instrumen bertulis pt3 bm.docx

Upload: salinasmkbt51735

Post on 04-Nov-2015

38 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

INSTRUMEN CONTOH

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN PERINGKAT MENENGAH RENDAH PENTAKSIRAN PUSAT 2014

MATA PELAJARAN KERTAS 1UJIAN BERTULISBahagian A

1a) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa penggunaan imbuhan.Betulkan kesalahan tersebut pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i)Pihak berkuasa telah berjaya mengesan tempat sembunyi pendatang tanpa izin yang wujud di negara kita.

ii)Anggota masyarakat Kampung Muhibah menunjukkan kerjasama yang erat dalam usaha kumpulkan dana bagi membantu mangsa kebakaran.

iii)Kejohanan olahraga yang diada secara dwitahunan oleh sekolah itu dilangsungkan dengan meriah.

1b)Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan kesalahan tersebut pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i)Untuk memastikan anak-anak berjaya dalam pelajaran, ibubapa hendaklah menggembleng usaha dengan pihak sekolah.

ii)Aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah dapat menangani masalah sosial dalam kalangan murid-murid.

iii)Kejohanan olahraga yang diadakan secara dwi tahunan oleh sekolah itu dilangsungkan dengan meriah.1c) Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. Tulis jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.

i) Encik Azman ke pejabat atau pulang ke rumah?

a)

b)

ii) Hanisah mengambil beg lalu masuk ke dalam kereta.

a)

b)

iii) Nazri sedar bahawa dia telah melakukan kesilapan terhadap ibunya.

a)

b)1d)Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis tiga peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.

i.

ii.

iii.2a)Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Telah genaplah empat puluh hari empat puluh malam. Maharaja Marakarma dan isterinya dihias dengan selengkapnya, dinaikkan ke atas perarakan panca persada tujuh tingkat, dihadap oleh segala raja, dan anak dara yang memegang puan. Kemudian diarak berkeliling negeri Mercu Indera tujuh kali. Maharaja Kisna Indera, Mengindera Dewa, raja Mengernalelaa, dan Raja Dikar Agas Peri pun menunjukkan kesaktian masing-masing, seperti Maharaja Kisna Indera memanah ke udara, turun hujan bunga rampai. Mangindera Dewa juga memanah ke udara, turun pula hujan air mawar, panah raja Mengernalelaa dapat mengeluarkan cahaya matahari, dan Dikar Agus Peri memanah ke udara, turun hujan permata ratna mutu manikam.Segala raja, menteri dan rakyat sekalian di negeri Mercu Indera menjunjung duli dan berdoa semoga Sultan Maharaja Marakarma dan Tuan Puteri Cahaya Khairani menjadi raja di dalam negeri Mercu Indera itu.

(Dipetik daripada prosa klasik Hikayat Marakarma, Antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i)Nyatakan unsur-unsur kesaktian yang diperlihatkan oleh beberapa watak yang terdapat dalam petikan prosa di atas?[3 markah]

ii) Petikan prosa di atas menggambarkan sebahagian daripada upacara pertabalan diraja.Apakah perkara-perkara yang dilakukan dalam upacara tersebut?[3 markah]

iii)Pada pendapat anda, mengapakah raja-raja pada zaman dahulu memiliki ilmu kesaktian?[4 markah]2b)Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN EMPAT KERAT (Berjimat Cermat)

Pergi belukar memasang pikat, Pulangnya lewat di hujung petang;Jikalau sentiasa berjimat cermat,Rezeki secupak terasa gantang.

Indah nian pemandangan dunia, Dari timur hingga selatan;Sikap berjimat amalan mulia, Orang boros sahabat syaitan.

Masak ranum buah ara,Jatuh sebiji di atas papan; Jika berjimat setiap perkara,Pasti terjamin masa hadapan.

Sungguh pahit buah peria, Dimakan juga dibuat sayur;Membesar belanja sikap sesia,Hanya menambah beban kewangan.

Singgah berehat di Kota Lama, Kuih dijamah air dihirup;Berjimat cermat suruhan agama, Jika diamal sejahteralah hidup.

(Dipetik daripada antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i)Berdasarkan puisi di atas, nyatakan faedah-faedah yang diperoleh daripada amalan mulia.[3 markah]ii) Sesebuah puisi dihasilkan dengan penggunaan gaya bahasa yang menarik.

Berdasarkan puisi di atas, berikan dua gaya bahasa yang menarik berserta dengan contoh yang sesuai.[3 markah]

iii)Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan kanak-kanak?[4 markah]3. Lihat carta piramid makanan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.Bahagian B

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada destinasi pelancongan di Malaysia. Anda boleh memilih untuk menjawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2. Panjang karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

DESTINASI PELANCONGAN DI MALAYSIA

Soalan 1Ceritakan pengalaman anda semasa melawat ke destinasi pelancongan yang terkenal dinegara kita.

atau

Soalan 2Kelab Pelancongan sekolah anda telah mengadakan lawatan ke destinasi pelanconganterkenal di negara kita. Sebagai Setiausaha Kelab Pelancongan, anda diminta untuk membuat laporan tentang lawatan tersebut.Sediakan laporan itu selengkapnya.

KERTAS SOALAN TAMAT