asas keusahawanan - pembangunan industri kecil dan ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7%...

22
ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) LUAR BANDAR PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SESI JANUARI 2015/2016 TUGASAN INDIVIDU 1: ( SOALAN C ) Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana di luar bandar masih dalam peringkat memuncul ataupun tidak begitu memberangsangkan berbanding dangan industri- industri di kawasan bandar. Kerajaan juga melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah telah pun mewujudkan pelbagai agensi bagi membangunkan IKS di luar Bandar. Bincangkan senario dan keadaan semasa IKS luar Bandar SADE 1013: ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN UNTUK: MATHIVANNAN JAGANATHAN DISEDIAKAN OLEH: NAMA : MUHAMAD SIDIK BIN KAMIS NO.MATRIK : 231360 PUSAT : UUM TARIKH SERAHAN : 18 SEPTEMBER 2015

Upload: others

Post on 19-Nov-2020

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan

ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN

SEDERHANA (IKS) LUAR BANDAR

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SESI JANUARI 2015/2016

TUGASAN INDIVIDU 1:

( SOALAN C )

Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana di luar bandar masih dalam peringkat memuncul ataupun tidak begitu memberangsangkan berbanding dangan industri-industri di kawasan bandar. Kerajaan juga melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah telah pun mewujudkan pelbagai agensi bagi membangunkan IKS di luar Bandar. Bincangkan senario dan keadaan semasa IKS luar Bandar

SADE 1013:

ASAS KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN UNTUK:

MATHIVANNAN JAGANATHAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA : MUHAMAD SIDIK BIN KAMIS

NO.MATRIK : 231360

PUSAT : UUM

TARIKH SERAHAN : 18 SEPTEMBER 2015

Page 2: ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan

ISI KANDUNGAN ( M/S )

Muka Depan i

Skema Pemarkahan ii

1. Pengenalan 1

2. Apakah yang dimaksudkan dengan industri Kecil & Sederhana 1-2

(IKS) Luar Bandar

3. Tahap Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (IKS) Luar Bandar 3-5 4. Kepentingan dan Sumbangan Industri Kecil & Sederhana 5-6

(IKS) Luar Bandar 5. Halangan dan Cabaran Industri Kecil & Sederhana (IKS) Luar Bandar 6-9

6. Sistem Sokongan Industri Kecil & Sederhana (IKS) Luar Bandar 9-10

7. Langkah-langkah untuk Mendorong dan Membangun 11 Industri Kecil & Sederhana (IKS) Luar Bandar

8. Rumusan 12

9. Rujukan 13

10. Lampiran 14-19

Page 3: ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan

Lampiran 1

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER JJ152 SESI 2015/2016

SADE 1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

SKEMA MARKAH

NO Penilaian Markah yang diperuntukan

Markah yang diperolehi

1 Pengenalan

5

2 Huraian, Perbincangan dan Cadangan

20

3 Kesimpulan 5

4 Rujukan dan Lampiran 5

5 Kualiti Penulisan 5

6 Blog -

Jumlah Markah

40 Markah

Komen:_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tandatangan Pemeriksa : ______________________________

Nama Pemeriksa : ______________________________

Tarikh : ______________________________

Page 4: ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan

1. Pengenalan

Industri kecil dan Sederhana (IKS) merupakan satu sektor perindustrian yang

memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi

negara. Kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat membangun masakini tidak akan

tercapai sekiranya tanpa sumbangan dan sokongan besar IKS. Lebih penting,

pertumbuhan sektor pembuatan yang amat memberansangkan sejak 1980-an dan

menjadi penyumbang kedua terbesar kepada KDNK sehingga tahun 2012 iaitu

sebanyak 25.3%. Ini telah meletakkan IKS sebagai industri penggerak utama dalam

meningkatkan ekonomi negara. Peranan dan sumbangan ini dijangka menjadi semakin

penting dalam mencapai wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah

negara perindustrian. Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan

pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi

negara selepas 2020. Sumbangan IKS semakin terserlah apabila dilihat membuka

banyak peluang pekerjaan, sumbangan dalam meningkatkan jumlah simpanan negara

dan menjimatkan tukaran wang asing, mewujudkan distribusi pendapatan yang lebih

baik, membantu dalam melahirkan dan meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga

kerja terlibat baik di peringkat pekerja mahupun pada peringkat pengurusan dan

membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing.

2. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN INDUSTRI KECIL DAN

SEDERHANA (IKS) LUAR BANDAR

Pelbagai definisi diberikan oleh agensi-agensi kerajaan mengenai IKS. Badan

Penasihat Pembanguana Industri Kecil di bawah MITI mendefinisikan Industri Kecil dan

Sederhana (IKS) sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan

perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti jualan tahunannya yang tidak

melebihi RM 25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

Teras pertama dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMKe-9) menyatakan hasrat

kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara melalui pembangunan perindustrian

kecil dan sederhana. Oleh itu, terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS

Page 5: ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan

yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan Malaysia ke arah mengubah dasar

ekonomi Malaysia kepada dasar ekonomi baru yang berpendapatan tinggi

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga banyak menyediakan peluang

pekerjaan kepada masyarakat setempat dalam meningkatkan taraf hidup rakyat. IKS

juga menyediakan sebanyak 44.2% peluang pekerjaan dari jumlah tenaga kerja dalam

sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan

jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan membuka ruang dan peluang untuk

membangunkan sekumpulan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar

yang pelbagai dan mempunyai daya saing yang tinggi adalah tema utama ke arah

pengekalan pertumbuhan ekonomi. IKS adalah penting di dalam proses perkembangan

ekonomi dan turut memainkan peranan yang sangat penting dalam rangkaian eksport

negara. Sesetengah ekonomi negara yang maju telah berjaya kerana mereka

meletakan IKS sebagai bahagian utama ekonomi negara itu, meskipun di Malaysia

angkanya masih di tahap rendah, IKS berpotensi membuat sumbangan yang besar

kepada ekonomi dan boleh menyediakan asas-asas yang kukuh untuk menjana

pertumbuhan industri baru sementara mengukuhkan industri yang sedia ada untuk

pertumbuhan masa hadapan negara.

3. Tahap Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (IKS) Luar Bandar

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Jika sebelum ini

sektor pertanian menjadi teras utama dalam pembangunan ekonominya namun begitu

sejak kebelakangan ini, kesedaran mengenai peranan dan sumbangan industri kecil

dan sederhana (IKS) oleh pelbagai pihak mula meningkat. Melalui Rancangan

Malaysia Kesembilan (RMKe-9), kerajaan menekan sektor perindustrian melalui

pengeluaran hasil pertanian secara komersial yang berintensifkan teknologi moden. Di

mana sektor pertanian akan diberi nafas baru supaya tampil sebagai tunggak ketiga

pertumbuhan ekonomi. Program Pertanian Baru akan dilaksana termasuk

mengorientasi semula sektor tersebut ke arah pengeluaran lebih moden dan berskala

komersil, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan meluas

Page 6: ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan

sebagai pemudah dan pelaksanaan pendekatan pemasaran yang lebih baik dengan

memberi penekanan kepada piawai produk dan akreditasi lading dan peningkatan

profesionalisme.

Selain itu dari sektor pembuatan pula kerajaan menggalakkan penggunaan

teknologi tinggi dan pengeluaran produk yang mempunyai nilai ditambah lebih tinggi

akan diberi penekanan. Langkah akan diambil bagi membawa industri elektrik dan

elektronik (E&E) ke arah aktiviti nilai ditambah dan berteknologi tinggi. Di samping itu,

industri tradisional seperti kraftangan, batik dan songket akan terus dipermoden dan

dipertingkatkan setaraf dengan piawai antarabangsa. Selain itu, usaha akan diambil

untuk membangunkan dan mempromosi semua subsektor perkhidmatan.

Pembangunan pelancongan akan ditumpukan kepada peningkatan daya tarikan

Malaysia sebagai destinasi pelancongan alam semula jadi dan ekopelancongan;

kebudayaan, hiburan dan kesenian; persidangan, insentif, konvensyen dan pameran

(MICE); acara sukan antarabangsa; dan aktiviti membeli-belah serta rekreasi.

Menurut Nurulhuda (2006) peranan industri kecil dan sederhana dalam

pembangunan ekonomi negara cukup besar. Sejak lima tahun kebelakangan ini,

pelbagai program untuk meningkatkan pembangunan IKS turut dirangka dan

dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan swasta dalam memastikan perkembangan

positif dalam industri ini. Kerajaan persekutuan dan negeri begitu komited dalam

merealisasikan agenda ini dengan memberi sokongan sepenuhnya melalui

penyelidikan dan pembangunan (R&D), penyediaan khidmat pengembangan dan

bimbingan meliputi bidang-bidang pembungkusan, menyediakan pasaran dan

pengedaran yang lebih luas. Selain itu juga kerajaan juga menyediakan insentif dari

segi kemudahan kredit dan modal.

Ini dapat dilihat kepada pembanguanan ekonomi yang berlaku di Malaysia mula

berubah struktur. Perubahan struktur tersebut dimana sektor perkhidmatan merupakan

sumber utama pertumbuhan, berkembang pada kadar 6.8% setahun dalam tempoh

Rancangan Malaysia ke-9 dan sumbangannya kepada KDNK meningkat kepada

58.0% pada tahun 2010. Pertumbuhan sektor perkhidmatan telah didorong oleh

prestasi kukuh subsektor kewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmatan

Page 7: ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan

perniagaan, perdagangan borong dan runcit, penginapan dan restoran, serta

pengangkutan dan komunikasi. Sektor pertanian dijangka berkembang pada kadar

yang lebih perlahan, iaitu 3.0% setahun berbanding 3.2% setahun dalam tempoh

RMKe-8. Pertumbuhan yang perlahan ini adalah disebabkan oleh kemerosotan dalam

pengeluaran getah dan kayu balak berikutan pengurangan keluasan tanaman getah

dan pengawalan aktiviti pembalakan bagi pengurusan hutan yang mampan. Walau

bagaimanapun, peningkatan pengeluaran kelapa sawit, ternakan dan perikanan telah

menyokong pertumbuhan dalam sektor pertanian.

Proses industrialisasi merupakan antara ciri pembangunan ekonomi sesebuah

negara. Melalui proses industrialisasi yang dijalankan, pendapatan negara akan

meningkat dan diikuti dengan kenaikan dalam taraf hidup masyarakat. Dengan ini

penindustrian dianggap sebagai ‘engine of growth’.(Thirlwall, 1989). Perkembangan

sektor perindustrian di Malaysia pada masa ini masih dimonopoli oleh industri kecil dan

sederhana. Walaupun peranan industri berat masih lagi penting. Namun, keupayaan

IKS tidak boleh dipandang rendah. Berdasarkan prestasi industri yang berasaskan

Page 8: ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan

sumber, ternyata IKS menunjukkan potensi yang besar berbanding industri berat. IKS

mewakili 80% daripada jumlah keseluruhan sektor perindustrian. Peratusan ini

menunjukkan betapa pentingnya sumbangan IKS dalam pembangunan ekonomi

negara.

Hal ini, diperkukuhkan lagi dengan dasar kerajaan yang memberi perhatian

serius melalui usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk

membantu meningkatkan pendapatan petani dan nelayan. Kerajaan juga menyediakan

kemudahan seperti pinjaman, khidmat nasihat dan perundingan, program latihan dan

pembangunan melalui Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana

(SMIDEC), Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada pengusaha-pengusaha IKS.

Tuntasnya, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ini merupakan serampang dua mata

kerana kewujudannya bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi malahan dapat

membasmi kadar kemiskinan rakyat di negara Malaysia

4. Kepentingan dan Sumbangan Industri Kecil & Sederhana (IKS) Luar

Bandar

Secara keseluruhannya IKS berupaya mencorak ekonomi masarakat setempat

dengan menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang banyak dalam beberapa fungsi

pengeluaran dan operasi. Selain itu, peranan IKS berfungsi dalam membantu asas

industri negara. Ini adalah untuk mengelak kebergantungan secara tatal daripada

ekonomi global. IKS perlu dimajukan secara bersepadu dan menyeluruh terutamanya

dalam perhubungan ekonomi jangka masa panjang. IKS merupakan nadi serta enjin

pelaburan domestic dalam menjana ekonomi negara. Peranan IKS menjadi semakin

penting dalam merealisasikan wawasan 2020 yang bermatlamatkan sebagai sebuah

negara perindustrian. Malah satu pelan Perusahaan atau IndustrI Kecil dan Sederhana

(IKS) bagi tempoh 10tahun iaitu bermula 2010-2020 telah dirangka dan dimasukkan

sebagai sebahagian daripada model ekonomi baru (MED). Dengan itu melalui Dasar

Ekonomi Baru yang dilancarkan oleh Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak

dapat memacu ekonomi rakyat dengan lebih tinggi. Dengan cara ini juga

menggalakkan peniaga menjalankan perniagaan yang lebih kreatif, inovatif dan bernilai

Page 9: ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan

tinggi. Dengan cara alternatif ini pelaburan mereka akan mendapat pulangan yang

berlipat kali ganda.

Menerusi IKS, terdapat jaringan perniagaan yang meluas merangkumi jaringan

dengan sektor swasta dan sektor awam. Jaringan ini termasuklah suntikan modal,

perkongsian kepakaran dan latihan bagi menjalankan sesuatu projek. Kedua-dua

sektor ini saling melengkapi dalam mengiatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.

Tanpa kerjasama dari dua sektor ini, IKS tidak mampu berkembang maju. Hal ini

kerana negara kita memerlukan kepelbagaian dalam sektor industri. Penglibatan IKS

yang aktif membolehkan asas industri yang mantap dan kukuh tanpa terjejas apabila

terdapat penarikan operasi dan peraburan sama ada dari sektor swasta mahupun

awam. Selain itu, IKS dengan penyesuaian mereka kepada intensif tenaga buruh dapat

mengeluarkan barangan yang tidak dapat dihasilkan oleh syarikat dan firma besar.

Pembuatan barangan makanan, pakaian dan alatan perabot daripada industri kecil

sekurang-kurangnya dapat memenuhi kepuasan cita rasa pengguna dalam negeri.

Tidak dapat dinafikan juga bahawa IKS juga dapat mengeluarkan barangan yang dapat

memenuhi keperluan barangan sebahagian besar golongan yang berpendapatan

rendah dan sederhana dalam negeri. Perkara ini jelas dapat dilihat dalam industri

tertentu seperti pembuatan makanan, pembuatan logam, peralatan plastik dan getah,

pakaian, peralatan perabot dan seumpamanya.

Kadar pembangunan ekonomi negara semakin pesat, pertumbuhan sektor

perkilangan yang meyakinkan dan wawasan negara ke arah negara perindustrian

2020, ternyata memerlukan sokongan dan sumbangan IKS yang lebih besar dan

bermakna.

Page 10: ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan

5. Halangan dan Cabaran IKS Luar Bandar

Menurut Siti Arni (1997) terdapat tiga kelompok masalah yang dihadapi oleh

usahawan dalam sektor IKS. Masalah tersebut adalah masalah luaran dan dalaman.

Model Kajian Masalah-Masalah Usahawan Dalam Sektor IKS seperti ditunjukkan di

bawah.

Masalah Dalaman

Pengurusan, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan dan pengurusan

pengeluaran

Masalah Luaran

Persaingan, peraturan kerajaan, khidmat nasihat, kerjasama usahawan bumiputra,

kerjasama usahawan bukan bumiputra, bahan mentah dan inflasi.

Page 11: ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan

Masalah Luaran Ddan Dalaman

Pemasaran tempatan, pemasaran eksport, lokasi, pekerja mahir dan teknologi ICT.

i. Taraf Pendidikan yang Rendah

Didapati rata-rata penduduk luar bandar yang mengusahakan projek dalam

pelbagai sektor IKS adalah terdiri daripada masyarakat yang berpendidikan akademik

sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja. Mereka kurang pendedahan mengenai

peluang pendidikan kemahiran atau vokasional. Bagi penduduk luar bandar yang

berpendidikan tinggi pula lebih selesa makan gaji sama ada di sektor awam atau

swasta daripada menjadi usahawan. Mentaliti dan persepsi masyarakat terhadap

bidang keusahawanan adalah pilihan terakhir bagi yang gagal mendapatkan pekerjaan.

ii. Kurang Pendedahan Terhadap Perniagaan di Peringkat Global

Keusahawanan desa dilihat lebih kepada kegiatan sara hidup dan tiada motivasi

untuk mengembangkan perniagaan tersebut disamping tiada pengalaman dan kurang

maklumat mengenai pasaran global. Dalam persekitaran perniagaan semasa, tidak

dinafikan bahawa penggunaan teknologi (ICT) membawa kepentingan bagi

meningkatkan daya saing dan prestasi dalam IKS. Disebabkan oleh zaman yang serba

canggih dan sejajar dengan dunia tanpa sempadan memaksa industri ini bergerak

sama pantas dengan negara-negara maju yang lain. Pengusaha harus menggunakan

teknologi lebih canggih untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang boleh

memenuhi kehendak pengguna seterusnya menghasilkan keuntungan dan pendapatan

yang lebih lumayan.

iii. Kekurangan Modal atau Modal yang Terhad

Masalah kewangan atau kekurangan modal merupakan halangan utama dalam

industri kecil dan sedhanai ini. Masalah ini dihadapi oleh pengusaha-pengusaha kecil

yang dimiliki oleh ahli keluarga di mana sumber pembiayaan adalah daripada

simpanan peribadi, keluarga dan rakan-rakan. Bank-bank dan institusi kewangan

Page 12: ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan

mengenakan syarat-syarat pinjaman yang ketat dan faedah yang tinggi kepada

usahawan. Selain itu, para usahawan kecil sederhana ini memerlukan cagaran dan

penjamin untuk mendapatkan suntikan modal bagi memulakan sesuatu projek. Di

samping ada kalanya institusi kewangan tidak berminat menyediakan pembiayaan

kepada sesetengah jenis perniagaan.

6. Sistem Sokongan Industri Kecil & Sederhana (IKS) Luar Bandar

Menyedari industri kecil dan sederhana ini mempunyai potensi yang besar

dalam memacu negara kearah sebuah negara perindustrian kerajaan secara

drastiknya mengambil inisiatif dalam membantu sektor perniagaan kecil. Peranan

kerajaan dapat dilihat melalui penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan

sebuah badan berkanun SMIDEC atau Small Business Development Corporation di

bawah Kementerian Perindustrian Dan Perdagangan Antarabangsa. Kedua-dua

institusi ini bertanggungjawab membentuk dasar-dasar kewanan dan pencukaian bagi

meyamakan sistem bantuan sokongan kepada perniagaan kecil dan sederhana.

Secara kasarnya, bantuan sokongan yang disediakan oleh institusi kewangan

dan jentera kerajaan dapat dipecahkan kepada empat bahagian iaitu:

1. Peluang-peluang perniagaan dan pemasaran

2. Kemudahan pembiayaan dan kewangan

3. Khidmat runding cara

4. Skim latihan keusahawanan

5. Penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Bantuan-bantuan dari segi peluang-peluang peniagaan diuruskan oleh agensi

dan badaan kerajaan seperti Persatuan Kontraktor, Majlis Amanah Rakyat (MARA),

Kementerian Perdagangan Dan Perindustrian, FAMA dan Bank Pembangunan

Malaysia Berhad bagi peringkat dalam negara. Sementara bagi usahawan peringkat

Page 13: ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan

antarabangsa peluang ini dikendalikan oleh MATRADE atau Perdagangan

Antarbangsa Malaysia.

Dari segi kemudahan pembiayaan kewangan untuk modal tetap dan modal

pusingan perniagaan pula disediakan oleh institusi-institusi MIDF atau Malaysian

Industrial Development Finance, Bank Pertanian Berhad, Industrial Development Bank,

Bank Bumiputra Malaysia Berhad dan sebagainya. Bantuan ini disumbang oleh Tabung

Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) telah memberi bantuan pinjaman kepada

250,000 usahawan IKS untuk memulakan perniagaan mereka pada tahun 2013

(Bernama 9 Februari 2013). Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Yayasan Tekun

Nasional (YTN) telah banyak memberi sokongan terhadap pembangunan dan

perkembangan IKS luar badar. Buktinya kedua-dua agensi tersebut telah

memperuntukkan sehingga RM50.5 juta bagi program pembiayaan kemajuan

perniagaan usahawan kecil di negeri Melaka (Utusan 24 Februari 2013).

Sementara untuk kemudahan rundingcara pula disediakan oleh agensi-agensi

yang berikut. Institusi Piawaian Perindustrian Malaysia (SIRIM), Institusi Pernyelidikan

Perhutanan Malaysia (FRIM), Institusi Pernyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI),

Institusi Pernyelidikan Getah Malaysia (PRIM) dan Perbadanan Pengeluaran Nagara

(NPC). Kemudahan runding cara juga sebenarnya telah disediakan pada peringkat

pengajian lagi seperti Unit Penyelidikan Dan Perundangan Perindustrian (IRCU) di

Universiti Sains Malaysia, Pusat Pembangunan Perusahaan Kecil (SBDC), Universiti

Putra Malaysia dan Pusat Pembanguana Usahawan Malaysia (MEDEC) di Universiti

Teknologi Mara. Seterusnya, kerajaan persekutuan dan negeri terus memberi

sokongan melalui Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D), penyediaan khidmat

pengembangan dan bimbingan meliputi bidang-bidang pembungkusan, pemasaran

dan pengedaran, galakan untuk menceburi IKS luar Bandar serta kemudahan kredit.

Page 14: ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan

7. Langkah-Langkah untuk Mendorongn dan Membangunkan IKS Luar

Bandar

Latihan Kemahiran

Menyediakan peluang latihan secara berterusan kepada masyarakat luar bandar

dan kawasan sekitar dangan bertujuan untuk menambahkan pengetahuan, kemahiran

dan keupayaan bagi menigkatkan pendapatan, peluang pekerjaan dan taraf hidup

seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Pembagunan Usahawan dan

Koperasi (MECD), Perbadanan Pembagunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).

Pembiayaan Kewangan (diselia oleh kementerian kewangan)

Usaha sama intitusi kewangan telah menyediakan kemudahan pinjaman mikro

kredit kepada peminjam dangan menawarkan kadar feadah/ keuntungan yang rendah

dengan tujuan untuk membantu para usahawan menjalankan aktiviti perniagaan Skim

Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED), Kementerian kemajuan luar bandar & wilayah,

Bank Simpanan Nasional, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB),

Peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Khidmat Nasihat dan Perundingan

Khidmat dan perundingan boleh didapati daripada Skim khidmat pakar

perunding MARA, Bahagian Pembagunan Infrastruktur Perniagaan (BPI), Persatuan

IKS Malaysia, dan Seksyen Pembagunan Industri Kecil Sederhana. Majlis Amanah

Rakyat (MARA). Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah agensi Kerajaan yang

ditubuhkan untuk menggalak, membimbing dan melatih penduduk Bumiputera,

khususnya di luar bandar, supaya menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan.

Berikut adalah program latihan dan pembangunan usahawan yang disediakan oleh

MARA:

Latihan Keusahawanan

Skim Latihan perintisan

Program promosi pemasaran

Page 15: ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan

8. Rumusan

Secara tuntasnya industri kecil dan sederhana (IKS) ini memainkan peranan

yang lebih penting dalam memacu pertumbuhan dan pernangunan ekonomi, iks perlu

secara berterusan menyusun strategi perniagaan dan menyesuaikan untuk

menghadapi suasana ekonomi serantau dan global yang sentiasa berubah. Para

pegusaha IKS perlu lebih bijak merebut peluang yang terbuka luas dalam memajukan

taraf hidup sendiri sekaligus memajukan ekonomi negara Malaysia. Para pengusaha

haruslah membentuk perkongsian strategik dengan perusahaan perniagaan besar dan

antarabangsa untuk terus berdaya saing dan membina budaya inovasi dan

keusahawanan yang mendorong kepada perkembangan keupayaan yang kukuh bagi

mewujudkan permintaan yang tinggi terhadap produk yang dikeluarkan dan

perkhidmatan yang disediakan. Pada masa yang sama, integrasi dengan peserta

global akan membolehkan kapasiti dan keupayaan dipertingkatkan serta memberikan

kesan berganda dan limpahan yang meluas dalam ekonomi keluarga, masyarakat dan

negara.

Page 16: ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan

9. Rujukan

1. IKS memacu ekonomi negara, (2013) Dimuat turun daripada

http://pmr.penerangan.gov.my

2. Mohd Asri Abdullah (1997). Pembanguanan Perindustrian Di Malaysia

Perkembangan Dan Permasalahan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti

3. Mohd Asri Abdullah (1997). Tinjauan Terhadap Perkembangan Program

Bantuan Industri Kecil Dan Sederhana Di Malaysia. Shah Alam: Penerbit

Fajar Bakti

4. Muhamad Ridzuan Amin (2009). Perkembangan Ekonomi Di Malaysia

Selangor: Mika Cemerlang

5. Nurulhuda Che Abdullah, & Ramlee Mustapha. (2006) Kajian Kes Usahawan

Tani Industri Sederhana (IKS) Bumiputra Di Negeri Terengganu. Jurnal

Pendidikan Malaysia, 34(2)(2009): 143-165

6. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). Dimuat turun pada 12

September 2015

7. Siti Arni (1997). Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Usahawan

Bumiputera Dalam Sektor Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Di Selangor

Dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Masters thesis, University of

Malaya (unpublished).

8. Thirlwall (1989). The Economics of Growth and Development. Journal of

Economic Issues Vol. 25 (1) (1991): 241-243.

9. Norliza (Utusan 24 Februari 2013). [email protected]

10. http://pts.com.my/berita/sistem-sokongan-bagi-perniagaan-kecil

Page 17: ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan

Lampiran:

ARKIB : 08/04/2013

Produk bermutu tarik pelancong

Oleh SITTI NOR AZIZAH TALATA

[email protected]

Jamawi Jaafar (kanan) dan Dayang Khatijah (tengah) semasa meninjau persiapan

Karnival IKS di Padang Bandaran Tenom, baru-baru ini. TENOM 7 April - Pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS), khususnya di kawasan

pedalaman disarankan merebut peluang bagi memperbanyakkan pengeluaran produk

bermutu termasuk hasil kraf tangan berciri tempatan. Exco Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, produk tempatan yang berkualiti akan

memberikan kelebihan kepada pengusaha IKS mengembangkan perniagaan mereka,

sekali gus menembusi pasaran luar negara. Menurutnya, ini juga berfungsi sebagai daya tarikan kepada pelancong dalam dan luar

negara untuk berkunjung ke Sabah, khususnya daerah Tenom. "Oleh itu, kita menggalakkan pengusaha IKS mengambil kesempatan mempromosikan

produk mereka sempena Karnival Usahawan IKS yang berlangsung di Padang

Bandaran Tenom selama tiga hari sehingga Ahad ini," katanya ketika ditemui semasa

meninjau tapak karnival IKS di Padang Bandaran di sini baru-baru ini.

Page 18: ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan

Jamawi berkata, karnival anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Sabah bersama

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu merupakan platform terbaik

untuk mengetengahkan produk tempatan berasaskan pertanian, selain hasil kraf

tangan unik sebagai cenderamata bagi tarikan pelancong.

Katanya, karnival yang diadakan ini adalah sebagai medan untuk memasarkan produk

masing-masing dan bagi orang ramai, mereka boleh membeli produk berkaitan sebagai

sokongan kepada para pengusaha IKS di negeri ini. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil negeri, Dayang

Khatijah Datu Bakhtial berkata, karnival tersebut membabitkan lebih 50 gerai.

"Kami berharap karnival ini dapat mendedahkan pengunjung luar termasuk pelancong

asing tentang kekayaan serta keunikan produk kraf tangan tempatan," ujarnya

Page 19: ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan

ARKIB : 24/02/2013

RM50.5j bantu usahawan kecil Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA

[email protected]

SEBAHAGIAN usahawan menunjukkan cek pembiayaan Yayasan Tekun Nasional

bersama Mohd. Ali Rustam (depan, empat dari kiri) pada Festival Industri Kecil

Sederhana 2013 di Kota Fesyen, MITC, Melaka, semalam. - MINGGUAN/GAIE UCHEL MELAKA 23 Feb. - Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Yayasan Tekun Nasional (YTN)

memperuntukkan sehingga RM50.5 juta bagi program pembiayaan kemajuan

perniagaan usahawan kecil di negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pembiayaan yang diperuntukkan

oleh kedua-dua agensi kerajaan itu pada tahun ini melibatkan sejumlah RM30.5 juta

oleh Mara manakala RM20 juta lagi oleh YTN. "Selain Mara, YTN adalah antara agensi yang banyak memberikan bantuan pinjaman

kepada pengusaha di negeri ini. "Pada tahun lalu, seramai 1,393 orang pengusaha telah direkodkan sebagai

penerima pinjaman YTN berjumlah RM15.9 juta dan pada tahun ini agensi itu

memperuntukkan sehingga RM20 juta sebagai bantuan pinjaman kepada usahawan. "Sudah tentu peningkatan peruntukan ini adalah satu berita gembira kepada

golongan usahawan dan sewajarnya mereka mengambil peluang yang telah

Page 20: ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan

disediakan," katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Industri Kecil Sederhana

(FIKS) 2013 di Kota Fesyen, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini

hari ini. Yang turut hadir Pengurus Bahagian Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Jabatan

Ketua Menteri Melaka, Azlieza Azizan dan Rektor Universiti Teknologi Mara

(UiTM) Melaka, Prof. Madya Mohd. Adnan Hashim. Program anjuran UiTM dan PKS itu berjaya menarik lebih 20 usahawan yang

berkemahiran dalam bidang keusahawanan bukan sahaja dari segi promosi,

malah kualiti pembungkusan. Pada majlis yang sama, seramai 14 usahawan menerima cek pembiayaan

YTN berjumlah RM167,000. Menurut Mohd. Ali, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut

membantu perkembangan perniagaan usahawan di negeri ini khususnya

dalam memasarkan produk pertanian dan industri asas tani. "Daripada rekod yang diperoleh, pada tahun lalu seramai 228 peniaga dan telah

menerima manfaat bantuan ruang pasaran oleh FAMA di pasar-pasar tani manakala 202 orang dan peningkatan industri asas tani seramai 202 orang," katanya

Page 21: ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan

ARKIB : 18/02/2013

Pengusaha IKS diberi peralatan

Oleh ZULHISHAM ISAHAK

[email protected]

ABDUL Ghani Othman memperkatakan sesuatu kepada penerima Bantuan Program

Galakan Usahawan di tapak pasar malam pekan Serom, Serom 3, Ledang, baru-baru

ini. LEDANG 17 Feb. - Seramai 81 penerima Bantuan Program Galakan Usahawan

Jabatan Pertanian negeri di tapak pasar malam pekan Serom, Serom 3 di sini kelmarin,

berazam meningkatkan produktiviti melalui bantuan mesin, peralatan dan insentif yang

diterima. Menurut mereka, bantuan itu membuktikan kerajaan negeri serius membangunkan

sektor pertanian selain menunjukkan keprihatinan terhadap pengusaha industri kecil

dan sederhana (IKS) serta petani walaupun negeri ini terkenal dengan sektor

perkhidmatannya. Seorang penerima, Sadeli Katimin, 43, dari Parit Haji Idris, Bukit Gambir di sini

mendapat sebuah mesin memerah santan bagi memudahkannya memproses dodol

yang diusahakannya sejak dua tahun lalu.

Page 22: ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN ... · sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan

Beliau yang menerajui syarikat SMTC Impian Bonda Enterprise yang

memasarkan dodol ke Muar dan Batu Pahat berkata, mesin berharga RM6,000

itu mampu menambah kuantiti pengeluaran kuih tradisional tersebut. "Jika sebelum ini pembuatan dodol agak lambat kerana saya terpaksa parut dan

kisar sendiri kelapa dan kemudian memerahnya, ini memakan masa untuk

menghasilkan dodol. Dengan adanya mesin ini ia mempercepatkan

pembuatannya. "Diharap dengan adanya mesin ini akan dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan saya. Jika tidak ada permintaan dodol, saya juga menjual santan di Pasar Tani Bukit Gambir. Saya bercadang menambah mesin ini kerana permintaan

dodol semakin meningkat," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom merasmikan majlis melibatkan 81 penerima dengan 13

daripada mereka menerima bantuan projek IKS dan selebihnya menerima

insentif Program Meningkat Pengeluaran Tanaman Makanan. Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Ab. Aziz Kaprawi; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, M. Asojan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang.

Norwati Jani, 58, dari Parit Jarum Darat, turut bersyukur kerana terpilih menerima

sebuah mesin pemotong rumput kerana dapat meringankan bebannya yang

sebelum ini terpaksa memotong sendiri rumput untuk kambing peliharaan. Ibu kepada lima anak itu berkata, dia sudah lama merancang mendapatkan mesin

berharga RM4,000 itu supaya urusan penyediaan rumput sebagai makanan lebih

100 ekor kambing dapat dilakukan dengan cepat. "Mesin ini menjimatkan tenaga kerana sebelum ini dua pekerja diperlukan untuk

memotong rumput sebelum boleh diberi makan kepada kambing. Mesin ini

memotong rumput secara lebih halus berbanding kaedah biasa," katanya.