individ u

22
BMK 3043 - SENI MENGARANG KUMPULAN D TUGASAN INDIVIDU TAJUK: MAHASISWA DAN PERNIAGAAN DISEDIAKAN OLEH NAMA NO MATRIK SITI NUR AZIRA BINTI IBRAHIM D20111048432 DISEDIAKAN UNTUK MARLINI BINTI IDRIS

Upload: cikgu-siti

Post on 28-Sep-2015

14 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

artikel

TRANSCRIPT

  • BMK 3043 - SENI MENGARANG

    KUMPULAN D

    TUGASAN INDIVIDU

    TAJUK: MAHASISWA DAN PERNIAGAAN

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO MATRIK

    SITI NUR AZIRA BINTI IBRAHIM D20111048432

    DISEDIAKAN UNTUK

    MARLINI BINTI IDRIS

  • 1.0 KARANGAN

    MAHASISWA DAN PERNIAGAAN

    Umumnya, mahasiswa merupakan golongan cerdik pandai yang dianggap sebagai

    pemangkin kepada kemajuan negara. Menurut kamus dewan edisi keempat, mahasiswa

    ialah pelajar yang menuntut di peringkat pengajian tinggi sama ada di institusi pendidikan

    awam mahupun swasta. Kita sedia maklum bahawa tugas mahasiswa adalah untuk

    belajar dan mereka mempunyai kepakaran yang tertentu berkaitan dengan bidang yang

    mereka pelajari. Namun begitu, tahukah kita bahawa mahasiswa turut terlibat dalam

    perniagaan? Pada hari ini, mahasiswa dilihat semakin aktif melibatkan diri dalam aktiviti

    perniagaan. Pertumbuhan mahasiswa dalam aktiviti perniagaan seperti cendawan tumbuh

    selepas hujan. Pada awalnya, penglibatan mahasiswa dalam perniagaan diibaratkan

    seperti berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak. Ertinya, mahasiswa

    menceburkan diri dalam arena perniagaan hanya disebabkan oleh mereka belum

    mendapat pekerjaan yang tetap. Walau bagaimanapun, penglibatan mahasiswa dalam

    perniagaan semakin serius kerana wujudnya banyak faktor penarik yang lain.

    Antara pencetus kepada penglibatan ini ialah faktor dalaman yakni minat mahasiswa

    itu sendiri. Aktiviti perniagaan boleh dikatakan merupakan impian dan cita-cita

    mahasiswa tersebut. Hal ini demikian kerana walaupun mereka belajar dalam bidang-

    bidang tertentu yang tidak berkaitan dengan bidang perniagaan namun mereka juga

    minat untuk berniaga. Menurut Nor Aishah Buang (2002), latar belakang keluarga

    mereka yang terdiri daripada mereka yang terlibat dengan perniagaan mungkin

    menggalakkan minat mahasiswa untuk berniaga. Umum mengetahui bahawa minat

    yang tersemai akan membawa kepada kesungguhan dan kecekalan. Utusan Melayu

    terbitan 23 Oktober 2013 telah memaparkan artikel yang dihasilkan oleh Ahmad Ibrahim

    (Profesor Madya Universiti Islam Antarabangsa) yang memberi pendedahan mengenai

    semangat dan minat mahasiswa untuk meneroka bidang perniagaan. Penelitian yang

    dijalankan mendapati bahawa peratusan mahasiswa yang terlibat dengan perniagaan

    kerana minat adalah amat tinggi berbanding faktor-faktor lain. Dengan demikian,

    seseorang mahasiswa akan menglibatkan diri secara lebih aktif dan serius.

  • Mahasiswa bukan sahaja melibatkan diri dalam pernigaan untuk mengaut keuntungan

    semata-mata. Sebaliknya, mereka juga melibatkan diri kerana beribadah. Hal ini demikian

    kerana, berniaga merupakan amalan yang digalakkan oleh agama Islam. Agama lain

    juga menggalakkan pengikutnya untuk berusaha mencapai kejayaan. Kita haruslah sedar

    bahawa usaha amat penting bagi memperolehi kejayaan seperti kata pepatah, dimana ada

    kemahuan, disitu ada jalan. Kita melihat bahawa mahasiswa yang berniaga bukanlah

    hanya untuk suka-suka malah untuk berjaya dalam jangka masa panjang (Khaairuddin

    Khalil, 2003). Bidang perniagaan merupakan salah satu cabang kejayaan yang seharusnya

    diteroka. Sehubugan dengan itu, Islam amat menggalakkan umatnya untuk melibatkan

    diri dengan perniagaan. Nabi Muhammad SAW sendiri telah mengikuti bapa saudaranya

    Abdul Mutalib untuk berniaga ke Sham pada usia yang masih muda iaitu pada umur 12

    tahun. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

    Pedagang yang jujur dan amanah akan bersama dengan para Nabi, Siddiqin dan

    para Syuhada.

    (al-Tirmidhi)

    Oleh itu, mahasiswa yang sedar mengenai perkara ini terdorong untuk berniaga bagi

    menunaikan tuntutan agama. Dapatlah dikatakan bahawa faktor dorongan daripada

    agama dan kepercayaan juga telah menggalakkan perkembangan mahasiswa dalam

    perniagaan.

    Selain itu, sedarkah kita bahawa kerajaan turut menjadi faktor penarik dalam

    menggalakkan mahasiswa menceburi bidang perniagaan? Kerajaan sememangnya

    merupakan salah satu faktor penarik kepada penglibatan mahasiswa dalam perniagaan.

    Dalam proses membentuk Negara maju 2020, mahasiswa dianggap sebagai harta dan

    aset terpenting kerajaan. Perniagaan pula dianggap sebagai batu loncatan kepada

    perkembangan taraf hidup masyarakat. Menyedari hal ini, kerajaan menggalakkan

    penyertaaan golongan yang berpendidikan iaitu golongan mahasiswa untuk

    berkecimpung dalam arena perniagaan. Dalam merealisasikan impian ini, kerajaan

    berusaha untuk mewujudkan budaya usahawan dalam kalangan mahasiswa. Buktinya,

    kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan telah melancarkan Program

    Pembangunan Usahawan Siswa (PPUS) dan Program Keusahawanan Siswazah

    Berwibawa (PKSB) yang diperkenalkan sejak tahun 1997 lagi. Memandangkan

    perancangan yang teliti telah dirancang oleh Kerajaan, maka tidak menghairankan

  • perancangan yang dilaksanakan membuahkan hasil apabila mahasiswa semakin aktif

    dalam bidang perniagaan.

    Tidak dapat dinafikan lagi bahawa mahasiswa dan perniagaan mempunyai hubungan

    yang saling berkait. Kalau dahulu, tanggungjwab yang digalas oleh mahasiswa adalah

    menjadi golongan intektual tetapi kini peranan mahasiswa semakin universal. Hal ini

    demikian kerana, mereka diberi peluang dan ruang untuk berkembang menjadi usahawan.

    Jika diteliti, sebelum ini mahasiswa kurang didedahkan mengenai penggunaan internet.

    Kebanyakkan daripada mereka menggunakan mesin taip. Namun demikian, pada hari ini

    setiap mahasiwa pastinya memiliki komputer riba. Perubahan teknologi ini telah menjadi

    laluan kepada mahasiswa untuk berniaga. Penggunaan facebook, skype, instagram, twitter

    yang meluas ini telah menjadi strategi dalam mememperkembangkan perniagaan mereka.

    Wujudnya penggunaan teknologi seperti internet telah membantu perkembangan

    mahasiswa dalam perniagaan.

    Masyarakat sering kali beranggapan bahawa mahasiswa merupakan mereka yang

    tidak mempunyai pendapatan yang stabil. Hal ini demikian kerana, sumber kewangan

    mahasiswa yang masih lagi menyambungkan pelajaran adalah bergantung kepada

    pinjaman dan biasiswa semata-mata. Di dalam buku, Nota Jutawan Nota Perniagaan

    yang dihasilkan oleh Irfan Khairi terdapat pendedahan bahawa seseorang mahasiswa

    mempunyai peluang yang besar utuk bergelar jutawan. Pada usia yang masih muda dan

    mentah, golongan mahasiswa berpotensi besar untuk menjadi jutawan. Hal ini demikian

    kerana golongan mahasiswa mempunyai pengetahuan dan bijak merancang. Ini

    dikukuhkan lagi apabila Irfan Khairi berjaya menjadi jutawan muda selepas perniagaan

    internetnya mendapat sambutan yang luar biasa walhal pada masa tersebut beliau masih

    bergelar pelajar di United Kingdom. Kejayaan yang diperolehi ini telah menjadi contoh

    sekali gus menguatkan tekad mahasiswa untuk meceburi bidang perniagaan.

    Di samping itu, bidang perniagaan yang menawarkan hasil dan keuntungan yang

    tinggi kepada mahasiswa telah menarik penglibatan dalam bidang ini. Mahasiswa

    berlumba-lumba untuk menglibatkan diri dalam perniagaan. Keperluan dan taraf hidup

    yang tinggi dalam meneruskan pengajian menyebabkan mereka tidak mempunyai

    pendapatan yang cukup walaupun pinjaman diberikan. Ini menyebabkan mereka berusaha

    untuk mencari duit saku lebih dan perniagaan dilihat merupakan satu cabang yang mudah

  • untuk mendapatkan keuntungan. Mahasiswa amat memerlukan duit yang banyak dalam

    meneruskan pengajian kerana walaupun duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya

    memerlukan duit. Jelaslah bahawa hasil dan keuntungan yang tinggi merupakan penyebab

    penglibatan mahasiswa dalam perniagaan.

    Natijahnya, mahasiswa dan perniagaan bukanlah sesuatu perkara yang baru.Amalan

    pembudayaan perniagaan oleh mahasiswa telah menggalakkan perkembangan yang pesat

    kepada pertumbuhan ekonomi Negara. Ini diseababkan oleh banyak faktor yang

    menyebabkan mahasiswa berminat untuk berniaga. Oleh itu, dapatlah disimpulkan

    bahawa terdapat banyak faktor yang menyebabkan mahasiswa menceburkan diri dalam

    perniagaan. Hakikatnya, jika masa diberikan dengan adil maka penglibatan mahasiswa

    dalam perniagaan bukan sahaja membawa keuntungan kepada diri sendiri, keluarga

    malah keuntungan kepada negara bangsa dan agama.

  • 2.0 ANALISIS TEKS KARANGAN

    2.1 BENTUK PEMERENGGANAN

    Dalam menghasilkan karangan ini, pengarang telah menggunakan beberapa bentuk

    pemerengganan yang berbeza. Antaranya, bentuk pemerengganan yang digunakan ialah

    bentuk perengan deduktif. Perenggan deduktif atau lebih dikenali sebagai perenggan

    piramid terbalik bermula dengan ayat topik yang mendukung idea utama. Perkara ini

    dikemukakan pada bahagian awal perenggan. Ayat-ayat penyangga pula mendukung idea-

    idea sokongan sama ada bebentuk penjelasan dan pembuktian dikemudiankan. Tujuan

    pengarang menggunakan bentuk pemerengganan ini adalah kerana pengarang ingin

    menyatakan pernyataan umum terlebih dahulu dan kemudiannya membawa kepada

    pernyataan yang lebih khusus.

    Contoh:

    Antara pencetus kepada penglibatan ini ialah faktor dalaman yakni minat

    mahasiswa itu sendiri. Aktiviti perniagaan boleh dikatakan merupakan impian dan

    cita-cita mahasiswa tersebut. Hal ini demikian kerana walaupun mereka belajar dalam

    bidang-bidang tertentu yang tidak berkaitan dengan bidang perniagaan namun mereka

    juga minat untuk berniaga. Latar belakang keluarga mereka yang terdiri daripada

    mereka yang terlibat dengan perniagaan mungkin menggalakkan minat mahasiswa

    untuk berniaga. Umum mengetahui bahawa minat yang tersemai akan membawa

    kepada kesungguhan dan kecekalan. Utusan Melayu terbitan 23 Oktober 2013 telah

    memaparkan artikel yang dihasilkan oleh Ahmad Ibrahim (Profesor Madya Universiti

    Islam Antarabangsa) yang memberi pendedahan mengenai semangat dan minat

    mahasiswa untuk meneroka bidang perniagaan. Penelitian yang dijalankan mendapati

    bahawa peratusan mahasiswa yang terlibat dengan perniagaan kerana minat adalah

    amat tinggi berbanding faktor-faktor lain. Dengan demikian, seseorang mahasiswa

    akan menglibatkan diri secara lebih aktif dan serius.

  • Selain itu, pengarang turut menggunakan bentuk pemerengganan induktif. Bentuk

    pemerengganan induktif disusun dengan berbeza dengan perenggan deduktif. Pengarang

    mengunakan bentuk perenggan induktif bagi menjelaskan hal-hal khusus dan diakhiri dengan

    pernyataan umum. Ayat topik diletakkan pada bahagian akhir perenggan.

    Contoh:

    Tidak dapat dinafikan lagi bahawa mahasiswa dan perniagaan mempunyai hubungan

    yang saling berkait. Kalau dahulu, tanggungjwab yang digalas oleh mahasiswa adalah

    menjadi golongan intektual tetapi kini peranan mahasiswa semakin universal. Hal ini

    demikian kerana, mereka diberi peluang dan ruang untuk berkembang menjadi

    usahawan. Jika diteliti, sebelum ini mahasiswa kurang didedahkan mengenai

    penggunaan internet. Kebanyakkan daripada mereka menggunakan mesin taip.

    Namun demikian, pada hari ini setiap mahasiwa pastinya memiliki komputer riba.

    Perubahan teknologi ini telah menjadi laluan kepada mahasiswa untuk berniaga.

    Penggunaan facebook, skype, instagram, twitter yang meluas ini telah menjadi

    strategi dalam mememperkembangkan perniagaan mereka. Wujudnya penggunaan

    teknologi seperti internet telah membantu perkembangan mahasiswa dalam

    perniagaan.

    Bentuk pemerengganan yang digunakan juga ialah perenggan deduktif-induktif.

    Perenggan ini digunakan kerana pengarang ingin menggabungkan deduktif dan induktif di

    mana ayat topik terletak di awal perenggan dan di akhir perenggan.

    Contoh:

    Di samping itu, bidang perniagaan yang menawarkan hasil dan keuntungan yang

    tinggi kepada mahasiswa telah menarik penglibatan dalam bidang ini. Mahasiswa

    berlumba-lumba untuk menglibatkan diri dalam perniagaan. Keperluan dan taraf hidup

    yang tinggi dalam meneruskan pengajian menyebabkan mereka tidak mempunyai

    pendapatan yang cukup walaupun pinjaman diberikan. Ini menyebabkan mereka berusaha

    untuk mencari duit saku lebih dan perniagaan dilihat merupakan satu cabang yang mudah

    untuk mendapatkan keuntungan. Mahasiswa amat memerlukan duit yang banyak dalam

    meneruskan pengajian kerana walaupun duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya

    memerlukan duit. Jelaslah bahawa hasil dan keuntungan yang tinggi merupakan

    penyebab penglibatan mahasiswa dalam perniagaan.

  • Akhir sekali, pengarang turut menggunakan perenggan segi empat tepat. Bentuk

    pemerengganan ini bertujuan ayat topik dan ayat penyangga akan dapat saling

    melengkapi. Hal ini demikian kerana kebanyakkan susunan ayat dan isi perenggan adalah

    sama penting bermula dari awal hingga akhir perenggan.

    Contoh:

    Selain itu, sedarkah kita bahawa kerajaan turut menjadi faktor penarik dalam

    menggalakkan mahasiswa menceburi bidang perniagaan? Dalam proses membentuk

    Negara maju 2020, mahasiswa dianggap sebagai harta dan aset terpenting kerajaan.

    Perniagaan pula dianggap sebagai batu loncatan kepada perkembangan taraf hidup

    masyarakat. Menyedari hal ini, kerajaan menggalakkan penyertaaan golongan yang

    berpendidikan iaitu golongan mahasiswa untuk berkecimpung dalam arena perniagaan

    (AYAT TOPIK). Dalam merealisasikan impian ini, kerajaan berusaha untuk

    mewujudkan budaya usahawan dalam kalangan mahasiswa (AYAT PENYANGGA

    UTAMA). Buktinya, kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan telah

    melancarkan Program Pembangunan Usahawan Siswa (PPUS) dan Program

    Keusahawanan Siswazah Berwibawa (PKSB) yang diperkenalkan sejak tahun 1997

    lagi (AYAT PENYANGGA KECIL). Memandangkan perancangan yang teliti telah

    dirancang oleh Kerajaan, maka tidak menghairankan perancangan yang dilaksanakan

    membuahkan hasil apabila mahasiswa semakin aktif dalam bidang perniagaan

    (AYAT KESIMPULAN).

  • 2.2 STRATEGI PEMERENGGANAN

    Secara umumnya, pengarang turut menggunakan strategi pemerengganan yang

    berbeza bagi menghasilkan satu karangan yang menarik untuk dibaca. Antara strategi

    pemerengganan yang digunakan dalam karangan ini ialah:

    a) Teknik percontohan

    Pengarang menggunakan teknik pencontohan bagi mengukuhkan lagi fakta dan memberi

    gambaran yang lepas jelas mengenai huraian isi.

    Contoh:

    Pada usia yang masih muda dan mentah, golongan mahasiswa berpotensi besar untuk

    menjadi jutawan. Hal ini demikian kerana golongan mahasiswa mempunyai pengetahuan

    dan bijak merancang. Ini dikukuhkan lagi apabila Irfan Khairi berjaya menjadi

    jutawan muda selepas perniagaan internetnya mendapat sambutan yang luar biasa

    walhal pada masa tersebut beliau masih bergelar pelajar di United Kingdom.

    Kejayaan yang diperolehi ini telah menjadi contoh sekali gus menguatkan tekad

    mahasiswa untuk meceburi bidang perniagaan.

    b) Teknik Perbandingan

    Pengarang memilih teknik perbandingan bagi memperlihatkan pandangan dan idea lain yang

    ingin dikemukakan.

    Contoh:

    Mahasiswa bukan sahaja melibatkan diri dalam pernigaan untuk mengaut keuntungan

    semata-mata. Sebaliknya, mereka juga melibatkan diri kerana beribadah. Hal ini

    demikian kerana, berniaga merupakan amalan yang digalakkan oleh agama Islam.

    Agama lain juga menggalakkan pengikutnya untuk berusaha mencapai kejayaan.

  • c) Teknik pentakrifan/ Definisi

    Teknik pentakrifan yang digunaka adalah bertujua memeperjelaskan lagi dengan lebih

    terperinci mengenai sesuatu istilah.

    Contoh:

    Umumnya, mahasiswa merupakan golongan cerdik pandai yang dianggap sebagai

    pemangkin kepada kemajuan negara. Menurut kamus dewan edisi keempat,

    mahasiswa ialah pelajar yang menuntut di peringkat pengajian tinggi sama ada

    di institusi pendidikan awam mahupun swasta. Kita sedia maklum bahawa tugas

    mahasiswa adalah untuk belajar dan mereka mempunyai kepakaran yang tertentu

    berkaitan dengan bidang yang mereka pelajari.

    d) Teknik Soalan-Jawapan

    Dalam menghasilkan penulisan ini, pengarang telah menggunakan teknik soalan-jawpam.

    Pengarang ingin supaya pembaca tertanya-tanya dan berminat untuk mebaca idea yang

    dikemukakan berdasarkan persoalan tesebut.

    Contoh:

    Selain itu, sedarkah kita bahawa kerajaan turut menjadi faktor penarik dalam

    menggalakkan mahasiswa menceburi bidang perniagaan? Kerajaan sememangnya

    merupakan salah satu faktor penarik kepada penglibatan mahasiswa dalam

    perniagaan. Dalam proses membentuk Negara maju 2020, mahasiswa dianggap

    sebagai harta dan aset terpenting kerajaan. Perniagaan pula dianggap sebagai batu

    loncatan kepada perkembangan taraf hidup masyarakat. Menyedari hal ini, kerajaan

    menggalakkan penyertaaan golongan yang berpendidikan iaitu golongan mahasiswa

    untuk berkecimpung dalam arena perniagaan. Dalam merealisasikan impian ini,

    kerajaan berusaha untuk mewujudkan budaya usahawan dalam kalangan mahasiswa.

  • e) Teknik Kenyataan Luar Dugaan

    Teknik ini dipilih kerana teknik ini dapat menarik minat pembaca untuk membaca

    sesuatu penulisan. Berdasarkan contoh dibawah, dinyatakan bahawa mahasiswa berpotensi

    menjadi jutawan. Kenyataan yang dikemukakan adalah sesuatu perkara yang mengejutkan

    kerana tidak ramai yang mengetahui perkara ini.

    Contoh:

    Di dalam buku Nota Jutawan Nota Perniagaan yang dihasilkan oleh Irfan Khairi

    terdapat pendedahan bahawa seseorang mahasiswa mempunyai peluang yang besar

    utuk bergelar jutawan. Pada usia yang masih muda dan mentah, golongan

    mahasiswa berpotensi besar untuk menjadi jutawan. Hal ini demikian kerana

    golongan mahasiswa mempunyai pengetahuan dan bijak merancang. Ini dikukuhkan

    lagi apabila Irfan Khairi berjaya menjadi jutawan muda selepas perniagaan

    internetnya mendapat sambutan yang luar biasa walhal pada masa tersebut beliau

    masih bergelar pelajar di United Kingdom. Kejayaan yang diperolehi ini telah

    menjadi contoh sekali gus menguatkan tekad mahasiswa untuk meceburi bidang

    perniagaan.

    f) Teknik Kontras Masa

    Salah satu daripada strategi pemerengganan yang dilakukan ialah strategi

    pemerengganan teknik kontras masa. Strategi pemerenggan ini adalah penting dalam

    menunjukkan dan membuktikan perbezaan idea penulis.

    Contoh:

    Tidak dapat dinafikan lagi bahawa mahasiswa dan perniagaan mempunyai hubungan

    yang saling berkait. Kalau dahulu, tanggungjwab yang digalas oleh mahasiswa

    adalah menjadi golongan intektual tetapi kini peranan mahasiswa semakin universal.

    Hal ini demikian kerana, mereka diberi peluang dan ruang untuk berkembang menjadi

    usahawan. Jika diteliti, sebelum ini mahasiswa kurang didedahkan mengenai

  • penggunaan internet. Kebanyakkan daripada mereka menggunakan mesin taip.

    Namun demikian, pada hari ini setiap mahasiwa pastinya memiliki komputer riba.

    g) Teknik penglibatan pembaca

    Teknik penglibatan pembaca dipilih kerana penulis ingin memberikan pendedahan

    dan melibatkan pembaca untuk turut sama menyelami persoalan yang dikemukakan.

    Contoh:

    Umumnya, mahasiswa merupakan golongan cerdik pandai yang dianggap sebagai

    pemangkin kepada kemajuan negara. Menurut kamus dewan edisi keempat,

    mahasiswa ialah pelajar yang menuntut di peringkat pengajian tinggi sama ada di

    institusi pendidikan awam mahupun swasta. Kita sedia maklum bahawa tugas

    mahasiswa adalah untuk belajar dan mereka mempunyai kepakaran yang tertentu

    berkaitan dengan bidang yang mereka pelajari. Namun begitu, tahukah kita bahawa

    mahasiswa turut terlibat dalam perniagaan?

    h) Teknik falsafah

    Teknik falafah dipilih kerana teknik ini mampu memberi gambaran kepada idea utama.

    Contoh:

    Umumnya, mahasiswa merupakan golongan cerdik pandai yang dianggap sebagai

    pemangkin kepada kemajuan negara. Menurut kamus dewan edisi keempat,

    mahasiswa ialah pelajar yang menuntut di peringkat pengajian tinggi sama ada di

    institusi pendidikan awam mahupun swasta. Kita sedia maklum bahawa tugas

    mahasiswa adalah untuk belajar dan mereka mempunyai kepakaran yang tertentu

    berkaitan dengan bidang yang mereka pelajari. Namun begitu, tahukah kita bahawa

    mahasiswa turut terlibat dalam perniagaan? Pada hari ini, mahasiswa dilihat semakin

    aktif melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan. Pertumbuhan mahasiswa dalam

    aktiviti perniagaan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Pada awalnya,

    penglibatan mahasiswa dalam perniagaan diibaratkan seperti berjagung-jagung

    dahulu sementara menanti padi masak. Ertinya, mahasiswa menceburkan diri

    dalam arena perniagaan hanya disebabkan oleh mereka belum mendapat pekerjaan

  • yang tetap. Walau bagaimanapun, penglibatan mahasiswa dalam perniagaan semakin

    serius kerana wujudnya banyak faktor penarik yang lain.

    2.3 GAYA BAHASA

    Analisis yang dijalankan juga melibatkan penggunaan gaya bahasa dalam karangan

    tersebut. Dalam penganalisisan ini melibatkan retorik, stilistik, gaya bahasa dan sebagainya.

    i) Pendekatan penulisan (Retorik)

    Pengarang telah menggunakan beberapa pendekatan retorik dalam menghasilkan

    karangan ini. Pendekatan retorik yang digunakan antaranya adalah retorik pendedahan.

    Retorik pendedahan digunakan bagi memberi pemahaman kepada pembaca. Hal ini

    demikian kerana idea yang disampaikan kepada pengarang haruslah dipindahkan dengan

    berkesan. Contohnya,

    Masyarakat sering kali beranggapan bahawa mahasiswa merupakan mereka yang

    tidak mempunyai pendapatan yang stabil. Hal ini demikian kerana, sumber kewangan

    mahasiswa yang masih lagi menyambungkan pelajaran adalah bergantung kepada

    pinjaman dan biasiswa semata-mata. Di dalam buku nota jutawan nota perniagaan

    yang dihasilkan oleh Irfan Khairi terdapat pendedahan bahawa seseorang mahasiswa

    mempunyai peluang yang besar utuk bergelar jutawan. Pada usia yang masih muda

    dan mentah, golongan mahasiswa berpotensi besar untuk menjadi jutawan. Hal ini

    demikian kerana golongan mahasiswa mempunyai pengetahuan dan bijak merancang.

    Ini dikukuhkan lagi apabila Irfan Khairi berjaya menjadi jutawan muda selepas

    perniagaan internetnya mendapat sambutan yang luar biasa walhal pada masa tersebut

    beliau masih bergelar pelajar di United Kingdom. Kejayaan yang diperolehi ini telah

    menjadi contoh sekali gus menguatkan tekad mahasiswa untuk meceburi bidang

    perniagaan.

    Pengarang telah menggunakan teknik penyampaian idea retorik pendedahan secara

    percontohan.

    Di samping itu, pengarang turut menggunakan retorik penghujahan bagi

    membuktikan dan memberi alas an yang kukuh kepada pembaca. Pengarang telah

    menggunakan fakta-fakta dan alasan yang logik dalam menyakinkan pembaca terhadap

    idea yang dikemukakan. Contoh:

  • Dalam merealisasikan impian ini, kerajaan berusaha untuk mewujudkan budaya

    usahawan dalam kalangan mahasiswa. Buktinya, kerajaan di bawah Kementerian

    Pembangunan Usahawan telah melancarkan program pembangunan usahawan siswa

    (PPUS) dan program keusahawanan Siswazah berwibawa (PKSB) yang

    diperkenalkan sejak tahun 1997 lagi. Memandangkan perancangan yang teliti telah

    dirancang oleh Kerajaan, maka tidak menghairankan perancangan yang dilaksanakan

    membuahkan hasil apabila mahasiswa semakin aktif dalam bidang perniagaan.

    ii) Laras Bahasa

    Laras bahasa ialah penggunaan bahasa mengikut bidang penggunaannya. Oleh itu,

    penggunaan laras bahasa yang sesuai juga penting dalam karangan ini. Antara laras bahasa

    yang digunakan ialah laras bahasa umum. Laras bahasa umum digunakan bagi

    menerangkan sesuatu topic khas kepada pembaca yang bukan pakar dalam bidang tersebut.

    Contoh:

    Di samping itu, bidang perniagaan yang menawarkan hasil dan keuntungan yang

    tinggi kepada mahasiswa telah menarik penglibatan dalam bidang ini. Mahasiswa

    berlumba-lumba untuk menglibatkan diri dalam perniagaan. Keperluan dan taraf

    hidup yang tinggi dalam meneruskan pengajian menyebabkan mereka tidak

    mempunyai pendapatan yang cukup walaupun pinjaman diberikan. Ini menyebabkan

    mereka berusaha untuk mencari duit saku lebih dan perniagaan dilihat merupakan satu

    cabang yang mudah untuk mendapatkan keuntungan. Mahasiswa amat memerlukan

    duit yang banyak dalam meneruskan pengajian kerana walaupun duit bukan segala-

    galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit. Jelaslah bahawa hasil dan keuntungan

    yang tinggi merupakan penyebab penglibatan mahasiswa dalam perniagaan.

    Seterusnya, laras agama juga terkandung dalam karangan ini. Laras agama bertujuan

    bagi menjelaskan lagi idea utama. Contohnya:

    Kita melihat bahawa mahasiswa yang berniaga bukanlah hanya untuk suka-suka

    malah untuk berjaya dalam jangka masa panjang. Bidang perniagaan merupakan salah

    satu cabang kejayaan yang seharusnya diteroka. Sehubugan dengan itu, Islam amat

    menggalakkan umatnya untuk melibatkan diri dengan perniagaan. Nabi Muhammad

    SAW sendiri telah mengikuti bapa saudaranya Abdul Mutalib untuk berniaga ke

  • Sham pada usia yang masih muda iaitu pada umur 12 tahun. Rasulullah SAW pernah

    bersabda yang bermaksud:

    pedagang yang jujur dan amanah akan bersama dengan para Nabi, Siddiqin dan

    para Syuhada.

    (al-Tirmidhi)

    Terdapat juga penggunaan laras kreatif yang bertujuan untuk menarik minat

    pembaca untuk membaca sesuatu penulisan. Penggunaan laras kreatif boleh didapati dalam

    perenggan dibawah kerana penggunaan gaya bahasa stilistik yang bertujuan menimbulkan

    kesan. Contohnya:

    Pertumbuhan mahasiswa dalam aktiviti perniagaan seperti cendawan tumbuh

    selepas hujan. Pada awalnya, penglibatan mahasiswa dalam perniagaan diibaratkan

    seperti berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak. Ertinya,

    mahasiswa menceburkan diri dalam arena perniagaan hanya disebabkan oleh mereka

    belum mendapat pekerjaan yang tetap. Walau bagaimanapun, penglibatan mahasiswa

    dalam perniagaan semakin serius kerana wujudnya banyak faktor penarik yang lain.

    iii) Stilistik, Skema Dan Majaz

    Stilistik merupakan salah satu cabang dalam ilmu retorika. Stilistik berkait rapat

    dengan gaya bahasa dan teknik mengindahkan bahasa. Antara kategori stilistik yang

    digunakan ialah medium dan wahana. Gaya ini merupakan gaya yang dikaitkan dengan cara

    penggunaan sesuatu bahasa.

    Contoh: Utusan Melayu terbitan 23 Oktober 2013 telah memaparkan artikel yang

    dihasilkan oleh Ahmad Ibrahim (Profesor Madya Universiti Islam Antarabangsa)

    yang memberi pendedahan mengenai semangat dan minat mahasiswa untuk meneroka

    bidang perniagaan.

  • Seterusnya, kategori subjek dan perkara yang melibatkan subjek yang diperkatakan.

    Contohnya, penggunaan gaya falsafah dalam penulisan ini.

    Hakikatnya, jika masa diberikan dengan adil maka penglibatan mahasiswa dalam

    perniagaan bukan sahaja membawa keuntungan kepada diri sendiri dan keluarga

    malah keuntungan kepada negara bangsa dan agama.

    Di samping itu, pengarang turut melibatkan kategori dalam stilistik iaitu kategori

    golongan sasaran. Contoh:

    Kalau dahulu, tanggungjwab yang digalas oleh mahasiswa adalah menjadi golongan

    intektual tetapi kini peranan mahasiswa semakin universal. Hal ini demikian kerana,

    mereka diberi peluang dan ruang untuk berkembang menjadi usahawan. Jika diteliti,

    sebelum ini mahasiswa kurang didedahkan mengenai penggunaan internet.

    Kebanyakkan daripada mereka menggunakan mesin taip. Namun demikian, pada hari

    ini setiap mahasiwa pastinya memiliki komputer riba.

    STRATEGI SKEMA

    1) Skema Seimbang

    Paralelisme

    Gaya ini mensejajarkan beberapa ayat yang berpola sama. Contoh:

    Penggunaan facebook, skype, instagram, twitter yang meluas ini telah menjadi strategi

    dalam mememperkembangkan perniagaan mereka.

    2) Skema Perulangan

    Antimetabole

    Pengulangan kata-kata dengan aturan tatabahasa dengan aturan tatabahasa yang terbalik

    dalam klausa yang berturutan. Contoh:

    Duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit

  • STRATEGI MAJAZ

    1) Majaz pertautan

    Alusi

    Alusi ialah sejenis stilistik yang merujuk secara eksplisit atau implisist terhadap sesuatu

    peristiwa. Alusi juga boleh menggunakan peribahasa bagi menggambarkan sesuatu perkara.

    Contoh:

    Pada awalnya, penglibatan mahasiswa dalam perniagaan diibaratkan seperti

    berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak. Ertinya, mahasiswa

    menceburkan diri dalam arena perniagaan hanya disebabkan oleh mereka belum

    mendapat pekerjaan yang tetap.

    2) Majaz perbandingan

    Kiasan sandar

    Pengarang menggunakan kiasan sandar dimana pengarang tidak menyatakan bandingan

    sebaliknya terus berpindah kepada benda bandingan itu sendiri.

    Contoh:

    Pertumbuhan mahasiswa dalam aktiviti perniagaan seperti cendawan tumbuh

    selepas hujan.

    3) Majaz ragaman

    Antimeria

    Pengarang turut menggunakan majaz ragaman antimeria sebagai peralihan fungsional dengan

    menggunakan sebahagian ucapan yang lain. Contohnya perkataan perniagaan dan berniaga

    adalah daripada kata akar yang sama tetapi berbeza golongan kata.

    Hal ini demikian kerana walaupun mereka belajar dalam bidang-bidang tertentu yang

    tidak berkaitan dengan bidang perniagaan namun mereka juga minat untuk

    berniaga.

  • 2.4 MEKANISME PENULISAN

    a) Tulisan

    Mekanisme penulisan juga merangkumi aspek tulisan. Penggunaan tulisan yang betul

    adalah amat penting. Tulisan yang dibuat haruslah mempunyai penulisan huruf besar.

    Penulisan huruf pertama ini berlaku apabila berada di awal ayat.

    Contoh:

    Masyarakat seringkali beranggapan bahawa mahasiswa merupakan mereka

    yang tidak mempunyai pendapatan yang stabil.

    Huruf pertama petikan langsung juga perlulah berhuruf besar.

    Contoh:

    Pedagang yang jujur dan amanah akan bersama dengan para Nabi, Siddiqin

    dan para Syuhada.

    (al-Tirmidhi)

    Huruf pertama nama jawatan dan pangkat haruslah berhuruf besar.

    Contoh:

    Profesor Madya Universiti Islam Antarabangsa

    Huruf pertama nama khas.

    Contoh:

    Utusan Melayu terbitan 23 Oktober 2013 telah memaparkan artikel yang

    dihasilkan oleh Ahmad Ibrahi (Profesor Madya Universiti Islam

    Antarabangsa) yang memberi pendedahan mengenai semangat dan minat

    mahasiswa untuk meneroka bidang perniagaan.

  • Penggunaan huruf condong yang dibuat haruslah dinilai dengan betul. Huruf condong

    yang digunakan dalam penulisan ini ialah untuk nama buku dan majalah.

    Contoh:

    Di dalam buku, Nota Jutawan Nota Perniagaan yang dihasilkan oleh Irfan

    Khairi terdapat pendedahan bahawa seseorang mahasiswa mempunyai peluang

    yang besar utuk bergelar jutawan.

    Ejaan dalam penulisan ini juga dititikberatkan.

    b) Tanda Baca

    Tanda baca merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam menentukan mutu

    sesebuah penulisan. Tanda baca memainkan peranan sebagai tatacara atau peraturan untuk

    membantu pengarang menyusun frasa dan klausa bersesuaian dengan idea yang disampaikan.

    Pengarang telah menggunakan tanda titik noktah. Antara fungsi penggunaan tanda titik

    nokhtah ialah:

    untuk mengkahiri sesuatu idea atau persoalan. Selain itu, tanda titik yang digunakan

    berfungsi untuk melengkapkan ayat.

    Contoh:

    Menurut kamus dewan edisi keempat, mahasiswa ialah pelajar yang menuntut di

    peringkat pengajian tinggi sama ada di institusi pendidikan awam mahupun swasta.

    Tanda baca koma juga digunakan dalam penulisan ini. Tanda koma bertujuan untuk:

    Tanda koma digunakan dalam perenggan ini adalah untuk memisahkan klausa yang

    digabungkan dengan ayat utama dalam ayat majmuk.

    Contoh:

    Hakikatnya, jika masa diberikan dengan adil maka penglibatan mahasiswa

    dalam perniagaan bukan sahaja membawa keuntungan kepada diri sendiri,

    keluarga malah keuntungan kepada negara bangsa dan agama.

  • Fungsi tanda koma juga adalah sebagai tanda berhenti sekejap dalam penulisan. Hal ini

    demikian kerana penggunaan tanda koma penting kerana ayat yang digunakan kompleks

    atau panjang.

    Contoh: .

    Menurut kamus dewan edisi keempat, mahasiswa ialah pelajar yang menuntut di

    peringkat pengajian tinggi sama ada di institusi pendidikan awam mahupun swasta.

    Tanda koma digunakan untuk menandakan bahawa ayat seterusnya adalah petikan

    langsung.

    Contoh:

    Menurut Nor Aishah Buang (2002), latar belakang keluarga mereka yang terdiri

    daripada mereka yang terlibat dengan perniagaan mungkin menggalakkan minat

    mahasiswa untuk berniaga.

    Tanda koma untuk memberi penekanan dalam ayat.

    Contoh:

    Buktinya, kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan telah

    melancarkan program pembangunan usahawan siswa (PPUS) dan program

    keusahawanan Siswazah berwibawa (PKSB) yang diperkenalkan sejak tahun 1997

    lagi.

    Tanda kurung juga terkandung dalam penulisan ini. Tanda kurung digunakan bagi

    menjelaskan keterangan dan penjelasan tambahan. Contoh:

    Buktinya, kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan telah melancarkan

    Program Pembangunan Usahawan Siswa (PPUS) dan Program Keusahawanan Siswazah

    Berwibawa (PKSB) yang diperkenalkan sejak tahun 1997 lagi.

    Tanda kurung juga bertujuan untuk mengapit sumber rujukan. Contoh: (Khaairuddin

    Khalil, 2003).

  • Selain itu, pengarang turut menggunakan tanda petik. Tujuan penggunaan tanda baca ini

    ialah bagi menandakan petikan langsung.

    Contoh:

    Menurut Nor Aishah Buang (2002), latar belakang keluarga mereka yang terdiri

    daripada mereka yang terlibat dengan perniagaan mungkin menggalakkan minat

    mahasiswa untuk berniaga.

    3.0 KESIMPULAN

    Secara kesimpulannya, penulisan ini menggunakan pelbagai teknik dan bentuk bagi

    menjadikan penulisan ini menarik untuk dibaca. Pendekatan dan kaedah penghasilan

    karangan adalah amat penting dalam menghasilkan penulisan yang baik dan berkualiti.

    Penggunaan stilistik, skema dan majaz misalnya mampu menjadikan sesebuah penulisan

    tersebut kepada bentuk yang lebih kreatif dan menarik. Jelaslah di sini bahawa, penggunaan

    bentuk, strategi, gaya bahasa dan mekanisme penulisan merupakan komponen asas kepada

    penghasilan penulisan yang berkualiti.

  • Bibliografi

    Abu Hassan Abdul, (2013). Seni Mengarang: BMK 3043. Tanjung Malim: Universiti

    Pendidikan Sultan Idris.

    Khaairuddin Khalil, ( 2003). Keusahawanan Sebagai Kerjaya Edisi Kedua. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Norita Deraman, (2007). Keusahawanan. Kedah: Universiti Utara Malaysia.

    Shuharimi Abdullah & Ku Halim Ku Arrifin, (2010). Membentuk Peribadi Usahawan

    Berjaya. Kuala Lumpur: Docudepot Business Solution Sdn. Bhd.

    Nor Aishah Buang, (2002). Asas Keusahawanan. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Muhammad Salleh Majid, (2003). Budaya Usahawan. Kuala Lumpur: Utusan Publication

    & Distribution Sdn. Bhd.

    Norasmah Hj. Othman & Halimah Harun, (2007). Keusahawanan Remaja Malaysia.

    Serdang: Universiti Putra Malaysia.