inkuiri pengesahan

Upload: emmie-coleta-a-j

Post on 03-Mar-2016

21 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

INKUIRI PENGESAHAN

TRANSCRIPT

INKUIRI PENGESAHANLaporan Eksperimen

Tujuan: Menentukan haba peneutralan di antara asid kuat dan asid lemah dengan larutan natrium hidroksida.Pernyataan masalah: adakah haba peneutralan di antara asid kuat dengan alkali kuat lebih tinggi daripada haba peneutralan di antara asid lemah dengan alkali kuat? Hipotesis: Haba peneutralan di antara asid kuat dengan alkali kuat adalah lebih tinggi daripada haba peneutralan di antara asid lemah dengan alkali kuat.Pemboleh ubaha. Manipulasi: asid hidroklorik dan asid etanoikb. Bergerak balas: haba peneutralanc. Dimalarkan: isipadu dan kepekatan larutan natrium hidroksidaProsedur eksperimen:1. 50 cm3 larutan natrium hidroksida 1.0 mol dm-3 disukat dengan menggunakan silinder penyukat dan dituang ke dalam cawan polisterina.2. Suhu awal larutan dicatat dengan menggunakan termometer.3. 50 cm-3 asid hidroklorik 1.0 mol dm-3 disukat dengan menggunakan silinder penyukat yang lain dan diambil bacaan suhu awal dengan menggunakan termometer.4. Larutan asid hidroklorik dituang dengan cepat ke dalam larutan natrium hidroksida dalam cawan polisterina.5. Campuran dikacau dengan menggunakan termometer dan suhu tertinggi yang dicapai dicatatkan.6. Langkah 1 hingga 5 diulang dengan menggantikan asid hidroklorik 1.0 mol dm-3 dengan asid etanoik 1.0 mol dm-3.

Penjadualan Data:SuhuEksperimen 1: asid hidroklorik (asid kuat)Eksperimen 2: asid etanoik (asid lemah)

Suhu awal larutan natrium hidroksida, oC30.030.0

Suhu awal asid, oC30.030.0

Purata suhu awal larutan,oC30.030.0

Suhu tertinggi campuran larutan,oC37.036.0

Kenaikan suhu, oC37.0 30.0 = 7.036.0 30.0 = 6.0

Analisis data:Asid Asid hidroklorikAsid etanoik

Haba yang dibebaska dalam eksperimenH=mc=(25+25)(4.2)(7)=1470 JH=mc=(25+25)(4.2)(6)=1260 J

Bilangan mol asid yang dineutralkann = MV/1000=(1)(25)/1000=0.025 moln = MV/1000=(1)(25)/1000=0.025 mol

Haba peneutralanApabila 0.025 mol asid hidroklorik dineutralkan, 1470 J haba dibebaskan.

Jika 1 mol asid hidroklorik dineutralkan, haba yang terbebas ialah(1470)J/(0.0025)mol=58800 Jmol-1=-58.8 kJmol-1Apabila 0.025 mol asid etanoik dineutralkan, 1260J haba dibebaskan.

Jika 1 mol asid etanoik dineutralkan, haba yang terbebas ialah(1260)J / (0.025)mol=50400 Jmol-1=-50.4 kJmol-1

Tindak balas peneutralan ialah tindak balas eksotermik kerana bekas menjadi panas dan termometer menunjukkan kenaikan suhu.

Kesimpulan:- Haba peneutralan di antara asid hidroklorik dengan natrium hidroksida adalah lebih tinggi daripada haba peneutralan di antara asid etanoik dengan natrium hidroksida.- Haba peneutralan bagi asid hidroklorik dengan natrium hidroksida ialah -58.8 kJmol-1.- Haba peneutralan bagi asid etanoik dengan natrium hidroksida ialah -50.4 kJmol-1.-Hipotesis diterima

Soalan

1. Haba peneutralan ialah perubahan suhu larutan campuran antara asid dan alkali pada akhir eksperimen.2. H+ (ak) + OH- (ak) H2O (ce)3. Bilangan mol NaOH, n = MV / 1000= 1 (25) / 1000= 0.025 mol4. Asid Asid hidroklorikAsid etanoik

Haba yang dibebaska dalam eksperimenH=mc=(25+25)(4.2)(7)=1470 JH=mc=(25+25)(4.2)(6)=1260 J

Bilangan mol asid yang dineutralkann = MV/1000=(1)(25)/1000=0.025 moln = MV/1000=(1)(25)/1000=0.025 mol

Haba peneutralanApabila 0.025 mol asid hidroklorik dineutralkan, 1470 J haba dibebaskan.

Jika 1 mol asid hidroklorik dineutralkan, haba yang terbebas ialah(1470)J/(0.0025)mol=58800 Jmol-1=-58.8 kJmol-1Apabila 0.025 mol asid etanoik dineutralkan, 1260J haba dibebaskan.

Jika 1 mol asid etanoik dineutralkan, haba yang terbebas ialah(1260)J / (0.025)mol=50400 Jmol-1=-50.4 kJmol-1

Asid hidroklorik adalah asid kuat. Ia mengion penuh dalam air menghasilkan ion hidrogen yang kemudian dineutralkan oleh ion hidroksida membentuk air.H+ (ak) + OH- (ak) H2O (ce)H= -58.8 kJmol-1

Asid etanoik adalah asid lemah. Ia mengion separa dalam air menghasilkan sedikit ion hidrogen. Tenaga diperlukan untuk mengion asid etanoik yang belum terion. Oleh sebab itu haba peneutralannya lebih rendah.H+ (ak) + OH- (ak) H2O (ce)H= -50.4 kJmol-1

5. Gambar aras tenaga bagi tindak balas peneutralan antara asid dengan alkali

HCl (ak)+ NaOH (ak)

H= -58.8 kJmol-1

NaCl(ak) + H2O (ce)

CH3COOH (ak)+ NaOH (ak)

H= -50.4 kJmol-1CH3COONa (ak)+ H2O(ce)

6. Jika eksperimen diulang dengan menggunakan cawan polisterina yang lebih besar, kenaikan suhu adalah rendah. Hal ini kerana cawan polisterina yang besar mempunyai luas permukaan yang terdedah lebih besar. Jadi haba lebih banyak terbebas ke persekitaran menyebabkan kenaikan suhu adalah rendah.

7. Suhu semakin meningkat. Apabila s