interview

Upload: loh-chia-pei

Post on 21-Mar-2016

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

temu bual

TRANSCRIPT

Nama: Teh Show YongUmur: 55Tarikh lahir: 20.1.1955Tempat lahir: Mahang, KedahAlamat kini: KulimAlamat dahulu: MahangHobi: badminton, hoki, bola keranjangKeluarganya: Bapa>>>penjual di Kedah Runcit, Emak>>> Suri Rumah TanggaKakak>>>guru, beliau>>>guru besar, dua orang adik lelaki sama dengan beliau iaitu menjadi guru besar di sekolah rendah. Adik perempuan>>>pensyarah di UPM, dua adik lelaki terakhir>>>pekerja dari Prudential ke AIA sebagai manager di cawangan Bei Jing.motif hidup: boleh mendidik generasi akan datang dengan baik, memberi sumbangan kepada sekolah dan juga negara.baik perlulah tiga tahun. sebab: dalam bidang pendidikan, mestilah mempunyai niat untuk mendidik kesemua anak murid dengan baik. Hal ini demikian kerana belajar benda yang jahat hanya perlu 3 hari manakala belajar benda yang baik perlu menggunakan 3 tahun.sekolah rendah: SJK (C) SIN TEONG1962-1965 SJK(C) JIT SIN (PINDAH semasa DARJAH ENAM) 1966-1967sebab pindah: guru besar cakap sekolah sekolah di kampung sangat bazir (waste) & kalau murid di sekolah rendah jit sin akan automatik naik sekolah menengah jit sin, tanpa mengambil peperiksaan.sekolah menengah: JIT SIN (form3>>>LCE >>> Lower Certificate of Education) & setiap orang perlu belajar peralihan (remove) kerana wajar menguasai bahasa inggeris & bahasa melayuuniversiti: Maktab Perguruan Seri Kota, KL. tahun 1975-1976Pekerjaan sekarang: guru besar di SJK(C) HWA MINPekerjaan dahulu: - tapi sebelum ini ingin melanjutkan pelajaran di Taiwan, sudah sedia, tiba-tiba menerima tawaran Maktab , masuk MaktabAnak: 4 orang. Beliau mempunyai seorang anak perempuan dan 3 orang anak lelaki. Anak sulung beliau berumur 31 tahun dan merupakan seorang guru di SJK(C) Chio Min (A) manakala anak lelaki yang pertama pada awalnya adalah lepasan Universiti Sabah dan mengambil kursus biotech. Namun, anak ini telah bertukar kepada bidang ekonomi kerana dia telah mengambil kursus dan latihan sekali lagi di "bank centre" dan akhirnya telah bekerja di Citi Bank. Anak lelaki yang kedua pula pernah belajar di Utar dan mengambil kursus Bio medical engineering dan sekarang bekerja di Kuala Lumpur. Anak bongsu beliau pula sedang melanjutkan pelajaran di IPG Tun Hussien Onn di Batu Pahat, Johor.

pengalaman: Semasa beliau berumur 12, beliau pernah mengalami peristiwa 513 yang berlaku pada 13 Mei 1969. Oleh sebab peristiwa 513, perintah berkurung telah diadalah di negeri yang lebih terkenal seperti Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur dan lain-lain lagi. Pada ketika itu, beliau adalah tingkatan dua dan belajar di Jit Sin di Bukit Mertajam. Oleh itu, beliau dan juga penduduk-penduduk yang berhampiran tidak dibenarkan keluar dari rumah. Mereka hanya dibenarkan keluar pada sesuatu masa sahaja. Jika sesiapa tidak mematuhi peraturan, mereka akan dibunuh.Pada tahun 1977 mula berkhidmat dengan kerajaan sebagai seorang guru biasa di SJK(C) Rantau Panjang, Kelantan. Perkhidmatan beliau di sekolah rendah ini selama 7 tahun iaitu sampai tahun 1983. Kemudian, dipindah ke SJK (C) SIN TEONG, MAHANG, KEDAH. (kampung beliau) sehingga 12.6.2000. Di sini, beliau pernah dilantik sebagai guru besar ganti iaitu pada tahun 1993-1994 dan menjadi balik guru biasa selepas guru besar baru berdaftar di sekolah tersebut. Semasa menjadi guru besar ganti, semua perkara perlu dibuat sebagai seorang guru besar. Antaranya ialah mengadakan tuisyen dengan murid, melatih murid semasa Hari Sukan, menghadiri khusus pelbagai subjek termasuk Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup dan Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana pada ketika itu sekolah hanya mempunyai tiga orang guru dan juga menghadapi kekurangan murid.Tiada orang ingin menjadi guru pada masa itu kerana gaji sebagai seorang guru agak rendah iaitu hanya RM400. Pada ketika itu juga, pembelajaran bercantum diperkenalkan iaitu darjah 1 cantum dengan darjah 2, darjah 3 cantum dengan darjah 4 dan darjah 5 cantum dengan darjah 6. Kemudian, beliau telah dipindah ke SJK(C) BAGAN SAMAK selama 7 tahun iaitu sampai tahun 2007. Kemudian, beliau telah dipindah lagi ke SJK (C) Hua Min, Sg. Karangan sebagai guru besar selama 4 tahun. (pada masa itu, sekolah ditukar gred dari Gred C ke Gred B, dan pentabir yang bukan digid A34 perlu dipercat. Namun, pada akhirnya digid dinaik secara automatik dan beliau masih dikekalkan di sekolah tersebut.) Pada 16.5.2011 iaitu tepat pada hari Guru, beliau dipindah ke SJK(C) Hwa Min, iaitu sekolah yang beliau khidmat kini, sekarang sudah berkhidmat di sini selama 3 tahun lebih, dekat mahu pencen. Lagi beberapa bulan sahaja. Persatuan yang disertaiBeliau telah menyertai Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Selatan pada tahun 1983 dan telah dilantik sebagai naib pengerusi. Dalam persatuan ini, beliau telah mengadakan kursus dan pertandingan bagi guru-guru serta bantu mencari "sponsor" daripada Ahli Dewan Undangan Negeri untuk "sponsor" kursus-kursus yang dihadiri oleh para guru. Beliau juga memimpin untuk meningkatkan disiplin dalam kalangan guru-guruBeliau juga menyertai Persatuan Hang Kang Kedah Selatan pada tahun 1991 dan telah dilantik sebagai naib bendahari. Dalam persatuan ini, beliau telah membantu bendahari untuk merekod sumbangan-sumbangan yang telah dikumpul. Sebenarnya, beliau telah dilantik sebagai pengerusi tetapi beliau telah menolak tawaran tersebut kerana beliau ingin memberi peluang kepada ahli-ahli yang lebih muda untuk belajar melaksanakan tanggungjawab terhadap peranan masing-masing. Beliau juga mengatakan bahawa jika mereka yang muda menemui apa-apa masalah dalam melaksanakan tugasan mereka, mereka masih boleh bertanya kepada beliau. Oleh itu, beliau menegaskan bahawa ahli-ahli yang muda perlulah mengambil kesempatan untuk mengambil jawatan agar mereka boleh bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman atau mempelajari daripada mereka sebelum mereka bersara.Di samping itu, beliau telah menyertai Jawatankuasa Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kedah pada tahun 2007. Dalam persatuan ini, beliau bersama ahli yang lain telah mengadakan khusus serta membuat perbincangan tentang perkara yang berkaitan dengan sekolah Cina. Seterusnya, beliau juga membincangkan topik-topik mengenai hal-hal pengurusan sekolah Cina dan mengadakan rekreasi atau perlancongan kepada ahli-ahli dalam persatuan ini. Akhirnya, beliau juga menyertai Kesatuan Kebangsaan Guru Besar Se-Malaysia pada tahun 2009. Dalam persatuan ini, beliau bersama ahli-ahli yang lain membincangkan kebajikan-kebajikan yang perlu didapti oleh guru besar dan mengadakan kursus serta latihan kepada para guru besar yang baru keluar.