perisai” (H.R. Bukhari dan Muslim).

1. Puasa adalah madrasah mendidik jiwa dan penyucian hati

serta meluruskan perilaku di samping menyuburkan sifat-sifat

terpuji dan menghapuskan sifat-sifat keji.

2. Lantaran itu Baginda Nabi SAW menyebut di dalam

hadisnya “Puasa itu adalah perisai”. Apakah yang dimaksudkan

dengan perisai di sini. Para ulama menyebut perisai di sini ialah

puasa itu menjadi benteng daripada segala runtunan syahwat dan

kejahatan.

3. Berdasarkan hadis ini, Nabi SAW ingin memberitahu

kepada kita bahawa dengan berpuasa seseorang itu dapat

melindungi dirinya daripada melakukan kejahatan dan segala

keburukan zahir dan batin.

4. Pendinding atau perisai di sini bolehlah dihimpun

seperti berikut:

a. Perisai dirinya dari gejolak syahwat untuk

melakukan kejahatan zina sebagaimana hadis Nabi SAW.

نكم الباءة ف لي ت زوهج فإينهه أغض ليلبصر وأحصن ي معشر الشهبابي مني استطاع ميلصهومي فإينهه له ويج اء ليلفرجي ومن ل يستطيع ف عليهي ابي

Page 44: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

43

Maksudnya: “Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah

mampu (pembiayaan) berkahwin, maka bernikahlah. Kerana

nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj

(kelamin). Dan sesiapa yang belum mampu, maka hendaklah

berpuasa kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya (dalam

membendung syahwat)” Riwayat al-Bukhari (5065) dan Muslim

(3466)

b. Perisai dari melakukan tingkahlaku keji, bersikap

dungu dan jahil sebagaimana sabda Nabi SAW di dalam

satu hadis sahih.

“Puasa itu perisai, maka apabila ia berpuasa dia tidak

akan melakukan perkara keji dan tidak bersikap jahil

(bergaduh).”

c. Perisai dari melakukan maksiat dan perkara

haram. Di dalam hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari

Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya:”Barangsiapa

yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta

mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu

meninggalkan makan dan minumnya”. [Riwayat al-

Bukhari, no. Hadith 1770, 5597].

d. Perisai dari perkara yang merendahkan darjatnya di

dunia dan mendapat kehinaan di akhirat. Di dalam hadis

yang diriwayatkan Imam Ahmad: “Puasa itu adalah perisai

dan pendinding daripada api neraka.”

Page 45: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

44

e. Perisai dari azab api neraka. Puasa adalah untuk

melahirkan manusia yang bertaqwa. Tiada balasan besar

bagi orang yang bertaqwa melainkan dijauhkan mereka

daripada azab api neraka. Dalam satu hadis, Nabi SAW

bersabda:

ما من عبد يصوم يوما يف سبيل هللا إال ابعد هللا بذالك وجهه عن النار سبعي خريفا

“Tidaklah seorang hamba yang berpuasa di jalan Allah

kecuali akan Allah jauhkan dia (karena puasanya) dari

neraka sejauh tujuh puluh musim” (H.R. Bukhari dan

Muslim).

Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam juga bersabda,

ن ا العبد مي ن بي قال رب نا عزه وجله : الصي يام جنهة يستجيأجزيي بيهالنهاري، وهو لي وأن

“Rabb kita ‘azza wa jalla berfirman, Puasa adalah

perisai, yang dengannya seorang hamba membentengi

diri dari api neraka, dan puasa itu untuk-Ku, Aku-lah

yang akan membalasnya” (H.R. Ahmad, shahih).

Page 46: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

45

5. Ibnu Rejab al-Hambali di dalam kitabnya Jamiul ‘Ulum

Wal Hikam menyebut: “Puasa merupakan perisai selama tidak

dirusak dengan perkataan keji yang merusak.”

“Perisai (جنة) adalah yang melindungi seorang hamba,

sebagaimana perisai yang digunakan untuk melindungi dari

pukulan ketika perang. Maka demikian pula puasa akan menjaga

pelakunya daripada berbagai kemaksiatan di dunia.”

“Jika hamba mempunyai perisai yang melindunginya daripada

perbuatan maksiat maka dia akan memiliki perisai dari neraka di

akhirat. Sedangkan bagi yang tidak memiliki perisai dari

perbuatan maksiat di dunia maka dia tidak memiliki perisai

daripada api neraka di akhirat.”

6. Inilah hikmah diwajibkan berpuasa. Ia akan menjadi

perisai yang melindungi seorang muslim di dunia dan di akhirat.

Di dunia dilindungi daripada maksiat, di akhirat dilindungi

daripada azab. Semoga Allah memudahkan kita untuk

menyempurnakan ibadah puasa dan meraih banyak pahala dan

berbagai keutamaannya.

Page 47: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

46

Taujihat 11

COVID 19 TINGKATKAN SEDEKAH DI BULAN

RAMADAN

“Siapapun mukmin yang memberi makan mukmin yang

kelaparan, pada hari kiamat nanti Allah akan memberinya

makanan daripada buah-buahan syurga. Siapapun mukmin yang

memberi minum mukmin yang kehausan, pada hari kiamat nanti

Allah akan memberinya minum daripada minuman syurga.

Siapapun mukmin yang memberi pakaian mukmin lainnya supaya

tidak telanjang, pada hari kiamat nanti Allah akan memberinya

pakaian daripada perhiasan syurga.” (HR Tirmizi).

1. Antara musibah sepanjang Covid 19 ini, ramai orang

kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Banyak kerugian

yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Dianggarkan jumlah

kerugian mencecah sehingga RM63 billion. Ini menunjukkan

bahawa rakyat berada di dalam kesusahan dan kepayahan.

2. Salah satu cara membantu meringankan beban kesusahan

ini ialah dengan memberi bantuan dan pertolongan. Bantuan dan

pertolongan itu kita sebut dengan bersedekah dan sebaik-baik

sedekah adalah di bulan Ramadan.

3. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a

bahawa Nabi SAW adalah manusia yang paling pemurah dan

baginda paling pemurah terutama di bulan Ramadan. Lantaran itu

antara kelebihan bulan Ramadan ialah bulan bersedekah.

Page 48: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

47

4. Di dalam al-Quran banyak ayat-ayat yang membicarakan

persoalan sedekah samada sedekah dalam konteks umum dan

konteks khusus.

“perkataan yang baik, memberi kemaafan itu lebih baik dari

sedekah yang diikuti dengan perkara yang menyakitkan dan Allah

Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (al-Baqarah: 163)

“perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan

Allah seperti satu biji yang tumbuh tujuh tangkai dan setiap

tangkai ada 700 biji dan Allah menggandakannya bagi mereka

yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas lagi Maha

Mengetahui.” (al-Baqarah: 261)

“orang yang bersedekah dalam kalangan lelaki dan perempuan dan

membuat pinjaman dengan Allah dengan sebaik-baik pinjaman,

akan digandakan bagi mereka dan bagi mereka pahala yang mulia’

(al-Hadid: 18)

“jika kamu menzahirkan sedekah ia adalah satu kebaikan, jika

kamu menyembunyikannya dan memberikan kepada fakir maka

itu adalah lebih baik bagi kamu serta menghapuskan dosa kamu

dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Baqarah:

271)

5. Bersedekah adalah sebaik cara melepaskan diri daripada

rantaian syaitan. Ini kerana syaitan sentiasa menyuruh kepada

bersikap kikir dan kedekut. Nabi SAW menyebut dalam hadisnya:

Page 49: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

48

“Tidak ada suatupun yang dapat membebaskan seorang lelaki

daripada dirantai oleh 70 syaitan melainkan dengan bersedekah”.

6. Bersedekah juga menjadi sebab disembuhkan dari segala

penyakit. Dalam satu hadis sahih, Rasulullah SAW bersabda:

“Ubatilah sakit kamu dengan banyak bersedekah”. Ibnu Qayyim

pernah berkata: “Sedekah ada kesan ajaib dalam menolak pelbagai

bentuk bala dan ujian sekalipun dilakukan orang yang melakukan

dosa besar, atau orang zalim, bahkan orang kafir sekalipun.”

7. Sedekah boleh dilakukan dalam dua bentuk. Satu

dipanggil sedekah Ihtisab seperti memberi makan isteri, anak-

anak, khadam dan juga kepada diri sendiri. Manakala bentuk

kedua ialah disebut ‘sedekah al-Bazl’ iaitu pemberian orang yang

memiliki harta dan kekayaan kepada yang memerlukan

sebagaimana hadis Nabi SAW “Tangan yang memberi lebih baik

dari tangan yang meminta”.

8. Sedekah yang terbaik ialah:

a. Sedekah yang dilakukan oleh orang kaya tapi

berjiwa kikir.

b. Sedekah dari sedikit usaha kecil untuk diberi

kepada orang yang memerlukan.

c. Sedekah kepada orang yang ada pertalian rahim

tapi ada rasa permusuhan di hatinya.

d. Sedekah kepada orang miskin.

Page 50: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

49

9. Manakala sedekah yang paling terbaik adalah di bulan

Ramadan. Sedekah ini dilakukan dengan cara memberi makan

atau memberi makan kepada orang yang berbuka puasa.

10. Para salafussoleh menyebut: “Aku suka mengajak 10

orang sahabatku dan menjamu makan mereka dengan makanan

yang mereka paling sukai lebih baik dari aku memerdekakan 10

anak Ismail”.

11. Kebanyakkan salafussaleh seperti Daud at-Thoiy, Malik

bin Dinar, Ahmad bin Hambal, Ibnu Umar tidak akan berbuka

puasa melainkan bersama mereka anak-anak yatim dan orang

miskin.

12. Hasan dan Ibnu Mubarak pula akan memberi makan

kepada saudara-saudaranya sedangkan beliau berpuasa. Abu

Suwar al-‘Adawi menyebut bahawa lelaki-lelaki dari Bani Adi

apabila mereka solat di masjid, mereka akan berbuka puasa

bersama orang yang berpuasa tetapi jika mereka dapati tiada yang

memiliki makanan, mereka akan membawa makanan ke masjid

dan berbuka sesama manusia.

13. Ibnu Rejab berkata bahawa Abu Bakar bin Abi Maryam

menyebut perihal para masyaikhnya. Katanya apabila tiba bulan

Ramadan, mereka meluaskan amalan infaq kerana dengan

berinfaq melipat ganda pahala seperti ganjaran infaq pada jalan

Allah, satu tasbih di bulan Ramadan lebih afdal dari seribu kali di

bulan-bulan lain.

Page 51: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

50

14. Sepanjang tahun di bulan Ramadan, banyak institusi dan

NGO yang mengajak kita bersedekah. Maka ambillah peluang di

bulan Ramadan ini untuk kita bersedekah dan membantu pihak

institusi atau NGO itu melakukan usaha murni ini. Mudah-

mudahan dengan bersedekah akan menambah kebaikan dan

menghapus kejahatan kita.

Page 52: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

51

Taujihat 12

MENJADI HAMBA ALLAH BUKAN HAMBA RAMADAN

1. Di dalam al-Quran terdapat 100 tempat di sebut kalimah

‘Ibaad’ yang bermaksud ‘hamba-hamba’. Ia merujuk kepada

kelompok orang mukmin yang sentiasa taat dan mengabdikan diri

mereka kepada Allah.

2. Antara ayat yang boleh kita tadabbur ialah ayat 63 Surah

al-Furqan:

ن ميشون على األرضي هونا وعيباد الرهح ني الهذيي Maksudnya: “Dan Ibadur Rahman itu ialah mereka yang berjalan

di atas muka bumi dalam keadaan merendah diri”.

3. Rupa bentuk lafaz ‘Ibaad’ dalam ayat ini dibentuk dengan

huruf alif mamdudah di tengahnya. Menurut Syeikh Solah al-

Khalidy di dalam kitabnya ‘Lataif Quraniah’, huruf alif ini

melambangkan sifat kemuliaan, kekuatan, keunggulan dan

ketinggian. Ia seolah-olah menunjukkan kepala yang sentiasa

terangkat naik dan menegak.

4. Alif di sini dinamakan alif al-‘izzah yang memberi maksud

kemuliaan dan keagungan. Ia menunjukkan bahawa sifat hamba

yang beriman dan taat kepada Allah sentiasa mulia dan agung di

sisi Allah.

Page 53: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

52

5. Kemuliaan dan keagungan ini dapat dilihat di dalam

kehidupan mereka di dunia yang meletakkan Islam sesuatu yang

agung dan tinggi mengatasi yang lain.

6. Mereka adalah hamba yang agung dan mulia dengan

risalah Islam berbanding risalah kufur. Islamlah yang menjadikan

mereka agung berbanding risalah jahiliyyah yang lain.

7. Sifat ‘izzah ini menolak mereka untuk membenci segala

bentuk jahiliah perkataan dan perbuatan. Mereka benci kepada

kekufuran, kemungkaran, kezaliman, dosa dan noda.

8. Semua ini bertitik tolak dari kemulian akidah dan

ketinggian iman yang membekas di jiwa mereka lantas menolak

segala yang menyalahi syariat dan mengikuti hawa nafsu.

9. Kemuliaan iman dan akidah ini menjadikan orang mukmin

sanggup menghadapi segala ujian dan rintangan dalam kehidupan,

sanggup diseksa, sanggup dipenjara, sanggup berjuang meskipun

terpaksa mengorbankan harta dan nyawa.

10. Ketinggian alif di dalam kalimah ‘ibaad ( عباد)

menggambarkan seorang mukmin yang sebenar pantang

menyerah kalah dan tunduk kepada tuntutan dunia, hawa nafsu,

syaitan dan musuh-musuh Islam. Seorang mukmin akan bangkit,

berdiri tegak mempertahankan keagungan dan kemuliaan Islam.

11. Ini berbeza dengan kalimah ‘abiid’ (عبيد) yang bermaksud

‘hamba-hamba’ tetapi dinisbahkan kepada orang yang kafir dan

melakukan penderhakaan kepada Allah. Lantas Allah

Page 54: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

53

menggunakan ungkapan ‘abiid’ dengan huruf ‘ya’ yang

menunjukkan kehinaan diri di sisi Allah.

12. Di dalam al-Quran terdapat 5 ungkapan yang

menggunakan lafaz ‘abiid’ iaitu pada ayat 181-182 Surah ali-

‘Imran, al-Anfal 50-51, Fussilat 46, Hajj 8-10 dan Qaf 27-29.

13. Lima sighah ‘abiid’ pada ayat-ayat tadi merujuk kehinaan

orang-orang kafir di akhirat kelak nanti. Huruf ‘Ya’ dan baris

sebelumnya berbaris bawah (kasrah) adalah lambang kedudukan

mereka yang rendah dan di bawah berbanding orang-orang yang

beriman.

14. Allah menyebut di dalam Surah Fussilat ayat 46.

م ليلعبييدي } هي ومن أساء ف علي ه ا وما ربك بيظاله {من عميل صاحلياا فلين فسيMaksudnya: Barangsiapa yang melakukan amal solih, maka

pahalanya untuk dirinya, maka barangsiapa yang melakukan

kejahatan maka dosanya menjadi tanggungan dirinya. Dan Tuhan

kamu tidak menzalimi hamba-hambanya (menderhaka).

15. Menurut Syeikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi, lima ayat

ini menerangkan keadilan Allah dan menafikan sifat zalim Allah

kepada manusia. Keadilan Allah dengan memasukkan orang-

orang kafir ke dalam neraka dan mereka akan menerima azab siksa

yang pedih. Maka tiada alasan mereka menyalahkan Allah kerana

tindakan itu adalah datangnya dari kezaliman diri sendiri.

Page 55: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

54

16. Jelas Allah mengisyaratkan orang-orang yang kufur dan

derhaka sebenarnya mereka adalah manusia yang hina. Hina pada

sifat mereka, pada kehidupan mereka dan pada sikap mereka.

Mereka yang mengikuti jejak orang-orang kafir juga akan menjadi

hina seperti mereka.

17. Justeru Ramadan hadir untuk mendidik kita menjadi

hamba yang mulia di sisi Allah bukan menjadi hamba yang hina

kerana berpaling dari mengikuti perintah Allah. Kita berpuasa

menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang

membatalkan puasa bermakna kita meletakkan perintah Allah

tinggi berbanding memenuhi keperluan perut dan hawa nafsu.

18. Seorang muslim mulia dan ‘izzah apabila menjunjung

perintah Allah dan menjadi hina apabila mengikut hawa nafsu dan

jejak langkah syaitan. Jadilah hamba Allah bukan hamba

Ramadan.

Page 56: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

55

Taujihat 13

PUASA DAN KESIHATAN HATI

1. Hati merupakan bahagian yang terpenting dalam diri

manusia. Ia bagaikan raja yang mampu menggerakkan seluruh

jenteranya. Dari hati seluruh anggota badan lainnya akan

mengambil keteladannya, baik dalam ketaatan atau

penyimpangan.

2. Di hati inilah dua potensi keinginan akan saling menolak

dan berlawan antara satu sama lain iaitu potensi mengajak kepada

kebaikan atau kejahatan, ketaatan atau kemaksiatan, kecintaan

atau kedengkian. Oleh kerana itu hati disebut qalbun dalam

Bahasa Arab kerana litaqallubihi (cepat berubahnya) dari satu

keadaan kepada keadaan yang lain. Semua itu bergantung kepada

‘nutrisi’ yang diserap ke dalam hati.

3. Semakin baik nutrisi yang diambil oleh hati, maka semakin

baik pula hati mengawal dan mengarahkan anggota tubuhnya.

Inilah yang disebut sebagai tazkiyah nafs (penyucian jiwa).

Sebaliknya apabila seseorang tidak mampu memberikan ‘nutrisi’

yang terbaik bagi hatinya, maka hati akan dipenuhi dengan

berbagai penyakit, sehingga perilaku yang dilahirkan adalah

kehinaan.

ها )٩( وقد خاب لح من زكهٮ و ن فس وما سوهٮ ها )٧( فألم ها فجور ها وت قو ٮ ها )٨( قد أف

ها )١٠( من دسهٮ

Page 57: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

56

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya

(dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta

mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya

kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang

sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal

kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan

dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya

(dengan sebab kekotoran maksiat). (Surah al-Shams: 7-10)

4. Sebahagian ulama membahagikan hati manusia kepada 3

bahagian iaitu qalbun salim (hati yang sihat), qalbun mayyit (hati

yang mati) dan qalbun maridh (hati yang sakit). Ketiga kategori

hati ini sangat bergantung kepada ‘nutrisi’ yang diberi kepada hati.

5. Di bulan puasa ini, kita dilatih untuk melalukan proses

tazkiyah nafs, menjaga hati dengan memberikan nutrisi yang

terbaik serta menjaganya daripada penyakit yang merosaknya. Di

samping berpuasa, kita hendaklah memperbanyakkan ibadah-

ibadah lain seperti membaca al-Quran, berzikir, solat malam serta

menjauhkan diri daripada penyakit yang merosakkan hati seperti

riya’, bangga diri, sombong, bakhil dan sebagainya.

6. Semua amalan ini jika dilaksanakan dengan bersungguh-

sungguh mampu melahirkan hati yang sihat. Dengan hati yang

sihat, jiwa akan selalu memberikan potensi yang baik dan bergerak

kepada hal-hal yang baik dan positif. Seseorang yang berpuasa

Page 58: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

57

harus mampu mempertahankan kesihatan hatinya dan

menyuburkannya dengan cahaya keimanan serta mampu

mengubati hatinya jika ia sakit.

Page 59: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

58

Taujihat 14

KEBERKATAN SAHUR

؛ فإن يف تسحهروا :[عن أنس بن مالك رضي هللا عنه قال: قال النيب صلى هللا عليه متفق عليه : ]السحوري بركةا

Maksud: Dari Anas bin Malik r.a katanya: “Bersahurlah kerana

sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan” (Muttafaqun

‘Alaih)

1. Salah satu amalan sunnah di bulan Ramadan ialah dengan

bersahur.

2. Al-Hafiz Ibnu Hajar r.a menyebut sahur iaitu waktu

sebelum Subuh. Ada pendapat menyatakan masanya pada fajar

pertama sebelum azan kedua solat Subuh.

3. Hadis ini menceritakan galakkan supaya bersahur. Ia

merupakan amalan sunnah yang tidak pernah ditinggalkan oleh

Baginda Nabi SAW di bulan Ramadan. Justeru pada ulama fekah

menyatakan sahur adalah sunat muakkad.

4. Kenapa Nabi SAW menggalakkan umatnya bersahur?

Jawabnya mudah sahaja iaitu nilai berkat yang ada pada amalan

bersahur.

5. Keberkatan sahur ini dapat dilihat pada perkara-perkara

iaitu:

Page 60: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

59

a. Keberkatan syariat iaitu dengan mengikuti sunnah

baginda Nabi SAW. Ikutan ini akan mendapat ganjaran

pahala bahkan waktu sahur adalah waktu terbaik untuk

berzikir, berdoa dan memohon keampunan kepada Allah.

b. Membezakan amalan puasa umat Islam dengan

puasa Ahli Kitab.

c. Keberkatan tubuh badan. Ini kerana akan

memberikan kekuatan dan keaktifan untuk melakukan

ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain pada siang hari.

Ia juga menghindarkan diri dari sifat keji dan menyubur

sifat terpuji pada jiwa dan pergaulan dengan manusia.

d. Meningkatkan ketaqwaan dan ketaatan dalam

beribadah. Orang yang berlapar akan malas beribadah

sebagaimana manusia biasa yang malas melakukan apa

sahaja aktiviti dengan alasan letih dan lemah.

e. Bangun untuk bersahur menjadi peluang seorang

mukmin melakukan ibadat malam seperti mengerjakan

solat tahajud, berzikir, berdoa dan beristighfar.

Sesungguhnya Allah dan para malaikat akan berselawat

(memohon keampunan) kepada mereka yang bersahur.

f. Dapat mengerjakan solat Subuh berjamaah

berbanding mereka yang tidak bangun untuk bersahur.

Page 61: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

60

6. Sebaik-baik makanan untuk bersahur ialah dengan

memakan tamar (kurma kering). Rasulullah SAW memuji mereka

yang bersahur dengan tamar. Sabda Rasulullah SAW:

عن أيب هريرة عن النيب صل هللا عليه وسلم : نعم سحور املؤمن التمر

Maksudnya: “Sebaik-baik sahur orang mukmin adalah dengan

sebiji tamar kering” (Sunan Abi Daud No 2345: Hadis Sahih)

7. Dari aspek pemakanan sihat dan seimbang, kurma

mengandungi kandungan gula glukosa sekitar 55% dan 45%

fluktosa. Ia juga mengandungi sejumlah lemak, protein dan

vitamin seperti vitamin A, B2 dan B12. Kurma juga mengandungi

kalsium, sulfat, sodium, foster, potassium, sulfat, sodium, fluster,

kuningan, manganese, cobalt, zink dan selulosa.

8. Semua kandungan ini berguna untuk pertumbuhan sel-sel

otak, sel-sel saraf, sel-sel darah merah dan sel-sel tulang belakang.

9. Dalam satu hadis yang lain Nabi SAW menyebut bahawa

kebaikan umat itu selama mana mereka menyegerakan berbuka

dan melewatkan waktu sahur.

ال تزال أميت خبري ما إخروا السحور وعجلوا الفطر""

Maksudnya: “Umatku sentiasa di dalam kebaikan selama mereka

melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa” (Musnad

Ahmad, No 20996: Isnad Hasan)

Page 62: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

61

10. Jarak masa terbaik bersahur hingga selesai masa ialah

sekitar jangkaan waktu bacaan 50 ayat al-Quran yang dibaca

dengan kadar sederhana.

Dari Zaid b. Thabit R.A pernah berkata: “Kami pernah bersahur

bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangun mengerjakan

solat, pernah dikatakan, berapakah jarak antara dua masa tersebut?

Jawab Baginda: “Dengan kadar bacaan lima puluh ayat.”

(muttafaqun ‘alaih)

11. Waktu sahur adalah waktu-waktu emas yang dimanfaatkan

para salafussoleh untuk bermunajat dan memohon keampunan

kepada Allah.

Firman Allah SWT di dalam al-Quran Surah Azzariyat: Ayat 18.

وابألسحار هم يستغفرون

Maksudnya: “Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka

berdoa memohon keampunan”.

12. Amat malang dan rugi orang yang bangun di akhir-akhir

malam sekadar untuk bersahur tetapi tidak mengambil kesempatan

untuk mengerjakan solat-solat malam dan beristighfar.

13. Rebutlah peluang waktu istimewa ini dengan

menggandakan amal ibadah. Moga Ramadan membakar dosa-

dosa kita dan merubah kehidupan kita.

Page 63: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

62

Taujihat 15

BERSABARLAH DI CELAH-CELAH UJIAN RAMADAN

Nabi SAW pernah bersabda dalam satu hadis:

الصوم نصف الصب ) الرتميذي (Maksudnya: "Puasa itu separuh dari sabar"

14. Lafaz perintah ‘Shaum’ hanya disebut satu kali di dalam

al-Quran pada ayat 183 Surah al-Baqarah. Perintah inilah yang

membezakan ibadah puasa dengan perintah syariat lain yang

sering kali di ulang-ulang di dalam al-Quran.

15. Nabi SAW menyebut puasa sebagai bulan sabar melalui

hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim katanya:

م مين كل ي شهر صوم الدههري رواه مسلم صوم شهر الصهبي وثالثة ايه“Puasa di bulan Sabar (Ramadan) dan tiga hari setiap bulan

seperti puasa satu tahun” (H.R Muslim)

16. Imam Al-Baihaqi meriwayatkan hadis dengan sempurna

daripada seorang laki-laki Bani Tamim seperti berikut:

عليهي وسلهم يفي يديي أو يفي يديهي ، التهسبييح نيصف عدههنه رسول اللهي صلهى الله ميلؤه واحلمد لليهي المييزاني ،

والتهكبيري ميل ما بي السهماءي واألرضي ، والصهوم نيصف الصهبي ، والطهور نيصف مياني الي

“Rasulullah SAW menghitung dengan tanganku atau dengan

tangannya. Tasbih itu separuh timbangan dan lafaz

Page 64: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

63

‘Alhamdulillah’ memenuhinya. Takbir itu memenuhi langit dan

bumi. Puasa itu separuh daripada sabar. Kesucian itu separuh

daripada iman”.

17. Para ulama’ berbeza pendapat tentang kekuatan hadis ini.

Ibnu Hajar Al-Atsqalani mengatakan, hadis ini maqbul. At-

Tirmizi pula berkata, “Hadis ini Hasan”. Sementara Nashiruddin

al-Bani mendhaifkan hadis ini.

18. Syeikh Ahmad Mustafa al-Maraghi menukilkan hadis ini

untuk menguatkan tafsir ayat Surah al-Baqarah. Katanya:

"Sesungguhnya Allah mewajibkan kamu berpuasa agar kamu

mempersiapkan diri untuk bertaqwa kepada Allah dengan jalan

menjalankan perintah dan mencari pahala di sisi-Nya”.

19. Ibnu Rejab al-Hanbali menjelaskan eratnya hubungan

puasa dengan sifat sabar sebagai berikut: “Sabar itu ada tiga

macam; sabar dalam melaksanakan ketaatan kepada

Allah Subhanahu wa Ta’ala; sabar dalam meninggalkan hal-hal

yang diharamkan Allah Subhanahu wa Ta’ala; dan sabar dalam

menghadapi ketentuan-ketentuan (taqdir) yang tidak sesuai

dengan keinginan manusia”.

20. Ketiga bentuk sabar ini, kesemuanya terkumpul dalam satu

ibadah ‘puasa’ kerana dengan shaum, kita wajib bersabar dalam

menjalankan ketaatan dan bersabar dalam mengekang semua

keinginan syahwat yang diharamkan bagi orang yang berpuasa,

Page 65: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

64

serta bersabar dalam menghadapi beratnya rasa lapar, haus dan

lemahnya badan yang dialami oleh orang yang sedang berpuasa.

21. Dari sudut bahasa, shaum dan sabar memiliki maksud

yang sama, iaitu ساك ما .al-Imsak (menahan diri) الا

22. Menurut Imam ar-Raghib al-Asfihani dalam kitabnya “al-

Mufradat fi Gharibil Qur’an”:

الصهوم في االصلي االيمساك مين الفيعلي مطعماا كان اوكالماا او مشياا

“Puasa pada asalnya berarti menahan diri daripada melakukan

pekerjaan, baik makan, berbicara, atau berjalan”. Manakala

perkataan sabar diertikan sebagai:

الصهب االيمساك في ضيق “Sabar adalah bertahan ketika kesempitan (kesusahan)”.

23. Dari segi pahala pula, antara puasa dan sabar juga terdapat

persamaan, iaitu mendapatkan pahala tanpa batas.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

ساب / الزمر إ ا ي وفه الصهابيرون أجرهم بيغريي حي ١٠منه

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang

dicukupkan pahala mereka tanpa batas” (QS. Az-Zumar [39]:

10).

24. Selama kita berpuasa di bulan Ramadan, kita diuji dengan

kesabaran dan ketahanan mental dan sosial. Apakah kita sanggup

menderma tatkala kita memerlukan harta tersebut sedangkan di

luar sana ada saudara-saudara lain diuji dengan kesusahan akibat

Page 66: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

65

pandemik COVID-19. Apakah kita mampu bersabar mengerjakan

ketaatan seperti bersolat sedangkan badan kita kekeringan air.

Apakah kita mampu bersabar dari melihat perkara-perkara haram

di media sosial sedangkan kita mempunyai kesempatan masa yang

banyak.

25. Justeru Shaum Ramadhan memang sarat dengan nilai-nilai

kesabaran yang sangat kita perlukan ketika ini di tengah-tengah

jangkitan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

26. Sebahagian para ulama menjelaskan tiga balasan yang

akan diterima oleh orang yang bersabar dalam tiga bentuk:

a. Selawat (anugerah) berupa perlindungan dan

pengampunan dosa dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.

b. Rahmat (kasih sayang) berupa kasih sayang yang

tidak pernah putus sepanjang hidup bahkan setelah

meninggal dunia.

c. Hidayah (petunjuk) iaitu berupa petunjuk daripada

Allah sehingga dapat mengatasi musibah tersebut.

27. Oleh karena itu, marilah kita jadikan Ramadan ini sebagai

sarana untuk memantapkan kesabaran kita dalam menghadapi

virus Corona ini sehingga kita tetap tenang dan optimis bahwa

wabak ini dapat berakhir sebagaimana optimis kita menanti

datangnya waktu berbuka ketika kita sedang berlapar dan dahaga

untuk berbuka puasa.

Page 67: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

66

Taujihat 16

SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT INIKAN PULA

PUASA

1. Ramadan bulan terbaik mendidik diri dengan nilai kesabaran

dan kerendahan diri. Ujian sabar di bulan Ramadan ini lebih tinggi

berbanding di bulan lain sehingga Nabi menyebut “Puasa itu

setengah daripada sabra” (HR Imam al-Tirmizi).

2. Puasa bukan hanya menahan sabar daripada makan minum,

kehendak nafsu dan syahwat, bahkan dituntut kesabaran dalam

menjaga lidah dan tutur kata. Ramadan bulan terbaik untuk

mendidik dan melatih diri kita berbicara sesuatu yang baik dan

elok serta meninggalkan tutur bicara yang dusta dan keji. Nabi

s.a.w bersabda:

طعامه وشرابهمن ل يدع قول الزور والعمل به، فليس هلل حاجة يف أن يدع ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta, bahkan

senang melakukannya, maka Allah tidak memerlukan makan dan

minum yang ditinggalkannya’. (HR Imam Bukhari).

“…jika seseorang mencaci atau mengajaknya bertengkar,

katakanlah saya sedang berpuasa…” (HR Imam Bukhari)

3. Seseorang yang berpuasa perlulah bersabar dan berusaha

‘mengunci lidahnya’ daripada tutur bicara yang keji dan jelek.

Page 68: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

67

Imam al-Ghazali dalam Ihya’ ‘Ulumiddin menyatakan terdapat

banyak bahaya lidah iaitu:

(1) Perkataan yang tidak bermanfaat

(2) Berlebihan dalam berkata

(3) Berbicara panjang lebar tentang kebatilan

(4) Berdebat

(5) Bertengkar

(6) Pembicaraan yang dibuat-buat.

(7) Bercakap kosong

(8) Berkata keji dan mencaci

(9) Melaknat

(10) Bersenda gurau

(11) Menghina dan memperlekehkan orang lain.

(12) Menyiarkan kejelekan

(13) Berjanji dusta

(14) Sumpah palsu

(15) Memfitnah

(16) Mengumpat

Page 69: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

68

(17) Berbohong

(18) Berlebihan dalam memuji

4. Nabi s.a.w turut mengingatkan supaya menjaga bicara dan tutur

kata.

وا الكالم بغري ذكر هللا، فإن كثرة الكالم بغري ذكر هللا قسوة القلب، ال تكثر وإن أبعد الناس من هللا القلب القاسي

“Jangan memperbanyakkan pembicaraan yang bukan zikir

kepada Allah, kerana perkataan seperti itu akan mengeraskan hati

dan orang yang paling jauh dari Allah adalah mereka yang keras

hatinya.” (HR Imam Tirmizi)

5.Justeru, marilah kita memanfaatkan bulan Ramadan ini untuk

menjaga dan memelihara lidah dan tutur bicara kita daripada

perkara yang dusta dan tidak bermanfaat.

Page 70: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

69

Taujihat 17

CARILAH KEBERKATAN PADA AL-QURAN

1. Di antara perkara yang menjadikan Ramadan istimewa

berbanding bulan-bulan yang lain ialah Ramadan adalah bulan

diturunkan al-Quran.

2. Sifat al-Quran pula sebagaimana yang disebut di dalam al-

Quran adalah ‘Mubarak’ iaitu kitab yang penuh keberkatan.

3. Ini boleh dilihat dalam beberapa ayat contohnya:

Surah al-An’aam: Ayat 155

ذا كيتاب أنزلناه مبارك فاتهبيعوه وات هقوا لعلهكم ت رحون وه

Maksudnya: Inilah kitab al-Quran yang kami turunkannya dengan

penuh keberkatan, maka ikutilan al-Quran tersebut, dan

bertaqwalah mudah-mudahan kamu beroleh keberkatan.

Surah Al- ‘Araaf: 96

ولو أنه أهل القرى آمنوا وات هقوا لفتحنا عليهيم ب ر كات م ين السهماءي واألرضي

بون ا كانوا يكسي بوا فأخذ نهم بي ول كين كذهMaksudnya: “Kalaulah penduduk kampung itu beriman dan

bertaqwa nescaya kami akan bukakan ke atas mereka pintu-pintu

keberkatan dari langit dan bumi, akan tetapi mereka

mendustakannya lantas kami siksa mereka terhadap apa yang telah

mereka kerjakan”.

Page 71: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

70

Surah al-Anbiya’: Ayat 50

ه أفأنتم لهۥ منكيرون ذا ذيكر مبارك أنزلن وه

Maksudnya: “Inilah al-Quran yang kamu turunkan itu

menjadi kitab (peringatan) dan di dalamnya penuh

keberkatan, apakah kamu masih lagi menderhakainya?”

4. Berkat di dalam Bahasa Arab bermaksud bertambah dan

berkembang. Menurut Imam ar-Raghib al-Asfahani maksud

berkat ialah berterusan kebaikan Ilahi pada sesuatu perkara.

5. Makna berkat pada ayat di atas bermaksud mengalirnya

kebaikan-kebaikan Ilahi kepada manusia selagi mana manusia taat

kepada perintah Allah dan menjauhi penyebab kemurkaan Allah.

6. Keberkatan al-Quran bersifat umum, luas dan meliputi

semua perkara tidak kira yang bersifat ma’nawi atau hissy. Mereka

yang menjadikan al-Quran sumber keberkatan akan beroleh

kerahmatan dan petunjuk daripada Allah.

7. Keberkatan al-Quran luas merangkumi zat al-Quran,

sumber al-Quran, ma’ani al-Quran, dilalat (bukti atau tanda) al-

Quran, ruang lingkup al-Quran dan segala bentuk perbicaraan al-

Quran pada semua lapangan kehidupan samada ekonomi, politik,

sosial, pendidikan dan kenegaraan.

8. Al-Quran menjadi berkat pada sumbernya yang datang

dari Allah, pada perantara wahyu iaitu Jibrail AS, pada penerima

wahyu (Nabi Muhammad SAW), pada malam yang penuh

keberkatan iaitu Lailatul Qadr kepada umat yang mendapat

Page 72: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

71

keberkatan (umat Muhammad SAW), pada setiap huruf al-Quran,

pada ayat-ayatNya, pada setiap surahNya, pada dilalatNya, pada

setiap tilawahNya, pada setiap pengamalanNya, pada objektif al-

Quran, pada manhaj al-Quran dan pada setiap kesan-kesan

penghayatan dan pengaplikasian al-Quran di dalam kehidupan

insan.

9. Justeru Allah memulia dan memberkati Ramadan dengan

al-Quran. Untuk apa?. Supaya manusia berfikir dan mencari solusi

berdasarkan manhaj al-Quran dalam menghadapi apa jua keadaan

dan cabaran.

10. Lantas malapateka COVID-19, kesuraman ekonomi dunia,

cabaran digital, kepincangan permasalahan sosial, hubungan

kekeluargaan dan dunia tanpa sempadan, apakah kita masih mahu

mencari keberkatan selain dari keberkatan al-Quran?.

11. Mari kita dekati al-Quran dan mengambil pelajaran dari

setiap tilawah dan tadabbur kita. Mudah-mudahan al-Quran

memberkati kita di dunia dan akhirat.

Page 73: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

72

Taujihat 18

RAMADAN BULAN JIHAD

“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama

Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu

menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana

sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang

menceroboh.”

1. Ayat 183-187 dalam Surah al-Baqarah membicarakan

tentang persoalan puasa. Manakala pada ayat 190-193 pula

menyentuh persoalan jihad dan perang.

2. Ramadhan bukan sekadar bulan tarbiyyah dan tazkiyyah.

Ramadhan juga adalah bulan Jihad dan an-Nasr (perjuangan &

kemenangan). Pelbagai episod kemenangan dan kejayaan yang

telah diraih oleh umat Islam dibawah kepimpinan Baginda SAW

dan ketumbukan jihad Baginda.

3. Siri-siri dan misi-misi-misi jihad telah dilancarkan ke

seluruh pelusuk alam bagi membuka wilayah baru Islam,

Page 74: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

73

mengukuhkan ketuanan Negara Islam dan menyebarkan Islam ke

sarwajagat.

4. Ramadhan dari aspek vertikal (menegak) ialah membina

daya kepemimpinan, keupayaan membuat polisi-polisi jihad,

merencana dan mengurus negara, kebijaksanaan berpolitik,

menstruktur dan merancang strategi serta bersiyasah melawan

musuh-musuh Islam. Termasuk juga aspek pembinaan kekuatan

organisasi, pengukuhan tarbiyah dalaman dan kelangsungan

pembinaan kawader dakwah. Ini dilihat melalui tindakan Baginda

SAW dan para khalifah-khalifah Islam di dalam siri dan misi jihad

mereka.

5. Manakala dari aspek horizontal (mendatar ialah

bagaimana dakwah berjaya menembusi sempadan umat dan

perluasan negara, membuka wilayah baru Islam (al-fath islami),

melaksanakan misi taui’yah kepada tahanan-tahanan perang,

sikap adil kepada rakyat, menjaga kebajikan mereka, amar makruf

dan nahi mungkar, membasmi kefakiran, menentang penindasan

dan kezaliman dan mewarnai nilai-nilai akhlak di dalam

kehidupan bermasyarakat.

6. Justeru Ramadhan haruslah menjadi benchmarking dalam

memahami fiqh dakwah, fiqh harakah, fiqh jihad dan fiqh

tarbiyah. Gali dan kajilah secara terperinci dari setiap peristiwa

besar yang berlaku.

Page 75: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

74

7. Antara siri-siri jihad dan peperangan di bulan Ramadan

untuk dijadikan iktibar dan pengajaran ialah:

(1) Peristiwa Badar

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2

Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali

Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah

yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam

mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang

terdapat di situ.

Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota

berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah

yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam

memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin

terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera

Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan

dan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi

pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan

penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya

berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang

berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti mencapai

kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan

dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125.

Page 76: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

75

Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar,

sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu

bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

(2) Islam Membuka Kota Mekah

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah.

Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah

melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang

Islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku

Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad

ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh

berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu

pihak lain berperang.

Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada

golongan yang bertelagah iaitu Bani Bakar dan Khuza’ah.

Bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala

Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.

Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy

Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah

Watir. Apabila berita itu sampai kepada pengetahuan Nabi

Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam

mara ke Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin

Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak

Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui

Page 77: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

76

apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin

menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya

bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.

Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang

pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan

pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas

kepadaNya. Allah menyebut dalam Surah al-Fath: Ayat 1;

”Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu

kemenangan yang nyata”.

Sebahagian pakar tafsir al-Quran memberi maksud

‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka

Mekah.

(3) Peristiwa Perjalanan Nabi Muhammad SAW ke Tabuk

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok

Semenanjung Tanah Arab, ia memberi tamparan hebat kepada

Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu.

Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur

(Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam

dengan utara Tanah Arab.

Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad

SAW, Baginda mengarahkan umat Islam berkumpul bagi

menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah

Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat Islam ketika itu

Page 78: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

77

benar-benar teruji. Namun, mereka tetap taat kepada perintah

Nabi Muhammad SAW. Beliau sendiri memimpin tentera

seramai 30,000 anggota ke utara Madinah.

Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada

di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui

kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera

Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai

perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom

tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi

Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar

setiap tahun.

(4) Islam Sampai ke Yaman

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi

Muhammad SAW mengutuskan Ali bin Abu Talib RA

dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman

khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua

mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa

bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10

Hijrah.

(5) Khalid bin al-Walid Meruntuhkan Berhala al-‘Uzza

Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi

Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360

Page 79: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

78

patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya

Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al-

Walid untuk memusnahkan patung al-‘Uzza di Nakhla.

Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al-‘Uzza adalah patung

dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab

apabila melafazkan sumpah. Khalid al-Walid melaksanakan

tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu

menghancurkan patung al-‘Uzza. Selepas itu, penyembahan

patung pun berakhir.

(6) Penyerahan Bandar Taif

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya

menghalau Nabi Muhammad SAW berdakwah di sana.

Selepas Baginda SAW dan umat Islam berjaya membebaskan

Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk

kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan

tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya bagi tempoh

yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah

pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan

menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah.

Patung al-Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

Page 80: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

79

(7) Pembukaan Andalus (Sepanyol)

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-

wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh

orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711

hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92

Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar

pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.

Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang

memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera

Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam

supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya

Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang

dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan (8) abad dan

meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada

dunia barat.

(8) Peperangan Zallaqah; Portugal

Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat,

bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku

kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor

Cordova, al-Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti

Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al-Fonso VI.

Tentera Kristian yang diketuai oleh al-Fonso VI yang

berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa

Page 81: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

80

yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh

Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu,

Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147

Masihi.

(9) Tentera Islam Mengalahkan Tentera Mongol

Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol

melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua

Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi

seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol

dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu,

mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang

ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow

dan Kiev.

Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan

merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti

Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh

dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam

Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam

kerana dakwat.

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi,

angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas.

Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan

Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas

Page 82: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

81

Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain

Jalut.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan

berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian

yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang

Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu

adalah suatu yang luar biasa apabila Monggol yang terkenal

dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

(10) Peperangan Yakhliz

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti

Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan

jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusia yang

berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh

dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam

mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di

Rusia.

(11) Tertawannya Garis Bar Lev, Israel

Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang

melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan

tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390

Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973

Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali

Page 83: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

82

sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober,

dan Perang Ramadhan.

Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari

tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari

antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam

pertempuran itu, Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria

di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke

Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan

di Sinai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel

memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina

kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev

sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.

Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak

dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi

peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya

menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara

peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan

seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid

Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang

mengambil alih pimpinan operasi peperangan.

Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah

bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan

tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya

Page 84: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

83

megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga

terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

(12) Pada bulan dan tahun yang sama rombongan Raja Himyar

tiba di Madinah untuk mengisytiharkan Islam mereka. Mereka

menjadi tetamu Baginda dan Baginda SAW menuliskan

beberapa panduan tentang hak dan kewajiban mereka. Catatan

ini merupakan salah satu dokumen penting dalam sejarah

perundangan Islam.

(13) Pada tahun ke sepuluh Hijrah, Baginda SAW mengutus

rombongan yang diketuai oleh ‘Ali bin Abi Talib ke negeri

Yaman dengan membawa bersamanya surat Baginda SAW

untuk penduduk Yaman, khasnya suku Hamdan yang kesemua

mereka memeluk Islam dalam satu hari.

(14) Pada tahun 53 Hijrah pejuang Arab Islam dapat

menakluki pulau Rudes.

(15) Pada tahun 91 Hijrah pejuang Islam mula mendarat di

Selatan Andalus.

(16) Pada tahun 129 Hijrah mula muncul di Khurasan

pendukung pengasas Kerajaan Bani Abbas dilantik sebagai

khalifah al-‘Abbasiyyah yang pertama.

(17) Pada bulan Ramadhan tahun 132 Hijriyah berakhir sudah

pemerintahan Bani Umaiyyah dan pada masa yang sama Abu

Page 85: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

84

al-‘Abbas dilantik sebagai khalifah al-‘Abbasiyyah yang

pertama.

(18) Pada bulan Ramadhan tahun 361 Hijrah al-Jami’ah

(universiti) al-Azhar selesai dibina untuk kegunaan tempat

belajar dan mengajarkan ilmu-ilmu Arab dan syara’.

(19) Pada tahun 584 Hijriyah Salahuddin al-Ayyubi dapat

mengalahkan kaum Salib dan membebaskan semula

sebahagian besar negeri yang pernah dikuasai oleh pihak kaum

Salib (Kristian). Apabila bulan Ramadhan tiba, pada mulanya

Salahuddin al-Ayyubi ingin memberi rehat kepada para

pejuangnya, akan tetapi kerana takut ajal tiba terlebih dahulu,

maka beliau tidak menyempurnakan maksudnya itu, lalu

mengarahkan para pejuangnya meneruskan peperangan

melawan kaum Salib dan akhirnya mereka mencapai banyak

kemenangan sehingga pertengahan bulan ini.

(20) Pada tahun 658 Hijriyah Kerajaan Mamalik dapat

mengalahkan dan membendung kemaraan tentera Tartar di

‘Ain Jalut. Tentera ini bermaksud menguasai seluruh negeri

Islam, akan memasuki Mesir dan negeri-negeri lain melalui

Mesir.

8. Semoga hadirnya Ramadan bukan sekadar mendidik jiwa

tetapi juga menyuntik semangat jihad yang membara.

Page 86: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

85

Taujihat 19

IBRAH PERANG BADAR KUALITI VS KUANTITI

بيبدر وأنتم أذيلهة فات هقوا الله ولقد نص لعلهكم تشكرون ركم الله Maksudnya: “Dan Allah telah memenangkan kamu di dalam

peperangan Badar sedangkan kamu dalam keadaan lemah

(kuantiti), maka bertaqwalah, mudah-mudahan kamu bersyukur”.

1. Peperangan Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2

Hijrah. Orang Islam pada mulanya hanyalah mahu menghalang

pedagang Quraish dan merampas barang dagangan mereka. Hal

ini kerana kaum Quraish telah menahan harta kaum Muhajirin

yang tinggal di Madinah. Sebagai balasan, kaum muslimin harus

merebut harta dagangan Quraish. Rombongan ini diketuai oleh

Abu Sufian dari Syam ke Makkah. Beliau telah menghantar

Zamzam bin Ammar al-Ghifari pulang ke Makkah untuk

memohon bantuan. Maka ‘Amru bin Hisham (Abu Jahal) telah

mengetuai pasukannya seramai 1000 orang. Badar terletak 130

kilometer di barat daya Madinah.

2. Kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Kira-kira 70

orang Musyrikin telah terbunuh termasuk ketua mereka yang

paling tegar dengan kesyirikannya iaitu Abu Jahal. Turut terbunuh

sebahagian pemimpin mereka. Mereka yang ditawan pula kira-

kira 70 orang. Baginda SAW telah memerintahkan agar semua

yang terbunuh dikebumikan. Baginda SAW pulang ke Madinah

Page 87: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

86

dan melakukan syura dengan para Sahabat RA tentang urusan

tawanan perang. Umar RA mencadangkan supaya mereka

dibunuh. Abu Bakar RA pula mencadangkan supaya mereka

menebus diri mereka. Rasulullah SAW menerima cadangan Abu

Bakar RA. Oleh itu, orang Musyrikin telah menebus tawanan

mereka dengan harta.

3. Apakah pelajaran penting untuk Islam cungkil dari

peristiwa Ghazwah (perang) Badar. Ia bukan sekadar menilai dari

sudut pengkisahan sejarah namun perlu dilihat secara makro dan

mikro.

4. Secara makro Perang Badar memberikan erti bahawa

Allah SWT telah memenangkan tentera Islam di bawah

kepimpinan Rasulullah SAW. Tanpa kemenangan ini Islam pasti

lenyap dan tidak ada yang akan beriman kepada risalah agung ini.

Kemenangan itu adalah kemenangan agenda Islam bukan agenda

peribadi. Ia bukan pertembungan peribadi tetapi adalah

pertembungan prinsip sebagaimana Allah SWT menamakannya

sebagai Yaumul Furqan.

5. Pada masa yang sama, perjuangan ini perlu mengambil

kira asbab wa syurut an-nasr (sebab dan syarat-syarat

kemenangan) seperti pergantungan yang bulat kepada Allah SWT

dengan bermunajat dan berdoa kepadanya, menekuni budaya

syura, ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan,

husnu sillah billah, kesatuan pemikiran dan tindakan dalam

Page 88: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

87

berorganisasi serta kebijaksanaan strategi dan perancangan yang

rapi.

6. Namun apa yang tersirat di sebalik kemenangan umat

Islam ialah kualiti berbanding kuantiti. Inilah fiqh besar yang perlu

difahami umat Islam bahawa siri-siri kemenangan umat Islam di

dalam sejarah bergantung kepada kualiti. Tanpa kualiti umat tidak

akan mampu bangkit dan mencipta kejayaan demi kejayaan. Ini

kerana membina kualiti adalah termasuk dalam memahami fiqh

sunan ilahiyyah.

7. Umat Islam hari ini perlukan kualiti ilmu, kualiti

pemikiran, kualiti dana, kualiti kepimpinan, kualiti pengurusan di

samping kualiti teras iaitu kualiti iman dan taqwa. Maka kuncinya

adalah bangunkan kualiti.

8. Lantaran itu membangunkan kualiti umat adalah rahsia

kekuatan dan kebangkitan lantas menjadi pelantar membina

peradaban.

Page 89: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

88

Taujihat 20

NUZUL QURAN MENCARI SPIRIT YANG HILANG

رمضان الهذيي أنزيل فييهي القرآن هداى ل يلنهاسي وب ي ينات م ين الدى والفرقاني شهر (185)البقرة

Maksudnya: “Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan al-

Quran, menjadi petunjuk kepada manusia, di dalamnya

mengandungi keterangan-keterangan tentang petunjuk dan

membezakan yang Haq dan Batil”.

1. 17 Ramadan setiap tahun akan diingati sebagai hari Nuzul

al-Quran. Nuzul al-Quran mengingatkan kita tentang sejarah

penurunan al-Quran kepada Baginda Nabi SAW melalui

perantaraan Jibril pada satu malam yang mulia iaitu malam

Lailatul Qadr. Penurunan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul

‘Izzah di langit dunia secara sekaligus kemudian beransur-ansur

sampai kepada Nabi Muhammad SAW selama 23 tahun.

2. Sudah tentu penurunan ini memberi signifikan besar

kepada perjalanan sejarah manusia bahkan kepada satu peradaban

yang dibangun atas metodologi rabbani. Besarnya perubahan

perjalanan sejarah manusia kerana besarnya rahsia keagungan al-

Quran yang merupakan satu mukjizat ma’nawi agung kepada

Baginda ar-Rasul SAW.

Page 90: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

89

3. Rahsia keagungan al-Quran terletak pada namanya yang

agung iaitu kalimat ‘al-Quran’ dan ‘al-Kitab’. Allah menyebut dua

nama khusus ini dalam al-Quran secara berasingan dan

berpadanan.

4. Secara berasingan, dapat dilihat pada ayat 9 Surah Israk

dan ayat 2 Surah al-Baqarah. Manakala secara berpadanan pula

pada 77-79 Surah al-Waqi’ah.

إنه هذا القرآن ي هديي ليلهيتي هيي أق وم )9 السراء(

Maksudnya: “Sesungguhnya Inilah al-Quran yang memberi

petunjuk kepada jalan yang lurus”

البقرة( 2اب ال ريب فييهي هداى ل يلمتهقيي )كيت ال ليك ( ذ 1)ال Maksudnya: “Inilah al-Kitab (al-Quran yang tiada keraguan

padanya menjadi petunjuk kepada orang yang bertaqwa”

إنهه لقرآن كريمي ) 77 ( يفي كيتاب مكنون )78( ال ميسه إي اله الم ط ههرون )79 الواقعة(

Maksudnya: “Sesungguhnya inilah al-Quran yang mulia, di dalam

kitab yang terpelihara, tidak ada yang menyentuhnya melainkan

hamba-hamba yang suci.”

5. Dr. Solah Abdul Fattah al -Khalidi di dalam bukunya

‘Lataif Quraniah’ telah memberikan komentar kenapa Allah

menamakan kalamNya dengan dua nama ini. Antara rahsia

penggunaan dua nama ini ialah:

Page 91: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

90

a. Pemeliharaan Allah terhadap al-Quran dari segala

bentuk penyelewengan dan perubahan melalui dua cara

iaitu ‘qiraah’ (bacaan) dan ‘kitabah’ (penulisan).

b. Dua nama tersebut (al-Quran dan al-Kitab) adalah

sepenting-penting cara untuk menjaga ketulenan dokumen

teks dan nas al-Quran.

6. Lantas kita dapati para Sahabat RA menjaga al-Quran

dengan dua cara ini. Tidak hairanlah kita dapati dalam kalangan

mereka ada yang dikenali sebagai ‘Qurra’ dan ada sebagai

‘Kuttab’ (penulis) seperti Abdullah ibn Sa’ad, Uthman ibn ‘Affan,

Ali ibn Abi Talib, Ubai ibn Ka’ab, Zaid ibn Thabit dan Mu’awiyah

ibn Abi Sufyan.

7. Dari aspek bahasa al-Quran diambil daripada kata terbitan

‘al-Qar u’ bermaksud himpun dan kumpul iaitu menghimpunkan

huruf dan kalimah al-Quran dalam satu himpunan suara.

8. Manakala ‘al-Kitab’ pula daripada perkataan al-katbu

(tulis) yang bermaksud juga menghimpunkan sesuatu kepada

suatu yang lain. Lalu dihimpunkan huruf dan kalimah al-Quran

dalam satu kertas yang ditulis dengan mata pena lantas

membentuk mushaf. Ia adalah satu bentuk ‘al-Jam’u al-Hissy’

(dapat dirasai pancaindera) untuk memudahkan umat Islam

membacanya.

9. Jelas bahawa orang yang menghafal al-Quran melalui

sebutan lafaz perlu merujuk kepada mushaf yang ditulis untuk

Page 92: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

91

memastikan al-Quran sentiasa terjaga. Begitulah sebaliknya bagi

yang menulis pula, perlu memastikan keabsahan tulisan al-Quran

dari hafalan para Qurra’ al-Huffaz at-Thiqqat.

10. Tidak ada mekanisme paling terbaik untuk menjaga

keaslian kitabullah melainkan dengan kaedah qiraah (menjaga

bacaan) dan kitabah (menjaga penulisan). Sejarah manusia

menunjukkan tidak ada lagi mana-mana umat dapat mencapai apa

yang mampu dicapai oleh umat Islam.

11. Oleh itu, sepanjang tempoh PKP ini, eloklah kita hidupkan

normal baharu iaitu membaca sambil bertadabbur serta mencatat

makna-makna penting dari ayat yang dibaca untuk diambil ‘ibrah,

pelajaran dan inspirasi.

12. Justeru cara terbaik untuk umat kembali agung

sebagaimana agungnya al-Quran ialah dengan menjadi umat

membaca dan umat menulis. Inilah spirit yang hilang dari umat

Islam.

13. Maka ‘Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan

kamu, Yang menciptakan kamu daripada segumpal darah,

bacalah dengan nama TuhanMu yang Mulia, Yang mengajar

kamu dengan mata pena, Dia mengajar kamu apa yang kamu

tidak ketahui’.

Page 93: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

92

Taujihat 21

BERJAYAKAH PUASA KITA?

مت مها ن فس ولتنظر ٱلله ٱت هقوا ءامنوا ٱلهذيين يهاي أ ليغد قده

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan

hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya

untuk hari esok (akhirat). (al-Hasyr: 18)

1. Salah satu tujuan puasa adalah untuk mendapat kesucian

diri. Ia tidak akan dapat dicapai dengan hanya menahan lapar dan

dahaga sahaja tetapi mampu mengekang keinginan-keinginan

kotor hawa nafsu yang sentiasa bergejolak.

2. Apabila hati kita bersih, perangai dan kelakuan kita akan

terarah kepada perkara yang baik dan positif sehingga mampu

mencapai objektif utama puasa iaitu taqwa sebagaimana yang

disebut "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu

berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum

kamu agar kamu bertakwa" (al-Baqarah: 183)

3. Perkataan 'takwa' dalam ayat ini disebut dalam bentuk 'fiil

mudhari' yang bererti ketakwaan tersebut harus berterusan dan ada

di setiap masa dan ketika. Nilai ketakwaan harus istiqamah di

bulan Ramadan serta di bulan-bulan yang lain juga. Jangan hanya

menjadi 'penyembah Ramadan' iaitu hanya beribadat dan berbuat

Page 94: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

93

baik di bulan Ramadan sahaja, tetapi kembali melakukan perkara

yang jelik dan tidak baik di luar Ramadan.

4. Puasa yang diterima oleh Allah SWT sebagaimana kata

ulama’ adalah dilihat dari sudut prestasi ibadah dan ketaatan kita

selepas Ramadan, apakah ia sentiasa meningkat atau berkurang?

Orang yang berjaya puasanya adalah mereka yang berjaya

menyucikan jiwanya dan selalu berusaha membersihkan dirinya

daripada dosa dan istiqomah mentaati perintahNya serta menjauhi

laranganNya di sepanjang masa.

5. Marilah kita merenung dan bermuhasabah, menilai semula

amalan-amalan kita serta menghitung kekurangan yang ada.

Apakah diterima oleh Allah atau sebaliknya.

Page 95: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

94

Taujihat 22

MENGHIDUPKAN IKTIKAF DI 10 TERAKHIR RAMADAN

فعن عائشة رضى هللا عنها أن النىب صلى هللا عليه وسلم كان يعتكف العشر توفاه هللا عز وجل مث اعتكف أزواجه من بعده . رواه األواخر من رمضان حت

البخارى، ومسلمDaripada Aishah r.a bahawa Nabi SAW beriktikaf pada 10

terakhir dari Ramadhan sehingga diwafatkan Allah, kemudian

diteruskan isteri-isteri baginda.. (muttafaqun ‘alaih)

1. Antara amalan utama yang dilakukan oleh Nabi SAW pada

10 terakhir Ramadan ialah memperbanyakkan iktikaf.

2. Iktikaf bererti Iltizam (komitmen) dalam melakukan

sesuatu pekerjaan. Manakala dari sudut syarak ialah tinggal di

masjid yang dilakukan orang tertentu dengan niat yang tertentu.

Niat tersebut adalah mendekatkan diri kepada Allah.

3. Hukum iktikaf adalah sunat. Ibnu al-Munzir menyebut:

“para ulama’ bersepakat bahawa iktikaf adalah sunnah kerana

Nabi SAW melakukannya dan melaziminya, isteri-isterinya juga

ikut melakukan iktikaf bersamanya dan melakukannya setelah

wafat”. Iktikaf menjadi Wajib jika bernazar.

Page 96: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

95

4. Nabi SAW beriktikaf setiap bulan Ramadhan selama 10

hari dan pada tahun kewafatan baginda selama 20 hari. Iktikaf

menjadi sunnah muakkad jika dilakukan di bulan Ramadhan

terutama pada 10 terakhir Ramadhan.

5. Iktikaf boleh dilakukan sepanjang masa dan waktu.

Masanya boleh satu hari tanpa malamnya atau satu malam tanpa

siang. Dalam mazhab Hanafi dan Maliki yang meletakkan puasa

sebagai syarat sah iktikaf menyatakan waktu yang pendek di

dalam melakukan iktikaf adalah satu hari. Iktikaf bagi orang yang

wajib ikut masa yang dinazarkan.

6.

7. Terdapat 4 syarat utama iktikaf iaitu niat, tinggal

(duduk) di dalam masjid, orang yang beriktikaf mestilah Islam,

berakal, suci daripada haid, nifas dan berjunub, dan di masjid.

Masjid Jami adalah awla (utama) dilakukan iktikaf. Ini

disyaratkan oleh az-Zuhri dan as-Syafie (qaul qadim). Bagi wanita

hendaklah meminta izin suaminya, manakala hamba meminta izin

daripada tuannya. Ulama’ berselisih pendapat dalam

mensyaratkan puasa sebagai syarat sah iktikaf tetapi majoriti

ulama’ menyatakan ia bukan syarat sah iktikaf. Disunatkan puasa

ketika beriktikaf berdasarkan Nabi SAW beriktikaf pada 10 akhir

Ramadhan.

Page 97: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

96

8. Menurut Hanafi, Ahmad, Ishak dan Abu Tsaur, masjid

yang sah dibuat iktikaf adalah masjid yang dibuat solat lima

waktu dan didirikan jamaah. Imam Malik, Syafie dan

Daud pula mengatakan sah dibuat iktikaf pada setiap masjid

tanpa membataskannya. Tetapi mengikut pandangan As-

Syafieyyah, lebih afdal atau utama di masjid Jami’ (dibuat solat

Jumaat). Isteri nabi SAW melakukan iktikaf di masjid Nabawi.

Ulama’ bersepakat lelaki beriktikaf di masjid manakala bagi

wanita berlaku perselisihan pandangan di kalangan para ulama.

Orang yang bernazar tidak boleh niat iktikaf di masjid tertentu

kecuali di Masjid Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa.

9. Siapa yang bernazar untuk melakukan iktikaf selama

satu hari atau beberapa hari atau melakukan iktikaf sunnah,

hendaklah dia masuk sebelum terbit fajar kemudian keluar apabila

matahari tenggelam. Jika bernazar iktikaf satu malam atau

beberapa malam, maka hendaklah ia masuk sebelum matahari

tengggelam semuanya kemudian keluar ketika terlihat fajar terbit.

Jika nazar iktikaf selama sebulan atau iktikaf sunnah, maka

awal bulan adalah awal malamnya. Dia masuk sebelum matahari

tenggelam semuanya dan keluar apabila matahari tenggelam pada

akhir bulan tersebut. Di bulan Ramadhan pada 10 terakhir, maka

dia harus masuk sebelum tenggelam matahari pada malam

kedua puluh satu (Riwayat Mazhab Hambali). Riwayat kedua

Page 98: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

97

setelah solat Subuh. Ibn Hazam pula menyatakan sebelum

tenggelam matahari pada malam 19 Ramadhan. Semuanya

harus keluar setelah tenggelam matahari pada akhir

ramadhan.

10. Antara amalan-amalan yang digalakkan sepanjang

tempoh beriktikaf menurut Mazhab Syafie ialah sebaiknya

menyibukkan diri dengan pelbagai ketaatan kepada Allah seperti

solat, zikir, tasbih, membaca al-Quran, menyibukkan diri dengan

ilmu, mengajar, belajar, menelaah dan menulis buku

(berdakwah)-Kitab al-Majmu’. Manakalaa Ibn Qudamah dalam

kitab al-Mughni pula menganjurkan supaya dilaksanakan solat,

tilawah Quran, zikir dan ketaatan mahdhah. Ada pun mengajar al-

Quran, ilmu, diskusi dan belajar bersama fuqaha, menulis hadis

dan lain-lain yang bermanfaat tidak digalakkan. Ini juga disokong

oleh pendapat Imam Ahmad. Pandangan yang kuat dalam

masalah ini ialah menyibukkan diri dengan ibadat seperti solat,

zikir, membaca al-Quran, memikirkan akhirat dan persoalan

agama, doa dan istighfar. Dibolehkan kita melakukan hal-hal

yang bermanfat kepada orang lain seperti mengajar, berdakwah,

berdiskusi atas keperluan selebihnya kembali kepada konsep asal

iaitu menyibukkan diri untuk beribadah. Makruh ketika

beriktikaf melakukan hal-hal yang tidak perlu sama ada berupa

Page 99: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

98

perkataan atau perbuatan seperti mengumpat, bercakap urusan

keduniaan dan sebagainya.

11. Banyak pesanan Nabi SAW agar kita menyibukkan diri

kita beriktikaf di 10 terakhir Ramadan. Daripada Ibn Umar RA

telah berkata: “Adalah Baginda Rasulullah SAW beriktikaf

sepuluh akhir Ramadhan.” (Muttafaquh ‘Alaih)

Begitu juga, daripada Aishah RA bahawa Nabi SAW beriktikaf

pada 10 terakhir dari Ramadan sehingga diwafatkan Allah,

kemudian diteruskan oleh isteri-isteri Baginda.. (muttafaqun

‘alaih)

Daripada Abi Hurairah RA telah berkata: “Bahawa Nabi SAW

beriktikaf pada setiap kali Ramadan pada 10 hari, tetapi beriktikaf

20 hari pada tahun Baginda diwafatkan”. (Riwayat al-Bukhari).

Daripada Aishah RA telah berkata: “Bahawa Rasulullah SAW

apabila masuk sepuluh akhir Ramadan, Baginda menghidupkan

malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut

kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat

pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan

kebaikan)”. (Muttafaqun ‘Alaih)

Page 100: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

99

12. Ketika pandemik Covid 19, para ulama’ berselisih

pandangan apakah dibolehkan beriktikaf di rumah disebabkan

masjid ditutup? Terdapat pandangan yang melarang dan ada yang

membenarkannya dengan syarat-syarat yang ketat.

13. Apapun yang utama ialah meskipun kita tidak dapat

beriktikaf di masjid, kita masih ada peluang untuk melakukan

amal-amal taqarub yang lain di penghujung akhir Ramadan. Maka

manfaatkanlah masa yang berbaki untuk terus melipatgandakan

ibadah kita.

Page 101: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

100

Taujihat 23

KEINDAHAN MUKJIZAT AL-QURAN

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya jika sekalian

manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan

mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan

dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya

walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (al-Isra’: 88)

1. Al-Quran adalah mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW.

Allah menurunkan al-Quran di bulan Ramadan untuk memulia dan

mengagungkan Ramadan dengan kemuliaan dan keagungan al-

Quran.

2. Perkataan mukjizat atau I’jaz tidak disentuh langsung di

dalam al-Quran mahupun hadith-hadith Nabi SAW. Hanya

terdapat 26 perkataan daripada kata dasar ‘aa-jaa-zaa’ yang

merujuk kepada maksud lemah atau melemahkan.

3. Apabila kita sebut ‘I’jaz al-Quran’ bermaksud keunikan

al-Quran yang melemahkan manusia untuk mendatangi

seumpamannya. Syeikh Manna’ al-Qattan pula menyebut I’jaz al-

Quran adalah untuk membuktikan kebenaran Nabi Muhammad

S.A.W. dalam menyampaikan risalah Islam dan menyatakan

Page 102: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

101

kelemahan orang-orang Arab untuk menandingi keunikan al-

Quran.

4. Al-Quran diturunkan tatkala orang-orang Arab berada di

kemuncak kefasihan, keindahan gaya bahasa dan keelokan

penyampaian. Maka tatkala mereka mendengar ayat-ayat suci al-

Quran, mereka terpesona dan kagum, biarpun mereka dalam

kalangan sasterawan, ahli bahasa, pujangga mahupun pemidato

handalan.

5. Susunan huruf al-Quran dalam satu kalimah, susunan

kalimah dalam satu ayat dan kedudukan ayat dalam lingkungan

ayat-ayat yang lain terserlah keindahan, kehebatan serta ketepatan

bahasanya. Ini adalah bukti yang nyata bahawa bahasa al-Quran

bukan bahasa pujangga seperti yang didakwa oleh orang-orang

Arab Jahiliah. Ini sekaligus menjelaskan bahawa al-Quran itu

datang daripada Allah S.W.T. Yang Maha Bijaksana dan Maha

Suci daripada sebarang kelemahan

6. Salah satu ciri yang membuktikan ‘Ijaz al-Quran ialah

melihat kepada Fawatih Suwar (pembuka surah-surah al-Quran).

Ia dinamakan sedemikian kerana kedudukannya yang mengawali

perjalanan teks-teks sesuatu surah.

7. Imam as-Suyuthi telah menyimpulkan keistimewaan

Fawatih al-Quran kepada 10 teras iaitu:

a) Pujian: (Alhamdulillah - Tabaraka - Subhana): 14

surah

Page 103: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

102

b) Huruf Tahajji: 29 surah

c) Seruan ( أيها الناسيأيها الذين أمنوا / ي ): 10 surah iaitu

terdapat 10 surah, lima surah darinya seruan kepada

Rasulullah S.A.W dan lima lagi kepada umat manusia.

d) Khabar: contoh (يسألونك ): 23 surah.

e) Lafaz sumpah: 10 surah

f) Lafaz syarat: 7 surah

g) Lafaz perintah: ( (قل : 6 surah

h) Pertanyaan :(6 :)عم يتسألون surah

i) Doa: ( لكل همزة ويل ): 3 surah

j) Pertanyaan: ( إليالف قريش ) : 1 surah

8. Terdapat surah-surah yang dimulakan dengan huruf

Hijaiyyah dengan jumlah 29 surah seperti berikut:

Bermula 1 huruf 3 surah

Bermula 2 Huruf 9 surah

Bermula 3 huruf 13 surah

Bermula 4 huruf 2 surah

Bermula 5 huruf 2 surah

9. Huruf-huruf Hijaiyyah ini jika dihimpunkan semua huruf

pembuka surah di atas, kita dapati iaitu 14 huruf sahaja yang

diungkapkan dalam satu lafaz

( Teks al-Quran yang bijaksana lagi muktamad - ( سنص حكيم قاطع له

mengandungi pelbagai rahsia.

Page 104: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

103

10. Susunan huruf-huruf Hijaiyah ini jika disusunkan dalam

tertib surah ia dirumuskan seperti berikut:

Mula dengan 6 آلم a) Bahagian 1: al-Baqarah dan

Ali-‘Imran

b) Bahagian 2: al-‘Ankabut, ar-

Rumm, al-Luqman dan as-Sajadah

Mula dengan 6 آلر Yunus, Hud, Yusuf, ar-Ra’du, Ibrahim

dan al-Hijr

Mula dengan

طواسيم )طسم /طس(

3 As-Syu’araa, an-Naml dan al-Qasas

Mula dengan 7 حم Al-Ghafir, al-Fussilat, as-Syura, az-

Zukhruf, ad-Dhukhon, al-Jatsiyah dan

al-Ahqaf

11. Penggunaan huruf-huruf ini telah menjadi perbahasan dan

perselisihan pendapat di kalangan ulama dan ahli tafsir kerana

terdapat keunikan dari segi pemilihannya. Pada hakikatnya

pembuka-pembuka surah ini mempunyai nilai i’jaz yang tinggi

bagi membuktikan kemukjizatan al-Quran.

12. Adakah susunan surah di dalam mushaf ini diatur secara

tiba-tiba. Adakah penggunaan huruf Hijaiyyah di dalam surah

secara sengaja. Jawabnya tidak. Ia membuktikan al-Quran

Page 105: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

104

merupakan kalamullah yang penuh mukjizat dan ia bukan rekaan

manusia.

13. Menurut Syeikh Solah al-Khalidi di dalam bukunya ‘Lataif

Quraniah’ menjelaskan bahawa ini merupakan dalil kemukjizatan

al-Quran yang membuktikan sumbernya yang robbani dan

penyusunan tertib mushafnya datang dari Allah SWT.

Tidak ada jalan bagi umat melemahkan kekuatan musuh

melainkan kembali merasai keagungan al-Quran dan menjadikan

al-Quran sumber kekuatan. Ayuh tingkatkan tilawah kita dan

tadabbur kita di berbaki 10 terakhir Ramadan.

Page 106: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

105

Taujihat 24

HAKIKAT IMAN DALAM PERJUANGAN

م ا شوه اخ م ف ك د جعوا ل اس ق اس إينه النه ال لم النه ين ق لهذيانا مي م إي ه زاد يل ف م الوكي نيع ا الله و ن ب س الوا ح ق و

Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa

berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah

mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu

hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin

menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah Allah untuk

(menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah

kepadaNya segala urusan kami)". [Ali Imran:173]

1. Di dalam ayat di atas, pada lafaz ‘imaana’ Allah

menceritakan hakikat Iman orang-orang mukmin apabila

berdepan pertarungan dengan musuh mereka iaitu orang-orang

kafir. Iman orang-orang mukmin bertambah saat mereka berdepan

dengan ujian dan mehnah di medan.

2. Jika kita mentadabbur ayat-ayat al-Quran selain ayat di

atas, terdapat 6 tempat lain Allah menggunakan lafaz ‘imaana’

yang diikuti sebelumnya perkataan ‘zaadahum-zaadahu-

liyazdaadu-yazdada’ yang membawa maksud bertambah.

3. Ayat-ayat tersebut terdapat satu pada surah al-Anfal (ayat

2), dua pada surah at-Taubah (ayat 124), satu pada surah al-Ahzab

Page 107: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

106

(ayat 22), satu surah al-Fath (ayat 4) dan satu pada surah al-

Mudathhir (ayat 31)

4. Semua ayat-ayat di atas berkaitan pujian Allah kepada

orang-orang mukmin di atas kemuliaan dan ketinggian iman

mereka.

5. Lafaz ‘imaana’ muncul di dalam ayat-ayat tersebut di

tengah-tengah perbicaraan tentang pertarungan orang-orang

mukmin berdepan dengan orang-orang kafir samada pertarungan

itu bersifat ‘ma’rakah maidaniyyah’(bersenjata) atau ‘ma’rakah

fikriyah’(ideologi).

6. Ayat-ayat di dalam surah Ali-‘Imran, al-Anfal, al-Ahzab

dan al-Fath berkaitan pertarungan fizikal sedangkan pada ayat

Surah at-Taubah dan al-Muddathir pula berkait pertarungan

ideologi.

7. Dari sudut tatabahasa Arab, perkataan ‘imaana’ dii’robkan

sebagai ‘tamyiz’ dan hukumnya mansub. Ia adalah perkataan

nakirah (tiada pertambahan alif dan lam atau tidak diidhofahkan)

yang mengisyaratkan realiti iman mereka bertambah di sebalik

mehnah dan pertarungan yang dihadapi.

8. Fungsi ‘tamyiz’ dari sudut bahasa Arab ialah menjelaskan

makna yang kabur, menerangkan sesuatu pendirian,

Page 108: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

107

menghuraikan maksud yang ringkas, menentukan makna

perkataan dengan terperinci atau menjawab sesuatu persoalan.

9. Apakah hikmah di sebalik Allah meletakkan kalimah

‘imaana’ sebagai ‘tamyiz’, apakah rahsia kalimah tersebut berada

di tengah-tengah ayat yang membicarakan soal mehnah yang

dihadapi orang-orang mukmin?.

10. Antara hikmah atau pelajaran besar dari penggunaan tersebut

ialah:

a) Tabiat iman bersifat fluktuatif iaitu ia bertambah dan

berkurang. Iman bertambah dengan ketaatan dan berkurang

dengan kemaksiatan.

b) Iman orang mukmin meningkat dan bertambah bila

berdepan mehnah dan ujian.

c) Kedudukan I’rob ‘tamyiz’ adalah untuk membezakan nilai

iman antara mereka yang benar-benar beriman dibandingkan

dengan orang yang mukmin yang biasa.

d) Iman mukmin sifatnya haraki iaitu iman meningkat

apabila mereka bergerak di medan perjuangan. Mehnah dan

ujian adalah bukti iman yang hidup dan berfungsi.

e) Iman yang kuat dan kukuh adalah ciri mukmin sebenar.

Imanlah yang menjadikan mereka bersifat tamayyuz (berbeza)

Page 109: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

108

dengan kelompok kafir dan seangkatan mereka. Tanpa iman

tiadalah perbezaan.

f) Tiada iman yang sebenar tanpa jihad dan tiada jihad tanpa

dorongan iman. Justeru umat yang benar-benar beriman adalah

umat yang berjihad kerana jihad adalah bukti iman tertinggi.

Page 110: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

109

Taujihat 25

MEMBURU LALILATUL QADAR

ي عنه، عني النهيبي ي صلهى هللا عن أبي هري رة رضي عليهي وسلهم، قال: »من قام اللهل م مين ذنبيهي، «لي ،غفير له ما ت قده ة القدري إيميانا واحتيساابا

“Barangsiapa yang mendirikan ibadat pada malam al-Qadr

dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran

pahalanya, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu”

1. Di antara nikmat Allah kepada hambaNya pada bulan

Ramadan ialah anugerah malam al-Qadr. Apakah itu Lailatul

Qadr?

2. Jika kita mentadabbur surah al-Qadr, Allah menjelaskan

malam Lailatul Qadar adalah malam yang penuh kemuliaan,

keagungan dan ketinggian. Malam diagungkan baginda Nabi

SAW dengan penurunan wahyu ke atasnya, malam dimuliakan

sifat keinsanan dengan risalah langit yang menjadi penutup kepada

segala risalah di bumi. Ia adalah malam yang penuh keberkatan

dan kebaikan.

3. Di dalam Surah al-Dukhon, ayat 1, Allah menyebut

dengan firmanNya:

لة مباركة (1)الدخان : إينه أنزلناه يفي لي

“Sesungguhnya Kamilah yang telah menurunkan al-Quran

pada malam yang penuh keberkatan”

Page 111: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

110

4. Maksud keberkatan di sini ialah banyaknya kebaikan dan

keberkatan kerana sebaik-baik perkataan iaitu kalamullah

diturunkan pada malam yang terbaik, di bulan yang terbaik,

kepada manusia yang terbaik dengan perantaraan Malaikat yang

terbaik, kepada umat yang terbaik dengan membawa seribu

macam perkara yang baik.

5. Kebaikan risalah agung untuk menunjukkan jalan kepada

manusia dan menerangi hidup mereka dari kesesatan kepada

cahaya kebenaran.

6. Menurut Imam as-Sa’aadi dalam tafsirnya dinamakan

Lailatul Qadr kerana keagungan dan kelebihan malam al-Qadr di

sisi Allah, padanya Allah menetapkan pada setiap tahun dari ajal,

rezeki dan segala ketentuan takdir kepada manusia.

7. Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya menerangkan

bahawa pada Lailatul Qadar akan diperhalusi di Luh al-Mahfuz

mengenai penulisan takdir dalam setahun, juga akan dicatat ajal

maut dan rezeki. Dan turut juga akan dicatat segala sesuatu hingga

akhir dalam setahun.

8. Malam Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik dari

seribu bulan. Segala amal kebaikan yang dilakukan pada malam

tersebut, ganjaran pahalanya jauh lebih baik daripada amalan

dilakukan pada bulan-bulan yang lain. Sebahagian mufassir

menyebut ganjaran pahala pada malam tersebut seperti ganjaran

Page 112: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

111

pahala mereka yang berjihad pada jalan Allah selama 83 tahun 4

bulan.

9. Imam Tobari di dalam tafsirnya menyebut: ‘Amalan pada

malam al-Qadr lebih baik daripada amalan seribu bulan yang tidak

sama dengan amalan lailatul Qadr. Ini menunjukkan bahawa

mereka yang beribadat pada malam tersebut ganjarannya jauh

lebih baik dari ibadat pada malam-malam selain lailatul Qadr.

10. Justeru kita lihat baginda Nabi SAW mengarahkan para

Sahabat RA supaya mencari malam tersebut pada 10 terakhir

Ramadan terutama pada malam-malam ganjil. Sabda Nabi SAW:

ها قالت: قال رسول اللهي عن ي الله هي علي صلهى الله عن عائيشة رضي وسلهم:

ري من رمضان« لة القدري يفي الويتري مين العشري األواخي »ترهوا لي

Maksudnya: “Carilah Lailatul Qadr pada malam-malam ganjil

dari 10 Ramadan”

11. Baginda Nabi SAW akan menghidupkan malam tersebut

dengan ibadat -ibadat malam, mengejutkan ahli keluarga dan

bersungguh-sungguh dalam beribadat pada malam tersebut.

12. Di antara amalan-amalan yang terbaik pada malam

tersebut ialah dengan memperbanyakkan doa, zikir, bersolat

terawih, berqiamullail dan bertilawah al-Quran. Sufyan at-Thauri

lebih mengutamakan banyak berdoa pada malam tersebut

berbanding mendirikan solat. Manakala Ibnu Rejab pula

Page 113: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

112

menyebut, yang terbaik dan sempurna ialah menghimpunkan

ibadat solat, tilawah, doa dan tafakur. Sebahagian yang lain

menyebut bahawa solat terawih adalah maksud kepada segala

maksud himpun tersebut kerana pada solat terawih ada solat,

tilawah dan doa.

13. Bagi mereka yang uzur syarie bolehlah memanfaatkan

malam tersebut dengan banyakkan doa, berzikir, mendengar

alunan ayat-ayat Allah, membacakan hadis-hadis Nabi atau

bersedekah yang selain dari ibadat solat dan tilawah al-Quran.

14. Antara doa yang dianjurkan untuk dibaca malam tersebut

sesuai dengan apa yang diceritakan oleh Saidatina Aishah RA:

فاعف عن ي ". اللههمه إينهك عفو تيب العفو

15. Malam tersebut adalah malam para Malaikat turun

bersama Jibrail a.s membawa kebaikan kepada penghuni bumi.

Maka keselamatanlah bagi mereka yang melakukan ibadat pada

malam tersebut. ‘Salamun’ bermakna malam itu sejahtera dari

segala kejahatan dan syaitan-syaitan terhenti untuk menggoda

manusia dari melakukan kejahatan. Malam para Malaikat

memberikan kebaikan dan kesejahteraan kepada hamba-

hambanya yang taat dan bersungguh-sungguh melakukan

kebaikan.

Page 114: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

113

16. Di dalam satu hadis, Baginda SAW menyebut:

عن أبي هري رة قال: قال رسول اللهي صلهى الله عليهي وسلهم:))أتكم رمضان شهر يامه، ت فتح فييهي أب واب السهماءي، وت غلق فييهي وجله مبارك ف رض الله عزه عليكم صي، وت غ يمي لة خري مين ألفي شهر من ل فييهي مردة الشهياطييي، لليهي فييهأب واب الحي لي

(1) حريم خريها ف قد حريم((Maksudnya: Daripada Abi Hurairah r.a katanya, Sabda Rasulullah

SAW: “Telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan penuh

keberkatan, bulan difardhukan puasa ke atas kamu, dibuka pintu-

pintu langit (syurga), ditutup pintu-pintu Jahim (neraka),

dibelenggu syaitan-syaitan. Demi Allah padanya ada satu malam

yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang dilarang dari

mendapat kebaikannya maka sesungguhnya dia adalah manusia

yang terlarang mendapat kebaikannya.”

17. Keistimewaan malam tersebut bukanlah sekadar merebut

ganjaran pahala yang berganda-ganda meskipun tetap ada tetapi

menghayati nilai al-Quran yang turun pada malam tersebut itulah

yang bermakna. Ini kerana mereka yang menjadikan nilai al-

Quran itu bermakna akan sentiasa memperolehi kebaikan di dalam

hidup meskipun telah berlalu lailatul Qadr.

Page 115: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

114

18. Berbaki lagi beberapa hari, ayuh kita tingkatkan ibadah

kita, kita gandakan amal kita dan kita tidak sia-siakan masa

dengan hal yang melekakan kita. Ini kerana peluang ini hanya di

bulan Ramadan dan kita belum tentu bertemu lagi.

Page 116: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

115

Taujihat 26

BILAKAH TERJADI LAILATUL QADR

1. Sudah menjadi kebiasaan dikalangan masyarakat ketika

berada berada di 10 terakhir Ramadan untuk mencari Lailatul

Qadar.

2. Ini berdasarkan hadis Nabi Nabi SAW:

عليهي وسله عن ها قالت: قال رسول اللهي صلهى الله عن ي الله م: »ترهوا عائيشة رضيري من رمضان« لة القدري يفي الويتري مين العشري األواخي لي

‘Carilah Lailatul Qadr pada malam-malam ganjil dari 10

Ramadan’

3.Para ulama’ berbeza pendapat dalam menentukan bilakah

berlaku malam Lailatul Qadar. Ada yang menyebut malam 21, ada

mengatakan malam 25, ada pendapat mengatakan malam 27 dan

ada juga pendapat mengatakan ia berlaku pada malam 29.

4. Di antara pandangan tersebut, para ulama mentarjihkan ia

berlaku pada malam 27 berdasarkan pandangan Sahabat Nabi

SAW yang bernama Ubai bin Ka’ab.

5. Kata Ubai bin Ka’ab: “Demi Allah, tiada tuhan yang berhak

disembah melainkan Dia (Allah), sesungguhnya malam itu

berlaku pada bulan Ramadan, sesungguhnya aku tidak tahu

Page 117: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

116

apakah malam itu, ia adalah malam yang Baginda Nabi SAW

arahkan kami untuk menhidupkannya iaitu pada pagi di malam 27

Ramadan”.

6. Apakah bukti kepada kenyataan ini?.

a) Pertama berdasarkan bilangan patah huruf pada perkataan

Lailatul Qadr berjumlah 9. Perkataan Lailatul Qadar disebut

sebanyak tiga kali di dalam surah al-Qadr. Maka jumlah

perkataan jika didarabkan dengan tiga kali ulangan ia akan

menjadi 27. (9 x 3 = 27).

b) Perkataan di dalam surah al-Qadr mengandungi 30 patah.

Kedudukan kalimah ( هي( ikut tertib susunan perkataan

adalah di kedudukan yang kedua puluh tujuh (27). Justeru

keberangkalian ia berlaku pada malam tersebut ada asas

sandarannya.

7. Namun hakikat yang paling penting bukanlah angka itu tetapi

setiap daripada kita menghargai detik-detik masa di setiap malam

pada 10 terakhir Ramadan untuk melakukan sebanyak mungkin

ibadah dengan bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan dari satu

malam tersebut kita dapat bertemu Lailatul Qadr.

Page 118: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

117

Taujihat 27

DAMBAKAN KEMAAFAN DAN HARAPKAN KEAMPUNAN

لة القدري عن لة لي عائيشة، قالت: ق لت: ي رسول اللهي، أرأيت إين عليمت أي لي : اللههمه إينهك عفو كريمي تيب العفو فاعف عن ي ما أقول فييها؟ قال: قولي

Ertinya: Dari Aisyah RA katanya: Saya bertanya kepada

Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika saya

mendapati malam lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?”

Rasulullah bersabda, “Bacalah: Allahumma innaka ‘afuwwun

kariimun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni (Ya Allah, sesungguhnya

Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf,

maafkanlah aku)”. (HR. Al-Tirmidzi)

1. Antara kelebihan bulan Ramadan adalah bulan doa.

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar sentiasa

memperbanyakkan doa lebih-lebih lagi pada 10 terakhir Ramadan.

2. Antara doa yang diajarkan Nabi SAW untuk dibaca

terutama pada malam ‘Lailatul Qadr’ ialah

[ اللههمه إينهك عفو كريمي تيب العفو فاعف عن ي ]

3. Doa yang dituntut di dalam hadis ini ialah meminta

kemaafan (al-‘awf) daripada Allah SWT sedangkan kebiasaannya

kita diminta untuk meminta keampunan (al-maghfirah).

4. Dalam ungkapan orang Melayu, kita biasa dengar ayat

‘minta ampun dan maaf’, ‘ampunkan saya’, ‘maafkanlah saya’.

Page 119: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

118

Apakah yang membezakan kemaafan (al-‘afw) dan keampunan

(al-maghfirah). Apakah ia mempunyai erti yang sama atau

sebaliknya?

5. Di dalam al-Quran, terdapat ayat yang Allah menggunakan

lafaz ‘al-‘awf’ dan ada pula ayat Allah menggunakan lafaz

‘maghfirah’. Terdapat juga ayat yang Allah lafazkan dua

perkataan tersebut.

6. Sebagai contoh pada ayat 109 al-Baqarah, al-‘Araf 199,

Allah menggunakan ‘al-‘afw’ manakala pada surah az-Zumar

(ayat: 53) dan surah al-Ahzab (ayat 35), Allah menggunakan lafaz

keampunan.

7. Dalam ayat yang lain, Allah menghimpunkan dua

perkataan tersebut seperti pada ayat 14 Surah at-Thaghabun dan

ayat 286 Surah al-Baqarah.

8. Sebahagian Sahabat seperti Ibnu Umar RA ketika beliau

hendak berbuka puasa, sering berdoa seperti berikut:

اللهم ي واسع املغفرة اغفر ل

‘Ya Allah yang Maha Luas KeampuananMu, maka ampunkan

daku’

9. Para ulama membezakan maksud ‘al-‘afw’ dan ‘al-

maghfirah’. Ada yang mengatakan ‘al-‘afw’ lebih sempurna dari

‘al-maghfirah’, ada pula yang mengatakan ‘al-maghfirah’ lebih

sempurna dari ‘al-‘afw’.

Page 120: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

119

10. Imam al-Ghazali berpenadapat bahawa kemaafan lebih

luas dan sempurna dari keampunan kerana kemaafan

menghapuskan kejahatan termasuk segala maksiat, ia

menghampiri sifat al-Ghafur bahkan lebih tinggi dan mendalam.

Ini kerana sifat pengampun bererti menutupi manakala kemaafan

bererti penghapusan. Menghapus kesalahan jauh lebih tinggi dari

menutupi kesalahan.

11. Syeikh Munir ad-Dimasyqi RA menyebut bahawa sifat

pengampun menghapuskan dosa keseluruhannya sehingga

seorang hamba itu melupakan dosa dan kesalahan yang

dilakukannya sedangkan keampunan pula hanya menutupi dosa

dan tidak dihukum kesalahannya.

12. Imam ar-Razi pula berpendapat kemaafan itu digugurkan

segala hukuman (pembalasan) sedangkan keampunan itu

ditutupkan jenayah kejahatannya untuk melindunginya daripada

azab yang menghina dan mengaibkannya.

13. Al-Kafawi pula berpandangan bahawa keampunan itu

menggugurkan hukuman (balasan) dan mendapat ganjaran pahala

dan ia hanya kepada untuk orang beriman. Berbeza dengan

kemaafan, ia bermaksud menggugurkan celaan dan kehinaan dan

tidak mendapat ganjaran pahala.

Page 121: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

120

14. Syeikh Islam Ibnu Taimiyah melihat bahawa al-maghfirah

lebih luas dari ‘al-‘afw’. Ini kerana kemaafan itu ialah untuk

menggugurkan hak Allah untuk membalas kesalahan hambaNya

dan kemaafan Allah ke atas mereka sedangkan keampunan pula

bererti mencegah mereka daripada melakukan kejahatan dosa

serta penerimaan dan redha Allah ke atas mereka.

15. Kesimpulannya yang boleh diambil ialah Maghfirah ialah

keampunan daripada Allah SWT atas segala dosa yang dilakukan.

Pada hari akhirat, seorang hamba itu mendapat pengampunan atas

kesalahan yang dilakukan dan terlepas daripada seksaan, namun

dosa itu tetap tercatat pada buku amalan. Cuma ia terlindung

(mastur) dan tidak dipertontonkan. Manakala ‘al-‘afw’ pula ialah

kemaafan daripada Allah SWT atas segala dosa yang dilakukan,

dan Allah akan menghapuskannya pada catatan buku amalan

seolah-olah dosa itu tidak pernah dilakukan sama sekali serta tidak

akan ditanya mengenainya pada hari akhirat kelak.

16. Di sinilah hikmahnya mengapa Rasulullah SAW

menganjurkan kita berdoa pada malam al-Qadar agar memohon

kemaafan (‘afuww). Semoga kita terus mendambakan kemaafan

Allah dan mengharapkan keampunanNya.

Page 122: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

121

Taujihat 28

MUHASABAH RAMADAN MENGHIRUP BEKAL

TAKWA

1. Marilah kita ucapkan rasa setinggi syukur, puji dan tahmid

yang tidak terhingga kerana kita dapat menempuh Ramadan pada

tahun ini. Tinggal beberapa saat dan ketika, kita bakal meraikan

lebaran 1 Syawal, tanda kemenangan kita menundukkan segala

runtunan hawa nafsu dan meletakkan maslahat rabbani di tempat

tertinggi mengatasi yang lain.

2. Ramadan bakal melabuhkan tirainya, Syawal pula bakal

menjelma. Pelbagai pelajaran yang kita perolehi daripada seribu

satu macam tarbiyah Ramadan. Ramadan mengajar makna

perjuangan, erti jihad, budaya disiplin, wala’ dan tajarrud hanya

semata-mata untuk Allah mengatasi kepentingan hawa nafsu.

3. Inti Ramadan mendidik kita bahawa perjuangan

menundukkan hawa nafsu adalah perjuangan para Nabi dan Rasul

yang berlangsung sehingga hari akhirat. Kemuncak kepada

perjuangan menentang hawa nafsu ialah menentang segala bentuk

pemikiran dan ideologi ciptaan manusia yang sesat dan

menyeleweng dari petunjuk al-Quran dan as-Sunnah.

4. Bekalan terbaik yang ditinggalkan oleh Ramadan ialah

bekalan taqwa. Taqwa menjadi kunci dan pra-syarat kepada

kemenangan perjuangan. Inilah persoalan atau maqasid terbesar

yang perlu dihayati dan diambil bekal oleh pejuang-pejuang

akidah bagi melawan segala bentuk berhala jahiliyah moden atas

Page 123: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

122

pelbagai nama, berselindung di sebalik gerakan hak asasi,

berjuang atas nama gerakan sivil dan masyarakat madani.

Bukankah Allah menyebut di akhir perintah kewajipan puasa

supaya menjadi manusia yang bertaqwa.

5. Taqwa yang bukan menjelma dalam bentuk penghayatan

tingkah laku, sikap dan budaya seorang pejuang Islam sahaja

tetapi taqwa yang melayakkan kita meraih kemenangan dan

nusrah (pertolongan) daripada Allah sebagaimana pesanan

Saidina Umar RA kepada bala tenteranya agar mereka lebih takut

terhadap dosa-dosa mereka berbanding dosa-dosa pihak musuh.

Perasaan berhati-hati atau wiqayah inilah menjadi asbab Allah

mencampakkan kemenangan kepada generasi dakwah terdahulu.

Menang akidah mereka, menang jihad mereka, menang fikrah

mereka, menang dakwah mereka, menang tarbiyah mereka

sehingga layak memimpin dan menerajui dunia.

6. Marilah kita introspek diri dengan bekalan taqwa…

Allah berfirman yang bermaksud:

Pertama: “Jika kamu bertaqwa kepada Allah, Allah jadikan

untuk kamu jalan pemisah antara Haq dan Batil”

Adakah taqwa menjadikan kita dapat membezakan antara

perjuangan liberal sekular dengan perjuangan Islam yang tulen?

Adakah taqwa menjadikan kita dapat membezakan antara

perjuangan menegakkan masyarakat yang berpaksikan demokrasi

sekular dengan perjuangan menegakkan syariat Allah?

Page 124: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

123

Adakah taqwa menjadikan kita dapat membezakan antara

ideologi-ideologi sesat dan menyeleweng dengan syariat Islam

yang membawa kebaikan dan rahmat?

Adakah taqwa menjadikan kita dapat membezakan antara

perjuangan Hamas dan Zionis Yahudi laknatullah?

Adakah taqwa menjadikan kita dapat membezakan antara

pendekatan melampau dengan manhaj ‘isti’dal’ yang dibawa oleh

para salafussoleh?

Adakah taqwa menjadikan kita dapat membezakan antara

memenuhi tuntutan nafsu dengan memenuhi tuntutan rabbani?

Kedua: “Bertaqwalah kamu kepada Allah, pasti Allah akan

memberikan ilmu kepada kamu..”

Sejauh mana taqwa menjadikan kita mukmin yang memiliki

kekuatan ilmu dan akal.

Sejauh mana taqwa mampu menjadikan kita menolak hujah

kepalsuan golongan anti Islam.

Sejauh mana taqwa menolak kita untuk menguasai pelbagai ilmu

yang diperlukan oleh seorang muslim.

Sejauh mana taqwa mendorong kita memahami ancaman dan

konspirasi musuh-musuh Islam yang terdiri dari Zionisme, Yahudi

dan Kristian.

Sejauh mana taqwa menjadikan kita prihatin terhadap isu-isu umat

Islam, isu Palestin, isu Gaza, isu Syria dan sebagainya.

Page 125: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

124

Sejauh mana taqwa membawa kita mencintai ilmu,

mempelajari ilmu sehingga ilmu itu memberikan kekuatan kepada

kita untuk memimpin umat.

Lihatlah kekuatan ilmu yang diilhamkan Allah kepada Sultan

Muhammad al-Fateh sehingga berjaya membuka Kota

Constantinople.

Ketiga: “Siapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan

jadikan untuknya jalan penyelesaian dan memberikan rezeki

dari sumber yang tidak disangka”.

Yakinlah dengan taqwa, segala permasalahan umat diselesaikan.

Yakinlah dengan taqwa, kekuatan ummah terus kukuh dan ampuh.

Yakinlah dengan taqwa, sumber dana umat tidak pernah kering

dan kontang.

Yakinlah dengan taqwa, umat berada dalam lindungan rahmat

syariat Allah.

Yakinlah dengan taqwa, pimpinan mampu bergerak ke hadapan

meraih kemenangan.

Yakinlah juga… tanpa taqwa, umat lesu, lemah, mundur,

terkebelakang, hidup dalam suasana kerosakan nilai dan kebejatan

akhlak sehingga mengundang kemurkaan Allah.

Yakinlah juga tanpa taqwa, lahir manusia tidak amanah, umat

dalam fitnah dan negara tiada arah.

Page 126: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

125

Keempat: “Siapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah jadikan

segala urusannya mudah”

Ingatlah segala urusan kita mudah dengan bertaqwa.

Ingatlah urusan keluarga terjaga dengan bertaqwa.

Ingatlah urusan masyarakat sempurna dengan bertaqwa.

Ingatlah urusan kita dengan umat dipermudahkan Allah dengan

sebab nilai taqwa yang ada dalam diri kita.

Ingatlah juga bahawa musuh-musuh tewas di tangan kita, kita

menang di dalam perjuangan kita dengan bekalan taqwa yang ada

pada kita.

Ingatlah bahawa taqwa sahajalah pemudah segala-galanya di

dalam hidup kita sebagai seorang muslim, mukmin dan muhsin.

Kelima: “Siapa yang bertaqwa kepada Allah, akan

dihapuskan segala dosanya dan dilipat gandakan pahalanya”

Sekadar mana taqwa berjaya mentazkiyah diri kita dari dosa-dosa?

Sejauh mana taqwa mampu menghilangkan kesalahan-kesalahan

kita?

Setakat mana taqwa boleh menghapuskan dosa-dosa kita sehingga

kita layak mendapat pertolongan Allah dalam perjuangan untuk

menegakkan kalimah Allah?

Sejauh mana pula keyakinan kita bahawa taqwa menguatkan

motivasi dan inspirasi amal kita dengan curahan pahala yang

berlipat kali ganda.

Page 127: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

126

7. Marilah kita mengambil bekalan taqwa dari madrasah

Ramadan untuk kita istiqamah demi mengembalikan izzah umat

dan izzah islam. Bukankah Allah menyebut berkali-kali di dalam

firmanNya:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu dengan

sebenar-benar-taqwa”.

“Bertaqwalah kamu dengan semaksima yang mungkin menurut

batas kemampuanmu”

“Bertaqwalah kepada Allah, wahai orang yang memiliki kapasiti

akal yang tinggi?”

Sentiasalah kita mengoreksi diri dan bersiap sedia untuk kita

bertemu kepada Allah.

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah setiap diri

memerhatikan apa yang dipersiapkan untuk mengadap Tuhannya,

dan bertaqwalah kepada Allah” [al-Hasyr: 18].

Sentiasalah kita memperjuang dan menyatakan kebenaran

walaupun pahit di telan zaman.

“Wahai orang-orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah,

dan nyatakan ucapan dengan perkataan yang benar”

8. Marilah kita jadikan taqwa sebaik-baik bekalan, sebaik-

baik pakaian, sebaik-baik perisai untuk kita berjuang dan berjihad

Page 128: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

127

pada jalan Allah. Moga Allah terus mengampuni kita dan

menempatkan kita bersama-sama para nabi, para syuhadak, para

siddiqin dan para solihin.

9. Menangislah untuk perpisahan ini sebagaimana para

Sahabat RA menangis ketika Ramadan berangkat untuk

meninggalkan mereka dengan segala didikan tarbiyah dan

tazkiyah. Allah telah memberikan dorongan kepada kita tentang

hakikat kemenangan yang sebenar sebagaimana di dalam Surah

Ali-‘Imran ayat 200 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah dan kuatkanlah

daya kesabaranmu, dan kuatkanlah ikatan kuda kamu (siap siaga

di perbatasan jihad), dan bertakwalah kepada Allah, mudah-

mudahan kamu beroleh kemenangan..”

Ya Allah! Kami memohon keredhaanMu dan syurgaMu, dan kami

meminta berlindung dari kemurkaanMu dan balasan nerakaMu…

Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha

Mulia, cintakan keampunan, maka ampunkan dosa-dosa kami,

dosa kedua ibubapa kami, dosa sahabat-sahabat kami, dosa

seluruh saudara-saudara seIslam kami.

Page 129: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

128

Taujihat 29

RAIKAN SYAWAL DENGAN CERIA TANDA SYUKUR

PADA YANG ESA

1. Kita telah berada di penghujung Ramadan dan insyaAllah

kita akan menyambut serta meraikan Aidilfitri pada tanggal 1

Syawal setelah berlalunya Ramadan. Namun, apakah konsep

sebenar sambutan hari raya mengikut pandangan Islam?

2. Aidilfitri ( عيد الفطر ) bermakna kembali kepada fitrah. Ini

bermakna Madrasah Ramadan yang kita lalui bertujuan

melahirkan manusia baharu. Kelahiran manusia baharu yang

bersifat fitrah, bersih dan suci dari dosa dan noda sebagaimana

fitrahnya seseorang apabila ia memeluk Islam.

3. Hari raya di dalam Islam adalah hari kegembiraan, ia

bukan hari kesedihan dan upacara kebudayaan. Ia adalah hari kita

mengucapkan kesyukuran di atas nikmat kurniaan Allah serta

kesungguhan kita melaksanakan ibadah dengan sempurna. Justeru

pada hari tersebut kita membesar dan mengagungkan Allah dalam

segala urusan kita.

4. Pada hari tersebut kita mengucapkan takbir, tahmid dan

tahlil sebagai tanda kita membesarkan Allah dalam kehidupan

kita, menjunjung syariat Allah mengatasi segalanya walaupun

berdepan kebencian orang-orang kafir.

Page 130: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

129

5. Namun untuk memastikan Syawal kita bermakna, Islam

telah mengajar kita adab-adab yang perlu dijaga ketika meraikan

Hari Raya.

a) Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menunaikan

solat hari raya sekurang-kurangnya beberapa biji tamar.

Buraidah al-Aslamiy pernah menceritakan bahawa Nabi

SAW tidak akan keluar pada hari raya melainkan Baginda

akan menjamah sedikit makanan. Manakala pada hari raya

korban pula Baginda tidak makan sehingga selesai solat dan

kembali ke rumah.

b) Keluar untuk menunaikan solat raya melalui jalan lain dan

pulang dari arah lain. Ibnu Umar RA meriwayatkan di dalam

satu hadis katanya:

)أنه رسول هللاي صلهى هللا عليهي وسلم كان خيرج إىل العيديني من طريق ويرجع

من طريق أخرى(.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW keluar menunaikan solat

raya dari satu arah jalan dan pulang dari arah jalan lain.”

c) Keluar secara perlahan dan beransur-ansur seusai

mengerjakan solat hari raya, bertemu dan menyapa setiap

orang dan bertanya khabar serta mengucapkan salam.

d) Hanya mendirikan solat Eid sahaja dan tidak ada solat

sunat Qabliah atau Ba’diyah sebagaimana hadis Abdullah Ibn

Abbas.

Page 131: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

130

لها وال عليه وسلهم صلهى يوم الفيطري ركعتيي ل )أنه النيبه صلهى هللا يصلي ق ب

ب عدها(.

“Bahawa Baginda Nabi SAW mununaikan solat dua

rakaat hari raya tanpa solat sunat dua rakaat sebelum dan

selepasnya.”

e) Mandi sunat hari raya, berwangi-wangian dan bersiwak

sebagaimana apa yang dilakukan oleh Ibnu Umar RA.

f) Memakai pakaian yang baru dan cantik. Ibnu Umar RA

menunjukkan contoh hal ini di mana beliau memakai pakaian

yang paling indah cantik pada hari raya.

g) Berjalan kaki ke masjid dengan penuh ketenangan. Kata

Ibnu Umar RA:

عليهي وسلهم خيرج إىل العيدي ماشياا ويرجع ماشياا(.)كان رسول هللاي صلهى الله

“Adalah Rasulullah SAW keluar menunaikan solat hari

raya dan kemudian pulang dengan berjalan kaki”.

h) Mendirikan solat di kawasan lapang sebagaimana hadis

yang diriwayatkan oleh Abu Saeed al-Khudri.

i) Segera ke tempat solat bagi makmum dan dilewatkan jika

menjadi imam. Sunat memperbanyakkan bertakbir dalam

perjalanan ke tempat solat sehingga sebelum didirikan solat.

Apabila selesai solat, maka tiada lagi takbir raya.

Page 132: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

131

j) Solat Hari Raya didirikan tanpa azan dan iqamah

berdasarkan hadis yang diceritakan oleh Jabir RA.

k) Sunat membawa kanak-kanak hadir ke kawasan didirikan

solat sunat hari raya. Setiap muslim dianjurkan untuk

mengucapkan ucapan tahniah kepada saudara seIslam

sebagaimana yang dilakukan oleh para Sahabat RA dengan

melafazkan ucapan ‘Taqabbalallahu minna wa minkum’.

Diharuskan juga untuk berhibur dengan apa cara sekalipun

dengan syarat ia tidak melanggari syarak.

6. Sebahagian salafussoleh menyebut bahawa para Sahabat

RA berdoa untuk tempoh 6 bulan agar dipertemukan Ramadan dan

kemudiannya juga berdoa untuk 6 bulan supaya segala amalan

sepanjang Ramadan diterima Allah.

7. Mari kita jadikan Syawal hari penuh gembira, hari kita

ucapkan tanda syukur dan hari kita kembali menjadi suci bersih.

Di dalam Musnad Imam Ahmad dan Sunan an-Nasaie bahawa

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa dan mendirikan solat pada bulan

Ramadan dengan penuh keimanan dan menharapkan ganjaran

pahalanya, maka dia keluar dari dosa-dosanya sebagaimana dia

dilahirkan suci dari perut ibunya”.

8. Benarlah satu ungkapan:

Page 133: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

132

“Kalaulah hamba-hambaKu tahu apa yang ada pada kelebihan

bulan Ramadan nescaya mereka berharap Ramadan itu

sepanjang tahun”.

Page 134: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

133

Taujihat 30

KELEBIHAN PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL

1. Terdapat di kalangan umat Islam merasa gembira apabila

berakhirnya Ramadan kerana berpuasa sebulan terasa berat dan

sukar baginya. Maka dia tidak mampu dan sukar untuk kembali

berpuasa. Sedangkan orang yang bersegera berpuasa di bulan

Syawal menunjukkan kecintaan dan kerinduannya kepada ibadah

puasa tersebut. Tidak berat baginya untuk melaksanakannya

bahkan sangat menyukainya kerana pelbagai faedah dan

ganjarannya. Antaranya:

(a) Puasa 6 hari di bulan Syawal ini umpama berpuasa

sepanjang tahun. Ini diperjelaskan oleh Rasulullah SAW: يامي الدههري ت ا مين شوهال كان كصي من صام رمضان مثه أت ب عه سي

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia

mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka

seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim)

(b) Penyempurna ibadat fardhu. Solat sunat rawatib

sebelum dan selepas solat fardhu menyempurnakan

kekurangan yang dilakukan oleh seseorang dalam solat

fardhu. Begitu juga dengan ibadah puasa. Ramai umat Islam

yang berpuasa di bulan Ramadan namun banyak kekurangan

Page 135: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

134

dan kelompongannya dari sudut penghayatan dan

pelaksanaan ibadatnya. Maka puasa enam (6) hari di bulan

Syawal umpama melengkapkan kekurangan tersebut.

(c) Sebahagian ulama’ berpandangan, ia merupakan tanda

diterimanya puasa Ramadan seseorang. Ini kerana apabila

Allah SWT menerima ibadah seseorang itu maka akan

diberikan petunjuk kepadanya untuk melakukan amal soleh

selepasnya. Kata ulama’, pahala dan ganjaran bagi sesuatu

kebaikan itu adalah kebaikan yang dilakukan selepasnya.

Barangsiapa yang melakukan kebaikan, kemudian melakukan

kebaikan lain selepas itu, maka ia adalah tanda diterima amal

kebaikan yang pertama dilakukannya. Begitu juga,

barangsiapa yang melakukan kebaikan, kemudian diikuti

dengan amal kejahatan, itu adalah tanda ditolak kebaikan

yang dilakukannya sebelum itu.

(d) Puasa di bulan Ramadan dijanjikan Allah keampunan

bagi dosanya yang terdahulu. Oleh kerana itu seluruh umat

Islam menyambut Aidilfitri iaitu kita kembali kepada fitrah.

Tiadalah nikmat dan anugerah terbesar selain daripada

mendapat keampunan daripada Allah. Allah SWT

memerintahkan supaya hambaNya menzahirkan kesyukuran

di atas kurniaan Ramadan ini sebagaimana firman-Nya dalam

Surah al-Baqarah: Ayat 185.

ة وليت ڪب يروا ٱلله على ما هدٮ كم و لعلهكم تشكرون و لي تكميلوا ٱلعيده

Page 136: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

135

“..Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa

(sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah

kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu

bersyukur.”

2. Maka, sebagai tanda syukur di atas segala kurniaan yang

diberikan oleh Allah ini, maka sangat dituntut supaya kita

meneruskan pula dengan melaksanakan ibadah puasa sunat enam

(6) hari di bulan Syawal.

Page 137: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan

136

Diterbitkan oleh

Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia

Page 138: (654€¦ · 2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12 3. Ramadan Bulan al-Quran 17 4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20 5. Tadabbur Surah Iqra’ 23 6. Ramadan dan Takwa 27 7. Keistimewaan