anduan am untuk pelancong - customs.gov.sg/media/cus/files/individuals/14031... · • membuat...

16
PANDUAN KASTAM UNTUK PELANCONG SINGAPORE CUSTOMS

Upload: vannhu

Post on 20-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANDUAN AM UNTUK PELANCONG - customs.gov.sg/media/cus/files/individuals/14031... · • Membuat pengisytiharan palsu pada permohonan bayaran balik kepada Kastam Singapura; dan •

PANDUAN

KASTAM UNTUK

PELANCONG

SINGAPORE CUSTOMS

Page 2: ANDUAN AM UNTUK PELANCONG - customs.gov.sg/media/cus/files/individuals/14031... · • Membuat pengisytiharan palsu pada permohonan bayaran balik kepada Kastam Singapura; dan •

Kepada semua Pelancong yang tiba di Singapura, kami mengalu-alukan kedatangan anda dan berharap anda mendapat pengalaman yang indah sewaktu di sini.

SELAMAT DATANG KE SINGAPURA.

SELAMAT PULANG.Kepada warga dan penduduk Singapura,

Page 3: ANDUAN AM UNTUK PELANCONG - customs.gov.sg/media/cus/files/individuals/14031... · • Membuat pengisytiharan palsu pada permohonan bayaran balik kepada Kastam Singapura; dan •

Laluan Merah Dan Laluan Hijau

Kelegaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST)

Konsesi Minuman Keras Bebas Duti

Barangan Berduti

Barangan Terkawal Dan Terlarang

Kios Pembayaran Cukai Kastam

Peraturan Tiga Suku Tangki

Skim Bayaran Balik Untuk Pelancong (TRS)

KANDUNGAN

4

5

6

7

8

9

10

11

Page 4: ANDUAN AM UNTUK PELANCONG - customs.gov.sg/media/cus/files/individuals/14031... · • Membuat pengisytiharan palsu pada permohonan bayaran balik kepada Kastam Singapura; dan •

Risalah ini mengandungi maklumat umum mengenai formaliti dan prosedur pemeriksaan Kastam.

Sistem Laluan Merah dan Laluan Hijau di semua pintu masuk diadakan untuk mencepatkan pemeriksaan oleh pihak Kastam.

Jika anda tiba dengan kereta, anda akan nampak tanda-tanda berarah Laluan Merah dan Laluan Hijau di sepanjang jalan selepas pemeriksaan imigresen. Para penumpang kapal terbang, kapal laut, bas dan kereta api akan nampak tanda arah Laluan Merah dan Laluan Hijau di atas kaunter-kaunter pemeriksaan di balai ketibaan setiap pusat pemeriksaan.

TIADA APA-APA YANG HENDAK DIISYTIHARKAN

BARANGAN YANG HENDAK DIISYTIHARKAN

Sila pergi terus ke LALUAN HIJAU jika tidak ada apa-apa yang hendak anda isytiharkan. Pegawai Kastam masih boleh melakukan pemeriksaan rambang di LALUAN HIJAU. Jika anda kurang pasti, pergi ke LALUAN MERAH untuk mendapatkan bantuan.

Pergi terus ke LALUAN MERAH dan isytiharkan kepada pegawai pemeriksa jika anda membawa:

• Barangan berduti atau bercukai yang melebihi konsesi bebas duti atau kelegaan GST anda

• Barangan yang terkawal atau terbatas• Barangan terlarangKemukakan barangan terkawal berserta permit import atau borang pengesahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan, jika ada.

PANDUAN KASTAM

UNTUK PELANCONG

LALUAN MERAH DAN LALUAN HIJAU

4

Page 5: ANDUAN AM UNTUK PELANCONG - customs.gov.sg/media/cus/files/individuals/14031... · • Membuat pengisytiharan palsu pada permohonan bayaran balik kepada Kastam Singapura; dan •

Semua barangan yang diimport ke Singapura tertakluk

kepada Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST).

Jika anda pelancong bona fide yang BUKAN:

1. Anak kapal; atau

2. Pemegang permit kerja, pas pekerjaan, pas pelajar, pas tanggungan atau pas jangka panjang yang diluluskan oleh Pemerintah Singapura;

Anda akan diberi kelegaan GST bagi barangan baru,

cenderamata, hadiah dan makanan siap (kecuali minuman

keras yang memabukkan serta keluaran tembakau dan

petroleum) setakat nilai barangan yang berikut:

Tempoh Berada Di Luar Singapura Nilai Barangan

48 jam ke atas $600

Kurang daripada 48 jam $150

Do take note that you will have to pay GST on goods exceeding your GST relief. Travellers should produce the invoices or receipts of their overseas purchases to facilitate the computation of

tax payable.

KELEGAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)

5

Harap maklum bahawa anda akan dikenakan GST bagi barangan yang melebihi kelegaan GST anda. Para pelancong harus mengemukakan invois atau resit bagi barangan yang dibeli di luar negeri untuk

memudahkan pengiraan cukai yang perlu dibayar.

Page 6: ANDUAN AM UNTUK PELANCONG - customs.gov.sg/media/cus/files/individuals/14031... · • Membuat pengisytiharan palsu pada permohonan bayaran balik kepada Kastam Singapura; dan •

Pilihan-pilihan ini juga merangkumi minuman keras seperti

• D.O.M.

• Yomeishu

• Samsoo

• Sake (wain beras)

• Minuman ringan yang mengandungi alkohol, seperti Shandy.

Anak kapal bona fide diberi

konsesi bebas duti bagi

0.25 liter arak, dan sama

ada 1 liter wain ataupun

1 liter bir.

Pilian Arak Wain Bir

A 1 Liter 1 Liter 1 Liter

B - 2 Liter 1 Liter

C - 1 Liter 2 Liter

KONSESI BEBAS DUTI BAGI MINUMAN KERAS

Para pelancong bona fide berhak mendapat konsesi bebas duti bagi minuman keras jika semua syarat yang berikut dipenuhi:

a) Berumur 18 tahun ke atas;

b) Berada di luar Singapura selama 48 jam atau lebih sebelum tiba di sini;

c) Tidak tiba dari Malaysia; dan

d) Minuman keras yang dibawa masuk itu adalah untuk kegunaan sendiri dan bukan barangan import yang dilarang memasuki Singapura.

Anda akan diberi salah satu pilihan konsesi bebas duti yang berikut bagi minuman keras:

6

Harap maklum bahawa konsesi bebas duti atau kelegaan GST diberikan bagi barangan yang dibawa masuk untuk kegunaan anda sendiri sahaja. Menjual atau menghadiahkannya adalah satu kesalahan. Duti dan GST juga mesti dibayar bagi barangan yang dibawa masuk untuk tujuan perdagangan, komersial atau perniagaan, dan barangan yang dibawa bagi pihak orang lain. Anda hanya boleh membawa masuk barangan tersebut ke Singapura setelah membayar Duti dan GST.

Page 7: ANDUAN AM UNTUK PELANCONG - customs.gov.sg/media/cus/files/individuals/14031... · • Membuat pengisytiharan palsu pada permohonan bayaran balik kepada Kastam Singapura; dan •

BARANGAN BERDUTI

Minuman keras yang memabukkan, termasuk arak, wain, bir, ale, stout dan port

Keluaran tembakau seperti rokok (termasuklah yang bertanda “SDPC” dan jalur-jalur menegak) dan cerut

Spirit Permotoran

Minuman ringan dengan kandungan alkohol yang

melebih 0.5% isi padu akan dikenakan duti. Ini

termasuklah minuman seperti Shandy, minuman beralkohol

di dalam botol, minuman keras untuk kegunaan kesihatan

dan masakan, D.O.M., Yomeishu, samsu dan sake (wain

beras).

7

Harap maklum bahawa konsesi Bebas Duti tidak diberikan bagi semua keluaran tembakau, termasuklah rokok yang bertanda SDPC dan jalur-jalur menegak. Menuju ke LALUAN HIJAU dengan membawa barangan yang melebihi konsesi bebas duti dan kelegaan GST anda adalah satu kesalahan.

Page 8: ANDUAN AM UNTUK PELANCONG - customs.gov.sg/media/cus/files/individuals/14031... · • Membuat pengisytiharan palsu pada permohonan bayaran balik kepada Kastam Singapura; dan •

8

Barangan yang TIDAK boleh dibawa masuk ke Singapura

merangkumi (tetapi tidak terbatas kepada):

BARANGAN TERLARANG

Sebelum barangan terkawal boleh diimport ke Singapura, permit import atau borang pengesahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berwibawa dan berkenaan perlu dan harus dikemukakan di kaunter Laluan Merah untuk diluluskan. Senarai barangan ini merangkumi (tetapi tidak terbatas kepada):

Kelengkapan telekomunikasi dan

radio;

Senjata dan bahan letupan;

Gari dan cota;

Ubat-ubatan dan produk-produk farmaseutikal;

CD, DVD, filem dan permainan video; dan

Haiwan, burung, ikan, tumbuhan dan hasil-hasil

sampingannya.

BARANGAN TERKAWAL

Dadah terkawal dan bahan-bahan psikotropik;Gula-gula getah;

GUM

Mercun;

Pemetik api berbentuk pistol;

Spesies hidupan liar yang terancam dan hasil

sampingannya;

Bahan-bahan yang bersifat menghasut dan menderhaka;

Rencana, terbitan, pita video/cakera padat dan

perisian yang lucah;

Keluaran semula terbitan, pita video, cakera padat

video, cakera padat laser, piring hitam atau kaset yang berhak cipta; dan

Tembakau gunyah dan produk tembakau tiruan

seperti shisha dan e-rokok yang tidak mengandungi

tembakau.

Page 9: ANDUAN AM UNTUK PELANCONG - customs.gov.sg/media/cus/files/individuals/14031... · • Membuat pengisytiharan palsu pada permohonan bayaran balik kepada Kastam Singapura; dan •

KIOS PEMBAYARAN CUKAI KASTAM

Di Kios Pembayaran Cukai Kastam, anda boleh mengisytiharkan barangan anda yang berduti atau bercukai dan membayar duti dan GST yang dikenakan secara elektronik dan tidak perlu berkunjung ke Pejabat Cukai Kastam.

Perkhidmatan isytihar sendiri dan mekanisme e-bayaran adalah selamat dan mudah digunakan. Taipkan maklumat yang diperlukan mengenai belian anda dan sistem tersebut akan menghitung duti dan GST yang perlu dibayar secara automatik setelah menolak kelegaan cukai GST anda.

Bayaran boleh dibuat melalui kad Visa, MasterCard atau NETS.

Simpan resit pembayaran yang dikeluarkan oleh Kios tersebut untuk diperiksa oleh pegawai ICA apabila anda keluar dari pusat pemeriksaan.

PERMIT KASTAM

Permit Kastam diperlukan jika anda membawa masuk barangan yang berikut:

• lebih daripada 0.4 kilogram rokok atau keluaran

tembakau lain;

• produk minuman keras yang melebihi 10 liter;

• petroleum yang melebihi 10 liter di dalam bekas

tambahan kenderaan bermotor;

• logam berharga pelaburan yang melebihi 0.5

kilogram untuk kegunaan sendiri;

• barangan untuk kegunaan perdagangan, komersial

atau perniagaan, jika Cukai Barangan Dan

Perkhidmatan (GST) baginya melebihi $300; atau

• barangan yang jelas bertanda sebagai sampel

dagangan (kecuali minuman keras dan hasil

tembakau) yang melebihi $400 nilainya.

9

Page 10: ANDUAN AM UNTUK PELANCONG - customs.gov.sg/media/cus/files/individuals/14031... · • Membuat pengisytiharan palsu pada permohonan bayaran balik kepada Kastam Singapura; dan •

10

SINGAPORE CARS PLEASE TOP UP

TO 3/4 TANK

E F

Harap maklum bahawa tangki petrol kenderaan bermotor Singapura mesti ¾ penuh sewaktu meninggalkan Singapura.

Kenderaan bermotor hibrid dan kenderaan yang menggunakan Gas Asli Mampat yang mempunyai tangki petrol juga tertakluk kepada peraturan ¾ tangki ini.

PERATURAN TIGA SUKU TANGKI

Harap maklum bahawa ketidakpatuhan kepada peraturan ¾ tangki ini adalah satu kesalahan. Setelah menyelesaikannya, anda perlu berpatah balik untuk mengisi tangki petrol anda jika anda ingin meneruskan perjalanan.

1. Jangan bawa barangan bagi pihak orang lain kerana anda akan dibabitkan jika barangan itu atau kandungan barangan itu terlarang, terkawal, terbatas atau bercukai.

2. Jangan lupa lakukan pengisytiharan yang benar dan lengkap kerana pengisytiharan yang tidak tepat adalah satu kesalahan undang-undang yang boleh didenda sehingga $10,000.

3. Di bawah undang-undang, anda dikehendaki membenarkan bagasi anda diperiksa dan anda bertanggungjawab mengeluarkan dan memasukkan semula kandungannya.

4. Harap maklum bahawa pengedaran dadah adalah kesalahan yang serius di Singapura dan pengedar dadah boleh dihukum mati di bawah undang-undang Singapura.

CATATAN PENTING

Page 11: ANDUAN AM UNTUK PELANCONG - customs.gov.sg/media/cus/files/individuals/14031... · • Membuat pengisytiharan palsu pada permohonan bayaran balik kepada Kastam Singapura; dan •

11

SKIM BAYAR BALIK UNTUK PELANCONG

Sebagai pelawat ke Singapura, anda boleh menuntut Bayaran Balik GST di bawah Skim Bayaran Balik Untuk Pelancong bagi barangan yang dibeli daripada para peruncit yang turut serta jika anda menepati syarat-syarat yang berikut:

• Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada waktu pembelian;

• Bukan warga Singapura atau penduduk tetap di Singapura;

• Berada di Singapura tidak melebihi 365 hari dalam tempoh 24 bulan sebelum tarikh pembelian;

• Tidak bekerja di Singapura dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh pembelian;

• Bukan anak kapal pesawat udara yang anda naiki untuk keluar dari Singapura;

• Mestilah membawa barang tersebut keluar dari Singapura melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Lapangan Terbang Seletar, Pusat Pelayaran Singapura di Harbourfront atau Pusat Pelayaran Teluk Marina Singapura di Marina South dalam tempoh 2 bulan dari tarikh pembelian;

• Mesti berbelanja sekurang-kurangnya $100 (termasuk GST). Anda boleh mengutip setakat 3 invois/resit bagi pembelian pada hari yang sama daripada peruncit yang mempunyai nombor pendaftaran GST yang sama untuk menepati jumlah minimum pembelian; dan

• Mesti keluar bersama-sama barangan tersebut dalam masa 12 jam selepas mendapatkan kelulusan bagi bayaran balik GST anda.

Bayar

Balik

$

Page 12: ANDUAN AM UNTUK PELANCONG - customs.gov.sg/media/cus/files/individuals/14031... · • Membuat pengisytiharan palsu pada permohonan bayaran balik kepada Kastam Singapura; dan •

12

Jika anda pelawat yang memegang pas pelajar, anda boleh menuntut bayaran balik GST di bawah Skim Bayaran Balik Untuk Pelancong, sebagai tambahan pada semua syarat yang tertera di atas dan syarat-syarat lain yang dinyatakan di sini, hanya jika:

• Anda telah membeli barangan tersebut dalam tempoh 4 bulan sebelum tarikh tamat tempoh pas pelajar anda; dan

• Anda berhasrat meninggalkan Singapura dan terus berada di luar Singapura selama tempoh sekurang-kurangnya 12 bulan.

Student Pass

XXXX XXXX XXXX XXXXXX XXXXXXX

Jika anda berlepas dengan menaiki pelayaran antarabangsa (kecuali pelayaran tanpa hala tuju, pelayaran pergi balik dan feri sekawasan) dari terminal

pelayaran, anda mestilah:

• Mengisytiharkan bahawa Singapura adalah titik keluar anda dan bahawa anda tidak akan kembali ke Singapura menaiki pelayaran yang sama dengan menggunakan itinerari pelayaran anda sebagai bukti keberangkatan anda; dan

• Berjanji bahawa anda tidak akan kembali ke Singapura dalam masa 48 jam.

Page 13: ANDUAN AM UNTUK PELANCONG - customs.gov.sg/media/cus/files/individuals/14031... · • Membuat pengisytiharan palsu pada permohonan bayaran balik kepada Kastam Singapura; dan •

Pergi ke kios layan diri eTRS untuk memohon bayaran balik GST anda dengan menggunakan tiket elektronik Skim Bayaran Balik Untuk Pelancong (eTRS) yang dikeluarkan oleh peruncit.

Jika pemeriksaan sebenar barangan tersebut diwajibkan seperti yang dinyatakan oleh kios layan diri eTRS itu, anda perlulah mengemukakan barang-barang yang berikut ini sendiri di Kaunter Pemeriksaan Kastam: 1) Barangan yang anda beli; 2) Invois/resit asal yang dikeluarkan oleh peruncit

yang jelas menunjukkan harga, jenis barangan, nombor siri (jika ada);

3) Pasport dan pas naik pesawat atau tiket penerbangan/itinerari pelayaran yang telah diakui; dan

4) Tiket e-TRS.

CARA MENUNTUT BAYARAN BALIK GST

Harap maklum bahawa Kastam Singapura tidak boleh memproses permohonan bayaran balik anda jika anda tidak menepati mana-mana kriteria atau syarat yang dinyatakan.

13

Page 14: ANDUAN AM UNTUK PELANCONG - customs.gov.sg/media/cus/files/individuals/14031... · • Membuat pengisytiharan palsu pada permohonan bayaran balik kepada Kastam Singapura; dan •

14

Kios eTRS dan Kaunter Pemeriksaan Kastam bertempat di:

• Terminal 1, 2 dan 3 Lapangan Terbang Changi, Pusat Pelayaran Singapura dan Pusat Pelayaran Teluk Marina; dan

• Pejabat duti ICA di Lapangan Terbang Seletar.

Barangan yang anda perlu untuk daftar masuk ke dalan pesawat hendaklah ditunjukkan di Kaunter Pemeriksaan Kastam di Balai Berlepas (sebelum tempat pemeriksaan imigresen) sebelum mendaftar masuk.

Barangan yang ingin anda bawa sebagai bagasi tangan hendaklah ditunjukkan di Kaunter Pemeriksaan Kastam di Kawasan Transit (selepas pemeriksaan imigresen).

TEMPAT MENDAPATKAN PENGESAHAN KASTAM

PERINGATANPastikan anda tiba awal di

lapangan terbang atau terminal

pelayaran supaya pihak Kastam

Singapura sempat memeriksa

barangan anda dan menyemak

tuntutan anda.

Page 15: ANDUAN AM UNTUK PELANCONG - customs.gov.sg/media/cus/files/individuals/14031... · • Membuat pengisytiharan palsu pada permohonan bayaran balik kepada Kastam Singapura; dan •

Sikap Saling Menghormati antara semua pihak

Hak AndaSebagai pengembara, anda berhak mengharapkan

layanan yang bersopan, adil dan berintegriti oleh para pegawai kami.

Hak KamiPara pegawai kami dikehendaki menjalankan tugas

mereka dengan kerjasama dan sokongan orang awam. Kami memohon kerjasama anda.

15

Kastam Singapura tidak mengeluarkan tiket eTRS

mahupun memproses bayaran balik wang.

Bayaran balik tidak dibenarkan bagi: (a) Barangan yang digunakan sebahagiannya atau

seluruhnya di Singapura; (b) Barangan yang dieksport untuk tujuan perniagaan

atau komersial; (c) Barangan yang dieksport sebagai muatan; (d) Penginapan di hotel, hostel, rumah tumpangan atau

tempat kediaman yang serupa; dan (e) Barangan yang tidak ditunjukkan untuk permeriksaan.

Harap maklum bahawa perbuatan yang berikut adalah kesalahan yang serius dan pelakunya akan didenda dan mungkin dipenjarakan: • Membuat pengisytiharan palsu pada permohonan

bayaran balik kepada Kastam Singapura; dan • Membawa barangan keluar dari Balai Berlepas atau

memberikan barangan kepada orang lain selepas permohonan bayaran balik diluluskan oleh Kastam Singapura.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai Skim Bayaran Balik Untuk Pelancong, sila hubungi:

Penguasa Hasil Dalam Negeri Singapura

Telefon: (+65) 6356 8633E-mel: [email protected]

CATATAN PENTING

Page 16: ANDUAN AM UNTUK PELANCONG - customs.gov.sg/media/cus/files/individuals/14031... · • Membuat pengisytiharan palsu pada permohonan bayaran balik kepada Kastam Singapura; dan •

Maklumat ini tepat setakat Julai 2014

Anda juga boleh mengunjungi laman web kami dengan menggunakan kod QR di bawah ini.

Risalah ini dimaksudkan sebagai panduan dan tidak mengandungi senarai lengkap prosedur dan keperluan

kastam. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, layarilah laman web kami, iaitu www.customs.gov.sg

Kastam Singapura

Nombor Pusat Panggilan: (+65) 6355 2000

Faks: 62508663

Faks: [email protected]

Alamat: 55 Newton Road, #10-01, Revenue House, Singapore 307987