info herba sumber laman web jabatan perhutanan perlis

12
Sumber : Laman web Jabatan Perhutanan Perlis http://perlisforestry.gov.my/index.php Pengenalan Rimba Herba Ditubuhkan pada tahun 1998 dengan keluasan 12 hektar, Rimba Herba berfungsi untuk menempatkan koleksi tumbuh-tumbuhan ubatan yang digunakan oleh penduduk setempat khasnya dan tumbuhan ubatan lain amnya. Ianya juga boleh dijadikan sebuah "muzium" tumbuhan ubatan di mana taman ini dibuka kepada pelawat seluruh negara yang ingin mengenali dan mengetahui jenis dan kegunaan tumbuh-tumbuhan ini. Koleksi tumbuhan yang terdapat di sini terdiri dari tumbuhan liar yang sedia ada di taman ini (in-situ), tumbuh- tumbuhan yang didatangkan dari tempat lain (ex-situ) dan tumbuhan ubatan yang berasal dari negara lain yang telah lama diperkenalkan di negeri ini. Sehingga kini, koleksi Rimba Herba telah menjangkau lebih 700 spesis. Di antara tumbuhan ubatan terkenal yang terdapat di sini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Halia, Serai, Mengkudu, Selasih, Kayu Manis dan lain-lain lagi. Perlis merupakan sebuah negeri yang terletak paling utara di Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan negara Thailand di bahagian barat lautnya. Dengan keluasan 81,086ha, ia adalah sebuah negeri terkecil di Malaysia dan merupakan sebuah negeri pertanian berdasarkan kepada kawasan pertanian dan jumlah tenaga pekerja dalam bidang ini. Sesetengah tumbuhan di sini merupakan tanaman yang lazimnya ditemui di sekeliling rumah seperti Bunga Raya, Bunga Tahi ayam, Senduduk, Pokok Kapal Terbang, Sireh, Kesom, Pinang dan Pisang. Ianya dipamerkan disini untuk memberi kefahaman kepada pelawat terhadap nilai sebenar tumbuh-tumbuhan ubatan kepada manusia.

Upload: cikgu-diana

Post on 02-Feb-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Info Herba

TRANSCRIPT

Page 1: Info Herba Sumber Laman Web Jabatan Perhutanan Perlis

Sumber : Laman web Jabatan Perhutanan Perlis

http://perlisforestry.gov.my/index.php

Pengenalan Rimba Herba

Ditubuhkan pada tahun 1998 dengan keluasan 12 hektar, Rimba Herba berfungsi untuk menempatkan koleksi tumbuh-tumbuhan ubatan yang digunakan oleh penduduk setempat khasnya dan tumbuhan ubatan lain amnya. Ianya juga boleh dijadikan sebuah "muzium" tumbuhan ubatan di mana taman ini dibuka kepada pelawat seluruh negara yang ingin mengenali dan mengetahui jenis dan kegunaan tumbuh-tumbuhan ini. Koleksi tumbuhan yang terdapat di sini terdiri dari tumbuhan liar yang sedia ada di taman ini (in-situ), tumbuh-tumbuhan yang didatangkan dari tempat lain (ex-situ) dan tumbuhan ubatan yang berasal dari negara lain yang telah lama diperkenalkan di negeri ini.

Sehingga kini, koleksi Rimba Herba telah menjangkau lebih 700 spesis. Di antara tumbuhan ubatan terkenal yang terdapat di sini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Halia, Serai, Mengkudu, Selasih, Kayu Manis dan lain-lain lagi.

Perlis merupakan sebuah negeri yang terletak paling utara di Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan negara Thailand di bahagian barat lautnya. Dengan keluasan 81,086ha, ia adalah sebuah negeri terkecil di Malaysia dan merupakan sebuah negeri pertanian berdasarkan kepada kawasan pertanian dan jumlah tenaga pekerja dalam bidang ini.

Sesetengah tumbuhan di sini merupakan tanaman yang lazimnya ditemui di sekeliling rumah seperti Bunga Raya, Bunga Tahi ayam, Senduduk, Pokok Kapal Terbang, Sireh, Kesom, Pinang dan Pisang. Ianya dipamerkan disini untuk memberi kefahaman kepada pelawat terhadap nilai sebenar tumbuh-tumbuhan ubatan kepada manusia.

Page 2: Info Herba Sumber Laman Web Jabatan Perhutanan Perlis

PETA LOKASI RIMBA HERBA

Tujuan Penubuhan Rimba Herba

Ditubuhkan pada tahun 1998 dengan keluasan 12 hektar, Rimba Herba berfungsi untuk menempatkan koleksi tumbuh-tumbuhan ubatan yang digunakan oleh penduduk setempat khasnya dan tumbuhan ubatan lain amnya. Ianya juga boleh dijadikan sebuah “muzium” tumbuhan ubatan di mana taman ini dibuka kepada pelawat seluruh negara yang ingin mengenali dan mengetahui jenis dan kegunaan tumbuh-tumbuhan ini. Koleksi tumbuhan yang terdapat di sini terdiri dari tumbuhan liar yang sedia ada di taman ini (in-situ), tumbuh-tumbuhan ubatan yang didatangkan dari tempat lain (ex-situ) dan tumbuh-tumbuhan ubatan yang berasal dari negara lain yang telah lama diperkenalkan di negeri ini.

Sehingga tahun 2000, koleksi Rimba Herba telah menjangkau sehingga 600 spesies. Pada tahun 2008, koleksi Rimba Herba telah meningkat sehingga lebih 700 spesis. Di antara tumbuhan ubatan terkenal yang terdapat di sini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Halia, Serai, Mengkudu, Selasih, Kayu

Page 3: Info Herba Sumber Laman Web Jabatan Perhutanan Perlis

Manis dan lain-lain lagi.

Sesetengah tumbuhan di sini merupakan tanaman yang lazimnya ditemui di sekeliling rumah anda seperti Bunga Raya, Bunga Tahi Ayam, Senduduk, Pokok Kapal Terbang, Sireh, Kesom, Pinang dan Pisang. Ianya dipamerkan di sini untuk memberi kefahaman kepada pelawat terhadap nilai sebenar tumbuh-tumbuhan ubatan kepada manusia.

Lidah BuayaAloe barbadensis Miller.

Keluarga :

Nama Tempatan :

Nama Inggeris :

LILIACEAE

Lidah Buaya

Aloe Vera, Barbados Aloe

- Kegunaan: Aloe, sejenis bahan ekstrak daripada tumbuhan ini, ialah sumber utama untuk ubat. Daunnya mengandungi sejenis jus pekat dan jernih yang digunakan untuk pelbagai jenis rawatan; luka, kulit kering, jerawat, malah ruam yang gatal.

- Taburan & Ekologi:

Dibawa masuk ke Malaysia dari Amerika Selatan. Banyak digunakan di Malaysia sebagai tanaman hiasan dan juga untuk tujuan perubatan.

Ati-ati Nilam Merah

Coleus blumei Benth.

Keluarga :

Nama Tempatan :

Nama Inggeris :

LABIATAE

Ati-Ati, Nilam Merah

Coleus

Page 4: Info Herba Sumber Laman Web Jabatan Perhutanan Perlis

- Kegunaan: Daunnya direbus dan airnya diminum untuk menghapus kecacingan. Kadang kala ia digunakan untuk perancangan keluarga.

- Taburan & Ekologi:

Ditanam sebagai tanaman hiasan sama ada di dalam pasu atau di atas tanah.

Bemban Donax grandis(Miq.) Ridl.

Keluarga :

Nama Tempatan :

Nama Inggeris :

MARANTHACEAE

Bemban

Tidak diketahui

- Kegunaan: Akarnya ditumbuk untuk mendapatkan jus yang jernih. Jus ini digunakan untuk mengubati kurap dan sebagai pencuci mata.

- Taburan & Ekologi:

Spesies ini terdapat dengan banyaknya di habitat-habitat lembap dan berair di beberapa kawasan di Hutan Simpan Wang Mu.

Durian belanda

Annona muricataL.

Keluarga :

Nama Tempatan :

Nama Inggeris :

ANNONACEAE

Durian Belanda

Soursop

- Kegunaan: Masyarakat Melayu menggunakan tumbuhan ini untuk mengubati bengkak dan bengkak bernanah, dan juga untuk

Page 5: Info Herba Sumber Laman Web Jabatan Perhutanan Perlis

penyakit-penyakit kulit di kalangan kanak-kanak.

- Taburan & Ekologi:

Spesies ini berasal dari Amerika Selatan dan mungkin dibawa masuk oleh orang Belanda. Di Perlis, ia ditanam secara meluas kerana buahnya.

Gajus

Anacardium occidentale L.

Keluarga :

Nama Tempatan :

Nama Inggeris :

ANACARDIACEAE

Gajus

Cashew Nut Tree

- Kegunaan: Seluruh bahagian tumbuhan ini mengandungi sap yang boleh merengsakan kulit, seperti lain-lain tumbuhan daripada famili yang sama. Masyarakat Melayu setempat menggunakan daun dan kulit kayunya untuk mengubati cirit-birit. Pucukya dimakan sebagai ulam dan tangkai buahnya yang bergembung juga boleh dimakan. Bijinya boleh digoreng dan sangat popular di Perlis dan Langkawi.

- Taburan & Ekologi:

Spesies ini berasal dari Amerika Selatan dan mungkin dibawa masuk ke rantau ini oleh orang Belanda. Lazimnya ia tumbuh subur di sepanjang kawasan pesisiran pantai berhampiran dengan pantai.

Kacip Fatimah

Labisia pumila (Blume) Fern. – Vill.

Keluarga : MYRSINACEAE

Page 6: Info Herba Sumber Laman Web Jabatan Perhutanan Perlis

Nama Tempatan :

Nama Inggeris :

Kacip Fatimah

Fatimah Childbirth Medicine

- Kegunaan: Seluruh tumbuhan ini direbus dan airnya diminum oleh wanita selepas bersalin. Ia membantu mengecutkan otot-otot rahim dan faraj.

- Taburan & Ekologi:

Terdapat dengan banyaknya di lantai hutan yang lembap di Wang Burma.

Lalang

Imperata cylindrica(L.) P. Beauv.

Keluarga :

Nama Tempatan :

Nama Inggeris :

GRAMMINAE

Lalang

Congo Grass, Satintail

- Kegunaan: Akar dan rizomnya direbus dan airnya diminum untuk menambah selera makan seseorang terutama di kalangan kanak-kanak.

- Taburan & Ekologi:

Rumpai ini ialah tumbuhan yang paling banyak terdapat di seluruh negara di kawasan tanah terbiar dan kurang subur.

Limau purut

Citrus hystrixDC.

Keluarga : RUTACEAE

Page 7: Info Herba Sumber Laman Web Jabatan Perhutanan Perlis

Nama Tempatan :

Nama Inggeris :

Limau Purut

Ghosts Lime

- Kegunaan: Daunnya direndam dalam air dan digunakan untuk mencuci rambut. Menurut tradisi, buahnya dipotong kepada beberapa bahagian kecil, dikeringkan dan ditumbuk hingga menjadi serbuk, digunakan untuk melicinkan kulit. Daunnya juga digunakan dalam sejenis masakan Siam-Melayu yang popular dipanggil `Tom Yam’.

- Taburan & Ekologi:

Ditanam di kampung-kampung kerana buahnya.

Melong kecil

Hymenocallis littoralis (Jacq.) Salisb.

Keluarga :

Nama Tempatan :

Nama Inggeris :

AMARYLLIDACEAE

Melong Kecil

Tidak diketahui

- Kegunaan: Penduduk setempat percaya bila batangnya yang di bawah tanah direbus dan airnya diminum, ia boleh menambah selera makan seseorang. Seluruh tumbuhan ini ditumbuk dan digunakan untuk mengubati sendi-sendi yang bengkak dan tulang-tulang yang patah.

- Taburan & Ekologi:

Ditanam secara meluas sebagai tanaman hiasan.

Melur

Jasminum sambac

Page 8: Info Herba Sumber Laman Web Jabatan Perhutanan Perlis

(L.) Ait.

Keluarga :

Nama Tempatan :

Nama Inggeris :

OLEACEAE

Melur

Arabian Jasmine

- Kegunaan: Daunnya ditumbuk dan digunakan untuk mengubati demam. Kadang kala ia digunakan sebagai julap bagi wanita

- Taburan & Ekologi:

Kemungkinan tumbuhan ini berasal dari India. Ditanam secara meluas sebagai tanaman hiasan kerana keharuman bunganya.

Pegaga

Centella asiatica (L.) Urb.

Keluarga :

Nama Tempatan :

Nama Inggeris :

UMBELLIFERAE

Pegaga

Asian Pennywort, Indian Pennywort

- Kegunaan: Daunnya ditumbuk dalam air dan airnya diminum sebagai tonik untuk penjagaan kulit dan juga untuk membantu ketakcernaan. Air seduhan sama ada daripada keseluruhan tumbuhan ini atau daunnya, diminum sebagai agen penyejuk kerana ia mengandungi banyak vitamin.

- Taburan & Ekologi:

Ini ialah sejenis tumbuhan pantropikal tetapi di Malaysia dan di Perlis, ianya terdapat dengan banyaknya di kawasan tanah berair. Kadang kala ia ditanam di dalam pasu sebagai tanaman hiasan.

Pisang tali

Page 9: Info Herba Sumber Laman Web Jabatan Perhutanan Perlis

Heliconia rostrataRuiz & Pav.

Keluarga :

Nama Tempatan :

Nama Inggeris :

HELICONIACEAE

Pisang Tali

Heliconia

- Kegunaan: Rizomnya direbus dan airnya diminum untuk sakit usus, demam kuning dan tekanan darah tinggi.

- Taburan & Ekologi:

Tumbuhan asli dari bahagian tropika Amerika, kini ditanam secara meluas sebagai tumbuhan hiasan kerana dedaun dan jambak bunganya yang menarik.

Putat kedun

Careya arboreaRoxb.

Keluarga :

Nama Tempatan :

Nama Inggeris :

LECYTHIDACEAE

Putat Kedun

Tummy Wood

- Kegunaan: Daunnya direbus dan airnya diminum untuk menghapuskan kecacingan.

- Taburan & Ekologi:

Tumbuhan ini agak jarang ditemui dan hanya diketahui dari bahagian utara Semenanjung Malaysia. Di Perlis, ia terdapat di hadapan ibu pejabat Taman Negeri Perlis di Wang Burma

Setawar

Kalanchoe pinnata (Lam.) Pers.

Page 10: Info Herba Sumber Laman Web Jabatan Perhutanan Perlis

Keluarga :

Nama Tempatan :

Nama Inggeris :

CRASSULACEAE

Setawar

Life Plant, Leaf Plant

- Kegunaan: Daunnya ditumbuk dan disapukan untuk mengubati kudis dan luka.

- Taburan & Ekologi:

Kadang kala tumbuhan ini terdapat di pinggir hutan terutama di Hutan Simpan Wang Mu.

Tongkat Ali

Eurycoma longifoliaJack.

Keluarga :

Nama Tempatan :

Nama Inggeris :

SIMAROUBACEAE

Tongkat Ali

Bitter Antidote

- Kegunaan: Seluruh tumbuhan ini terutama akarnya direbus dan airnya diminum untuk mencegah daripada digigit nyamuk. Ia sangat terkenal kerana khasiatnya yang dapat meningkatkan tenaga batin kaum lelaki. Wanita juga mengambilnya bagi tujuan yang sama tetapi mereka lebih suka mengambil ‘Sehelai Setahun’.

- Taburan & Ekologi:

Biasa didapati di hutan-hutan primer dan sekunder terutama berhampiran pesisiran pantai. Di Malaysia ia mungkin salah satu tumbuhan yang sentiasa dicari-cari.