impak hubungan diplomatik

2
Impak Hubungan Diplomatik EirulMuizz Pengenalan Hubungan luar negara merujuk hubungan diplomatik yang dijalin antara dua buah negara yang berjiran. Antara contoh hubungan luar negara ini melibatkan hubungan Malaysia dengan Singapura dan Thailand serta Brunei. Isi : Impak hubungan diplomatik Kerjasama dalam bidang ekonomi Aspek pelaburan asing antara kedua-dua buah negara seperti pelabur Singapura boleh melabur di Malaysia dan pelabur Malaysia pula dibenarkan untuk mewujudkan perniagaan di sana Mewujudkan hubungan secara tidak langsung lalu menjadi rapat terutama selepas perniagaan itu berjaya mengaut keuntungan yang tinggi pula Kerajaan Malaysia dan Thailand boleh melakukan pertukaran maklumat tentang aspek keselamatan Penjenayah telah menggunakan kawasan sempadan yang panjang antara Malaysia-Thailand untuk menjalankan pelbagai aktiviti jenayah seperti penyeludupan senjata, manusia, dan dadah Kerjasama untuk berkongsi informasi risikan tentang aktiviti penjenayah ini menjamin kedua-dua pihak berkuasa dari setiap negara boleh menghalang berlakunya kegiatan jenayah di negara masing- masing Menggalakkan kehadiran pelancong dari kedua-dua buah negara yang terbabit Kehadiran pelancong itu boleh ditingkatkan dengan mengurangkan proses dokumentasi terutama keperluan untuk memperoleh visa hendaklah dihapuskan bersama-sama membenarkan tempoh menetap di sesebuah negara yang lebih panjang pula Semakin kurang karenah birokrasi semakin banyaklah pelancong yang akan melawat sesebuah negara lalu mewujudkan satu perasaan memahami budaya masyarakat tempatan pula Menyelesaikan konflik antara sesebuah negara Pertumpahan darah tidak akan berlaku dan banyak nyawa yang tidak berdosa dapat diselamatkan Perbincangan yang melibatkan golongan pemimpin ini pasti akan mencari jalan yang terbaik

Upload: eirul-muizz

Post on 25-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Impak Hubungan Bilateral dan Multilateral

TRANSCRIPT

Page 1: Impak Hubungan Diplomatik

Impak Hubungan DiplomatikEirulMuizz

Pengenalan

Hubungan luar negara merujuk hubungan diplomatik yang dijalin antara dua buah negara yang berjiran. Antara contoh hubungan luar negara ini melibatkan hubungan Malaysia dengan Singapura dan Thailand serta Brunei.

Isi : Impak hubungan diplomatik

Kerjasama dalam bidang ekonomi

Aspek pelaburan asing antara kedua-dua buah negara seperti pelabur Singapura boleh melabur di Malaysia dan pelabur Malaysia pula dibenarkan untuk mewujudkan perniagaan di sana

Mewujudkan hubungan secara tidak langsung lalu menjadi rapat terutama selepas perniagaan itu berjaya mengaut keuntungan yang tinggi pula

Kerajaan Malaysia dan Thailand boleh melakukan pertukaran maklumat tentang aspek keselamatan

Penjenayah telah menggunakan kawasan sempadan yang panjang antara Malaysia-Thailand untuk menjalankan pelbagai aktiviti jenayah seperti penyeludupan senjata, manusia, dan dadah

Kerjasama untuk berkongsi informasi risikan tentang aktiviti penjenayah ini menjamin kedua-dua pihak berkuasa dari setiap negara boleh menghalang berlakunya kegiatan jenayah di negara masing-masing

Menggalakkan kehadiran pelancong dari kedua-dua buah negara yang terbabit

Kehadiran pelancong itu boleh ditingkatkan dengan mengurangkan proses dokumentasi terutama keperluan untuk memperoleh visa hendaklah dihapuskan bersama-sama membenarkan tempoh menetap di

sesebuah negara yang lebih panjang pula

Semakin kurang karenah birokrasi semakin banyaklah pelancong yang akan melawat sesebuah negara lalu mewujudkan satu perasaan memahami budaya masyarakat tempatan pula

Menyelesaikan konflik antara sesebuah negara

Pertumpahan darah tidak akan berlaku dan banyak nyawa yang tidak berdosa dapat diselamatkan

Perbincangan yang melibatkan golongan pemimpin ini pasti akan mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit

Dipandang tinggi dan mulia oleh negara-negara lain di persada antarabangsa

Negara-negara yang terlibat dalam rundingan bagi menyelesaikan konflik akan dipandang tinggi dan mulia

Majoriti masyarakat di seluruh dunia mendambakan kehidupan yang aman damai dan harmoni, yakni bebas daripada berlakunya pertumpahan darah

Cara perundingan dan persepakatan amat bersesuaian untuk menyelesaikan masalah daripada cara peperangan

Penutup

Media massa turut menyiarkan pelbagai ulasan berita yang mengaitkan kepentingan hubungan luar negara sehingga menjadikan sebarang isu politik negara jiran diketahui oleh penduduk negara ini. Jelaslah, ada pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan oleh negara ini bersama-sama negara jirannya untuk meningkatkan hubungan diplomatik itu