insight bil. 1/2019 edisi ogos edaran dalaman august 2019 final.pdf · perlawanan futsal aerocom...

28
| INSIGHT BIL. 1/2019 | EDISI OGOS | EDARAN DALAMAN | #ikhlasdarihati

Upload: others

Post on 14-Sep-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

| INSIGHT BIL. 1/2019 | EDISI OGOS | EDARAN DALAMAN |

#ikhlasdarihati

Page 2: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome
Page 3: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

1

DARI MEJA EDITOR

MUKADIMAH

SOROTANMSOSH OSH AWARD 2018 MAJLIS PENUTUP DAN PENGANUGERAHAN SIJIL MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGERI MELAKA PERLAWANAN FUTSAL AEROCOM BOOKDOC-MOST ACTIVE INDIVIDUALS (JULY) PROGRAM KORBAN HARI RAYA AIDILADHA

STAFWELCOME TO MEDIVEST, CFO! RMs IN THE HOUSE HAPPY BIRTHDAY CEO DAN CFO BARISAN FMs SHAPE UP! LATIHAN PIPING BRAZING COPPER PIPE GAS CULTURE CAMP

KORPORATMAJLIS SILATURAHIM AIDILFITRI PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN: MEDIVEST VS BPK KEJOHANAN BADMINTON KSN CUP LAWATAN KE KILANG AIR HANDLING UNIT (AHU)

KHASDEMI KELANGSUNGAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN SMART HEALTHCARE EXPO AND SMART CITY SUMMIT

SANTAIINGIN TAHU? CELIK KESIHATAN GAMES

2

3

4

5667

8889101011

13192020

2121

222324

Page 4: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

Assalamualaikum Wbt dan salam sejahtera.

Ketika ruangan ini ditulis, Kerajaan Malaysia, baharu sahaja selesai melangsungkan Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Istiadat gilang gemilang ini juga menekankan betapa pentingnya pemeliharaan budaya, sarat dengan nilai estetika yang tidak luput ditelan zaman. Budaya inilah yang menjadi cermin kita sebagai rakyat Malaysia, dan pada masa yang sama, ianya menjadi brand kepada Bangsa Malaysia yang bersatu padu tanpa mengira latar belakang, agama mahupun bangsa.

Bercakap mengenai brand atau jenama, Medivest mempunyai jenama yang kukuh, selari dengan kewujudan syarikat ini di dalam bidang Perkhidmatan Sokongan Hospital (HSS). Jenama ini yang membuatkan Medivest menjadi syarikat yang dikenali dalam menguruskan fasiliti di hospital-hospital kerajaan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Oleh itu, bersama-samalah kita menjaga jenama ini agar dapat terus berdaya saing dengan pemain industri yang lain.

Insight edisi baharu, keluaran kali ini adalah berkonsepkan #ikhlasdarihati, dimana ianya haruslah menjadi asas kepada kita semua dalam melakukan tugasan yang telah diamanahkan. Paparan artikel, dan gambar di dalam Insight ini jelas menunjukkan keceriaan, dan kerjasama kita sebagai kakitangan Medivest ketika mengharungi semua perkara seperti sebuah keluarga. Kami, kumpulan penerbitan percaya, kakitangan yang ikhlas, dan amanah adalah formula asas kepada pembentukan sebuah syarikat yang kukuh.

Akhir kata, selamat membaca!

Terima kasih.

2

PENASIHAT Salleh Tahir (Ketua Pegawai Eksekutif)

EDITOR Norhaiza Mamat (Pengurus Kanan, Komunikasi Korporat)

PENULIS Mohamad Shahir Abd Malek (Penolong Pengurus, Komunikasi Korporat)

REKA GRAFIK Nurul Tania Mohd Tahir (Eksekutif, Komunikasi Korporat)

Jaja Norhaiza MamatEditor

Page 5: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

Assalamualaikum wbt, dan selamat sejahtera kepada semua kakitangan Medivest. Semoga anda berada di dalam keadaan sihat, dan selamat hendaknya.

Setelah dua Bulan Aidilfitri meninggalkan kita, kita masih merasa kemeriahan dan kemuliaannya. Tradisi kunjung-mengunjung ke rumah rakan, dan saudara masih ada, walaupun bulan barakah telah berlalu. Hal ini pada fikiran saya bukan sahaja dapat menguatkan silaturahim sesama kita, pada masa yang sama menunjukkan bahawa kita bersatu hati dalam melalui pelbagai perkara.

Tema #ikhlasdarihati dipilih bersempena dengan Majlis Silaturahim Aidilfitri Medivest 2019. Tema ini dilihat bersesuaian untuk diamalkan untuk semua kakitangan Medivest di dalam kehidupan harian. Dengan melakukan sesuatu pekerjaan atau perkara dengan rasa ikhlas dari hati, semua masalah boleh diselesaikan, dan perkara yang sukar mampu dilaksanakan. Secara dasarnya, kita semua hendaklah bekerjasama, dan bersatu hati dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Kakitangan Medivest yang saya kasihi,

Walaupun separuh pertama tahun 2019 menyaksikan cabarannya, saya gembira Medivest terus efisyen dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti. Tidak dinafikan kita terpaksa berdepan dengan banyak dugaan, tetapi Medivest berjaya membuat penambahbaikkan, sekaligus mencerminkan kejayaan Medivest itu sendiri. Justeru, usaha yang lebih gigih perlu digembeling, dan saya optimis bahawa syarikat kita akan terus maju untuk meneroka prospek pertumbuhan, menerusi penyampaian perkhidmatan kita. Peganglah kepada Core Values kita, iaitu Professionalism, Strive for Excellence dan Customer Centric; saya percaya kita pasti berjaya!

Ingin saya ingatkan juga, bahawa kejayaan syarikat bergantung kepada kerja keras, dan dedikasi semua kakitangan Medivest. Oleh itu, saya berharap agar kita semua terus memegang tanggungjawab, dan mencabar diri untuk mengukuhkan kebolehan diri sendiri. Jika kita bekerja dengan satu fokus untuk mencapai matlamat yang di impikan, saya yakin kita akan maju dan membawa Medivest ke tahap yang lebih tinggi, Insyallah.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-62, dan tahniah kepada kumpulan penerbitan di atas keluaran Insight edisi baharu ini.

Hingga kita berjumpa di edisi akan datang!

Sekian, terima kasih.

3

Salleh TahirKetua Pegawai Eksekutif

Page 6: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

4

MSOSH OSH AWARD 2018

Medivest melalui Healthcare Waste Treatment Plant telah berjaya merangkul Gold Class 2 Award (Very Good 2018 OSH Performance) di MSOSH OSH Award 2018 yang diadakan di Hotel One World, Petaling Jaya pada 1 Ogos 2019. Anugerah ini diberikan setelah mengambil kira kriteria utama anugerah seperti OSH Management Documentation, ketika Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dijalankan ke atas Healthcare Waste Treatment Plant pada 21 Mei 2019.

Majis diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada kepada syarikat dan majikan yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam pelaksanaan elemen OSH di tempat kerja. Perasmian telah dilangsungkan oleh Yang Berhormat Dato’ Mahfuz Bin Omar, Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia Malaysia, merangkap Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP).

Mewakili Medivest ketika majlis anugerah berlangsung adalah Encik Abdullah Hashim (Ketua Pegawai Kewangan), Dato’ Hj Shamsuddin Mamat (Koordinator HSS), Puan Norhaiza Mamat (Pengurus Kanan Komunikasi Korporat), Puan Maziah Mohd Som (Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Pentadbiran), Encik Nadzli Ahayalimudin (Pengurus Kanan SHE), dan kakitangan SHE dari Healthcare Waste Treatment Plant.

Sesungguhnya, kemenangan ini menjadi motivasi dan dorongan untuk Medivest terus berjaya di masa akan datang! Together we strive for excellence!

“Jika kau fikirkan kau bolehKau hampir boleh melakukan

Jika kau fikirkan ragu-raguUsahamu tidak menentu”

“Jika kau fikirkan kekalahanKau hampiri kegagalan

Jika kau fikirkan kemenanganKau hampiri kejayaan”

Page 7: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

5

MAJLIS PENUTUP DAN PENGANUGERAHAN SIJIL MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PERINGKAT NEGERI MELAKABertemakan “Workplace Accident Free Week (WAFEW)”, Majlis Penutup dan Penganugerahan Sijil Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Negeri Melaka telah diadakan pada 5 Ogos 2019 bertempat di A Famosa Resort, Alor Gajah Melaka.

Medivest yang diwakili oleh Puan Fatimah Mohamad Nor (Pengurus Wilayah Negeri Melaka), Encik Ghafar Jenal (Pengurus Fasiliti Hospital Melaka), Encik Nadzli Ahayalimudin (Pengurus Kanan SHE), Encik Tariq Fuad (Pengurus Healthcare Waste Treatment Plant) dan Cik Nurul Syifaa Mohamad (Eksekutif SHE) telah membawa

pulang Anugerah Khas WAFEW 2019 di bawah Kategori Hospitaliti. Anugerah telah diserahkan oleh Dr Rabaayah Daud, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Melaka.

Sebanyak 100 majikan dari 51 industri telah mengadiri majlis tersebut, dan tidak perlu dijelaskan lagi bahawa Medivest boleh!

Page 8: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

6

BOOKDOC - MOST ACTIVE INDIVIDUALS(July)

MAZHAN MUSTAFAR SITE: SBN AVG STEPS: 10,533

ABDUL SAMAD RAHMAT SITE: PER AVG STEPS: 8,971

MOHD AZMI SHAMSURI SITE: HSA AVG STEPS: 9,371

MOHD REDUAN AHMAD SITE: SGT AVG STEPS: 12,524

SUFIAH MANSURDIN SITE: HQO AVG STEPS: 10,044

MOHAMAD RAFIAN MOHAMAD SITE: MUR AVG STEPS: 12,823

MUHAMMAD FAIZ AHAMAD NORDIN SITE: HQO AVG STEPS: 10,532

MOHD NAZRI SULAIMAN SITE: HQO AVG STEPS: 12,479

HAMIZI ISMAIL SITE: HSI AVG STEPS: 21,267

MOHD NOR SAIFUL AHMAD SITE: SBN AVG STEPS: 12,508

PERLAWANAN FUTSAL AEROCOMMedivest telah menyertai perlawanan futsal anjuran Aerocom Sdn Bhd yang diadakan pada 27 Julai 2019 di Sports Planet Ampang, Selangor. Penyertaan kakitangan Medivest sangat bermakna kerana ianya menunjukkan komitmen terhadap daya juang, dan sekaligus dapat merapatkan hubungan korporat di antara Medivest, dan pemegang taruhnya.

Syabas dan teruskan usaha!

Page 9: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

7

PROGRAM KORBAN HARI RAYA AIDILADHABersempena dengan menyambut keberkatan hari mulia, Hari Raya Aidiladha, Medivest telah mengadakan program korban yang telah diadakan di Hospital Port Dickson, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Hospital Tangkak, Hospital Sultan Ismail, dan Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim pada 13 dan 14 Ogos 2019.

Program ini dijalankan secara gotong-royong di antara kakitangan Medivest dan juga kakitangan hospital. Daging korban dilapah, dibahagikan, dan kemudiannya diagihkan kepada golongan asnaf, fakir, kakitangan Medivest serta kakitangan hospital.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan demi mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita, disamping mencari keberkatan ibadah korban yang dijalankan, seperti Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad)kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat).

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata,dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).Sesungguhnya orang yang bencikan engkau,

dialah yang terputus (daripada mendapat sebarang perkara yang diingininya)".

(Surah Al-Kauthar, Ayat 1-3)

Page 10: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

8

Medivest mengalu-alukan Encik Abdullah Hashim sebagai Ketua Pegawai Kewangan yang baharu. Selamat datang, dan semoga berjaya CFO!

WELCOME TO MEDIVEST, CFO!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Fatimah Mohamad Nor dan Puan Nurul Niza Rahaman, masing-masing telah dilantik menjadi Pengurus Wilayah Negeri Melaka dan Pengurus Wilayah Negeri Sembilan. Kami doakan agar kedua-dua RMs baharu ini bersama-sama Encik Saiful Nizam Paiman, Pengurus Wilayah Johor terus bersemangat untuk berkhidmat demi Medivest tercinta.

RMs IN THE HOUSE!

Puan Nurul Niza Rahaman

Encik Saiful Nizam Paiman

Puan Fatimah Mohamad Nor

Page 11: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

9

Adnan IshakHospital Jempol

(JMP)

Mohd Izmir AzizanHospital Jelebu

(JLB)

Hafizul Anuar Abd MalekHospital Tuanku Ampuan

Najihah (KPL)

Mohd Fadil YaacobHospital Port Dickson

(PDX)

Muhammad Zaifulfazli ZailaniHospital Tuanku Ja’afar

Seremban(SBN)

Mohammad Hazwan Md YunusHospital Tampin

(TMP)

Nor Faaizah DarwisHospital Alor Gajah

(AGJ)

Ghafar JenalHospital Melaka

(MKA)

Kamarul Azhar A KarimHospital Sultanah Nora Ismail

(BPH)

Muhammad Hafizi Zainal Abidin

Hospital Pakar Sultanah Fatimah

(MUR)

Anas Syazwan Mohd GhazaliHospital Jasin

(JAS)

BARISAN FMs - NEGERI SEMBILAN

BARISAN FMs - MELAKA

Mohd Reduan AhmadHospital Segamat

(SGT)

Safri MaaropHospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom

(KLN)

Ahmad Zyafwan RazaliHospital Tangkak

(TGK)

BARISAN FMs - JOHOR

Mohd Nazri NawiHospital Sultanah Aminah

(HSA)

Mohamad Fakhrol Rozi Mohamad NajibHospital Sultan Ismail

(HSI)

Mohamad Hanafi KamsinHospital Kota TInggi

(KTG)

Muhammad Naquib Abdul Rahman

Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim

(KUL)

Muzammil LokmanMakmal Kesihatan

Awam Johor (MKJ)

Norfatin Naida Mohd SupaiHospital Mersing

(MER)

Khairul Azmi Mohd YakopHospital Permai

(PER)

Irnie AzizHospital Pontian

(PON)

Page 12: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

SHAPE UP!

10

LATIHAN PIPING BRAZING COPPER PIPE GAS

Sesi senam santai dan ramah mesra kakitangan ibu pejabat Medivest diadakan pada hari Jumaat setiap hujung bulan bagi mengurangkan tahap tekanan kerja, dan pada masa yang sama dapat meningkatkan fokus kakitangan terhadap tugasan yang diberikan.

Sesi senaman yang dilakukan juga mempunyai pelbagai fungsi seperti mengubah mood, meningkatkan keyakinan diri, mengubati trauma serta menjalinkan hubungan silaturahim sesama kakitangan. Sambutan hangat kakitangan menunjukkan semakin ramai yang mengambil berat mengenai kesihatan mereka dan kami berharap program seumpama ini dapat dilaksanakan secara berkala.

“Tidak seorang pun diizinkan bergerak daripada kedudukannya pada hari akhirat sehingga dia

menjawab bagaimana dia menghabiskan hidupnya, bagaimana dia gunakan pengetahuannya, dari mana dia memperoleh, ke mana dia belanjakan

hartanya, dan bagaimana dia gunakan kesihatannya”.

(Hadith Rasullullah SAW, diriwayatkan oleh At-Tirmidzi)

Latihan Piping Brazing Copper Pipe Gas Training telah diadakan pada 19 hingga 22 Mac 2019 di Bengkel Medivest Wilayah Negeri Sembilan, Seremban, dan kakitangan Medivest telah dilatih oleh tenaga pengajar dari Akademi Binaan Malaysia (ABM). Latihan ini diadakan bertujuan untuk memberi kemahiran kepada kakitangan mengenai pipe brazing, dan cara kendalian peralatan yang berkaitan.

Page 13: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

11

Kakitangan merupakan aset utama dan merupakan tunjang kepada sesebuah syarikat. Kakitangan yang mempunyai moral, dan etika kerja yang tinggi pula akan membantu dalam meningkatkan prestasi syarikat. Dalam erti kata lain, budaya kerja memainkan peranan penting dalam membentuk kakitangan yang komited dan berketerampilan di dalam pelbagai aspek, seperti yang dinyatakan oleh Harris dan Moran dalam bukunya “Managing Cultural Differences” (1991):

“Para eksekutif, dan cendekiawan benar-benar memperhatikan faktor budaya kerja yang ternyata berpengaruh

terhadap prilaku, moral atau semangat kerja, dan produktiviti kerja”.

CULTURE CAMP

Culture Camp Wilayah Melaka

Culture Camp Wilayah Negeri Sembilan

Page 14: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

12

Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran telah menganjurkan Culture Camp yang bertujuan untuk memberi penerapan nilai murni dan budaya kerja kepada kakitangan Medivest, disamping dapat mengeratkan silaturahim di antara pihak pengurusan dan kakitangan Medivest.

Program yang diadakan di tiga (3) tempat; Hotel Holiday Inn Melaka (18 dan 19 April 2019), Hotel Thistle Port Dickson (25 dan 26 April 2019) dan Pulai Springs Resorts (29 dan 30 April 2019) turut menyelitkan sesi grooming dan bengkel komunikasi berkesan, masing-masing dijalankan oleh Puan Emi Idura Che Hashim dari Top2ToeStyliesta Image Consulting dan Encik Shamsul Bahri Mohd Yusof dari Irshad HR Consulting Sdn Bhd.

Kakitangan yang menyertai Culture Camp berasa gembira disamping berterima kasih kepada pihak pengurusan kerana menjayakan program seperti ini. Diharapkan, program seumpama ini dapat diteruskan, demi mengenali kakitangan Medivest dengan lebih rapat, disamping dapat memberi time off dari kesibukan di tempat kerja.

Syabas kepada HRA Team!

Culture Camp Wilayah Johor

Page 15: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

13

-

‘ ’

Majlis Silaturahim Aidilfitri 2019 telah diadakan di Casa Lagenda Convention Centre Seremban pada 25 Jun 2019, dan Hotel Thistle Johor Bahru pada 27 Jun 2019. Ianya merupakan medium untuk kakitangan Medivest beramah mesra, merapatkan hubungan silaturahim sesama kita, dan pada masa yang sama bersama menikmati juadah raya yang dihidangkan.

Majlis ini dihadiri oleh kakitangan Medivest, wakil-wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia (kementerian, jabatan kesihatan dan hospital), wakil - wakil dari syarikat konsesi, vendor dan pemegang taruh yang lain. Majlis ini merupakan aktiviti korporat tahunan Medivest, di bawah kendalian Jabatan Komunikasi Korporat. Kemunculan artis istimewa; Dee di Seremban dan Embun JB di Johor Bahru menggamatkan lagi Majlis Silaturahim Aidilfitri 2019. Persembahan nyayian dan tarian serta special games untuk kakitangan Medivest pula merupakan sesi yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua!

MAJLIS SILATURAHIM AIDILFITRI

WILAYAH NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA Suasana sekitar majlis

Page 16: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

Antara penerima Long Service Award

14

Page 17: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

15

Page 18: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

16

WILAYAH JOHOR Suasana sekitar majlis

Page 19: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

17

Page 20: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

18

Page 21: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

19

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN: MEDIVEST VS BPKPasukan Medivest dan pasukan dari Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPK), Kementerian Kesihatan Malaysia berentap bagi merebut piala kejuaraan perlawanan bola sepak persahabatan yang buat pertama kalinya dianjurkan oleh Medivest di Institut Semarak FELDA, Bangi, Selangor pada 19 April 2019. Lebih membanggakan, apabila pasukan Medivest menjadi juara, dan Encik Asnor Assari, kakitangan Medivest dari SBN telah dipilih sebagai Most Valuable Player!

Winning is not everything, it is the only thing (Vince Lombardi). Syabas kepada pasukan Medivest!

Encik Asnor Asaari (SBN) - Most Valuable Player

Page 22: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

20

KEJOHANAN BADMINTON KSN CUPPersatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia (PPTD) telah menganjurkan Kejohanan Badminton KSN Cup 2019 pada 8 dan 9 Mac 2019 bertempat di Michael’s Badminton Academy, Puchong, Selangor. Kejohanan ini diadakan bagi mengeratkan semangat kerjasama, dan pada masa yang sama mempromosikan kolaborasi di antara sektor awam dan swasta.

Syabas buat pasukan Medivest yang berani menyahut cabaran!

LAWATAN KE KILANG AIR HANDLING UNIT (AHU)Lawatan ke kilang pembekal Air Handling Unit jenama SAIVER telah diadakan pada 4 Mac 2019 di Air-Tech Sales and Services Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor. Lawatan ini diadakan bersempena dengan Projek Retrofit Sistem Penyaman Udara Berpusat (Chiller) Di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk menyaksikan AHU yang digunakan, dimana ia telah melalui proses pembuatan, mengikut prosedur dan piawaian yang ditetapkan.

Page 23: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

21

DEMI KELANGSUNGAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATANDalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan syarikat, Medivest telah membeli tiga (3) unit ambulan. Ini sebagai salah satu cara bagi Medivest menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku, disamping dapat menjadi back up system, ketika keadaan memerlukan.

Pihak syarikat juga pada masa ini mempertimbangkan untuk membeli tiga (3) lagi unit ambulan agar mutu penyampaian perkhidmatan syarikat sentiasa berada di tahap optimum.

SMART HEALTHCARE EXPO AND SMART CITY SUMMITMedivest yang diwakili oleh Encik Muhammad Firdaus Ishak (Ketua Pegawai Operasi), Encik Muhamad Nasrul Othman (Timbalan Pengurus Besar FEMS) dan Encik Mohd Shahril Ahmad Shafandi (Pengurus Sustainability Programme) telah mengadiri Smart Healthcare Expo and Smart City Summit yang diadakan di Taipei, Taiwan dari 26 hingga 29 Mac 2019. Dengan mengadiri exkspo dan persidangan yang bertaraf dunia ini, ia diharapkan dapat menjadi pembuka kepada ruang pembelajaran, dan pendedahan kepada teknologi terkini yang boleh dipraktikan di dalam industri Perkhidmatan Sokongan Hospital (HSS).

Di dalam edisi yang akan datang, kita akan berkongsi tentang Smart Hospital dan Smart City. Stay tuned!

Page 24: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

20

Ingin tahu?

3) Paling tua: Mesir Mesir merupakan negara paling tua yang wujud di dunia kerana telah membina tamadun sejak 3,100 sebelum Masihi.

1) Paling banyak zon waktu: Perancis Dengan 12 zon waktu, Perancis mendahului senarai negara-negara yang mempunyai paling banyak zon waktu, seperti Amerika Syarikat (11) dan Rusia (9).

20 22

5) Paling banyak tasik: Kanada Kanada mempunyai bilangan tasik paling banyak di dunia iaitu sebanyak 3 juta! Malah, negara itu juga mempunyai 60% daripada semua tasik di dunia.

4) Pembekal oksigen terbesar: Rusia Rusia merupakan pembekal oksigen terbesar dunia terima kasih kepada Siberia yang mempunyai 1/4 daripada hutan di dunia. Malah, kawasan hutannya juga lebih besar daripada keluasan Amerika Syarikat.

gggggg2) Risiko kesan pemanasan global paling tinggi: Maldives Oleh kerana ketinggian di atas paras lautnya lebih tinggi sedikit daripada ketinggian seorang lelaki biasa, kepulauan Maldives akan paling terkesan jika paras lautan meningkat akibat pemanasan global.

Sumber: https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/25-fakta-pelik-tapi-menarik-negara-negara-di-dunia

Page 25: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

23

Page 26: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

24

Kami mengalu-alukan artikel, cadangan, dan maklum balas anda untuk penambahbaikkan edisi yang akan datang.

Sila emel kepada:[email protected]

Terima kasih di atas sokongan anda!

SUDOKU CHALLENGE

Pemenang yang dipilih akan menerima hadiah istimewa.Sila lengkapkan Sudoku Challenge, dan Word Search Puzzle, scan, dan emel kepada:

[email protected] selewat-selewatnya pada 20 September 2019.

Pemenang akan diumumkan di dalam edisi seterusnya. Semoga berjaya!

HADIAHISTIMEWA

DITAJA OLEH CEO

HADIAH ISTIMEWA

DITAJA OLEH KUMPULAN

PENERBITAN

Page 27: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome
Page 28: INSIGHT BIL. 1/2019 EDISI OGOS EDARAN DALAMAN AUGUST 2019 FINAL.pdf · perlawanan futsal aerocom okdoc-most active individuals (july) program korban hari raya aidiladha staf welcome

Sidebar Story Headline Sidebars complement a

main article. Use them

when you want to keep

your main articles direct

and information packed,

but you still want to share

extra or supplementary

content.

For example, if your main

story is about your new

building plans, consider

using the sidebar to talk

about the history of the

land plot, or to tell a story

of your first encounter

with the property.

Photo Caption

Another Story Headline Your headline is an important part of the newsletter and should be considered

carefully.

In a few words, it should accurately represent the contents of the story and draw

readers into the story. Develop the headline before you write the story. This way,

the headline will help you keep the story focused. Examples of possible headlines

include Selling Your Home and New Office Opens Near You.

If you have to break a headline into two rows, try to find a natural break in the con-

tent. Each line should stand alone so that your readers can easily understand

what is in the story even while skimming.

Newspaper editors consider headline writing like poetry. How can you get the

reader’s attention and draw them into the story in only a few words?

Meanwhile, you don’t want to give too much away, or the reader doesn’t even

have to read the story to understand the content.

#ikhlasdarihati

Jabatan Komunikasi Korporat

Medivest Sdn Bhd (224192-H) Suite 13.01, Penthouse, Wisma E&C

No. 2, Lorong Dungun Kiri Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur T: +603-2092 1000 F: +603-2092 5000