impak perkembangan teori falsafah pendidikan tradisional barat

Upload: siti-nurdiyana

Post on 30-May-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

    1/20

    IMPAKPERKEMBANGAN

    TEORI FALSAFAHPENDIDIKAN

    TRADISIONAL BARAT

  • 8/14/2019 Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

    2/20

    PENGENALAN

    Perenialisme-pendidikan harus difokuskan

    kepada carian dan sebaran ilmu yang tidak

    berubah-ubah seperti unsur rasionaliti yang

    harus disemai sejak di bangku sekolah lagi. Essensialisme-bersifat praktikal dan prakmatik

    kerana perkara-perkara asas yang perlu

    diketahui oleh individu untuk menjadi ahli

    masyarakat yang produktif boleh berubah dari

    semasa ke semasa.

  • 8/14/2019 Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

    3/20

    PERENIALISME

    tugas pendidikan ialah memupuk

    kelakuan moral.

    Program pendidikan juga disusun agar

    dapat melahirkan insan yang harmonisdan seimbang dari segi intelek, rohani,

    emosi dan jasmani (JERI) berdasarkan

    kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan.

  • 8/14/2019 Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

    4/20

    menekankan untuk melatih pelajar dalam 3M,

    iaitu menulis, membaca dan mengira sebagai

    kemahiran asas.

    Ini juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan

    Malaysia yang mana semua pelajar sekolah

    terutamanya sekolah rendah diberi peneguhanasas untuk mahir dalam 3M. Guru juga rela

    menjalankan aktiviti pemulihan bagi pelajar yang

    lemah dan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang

    baik pencapaiannya supaya semua pelajar tidakkira status dapat menguasai 3M dengan mahir.

  • 8/14/2019 Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

    5/20

    Peranan guru adalah untuk mendisiplinkan

    pelajar. Ini juga telah termaktub dalam FPGbahawa unsur disiplin memang sentiasa

    dititikberatkan dalam pengajaran dan

    pembelajaran.

    Walau bagaimanapun guru perlumenitikberatkan nilai-nilai seperti ketepatan

    masa, bersopan santun, bekerjasama dan

    prihatin di kalangan pelajar supaya mereka

    membesar menjadi ahli masyarakat yang

    penyayang dan berdisiplin

  • 8/14/2019 Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

    6/20

  • 8/14/2019 Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

    7/20

    ESENSIALISME

    Di bawah Falsafah Pendidikan Guru (FPG), guruyang berpekerti mulia adalah ciri yang ingin

    dibentuk. Ciri ini penting supaya guru boleh

    menjadi role model dan teladan kepada pelajar.

    Di Malaysia juga, guru merupakan role model

    yang utama kepada pelajar kerana sebahagian

    besar masa pelajar dihabiskan di sekolah. Maka

    guru perlu mempunya pekerti dan moral yangmulia untuk membentuk peribadi pelajar yang

    berpekerti mulia.

  • 8/14/2019 Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

    8/20

    Menekankan untuk melatih pelajar dalam 3M,

    iaitu menulis, membaca dan mengira sebagaikemahiran asas.

    Ini juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan

    Malaysia yang mana semua pelajar sekolah

    terutamanya sekolah rendah diberi peneguhanasas untuk mahir dalam 3M. Guru juga rela

    menjalankan aktiviti pemulihan bagi pelajar yang

    lemah dan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang

    baik pencapaiannya supaya semua pelajar tidak

    kira status dapat menguasai 3M dengan mahir.

  • 8/14/2019 Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

    9/20

    guru hendaklah mengamalkan sikap

    pimpinan demokratik contohnya semasapemilihan ketua darjah dan jawatan-

    jawatan lain, pelajar perlu diberi peluang

    membuat pilihan. Begitu juga dalam hal

    membuat keputusan yang tidak begitu

    penting, pelajar boleh diberi kesempatan

    membuat keputusan sendiri.

  • 8/14/2019 Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

    10/20

    Pelajar belajar perkara yang mudah dahulu disekolah rendah kemudian beralih kepada yangsukar apabila memasuki sekolah menengah.Contohnya di sekolah rendah pendidikan 3Madalah yang paling ditekankan. Kemudianapabila di sekolah menengah, mata pelajaran

    yang sukar seperti fizik, arithmetik, kimia, biologidan kalkulus diperkembangkan selainpemantapan dalam pendidikan membaca danmenulis yang lebih khusus. Sistem ini begitu

    bersamaan dengan sistem pendidikan diMalaysia. Mudah di sekolah rendah danbertambah sukar di sekolah menengah.

  • 8/14/2019 Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

    11/20

    Fitrah manusia sebenarnya kekurangan

    nilai-nilai murni yang sempurna dan untukitu individu perlu melalui latihan intelekdan mental. FPG juga menyarankansupaya guru menjalankan aktiviti-aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran yang miripke arah perkembangan potensi pelajarsecara menyeluruh dan bersepadu yangmerangkumi aspek JERI supaya nilai-nilaimurni ini dapat disemai dan dipupukdalam diri pelajar.

  • 8/14/2019 Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

    12/20

    IMPAK PERKEMBANGANFALSAFAH PENDIDIKAN

    TIMUR TERHADAPPERKEMBANGAN

    PENDIDIKAN DI

    MALAYSIA

  • 8/14/2019 Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

    13/20

    PENGENALAN

    Falsafah Pendidikan Timur boleh digolongkandalam tiga aliran fahaman yang utama, iaitu

    Konfusianisme (China), nasionalisme dan

    internasionalisme (India), dan falsafah

    pendidikan Islam.

    Falsafah pendidikan konfusianisme adalah

    berasas daripada pemikiran Confucius (551-479

    SM) dan pengikut-pengikutnya seperti Mengzi(372-289 SM), Xunzi (313-238 SM) dan Hanyu

    (768-824) dan negeri China.

  • 8/14/2019 Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

    14/20

    Confucius, menegaskan pendidikan adalah

    proses untuk memupuk kesempurnaan tingkahlaku manusia dan ini boleh dicapai melaluiamalan tingkah laku yang bersopan santun,bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana,menghormati orang tua serta menyayangi orangyang lebih muda.

    Kesan daripada perkembangan falsafah ini akanmembina tingkah laku murid supaya menjadiorang yang berakhlak mulia,mengikut peraturanserta taat dan cinta kepada pemerintah dannegara.

  • 8/14/2019 Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

    15/20

    Ahli-ahli konfusianisme berpendapat bahawa

    pendidikan merupakan alat yang penting untukmengekalkan nilai dan norma masyarakat, dan

    seterusnya pula mengekalkan kebudayaan

    masyarakat yang penting untuk membawa

    kestabilan, kesejahteraan dan keharmoniankehidupan.

    Implikasinya seseorang murid itu akan menjadi

    manusia yang sempurna dan berupaya memberi

    sumbangan kepada kemajuan masyarakat danmurid tersebut akan dididik dengan nilai, norma,

    peraturan dan kebudayaan masyrakat.

  • 8/14/2019 Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

    16/20

    Confucius mengakui bahawa setiap individumempunyai potensi yang berbeza, dan oleh itu,beliau mengajar muridnya mengikut kebolehanindividu.

    Beliau juga menggunakan strategi perbincanganuntuk menyampaikan pelajaran. Impaknya,untuk memperolehi ilmu yang sebenar, pelajarhendaklah menggabungkan pemikiran rasionaldengan mentalnya.

    Sehubungan itu, murid akan disaranmenggunakan kaedah inkuiri untuk memperolehiilmu pengetahuan ketika proses pengajaran danpembelajaran berlangsung.

  • 8/14/2019 Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

    17/20

    Wang Shouren (1472-1528), seorang ahlifalsafah dalam dinasti Ming, berpendapat ilmu

    intuitif adalah terkandung dalam jiwa mentalsetiap individu. Oleh itu, beliau menentang penggunaan kaedah

    inkuiri untuk memperolehi ilmu. Sebaliknya,pelajar hendaklah menggunakan ilmu inkuitifyang berada dalam jiwa mentalnya untukmengkaji perkara-perkara alam sekitar.

    Kesannya, hukum dera dan mengurungkankanak-kanak adalah dilarang untuk digunakan

    sebagai salah satu pendekatan pengajaran.Sebaliknya, penggunaan teknik peneguhan danmotivasi akan digunakan untuk menimbulkanminat terhadap aktiviti dalam pembelajaran.

  • 8/14/2019 Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

    18/20

    Rabindranath Tagore (1861-1941), seorang ahli

    falsafah dan penyair dari India, mentafsirkan

    pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk

    melahirkan manusia yang berfikiran sempurna,

    berupaya mencapai segala aspek kehidupan

    dengan penuh bermakna. Mengikut beliau, pendidikan harus menjadi

    suatu proses yang berhidup, dinamik serta

    realistik, iaitu tidak semata-mata terikat kepada

    buku, tetapi harus dihubungkaitkan denganpengalaman kehidupan manusia.

  • 8/14/2019 Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

    19/20

    Impaknya, seseorang murid yang

    berpendidikan dengan erti kata sebenarialah murid yang bukan sahaja berfikiran

    cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas,

    tetapi juga tetap mendukung sikapnasionalisme yang ideal, mempunyai

    kecekapan untuk berkhidmat kepada

    masyarakat dan negara, serta

    berpandangan dengan sikapinternasionalisme yang positif.

  • 8/14/2019 Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

    20/20

    Sharifah Alwiyah Alsagoff, dalam bukunyafalsafah pendidikan (1984), menunjukkan

    implikasi pendidikan untuk membentukkesempurnaan manusia seperti pendidikantubuh badan akan bertujuan melatih deria dankecerdasan fizikal secara am, cekap, danberkemahiran. Serta, pendidikan intelek

    membawa tujuan supaya fikiran sentiasa ingintahu dan cergas, berpandangan saintifik, jelas,berani, dan bebas. Seterusnya,pendidikankerohanian akan bertujuan menyedarkan dirimelalui bersimpati sepenuhnya, iaitu

    kesedaran kerohanian universal yang palingtinggi dan menempusi semua kehidupan,tumbuhan, haiwan, dan manusia.