institut pengurusan kesihatan (ipk) kementerian … · 2.1 sebut harga perkhidmatan percetakan bagi...

30
1 INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DOKUMEN SEBUTHARGA NO. SEBUTHARGA IPK/SH/02/2018 TAJUK SEBUTHARGA PERKHIDMATAN PERCETAKAN JOURNAL OF HEALTH MANAGEMENT, LAPORAN TAHUNAN, RESEARCH HIGHLIGHT, LAPORAN TEKNIKAL DAN BOOKLET TGP INSPIRATIONAL LEADERSHIP PODIUM UNTUK INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN KOD BIDANG 221601 MENCETAK BUKU, MAJALAH, LAPORAN AKHBAR (PERLU LESEN KDN) 221615 REKABENTUK PERCETAKAN (PRINTING DESIGN) TARIKH TUTUP 11 MEI 2018 (JUMAAT) JAM 12.00 TENGAHARI TARIKH TAKLIMAT 04 MEI 2018 JAM 3.30 PETANG BILIK PERMATA BUDI ( SILA BAWA BERSAMA COP SYARIKAT )

Upload: doanbao

Post on 13-Apr-2019

270 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

1

INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK)

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

DOKUMEN SEBUTHARGA

NO. SEBUTHARGA

IPK/SH/02/2018

TAJUK

SEBUTHARGA

PERKHIDMATAN PERCETAKAN JOURNAL OF

HEALTH MANAGEMENT, LAPORAN TAHUNAN,

RESEARCH HIGHLIGHT, LAPORAN TEKNIKAL

DAN BOOKLET TGP INSPIRATIONAL

LEADERSHIP PODIUM UNTUK INSTITUT

PENGURUSAN KESIHATAN

KOD BIDANG 221601 – MENCETAK BUKU, MAJALAH, LAPORAN AKHBAR (PERLU LESEN KDN)

221615 – REKABENTUK PERCETAKAN (PRINTING DESIGN)

TARIKH TUTUP 11 MEI 2018 (JUMAAT)

JAM 12.00 TENGAHARI

TARIKH TAKLIMAT

04 MEI 2018

JAM 3.30 PETANG

BILIK PERMATA BUDI

( SILA BAWA BERSAMA COP SYARIKAT )

Page 2: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

2

BIL ISI KANDUNGAN M/S

1. Bahagian A - Kenyataan Sebutharga 3 - 4

2. Bahagian B - Arahan kepada Penyebutharga 5 - 7

3. Bahagian C - Syarat-syarat kepada Penyebutharga 8 - 13

4. - Senarai Semak Dokumen 14

Lampiran Q - Sebutharga untuk Bekalan / Perkhidmatan 15 - 16

5. Lampiran A - Surat Akuan Pembida 17

6. Lampiran B - Keterangan Mengenai Penyebutharga 18 - 19

7. Lampiran C - Surat Akuan Penyebutharga 20 - 21

8. Lampiran D - Jadual Spesifikasi 22

9. Lampiran E - Jadual Tawaran Harga 25

10. Lampiran F - Senarai Pengalaman 27

Page 3: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

3

KENYATAAN SEBUTHARGA

(BAHAGIAN A)

Page 4: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

4

INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA 1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar

dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang seperti di bawah :

No./ Tajuk Sebutharga Kod Bidang Pendaftaran

Tarikh Tutup Sebutharga

Sebutharga untuk

Perkhidmatan Percetakan

Journal of Health Management,

Laporan Tahunan, Research

Highlight, Laporan Teknikal

Dan Booklet TGP Inspirational

Leadership Podium Untuk

Institut Pengurusan Kesihatan,

Kementerian Kesihatan

Malaysia

(IPK/SH/02/2018)

221601

[Mencetak Buku,

Majalah,

Laporan Akhbar

(Perlu lesen KDN)]

dan

221615

[Rekabentuk

Percetakan

(Printing Design)]

12.00 Tengah Hari, 11 Mei 2018

(Jumaat)

2. Dokumen sebutharga boleh diperolehi mulai 03 Mei 2018 (Khamis)

daripada laman web Institut Pengurusan Kesihatan www,ihm.moh.gov.my.

3. Tawaran Sebutharga yang lengkap boleh dihantar ke peti sebutharga

di alamat seperti butiran di bawah: Alamat: Institut Pengurusan Kesihatan Jalan Rumah Sakit Off Jalan Bangsar 59000 KUALA LUMPUR 4. Syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai sebutharga

tersebut, hendaklah menghubungi pegawai seperti berikut:

Mengenai Skop dan Spesisfikasi

1. Dr Pangie Anak Bakit (03-2296 2817) 2. Pn. Nursyahda binti Zakaria (03-2296 2875/2877)

Mengenai Dokumen Sebutharga

3. Pn. Norazni binti Mustafa (03-2296 2867)

Page 5: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

5

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

(BAHAGIAN B)

Page 6: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

6

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

SEBUTHARGA UNTUK PERKHIDMATAN PERCETAKAN

JOURNAL OF HEALTH MANAGEMENT, LAPORAN TAHUNAN,

RESEARCH HIGHLIGHT, LAPORAN TEKNIKAL DAN BOOKLETS TGP

INSPIRATIONAL LEADERSHIP PODIUM UNTUK IPK

1. PERIHAL SEBUT HARGA 1.1 Sebut Harga ini adalah untuk Perkhidmatan Percetakan Journal

oF Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal Dan Booklet TGP Inspirational Leadership Podium untuk IPK bagi tempoh Mei 2018 – Disember 2018.

1.2 Sebut Harga ini adalah tertakluk kepada Arahan-arahan dan Syarat-Syarat yang ditetapkan kepada Penyebut Harga.

2. PEMBETULAN DAN PINDAAN KESILAPAN 2.1 Semua pembetulan/pindaan ke atas kesilapan yang dibuat

terutamanya dalam Jadual Harga dan Surat Akuan Penyebut Harga hendaklah ditandatangan ringkas oleh orang yang menandatangani dokumen Sebut Harga serta dicopkan dengan cop Penyebut Harga (syarikat). Pembetulan/pindaan hendaklah dibuat dengan jelas supaya mudah dibaca.

3. PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN 3.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar

atau memberi, meminta atau menerima apa–apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana–mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

3.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Balai Polis berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Page 7: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

7

4. DOKUMEN-DOKUMEN TAWARAN PENYEBUT HARGA

4.1 DOKUMEN TAWARAN PENILAIAN PRA-KELAYAKAN 4.1.1 Penyebut Harga hendaklah menyerahkan Dokumen yang

seperti di Senarai Semak di alamat yang ditetapkan dalam Kenyataan Tawaran.

4.1.2 IPK tidak akan bertanggungjawab di atas kegagalan

penerimaan Dokumen Sebutharga atau kehilangan borang-borang berkaitan Sebut Harga tersebut.

5. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

5.1 Dokumen sebutharga hendaklah dikemukakan seperti berikut :-

5.1.1 Secara manual dalam Peti Sebutharga Dokumen wajib yang perlu dihantar secara manual adalah seperti di senarai semak.

5.2 Penyebutharga hendaklah mengemukakan sampul berlakri serta

ditandakan sebelah kiri (atas) sampul surat hendaklah ditulis “SEBUTHARGA PERCETAKAN BAGI JOURNAL OF HEALTH MANAGEMENT, LAPORAN TAHUNAN, RESEARCH HIGHLIGHT, LAPORAN TEKNIKAL, BOOKLET TGP INSPIRATIONAL LEADERSHIP PODIUM UNTUK IPK (IPK/SH/02/2018)”.

5.3 Penyebut Harga perlu menanggung sendiri semua kos yang terlibat berhubung dengan Sebut Harga yang disertainya.

5.4 Penyebut Harga juga diingatkan agar menghantar dokumen Sebut Harga yang sebelum atau pada jam 12.00 tengahari (tarikh sebut harga ditutup). Penghantaran yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.

5.5 Semua maklumat hendaklah sebaik – baiknya ditaip/ ditulis dengan baik dan jelas. SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA BORANG SEBUT HARGA YANG TIDAK LENGKAP DIISI, TIDAK DISERTAKAN SALINAN – SALINAN SIJIL/DOKUMEN WAJIB ATAU TIDAK DITANDATANGANI AKAN DITOLAK.

Page 8: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

8

SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA

(BAHAGIAN C)

Page 9: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

9

SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA

SYARAT-SYARAT AM

Penyebut Harga dikehendaki mematuhi sepenuhnya Syarat-syarat Am Sebut Harga apabila menyertai Sebut Harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini membolehkan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Penyebut Harga ditolak. 1 KELAYAKAN MEMASUKI SEBUT HARGA

1.1 Pembekal yang menyertai Sebut Harga ini mestilah terlebih

dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, bertaraf bertaraf Bumiputera/Bukan Bumiputera dalam bidang perkhidmatan percetakan di bawah Kod Bidang 221601 & 221615 serta bersatus ePerolehan enabled.

1.2 Jika tempoh pendaftaran telah atau hampir tamat, Penyebut

Harga hendaklah mengemukakan salinan surat daripada Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa permohonan untuk lanjutan/pembaharuan tempoh pendaftaran telah dibuat. Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong dan ditandatangan ringkas setentang dengan apa-apa perubahan yang dibuat.

2 TEMPOH KONTRAK 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health

Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal, Booklet TGP Inspirational Leadership Podium untuk IPK bagi mulai Mei 2018 hingga Disember 2018.

2.2 IPK berhak menamatkan perjanjian kontrak sebelum berakhir tempoh kontrak dengan memberikan notis tiga puluh (30) hari kepada pihak Kontraktor jika sekiranya pencapaian prestasi tidak memuaskan.

2.3 Setelah perjanjian tamat, pihak kontraktor perlu melalui proses

sebut harga baru seperti yang ditetapkan.

3 HARGA TAWARAN

3.1 Harga bagi tiap-tiap Perkhidmatan yang ditawarkan hendaklah

dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan hendaklah mengambil kira semua kos yang terlibat. Tawaran harga untuk dikunci masuk atas talian (iaitu melalui sistem ePerolehan) mestilah harga tanpa Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP)/ GST. Tawaran di dalam matawang asing tidak akan dipertimbangkan.

Page 10: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

10

3.2 Harga-harga yang ditawarkan dalam Sebut harga ini adalah

tetap dan tidak boleh dipinda selepas Sebut harga ini ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh sahlaku Sebut harga iaitu 90 hari.

3.3 Syarikat hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran dan mengemukakan nombor pendaftaran GST kepada Agensi.

3.4 Sekiranya syarikat yang berjaya adalah berdaftar GST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri akan mengeluarkan SST/Pesanan Tempatan/Inden Kerja kepada syarikat dengan tawaran harga termasuk kenaan GST.

3.5 Harga yang ditawarkan adalah harga tetap dan harga bersih dan dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan ia hendaklah termasuk semua kos menghantar memunggah, mengangkut dan membungkus. Sebut harga oleh penyebut harga juga hendaklah mengambil kira fi perkhidmatan bagi perolehan secara elektronik sebanyak 0.8% atau 0.4% mana yang berkaitan bagi setiap nilai Pesanan Kerajaan

4 PERTIMBANGAN TAWARAN

Tawaran ini akan dipertimbangkan berasaskan daya saing harga, keupayaan kewangan syarikat, pengalaman Penyebut harga dalam bidang kerja, rekod prestasi Penyebut harga dan faktor-faktor tambahan lain yang mungkin berkaitan. Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak akan terikat untuk menawarkan kontrak kepada Penyebut harga yang menawarkan harga terendah.

5 PENENTUAN DAN SUKATAN

Harga yang ditawarkan hendaklah berdasarkan kepada jumlah seperti di lampiran harga dan hendaklah dilaksanakan seperti di Spesifikasi dan Skop Kerja yang disertakan bersama dokumen ini. Penyebut harga hendaklah membaca dengan teliti supaya tidak timbul masalah kesilapan meletakkan harga.

6 MODAL PUSINGAN

Kontraktor yang berminat mestilah mempunyai kemampuan kewangan dari segi modal pusingan, net worth, kemudahan kredit, nilai baki kerja dalam tangan yang belum siap dan sebagainya.

Page 11: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

11

7 SETUJUTERIMA SEBUT HARGA

7.1 Surat Setuju Terima (LOA) akan dihantar oleh IPK kepada

Penyebut Harga yang berjaya dan Surat Perakuan Penyebut Harga ke atas Surat Setuju Terima Sebut Harga itu akan dianggap sebagai Kontrak yang mengikat di antara IPK dan Penyebut Harga tanpa mengambil kira sama ada Kontrak sebenar akan disempurnakan atau tidak.

7.2 Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga jua pun. Keputusan adalah muktamad dan Kerajaan tidak akan melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan daripada Penyebut Harga berhubung sebab – sebab Penyebut Harga tidak berjaya.

8 PERUBAHAN SYARAT-SYARAT

8.1 Kerajaan sentiasa berhak mengubah daripada semasa ke semasa syarat-syarat yang dinyatakan dan mulai daripada tarikh yang dinyatakan oleh Kerajaan, penentuan spesifikasi dan pembekalan yang ditawarkan hendaklah mengikut perubahan-perubahan tersebut.

8.2 Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan bagi pengeluaran, maka harga peralatan yang terlibat dengan perubahan itu hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua – dua pihak secara bertulis.

9 HAK KERAJAAN MENERIMA ATAU MENOLAK DOKUMEN SEBUT HARGA

9.1 Kerajaan berhak menerima atau menolak mana-mana dokumen

Sebut Harga dan membatalkan proses Sebut Harga dan menolak semua dokumen Sebut Harga pada bila-bila masa sebelum kontrak diberikan tanpa melibatkan apa-apa tanggungan kepada Penyebut Harga yang terlibat atau tanpa memerlukan pihak Kerajaan untuk memaklumkan sebab-sebab demikian kepada Penyebut Harga yang terlibat.

9.2 Pihak Kerajaan adalah berhak mempersetujui nilai Sebut Harga sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta menambah atau mengurangkan kuantiti barangan Sebut Harga.

9.3 Pertimbangan Sebut Harga ini adalah berasaskan tawaran harga, spesifikasi dan keupayaan sebut harga serta lain-lain faktor yang difikirkan sesuai seperti berikut:

Page 12: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

12

a) Kerajaan Tidak Terikat Untuk Menawarkan Kontrak Kepada Penyebut Harga yang menawarkan harga terendah;

b) Keputusan Kerajaan adalah muktamad; c) Kerajaan berhak memilih lebih dari satu Pembekal; d) Kerajaan juga berhak mengubah spesifikasi Sebut Harga

jika perlu; e) Kerajaan berhak sama ada mempersetujui kesemua

tawaran Sebut Harga atau sebahagiannya; f) Kerajaan tidak menjamin dalam apa cara sekalipun

bahawa kuantiti yang disebutkan dalam pelawaan ini akan dipesan kesemuanya.

g) Kerajaan tidak memerlukan untuk memberi sebab penolakan mana-mana Sebut Harga; dan

h) Sebarang surat menyurat mengenai keputusan Sebut Harga tidak akan dilayan.

10 PENAMATAN PERSETUJUAN

Dengan memberi notis bertulis kepada Penyebut Harga dan dengan tiada apa-apa tindakan selanjutnya Kerajaan boleh terus menamatkan persetujuan;

i) Jika Penyebut Harga melakukan pelanggaran terhadap mana-

mana syarat yang terdapat dalam persetujuan ini;

ii) Jika Penyebut Harga Kontraktor itu sebagai orang perseorangan atau, apabila Kontraktor itu adalah satu firma, mana-mana pekongsi firma itu pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah terhadapnya atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat suatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang, atau jika Kontraktor itu adalah syarikat, meluluskan suatu perintah bahawa syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau pengurusan bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan - keadaan yang memberi hak kepada mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan; atau

iii) Jika Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Penyebut Harga atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Penyebut Harga) melakukan perbuatan rasuah. Dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Persetujuan ini tidak menyentuh hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan balik tuntutan/ ganti rosak.

Page 13: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

13

11 PERTIKAIAN

Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Kerajaan dengan Kontraktor mengenai pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa persetujuan, atau hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit daripadanya atau yang berhubung dengannya hendaklah kecuali selainnya dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara Kerajaan dengan Kontraktor, dirujukkan kepada pertimbangtaraan dua orang, seorang dilantik oleh Kerajaan dan seorang oleh Kontraktor. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang membuat persetujuan ini

12 PERSETUJUAN KONTRAK

12.1 Penyebut Harga yang berjaya akan dikehendaki

menandatangani suatu perjanjian kontrak dengan Institut Pengurusan Kesihatan (IPK). Institut Pengurusan Kesihatan berhak menamatkan kontrak dengan memberi notis satu (1) bulan kepada Penyebut Harga tanpa memberi apa – apa sebab.

12.2 Penyebut Harga yang berjaya tidak dibenarkan memindah kontrak ini kepada pihak ketiga tanpa persetujuan bertulis Pengarah Institut Pengurusan Kesihatan.

12.3 Penyebut Harga yang berjaya tidak dibenarkan menggunakan mana – mana ruang bangunan Institut Pengurusan Kesihatan sebagai tempat penginapan. Sekiranya perkara ini berlaku tindakan menamatkan kontrak boleh diambil.

Page 14: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

14

SENARAI SEMAK DOKUMEN SEBUTHARGA UNTUK PERKHIDMATAN PERCETAKAN

JOURNAL OF HEALTH MANAGEMENT, LAPORAN TAHUNAN,

RESEARCH HIGHLIGHT, LAPORAN TEKNIKAL DAN BOOKLET TGP

INSPIRATIONAL LEADERSHIP PODIUM UNTUK IPK

Sila Tandakan / bagi dokumen-dokumen yang disertakan

Bil. Perkara/ Dokumen Untuk Ditanda oleh Syarikat

Untuk Ditanda oleh Pembuka

Sebutharga

1 LAMPIRAN Q - Sebutharga untuk Bekalan/Perkhidmatan

2 LAMPIRAN A - Surat Akuan Pembida

3 LAMPIRAN B - Keterangan Penyebutharga

4 LAMPIRAN C - Surat Akuan Penyebutharga

5 LAMPIRAN D - Jadual Spesifikasi

6 LAMPIRAN E - Jadual Tawaran Harga

7 LAMPIRAN F - Senarai Pengalaman

8 Salinan sijil pendaftaran kod bidang dengan Kementerian Kewangan

9 Salinan sijil pendaftaran Bumiputera dengan Kementerian Kewangan

10 Salinan Penyata Akaun Bank (3 bulan terkini)

11 Salinan Sijil Pendaftaran GST

12 Salinan Sijil SSM

13 Salinan Lesen Percetakan daripada KDN

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh

UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil……………….(jika ada). Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:

Page 15: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

15

LAMPIRAN Q (ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA

NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN

Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditaksirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga.

Kepada (Nama Syarikat) ……................

……………………………………………….

……………………………………………….

No. Tel: ……………………………………

No. Pendaftaran dengan Kementerian

Kewangan : ………………………….

Kod bidang : ...............................

Pelawaan sebut harga dikeluarkan oleh Kementerian/ Jabatan (Alamat Lengkap)

INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN JALAN RUMAH SAKIT, BANGSAR 59000 KUALA LUMPUR

No. Telefon: 03-2296 2800

Tarikh:

1. Sila beri sebut harga untuk bekalan/perkhidmatan yang disenaraikan di

bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1.1 Syarat penyerahan/penyempurnaan dihantar sendiri oleh pembekal seperti di alamat yang dinyatakan;

1.2 Tarikh penyerahan/penyempurnaan dikehendaki seperti yang ditetapkan;

1.3 Arahan pengiriman Institut Pengurusan Kesihatan, Bangsar 1.4 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul berlakri

dan bertanda nombor sebut harga No. Sebutharga: IPK/SH/02/2018;

1.5 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas tidak lewat pada jam 12.00 tengahari, 11 Mei 2018 (Jumaat);

1.6 Satu (1) Sesi Taklimat akan diadakan pada 4 Mei 2018 (Jumaat ) jam 3.30 petang. Kehadiran adalah WAJIB dan hanya penama di Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat sahaja yang boleh menghadiri sesi taklimat sebut harga. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA, UPKJ atau Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat,Kementerian Kewangan;

No. Sebut Harga

IPK/SH/02/2018

Page 16: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

16

1.7 Tempoh sah laku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.

Bil. Perihal bekalan/

perkhidmatan dan Syarat-

syarat khas

Unit

Ukuran

Kuantiti/

Kekerapan

Kadar

(RM)

Harga

(RM)

Untuk diisi oleh Jabatan Untuk diisi oleh

Penyebutharga

SEBUTHARGA UNTUK PERKHIDMATAN

PERCETAKAN JOURNAL OF HEALTH

MANAGEMENT, LAPORAN TAHUNAN,

RESEARCH HIGHLIGHT, LAPORAN TEKNIKAL

DAN BOOKLET TGP INSPIRATIONAL

LEADERSHIP PODIUM UNTUK INSTITUT

PENGURUSAN KESIHATAN KEMENTERIAN

KESIHATAN MALAYSIA

Tarikh Penyerahan/ penyempurnaan

Ditawarkan MENGIKUT PENENTUAN KERJA

DITETAPKAN

* Sila nyatakan harga yang ditawarkan adalah

harga tanpa GST

JUMLAH

Saya/ Kami dengan ini menawar untuk membekalkan bekalan/perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini. Tandatangan Penyebut Harga : ………………………………………………………… Nama : ………………………………………………………… Alamat Syarikat : …………………………………………………………

………………………………………………………… …………………………………………………………

Tarikh : ..............................................

Page 17: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

17

LAMPIRAN A SURAT AKUAN PEMBIDA

SEBUT HARGA IPK: IPK/SH/02/2018 SEBUTHARGA UNTUK PERKHIDMATAN PERCETAKAN

JOURNAL OF HEALTH MANAGEMENT, LAPORAN TAHUNAN,

RESEARCH HIGHLIGHT, LAPORAN TEKNIKAL DAN BOOKLET TGP

INSPIRATIONAL LEADERSHIP PODIUM UNTUK INSTITUT

PENGURUSAN KESIHATAN,

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Saya,………..……………………............................................. nombor K.P ….………………................................... yang mewakili syarikat ……………………………...................................... nombor Pendaftaran ……………………............................. dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Institut Pengurusan Kesihatan (IPK) atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

1. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Institut Pengurusan Kesihatan (IPK) atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilihdalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

1.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau

1.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan

1.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat-kuasa

2. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

…………..............…………..

(Nama dan No. KP)

catatan : Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa

Page 18: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

18

18

LAMPIRAN B

KETERANGAN MENGENAI PENYEBUTHARGA 1. NAMA PENYEBUT HARGA :

(Syarikat)

2. ALAMAT PENYEBUT HARGA : i. Ibu Pejabat :

ii. Cawangan :

3. TELEFON PENYEBUT HARGA : i. Ibu Pejabat : _______________________

ii.Telefon Bimbit : _______________________

iii. Fax : _______________________

iv. Cawangan : _______________________

4. PENDAFTARAN DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN

4.1 Tempoh Pendaftaran : ______________

(Wajib menyertakan salinan sijil)

4.2 Taraf Penyebut Harga : Bumiputra / Bukan Bumiputra

(Wajib menyertakan salinan sijil )

5. MODAL PENYEBUT HARGA: (Isi mana yang berkenaan sahaja) 5.1. Perseorangan/Perkongsian : RM __________________ 5.2. Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)/Berhad (Bhd) : 5.2.1. Modal Dibenar : RM ___________________ 5.2.2. Modal Dibayar : RM ___________________

Page 19: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

19

19

6. BUTIR-BUTIR PEMILIKAN (OWNERSHIP) 6.1. Perseorangan:

Nama Pemilik: No. K/P:

6.2. Perkongsian:

Nama Pekongsi No. K/Pengenalan % Kongsian

6.3. Sendirian Berhad/Berhad

Nama Pemegang Saham

No. K/Pengenalan % Bahagian

(Sila guna kertas berasingan jika tidak mencukupi)

7. PENYATA KEWANGAN BAGI 3 BULAN TERAKHIR (Berdasarkan kepada bulan tarikh Sebut Harga dikeluarkan)

Baki Akaun Bank Tertinggi :

Baki Akaun Bank Terendah :

Penyata Bank mulai : hingga

Nilai Aset Semasa :

Nilai Liabiliti Semasa :

Page 20: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

20

20

LAMPIRAN C

SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA Kepada :

Institut Pengurusan Kesihatan

Jalan Rumah Sakit

Off Jalan Bangsar

59000 KUALA LUMPUR

Tuan,

NOMBOR RUJUKAN SEBUTHARGA : IPK/SH/02/2018

SEBUTHARGA UNTUK PERKHIDMATAN PERCETAKAN JOURNAL OF HEALTH

MANAGEMENT, LAPORAN TAHUNAN, RESEARCH HIGHLIGHT, LAPORAN

TEKNIKAL DAN BOOKLET TGP INSPIRATIONAL LEADERSHIP PODIUM

UNTUK INSTITUT UNTUK INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN,

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Syarikat

mengambil bahagian dalam

Sebutharga untuk Perkhidmatan Percetakan Journal of Health Management,

Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal Dan Booklet TGP

Inspirational Leadership Podium untuk IPK. Harga yang ditawarkan dalam

sebutharga ini adalah berjumlah RM________________ (Harga Tawaran Tanpa

GST)

2. Syarikat sebagai Penyebut Harga dengan ini bersetuju menerima serta

mematuhi dan terikat dengan syarat-syarat sebutharga dan spesifikasi yang

terkandung dalam dokumen sebutharga Syarikat juga telah memahami bahawa IPK

berhak menerima atau menolak tawaran ini, sama ada harga yang ditawarkan

rendah atau tinggi atau sama dengan harga tawaran-tawaran lain.

3. Syarikat bersetuju bahawa harga sebutharga yang ditawarkan ini laku (valid)

selama sembilan puluh (90) hari daripada tarikh tutup sebutharga. Dalam tempoh

Page 21: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

21

21

tersebut syarikat tidak boleh menarik diri daripada sebutharga ini dan meminda

harga.

4. Selanjutnya sekiranya sebutharga syarikat ini diterima, syarikat akan memberi

cagaran keselamatan dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh terima

surat tawaran daripada IPK. Syarikat bersetuju harga yang ditawarkan sebagai asas

perkiraan bagi pembayaran di atas pembekalan yang dibuat kepada IPK setelah

pembekalan tersebut disahkan oleh unit yang bertanggungjawab di IPK.

5. Kami yang bertandatangan di bawah ini, setelah menyemak, adalah dengan

ini mengesahkan bahawa dokumen sebutharga yang digunakan untuk sebutharga

ini adalah yang sebenarnya dibeli oleh syarikat ini.

(Tandatangan orang yang diberi kuasa)

Nama :

No. Kad Pengenalan :

Jawatan :

Alamat :

Nama Saksi :

No. Kad Pengenalan :

Jawatan :

Alamat

Page 22: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

22

22

LAMPIRAN D

SEBUTHARGA UNTUK PERKHIDMATAN PERCETAKAN

JOURNAL OF HEALTH MANAGEMENT, LAPORAN TAHUNAN, RESEARCH

HIGHLIGHT, LAPORAN TEKNIKAL DAN BOOKLET TGP INSPIRATIONAL

LEADERSHIP PODIUM UNTUK INSTITUT UNTUK IPK

JADUAL SPESIFIKASI

ARAHAN: Sila tandakan YA atau TIDAK pada ruang pematuhan dan catatkan cadangan yang berkaitan.

1.1 Percetakan Journal Of Health Management

BIL PERKARA KETERANGAN

PEMATUHAN PENYEBUTHARGA

YA / TIDAK

CATATAN

1. Rekabentuk Creative Concept Design, Final Artwork and Studio Materials by Supplier

Ukuran A4

Isi Kulit : 1 mukasurat

Text : 80-100 mukasurat

Jenis Kertas Cover : 260gsm art paper

Text : 157gsm matt art paper

Cetakan

Cover : 1 side full colour + Matt laminate + uv spot

Text : Multicalour

Kemasan/

Cara Menjilid

Full Colour throughout with Matt Lamination, perfect binding

Kuantiti 300 unit x 2 volumes = 600 naskah

1.2 Percetakan Laporan Tahunan Institut Pengurusan Kesihatan

Page 23: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

23

23

BIL PERKARA KETERANGAN

PEMATUHAN PENYEBUTHARGA

YA / TIDAK

CATATAN

1. Rekabentuk Concept Design by IPK

Ukuran A4

Isi Cover : 1 mukasurat

Text : 80 – 100 mukasurat

Jenis Kertas Cover – 260gsm art paper

Text - 157gsm matt art paper

Cetakan

Cover : 1 side full colour + uv spot + matt laminate

Text: Multicolour

Kemasan/

Cara Menjilid

Full colour through with matt lamination, perfect binding

Kuantiti 300 unit x 2 volumes = 600 naskah

1.3 Percetakan Research Highlight

BIL PERKARA KETERANGAN

PEMATUHAN PENYEBUTHARGA

YA / TIDAK

CATATAN

1. Rekabentuk Creative Concept Design, Final Artwork and Studio Materials by Supplier

Ukuran A3

Isi 2 mukasurat

Jenis Kertas 157 gsm art paper (Glossy)

Warna Multicolour

Kemasan/

Cara Menjilid 2 - fold

Kuantiti 300 unit x 25 tajuk = 7500 naskah

1.4 Percetakan Laporan Teknikal

Page 24: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

24

24

BIL PERKARA KETERANGAN

PEMATUHAN PENYEBUTHARGA

YA / TIDAK

CATATAN

1. Rekabentuk Creative Concept Design, Final Artwork and Studio Materials by Supplier

Ukuran A4

Isi Kulit : 2 mukasurat

Isi Kandungan : 80 - 200 mukasurat

Jenis Kertas Kulit : 260 gm Art Paper

Text : 157 gsm matt art paper

Cetakan Cover : 2 side full colour + UV spot + Matt Laminate

Warna Text : Multicolour

Kemasan/

Cara Menjilid

Full colour through with matt lamination, perfect binding

Kuantiti 300 unit x 6 tajuk = 1800 naskah

1.5 Percetakan Booklet TGP Inspirational Leadership Podium

BIL PERKARA KETERANGAN

PEMATUHAN PENYEBUTHARGA

YA / TIDAK

CATATAN

1. Rekabentuk Creative Concept Design, Final Artwork and Studio Materials by Supplier

Folder

Ukuran 26 cm x 18.5 cm

Isi Kulit : 4 mukasurat + Pocket inside

Jenis Kertas 310 gsm Art Card

Warna Multicolour

Kemasan/

Cara Menjilid

Full colour throughout with Matt

Lamination (Spine – Title of the booklet)

Kuantiti 500 x 4 volumes = 2000 naskhah

2. Booklet

Page 25: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

25

25

Ukuran 25 cm x 17.5 cm

Isi Kulit 4 mukasurat + Pocket Inside

Isi Kandungan : 20 – 30 mukasurat

Jenis Kertas Kulit : 260 gm Art Card

Isi Kandungan : 128 gsm Art Paper

Warna Multicolour

Kemasan/Cara Menjilid

Full Colour throughout with Matt

Lamination and Staple Bind

Kuantiti 500 x 4 volumes = 2000 naskhah

3. DVD Envelope

Ukuran 12.7cm x 12.7cm

Isi Kulit : 2 mukasurat

Jenis Kertas Kulit : 260 gm Art Card

Warna Multicolor

Kemasan/Cara Menjilid

Full Colour throughout with Matt Lamination

Kuantiti 500 x 4 volumes = 2000 naskhah

4. DVD

Kemasan DVD Replication with sticker label

Warna Sticker Multicolor

Kuantiti 500 unit x 4 volumes = 2000 naskhah

Page 26: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

26

26

a. Lain-lain Kriteria

BIL PERKARA KETERANGAN

PEMATUHAN PENYEBUTHARGA

YA / TIDAK

CATATAN

1. Pembungkusan & penghantaran

Semua bekalan/ perkhidmatan hendaklah dihantar ke IPK.

2. Salinan Asal

Softcopy setiap keluaran adalah hakmilik terpelihara IPK dan diserahkan kepada IPK semula. Softcopy MESTI DIPADAMKAN selepas dicetak.

3. Kos Lain

Kos mencetak, menjilid, membungkus dan menghantar ke IPK adalah tanggungjawab Penyebutharga.

Dengan ini disahkan bahawa Tawaran Sebut Harga adalah mengikut spesifikasi di atas. Tandatangan : Nama : No. Kad Pengenalan :

Page 27: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

27

27

LAMPIRAN E

SEBUTHARGA UNTUK PERKHIDMATAN JOURNAL OF HEALTH

MANAGEMENT, LAPORAN TAHUNAN, RESEARCH HIGHLIGHT, LAPORAN

TEKNIKAL DAN BOOKLET TGP INSPIRATIONAL LEADERSHIP PODIUM

UNTUK INSTITUT

UNTUK IPK

JADUAL TAWARAN HARGA

1.1 Percetakan Journal Of Health Management

BIL BUTIRAN KOS (RM) JUMLAH

KESELURUHAN (RM)

1. Journal

Jumlah Keseluruhan Sebelum GST

X 2 Kali

Jumlah Keseluruhan Sebelum GST

1.2 Percetakan Laporan Tahunan Institut Pengurusan Kesihatan

BIL BUTIRAN KOS (RM) JUMLAH

KESELURUHAN (RM)

1. Laporan Tahunan

Jumlah Keseluruhan Sebelum GST

X 2 Kali

Jumlah Keseluruhan Sebelum GST

1.3 Percetakan Research Highlight

Page 28: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

28

28

BIL BUTIRAN KOS (RM) JUMLAH

KESELURUHAN (RM)

1. Research Highlight

Jumlah Keseluruhan Sebelum GST

X 25 Kali

Jumlah Keseluruhan Sebelum GST

1.4 Laporan Teknikal

BIL BUTIRAN KOS (RM) JUMLAH

KESELURUHAN (RM)

1. Laporan Teknikal

Jumlah Keseluruhan Sebelum GST

X 6 Kali

Jumlah Keseluruhan Sebelum GST

1.5 Booklet TGP Inspirational Leadership Podium

BIL BUTIRAN KOS (RM) JUMLAH

KESELURUHAN (RM)

1. Folder

2. Booklet

3. DVD Envelope

4. DVD

Jumlah Keseluruhan Sebelum GST

X 4 Kali

Jumlah Keseluruhan Sebelum GST

Page 29: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

29

29

1.4 JUMLAH KESELURUHAN HARGA TAWARAN

BIL BUTIRAN JUMLAH

KESELURUHAN (RM)

1. Percetakan Research Highlight

2. Percetakan Booklet Talent Grooming Programme

3. Percetakan Journal of Health Management

4. Laporan Tahunan

5. Laporan Teknikal

Jumlah Keseluruhan Sebelum GST * (Jumlah ini perlu sama seperti di Lampiran Q)

GST (6%) Jika ada, sila lampirkan Sijil Pendaftaran GST

Jumlah Keseluruhan Termasuk GST

*Nota : Sila pastikah tawaran harga ini sama seperti di Lampiran Q dan dikunci masuk dalam Sistem ePerolehan. Dengan ini disahkan bahawa Tawaran Sebut Harga adalah mengikut kadar di atas. Tandatangan : Nama : No. Kad Pengenalan :

Page 30: INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) KEMENTERIAN … · 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal,

30

30

LAMPIRAN F

SENARAI PENGALAMAN BERHUBUNG SKOP SEBUTHARGA

Bil. Nama/Jenis

Kontrak

Nama dan Alamat

Penuh

Jabatan/Institusi

Harga

Kontrak

(RM)

Tempoh

Kontrak

Mula Tamat

*Sila sertakan bersama Salinan Surat Setuju Terima/Pengesahan Prestasi Pembekal di Lain-lain agensi *Sila guna helaian berasingan sekiranya tidak mencukupi