info sihat - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/user_18/2015/info_sihat_02-2015.pdf ·...

2
WADAH MAKLUMAT KESIHATAN ANDA INFO SIHAT Oleh : En Mohamad Mustaqim B Shukri Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya: Ruam - kerengsaan kulit yang disebabkan oleh peluh berlebihan semasa panas, cuaca lembap. Ia boleh berlaku pada sebarang usia tetapi biasanya pada kanak-kanak. Ruam kelihatan seperti kelompok merah jerawat atau lepuh kecil. Kekejangan kekejangan otot yang menyakitkan dibahagian tangan, kaki atau abdomen akibat daripada seseorang melakukan aktiviti berat pada musim panas.suhu badan biasanya normal dan kulit akan berasa lembap dan sejuk tetapi berpeluh. Pengsan - seseorang yang pengsan secara tiba-tiba selepas terdedah kepda suhu yang tinggi, terutamanya selepas bersenam atau melakukan aktiviti pada musim panas. Kulit pucat dan berpeluh tetapi masih sejuk, nadi lemah dan kadar denyutan jantung cepat. Keletihan - amaran oleh badan bahaya apabila terdedah kepada cuaca panas.seseorang akan keletihan dahaga, pening, lemah dan berpeluh dengan banyak.suhu badan normal, kadar denyutan jantung tinggi dan kulit biasanya sejuk lembap dan dingin. Strok haba - keadaan yang boleh mengancam nyawa berlaku apabila badan telah kehilangan keupayaan untuk mengawal suhu badan yang menyebabkan suhu badan melebihi 40 0 C dan boleh mengakibatkan koma kepada mangsa Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko: Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar sepertiburuh, peladang,ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain. Mereka yang berusiaKanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Penghidap penyakit sistem pernafasan. Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid. Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada peluh. DITERBITKAN OLEH : BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN Aras 26, 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya 03-88913301 [email protected] BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN TOPIK BULAN INI EDISI : FEB 2015 CUACA PANAS SIDANG REDAKSI PENASIHAT : DATIN MAZIAH BINTI ADNAN Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan IR. ZAINAL ABIDIN SA’IDUN Timb. Ketua Pengarah (T) Jabatan Kerajaan Tempatan PENYELARAS : DR. HASNAH BIBON TN. HJ. SUHAILI SIRUN TN. HJ. ROSNANI AB HAMID EN. PETER NGALANG KETUA EDITOR : CIK NADYA SURIA BINTI MOHAMAD SALLEH EDITOR : EN. MOHAMAD MUSTAQIM BIN SHUKRI EN. MUHAMMAD IZZAT BIN MOHAMED SEKRETARIAT ; EN. AHMAD FAISAL BIN AWANG SOFA PN. NORMAZAYA BINTI ISHAK PN. TUAN ROSMA SULIA BINTI TUAN RASID

Upload: phamkhuong

Post on 27-Feb-2018

269 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

Page 1: INFO SIHAT - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/user_18/2015/info_sihat_02-2015.pdf · semasa panas, cuaca lembap. ... nadi lemah dan kadar denyutan jantung cepat. ... Penghidap

WADAH MAKLUMAT KESIHATAN ANDA

INFO SIHAT

Oleh : En Mohamad Mustaqim B Shukri

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya:

Ruam - kerengsaan kulit yang disebabkan oleh peluh berlebihan semasa panas, cuaca lembap. Ia boleh berlaku pada sebarang usia tetapi biasanya pada kanak-kanak. Ruam kelihatan seperti kelompok merah jerawat atau lepuh kecil.

Kekejangan – kekejangan otot yang menyakitkan dibahagian tangan, kaki atau abdomen akibat daripada seseorang melakukan aktiviti berat pada musim panas.suhu badan biasanya normal dan kulit akan berasa lembap dan sejuk tetapi berpeluh.

Pengsan - seseorang yang pengsan secara tiba-tiba selepas terdedah kepda suhu yang tinggi, terutamanya selepas bersenam atau melakukan aktiviti pada musim panas. Kulit pucat dan berpeluh tetapi masih sejuk, nadi lemah dan kadar denyutan jantung cepat.

Keletihan - amaran oleh badan bahaya apabila terdedah kepada cuaca panas.seseorang akan keletihan dahaga, pening, lemah dan berpeluh dengan banyak.suhu badan normal, kadar denyutan jantung tinggi dan kulit biasanya sejuk lembap dan dingin.

Strok haba - keadaan yang boleh mengancam nyawa berlaku apabila badan telah kehilangan keupayaan untuk mengawal suhu badan yang menyebabkan suhu badan melebihi 40 0C dan boleh mengakibatkan koma kepada mangsa

Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar sepertiburuh, peladang,ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.

Mereka yang berusiaKanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.

Penghidap penyakit sistem pernafasan.

Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada peluh.

DITERBITKAN OLEH :

BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN Aras 26, 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya 03-88913301 [email protected]

BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN

TOPIK BULAN INI

EDISI : FEB 2015

CUACA PANAS

SIDANG REDAKSI

PENASIHAT : DATIN MAZIAH BINTI ADNAN Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan IR. ZAINAL ABIDIN SA’IDUN Timb. Ketua Pengarah (T) Jabatan Kerajaan Tempatan PENYELARAS : DR. HASNAH BIBON

TN. HJ. SUHAILI SIRUN

TN. HJ. ROSNANI AB HAMID

EN. PETER NGALANG

KETUA EDITOR : CIK NADYA SURIA BINTI MOHAMAD SALLEH EDITOR : EN. MOHAMAD MUSTAQIM

BIN SHUKRI

EN. MUHAMMAD IZZAT BIN

MOHAMED

SEKRETARIAT ; EN. AHMAD FAISAL BIN

AWANG SOFA

PN. NORMAZAYA BINTI

ISHAK

PN. TUAN ROSMA SULIA

BINTI TUAN RASID

Page 2: INFO SIHAT - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/user_18/2015/info_sihat_02-2015.pdf · semasa panas, cuaca lembap. ... nadi lemah dan kadar denyutan jantung cepat. ... Penghidap

TAHUKAH ANDA ?

INFORMASI Cara mencegah dan mengurangkan kesan cuaca panas

terhadap kesihatan

Oleh : Tuan Haji Abd. Hamid bin Osman

Anda Perlu :

Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.

Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan

Hadkan aktiviti luar

Kerap berehat

Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda

Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.

Pakai topi atau payung yang besar

Elakkan: Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau

kandungan gula yang tinggi.

Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.

Bersenam/mengadakan aktiviti dalam cuaca panas