indeks kesukaran diskriminasi

Upload: alicius-lucas

Post on 05-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Indeks kesukaran diskriminasi

    1/3

    Analisa Item:Indeks Kesukaran Item dan Indeks Diskriminasi Item

    A. Apa Itu Analisa Item?Kaedah lain mengukur ketekalan dalaman (internal consistency) yakni

    hubungan diantara pencapaian sesuatu item dengan keseluruhan item adalah

    dengan membandingkan pencapaian tertinggi dengan terendah sesuatu item

    Analisa Item (item analysis) adalah kaedah yang melibatkan penentuan

    bagaimana sesuatu item ujian berfungsi dan sejauh manakah sesuatu ujian itu

    mendiskriminasikan pencapai yang tinggi dengan pencapai yang rendah atau

    lemah dalam ujian tersebut.

    B. Apakah Itu Indeks Kesukaran item dan Indeks Diskriminasi Item?Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi adalah pengukuran ketekalan

    dalaman (internal consistency).Indek Kesukaran (Item difficulty) adalah suatu kaedah pengukuran

    kesukaran keseluruhan item ujian. Lagi rendah nilai p, lagi sukarlah nilai item

    tersebut secara teori.

    Indeks Diskriminasi (Item discrimination) menunjukkan kita bagaimana

    sesuatu item itu berjaya mengesan atau mengasingkan pencapaian pelajar

    cemerlang dengan pelajar doraemon.Indeks Diskriminasi [ID atau DI] (discrimination index) dikira dengan menolak

    (subtracting) bahagian bawah 27% pelajar yang menjawab jawapan dengan

    betul dengan 27% bahagian atas pelajar yang menjawab jawapan dengan

    betul.Adalah lebih penting/mustahak untuk item mendiskriminasi dari item itu

    sukar.C. Bagaimanakah anda menentukan kesukaran item dan indeks diskriminasi?

    Bahagikan pengambil ujian kepada tiga kumpulan, berdasarkan kepada

    pencapaian ujian keseluruhan :Top 25% or 27%. (bergantung kepada saiz sampel. Jika >30 gunakan

    27%)Middle 50%

    Bottom 25% or 27%

  • 7/31/2019 Indeks kesukaran diskriminasi

    2/3

    Perlu tahu dua perkara :Bilangan pelajar dalam kumpulan tinggi dan kumpulan rendah.Bilangan pelajar dalam kedua-dua kumpulan yang mendapat jawapan

    betul.Katakan sejumlah 200 pelajar mengambil ujian tersebut. Kumpulan yang

    mendapat pencapaian tinggi adalah 54 (.27 x 200) dan kumpulan yang

    mendapat pencapaian rendah juga adalah 54 .

    Pada item (soalan) 1, sebgai contoh 48 dari kumpulan atas, 42 dari kumpulan

    tengah , dan 37 dari kumpulan bawah mendapat jawapan atau menjawab

    dengan betul.

    Indek Item Kesukaran : agihan yang mendapat jawapan betul

    p= 48+42+37/200=127/200=.64

    Indek Diskriminasi : DI=% kumpulan atas mendapat jawapan betul -

    % kumpulan mendapat jawapan betul

    DI= (48/54) - (37/54)= .89-.69=.20

    D. Nilai yang dicadangkan bagi nilai p dan DI?Cadangan Indeks Kesukaran bagi pelbagai item ujian :Number of Options (k) Optimum Difficulty Index2 (True-False) .854 .74Open-Ended .50

    Lagi tinggi nilai DI (up to 1), lebih baik tugasan mendisriminasi pelajarcemerlang dengan pelajar doraemon.Jika D = 1, ia bermaksud semua kumpulan teratas dan tiada seorang darikumpulan doraemon dapat menjawab item itu dengan betulJarang D (jika ada) = 1 or OSesuatu item mempunyai tahap nilai diskriminasi jika D => .30p dan D bukanlah nilai keberangkalian tersendiri (independent probabilities).Indeks Diskriminasi > .30 adalah kekadang diterima apabila kita memperolehi

  • 7/31/2019 Indeks kesukaran diskriminasi

    3/3

    nilai p yang sangat tinggi