1
INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
DOKUMEN SEBUTHARGA
NO. SEBUTHARGA
IPK/SH/02/2018
TAJUK
SEBUTHARGA
PERKHIDMATAN PERCETAKAN JOURNAL OF
HEALTH MANAGEMENT, LAPORAN TAHUNAN,
RESEARCH HIGHLIGHT, LAPORAN TEKNIKAL
DAN BOOKLET TGP INSPIRATIONAL
LEADERSHIP PODIUM UNTUK INSTITUT
PENGURUSAN KESIHATAN
KOD BIDANG 221601 – MENCETAK BUKU, MAJALAH, LAPORAN AKHBAR (PERLU LESEN KDN)
221615 – REKABENTUK PERCETAKAN (PRINTING DESIGN)
TARIKH TUTUP 11 MEI 2018 (JUMAAT)
JAM 12.00 TENGAHARI
TARIKH TAKLIMAT
04 MEI 2018
JAM 3.30 PETANG
BILIK PERMATA BUDI
( SILA BAWA BERSAMA COP SYARIKAT )
2
BIL ISI KANDUNGAN M/S
1. Bahagian A - Kenyataan Sebutharga 3 - 4
2. Bahagian B - Arahan kepada Penyebutharga 5 - 7
3. Bahagian C - Syarat-syarat kepada Penyebutharga 8 - 13
4. - Senarai Semak Dokumen 14
Lampiran Q - Sebutharga untuk Bekalan / Perkhidmatan 15 - 16
5. Lampiran A - Surat Akuan Pembida 17
6. Lampiran B - Keterangan Mengenai Penyebutharga 18 - 19
7. Lampiran C - Surat Akuan Penyebutharga 20 - 21
8. Lampiran D - Jadual Spesifikasi 22
9. Lampiran E - Jadual Tawaran Harga 25
10. Lampiran F - Senarai Pengalaman 27
3
KENYATAAN SEBUTHARGA
(BAHAGIAN A)
4
INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA 1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar
dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang seperti di bawah :
No./ Tajuk Sebutharga Kod Bidang Pendaftaran
Tarikh Tutup Sebutharga
Sebutharga untuk
Perkhidmatan Percetakan
Journal of Health Management,
Laporan Tahunan, Research
Highlight, Laporan Teknikal
Dan Booklet TGP Inspirational
Leadership Podium Untuk
Institut Pengurusan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan
Malaysia
(IPK/SH/02/2018)
221601
[Mencetak Buku,
Majalah,
Laporan Akhbar
(Perlu lesen KDN)]
dan
221615
[Rekabentuk
Percetakan
(Printing Design)]
12.00 Tengah Hari, 11 Mei 2018
(Jumaat)
2. Dokumen sebutharga boleh diperolehi mulai 03 Mei 2018 (Khamis)
daripada laman web Institut Pengurusan Kesihatan www,ihm.moh.gov.my.
3. Tawaran Sebutharga yang lengkap boleh dihantar ke peti sebutharga
di alamat seperti butiran di bawah: Alamat: Institut Pengurusan Kesihatan Jalan Rumah Sakit Off Jalan Bangsar 59000 KUALA LUMPUR 4. Syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai sebutharga
tersebut, hendaklah menghubungi pegawai seperti berikut:
Mengenai Skop dan Spesisfikasi
1. Dr Pangie Anak Bakit (03-2296 2817) 2. Pn. Nursyahda binti Zakaria (03-2296 2875/2877)
Mengenai Dokumen Sebutharga
3. Pn. Norazni binti Mustafa (03-2296 2867)
5
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
(BAHAGIAN B)
6
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
SEBUTHARGA UNTUK PERKHIDMATAN PERCETAKAN
JOURNAL OF HEALTH MANAGEMENT, LAPORAN TAHUNAN,
RESEARCH HIGHLIGHT, LAPORAN TEKNIKAL DAN BOOKLETS TGP
INSPIRATIONAL LEADERSHIP PODIUM UNTUK IPK
1. PERIHAL SEBUT HARGA 1.1 Sebut Harga ini adalah untuk Perkhidmatan Percetakan Journal
oF Health Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal Dan Booklet TGP Inspirational Leadership Podium untuk IPK bagi tempoh Mei 2018 – Disember 2018.
1.2 Sebut Harga ini adalah tertakluk kepada Arahan-arahan dan Syarat-Syarat yang ditetapkan kepada Penyebut Harga.
2. PEMBETULAN DAN PINDAAN KESILAPAN 2.1 Semua pembetulan/pindaan ke atas kesilapan yang dibuat
terutamanya dalam Jadual Harga dan Surat Akuan Penyebut Harga hendaklah ditandatangan ringkas oleh orang yang menandatangani dokumen Sebut Harga serta dicopkan dengan cop Penyebut Harga (syarikat). Pembetulan/pindaan hendaklah dibuat dengan jelas supaya mudah dibaca.
3. PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN 3.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar
atau memberi, meminta atau menerima apa–apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana–mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
3.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Balai Polis berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
7
4. DOKUMEN-DOKUMEN TAWARAN PENYEBUT HARGA
4.1 DOKUMEN TAWARAN PENILAIAN PRA-KELAYAKAN 4.1.1 Penyebut Harga hendaklah menyerahkan Dokumen yang
seperti di Senarai Semak di alamat yang ditetapkan dalam Kenyataan Tawaran.
4.1.2 IPK tidak akan bertanggungjawab di atas kegagalan
penerimaan Dokumen Sebutharga atau kehilangan borang-borang berkaitan Sebut Harga tersebut.
5. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA
5.1 Dokumen sebutharga hendaklah dikemukakan seperti berikut :-
5.1.1 Secara manual dalam Peti Sebutharga Dokumen wajib yang perlu dihantar secara manual adalah seperti di senarai semak.
5.2 Penyebutharga hendaklah mengemukakan sampul berlakri serta
ditandakan sebelah kiri (atas) sampul surat hendaklah ditulis “SEBUTHARGA PERCETAKAN BAGI JOURNAL OF HEALTH MANAGEMENT, LAPORAN TAHUNAN, RESEARCH HIGHLIGHT, LAPORAN TEKNIKAL, BOOKLET TGP INSPIRATIONAL LEADERSHIP PODIUM UNTUK IPK (IPK/SH/02/2018)”.
5.3 Penyebut Harga perlu menanggung sendiri semua kos yang terlibat berhubung dengan Sebut Harga yang disertainya.
5.4 Penyebut Harga juga diingatkan agar menghantar dokumen Sebut Harga yang sebelum atau pada jam 12.00 tengahari (tarikh sebut harga ditutup). Penghantaran yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.
5.5 Semua maklumat hendaklah sebaik – baiknya ditaip/ ditulis dengan baik dan jelas. SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA BORANG SEBUT HARGA YANG TIDAK LENGKAP DIISI, TIDAK DISERTAKAN SALINAN – SALINAN SIJIL/DOKUMEN WAJIB ATAU TIDAK DITANDATANGANI AKAN DITOLAK.
8
SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA
(BAHAGIAN C)
9
SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA
SYARAT-SYARAT AM
Penyebut Harga dikehendaki mematuhi sepenuhnya Syarat-syarat Am Sebut Harga apabila menyertai Sebut Harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini membolehkan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Penyebut Harga ditolak. 1 KELAYAKAN MEMASUKI SEBUT HARGA
1.1 Pembekal yang menyertai Sebut Harga ini mestilah terlebih
dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, bertaraf bertaraf Bumiputera/Bukan Bumiputera dalam bidang perkhidmatan percetakan di bawah Kod Bidang 221601 & 221615 serta bersatus ePerolehan enabled.
1.2 Jika tempoh pendaftaran telah atau hampir tamat, Penyebut
Harga hendaklah mengemukakan salinan surat daripada Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa permohonan untuk lanjutan/pembaharuan tempoh pendaftaran telah dibuat. Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong dan ditandatangan ringkas setentang dengan apa-apa perubahan yang dibuat.
2 TEMPOH KONTRAK 2.1 Sebut Harga Perkhidmatan Percetakan bagi Journal of Health
Management, Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal, Booklet TGP Inspirational Leadership Podium untuk IPK bagi mulai Mei 2018 hingga Disember 2018.
2.2 IPK berhak menamatkan perjanjian kontrak sebelum berakhir tempoh kontrak dengan memberikan notis tiga puluh (30) hari kepada pihak Kontraktor jika sekiranya pencapaian prestasi tidak memuaskan.
2.3 Setelah perjanjian tamat, pihak kontraktor perlu melalui proses
sebut harga baru seperti yang ditetapkan.
3 HARGA TAWARAN
3.1 Harga bagi tiap-tiap Perkhidmatan yang ditawarkan hendaklah
dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan hendaklah mengambil kira semua kos yang terlibat. Tawaran harga untuk dikunci masuk atas talian (iaitu melalui sistem ePerolehan) mestilah harga tanpa Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP)/ GST. Tawaran di dalam matawang asing tidak akan dipertimbangkan.
10
3.2 Harga-harga yang ditawarkan dalam Sebut harga ini adalah
tetap dan tidak boleh dipinda selepas Sebut harga ini ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh sahlaku Sebut harga iaitu 90 hari.
3.3 Syarikat hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran dan mengemukakan nombor pendaftaran GST kepada Agensi.
3.4 Sekiranya syarikat yang berjaya adalah berdaftar GST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri akan mengeluarkan SST/Pesanan Tempatan/Inden Kerja kepada syarikat dengan tawaran harga termasuk kenaan GST.
3.5 Harga yang ditawarkan adalah harga tetap dan harga bersih dan dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan ia hendaklah termasuk semua kos menghantar memunggah, mengangkut dan membungkus. Sebut harga oleh penyebut harga juga hendaklah mengambil kira fi perkhidmatan bagi perolehan secara elektronik sebanyak 0.8% atau 0.4% mana yang berkaitan bagi setiap nilai Pesanan Kerajaan
4 PERTIMBANGAN TAWARAN
Tawaran ini akan dipertimbangkan berasaskan daya saing harga, keupayaan kewangan syarikat, pengalaman Penyebut harga dalam bidang kerja, rekod prestasi Penyebut harga dan faktor-faktor tambahan lain yang mungkin berkaitan. Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak akan terikat untuk menawarkan kontrak kepada Penyebut harga yang menawarkan harga terendah.
5 PENENTUAN DAN SUKATAN
Harga yang ditawarkan hendaklah berdasarkan kepada jumlah seperti di lampiran harga dan hendaklah dilaksanakan seperti di Spesifikasi dan Skop Kerja yang disertakan bersama dokumen ini. Penyebut harga hendaklah membaca dengan teliti supaya tidak timbul masalah kesilapan meletakkan harga.
6 MODAL PUSINGAN
Kontraktor yang berminat mestilah mempunyai kemampuan kewangan dari segi modal pusingan, net worth, kemudahan kredit, nilai baki kerja dalam tangan yang belum siap dan sebagainya.
11
7 SETUJUTERIMA SEBUT HARGA
7.1 Surat Setuju Terima (LOA) akan dihantar oleh IPK kepada
Penyebut Harga yang berjaya dan Surat Perakuan Penyebut Harga ke atas Surat Setuju Terima Sebut Harga itu akan dianggap sebagai Kontrak yang mengikat di antara IPK dan Penyebut Harga tanpa mengambil kira sama ada Kontrak sebenar akan disempurnakan atau tidak.
7.2 Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga jua pun. Keputusan adalah muktamad dan Kerajaan tidak akan melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan daripada Penyebut Harga berhubung sebab – sebab Penyebut Harga tidak berjaya.
8 PERUBAHAN SYARAT-SYARAT
8.1 Kerajaan sentiasa berhak mengubah daripada semasa ke semasa syarat-syarat yang dinyatakan dan mulai daripada tarikh yang dinyatakan oleh Kerajaan, penentuan spesifikasi dan pembekalan yang ditawarkan hendaklah mengikut perubahan-perubahan tersebut.
8.2 Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan bagi pengeluaran, maka harga peralatan yang terlibat dengan perubahan itu hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua – dua pihak secara bertulis.
9 HAK KERAJAAN MENERIMA ATAU MENOLAK DOKUMEN SEBUT HARGA
9.1 Kerajaan berhak menerima atau menolak mana-mana dokumen
Sebut Harga dan membatalkan proses Sebut Harga dan menolak semua dokumen Sebut Harga pada bila-bila masa sebelum kontrak diberikan tanpa melibatkan apa-apa tanggungan kepada Penyebut Harga yang terlibat atau tanpa memerlukan pihak Kerajaan untuk memaklumkan sebab-sebab demikian kepada Penyebut Harga yang terlibat.
9.2 Pihak Kerajaan adalah berhak mempersetujui nilai Sebut Harga sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta menambah atau mengurangkan kuantiti barangan Sebut Harga.
9.3 Pertimbangan Sebut Harga ini adalah berasaskan tawaran harga, spesifikasi dan keupayaan sebut harga serta lain-lain faktor yang difikirkan sesuai seperti berikut:
12
a) Kerajaan Tidak Terikat Untuk Menawarkan Kontrak Kepada Penyebut Harga yang menawarkan harga terendah;
b) Keputusan Kerajaan adalah muktamad; c) Kerajaan berhak memilih lebih dari satu Pembekal; d) Kerajaan juga berhak mengubah spesifikasi Sebut Harga
jika perlu; e) Kerajaan berhak sama ada mempersetujui kesemua
tawaran Sebut Harga atau sebahagiannya; f) Kerajaan tidak menjamin dalam apa cara sekalipun
bahawa kuantiti yang disebutkan dalam pelawaan ini akan dipesan kesemuanya.
g) Kerajaan tidak memerlukan untuk memberi sebab penolakan mana-mana Sebut Harga; dan
h) Sebarang surat menyurat mengenai keputusan Sebut Harga tidak akan dilayan.
10 PENAMATAN PERSETUJUAN
Dengan memberi notis bertulis kepada Penyebut Harga dan dengan tiada apa-apa tindakan selanjutnya Kerajaan boleh terus menamatkan persetujuan;
i) Jika Penyebut Harga melakukan pelanggaran terhadap mana-
mana syarat yang terdapat dalam persetujuan ini;
ii) Jika Penyebut Harga Kontraktor itu sebagai orang perseorangan atau, apabila Kontraktor itu adalah satu firma, mana-mana pekongsi firma itu pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah terhadapnya atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat suatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang, atau jika Kontraktor itu adalah syarikat, meluluskan suatu perintah bahawa syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau pengurusan bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan - keadaan yang memberi hak kepada mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan; atau
iii) Jika Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Penyebut Harga atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Penyebut Harga) melakukan perbuatan rasuah. Dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Persetujuan ini tidak menyentuh hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan balik tuntutan/ ganti rosak.
13
11 PERTIKAIAN
Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Kerajaan dengan Kontraktor mengenai pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa persetujuan, atau hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit daripadanya atau yang berhubung dengannya hendaklah kecuali selainnya dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara Kerajaan dengan Kontraktor, dirujukkan kepada pertimbangtaraan dua orang, seorang dilantik oleh Kerajaan dan seorang oleh Kontraktor. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang membuat persetujuan ini
12 PERSETUJUAN KONTRAK
12.1 Penyebut Harga yang berjaya akan dikehendaki
menandatangani suatu perjanjian kontrak dengan Institut Pengurusan Kesihatan (IPK). Institut Pengurusan Kesihatan berhak menamatkan kontrak dengan memberi notis satu (1) bulan kepada Penyebut Harga tanpa memberi apa – apa sebab.
12.2 Penyebut Harga yang berjaya tidak dibenarkan memindah kontrak ini kepada pihak ketiga tanpa persetujuan bertulis Pengarah Institut Pengurusan Kesihatan.
12.3 Penyebut Harga yang berjaya tidak dibenarkan menggunakan mana – mana ruang bangunan Institut Pengurusan Kesihatan sebagai tempat penginapan. Sekiranya perkara ini berlaku tindakan menamatkan kontrak boleh diambil.
14
SENARAI SEMAK DOKUMEN SEBUTHARGA UNTUK PERKHIDMATAN PERCETAKAN
JOURNAL OF HEALTH MANAGEMENT, LAPORAN TAHUNAN,
RESEARCH HIGHLIGHT, LAPORAN TEKNIKAL DAN BOOKLET TGP
INSPIRATIONAL LEADERSHIP PODIUM UNTUK IPK
Sila Tandakan / bagi dokumen-dokumen yang disertakan
Bil. Perkara/ Dokumen Untuk Ditanda oleh Syarikat
Untuk Ditanda oleh Pembuka
Sebutharga
1 LAMPIRAN Q - Sebutharga untuk Bekalan/Perkhidmatan
2 LAMPIRAN A - Surat Akuan Pembida
3 LAMPIRAN B - Keterangan Penyebutharga
4 LAMPIRAN C - Surat Akuan Penyebutharga
5 LAMPIRAN D - Jadual Spesifikasi
6 LAMPIRAN E - Jadual Tawaran Harga
7 LAMPIRAN F - Senarai Pengalaman
8 Salinan sijil pendaftaran kod bidang dengan Kementerian Kewangan
9 Salinan sijil pendaftaran Bumiputera dengan Kementerian Kewangan
10 Salinan Penyata Akaun Bank (3 bulan terkini)
11 Salinan Sijil Pendaftaran GST
12 Salinan Sijil SSM
13 Salinan Lesen Percetakan daripada KDN
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh
UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil……………….(jika ada). Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:
15
LAMPIRAN Q (ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)
Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini
(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA
NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN
Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditaksirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga.
Kepada (Nama Syarikat) ……................
……………………………………………….
……………………………………………….
No. Tel: ……………………………………
No. Pendaftaran dengan Kementerian
Kewangan : ………………………….
Kod bidang : ...............................
Pelawaan sebut harga dikeluarkan oleh Kementerian/ Jabatan (Alamat Lengkap)
INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN JALAN RUMAH SAKIT, BANGSAR 59000 KUALA LUMPUR
No. Telefon: 03-2296 2800
Tarikh:
1. Sila beri sebut harga untuk bekalan/perkhidmatan yang disenaraikan di
bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:
1.1 Syarat penyerahan/penyempurnaan dihantar sendiri oleh pembekal seperti di alamat yang dinyatakan;
1.2 Tarikh penyerahan/penyempurnaan dikehendaki seperti yang ditetapkan;
1.3 Arahan pengiriman Institut Pengurusan Kesihatan, Bangsar 1.4 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul berlakri
dan bertanda nombor sebut harga No. Sebutharga: IPK/SH/02/2018;
1.5 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas tidak lewat pada jam 12.00 tengahari, 11 Mei 2018 (Jumaat);
1.6 Satu (1) Sesi Taklimat akan diadakan pada 4 Mei 2018 (Jumaat ) jam 3.30 petang. Kehadiran adalah WAJIB dan hanya penama di Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat sahaja yang boleh menghadiri sesi taklimat sebut harga. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA, UPKJ atau Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat,Kementerian Kewangan;
No. Sebut Harga
IPK/SH/02/2018
16
1.7 Tempoh sah laku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.
Bil. Perihal bekalan/
perkhidmatan dan Syarat-
syarat khas
Unit
Ukuran
Kuantiti/
Kekerapan
Kadar
(RM)
Harga
(RM)
Untuk diisi oleh Jabatan Untuk diisi oleh
Penyebutharga
SEBUTHARGA UNTUK PERKHIDMATAN
PERCETAKAN JOURNAL OF HEALTH
MANAGEMENT, LAPORAN TAHUNAN,
RESEARCH HIGHLIGHT, LAPORAN TEKNIKAL
DAN BOOKLET TGP INSPIRATIONAL
LEADERSHIP PODIUM UNTUK INSTITUT
PENGURUSAN KESIHATAN KEMENTERIAN
KESIHATAN MALAYSIA
Tarikh Penyerahan/ penyempurnaan
Ditawarkan MENGIKUT PENENTUAN KERJA
DITETAPKAN
* Sila nyatakan harga yang ditawarkan adalah
harga tanpa GST
JUMLAH
Saya/ Kami dengan ini menawar untuk membekalkan bekalan/perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini. Tandatangan Penyebut Harga : ………………………………………………………… Nama : ………………………………………………………… Alamat Syarikat : …………………………………………………………
………………………………………………………… …………………………………………………………
Tarikh : ..............................................
17
LAMPIRAN A SURAT AKUAN PEMBIDA
SEBUT HARGA IPK: IPK/SH/02/2018 SEBUTHARGA UNTUK PERKHIDMATAN PERCETAKAN
JOURNAL OF HEALTH MANAGEMENT, LAPORAN TAHUNAN,
RESEARCH HIGHLIGHT, LAPORAN TEKNIKAL DAN BOOKLET TGP
INSPIRATIONAL LEADERSHIP PODIUM UNTUK INSTITUT
PENGURUSAN KESIHATAN,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Saya,………..……………………............................................. nombor K.P ….………………................................... yang mewakili syarikat ……………………………...................................... nombor Pendaftaran ……………………............................. dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Institut Pengurusan Kesihatan (IPK) atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
1. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Institut Pengurusan Kesihatan (IPK) atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilihdalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
1.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
1.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
1.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat-kuasa
2. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Yang Benar,
…………..............…………..
(Nama dan No. KP)
catatan : Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa
18
18
LAMPIRAN B
KETERANGAN MENGENAI PENYEBUTHARGA 1. NAMA PENYEBUT HARGA :
(Syarikat)
2. ALAMAT PENYEBUT HARGA : i. Ibu Pejabat :
ii. Cawangan :
3. TELEFON PENYEBUT HARGA : i. Ibu Pejabat : _______________________
ii.Telefon Bimbit : _______________________
iii. Fax : _______________________
iv. Cawangan : _______________________
4. PENDAFTARAN DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN
4.1 Tempoh Pendaftaran : ______________
(Wajib menyertakan salinan sijil)
4.2 Taraf Penyebut Harga : Bumiputra / Bukan Bumiputra
(Wajib menyertakan salinan sijil )
5. MODAL PENYEBUT HARGA: (Isi mana yang berkenaan sahaja) 5.1. Perseorangan/Perkongsian : RM __________________ 5.2. Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)/Berhad (Bhd) : 5.2.1. Modal Dibenar : RM ___________________ 5.2.2. Modal Dibayar : RM ___________________
19
19
6. BUTIR-BUTIR PEMILIKAN (OWNERSHIP) 6.1. Perseorangan:
Nama Pemilik: No. K/P:
6.2. Perkongsian:
Nama Pekongsi No. K/Pengenalan % Kongsian
6.3. Sendirian Berhad/Berhad
Nama Pemegang Saham
No. K/Pengenalan % Bahagian
(Sila guna kertas berasingan jika tidak mencukupi)
7. PENYATA KEWANGAN BAGI 3 BULAN TERAKHIR (Berdasarkan kepada bulan tarikh Sebut Harga dikeluarkan)
Baki Akaun Bank Tertinggi :
Baki Akaun Bank Terendah :
Penyata Bank mulai : hingga
Nilai Aset Semasa :
Nilai Liabiliti Semasa :
20
20
LAMPIRAN C
SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA Kepada :
Institut Pengurusan Kesihatan
Jalan Rumah Sakit
Off Jalan Bangsar
59000 KUALA LUMPUR
Tuan,
NOMBOR RUJUKAN SEBUTHARGA : IPK/SH/02/2018
SEBUTHARGA UNTUK PERKHIDMATAN PERCETAKAN JOURNAL OF HEALTH
MANAGEMENT, LAPORAN TAHUNAN, RESEARCH HIGHLIGHT, LAPORAN
TEKNIKAL DAN BOOKLET TGP INSPIRATIONAL LEADERSHIP PODIUM
UNTUK INSTITUT UNTUK INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Syarikat
mengambil bahagian dalam
Sebutharga untuk Perkhidmatan Percetakan Journal of Health Management,
Laporan Tahunan, Research Highlight, Laporan Teknikal Dan Booklet TGP
Inspirational Leadership Podium untuk IPK. Harga yang ditawarkan dalam
sebutharga ini adalah berjumlah RM________________ (Harga Tawaran Tanpa
GST)
2. Syarikat sebagai Penyebut Harga dengan ini bersetuju menerima serta
mematuhi dan terikat dengan syarat-syarat sebutharga dan spesifikasi yang
terkandung dalam dokumen sebutharga Syarikat juga telah memahami bahawa IPK
berhak menerima atau menolak tawaran ini, sama ada harga yang ditawarkan
rendah atau tinggi atau sama dengan harga tawaran-tawaran lain.
3. Syarikat bersetuju bahawa harga sebutharga yang ditawarkan ini laku (valid)
selama sembilan puluh (90) hari daripada tarikh tutup sebutharga. Dalam tempoh
21
21
tersebut syarikat tidak boleh menarik diri daripada sebutharga ini dan meminda
harga.
4. Selanjutnya sekiranya sebutharga syarikat ini diterima, syarikat akan memberi
cagaran keselamatan dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh terima
surat tawaran daripada IPK. Syarikat bersetuju harga yang ditawarkan sebagai asas
perkiraan bagi pembayaran di atas pembekalan yang dibuat kepada IPK setelah
pembekalan tersebut disahkan oleh unit yang bertanggungjawab di IPK.
5. Kami yang bertandatangan di bawah ini, setelah menyemak, adalah dengan
ini mengesahkan bahawa dokumen sebutharga yang digunakan untuk sebutharga
ini adalah yang sebenarnya dibeli oleh syarikat ini.
(Tandatangan orang yang diberi kuasa)
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Jawatan :
Alamat :
Nama Saksi :
No. Kad Pengenalan :
Jawatan :
Alamat
22
22
LAMPIRAN D
SEBUTHARGA UNTUK PERKHIDMATAN PERCETAKAN
JOURNAL OF HEALTH MANAGEMENT, LAPORAN TAHUNAN, RESEARCH
HIGHLIGHT, LAPORAN TEKNIKAL DAN BOOKLET TGP INSPIRATIONAL
LEADERSHIP PODIUM UNTUK INSTITUT UNTUK IPK
JADUAL SPESIFIKASI
ARAHAN: Sila tandakan YA atau TIDAK pada ruang pematuhan dan catatkan cadangan yang berkaitan.
1.1 Percetakan Journal Of Health Management
BIL PERKARA KETERANGAN
PEMATUHAN PENYEBUTHARGA
YA / TIDAK
CATATAN
1. Rekabentuk Creative Concept Design, Final Artwork and Studio Materials by Supplier
Ukuran A4
Isi Kulit : 1 mukasurat
Text : 80-100 mukasurat
Jenis Kertas Cover : 260gsm art paper
Text : 157gsm matt art paper
Cetakan
Cover : 1 side full colour + Matt laminate + uv spot
Text : Multicalour
Kemasan/
Cara Menjilid
Full Colour throughout with Matt Lamination, perfect binding
Kuantiti 300 unit x 2 volumes = 600 naskah
1.2 Percetakan Laporan Tahunan Institut Pengurusan Kesihatan
23
23
BIL PERKARA KETERANGAN
PEMATUHAN PENYEBUTHARGA
YA / TIDAK
CATATAN
1. Rekabentuk Concept Design by IPK
Ukuran A4
Isi Cover : 1 mukasurat
Text : 80 – 100 mukasurat
Jenis Kertas Cover – 260gsm art paper
Text - 157gsm matt art paper
Cetakan
Cover : 1 side full colour + uv spot + matt laminate
Text: Multicolour
Kemasan/
Cara Menjilid
Full colour through with matt lamination, perfect binding
Kuantiti 300 unit x 2 volumes = 600 naskah
1.3 Percetakan Research Highlight
BIL PERKARA KETERANGAN
PEMATUHAN PENYEBUTHARGA
YA / TIDAK
CATATAN
1. Rekabentuk Creative Concept Design, Final Artwork and Studio Materials by Supplier
Ukuran A3
Isi 2 mukasurat
Jenis Kertas 157 gsm art paper (Glossy)
Warna Multicolour
Kemasan/
Cara Menjilid 2 - fold
Kuantiti 300 unit x 25 tajuk = 7500 naskah
1.4 Percetakan Laporan Teknikal
24
24
BIL PERKARA KETERANGAN
PEMATUHAN PENYEBUTHARGA
YA / TIDAK
CATATAN
1. Rekabentuk Creative Concept Design, Final Artwork and Studio Materials by Supplier
Ukuran A4
Isi Kulit : 2 mukasurat
Isi Kandungan : 80 - 200 mukasurat
Jenis Kertas Kulit : 260 gm Art Paper
Text : 157 gsm matt art paper
Cetakan Cover : 2 side full colour + UV spot + Matt Laminate
Warna Text : Multicolour
Kemasan/
Cara Menjilid
Full colour through with matt lamination, perfect binding
Kuantiti 300 unit x 6 tajuk = 1800 naskah
1.5 Percetakan Booklet TGP Inspirational Leadership Podium
BIL PERKARA KETERANGAN
PEMATUHAN PENYEBUTHARGA
YA / TIDAK
CATATAN
1. Rekabentuk Creative Concept Design, Final Artwork and Studio Materials by Supplier
Folder
Ukuran 26 cm x 18.5 cm
Isi Kulit : 4 mukasurat + Pocket inside
Jenis Kertas 310 gsm Art Card
Warna Multicolour
Kemasan/
Cara Menjilid
Full colour throughout with Matt
Lamination (Spine – Title of the booklet)
Kuantiti 500 x 4 volumes = 2000 naskhah
2. Booklet
25
25
Ukuran 25 cm x 17.5 cm
Isi Kulit 4 mukasurat + Pocket Inside
Isi Kandungan : 20 – 30 mukasurat
Jenis Kertas Kulit : 260 gm Art Card
Isi Kandungan : 128 gsm Art Paper
Warna Multicolour
Kemasan/Cara Menjilid
Full Colour throughout with Matt
Lamination and Staple Bind
Kuantiti 500 x 4 volumes = 2000 naskhah
3. DVD Envelope
Ukuran 12.7cm x 12.7cm
Isi Kulit : 2 mukasurat
Jenis Kertas Kulit : 260 gm Art Card
Warna Multicolor
Kemasan/Cara Menjilid
Full Colour throughout with Matt Lamination
Kuantiti 500 x 4 volumes = 2000 naskhah
4. DVD
Kemasan DVD Replication with sticker label
Warna Sticker Multicolor
Kuantiti 500 unit x 4 volumes = 2000 naskhah
26
26
a. Lain-lain Kriteria
BIL PERKARA KETERANGAN
PEMATUHAN PENYEBUTHARGA
YA / TIDAK
CATATAN
1. Pembungkusan & penghantaran
Semua bekalan/ perkhidmatan hendaklah dihantar ke IPK.
2. Salinan Asal
Softcopy setiap keluaran adalah hakmilik terpelihara IPK dan diserahkan kepada IPK semula. Softcopy MESTI DIPADAMKAN selepas dicetak.
3. Kos Lain
Kos mencetak, menjilid, membungkus dan menghantar ke IPK adalah tanggungjawab Penyebutharga.
Dengan ini disahkan bahawa Tawaran Sebut Harga adalah mengikut spesifikasi di atas. Tandatangan : Nama : No. Kad Pengenalan :
27
27
LAMPIRAN E
SEBUTHARGA UNTUK PERKHIDMATAN JOURNAL OF HEALTH
MANAGEMENT, LAPORAN TAHUNAN, RESEARCH HIGHLIGHT, LAPORAN
TEKNIKAL DAN BOOKLET TGP INSPIRATIONAL LEADERSHIP PODIUM
UNTUK INSTITUT
UNTUK IPK
JADUAL TAWARAN HARGA
1.1 Percetakan Journal Of Health Management
BIL BUTIRAN KOS (RM) JUMLAH
KESELURUHAN (RM)
1. Journal
Jumlah Keseluruhan Sebelum GST
X 2 Kali
Jumlah Keseluruhan Sebelum GST
1.2 Percetakan Laporan Tahunan Institut Pengurusan Kesihatan
BIL BUTIRAN KOS (RM) JUMLAH
KESELURUHAN (RM)
1. Laporan Tahunan
Jumlah Keseluruhan Sebelum GST
X 2 Kali
Jumlah Keseluruhan Sebelum GST
1.3 Percetakan Research Highlight
28
28
BIL BUTIRAN KOS (RM) JUMLAH
KESELURUHAN (RM)
1. Research Highlight
Jumlah Keseluruhan Sebelum GST
X 25 Kali
Jumlah Keseluruhan Sebelum GST
1.4 Laporan Teknikal
BIL BUTIRAN KOS (RM) JUMLAH
KESELURUHAN (RM)
1. Laporan Teknikal
Jumlah Keseluruhan Sebelum GST
X 6 Kali
Jumlah Keseluruhan Sebelum GST
1.5 Booklet TGP Inspirational Leadership Podium
BIL BUTIRAN KOS (RM) JUMLAH
KESELURUHAN (RM)
1. Folder
2. Booklet
3. DVD Envelope
4. DVD
Jumlah Keseluruhan Sebelum GST
X 4 Kali
Jumlah Keseluruhan Sebelum GST
29
29
1.4 JUMLAH KESELURUHAN HARGA TAWARAN
BIL BUTIRAN JUMLAH
KESELURUHAN (RM)
1. Percetakan Research Highlight
2. Percetakan Booklet Talent Grooming Programme
3. Percetakan Journal of Health Management
4. Laporan Tahunan
5. Laporan Teknikal
Jumlah Keseluruhan Sebelum GST * (Jumlah ini perlu sama seperti di Lampiran Q)
GST (6%) Jika ada, sila lampirkan Sijil Pendaftaran GST
Jumlah Keseluruhan Termasuk GST
*Nota : Sila pastikah tawaran harga ini sama seperti di Lampiran Q dan dikunci masuk dalam Sistem ePerolehan. Dengan ini disahkan bahawa Tawaran Sebut Harga adalah mengikut kadar di atas. Tandatangan : Nama : No. Kad Pengenalan :
30
30
LAMPIRAN F
SENARAI PENGALAMAN BERHUBUNG SKOP SEBUTHARGA
Bil. Nama/Jenis
Kontrak
Nama dan Alamat
Penuh
Jabatan/Institusi
Harga
Kontrak
(RM)
Tempoh
Kontrak
Mula Tamat
*Sila sertakan bersama Salinan Surat Setuju Terima/Pengesahan Prestasi Pembekal di Lain-lain agensi *Sila guna helaian berasingan sekiranya tidak mencukupi