interview

4
Soalan 1: Bolehkah anda jelaskan pandangan anda terhadap FPK/FPG? Jawapan:- Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru ini wujud dalam bidang pendidikan untuk menjadi satu hala tuju kepada semua yang terlibat dalam bidang pendidikan ke manakah arah system pendidikan ataupun ke manakah arah pendidikan Negara ini hendak kita bawa. Dengan adanya falsafah ini, semua pihak yang dalam pendidikan akan dapat menggembling tenaga dan dapat mencapai falsafah tersebut. Dengan adanya falsafah ini, semua pihak guru, pelajar dan sebagainya semua warga akan menuju ke arah yang sama. Soalan 2: Bagaimanakah FPK/FPG telah menyumbang di dalam sektor pendidikan kita? Jawapan:- Dengan kedua-dua falsafah ini memang memberi impak kesan kepada sistem pendidikan kita. Seolah-olah falsafah ini merupakan satu garis panduan, satu laluan ataupun satu hala tuju yang mesti diikuti oleh semua warga pendidik untuk mencapai matlamat negara dan falsafah itu sendiri. Jadi dengannya, satu poin yang meletakkan jadi semua orang yang menuju ke arah yang sama dalam bidang pendidikan. Jadi dua-duanya sangat perlu dalam Falsafah Pendidikan kita. Soalan 3: Bagaimana FPK/FPG telah membantu anda? Jawapan:- Sebagai warga pendidik, saya sendiri sebagai guru dan pensyarah, memang falsafah ini sememangnya menjadi satu pegangan kepada seluruh warga pendidik, saya juga dalam kita melaksanakan proses P&P sebagai garis panduan untuk kita. Jangan kita keluar daripada . Apa tujuan kita mendidik? Apa kita nak jadikan warga murid kita? Jadi dengan adanya panduan itu, ia sangat membantu dalam kita melaksanakan tugas kita sebagai guru. Soalan 4: Apakah perubahan yang anda dapat lihat dengan adanya FPK/FPG? Jawapan:- Mungkin sebelum wujudnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru, mungkin system pendidikan kita tidak meletakkan satu garis panduan. Mungkin kita pada masa itu kita. Sistem pendidikan ini adalah tinggalan penjajah dan mereka juga mempunyai hala tuju sendiri untuk dia wujudkan sistem pendidikan juga sebagai penjajah. Mungkin system pendidikan yang ada mungkin sebagai syarat sahaja untuk dilaksanakan. Tapi bila kita merdeka, dan kita mula merangka sistem pendidikan kita, kita wujudkan

Upload: priya-darshini-murugan

Post on 11-Jan-2016

9 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

question

TRANSCRIPT

Page 1: Interview

Soalan 1: Bolehkah anda jelaskan pandangan anda terhadap FPK/FPG?

Jawapan:-

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru ini wujud dalam bidang pendidikan untuk menjadi satu hala tuju kepada semua yang terlibat dalam bidang pendidikan ke manakah arah system pendidikan ataupun ke manakah arah pendidikan Negara ini hendak kita bawa. Dengan adanya falsafah ini, semua pihak yang dalam pendidikan akan dapat menggembling tenaga dan dapat mencapai falsafah tersebut. Dengan adanya falsafah ini, semua pihak guru, pelajar dan sebagainya semua warga akan menuju ke arah yang sama.

Soalan 2: Bagaimanakah FPK/FPG telah menyumbang di dalam sektor

pendidikan kita?

Jawapan:-

Dengan kedua-dua falsafah ini memang memberi impak kesan kepada sistem pendidikan kita. Seolah-olah falsafah ini merupakan satu garis panduan, satu laluan ataupun satu hala tuju yang mesti diikuti oleh semua warga pendidik untuk mencapai matlamat negara dan falsafah itu sendiri. Jadi dengannya, satu poin yang meletakkan jadi semua orang yang menuju ke arah yang sama dalam bidang pendidikan. Jadi dua-duanya sangat perlu dalam Falsafah Pendidikan kita.

Soalan 3: Bagaimana FPK/FPG telah membantu anda?

Jawapan:-

Sebagai warga pendidik, saya sendiri sebagai guru dan pensyarah, memang falsafah ini sememangnya menjadi satu pegangan kepada seluruh warga pendidik, saya juga dalam kita melaksanakan proses P&P sebagai garis panduan untuk kita. Jangan kita keluar daripada . Apa tujuan kita mendidik? Apa kita nak jadikan warga murid kita? Jadi dengan adanya panduan itu, ia sangat membantu dalam kita melaksanakan tugas kita sebagai guru.

Soalan 4: Apakah perubahan yang anda dapat lihat dengan adanya FPK/FPG?

Jawapan:-

Mungkin sebelum wujudnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru, mungkin system pendidikan kita tidak meletakkan satu garis panduan. Mungkin kita pada masa itu kita. Sistem pendidikan ini adalah tinggalan penjajah dan mereka juga mempunyai hala tuju sendiri untuk dia wujudkan sistem pendidikan juga sebagai penjajah. Mungkin system pendidikan yang ada mungkin sebagai syarat sahaja untuk dilaksanakan. Tapi bila kita merdeka, dan kita mula merangka sistem pendidikan kita, kita wujudkan

Page 2: Interview

falsafah pendidikan. Jadi falsafah pendidikan ini, inilah yang membawa sistem pendidikan kita sehingga ke hari ini.

Soalan 5: Sejauh manakah anda memanfaatkan FPK/FPG dalam aktiviti P&P?

Jawapan:-

Sebagai satu garis panduan dasar, sebagai satu hala tuju dalam sistem pendidikan negara, jadi falsafah pendidikan ini kalau kita aplikasikan dalam melaksakan proses P&P, kita akan melihat dari sudut kepentingan negara. Bila kita sabagai guru mengajar matlamatnya untuk kepentingan negara kita dengan falsafah pendidikan kita. Jadi, dengan adanya falsafah pendidikan itu dia akan membantu saya menolak sistem-sistem ataupun menolak pemikiran-pemikiran yang mingkin tidak selaras dengan kehendak negara. Jadi ini dapat membantu kita membangunkan Falsafah Pendidikan Negara.

Soalan 6: Adakah anda rasa semua pendidik perlu memahami FPK/FPG? Jelaskan

Jawapan:-

Haa.. Itu sudah semestinya. Semua pendidik, bakal-bakal pendidik dan ibu bapa juga patut dijelaskan apakah matlamat sistem pendidikan kita. Especially pada guru, para guru memanglah. Mereka perlu faham betul-betul apakah yang ada pada falsafah pendidikan megara itu. Bila guru telah betul-betul memahami dan menghayatinya, barulah mereka akan dapat melaksakan proses P&P dengan berkesan untuk mencapai matlamat negara.

Soalan 7: Adakah anda rasa semua pendidik perlu menghayati FPK/FPG? Jelaskan

Jawapan:-

Seperti yang saya nyatakan tadi, mereka perlu faham, menghayati dan mengamalkan. Jangan sekadar mereka menghafal apa die falsafah dan jelaskan apa itu falsafah sahaja. Tetapi dari segi pelaksanaannya semasa mereka melaksanakan proses P&P dalam kelas, mereka menjalankan tugas pentadbiran di sekolah, misalnya ataupun tugas pentadbiran di peringkat PPD misalnya mereka tidak menghayati. Falsafah pendidikan ini mereka tidak akan dapat membantu negara intuk membangunkan pendidikan negara kita ini. Mungkin kalau mereka tidak betul-betul menghayati, mungkin nanti mereka akan terpengaruh dengan kepentingan sendiri, kepentingan peribadi. Tapi kalau mereka betul-betul menghayati falsafah Pendidikan Negara, mereka akan dapat bertugas dengan berkesan, ikhlas, baik, jujur, semata-mata untuk melihat anak bangsa dia maju.

Soalan 8: Apakah anda merasakan penting untuk memahami dan menghayati

FPK/FPG?

Jawapan:-

Page 3: Interview

Mamang penting. Sebab itulah dalam sistem dalam IPG ini sistem proforma pendidikan bakal-bakal guru didedahkan dengan kurikulum KBSR dan KSSR. Kurikulum yang ada dalam sekolah ini memang bertunjangkan kepada falsafah pendidikan. Memang penting untuk guru-guru dan semua pihak yang ada kaitan dengan sistem pendidikan ini, sama ada pihak pelaksana, pentadbir, dan sebagainya memahami apa dia Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Untuk memastikan mereka sentiasa berada dalam landasan yang betul semasa menjalankan tugas.

Soalan 9: Bagaimanakah elemen-elemen seperti Jasmani, Emosi, Rohani, Spiritual

dan Intelektual (JERIS) dapat anda realisasikan dalam proses pengajaran

anda?

Jawapan:-

Itu dia falsafah pendidikan. Melihat keempat-empat aspek dalam seseorang individu itu berkembang secara harmonis. Itu satu matlamat yang sangat baik, ideal. Tetapi kalau kita tidak betul-betul menghayati sifat ini, ini yang berlaku sekarang. Bila guru lebih fokus pada sistem exam orieted, nakkan pelajar die cemerlang dalam akademik. Tetapi dalam aspek rohani, jasmani, mereka abaikan. Jadi, kalau guru dapat menhayati ini, kita akan dapat melihat insan-insan yang betul-betul harmoni seimbang. Jadi, keempat-empat elemen itu perlu disepandukan kepada murid-murid kita, jangan kita fokus kepada akademik, untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan, untuk exam, peperiksaan. Tetapi dari segi rohaninya diabaikan. Jadi kalau guru tidak betul-betuk menghayati ini yang akan berlaku.

Soalan 10: Apakah harapan anda terhadap pendidikan guru?

Jawapan:-

Guru-guru perlu didedahkan untuk memainkan peranan yang penting dalam mendidik pelajar beraspirasikan falsafah pendidikan kebangsaan. Mungkin dalam masyarakat kita ibubapa ingin melihat kejayaan anak-anak dalam pendidikan. Tapi kejayaan itu hanya dilihat dari sudut akademik. Sedangkan sudut-sudut lain anak itu mungkin tidak diberi penekanan. Sebab itu, sebagai guru, dia perlu memainkan peranan lebih lagi untuk memastikan kejayaan murid itu dari keempat-empat aspek dalam falsafah pendidikan. Jangan kita fokus kepada aspek akademik sahaja kerana disahkan oleh pengarah, pengetua, Pejabat-Pejabat Daerah, sehingga kita abaikan aspek rohani, jasmani, dan juga emosi dia. Jasmani tu mungkin berlaku, sebab ada pendidikan. Tetapi dari segi emosi, dari segi rohani, ini yang kurang diberi penekanan. Jadi, inilah peranan guru. Guru perlu fahamkan falsafah melaksanakan P&P itu mengikut kehendak falsafah pendidikan.

Soalan 11: Apakah pandangan anda terhadap kualiti guru sekarang?

Jawapan:-

Secara relatifnya mungkin kita nampak perbezaan, tetapi tugas cabarannya berbeza. Kalau kita nak banding guru dulu baik guru sekarang tidak, guru dahulu pandai mengajar, guru

Page 4: Interview

sekarang tidak, susah kita nak membanding itu, sebab cabarannya dalam keadaan yang berbeza. Guru-guru sekarang ni mungking cabaran die lebih hebat lagi daripada guru-guru dahulu. Guru dulu mungkin mudah lagi situasi P&P nya sebab pelajar dulu belum lagi terdedah dengan unsur luar yang mempengaruhi mereka. Kerana cabarannya lebih hebat, guru sekarang pun lebih hebat. Tetapi perlu bersikap, ada beza guru-guru dulu, guru sekarang asalkan mereka punya sikap yang betul terhadap P&P die, terhadap pelajar die, tugas die, saya rase walaupun dia tak dapat kata cemerlang, contoh dalam kumpulan pelajar die, tetapi die dapat menerapkan sifat-sifat yang baik dan sebagainya itu pun dikira sebagai satu kejayaan bagi guru. Tidak semestinya die akademik keja dia bagus. Memang agak berbeza kita nak dudukkan sama sebab die ade di pentas yang berbeza dengan guru. Tapi guru sekarang pun ada kehebatan die.

Soalan 12: Apakah pendapat anda terhadap masa hadapan pendidikan negara kita?

Jawapan:-

Kita sebenarnya mempunyai satu perancangan yang bagus untuk masa depan pendidikan dimana kita banyakkan peruntukan kewangan untuk sektor pendidikan dan kalau semua pihak memahami aspirasi pendidikan, dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Pendidikan kita ni akan terus maju. Dalam hal ini semua pihak perlu berkerjasama pihak guru, ibu bapa, orang-orang yang di luar sistem pendidikan juga perlu mengembling tenaga untuk memajukan sistem pendidikan ini, jangan serah pada guru sahaja, pada para pendidik sahaja untuk memstikan kecemerlangan pendidikan anak-anak. Semua pihak bukan sahaja guru, ibubapa juga perlu memainkan peranan, masyarakat juga mungkin ada peranan terhadap kejayaan anak-anak itu. Bukan kalau anda nak ajar pelajar itu, pelajar itu cemerlang, bukan 100% kejayaan kita, sebenarnya kejayaan semua pihak. Jadi untuk kemajuan pendidikan semua pihak perlu mengembling tenaga.