impak pengkomersilan seni ukiran kayu iban terhadap … nanthini ap... · 2015. 1. 30. · i...

24
IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP MASYARAKAT IBAN DI SARAWAK. KAJIAN KES: DAERAH LUBUK ANTU, BAHAGIAN SRI AMAN USHAA NANTHINI A/P KARISENAN Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2007

Upload: others

Post on 16-Aug-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP

MASYARAKAT IBAN DI SARAWAK.

KAJIAN KES: DAERAH LUBUK ANTU, BAHAGIAN SRI AMAN

USHAA NANTHINI A/P KARISENAN

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

Page 2: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

i

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN

JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP

MASYARAKAT IBAN DI SARAWAK. KAJIAN KES: DEARAH LUBUK

ANTU, BAHAGIAN SRI AMAN.

SESI PENGAJIAN : 2004/2007

Saya USHAA NANTHINI A/P KARISENAN

Mengaku membenarkan tesis/ Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti

berikut :

1. Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan

Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi

5. * sila tandakan √

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di

dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah

ditentukan oleh Organisasi/badan di mana

penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan

_______________________ ________________________

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

Tarikh : Tarikh :

Alamat Tetap :

No. 09, Jalan Damai Perdana 1/4A,

Bandar Damai Perdana, Cheras 56000,

Kuala Lumpur. Catatan : * Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

* Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/

organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ laporan ini perlu dikelaskan

sebagai SULIT atau TERHAD

Page 3: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

ii

Projek bertajuk ”Impak Pengkomersilan Seni Ukiran Kayu Iban terhadap

Masyarakat Iban di Sarawak. Kajian Kes: Daerah Lubuk Antu, bahagian Sri

Aman” telah disediakan oleh Ushaa Nanthini A/P Karisenan dan telah diserahkan

kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

Cik Karen Audrey Samy

Tarikh:

Page 4: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

iii

PENGHARGAAN

Salam Sejahtera, terlebih dahulu saya mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga

kerana projek tahun akhir saya ini siap dengan jayanya. Ribuan terima kasih kepada

penyelia saya Cik Karen Audrey Samy kerana telah memberi tunjuk ajar dengan

sedaya-upaya untuk membantu saya dengan memberi pelbagai maklumat dan

panduan untuk menyiapkan projek tahun akhir saya. Ucapan terima kasih juga

kepada pensyarah-pensyarah lain Pn. Qistina Donna Lee Abdullah, Pn. Rahah Hj.

Hassan, Pn. Noria Tugang dan Cik Ema Shuhaida Yahya kerana sudi meluangkan

masa untuk menjadi pemerhati dan pemeriksa di samping memberi teguran dan

pandangan yang membina untuk kajian penyelidikan ini.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tunjukkan khas kepada Sarawak

Craft Council, Sarakraf Pavillion dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Cawangan Sarawak kerana telah memberi kerjasama dalam menyumbang maklumat

yang berkaitan dengan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada insan tersayang iaitu kedua-dua ibu bapa saya yang telah

banyak memberi perangsang dan semangat serta menyokong saya dalam menyiapkan

kajian ini. Yang terakhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada semua sahabat yang telah membantu sama ada secara langsung atau tidak

langsung sepanjang saya menjalankan kajian penyelidikan ini. Dengan bantuan dan

dorongan daripada kalian, saya berjaya menyiapkan penyelidikan ini dengan

sempurna.

Sekian, terima kasih.

Page 5: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

iv

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Borang Pengesahan Status Tesis/ Laporan i

Pengakuan ii

Penghargaan iii

Abstrak Bahasa Melayu x

Abstrak Bahasa Inggeris xi

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.1.1 Masyarakat Iban 1

1.1.2 Asal-Usul Ukiran 3

1.1.3 Jenis-Jenis Ukiran Kayu 4

1.1.4 Fungsi-Fungsi Ukiran Kayu 6

1.1.5 Pengkomersilan 7

1.2 Definisi 10

1.3 Objektif 11

1.4 Hipotesis 12

1.5 Skop Kajian 13

1.6 Permasalahan Kajian 15

1.7 Rumusan Dan Kesimpulan 17

Page 6: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

v

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN 18-29

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Lokasi Kajian 31

3.3 Sumber Data 32

3.3.1 Data Primer 32

3.3.1.1 Kaedah Kuantitatif 32

3.3.1.2 Kaedah Kualitatif 32

3.3.2 Data Sekunder 33

3.4 Populasi

3.4.1 Masyarakat Iban di Daerah Lubuk Antu, bahagian Sri Aman. 34

3.4.2 Pengunjung Sarakraf Pavillion 34

3.4.3 Pengunjung Sarawak Craft Council 34

3.4.4 En. Zahir Ahmad, Pengurus Pemasaran Sarakraf Pavillion 35

3.4.5 En. Tebere Apek, Pengukir di Perbadanan Kemajuan 35

Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak

3.4.6 Cik. Kertini Binti Bedi, Pengukir di Perbadanan Kemajuan 36

Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak

3.4.7 En. Jam Malang, Pengukir di Sarawak Craft Council 36

3.5 Persampelan

3.5.1 Masyarakat Iban di Daerah Lubuk Antu, bahagian Sri Aman 37

3.5.2 Pengunjung Sarakraf Pavillion 37

3.5.3 Pengunjung Sarawak Craft Council 38

Page 7: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

vi

3.6 Instrumen Kajian

3.6.1 Kamera Digital 39

3.6.2 Perakam Suara 39

3.6.3 Borang Soal Selidik 39

3.6.4 Perisian komputer SPSS 39

3.7 Limitasi Kajian 40

3.8 Rumusan Dan Kesimpulan 42

BAB 4 ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 43

4.2 Penganalisaan Data

4.2.1 Borang Soal Selidik 44

4.2.1.1 Jantina Keseluruhan Responden 45

4.2.1.2 Umur Keseluruhan Responden 46

4.2.1.3 Pekerjaan Keseluruhan Responden 47

4.2.1.4 Bangsa Keseluruhan Responden 48

4.2.1.5 Para Pelancong Dan Masyarakat Tempatan Yang 49

Tahu Tentang Fungsi-Fungsi Ukiran Kayu Iban

4.2.1.6 Tujuan Para Pelancong Dan Masyarakat Tempatan 50

Membeli Ukiran Kayu Iban

Page 8: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

vii

4.2.1.7 Pandangan Para Pelancong Dan Masyarakat 51

Tempatan Terhadap Aktiviti Pengkomersilan

Yang Giat Dijalankan Oleh Sarakraf Pavilion

Atau Sarawak Craft Council

4.2.1.8 Ukiran Kayu Iban Pada Masa Kini Masih 53

Digunakan Untuk Tujuan Keagamaan Dan

Ritual Oleh Kaum Iban Mengikut Pandangan

Responden Iban

4.2.1.9 Ukiran Kayu Iban Mengalami Perubahan Pada 55

Masa Kini Berbanding Masa Dahulu Mengikut

Pandangan Responden Iban

4.2.1.10 Kerja Pengukiran Kayu Iban Memerlukan 56

Pembelajaran Khas Mengikut Pandangan

Responden Iban

4.2.1.11 Aspek Keaslian Diberi Keutamaan Oleh Pengukir 58

Kayu Iban Pada Masa Kini Mengikut Pandangan

Responden Iban

4.2.1.12 Setuju Dengan Aktiviti Pengkomersilan Ukiran 59

Kayu Iban Di Pasaran Berdasarkan Pandangan

Keseluruhan Responden

4.2.1.13 Pengkomersilan Menjamin Kualiti Ukiran Kayu 63

Iban Berdasarkan Pandangan Keseluruhan

Responden

Page 9: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

viii

4.2.1.14 Pengkomersilan Menjejaskan Keaslian Corak Dan 67

Reka Bentuk Ukiran Kayu Iban Berdasarkan

Pandangan Keseluruhan Responden

4.2.1.15 Aktiviti Pengkomersilan Ukiran Iban Menyebarkan 71

Seni Dan Budaya Masyarakat Iban Berdasarkan

Pandangan Keseluruhan Responden

4.2.1.16 Pengkomersilan Ukiran Kayu Iban Hanya 75

Mementingkan Keuntungan Berdasarkan Pandangan

Keseluruhan Responden

4.2.2 Temuduga

4.2.2.1 Tujuan aktiviti pengkomersilan ukiran kayu Iban 79

di pasaran

4.2.2.2 Sambutan masyarakat Iban terhadap aktiviti 81

pengkomersilan ukiran kayu Iban

4.2.2.3 Sambutan pelancong dan masyarakat tempatan 83

terhadap aktiviti pengkomersilan dan tujuan

membeli ukiran kayu

4.2.2.4 Kesan-kesan aktiviti pengkomersilan ukiran 84

kayu Iban

4.2.2.5 Aspek keaslian dari segi reka bentuk, corak 86

dan penggunaan peralatan ukiran kayu

4.2.2.6 Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam bidang 88

ukiran akibat aktiviti pengkomersilan

4.2.3 Kesimpulan 90

Page 10: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

ix

BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 91

5.2 Rumusan 92

5.3 Cadangan

5.3.1 Bengkel Seni Ukiran Kayu 95

5.3.2 Peranan Para Pengukir 96

5.3.3 Memperbanyakan Persatuan Iban Di Sarawak 97

5.3.4 Pameran Seni Ukiran Kayu 99

5.3.5 Seminar Dan Kempen Kesedaran 100

5.3.6 Penubuhan Pusat Seni Atau Galeri Seni 101

5.4 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang

5.4.1 Mengkaji Fungsi-Fungsi Ukiran Kayu Iban 103

5.4.2 Mengkaji Perbezaan Dan Persamaan Antara Motif 103

Ukiran Tradisional Dengan Motif Ukiran Moden

5.4.3 Mengkaji Proses Pembuatan Ukiran Kayu Iban 104

5.5 Kesimpulan 104

Rujukan 105

Lampiran A 107

Lampiran B 113

Lampiran C 114

Lampiran D 119

Lampiran E 123

Page 11: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

x

ABSTRAK

Ukiran kayu merupakan salah satu seni tradisi yang masih diamalkan oleh

masyarakat Iban di Sarawak. Kebanyakan ukiran tersebut mempunyai pelbagai

makna dan fungsi ritual dalam kehidupan seharian masyarakat Iban. Namun apabila

seni ini mula dikomersialkan maka wujudlah pelbagai kesan yang positif mahupun

negatif. Dengan ini, pengkaji ingin menerokai impak-impak yang wujud akibat

aktiviti pengkomersilan seni ukiran kayu Iban bagi mempertahankan khazanah seni

tradisi ini.

Page 12: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

xi

ABSTRACT

Woodcarving is one of the most significant art forms practiced by the Iban tribe in

Sarawak. This carving expresses the true spirit and customs of traditional Iban life.

However, the commercialization of this art form has brought about both positive and

negative implications. Thus, this research aims to explore the impact of this

commercialization in hopes of contributing to the preservation of this important

traditional art.

Page 13: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

xii

Page 14: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

1

BAB 1

1.1 PENGENALAN

1.1.1 MASYARAKAT IBAN

Masyarakat Iban atau lebih dikenali sebagai Dayak Laut merupakan kaum

majoriti yang terkenal di Sarawak. Kaum Iban ini merupakan pengamal dan

pemegang kuat kepada agama adat yang berbentuk animisma. Pengalaman dan

konsep keagamaan ini masih tetap diamalkan sehingga ke hari ini sebagai adat resam

budaya masyarakat Iban. Menurut Zainal Abidin Zulcifly (1988) dalam bukunya

“Adat Resam Penduduk Sarawak”, sebahagian besar daripada masyarakat Iban telah

beragama Kristian. Menurut beliau juga, masyarakat Iban yang tidak menganuti

agama lain masih taat dan mengamalkan kepercayaan tradisional. Kepercayaan

tradisional ini disebut sebagai Pengarap Lama.

Menurut sejarah awal, kedatangan kaum Iban telah dicatatkan sejak

200 tahun dahulu sebelum dan selepas kedatangan James Brooke di Sarawak. Kaum

Iban ini merupakan kelompok pendatang yang berpindah-randah dari Sungai

Kapuas. Pada masa kini, keseluruhan kaum Iban telah mendiami 9 bahagian utama di

Sarawak yang meliputi kawasan Bandar dan juga luar Bandar ( Asmah: 1981, Lim:

1989, Sandin: 1980). Bagi mereka, kesenian dan kepercayaan keagamaan adalah dua

aspek yang saling berkaitan dan penting antara satu sama lain dalam kehidupan

seharian mereka. Secara tidak langsung, kedua-dua konsep atau aspek ini

mempunyai hubungan rapat dengan alam semulajadi yang memainkan peranan

sebagai sumber inspirasi mereka. Maka, akibat sumber inspirasi ini, lahirlah pelbagai

seni khasnya seni ukiran kayu yang membawa makna dan fungsi-fungsi ritual.

Page 15: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

2

Seni ukiran kayu dapat diklafikasikan sebagai salah satu seni tradisional yang

masih diamalkan oleh masyarakat kaum Iban. Menurut Raoh Augustine ak. Mapang

(1991) dalam kajiannya yang bertajuk “Peranan Motif Ukiran pada Perisai

Tradisional Masyarakat Iban di Sarawak”, terhasilnya ukiran kayu yang berbagai

motif dan rekacorak adalah dari amalan dan kepercayaan animisma yang

dipraktikkan. Ukiran kayu juga dianggap sebagai satu bentuk seni atau sebuah karya

yang berbentuk arca timbulan. Penghasilan seni ukir ini biasanya akan dikerjakan

oleh kaum lelaki iaitu golongan remaja yang meningkat dewasa hinggalah golongan

tua yang masih aktif.

Page 16: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

3

1.1.2 ASAL-USUL UKIRAN

Menurut Augustine Anggat Ganjing (1991) dalam bukunya “Asas Ukiran

Iban”, ukiran menerangkan interpretasi halus tentang motif kesusasteraan, sejarah,

nilai tradisi dan juga kemahiran pertukangan kaum. Menurut beliau, masyarakat Iban

menjadi pengukir atas kehendak Tuhan atau dewa-dewa mereka. Hasil seni ini

berasal dari dewa-dewa yang mereka puja mengikut pegangan animisma masyarakat

Iban. Antara dewa-dewa yang dipuja serta disanjung adalah yang bernama Keling

Gerasi Nading Bujang Berani Kempang, Laja Mirah Moa Nekang Jerenang,

Simpurai, Muntigerai, Sepatu Manok Antu, Sepungga Lumpong Nangga, Pandak

Segatak dan lain-lain. Dewa-dewa ini merupakan dewa perang masyarakat Iban.

Augustine juga menyatakan bahawa, kewujudan ukiran tradisional ini adalah

berikutan dari mimpi nenek moyang dahulu kala yang berorientasikan kepercayaan

terhadap dewa-dewa peperangan yang tinggal di bahagian dunia atasan bernama

“Panggau Libau”. Mereka percaya bahawa dewa ini dapat menjaga dan melindungi

masyarakat Iban daripada sebarang ancaman.

Augustine juga berpendapat bahawa ada beberapa lagenda yang mendokong

kewujudan asal-usul ukiran seperti pertarungan Rawing dan Raja Merom,

pertarungan Lang Ngindang dan Lang Kachang, Mimpi Gemong, Burung Bubut dan

Burung Ruai dan Belalang (Buntak Aloi dan Buntak Rusa).

Page 17: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

4

1.1.3 JENIS-JENIS UKIRAN KAYU

Terdapat beberapa ukiran unik yang dihasilkan oleh kaum Iban. Antaranya

ukiran patung seperti patung tuntun merupakan antara salah satu ukiran kaum Iban

yang memainkan peranan dalam menghalau bencana dan menjaga tanaman

masyarakat Iban. Menurut, Augustine Raoh Mapang (1991) dalam kajiannya yang

bertajuk “Peranan Motif Ukiran pada Perisai Tradisional Masyarakat Iban di

Sarawak”, bahan yang digunakan untuk menghasilkan patung ini ialah kayu keras

yang diambil dari kawasan tanah perkuburan. Ini kerana masyarakat Iban

mempercayai bahawa kayu tersebut mempunyai roh ataupun semangat yang luar

biasa.

Ukiran alat senjata seperti perisai atau terabai dan hulu parang juga

dihasilkan oleh kaum Iban. Menurut Augustine Raoh Mapang, kedua-dua alat ini

diukir dengan wajah atau imej naga yang menggerunkan. Perisai atau terabai ini

digunakan untuk perlindungan semasa peperangan iaitu melemahkan dan

menakutkan musuh dan juga di dalam persembahan tarian Ngajat iaitu tarian

tradisional kaum Iban. Ukiran-ukiran spiritual digunakan pada parang sebagai satu

cara untuk menguatkan semangat dan menyakinkan individu yang bertempur dengan

pihak musuh.

Ukiran topeng juga merupakan salah satu ukiran kayu yang banyak

dihasilkan oleh kalangan kaum Iban. Augustine Anggat Ganjing (1991) menyatakan

bahawa topeng dalam bahasa Iban dipanggil “Tuping”. Topeng kaum Iban ini

merupakan topeng yang paling realistik dan mempunyai pengaruh kuat dari segi

pemujaan. Topeng ini biasanya digambarkan dengan watak-watak mitos. Menurut

Page 18: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

5

kepercayaan mereka, wajah-wajah mitos ini digunakan untuk kerohanian serta turut

dapat menakutkan kanak-kanak supaya tidak suka berjalan pada waktu malam dan

juga untuk menakutkan pencuri yang memasuki kawasan kediaman masyarakat

tersebut.

Ukiran burung kenyalang antara ukiran yang terkenal dalam kalangan suku

kaum Iban. Augustine Anggat Ganjing juga menyatakan bahawa dalam ukiran ini

terdapat pelbagai bentuk seperti bentuk-bentuk manusia, binatang, burung dan

tumbuh-tumbuhan. Patung-patung kenyalang ini dipakai dalam upacara Gawai

Kenyalang, untuk menghormati Betara atau Dewa Peperangan dan Sengalang

Burung. Masyarakat Iban mempercayai bahawa burung kenyalang ini dapat

melindungi mereka dari segala keburukkan.

Selain itu, kaum Iban juga berkebolehan dalam mengukir ukiran alat muzik

tradisional seperti sape. Sape dimainkan untuk hiburan serta mengiringi tarian

Ngajat. Terdapat juga ukiran-ukiran kayu lain yang membawa maksud dan makna

serta fungsi ritual mengikut kepercayaan masyarakat kaum Iban.

Page 19: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

6

1.1.4 FUNGSI-FUNGSI UKIRAN KAYU

Ukiran-ukiran kayu kaum Iban mempunyai pelbagai fungsi yang penting.

Augustine Raoh Mapang (1991) menyatakan bahawa, ukiran kayu berfungsi sebagai

perlindungan kepada keluarga daripada bencana dan untuk memperdayakan pihak

musuh. Tambahan pula, ia juga bertujuan untuk menakutkan dan melemahkan pihak

musuh, memberi perangsang secara ritual dan spiritual.

Selain daripada itu, Zainal Abidin Zulcifly (1988) juga mengutarakan

bahawa, ukiran kayu memberi perlindungan kepada masyarakat daripada serangan

penyakit dan menjamin masa depan mereka dengan kejayaan lebih-lebih lagi dalam

bidang pertanian.

Page 20: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

7

1.1.5 PENGKOMERSILAN

Pada tahun 1951, kerajaan Malaysia telah menubuhkan RIDA (Rural

and Industrial Development Authority). RIDA memberi sokongan ekonomi kepada

industri-industri yang berskala kecil. Selain itu, RIDA menjadi penaung kepada

Majlis Amanah Rakyat (MARA). MARA merupakan sebuah organisasi yang bergiat

aktif dalam mengendalikan program-program pendidikan dan memperuntukkan

kemudahan teknikal dan kewangan untuk masyarakat Melayu. Kraftangan menjadi

salah satu komponen dalam aktiviti MARA. Organisasi-organisasi yang seterusnya

ditubuhkan oleh kerajaan adalah seperti Handicraft Development Centre (1967),

Batek Malaysia Berhad (1968) dan Lembaga Kraftangan Malaysia (1973) (Leigh, B.

2000).

Pada tahun 1979 Lembaga Kraftangan Malaysia bertukar kepada

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Semenjak itu, perbadanan ini

memfokuskan terhadap kraftangan-kraftangan dari seluruh Malaysia di mana

menjalankan aktiviti promosi dan pemasaran secara besar-besaran. Matlamat

perbadanan ini adalah untuk mempopularkan kraftangan Malaysia ke seluruh negara

(Leigh, 2000). Menurut Leigh juga, tujuan kerajaan Malaysia menaja pengeluaran

hasil kraf bukan sahaja untuk mempromosikan dan meningkatkan identiti budaya

negara, malah menyediakan kemudahan dari segi ekonomi bagi masyarakat Melayu

miskin di kawasan perdalaman dengan melibatkan diri dalam aktiviti komersial.

Menurut Sohaimi Abdul Aziz (Mei, 2000) dalam artikel yang bertajuk

“Komersialisme Seni Tradisional”, seni tradisi semakin dicabar oleh seni moden

yang menggunakan pelbagai teknologi. Beliau juga menyatakan bahawa, masyarakat

kini berada dalam konsep langit terbuka yang memberi ruang yang amat luas untuk

Page 21: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

8

mereka mendapat pelbagai jenis seni khususnya seni yang dapat dikategorikan

sebagai seni popular. Mereka lebih mudah menghayati dan mengamalkan seni

popular itu. Maka, satu alternatif yang ada ialah membawa masuk komersialisme

supaya seni tradisi terus dipelihara. Beliau juga menyatakan bahawa membawa

masuk komersialisme dan dibantu dengan dasar pendidikan pro-budaya akan

menjadikan nasib seni tradisional lebih terjamin daripada terpupus dan menghasilkan

rakyat Malaysia yang kenal, cinta dan bangga dengan seni tradisional.

Menurut Nasir Baharuddin (April, 2000) dalam artikel yang bertajuk,

“Warisan Seni: Tradisi atau Komersial”, persoalan sama ada untuk mengekalkan

yang tradisi atau berubah ke arah komersial berkait rapat dengan “pantang larang”

dan harga diri sesuatu bangsa itu sendiri. Pertama, tradisi lama perlu dikekalkan

untuk mempertahankan keaslian dan nilai budaya bangsa. Kedua, untuk

mengkomersialkan seni, hal ini perlu dilakukan dengan berhemah agar tidak

dianggap sebagai penjualan secara langsung yang dibuat demi untuk menghalang

kepupusan budaya itu sendiri.

Nasir Baharuddin juga menyatakan bahawa terdapat beberapa

pandangan terhadap aktiviti pengkomersilan. Ada berpendapat bahawa seni

tradisional tidak wajar berubah mengikut zaman, sebaliknya harus dipertahankan

keaslian yang menjadi identitinya. Maka seni tradisional wajar kekal seadanya

supaya dapat diwarisi generasi akan datang. Ada juga berpendapat bahawa seni

tradisional boleh dikomersialkan tetapi masih mempertahankan yang aslinya.

Pandangan ini bermakna bahawa seni tradisi boleh dikomersialkan supaya dapat

bersaing dengan seni popular yang lain. Pada masa yang sama, seni tradisional pelu

dipelihara keasliannya untuk dijadikan bahan rujukan kepada persoalan keasliannya.

Page 22: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

9

Beliau juga menyatakan bahawa, terdapat juga pendapat lain yang agak berani yang

mahu seni tradisional dikomersialkan supaya terus hidup dan diminati.

Mengkomersialkan seni tradisional tidak bermakna membunuh keasliannya kerana

ada unsur-unsur dasar yang dikekalkan.

Page 23: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

10

1.2 DEFINISI

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (1984), seni membawa maksud

“karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat (kecekapan)

hasil dari sesuatu ciptaan”. Mengikut Kamus Bahasa Malaysia (edisi pelajar) (1975),

seni bermaksud “kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah”.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1984) juga memberi makna ukiran

sebagai “lukisan yang dibuat dengan memahat (mengores, menorah dan lain-lain) pada

barang-barang perhiasan dan ukiran sebagai ukiran-ukiran sesuatu yang telah diukir,

lukisan dan lain-lain yang telah diukir”. Menurut Kamus Bahasa Malaysia (edisi

pelajar) (1975), ukiran bermakna “hasil dari mengukir sesuatu yang diukir”.

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (1984), komersial adalah

“berkaitan dengan perniagaan, bersifat berniaga (berdagang), sesuai untuk perniagaan

atau perdagangan”. Komersial juga didefinisikan sebagai “Of or engaged in

commerce; commercial art, art used in advertising, etc.” (The Oxford Paperback

Dictionary, 1979). Komersial dijelaskan sebagai pengkomersilan terhadap seni dan

seni yang digunakan dalam pengiklanan dan sebagainya.

“The term Iban is said to mean “Roving Stranger.” It is thought to be a

borrowing from the Kayan Ivan: Immigrant or Wanderer” (Richards, 1981).

Menurut Richard, istilah Iban bermaksud orang yang merayau yang tidak dikenali

oleh sesiapa. Istilah tersebut dipinjam daripada bahasa Kayan iaitu salah satu suku

kaum di Sarawak yang membawa maksud pendatang (immigrant) atau penggembara

(wanderer).

Page 24: IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP … NANTHINI AP... · 2015. 1. 30. · i UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN

11

1.3 OBJEKTIF

Tujuan utama penyelidikan dijalankan adalah untuk mengenalpasti sejauh

manakah pengkomersilan ukiran kayu Iban menghasilkan kebaikan dan keburukan

kepada masyarakat kaum Iban. Terdapat tiga objektif utama yang perlu diberi

perhatian, iaitu :

I. Meninjau dan mengkaji kesan-kesan positif dan negatif akibat

pengkomersilan ukiran kayu kaum Iban di pasaran pada masa kini.

II. Mengkaji pandangan atau persepsi masyarakat kaum Iban itu sendiri

terhadap pengkomersilan ukiran kayu kaum Iban di pasaran.

III. Mengkaji kesan-kesan pengkomersilan terhadap pengekalan keaslian

dalam ukiran kayu Iban pada masa kini.