instrum en

3
Pengumpulan Data Instrumen Dalam process mengumpul data-data bagi kajian “Permainan Cincin Bergambar Dalam Membaca Notasi Muzik”, saya telah menggunakan pendekatan triangulasi di mana beberapa instrumen digunakan dalam mengumpul data. Penggunaan triangulasi ini adalah untuk meningkatkan keyakinan dengan keputusan kerana kaedah yang berbeza digunakan tetapi membawa kepada hasil yang sama. (Olsen, 2004 dalam buku Ting Len Siong, 2013). Antara instrumen yang telah saya digunakan adalah seperti pemerhatian, soal selidik, dan data berbentuk dokumen. Rajah Triangulasi dalam pengumpulan data Pemerhatian Soal Selidik Data Berbentuk Dokumen

Upload: joseph-ignatius-ling

Post on 08-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

vv

TRANSCRIPT

Page 1: Instrum En

Pengumpulan Data

Instrumen

Dalam process mengumpul data-data bagi kajian “Permainan Cincin Bergambar Dalam

Membaca Notasi Muzik”, saya telah menggunakan pendekatan triangulasi di mana beberapa

instrumen digunakan dalam mengumpul data. Penggunaan triangulasi ini adalah untuk

meningkatkan keyakinan dengan keputusan kerana kaedah yang berbeza digunakan tetapi

membawa kepada hasil yang sama. (Olsen, 2004 dalam buku Ting Len Siong, 2013). Antara

instrumen yang telah saya digunakan adalah seperti pemerhatian, soal selidik, dan data berbentuk

dokumen.

Rajah Triangulasi dalam pengumpulan data

Pemerhatian. Pemerhatian dilakukan untuk melihat sejauh manakah penglibatan murid

semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Setiap perlakuan dan respon murid di dalam

kelas ditanda dan dicatat dalam borang pemerhatian. Guru boleh membuat pemerhatian semasa

pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Contoh aspek yang boleh guru perhatikan adalah

seperti minat dan kecenderungan murid terhadap muzik, penglibatan murid dalam aktiviti

muzikal, tahap dan kebolehan murid dalam permainan muzikal, serta bakat semula jadi setiap

Pemerhatian

Soal Selidik Data Berbentuk Dokumen

Page 2: Instrum En

murid. Melalui pemerhatian guru di dalam kelas, guru boleh merancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang bersesuaian dengan keupayaan murid.

Soal Selidik. Menurut Ahmad Sabry et al. (2013), soal selidik merupakan sejenis

temubual berstruktur yang dijalankan secara bertulis. Ia disusun secara sistematik mengikut suatu

pengaliran yang tertentu. Melalui soal selidik ini, responden hanya perlu memberikan jawapan

yang ringkas atau memilih skala-skala yang diberikan. Soal selidik biasanya dalam bentuk item-

item soalan yang digunakan untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan tentang persepsi

responden berkaitan dengan intervensi yang dijalankan. Soalan-soalan soal selidik dihasilkan

dengan menggunakan bahasa yang mudah selaras dengan tahap responden. Dengan ini,

perkataan-perkataan yang digunakan hendaklah disemak supaya tidak mengelirukan responden.

Saya telah menggunakan borang soal selidik yang berbentuk demografi untuk

mendapatkan maklumat umum dan khusus tentang latar belakang responden seperti jantina,

bangsa, pendapatan ibu bapa, minat murid terhadap muzik, serta latar belakang muzik murid-

murid sebelum intervensi dijalankan. (rujuk lampiran X) Seterusnya, saya akan menggunakan

borang soal selidik berbentuk skala likert selepas intervensi untuk mendapatkan persepsi ataupun

penilaian responden mengenai kaedah intervensi permainan cincin bergambar yang saya

jalankan. (rujuk lampiran X)

Data Berbentuk Dokumen. Dokumen perlu dianalisis untuk mendapatkan data-data

yang berkaitan untuk menyokong dapatan yang sedia ada. Data berbentuk dokumen yang

digunakan dalam kajian ini ialah lembaran kerja rumah murid. Analisis data tersebut penting

untuk membuat perbandingan hasil kerja responden sebelum dan semasa kajian serta menyokong

instrument senai semak bagi menjawab persoalan kajian ini. Foto-foto hasil kerja responden

telah digunakan untuk membuktikan keberkesanan kajian yang dijalankan.