industri kecil dan sedeharana

17
1 1. PENGENALAN LATAR BELAKANG INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, Industri Kecil dan sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti jualan tahunannya yang tidak melebihi RM 25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Industri Kecil dan sederhana (IKS) adalah komponen yang penting dalam ekonomi negara, mewakili 99.2 peratus daripada jumlah keseluruhan perniagaan yang diwujudkan di Negara ini. Sektor ini menawarkan 5.6 peratus peluang pekerjaan serta menyumbang kira-kira 32 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Berikutan peranan dan sumbangan besar sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada ekonomi Negara, kerjaan menjadikan perbangunan Insdustri Kecil dan Sederhana (IKS) sebagai satu agenda utama negara dan sumber yang penting kearah mengubah model ekonomi Malaysia kepada model ekonomi baru yang berpendapatan tinggi. Membangunkan sekumpulan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang pelbagai dan mempunyai daya saing yang tinggi adalah tema utama kearah pengekalan pertumbuhan ekonomi. IKS adalah penting di dalam proses perkembangan ekonomi dan turut memainkan peranan yang penting dalam rangkaian pengeluaran negara. Sesetengah ekonomi yang maju telah berjaya kerana IKS merupakan

Upload: hairi

Post on 24-Jan-2016

62 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Tugasan Industri kecil dan sederhana

TRANSCRIPT

Page 1: Industri Kecil dan Sedeharana

1

1. PENGENALAN LATAR BELAKANG INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, Industri Kecil dan sederhana

(IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang

menyediakan perkidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti jualan

tahunannya yang tidak melebihi RM 25 juta dan menggaji kakitangan

sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

Industri Kecil dan sederhana (IKS) adalah komponen yang penting

dalam ekonomi negara, mewakili 99.2 peratus daripada jumlah keseluruhan

perniagaan yang diwujudkan di Negara ini. Sektor ini menawarkan 5.6

peratus peluang pekerjaan serta menyumbang kira-kira 32 peratus dalam

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Berikutan peranan dan sumbangan

besar sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada ekonomi Negara,

kerjaan menjadikan perbangunan Insdustri Kecil dan Sederhana (IKS)

sebagai satu agenda utama negara dan sumber yang penting kearah

mengubah model ekonomi Malaysia kepada model ekonomi baru yang

berpendapatan tinggi.

Membangunkan sekumpulan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

yang pelbagai dan mempunyai daya saing yang tinggi adalah tema utama

kearah pengekalan pertumbuhan ekonomi. IKS adalah penting di dalam

proses perkembangan ekonomi dan turut memainkan peranan yang penting

dalam rangkaian pengeluaran negara. Sesetengah ekonomi yang maju telah

berjaya kerana IKS merupakan bahagian utama ekonomi negara itu,

mencakupi lebih 98% daripada jumlah organisasi dan menyumbang lebih

65% kepada pekerjaan serta lebih 50% daripada keluaran domestik negara.

Meskipun di Malaysia angkanya mungkin lebih rendah, IKS berpotensi

membuat sumbangan yang besar kepada ekonomi dan boleh menyediakan

asas-asas yang kukuh untuk menjana pertumbuhan industri baru sementara

mengukuhkan industri yang sedia ada untuk pertumbuhan masa hadapan

negara.

Dalam persekitaran perniagaan semasa, tidak dinafikan bahawa

penggunaan teknologi membawa kepentingan bagi meningkatkan daya saing

dan prestasi perniagaan IKS. Disebabkan oleh zaman yang serba canggih dan

Page 2: Industri Kecil dan Sedeharana

2

sejajar dengan dunia yang bergerak pantas memaksa industri ini untuk

bergerak kehadapan seiring dengan negara-negara maju yang lain. Pengusaha

IKS menggunakan teknologi lebih dari segala sumber lain untuk

menghasilkan produk atau perkhidmatan yang boleh memenuhi kehendak

pengguna dan untuk menghasilkan keuntungan dan pendapatan yang lebih

lumayan. Oleh yang demikian, penting bagi IKS mengambil langkah-langkah

untuk memodenkan dan menambah baik mesin, peralatan dan operasi mereka

bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

Sebagai usaha untuk membangunkan IKS, kerajaan telah

menyediakan sokongan berbentuk kewangan dan bukan kewangan bagi

memajukan IKS di pasaran tempatan dan antarabangsa. Industri Kecil dan

Sederhana (IKS) bukan sahaja dapat menarik pengusaha baru untuk

menceburi bidang perniagaan malah turut memainkan peranan dalam

membantu masyarakat dengan memberi peluang pekerjaan dan

meningkatkan ekonomi negara. Oleh yang demikian, penting bagi kerajaan

untuk memberikan komitmen sebenar ke arah memajukan sektor IKS.

2. LATAR BELAKANG CLASSIQ TIJARI SDN. BHD

Classiq Tijari Sdn Bhd ( 983705-W )Batu 18, Kg. Jawa,43100 Hulu Langat,Selangor.

Tel: 03-9021 1131H/P: 019-355 4939H/P: 019-384 8464H/P: 016-333 0959Fax: 03-9021 5267Email: [email protected]

Usahawan bahulu yang di usahakan oleh Pn. Jurifah Kadis, pemilik

I.A.D.Z Enterprise telah melibatkan diri dengan dunia perniagaan Industri

Kecil dan Sederhana (IKS) hampir 14 tahun. Usahawan ini mula melibatkan

diri dalam perniagaan apabila beliau seorang bekas pegawai bank di sebuah

firma perbankkan, berhenti berkerja dan mula membuka perniagaan pada

Page 3: Industri Kecil dan Sedeharana

3

tahun 2001. Pada peringkat itu, perniagaan tersebut hanya di buat secara

kecil-kecilan di rumah sehingga membuka bengkel khas pada tahun 2003.

Beliau hanya bermodalkan RM 15,000 hasil bantuan kewangan daripada

Jabatan Pertanian Hulu Langat dan Kementerian Pertanian.

I.A.D.Z Enterprise atau lebih di kenali sebagai Classiq Tijari

Sdn Bhd terletak di Batu 18, Kampung Jawa, Hulu Langat, Selangor Darul

Ehsan kira-kira 30km dari Kuala Lumpur melalui Jalan Cheras atau hanya

kira-kira 15 km dari Bandar Ampang. Perniagaan ini merupakan sebuah

industri IKS bumiputra yang menerima bimbingan Jabatan Pertanian

Malaysia sejak mula bertapak secara kecil-kecilan. Aktiviti syarikat tertumpu

kepada pengeluaran dan pengedaran makanan ringan tradisi Melayu yang

bermutu tinggi baik dari segi citarasanya dan juga persembahannya.

Persembahan perusahaan ini dalam bentuk pembungkusannya dan fungsi

yang tertentu menjadikan makananan ringan tradisi Melayu yang sedia unik

dan enak itu mempunyai nilai komersial dan sentiasa menjadi permintaan

ramai.

Perniagaan ini yang mengusahakan kuih-kuih tradisional seperti

karipap, kuih bakar dan bahulu yang telah di pelbagaikan serta pelbagai lagi

jenis kuih telah mendapat sambutan yang agak unik dan menarik. Setiap

tempahan pasti akan habis. Namun perniagaan ini lebih menjuruskan kepada

penjualan kuih bahulu.

Pn Jurifah Kadis kini dibantu 20 pekerjanya, dan mampu

menghasilkan antara 15,000 hingga 20,000 biji kuih bahulu bagi menampung

permintaan pelanggan.

Dalam mempelbagaikan kuih bahulu tersebut, pengusaha kecil-

kecilan Classiq Tijari Sdn. Bhd telah menghasilkan secara kreatif kuih

tradisional ini. Ini terserlah apabila kepelbagaian ini dapat menghasilkan kuih

bahulu seperti Bahulu Pandan Clasiq, bahulu gulung, bahulu lapis, bahulu

cermai tradisional dan juga Bahulu Cappucino Clasiq. Dengan penghasilan

jenis-jenis bahulu ini, ianya mendapat permintaan yang tinggi di kalangan

pelanggan.

Page 4: Industri Kecil dan Sedeharana

4

Bahulu asli Classiq yang memperkenalkan keaslian bahlunya, akan

tetapi ianya bagi kuih bahulu Pandan classiq pula, ianya mempunyai

keenakkan dan ketepatan dengan selara kanak-kanak. Ini kerana, bahulu jenis

pandan classiq ini telah di ubah dengan mencampurkan dengan coklat di

samping dengan keharuman pandan tersebut. Dan yang terakhir adalah kuih

bahulu cappucino classiq. Bahulu jenis cappucino ini memberikan daya

usaha yang kreatif dan mempunyai sifat ingin berubah bagi pengusahanya.

Rasa yang berlainan iaitu melalui aroma dan rasa yang berbeza membuatkan

ianya lain dari semua jenis bahulu yang terdapat di sini.

Page 5: Industri Kecil dan Sedeharana

5

3. AMALAN PERNIAGAAN CLASSIQ TIJARI SDN. BHD

Amalan pengurusan adalah satu elemen penting di dalam

mengendalikan sebarang organisasi, baik organisasi perniagaan atau pun

organisasi bukan perniagaan. Jatuh bangun sesebuah organisasi, cemerlang

ataupun tidak adalah bergantung kepada pengurusan yang cekap dan

berkesan.

Menurut Shahidan Kassim dalam Chamhuri Siwar (1992),

berdasarkan kepada prestasi usahawan Bumiputera dalam jangka masa DEB,

secara umumnya masalah baru akan tetap timbul kerana dunia ekonomi atau

dunia perniagaan bukanlah statik. Ianya berubah mengikut keadaan masa dan

bergerak mengikut arah aliran pasaran tempatan mahupun luar. Ia juga

dipengaruhi oleh faktor ekonomi yang disebut oleh Adam Smith ‘the

invisible hands’. Menurut Abu Bakar Hamed (1998), terdapat lima

pengkhususan pengurusan di dalam sesuatu organisasi perniagaan. Di dalam

organisasi besar mungkin terdapat banyak bidang yang lebih khusus.

Amalan-amalan perniagaan yang dijalankan seperti juga dengan

kebanyakkan semua jenis perniagaan. Ianya akan merangkumi kepada

pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan operasi dan

pengeluaran, pengurusan pemasaran dan pengurusan maklumat.

i) Pengurusan Sumber Manusia

Dalam pengurusan sumber manusia, peniaga jenis IKS ini telah

mempunyai seramai 20 orang perkerja yang terdiri dari persekitaran

kampung tersebut.

Dengan adanya perniagaan ini di kawasan perkampungan, ianya

dapat membantu peningkatan pendapatan isi rumah di kawasan tersebut. Ini

didapati apabila, sekitar 5 hingga 8 orang pekerja di sini adalah merupakan

dari golongan asnaf dan di kalangan dari ibu tunggal.

Page 6: Industri Kecil dan Sedeharana

6

ii) Pengurusan Operasi dan Pengeluaran

Dari segi Pengurusan Operasi dan Pengeluaran, ianya tidak menjadi

masalah kepada Pn Junifah, kerana ada pihak-pihak berkaitan membantu

dalam sudut pemasaran. Telah pun bincangkan tadi, bahawa Pihak dari

Jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat telah membantu beliau dari sudut

kewangan dan ini termasuk dari sudut pemasaran.

Namun ianya bukanlah suatu usaha yang di harapkan oleh beliau.

Operasi dan pemasaran Classiq Tijari ini juga memasarkan dengan cara

mereka tersendiri. Ini di buktikan apabila kuih bahulu dari premis ini

mendapat liputan yang meluaskan di sekitar Lembah Klang iaitu sekitar

Kuala Lumpur, Kajang, Nilai dan Selangor. Dengan adanya promosi di ruang

Facebook dan juga sudut-sudut Blogger, dapat meningkatkan dari segi

pengeluaran produk beliau.

iii) Kerajinan, komitment, ketabahan dan keazaman

Dalam sesebuah industri perniagaan kecil, usahawan ini tidak lepas

dari menghadapi pelbagai rintangan dan halangan bagi meningkatkan

perniagaan beliau. Jatuh-bangun beliau untuk memastikan produk dan

pasaran Calsiq Tijari terus mendapat perhatian umum terus di usahakan.

Dalam menghadapi halangan-halangan tersebut, komitmen, kerajinan,

ketabahan dan keazaman Pn. Jurifah Kadis dalam meneruskan perniagaan ini

amatlah tinggi.

Dengan memulakan perniagaan dari rumah dan pemasaran hanya di

kawasan sekitar kampung, kini beliau dapat memasarkan produk kuih bahulu

ini sehingga di Lembah Klang. Ini dapat di buktikan apabila produk ini

mendapat perhatian di majlis-majlis kahwin, kenduri, cenderahati dan

sebagainya.

Page 7: Industri Kecil dan Sedeharana

7

iv) Inisiatif

Inisiatif merupakan satu keupayaan bagi menghasilkan sesuatu

produk yang baru. Di mana perniagaan Calssiq Tijari Sdn Bhd telah

meningkatkan produk kuih tradisional ini. Ianya bukan sahaja menghasilkan

produk, malahan dari mutu perkhidmatan juga di ambil kira.

Bagi menghasilkan kepelbagaian kuih Bahulu tradisional ini, Pn.

Jurifah Kadis telah menghasilkan seperti Bahulu Pandan Clasiq, bahulu

gulung, bahulu lapis, bahulu cermai tradisional dan juga Bahulu Cappucino

Clasiq. Ianya bagi memenuhi permintaan dari para pelanggan yang

meminati kuih tradisional ini.

Dari inisiatif perkhidmatan yang di berikan,

beliau cuba mempelbagaikan dari segi mutu

pembungkusan. Mutu perkhidmatan ini

menampakkan hasil apabila semua permintaan adalah

daripada majlis-majlis kahwin dan kenduri- kendara

(Majlis Tahlil dan Majlis Cukur Jambul). Selain dari itu, perkhidmatan lain

yakni pembungkusan bagi pemberian Cenderahati juga telah di sediakan oleh

Classiq Tijari Sdn. Bhd.

Perkhidmatan Cafe Classiq Tijari juga

disediakan bagi para pengunjung yang datang

untuk membeli di tempat ini. Perkhidmatan cafe

ini akan memberikan kepuasan kepada para

pengunjung dimana di samping memilih untuk

produk yang di inginkan, para pengunjung juga boleh menikmati makanan

dan minuman di Cafe tersebut.

v) Risiko

Risiko dalam bidang keusahawanan adalah satu perkara yang harus

diambilkira dan di beri perhatian khusus bagi semua para usahawa. Risiko

menanggung kerugian ataupun jatuh turunnya bagi sesebuah perniagaan akan

di hadapi bagi semua pengusaha.

Page 8: Industri Kecil dan Sedeharana

8

Bagi pemilik Classiq Tijari Sdn. Bhd risiko-risiko ini akan dapat

ditangangi dengan adanya kemahiran dan pengetahuan dalam bidang

keusahawanan. Dengan berlatar belakangkan pernah bekerja di firma

perbankkan, risiko-risiko ini dapat di kurangkan bagi dengan membuat

persediaan awal melalui kewangan yang stabil.

Selain dari itu, kursus-kursus kemahiran keushawan yang pernah

beliau hadiri sedikit sebanyak dapat membantu dari segi fiikal dan mental

dalam menghadapi risiko yang harus beliau harungi.

4. PENGARUH PERSEKITARAN

Persekitaran usahawan perniagaan sering kali dikaitkan dengan

pelbagai aspek sama ada pemasaran, ekonomi, pengurusan dan sebagainya.

Persekitaran didefinasikan sebagai satu keadaan, situasi atau suasana yang

boleh mempengaruhi sama ada unit keluarga, organisasi, syarikat dan

masyarakat.

Dan dari sudut keusahawanan pula, pengaruh persekitaran merujuk

kepada keadaan-keadaan luaran umum dan luaran khusus yang mempengaruhi

usahawan dalam membuat keputusan perniagaannya.

4.1 Pengaruh Persekitaran Luaran Umum

Pengaruh persekitaran Luaran Umum merupakan satu pengaruh yang

harus di nilai bagi keupayaan membuat perancangan terhadap usaha Pn

Jurifah. Salah satunya adalah merupakan pengaruh persekitaran Ekonomi dan

pengaruh persekitaran Sosiobudaya.

Bagi menentukan kejayaan atau kegagalan aktiviti keusahawanan,

keadaan ekonomi yang kukuh dan stabil di sesebuah negara dapat

menggalakkan aktiviti keusahawanan.

Oleh itu, usahawan ini telah menggunakan peruntukkan yang sedia ada,

yang di perolehi dari Jabatan Pertanian Derah Hulu Langat bagi

membangunkan perniagaan beliau.

Suntikkan bantuan modal ini telah meningkatkan peniaga kecil

seperti Pn. Jurifah bagi menggalakkan usahawan kecil untuk meningkatkan

pendapatan dan ekonomi negara.

Page 9: Industri Kecil dan Sedeharana

9

Selain dari itu, pengaruh persekitaran Sosiobudaya juga telah

membantu beliau dalam perniagaan ini. Peranan sosiobudaya yang terletak di

Kampung Jawa, Hulu Langat yang rata-ratanya adalah merupakan rumpun

Jawa dan telah sinonim dengan kuih Bahulu ini telah meningkatkan juga

pendapatan pengusahanya.

4.2. Pengaruh Persekitaran Luaran Khusus

Pengaruh persekitaran Luaran Khusus merupakan satu perkara yang

di ambil kira oleh Pn. Jurifah. Kumpulan pelanggan, pembekal dan agensi

kerajaan adalah yang banyak membantu bagi meningkatkan pendapatan dan

mutu perkhidmatan yang di berikan oleh usahawan ini.

4.2.1 Pelanggan

Pelanggan adalah sekumpulan pembeli terhadap sesuatu produk dan

juga pelanggan merupakan pengguna kepada produk yang dikeluarkan oleh

usahawan dan merupakan kumpulan sasaran utama dalam perniagaan. Bagi

memastikan kepuasan pelanggan terhadap kuih bahulu ini, beliau telah

mempelbagaikan kuih tradisional tersebut seperti yang telah di nyatakan.

Bukan itu saja, analisis terhadap kepuasan pelanggan dan kumpulan

pelanggan telah membuatkan perniagaan Classiq Tajiri mendapat tempat di

sekitar Hulu Langat dan Ulu Kelang. Kumpulan sasar telah terhadap Kuih

Bahulu telah meningkat tanpa lapisan umur.

Melalui kumpulan sasaran pelanggan ini dapat di ketegorikan melalui

kumpulan peniagan kecil yang lain, pekerja kerajaan dan semestinya

individu–individu perseorangan yang memainkan peranan dalam

meningkatkan kejayaan usahawan ini.

4.2.2. Pembekal

Bagi pemili Clissiq Tijari Sdn. Bhd, masalah pembekal bukanlah

suatu halangan. Ini kerana pemperolehan bahan mentah bagi membuat kuih

tersebut bukanlah susah. Bahan-bahan ini boleh di dapati di sekitar kedai-

kedai, supermarket dan lain-lain lagi.

Namun bagi menjaga mutu dan juga ketepatan masa (menjimakan

kos masa) Pn Jurifah mempunyai pembekalnya sendiri. Ini seperti pembekal

kepada bahan tepung, gula, serbuk penaik, perisa pandan, dan sebagainya

Page 10: Industri Kecil dan Sedeharana

10

telah memastikan ketepatan bagi menyiapkan tempahan beliau. Ianya juga

bagi menjaga hati pelanggan.

4.2.3. Pengaruh Kerajaan

Dalam pengaruh kerajaan bagi membangunkan perniagaan Pn.

Jurifah, pinjaman modal dari Jabatan Pertanian Hulu Langat telah

menampakkan hasil terhadap dasar-dasar yang di laksanakan oleh pihak

kerajaan.

Bagi membantu golongan perniagaan kecil, pihak kerjaaan telah

menubuhkan Industri Kecil dan Sederhana bagi membantu meningkatkan

pendapatan golongan sederhana. Melalui dasar ini juga, kursus-kursus bagi

persediaan untuk mendalami bidang usahawan juga telah diberikan kepada

para-para pengusaha seperti Pn. Jurifah.

Begitulah juga dengan Pn Jurifah, pemilik Classiq Tijari ini telah

menghadari pelbagai kursus keusahawanan yang di adakan oleh pihak

Kementerian Pertanian Malaysia yang di kelolakan oleh Jabatan Pertanian

Hulu Langat.

Page 11: Industri Kecil dan Sedeharana

11

5. MASALAH YANG DI HADAPI

Classiq Tijari Sdn Bhd. tidak dapat lari dari sebarang masalah bagi

untuk membangunkan perniagaan IKS jenis Kuih Bahulu Tradisional ini.

Permasalah-permalahan tersebut juga seperti pengusaha yang lain yang mana

semua permasalahan hampir sama sahaja.

5.1. Modal membuka perniagaan

Modal merupakan suatu masalah yang selalu di hadapai oleh semua

pengusaha. Kesukaran bagi memperolehi modal pertama akan

menyebabkan pengusaha tidak dapat menceburi bidang usahawan

tersebut. Disini bantuan dari kerajaan dan juga institusi memainkan

peranan yang penting bagi pengusaha dapat menceburi bidang usahawan

ini. Dan bagi Pn. Jurifah, masalah kewangan adalah suatu masalah yang

harus di hadapi bagi merialisasikan impian beliau untuk membuka

perniagaan kuih Bahulu Tradisional ini. Dengan hanya berniaga secara

kecil-kecilan di sebabkan kesukaran mencari kuih Bahulu Tradisional

semasa Hari Raya membuatkan pengusaha ini berusaha untuk membuka

perniagaan kuih tradisional ini.

Pada mula perniagaannya, beliau hanya mensasarkan kepada golongan

sekitar kampung iaitu Kampung Jawa, Hulu Langat dengan bermodalkan

yang sedikit membuatkan beliau menanam minat untuk mengusahakan

atau mengembangkan perniagaan kuih tradisional ni. Memandangkan

peningkatan terhadap permintaan kuih tradisional ini, beliau telah

memohon modal dari Jabatan Pertanian Hulu Langat untuk meluaskan

lagi pasaran beliau di sekitar Lembah Kelang dan Selangor.

Page 12: Industri Kecil dan Sedeharana

12

5.2. Ketidakyakinan dalam mengusahakan perniagaan

Dalam menceburi bidang keusahawanan, keyakinan dan kemampuan diri

adalah amat penting bagi menerajui sesuatu perniagaan, walaupun ialah

perniagaan kecil-kecilan dan perniagaan secara globlasasi. Dengan yakin

dan kemampuan diri yang tinggi akan dapat menjana pendapatan diri,

persekitan dan juga negara.

5.3. Pekerja

Pada awal perniagaan Pn. Jurifah, masalah pekerja adalah salah satu

masalah yang di hadapi beliau. Ini kerana bagi memperolehi tenaga muda

di kawasan kampung adalah amat kurang, di sebabkan minat anak-anak

muda adalah pada kawasan bandar yang moden.

Namun dengan usaha yang gigih, kini beliau mempunyai tenaga kerja

seramai 20 orang. Pekerja-pekerja ini terdiri dari golongan kampung

setempat yang mana ianya golongan miskin dan golongan ibu tunggal.

Ini dapat membantu pendapatan penduduk kampung yang mempeolehi

pendapatan yang kuranag dari RM 1,000 dan kebawah. Dengan adanya

daya usaha dari Pn. Jurifah akan dapat membantu golongan-golongan ini

untuk meningkatkan ekonomi pendapatan golongan tersebut.

5.4. Lokasi perniagaan

Pada mula perniagaan Classiq Tijari Sdn. Bhd, pemilihan lokasi dalam

menjalankan perniagaan memanglah sukar untuk mencari lokasi yang

sesuai. Namun demikian, ianya bukan suatu masalah yang besar.Dari

dulu hingga kini lokasi bagi perniagaan Kuih Bahulu Tradisional ini

masih di tempat yang sama iaitu di sekitar rumah Pn. Jurifah sendiri.

Dengan tapak tanah yang luas membuatkan pemilik perniagaan IKS ini

membuka Cafe dan ruang untuk memasak di sekitar tanah tersebut.

Walaupun lokasi tersebut tidak memperlihatkan kepada kesesuaian bagi

menjalankan perniagaan ini, namun ianya berhasil dengan adanya strategi

operasi pemasaran yang baik oleh Pn. Jurifah sendiri.

Page 13: Industri Kecil dan Sedeharana

13

5.5. Persaingan

Persaingan sihat telah membangunkan lagi perusahaan ini. Dengan

adanya persaingan di kalangan pembuat kuih tradisional telah membina

jati diri yang tinggi untuk Pn. Jurifah bagi menjalankan perusahaan kuih

tradisional.

5.6. Pembekal

Masalah pembekal bukanlah halangan bagi Pn. Jurifah dalam

menghasilkan kuih tradisional yang baik. Bahan mentah yang mudah

untuk di perolehi di sekitar Hulu Langat membuatkan ianya bukan suatu

masalah. Namun bagi menghasilkan kuih yang bermutu tinggi, pembekal

yang baik harus di pilih bagi memastikan produk ini dalam keadaan yang

di minati ramai.

Dengan bantuan dari Jabatan Pertanian, beliau dapat memilih pembekal

yang boleh memenuhi kehendak dan permintaan beliau dalam

menghasilkan kuih yang baik.

Page 14: Industri Kecil dan Sedeharana

14

6. CADANGAN

Melalui tugasan ini dan pemerhatian, saya boleh mencadangkan beberapa

asas yang perlu di ambil perhatian oleh Pn. Jurifah dalam memperbaiki dan

meningkatka perniagaan kuih tradisional ini.

6.1 Meningkatkan Operasi Pemasaran

Buat masa ini, pemarasan Classiq Tijari Sdn Bhd hanya tertumpu di sekitar

Hulu Langat dan Lembah Kelang. Bagi meningkatkan kemahiran dan

menjana pendapatan Negara, Pn. Jurifah boleh mengembangkan

perniagaannya sehingga ke Negri Sembilan, ini kerana jarak tersebut

adalah dekat.

6.2. Mempelbagaikan Lagi Jenis Produk

Dalam mengembangkan peningkatan dalam perusahaan kecil, Pn. Jurifah

boleh mempelbagaikan lagi jenis-jenis produk barang yang menepati

keperluan pelanggannya sebagai contoh Kicap, Sos ataupun menghasilkan

sendiri produk minuman (kopi dan lain-lain).

6.3. Melantik Peruncit

Dalam mengembangkan perniagaan, pembekal bukan hanya tertumpu

kepada pembekal bahan mentah atas permintaan sendiri, namun boleh

melantik pembekal untuk mengembangkan produk yang mana boleh

meletak produk tersebut di supermarket atau restoran yang ternama bagi

memperkenalkan lagi produk Tradisional ini.

6.4. Meluaskan / Memperkenalkan Lagi Kuih Tadisional

Dengan meluaskan lagi Kuih muih Tradisional ini di peringkat global akan

memperkenalkan lagi jenis-jenis makanan dan budaya yang terdapat di

Malaysia

Page 15: Industri Kecil dan Sedeharana

15

7. KESIMPULAN

Di Malaysia, kesedaran pelbagai pihak tentang keperluan dalam

melahirkan usahawan yang berkemampuan dan bertaraf antarabangsa serta

pekerja mahir adalah tinggi. Dalam pembangunan pesat ekonomi sekarang,

keperluan dalam meningkatkan penyertaan bumiputera dalam kegiatan

perindustrian dan perdagangan di samping memenuhi hasrat dan objektif

pembangunan negara serta merealisasikan wawasan 2020 juga telah

menjadi satu kesedaran umum. Selaras dengan itu juga, pelbagai pihak

telah mula menyedari bahawa salah satu langkah penting dalam mencapai

hasrat ini ialah melalui bantuan dan sokongan kepada pembangunan IKS.

Kadar pembangunan ekonomi negara semakin pesat, pertumbuhan sektor

perusahaan yang meyakinkan dan wawasan negara ke arah negara

perindustrian 2020, ternyata memerlukan sokongan dan sumbangan IKS

yang lebih besar dan bermakna. Program bantuan IKS ini boleh

menyokong ke arah memperkukuhkan struktur asas perindustrian negara

dan keseimbangan peranan industri tempatan dalam keluruhan ekonomi

negara.

Melihat kepada perkembangan dan potensi IKS ini, Pn. Jurifah yang

merupakan pemilik Classiq Tijari Sdn Bhd telah menyahut seruan kerajaan

bagi menjana pendapat ekonomi negara kearah wawasan 2020 dan

meningkatkan peluang pekerjaan yang terdapat di sekitar Kampung Jawa.

Oleh yang demikian, kejayaan Classiq Tijari Sdn Bhd bolehlah di

katakan sebagai kejayaan yang di usahakan oleh kaum bumiputra yang

menampakkan hasil yang baik. Dengan anggaran pendapatan yang tinggi

menyebabkan kepada peningkatan kepada penghasilan produk yang tinggi

dan seterusnya menyumbang kepada keberhasilan pendapatan negara.

Page 16: Industri Kecil dan Sedeharana

16

8. RUJUKAN

Ayu Nor Azilah Mohamad, Zetty Nurzuliana Rashed, Rosfazila Abd.

Rahman. 2008. Potensi, Cabaran Dan Hala Tuju Industri Kecil &

Sederhana (Iks) Dalam Era Pembangunan Negara; Bangi. Fakulti

Pendidika,. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chamhuri Siwar, Mohd Yusof Kasim, Abdul Malik Ismail. 1992.

“Ekonomi Bumiputera Selepas 1990”. Bangi. Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Hosmer,L.T, Cooper,A.C dan Vesper K.H.1 993. Fungsi Keusahawanan,Teks dan

Kes ,Dewan Bahasa dan Perpustakaan Kuala Lumpur.Muhammad Rashid Bin

Rajuddin & Suhaida Binti Abdul Rhapar. Amalan Pengurusan Perniagaan

Peniaga-Peniaga Kedai Runcit Bumiputera Di LuarBandar Daerah Hilir

Perak. Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia

http://www.utusan.com.my

http://www.hmetro.com.my/

http://www.bahuluclassiq.com/

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Berkatberanimencuba/

Article

Page 17: Industri Kecil dan Sedeharana

17

9. LAMPIRAN