interpretasi

31
INTERPRETASI PENDIDIKAN KESIHATAN DAN PROGRAM YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH 1. PENDAHULUAN Datuk Dr. Abdul Shukor b Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam kata penghantarnya dalam buku Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan, Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999 menjelaskan bahawa Pendidikan Kesihatan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Kesihatan di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat sihat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan dibahagikan kepada 3 tunjang pembelajaran iaitu:- i. Kesihatan Diri dan Keluarga ii. Gaya Hidup Sihat iii. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran. Matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan diharap dapat dicapai melalui tunjang yang dinyatakan. Pemahaman dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid amat perlu agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum. ( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 ) 2. DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN Wikipedia menerangkan bahawa Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, kesihatan ialah satu tahap atau keadaan apabila seseorang individu itu

Upload: ernittasabian

Post on 27-Dec-2015

67 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pendidikan Kesihatan Dan Program Yang Boleh Dilaksanakan Di Sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Interpretasi

INTERPRETASI PENDIDIKAN KESIHATAN DAN PROGRAM YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

1. PENDAHULUAN

Datuk Dr. Abdul Shukor b Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam kata penghantarnya dalam buku Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan, Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999 menjelaskan bahawa Pendidikan Kesihatan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Kurikulum Pendidikan Kesihatan di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat sihat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan dibahagikan kepada 3 tunjang pembelajaran iaitu:-

i. Kesihatan Diri dan Keluarga

ii. Gaya Hidup Sihat

iii. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran.

Matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan diharap dapat dicapai melalui tunjang yang dinyatakan. Pemahaman dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid amat perlu agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum. ( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 )

2. DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

Wikipedia menerangkan bahawa Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses

membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam

kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan

komuniti.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, kesihatan ialah satu tahap atau keadaan apabila seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial, dan bukan semata-mata bebas daripada penyakit atau tidak upaya. Definisi ini melibatkan dua aspek penting dalam kesihatan, iaitu aspek negatif (penyakit tidak sihat, cedera, cacat, tidak upaya atau lemah ), dan aspek positif (kesejahteraan dari segi mental, fizikal dan sosial).

Perkataan “kesihatan” dikatakan berasal daripada perkataan Inggeris lama untuk perkataan heal (hael) yang bermaksud keseluruhan (whole) . Ia merujuk kepada kesihatan

Page 2: Interpretasi

yang menyeluruh, iaitu berkaitan individu secara keseluruhan termasuklah integriti, sihat atau kesejahteraan.

Kesihatan bersifat holistik dan merangkumi pelbagai dimensi atau domain. Kesihatan holistik bermaksud mengambil kira pelbagai pengaruh dan interaksi dimensi-dimensi tersebut. Dimensi kesihatan bagi individu adalah seperti berikut :

i Kesihatan fizikal.

ii Kesihatan mental

iii Kesihatan emosi

iv Kesihatan sosial

v Kesihatan rohaniah

vi Kesihatan seksual

Selain kesihatan individu terdapat dua lagi dimensi kesihatan yang lebih luas yang mempengaruhi individu iaitu :

i. Kesihatan Masyarakat iaitu hubungan antara kesihatan dan cara masyarakat distruktur, disusun dan dibangunkan. Ini termasuklah keperluan infrastruktur asas untuk kesihatan

ii. Kesihatan persekitaran – bermaksud persekitaran fizikal di mana orang ramai tinggal dan ini termasuklah perkara-perkara seperti perumahan, pengangkutan, kemudahan sanitasi dan air bersih, serta pencemaran.

3. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan,

memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup

sihat. ( wikipedia.org)

Objektif pendidikan kesihatan dirancang dan digubal agar murid-murid boleh mencapai perkara-perkara seperti berikut :

i. mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran.

ii. menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan.

iii. membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman.

iv. menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian

Page 3: Interpretasi

v. berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.

( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 )

4. BUDAYA PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Budaya pembelajaran Pendidikan Kersihatan di Malaysia adalah melalui penglibatan

murid-murid secara penghayatan ilmu, berinteraksi dengan guru, rakan dan masyarakat

serta penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukit pembelajaran

Tiga tunjang dalam Pendidikan Kesihatan iaitu yang pertama Kesihatan Diri dan Keluarga,

ini bermakna penjagaan kesihatan diri, perasaaan dan kekeluargaan. Tumpuan pengajaran

dan pembelajaran diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan

keibubapaan’

Gaya Hidup Sihat merupakan tunjang yang kedua, dan konsep tunjang ini adalah

pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara

berterusan. Pengajaran dan pembelajaran memberi tumpuan kepada penyelesaian konflik,

pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan

pencegahan dadah.

Tunjang yang ketiga adalah Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran, konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas.

Kaedah atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Kesihatan adalah menekankan gaya hidup sihat yang sesuai dengan ciri dan keperluan murid, dan pembelajaran adalaha melalui aktivitiMurid diberi peluang mempelajari pengetahuan,kemahiran dan nilai berkaitan dengan mata pelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Murid juga perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental dan membentuk perhubungan yang sihat dalam suasana yang membina.

Murid juga diajar menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Kemahiran

berfikir yang terdapat dalam Pendidikan Kesihatan ini termasuklah membanding dan

membeza, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menyusun mengikut urutan,

membuat inferens, menjana dan menghasilkan idea, dan mencipta analogi. Mata pelajaran

ini juga mendidik murid membuat keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah.

Nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan selaras dengan

matlamat mata pelajaran ini antaranya ialah kebersihan,keselamatan, tanggungjawab,

keprihatinan, kasih sayang dan kerjasama.

Page 4: Interpretasi

5. INTERPRETASI PENDIDIKAN KESIHATAN DAN PROGRAM YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

Sebagai Pentadbir atau Guru Besar pelagai program boleh dilaksanakan di sekolah yang berkaitan dengan Pendidikan Kesihatan. Kebanyakan sekolah sememangnya telah mengadakan pelbagai program yang merupakan program Pendidikan Kesihatan samada secara lansung atau tidak langsung. Selain daripada mata pelajaran Pendidikan Kesihatan yang diajar sebagai subjek, Pendidikan Kesihatan boleh diterapkan melalui pelbagai kaedah atau pendekatan. Ini termasuklah dalam program-program Hal-Ehwal Murid, begitu juga dalam program-program Kokurikulum.

Pendidikan haruslah diajar atau lebih tepat lagi diterapkan kepada murid-murid supaya ia menjadi budaya. Perkara-perkara begini kadang-kadang agar sukar juga hendak diajar atau diterapkan kerana murid-murid datang dari pelabagai budaya atau cara hidup yang berbeza, sebagai contoh cara pemakanan mereka di rumah, kadang-kadang apa yang ditafsir oleh ibubapa di rumah akan pemakanan sihat amat berbeza sekali dengan pemakanan sihat yuang sebenarnya. Justeru itu peranan sekolah amat penting sekali dalam hal ini. Perkara-perkara berkaitan Pendidikan Kesihatan perlu ditunjuk ajar di sekolah dan jadikannya satu rutin agar ianya akan menjadi budaya kepada murid-murid yang akan membesar sebagai masyarakat yang faham akan pentingnya penjagaan kesihatan.

6. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN YANG HENDAK DIPUPUK DI SEKOLAH

Program Kesihatan merupakan program yang dijalankan untuk menjamin kebersihan dan kesihatan murid yang berterusan sepanjang tahun untuk mewujudkan suasana persekitaran yang bersih di samping membina amalan-amalan yang baik untuk

Objektifnya pula adalah untuk :

i. Menanamkan sikap menjaga kebersihan dan kesihatan di kalangan murid.

ii. Memastikan kawasan sekolah adalah kawasan yang bersih dan selamat.

iii. Mengindahkan kawasan sekolah dengan pelbagai tanaman hiasan.

iv. Memberi maklumat kepada murid berkaitan kebersihan dan kesihatan.

7. AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

Pelbagai aktiviti boleh dirancang dan dilaksanakan di sekolah dalam usaha menerapkan kefahaman dan kesedaran di samping matlamat jangka panjang iaitu untuk menjadikan satu budaya, antaranya :-

Page 5: Interpretasi

I. Kempen anti denggi

II. Taklimat, ceramah & motivasi tentang tanggungjawab menjaga kebersihan dan kesihatan diri.

III. Mengadakan hari kesihatan

IV. Program anti rokok dan dadah

V. Menceriakan tempat-tempat rekreasi & persekitaran sekolah

VI. Menggalakkan program motivasi, amalan hidup sihat, senaman & permainan

VII. Tandas bersih

VIII. Kantin bersih & selamat

IX. Pertandingan kelas terbersih

X. Pameran kesihatan

XI. Melukis poster

XII. Kempen kebersihan

XIII. Kitar semula

XIV. Melukis mural

8. RUMUSAN

Program-Program Kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan baik sudah tentu akan memberi kesan yang efektif kepada murid-murid khasnya dan sekolah secara amnya.Kawasan sekolah yang bersih dan ceria sudah pasti akan mwujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Penekanan kepada Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid, malah sebagai Guru Besar penekanannya juga harus kepada guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta, pengusaha kantin, ibubapa dan komuniti sekitar sudah pasti akan mewujudkan budaya sekolah yang sihat, bersih, ceria dan selamat.

Guru Besar atau Pentabdir haruys memainkan peranan utama dalam menerapkan kesedaran Pendidikan Kesihatan kepada warga sekolah dan komniti sekitar. Program-program yang dirancang atau inigin dilaksanakan biarlah melibatkan semua pihak kerananya melalui penglibatan semua pihak baru kefahaman dan kesedaran timbul.

Selain daripada itu pihak sekolah juga boleh memohon bantuan atau pertolongan komuniti dan ibubapa yang mempunyai latar yang berkaitan Kesihatan. Mereka boleh membantu pihak sekolah dalam program-program yang berkaitan. Agensi-agensi luar samada swasta atau kerajaan juga boleh membantu pihak sekolah dalam usaha sekolah untuk menjadikannya satu budaya.

Page 6: Interpretasi

Kesimpulannya Pendidikan Kesihatan bukan hanya mengajar matapelajaran Pendidikan Kesihatan sebagai satu subjek malah ia boleh dilaksanakan dengan merangkumi pelbagai aktiviti atau program dalam usaha menjadikan satu cara hidup yang baik.

9. RUJUKAN

· Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999,

Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan

· Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999,

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Pendidikan Kesihatan

· Surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata pelajaran PendidikanJasmani dan Pendidikan Pesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25)

· http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan Jasmani/Definisi Pendidikan Jasmani   dan Kesihatan

Konsep Dan Definisi Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan  dan pencegahan jangkitan penyakit. Dari aspek fizikal bermaksud menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan alam sekitar.

Pemakanan Yang Seimbang

Page 7: Interpretasi

Amalan pemakanan yang seimbang boleh menghindarkan penyakit kronik seperti diabetis, kanser, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Terdapat lima kumpulan makanan yang menjadi asas

pemakanan seimbang.

          1. Kumpulan  bijirin,  hasil  bijirin  dan  ubi

              2. Kumpulan  sayur-sayuran  dan  buah-buahan

3. Kumpulan  susu  dan  hasil  tenusu 

                            4. Kumpulan  daging,  ayam,  telur,  ikan  dan  kekacang

  5. Kumpulan  minyak,  lemak  dan  gula

Setiap  kumpulan  makanan  menyediakan  hanya  sebahagian  daripada  nutirien  yang  diperlukan  oleh  tubuh kita. Kita  perlu  mengambil  makanan  daripada  setiap  kumpulan  makanan  dengan 

kadar  yang  sesuai  berasaskan  kepada  PIRAMID  MAKANAN.   

 

Sesorang  yang  mempunyai  berat  badan  10%  melebihi  dari  berat  piawai  dianggap  gemuk. Orang  yang  gemuk  adalah  lebih  cenderung  mendapat  komplikasi  kesihatan  berbanding  populasi normal. Jika  berat  badan  anda  melebihi  10% berat piawai,  risiko  untuk  menemui 

maut  lebih  awal  meningkat  sebanyak  9%  bagi  wanita  dan  13%  untuk  lelaki.

Punca-Punca  Kegemukkan

Page 8: Interpretasi

Makan  berlebihan. Memakan  jenis  makanan  yang  kurang  sesuai,  makanan  yang  tinggi  dalam  karbohidrat. Kekurangan  aktiviti  dan  senaman. Faktor-faktor  genetik.

 hello evEryone,

firstly i want to thank to all of you that had view my blog and read what i post in there....huhu

i hope you all enjoy read it....

    AMALAN GAYA        HIDUP SIHAT

        Sepanjang hayat, kami sering diingatkan pentingnya kesihatkan untuk diri kita. Dari kecik ibu bapa mengajar kita dengan kata-kata seperti "ah yang ini baik untuk kesihatan" atau "jangan merokok kerana ia membahayakan kesihatan". Kesihatan juga sering dipentingkan di zaman persekolahan yang sering mewajipkan seseorang melibatkan diri dalam extra-curriculum seperti sukan atau badan beruniform. Adalah ini dinamakan gaya hidup sihat???           Mungkin! Tetapi bagi saya, setiap orang patut hidup dengan definisi kesihatan atau gaya hidup yang tersendiri. Walaupun asas nutrisi dan bersenam itu adalah

Page 9: Interpretasi

berdasarkan kepada fakta-fakta sains, cara kita mengaplikasikannya terpulang kepada individu. Pilihan itu dalam tangan sendiri.

     Gaya hidup sihat tidak semestinya melibatkan pemakanan dan senaman yang sempura setiap hari. Kita perlu hidup dalam keseimbangan fizikal, rohani, social dan mental. Tetapi sekali lagi keseimbangan itu terpulang kepada individu. Akhirnya, keseimbangan itu patut memberi kegembiraan kepada anda.

DEFINISIFIZIKAL:

     Menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan,persekitaran dan alam  sekitar

MENTAL:      Mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspek ketenangan jiwa, perasaan

dan fikiran

 Secara amnya, gaya hidup sihat ialah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit.

     

    KEPENTINGAN GAYA HIDUP SIHAT

1) Rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat dapat melahirkan  sebuah negara yang maju.

2)  Supaya wujudnya keluarga yang dapat memenuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, sosial, dan psikologi secara optimum.

3)  Memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik

4)  Mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat

5) Mendapatkan maklumat tentang cara-cara mengelak daripada menghidapi penyakit berbahaya

Gaya Hidup Sihat

mahfuzah binti musban noraisyah binti mat nor) nur shaliha bt mohd

kahar norsyazreen bt ramlan nur salimah bt alias

Page 10: Interpretasi

Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat

pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara.

GHS didefinisikan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas

serta bebas dari sebarang penyakit berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini

menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan

sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh

memudaratkan insan (WHO, 1948)

Konsep GHS

Konsep GHS merupakan suatu kempen aspirasi kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang

sihat, cergas, sejahtera dan bebas dari penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup sedentari.

Sasaran utama kempen ini ialah semua golongan rakyat Malaysia terutamanya remaja dan

pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). Empat komponen utama yang menjadi teras konsep

GHS ini ialah:

(i) Peningkatan pengetahuan dan amalan pemakanan

(ii) Peningkatan pengetahuan dan amalan menangani stres

(iii) Peningkatan pengetahuan dan amalan anti-merokok

(iv) Peningkatan pengetahuan dan amalan sukan dan rekreasi.

(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2004)

Walau bagaimanapun, keberkesanan kempen ini dalam mempertingkatkan tahap kesihatan di

kalangan rakyat Malaysia boleh diragui. Kurangnya penyelidikan khusus untuk menilai

keberkesanan kempen ini selain peningkatan bilangan pesakit hipokinetik membuktikan

bahawa keberkesanan kempen ini boleh diragui (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2004). Kirakira 1.8 juta atau lapan peratus daripada 26 juta rakyat negara ini menghidap kencing manis

atau diabetis, satu angka yang amat membimbangkan KKM. Sehubungan itu, KKM

memperhebatkan kempen GHS termasuk pemakanan yang betul dan berkhasiat menerusi

Dapur Sihat Masyarakat yang dilancarkan KKM sejak 2004 (KKM, 2005).

Page 11: Interpretasi

Di Amerika kajian lepas yang dijalankan menunjukkan masih ramai pelajar yang tidak

mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam amalan seharian mereka. (McMahan, Hampl &

Chikamoto, 2003). Kajian lain juga yang dijalankan mendapati

bahawa wanita mempunyai pengetahuan pemakanan yang lebih baik berbanding lelaki.

Namun begitu, lelaki mempunyai amalan pemakanan yang lebih baik berbanding wanita

(Douglas & Douglas, 1984).

Dalam kajian tahap stres mendapati bahawa individu yang mempunyai jawatan atau tahap

akademik yang tinggi memiliki tahap stres yang tinggi berbanding individu berpendidikan

rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa ramai responden tidak mempunyai

pengetahuan menangani stres dengan baik (Males dan Kerr, 1996).

Stres yang berpanjangan akan mengganggu pola hidup individu sehingga kesihatan mereka

mungkin terganggu (Nasution, 2000). Selain kesan negatif terhadap kesihatan, stres juga telah mendatangkan pelbagai kesan negatif terhadap kemerosotan prestasi altet sukan (Davies,

1989; Kerr & Leith, 1993; Kerr & Svebak, 1994; Kerr & Van-Schaik, 1995).

(EVENT) Aktiviti Fizikal & Gaya Hidup Sihat

Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan(KanWork) dengan kerjasama Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser(CaRE) akan menganjurkan Program Aktiviti Fizikal & Gaya Hidup Sihat. Berikut adalah maklumat lanjut tentang aktiviti tersebut:

Tarikh: 23 Februari 2013(Sabtu)

Page 12: Interpretasi

Masa: 9.30 pagi- 12.00 tengahariTempat: Bilik Seminar,CaRE

Objektif:1. Memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan aktiviti fizikal sebagai amalan gaya hidup sihat       terutama kepada survivor kanser.2. Memberi informasi kepada peserta tentang aktiviti fizikal yang bersesuaian untuk survivor kanser.

Tentatif:

09.30- 10.00 : Pendaftaran

10.15-11.00  : Ucapan Pengerusi Majlis

10.15-11.00  : Sesi 1: Aktiviti Fizikal untuk Survivor Kanser oleh Dr. Kok Lian Yee, UPM

11.00-11.15  : Sesi soal jawab

11.15-11.45  : Sesi 2: Pengenalan tentang senaman QiGong oleh En. Eng Tian Pen, Presiden Persatuan 

                     Guolin QiGong Malaysia

11.45-12.00  : Sesi soal jawab

12.00           : Makan tengahari dan bersurai

Bayaran Pendaftaran:Ahli KanWork  : PercumaOrang Awam   : RM 20

Langkah-langkah untuk Pengesahan (sebelum 14 Februari 2012):1.Muat turun dan mengisi Borang Pengesahan dalam risalah 2 di bawah2. Scan & E-mel borang tersebut kepada [email protected] atau Fax +60389472706

Page 14: Interpretasi

Risalah 2

28072011 >> PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT : AKTIVITI BERBASIKAL7/23/2011 08:41:00 PM  GEREK BASIKAL  NO COMMENTS

Aktiviti kali ini diadakan bersempena Minggu K&KP UKM, salah sebuah universiti tersohor di Malaysia. Kalau

direnung ke tahun 1988, sebenarnya aku pernah berhajat ke universiti ini selepas tamat SPM. Tapi tak layak kerana

syarat memasuki program matrikulasi UKM pada ketika itu ialah kredit dalam Matematik Tambahan, sedangkan aku

hanya dapat P8 je. Nyaris2 dapat F9. Okey, jom kita layan gambar2 menarik yang dapat dirakamkan oleh rakan2 FB

saya ayng sanggup berkongsi gambar2 event ini..... Jom ......

Gambar sumbangan dari lensa kamera Hamdzan Tukimin

Gambar sumbangan dari lensa kamera Bisharuzi Omar

.

Page 16: Interpretasi

Satu kempen kesedaran Gaya Hidup Sihat akan dijalankan dan dibuka kepada warga UKM dan juga orang awam

yang ingin turut serta. Butirannya seperti berikut :

Program Gaya Hidup Sihat: Senamrobik

Tarikh: 28 Julai 2011 (Khamis)

Masa: 8.30 pagi

Tempat: Dataran Dewan Gemilang UKM

**Pemeriksaan kesihatan secara percuma turut diadakan.

Page 17: Interpretasi

Aktiviti:

Program Gaya Hidup Sihat: Aktiviti Berbasikal

Tarikh: 28 Julai 2011 (Khamis)

Masa: 9.45 pagi

Tempat bermula: Dataran Dewan Gemilang UKM

Jarak laluan: 7.1 km

Check point: FST, Kolej Pendeta Za'ba dan Bangunan Canselori

MAKLUMAT DAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Program akan diadakan pada 28 Julai 2011 mulai jam 9.45 pagi di Kampus UKMBangi.

2. Pelepasan akan dibuat di Dataran Dewan Gemilang, UKM.

3. Penyertaan terbuka kepada semua kakitangan UKM dan juga warga awam.

4. Hanya 30 basikal sahaja yang akan disediakan oleh pihak urus setia kepada 30 peserta terawal yang

mendaftarkan diri (akan dimaklumkan oleh urus setia).

5. Peserta digalakkan membawa basikal sendiri (jika ada).

6. Peserta perlu memakai pakaian yang bersesuaian serta membawa kelengkapan keselamatan sendiri (jika ada).

MAKLUMAT KETERANGAN LANJUT

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Cik Siti Rahimah Umar atau Cik Norlinda Omar di talian 03-8921 3257. 

Penyertaan dari orang awam amat dialu-alukan demi memeriahkan lagi aktiviti yang dijalankan.

Maklumat Terkini : Senarai Peserta Kayuhan UKM

Page 18: Interpretasi

8 Gaya Hidup Sihat

PRINSIP PENDEKATAN RAKAN MUDARakan Muda buat pilihan 4 jenis aktiviti yang ingin dipelajari / diikuti dari setiap komponen yang

wajib iaitu Khidmat Masyarakat , Kemahiran , Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan lasak . Empat

komponen ini mengekalkan 8 Gaya Hidup daripada 9 Gaya Hidup dengan diberi nafas baru

berdasarkan Falsafah yang dinyatakan di atas. 8 Gaya Hidup tersebut adalah:- 

Page 19: Interpretasi

Komponen Khidmat Masyarakat iaitu :

Patriotisme, Cinta Negara dan Penyayang di samping penerapan

nilai-nilai kepimpinan, kerohanian dan keprihatinan pasti menjamin

perpaduan yang mantap. Insan yang berkualiti dan berperibadi

mulia akan dilahirkan melalui program kemasyarakatan yang

dijalankan.

Komponen Kemahiranmenpunyai 4 gaya hidup 

iaitu :Wirausaha , Seni Budaya , Remaja Siber dan Inovasi .

 RAKAN WIRAUSAHA

 Ahli Korporat dan Ahli perniagaan generasi muda akan dilatih dan dilahirkan melalui program

keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan. Teknik

keusahawanan serta bantuan yang disediakan akan dapat mewujudkan satu sistem ekonomi

Negara yang lebih maju dan berdayasaing didalam semua bidang diperingkat nasional dan global.

RAKAN SENI BUDAYA

Page 20: Interpretasi

Bakat berharga yang ada dalam diri setiap remaja tidak harus dipersiakan. Melalui program ini,

minat dan bakat-bakat remaja akan dikenalpasti, dilatih, dibimbing oleh tenaga pakar. Tunjuk ajar

serta aktiviti-aktiviti yang dirancang pastinya bakal mewujudkan bakat-bakat muda berpotensi

tinggi disamping bagi memantapkan lagi nilai-nilai diri dan peribadi diri remaja yang

menyertainya.

RAKAN REMAJA SIBER

Saluran internet memainkan peranan sebagai saluran untuk berkomunikasi dan berhubung dengan

golongan remaja. Berfungsi sebagai sat platform siber dimana pihak Kementerian dapat berkomunikasi

serta mengumpul maklumat dari golongan remaja berkaitan isu-isu semasa. Sertai aktiviti ini dengan

melayari portal siber www.2-u.com.my atau Kelab Komputer Sekolah dan juga Pusat Siber Rakan Muda

di semua kompleks Rakan Muda.

 RAKAN INOVASI

Bakat kreatif, inovatif dan kemahiran semulajadi yang ada dalam diri remaja adalah komponen

bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda. Melalui program dan aktiviti serta bimbingan dari

tenaga pakar, program ini pastinya akan dapat melahirkan tenaga muda yang mahir, berdaya

cipta, moden dan sebagai penyedia tenaga pakar masa hadapan dalam industri teknologi canggih,

moden dan mapu berdaya saing di peringkat global

.

Page 21: Interpretasi

Komponen Rekreasi Fizikalmenpunyai dua gaya hidup 

iaituKecergasan dan Wajadiri

RAKAN KECERGASAN

(Termasuk Sukan Dan Rekreasi)

3 komponen utama aktiviti ini adalah Sukan, Rekreasi dan meningkatkan

kecergasan ketahap maksima menjadi asas bagi membina minda, fizikal dan peribadi yang

mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti, menarik, sihat dan berdisiplin.

RAKAN WAJADIRI

 Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi

membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti akan menjamin

keperibadian mulia generasi muda. Melalui aktiviti yang memberikan remaja peluang, kesedaran

dan pembangunan kemahiran mempertahankan diri dapat memupuk sifat yakin remaja dan

bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup. 

Komponen Penjelajahan Lasak iaitu :

 

RAKAN CINTA ALAM

Page 22: Interpretasi

Khazanah alam yang dipenuhi Flora, Fauna, Haiwan, Sejarah dan

berbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara

keunikannya. Melalui program dan aktiviti penerokaan serta

pendedahan mengenai kepentingan penjagaan alam dapat

mewujudkan individu yang lebih sihat dan berilmu serta

menghargai setiap perkara disekeliling mereka.

R I S I K O G A Y A H I D U P B E R M A L A S - M A L A S ( S E D E N T A R I )

Gaya hidup bermalas-malas (sedentari)

Cuba tanya diri sendiri, apakah yang menyebabkan anda malas untuk bersenam? Adakah alasan tidak ada masa, terkejar-kejar, banyak perkara lebih penting yang perlu dibuat dan diselesaikan boleh diterima?. Jika ditanya kaum ibu, ada yang mengatakan mereka sibuk melakukan kerja rumah, daripada menyapu, mengelap lantai dan memasak dan itu semua dianggap satu senaman kerana mengeluarkan banyak tenaga.

Apakah yang akan terjadi jika anda membiarkan tubuh 'dimanja' tanpa sebarang pergerakan? Antara punca utama kematian di hospital kerajaan pada 2007 ialah penyakit jantung dan penyakit berkaitan pengedaran pulmonari, penyakit serebrovaskular (gangguan pada pembuluh darah otak dan membran yang menyelaputinya), penyakit berkaitan masalah pencernaan dan pneumonia.

Faktor risiko penyakit jantung koronari ialah faktor tidak boleh ubah dan boleh ubah. Antara faktor risiko tidak boleh ubah ialah usia, sejarah keluarga, jantina dan

Page 23: Interpretasi

etnik manakala faktor risiko boleh ubah iaitu boleh dikawal atau dicegah ialah diabetes, darah tinggi, kolestrol tinggi, obes, merokok dan gaya hidup sedentari iaitu gaya hidup tidak aktif.

Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Dr Haizal Haron Kamar, berkata kurang amalan aktiviti fizikal atau gaya hidup bermalas-malas seperti duduk, menonton televisyen atau bermain permainan komputer dan tidur membunuh lebih tiga juta orang setiap tahun.

Gaya hidup sedentari ialah faktor risiko keempat di seluruh dunia yang mengakibatkan kematian, selepas tekanan darah tinggi, merokok dan tinggi kandungan gula dalam darah.

Menurutnya, sebanyak 43.7 peratus penduduk negara ini mengamalkan gaya hidup sedentari membabitkan lebih ramai wanita iaitu 50.5 peratus (%) berbanding lelaki (35.5 %).

Katanya, kurang amalan aktiviti fizikal di kalangan penduduk Malaysia lebih tinggi di kawasan bandar (59.4%) dan pertambahan gaya hidup seperti ini lebih ramai membabitkan mereka yang berusia, mencecah 80.35% di kalangan mereka yang berusia sekurang-kurangnya 80 tahun.

"Jantung perlu dijaga dengan baik bagi memastikan ia dapat mengepam darah yang beroksigen ke seluruh bahagian tubuh. Caranya ialah dengan bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat, menjadikan jantung lebih dinamik.

"Bersenam membantu melancarkan peredaran darah badan, membantu mengeluarkan gumpalan dalam salur darah, menurunkan kadar kolestrol jahat dalam darah, meningkatkan kolestrol baik, menyusutkan lemak badan dan mengatasi stres," katanya pada forum awam Senaman Untuk Kehidupan Yang Sihat, di TMC, baru-baru ini.

Sempena program berkenaan, Ketua Fisioterapi, Brandon Lee, menunjukkan cara senaman memanaskan badan yang betul.

Dr Haizal berkata, senaman disarankan bagi mencegah sakit jantung ialah secara kerap tiga hingga lima kali seminggu selama 20 hingga 60 minit dan dipergiatkan daripada sederhana kepada senaman lebih berat.

Menurutnya, senaman aerobik seperti berjalan, berlari, menunggang basikal dan berenang baik untuk kesihatan jantung selain latihan menguatkan badan kerana ia menyebabkan penurunan lemak badan dan tahap kolestrol. Degupan jantung yang normal ketika rehat ialah 70 kali seminit dan jantung berdegup sebanyak 100,000 kali sehari.

Page 24: Interpretasi

"Jantung ialah otot dan ia menjadi lebih kuat dengan bersenam, sama seperti otot lain pada tubuh. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan golongan dewasa bersenam sekurang-kurangnya 150 minit daripada sederhana hingga aktiviti yang lebih berat dalam seminggu.

"Amalkan juga bersenam di tempat kerja seperti berjalan kaki ke tempat kerja atau menunggang basikal seperti yang diamalkan penduduk sesetengah negara maju. Di pejabat, sesekali buat kerja dengan berdiri dan selepas lama duduk, buat senaman ringan bagi melancarkan peredaran darah. Anda juga tidak sepatutnya melepaskan peluang bersenam di gimnasium yang disediakan di pejabat selepas waktu kerja," katanya.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/11/risiko-gaya-hidup-bermalas-malas.html#ixzz2QjZfujmM

KESAN GAYA HIDUP SEDENTARI DAN PENYAKIT HIPOKINETIK (Kurang Pergerakan)

1. Gaya Hidup Sedentari

Tidak melibatkan diri dengan aktiviti fizikal

Mengamalkan corak pemakanan yang tidak seimbang

Amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum minuman keras, menghisap dadah dan sebagainya

2. Kesan

Obesiti

Kencing manis @ Diabetes

Darah tinggi

Penyakit jantung

Gaya Hidup Sihat

  Salam semua...    Pagi di rumah mertua... (",) dah sarapan Alhamdulillah pastu dptkn paper tuk bacaan yg menarik..well semestinya ttg santai2 industri kita kan hehe..bukan pe wat bacaan ringan...baru ada tarikan tuk bacaan seterusnya yg lebih berat..lumrah lah tuk menyibuk nie(mcm jg tepi kain org)..tp ini semua sekadar hiburan dn tak perlu pun tuk kita berlebih2...anggaplah bacaan cmtu sekadar mencurah air di daun keladi..so xde lah bacaan tu jd perkara yg xberfaedah tuk kita kan..hehe ceramah tuk diri sendiri sebenarnya..

Page 25: Interpretasi

  Pastu selak punya selak lg paper nie terjumpa satu topik Sedentari punca tulang lemah ruangan kesihatan....apa kaitannya dgn gy hidup sihat nie..apa kebenda lah Sedentarinie..

mula ingatkan sejenis penyakit..rupanya bukan..ok ape maksudnya..

   Sedentari ini merupakan gaya hidup yang kurang amalan aktiviti fizikal berpunca dari penggunaan mahupun pergantungan hidup dgn mesin, sistem automasi dan teknologi. Namun apakah kaitan sedentari ini hingga menjadi satu pengaruh buruk pada kesihatan.   Menurut Pakar Perundingan dan Pembedahan Ortopedik dan Trauma Malaysia, Dr. Chin Chee Howe, orang ramai yang mengalami masalah tulang adalah disebabkan kurangnya aktiviti seperti kurang bersenam dan pemakanan yang tidak seimbang.    Gaya hidup sedentari ini boleh menimbulkan banyak masalah kesihatan yang serius jika tidak diseimbangkan. Kebanyakkan kita penat bekerja memilih untuk habiskan masa yang ada untuk tidur dan bangun lambat pada hujung minggu. Segelintirnya lebih gemar menonton televisyen, terperuk di rumah.Ada juga keluar bersama kawan tetapi hanya lepak bersembang di kedai mamak. Bagi segolongan yang obses dengan permainan video hanya duduk leka di depan komputer. Bagi suri rumah pula pekerjaan harian kini dibantu dengan mesin dan sistem automasi menghadkan penggunaan fizikal pada tahap yang minimum.   Kehidupan sebegini yang sering membuatkan kita lebih selesa dengan zon ruang yang kita bina tanpa menyedari ianya telah memberi kesan sampingan di masa akan datang terutamanya soal kesihatan. Antara risiko yang disebabkan oleh gaya hidup sedentari atau kurangnya aktiviti fizikal ini menyebabkan :

Page 26: Interpretasi

Kerunsingan  Urat Trombosis Dalam  Kemurungan  Kencing Manis Barah usus Darah Tinggi Kegemukkan  Osteporesis Gangguan Lipid Batu Karang Kadar kematian (golongan lelaki tua sebanyak 30% dan dua kali ganda risiko pada wanita tua)

Di sini adalah sedikit panduan untuk tubuh badan yang sihat untuk diamalkan:

Senaman secara teratur-selain untuk mengekalkan berat badan yang ideal, ianya juga baik untuk pertumbuhan tulang yang kuat. Amal minum susu- susu tidak membuat kita gemuk tetapi dengan mengamalkan segelas susu rendah lemak hanya mengandungi 80 kalori serta protien dan kalsium yang diperlukan dalam tumbesaran tulang remaja. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan untuk neutrin yang cukup dalam badan. Banyakkan minum air suam sekurangnya lapan gelas sehari dan kurangkan air manis atau berkabonat. Adakan aktiviti di luar rumah yang menberi manfaat bersama untuk menghilangkan tekanan di rumah atau tempat kerja

   Apakah perlu disalahkan dengan gaya hidup alaf baru ini atau sebaliknya. Benar kata orang manusia kian cerdik dan obses untuk mencipta kebendaan yang lebih bersifat futuristik. Sebenarnya tidak salah untuk kita memiliki kemudahan teknologi yang ada untuk menyenangkan hidupan harian mahupun meghilangkan tekanan. Namun setiap amalan yang dilakukan haruslah seimbang untuk menjamin gaya hidup yang lebih sihat dan bahagia.