institusi pentadbiran tempatan

Upload: siti-raudza

Post on 17-Jul-2015

165 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

1.0 INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN

1.1 Nama Rasmi / Nama Ringkas / Nama LainNama rasmi adalah Majlis Bandaraya Shah Alam. Ia juga dikenali sebagai MBSA. MBSA juga pernah dikenali sebagai MPSA iaitu Majlis Perbandaran Shah Alam.

1.2 LokasiMajlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terletak di Tingkat 1 , Wisma MBSA , Persiaran Perbandaran 40000 Shah Alam , Selangor Darul Ehsan. MBSA terletak berdekatan dengan beberapa pusat beli-belah yang terkenal di Shah Alam iaitu Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) , Plaza Alam Sentral (PAS) dan Shah Alam Convention Center (SACC) Mall.

1.3 Matlamat / Objektif / Misi / Visi PenubuhanMATLAMAT Membangun sebagai sebuah bandar yang berdikari Menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri Selangor yang unggul Menyediakan peluang-peluang yang mencukupi bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara, Wawasan Selangor Maju 2005 dan Wawasan 2020

Mempunyai keadaan persekitaran yang bermutu tinggi Menjadi sebuah bandar yang maju dan lengkap dengan kemudahan yang seimbang

Mewujudkan pembangunan yang bersistematik dan mengoptimakan penggunaan tanah dan lain-lain sumber

OBJEKTIF Mewujudkan Shah Alam sebagai sebuah bandaraya yang indah , bersih dan selamat Memastikan perancangan dan pembangunan yang teratur dan terkawal selaras dengan pembangunan lestari Merancangkan dan menyediakan kemudahan prasarana perbandaran yang lengkap dan berkualiti Meningkatkan pembangunan kemasyarakatan seimbang dengan pembangunan fizikal Mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam semua urusan perkhidmatan Mengutamakan pelanggan dalam member perkhidmatan yang cekap , tepat , telus dan berkesan secara berterusan Memastikan warga kerja yang kompeten dan komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab

Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pertumbuhan industry perdagangan dan perlancongan

Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang secara berhemah dan professional

Memelihara dan memulihara alam sekitar untuk keselesaan dan kesejahteraan warga Shah Alam

MISIMemastikan semua aktiviti di setiap peringkat organisasi mencapai tahap Cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti

VISIMenjadikan Shah Alam sebuah bandaraya yang indah , berdaya maju , harmonis dengan alam sekitar ke arah mewujudkan masyarakat madani melalui nilai-nilai pembangunan mampan

CARTA ORGANISASI Walid buat

SENARAI PENTADBIRDatuk Bandar : Y. Bhg Dato' Mazlan Bin Mohd Noor Timbalan Datuk Bandar : Tuan Mokhtar Bin Hani Timbalan Setiausaha : Hj. Roslan Bin Hj. Darus

Ketua-ketua bahagian :

Pelaburan dan Perdagangan : Aslinda Binti Tahsim Audit Dalam dan Pengaduan Awam : Radzuan Bin Mezalan Pengurusan Stadium : Jamsari Bin Khamin Tender dan Kontrak : Norani Binti Amat Urusetia Mesyuarat : Fikriah Binti Mohammad Hilmi Pengurusan Hasil : Khairul Nizam Bin Zainal Abidin Undang- undang : Mohd. Supian Bin Abdul Rahman Cawangan Sg. Buloh : Md Zawawi Bin Md Isa Cawangan Kota Kemuning : Abdul Rauf Bin Mohd Yaacob Pesuruhjaya Bangunan : Mohd Rizal Bin Mawi Kewangan : Hj. Roslan Bin Hj. Darus Penilaian dan Pengurusan Harta : Hjh. Nor Akma Binti Hj. Ahmad Perancangan : Nurul Sheema Binti Abdul Rahman Taman dan Rekreasi : Hj. Mohd Tahir Bin Man Bangunan : Hjh. Rose Zairani Binti Marmuji Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Shamsiah binti Osman Khidmat Pengurusan : Hj. Jamri Bin Hasni

Perkhidmatan Bandar : Dr. Hj. Roslan Bin Basni Pelesenan dan Penguatkuasaan : Hj. Rosli Bin Bakar Kejuruteraan : Ir. Hj. Rosli Bin Mohammad Yunus Korporat : Asmah Binti Mohd Zain Pusat Setempat : Mohd Rusli Bin Dalim

2.0 LATAR BELAKANG2.1 SEJARAH PENUBUHANPada peringkat permulaan , pentadbiran MBSA beroperasi di rumah kedai Seksyen 3 dan kemudian di Kompleks PKNS pada tahun 1981. Hanya pada tahun 1988 , kakitangan MPSA berpindah berpindah ke sebuah bangunan 28 tingkat yang dikenali sebagai Wisma WPSA. Bangunan berharga RM141 juta ini menempatkan keseluruhan jabatan MPSA. Ruang Wisma juga disewakan kepada jabatan kerajaan yang lain dan juga pihak swasta. MPSA ditubuhkan dibawah Akta 171 , Akta Kerajaan Tempatan. Akta ini memperuntukkan MPSA untuk mentadbir , memberikan perkhidmatan serta membangunkan bandar Shah Alam. Kerajaan Tempatan adalah pentadbiran ketiga selepas Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang menjadi pendukung utama pentadbiran negara. Shah Alam yang ditadbirkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Shah Alam sejak 1978 secara automatiknya mendapat taraf Majlis Bandaraya Shah Alam apabila Shah Alam diiktiraf sebagai bandaraya pada 10 Oktober 2000.

2.2 UNDANG-UNDANG TUBUH / UNDANG-UNDANG KECIL / GARIS PANDUAN PENUBUHANUndang Kecil yang telah digubal dan diwartakan adalah seperti berikut :1) Undang-undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan (MBSA) Jalan , Parit dan Bangunan 2005. 2) Undang-undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MBSA) 2005. 3) Undang-undang Kecil Tanah Perkuburan Islam (MBSA) 2005 4) Undang-undang Kecil Tandas Awam (MBSA) 2005 5) Undang-undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005 6) Undang-undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-kesalahan) (MBSA) 2005 7) Undang-undang Kecil Taman (MBSA) 2005 8) Undang-undang Kecil Pasar (MBSA) 2007 9) Undang-undang Kecil Pusat Sukan Persendirian (MBSA) 2007 10) Undang-undang Kecil Kolam Renang (MBSA) 2007 11) Undang-undang Kecil Pusat Siber dan Kafe (MBSA) 2007 12) Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (MBSA) 2007 13) Undang-undang Kecil Establisyemen Makanan (MBSA) 2007 14) Undang-undang Kecil Pelesenan Tred , Perniagaan dan Perindustrian (MBSA) 2007 15) Undang-undang Kecil Kerja Tanah (MBSA) 2007 16) Undang-undang Kecil Pemungutan , Pembuangan dan Pelupusan Sampah-sarap (MBSA) 2007

17) Undang-undang Kecil Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (MBSA) 2007 18) Undang-undang Kecil Iklan Pilihanraya (MBSA) 2007 19) Undang-undang Kecil Pelesanan Anjing dan Rumah Pembiakan (MBSA) 2007 20) Undang-undang Kecil Hotel (MBSA) 2007 21) Undang-undang Kecil Krematorium (MBSA) 2007 22) Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (MBSA) 2007 23) Perintah Tetap Mesyuarat (MBSA) 2007 24) Undang-undang Kecil Iklan (MBSA) 2007 25) Undang-undang Kecil Penjaja (MBSA) 2007

2.3 - PERINCIAN PERANAN/TANGGUNGJAWAB BIDANG TUGAS PENTADBIRJABATAN PERANAN

Memastikan perkhidmatan kutipan sampah Alam Flora Sdn Bhd domestik , pembersihan longkang & kawasan serta pemotongan rumput. Pengambil alihan dari PBT bermula 1 November 1988. Memberikan perkhidmatan dan pembaikan Indah Water Konsortium (IWK) sistem pembentungan Perkhidmatan bekalan air di Shah Alam Jabatan Bekalan Air (JBA) terbahagi kepada dua cawangan JBA iaitu Klang dan Petaling Jaya Pemeliharaan sungai perkhidmatan/pembaikan Jabatan Parit dan Saliran (JPS) jambatan , penyelenggaraan pintu kunci air Perkhidmatan/pembaikan jalan , lampu isyarat Jabatan Kerja Raya (KKR) dan longkang di dalam kawasan daerah dan di luar bidang PBT Menyokong pengeluaran Sijil Menduduki Jabatan Bomba Bangunan (CF) selain dari tugas utama memadam kebakaran

Mengawal lalulintas , mengeluarkan permit Polis perhimpunan selain dari tugas PDRM Perkhidmatan pengurusan di kawasan Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS) perumahan pangsapuri milik PKNS Menyediakan perkhidmatan talian telefon dan Telekom cantasan pokok yang mengganggu wayar telefon Memberikan bekalan elektrik, perkhidmatan Tenaga Nasional Bhd (TNB) tiang lampu di kawasan perumahan, cantasan pokok yang mengganggu wayar elektrik Menyokong pengeluaran Sijil Menduduki Tenaga Perkhidmatan Bangunan (CF) Mengawasi pencemaran alam sekitar seperti Pembentungan (JPP) Jabatan Alam Sekitar (JAS) pembakaran terbuka dan pembuangan bahan kimia

2.4 CARA PERLANTIKAN PENTADBIR TEMPATANMajlis Bandaraya Shah Alam diketua oleh seorang Datuk Bandar yang merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang dilantik oleh Kerajaan Perseketuan. Selain itu , Datuk Bandar juga merupakan Ahli Majlis yang memikul tanggungjawab bersama 23 Ahli Majlis yang lain setiap dua tahun tempoh lantikan. Ahli-ahli Majlis terdiri daripada ahli politil golongan professional, ahli akademik dan tokoh koperat. Pengurusan Majlis juga dianggotai oleh Timbalan Datuk Bandar , Timbalan Setiausaha dan pengarah-pengarah jabatan serta ketua-ketua bahagian yang mengetuai beberapa portfolio. MBSA mempunyai 1200 orang kakitangan yang memegang 153 jenis jawatan

4.3 PERANANi) PendidikanInstitusi pengajian tinggi yang tertua di Shah Alam adalah Kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang terletak di Seksyen 1. Selain menawarkan pengajian separuh masa dan sepnuh masa kepada para pelajar, UiTM juga merupakan Pusat Persediaan Pelajar bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Selain dari UiTM terdapat beberapa institusi teknikal lain yang beroperasi , menjadikan Shah Alam salah satu Bandar raya industry yang terkemuka tanahair. Yang paling membanggakan Shah Alam juga menempatkan Universiti Industri Selangor (UNISEL) yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor. Bagi pengajian tahap asas , Shah Alam mempunyai 121 buah tadika, 52 buah sekolah rendah dan 15 buah sekolah menengah. Sekolah Menengah Menengah Vokasional Menengah Khas Rendah Tadika 15 1 1 52 121

Institusi Pengajian Tinggi Universiti Teknologi MARA Universiti Selangor Inpens International College (INPENS) Pusat Latihan Tenaga Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Politeknik Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM) Universiti Industri Selangor (UNISEL)

Institusi Rujukan Khas Kompleks Taman Seni Islam Muzium Negeri Perpustakaan Raja Tun Uda Galeri Shah Alam Kompleks Belia dan Kebudayaan

ii) KEBUDAYAANSelaku ibu negeri Selangor , Shah Alam menempatkan sejarah dan kebudayaan yang menarik di kalangan masyarakat berbilang bangsa di Muzium Negeri Selangor iaitu Muzium Sultan Alam Shah. Sementara itu , Galeri Shah Alam mempamerkan dan menghasilkan pelbagai hasil karya seni dalam bentuk lukisan dan kesusasteraan. Laman Budaya Shah Alam merupakan tempat yang disediakan untuk mengalakkan penganjuran pelbagai aktiviti kebudayaan dan warisan seperti permainan tradisi , tarian dan kraftangan. Selain itu , MBSA mempunyai orchestra yang dikenali sebagai Orkestra Shah Alam yang mengadakan persembahan sebanyak 2 kali setahun di Auditorium MBSA

iii) PELANCONGANPusat Pelancongan Darul Ehsan merupakan pusat hentian maklumat bagi pelancong yang terletak di Dataran Shah Alam. Pusat maklumat ini dilengkapi dengan informasi berkaitan dengan kebudayaan, makanan dan tempat-tempat yang menarik di sekitar Shah Alam dan Selangor untuk kemudahan para pelancong. Selain itu , barangan cenderahati dan kraftangan buatan tangan turut dijual kepada pelancong. Di antara mercutanda yang terdapat di sekitar Shah Alam :a) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz merupakan mercutanda yang popular di Shah Alam. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Biru dengan kos pembinaan sebanyak RM140 juta dan dapat menampung sebanyak 24,000 jemaah. b) Hotel dan pusat konvensyen c) Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam d) Dataran Shah Alam e) Muzium Negeri , Perpustakaan Negeri , Muzium Institut Penyelidikan Getah dan sebagainya.

iv) KEBAJIKANShah Alam dilengkapi dengan 3 buah pusat rawatan pakar dan 84 buah klinik bagi memenuhi keperluan penduduk. Di samping itu , Shah Alam juga mempunyai Bilik Kawalan Alam Sekitar yang dikendalikan oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor (JAS) Kumpulan khas bagi mengawal bahan kimia merbahaya (HAZMAT) dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat turut beroperasi apabila diperlukan oleh penduduk. Skuad khas ini bersedia memberikan bantuan kecemasan yang berkaitan dengan bahan kimia yang berbahaya yang dilaporkan di semua jalan raya dan tempat di sekitar Shah Alam. Hospital Pusat Perubatan Selangor Pusat Perubatan Darul Ehsan Pusat Perubatan Salam Pusat Rawatan Geneotologi (Warga Emas) Pusat Rawatan Shah Alam Klinik Bersalin An-Nuri Poliklinik Komuniti , Seksyen 7

Rancangan Malaysia ke-9 telah peruntukan membina sebuah hospital di Shah Alam. Klinik Balai Polis Balai Bomba 84 10 5

RUMUSANMalaysia merupakan sebuah Negara yang sedang membangun. Pelbagai institusi tempatan telah wujud di Malaysia. Generasi muda akan menghormati dan menghargai peranan institusi pentadbiran tempatan yang ada sekarang Selepas saya selesai menjalankan kajian saya ini , saya berasa bangga dengan ciri-ciri institusi pentadbiran tempatan di Malaysia. Antaranya keistimewaan sejarah / asal usul penubuhan , undang-undang tubuh, undang-undang kecil, gairs panduan penubuhan, perincian peranan dan tanggungjawab bidang tugas pentadbir serta cara perlantikan pentadbir tempatan. Saya juga berasa kagum akan keunikan dan keistimewaan institusi yang dikaji kerana sebelum ini saya hanya mengenalinya begitu sahaja tanpa mengetahui lebih lanjut latar belakang atau asal-usul institusi tersebut. Akhirnya kajian ini membuat saya semakin saying akan negara ini dan berazam akan mengekalkan peranan institusi pentadbiran tempatan dan menyokong perkembangan institusiinstitusi tersebut di Malaysia.

GAMBAR DI TEMPAT KAJIAN

Saya di bangunan MBSA

PENGHARGAANTerlebih dahulu saya ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru sejarah saya Puan Hjh Norziah Bt Hj Mohd Nor kerana telah memberikan bimbingan dan panduan kepada saya untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah PMR 2011. Penghargaan ini juga saya sampaikan kepada seluruh ahli keluarga khususnya bapa saya , Encik Salleh B. Yahaya dan ibu saya , Puan Heriati Bt Abd Rahman kerana kerjasama dan bantuan dalam bentuk sokongan moral dan material untuk saya menyiapkan tugasan saya ini. Penghargaan juga kepada kakak saya , Saudari Amirah Jahsyi Bt Salleh yang turut membantu dan bekerjasama. Selain itu , saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan yang membantu dan memberikan kerjasama kepada saya iaitu Saudari Nur Syahirah Bt Zainal Abidin , Saudara Muhammad Faizal B. Mohd Sarbini, Saudari Sufiah Bt Sazli , Saudara Muhd Zaim Azril B. Salleh dan Saudari Auni Sorfina Bt Suhaimi. Sesungguhnya komitmen mereka akan dikenang sepanjang hayat.

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

Fokus Kajian :1. Institusi Pentadbiran Tempatan 2. Latar Belakang 3. Peranan 4. Perkembangan

SENARAI KANDUNGANBil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Perkara Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan Markah Muka Surat i ii 1

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian kerja kursus ini dibahagikan kepada objektif am dan objektif khusus. Objektif Am Kajian yang saya lakukan dapat mengenalpasti sumber yang sahih untuk menyokong kajian yang dijalankan. Pengalaman ini dapat membantu saya membuat kerja ilmiah mengikut displin dan tatacara yang betul , jelas dan tepat. Objektif Khusus Kerja kursus ini betujuan untuk mengenali dengan lebih dekat lagi asal-usul atau latar belakang institusi pentadbiran tempatan yang terdapat di Malaysia. Melalui kajian ini juga saya mendapat pendedahan yang lebih jelas berkenaan institusi tersebut termasuklah peranannya dalam aspek ekonomi, pendidikan , keagamaan , kemasyarakatan, kebudayaan, perayaan, pelancongan dan kebajikan. Saya juga telah mempelajari kaedah yang sesuai untuk mengumpul, mengelas, menganalisis, menemuramah dan merekod segala maklumat yang diperoleh ketika kajian sedang dijalankan.

Kajian ini juga menyedarkan saya betapa penting dan istimewanya institusi pentadbiran tempatan tersebut iaitu dari segi lokasi, matlamat, objektif , misi , visi, carta organisasi, undang-undang dan peraturannya. Ini yang menjadi keunikan, keunggulan dan kehebatan institusi itu yang melambangkan identiti Malaysia. Melalui kajian ini saya akan lebih menghargai kepelbagaian institusi pentadbiran tempatan yang terdapat di Malaysia dan akan terus mengekalkannya sebagai warisan budaya bangsa.

KAEDAH KAJIANSaya telah memilih beberapa kaedah untuk memperoleh maklumat serta menganalisis maklumat yang digunakan ialah temu ramah (temu bual), pemerhatian, rujukan dan penyelidikan serta lawatan untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah tepat dan benar. a)Kaedah Pemerhatian Saya juga melakukan pemerhatian ke atas kawasan kajian tersebut. Saya turut menggunakan kamera untuk merakam gambar yang boleh mengukuhkan lagi kajian saya. b)Kaedah penyelidikan Menerusi kaedah ini juga memerlukan saya untuk merujuk : (i) Buku Ilmiah YM Tengku Raizul Azwar Tengku Abg

4.3- PENGIKTIRAFAN/PENGHARGAAN 1. Anugerah Ceria Bahasa 2000 , kategori Pihak Berkuasa Tempatan, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka 2. Tempat Kedua pada Pertandingan Laman Web Terbaik Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor, 2000 3. Antara lima pemenang pada Pertandingan Akhir Laman Web Terbaik Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan, 2000 4. Tuan Rumah Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Selangor 2001 5. Pengisytiharan Bandaraya Shah Alam, 10 Oktober 2000 6. Tuan Rumah Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan ke-53, 2000 7. Pavillion Antarabangsa Terbaik dan Spesis Terbaik (Pingat Emas), Pameran Anggerik Antarabangsa Miami ke-55, 2000 , Florida, USA 8. Hibrid Terbaik (Pingat Emas) dan Best Stand Judging (Pingat Gangsa), Kongres Anggerik Eropah ke-12, 2000, Copenhagen, Denmark 9. Pavillion Antarabangsa Terbaik (Pingat Perak) , Pameran Anggerik Kebangsaan Afrika Selatan ke-12, 2000, Pretoria , Afrika Selatan 10. Anugerah Persijilan Amalan 5S dari Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) , 2001 11. Johan katergori Perkhidmatan , Pertandingan Amalan 5S , Peringkat Kebangsaan 2005 12. Tempat Kedua Pameran Antarabangsa, Kongres Asia Pasifik ke-7, 2001 , Nagoya, Jepun

13. Anugerah Kualiti Perkhidmatan Perancangan Terbaik 2001 daripada Pertubuhan Perancang Malaysia (tiga tahun berturut-turut) 14. Anugerah Inovasi ICT Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, 2002 15. Tuan Rumah bagi Persidangan Anggerik Sedunia (WOC) ke017 pada tahun 2002 16. Johan Perbarisan, Perbarisan Hari Kebangsaan 2002 , Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-45 Peringkat Negeri Selangor 17. Tempat Ketiga acara perbarisan. Perbarisan Minggu Wanita Peringkat Negeri Selangor 2002 18. Johan Keseluruhan (kali kedua), Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Selangor ke-2 , 2003 19. Johan Perbarisan (kategori Pihak Berkuasa Tempatan), Perbarisan Hari Kebangsaan 2003, Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-46 , Peringkat Negeri Selangor 20. Johan kategori Terbuka Sektor Perkhidmatan, Amalan 5S Antara Organisasi, 2003 21. Johan , Anugerah Kualiti Kaunter Terbaik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor 2003 22. Anugerah Persijilan MS-ISO 9001:2000 23. Johan Kesuluruhan (kali ketiga berturut-turut) , Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Selangor ke-3 ,2004 24. Menerima Sijil Bersih daripada Ketua Audit Negara bagi Laporan Kewangan MBSA tahun 2001,2002 dan 2003 25. Anugerah Persijilan Amalan 5S 2004

26. Johan Perbarisan (kategori Pihak Berkuasa Tempatan) , Perbarisan Hari Kebangsaan 2004 , Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-47 Peringkat Negeri Selangor 27. Johan Perbarisan (kategori Pihak Berkuasa Tempatan) , Perbarisan Hari Kebangsaan 2005 , Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-48 Peringkat Negeri Selangor 28. Anugerah Inisiatif Persekitaran Fizikal 2005 bagi Perancangan Inovatif dan Kualiti Kehidupan Seimbang : Kajian Kes Taman Wetland Kota Kemuning 29. Juara Kategori A (Bandaraya/Majlis Perbandaran), Anugerah Pengurusan Pejabatd dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) 2006 30. Pengiktirafan sebagai Bandaraya Selamat di Malaysia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2006 31. Johan Perbarisan (kategori Pihak Berkuasa Tempatan) , Perbarisan Hari Kebangsaan 2007 , Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-50 Peringkat Negeri Selangor 32. Juara Kategori Pengurusan, Majlis Konvensyen Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) ke-20 Peringkat Negeri Selangor, 2007 33. Johan Keseluruhan Sukan Kerajaan Tempatan Selangor, 2007 34. Hadiah Kecemerlangan bagi Anugerah Pengurusan dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) , Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, 2007 35. Anugerah Khas Bandaraya Lestari Inisiatif Pentadbiran Alam Sekitar , 2006/2007

36. Bandaraya Mampan Petunjuk Bandar Mampan Bandaraya Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor Tahun 2007 37. Anugerah Persijilan MS-ISO 9001:2000 , 2008 38. Anugerah Persijilan Amaln 5S dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) , 2008 39. Anugerah Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) , 2008 40. Bandaraya Mampan Petunjuk Bandar Mampan Bandaraya Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor Tahun 2009 41. Anugerah Ceria Bahasa 2009, Kategori Pihak Berkuasa Tempatan , anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka sempena Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan 42. Penarafan 4 Bintang Dalam Sistem Star Rating, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor 2009 43. Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC), anjuran Kerajaan Negeri Selangor 2009 44. Naib Johan Pertandingan Kawad Formasi Piala Datuk Bandar Petaling Jaya, 2009 45. Tempat Pertama Sepanduk Kategori Badan Berkanun/Swasta Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor Tahun 1430H/2009M 46. Johan Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Piala Datuk Bandar 2010 47. Johan Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Piala Datuk Bandar 2010. (Kategori Teknikal) , 2010

48. Tempat ke-2 (bagi Jabatan dan Banda Raya) Perarakan 10 Tahun , Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-10 Bandaraya Shah Alam , 2010 49. Johan Pertandingan Kawad Formasi Piala Datuk Bandar Petaling Jaya , 2010 50. Penganugerahan Bandar Raya Mampan Sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia , Anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan , 2010 51. Penarafan 5 Bintang bagi Penilaian Portal dan Laman Web Kerajaan Malaysia , Anjuran MDEC , 2010

RUJUKAN

Buku YM Tengku Raizul Azwar Tengku Abd Hamid, 2004 , Selangor Excellence , Warisan Kerabat

Akhbar Sinar Harian , 9 Mei 2009 , Halaman 10

Melawat Tempat Kajian Majlis Bandaraya Shah Alam , Tingkat 1 , Wisma MBSA , Persiaran Perbandaran 40000 Shah Alam

Majalah Shah Alam , Oktober , 1991

Internet http://www.mbsa.gov.my http://maps.google.com/maps

4.4 PERANCANGAN MASA HADAPANKerajaan Selangor dan MBSA merancang untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri yang maju dan membangun. Oleh itu , pelbagai perancangan telah dirangka oleh kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut. Antara perancangan yang akan dilaksanakan adalah Projek Rapid Mass Transit (RMT) Lebah Kelang. Kemudahan jalan keretapi yang berhampiran bandaraya akan menambahkan kemudahan perhubungan bagi perusahaan-perusahaan di situ kelak. Bentuk fizikalnya yang berbukit-bukit lebih sesuai kerana air boleh disalir dengan mudah dan tidak akan tenggelam. Kelebihan ini telah dipergunakan oleh MBSA untuk membina RMT Lembah Klang. MRT Lembah Klang bakal menjadi tulang belakang sistem pengangkutan penyambungan baru di Lembah Kelang. MRT Lembah Kelang akan merangkumi beberapa laluan yang bakal menghubungkan LRT, Monorel, KTMB Komuter dan laluan bas di dalam dan di luar bandaraya. Selain itu akan memudahkan perhubungan di antara kawasan perumahan, pusat perniagaan , pusat komersial dan kawasan pekerjaan utama di koridor urbar dan pinggir kota Lembah Kelang dan juga Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Selain itu , Jajaran Sg. Buloh-Kajang juga di antara yang akan dibina untuk memajukan bandaraya. Pembinaan Jajaran Sg. Buloh - Kajang akan bermula pada Julai 2011 dan dijangka akan siap menjelang tahun 2016. Jajaran ini bermula dari Sg. Buloh menghala ke Kajang merentasi Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Jajaran dari Barat Laut ke Tenggara Kuala Lumpur ini padat dengan penduduk.