pegawai tadbir diplomatik

23
Diskripsi Prima

Upload: muazhadi

Post on 14-Jun-2015

4.024 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

contoh soalan peperiksaan bertulis ptd (pegawai tadbir diplomatik)

TRANSCRIPT

Page 1: pegawai tadbir diplomatik

Diskripsi Prima

Page 2: pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 2

Legal Notice

· Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya www.tipsptd.com

· Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi Akta Hakcipta.

· Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web www.tipsptd.com, sila laporkan kepada kami melalui email [email protected] dan ganjaran sewajarnya akan diberikan kepada anda

· Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip penting untuk PTD Assessment Center dan Temuduga PTD di masa hadapan

Disclaimer

Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Team Tips PTD dari www.tipsptd.com. Ianya diterbitkan untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang

liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD ini adalah tepat pada masa ianya diterbitkan.

Team Tips PTD, Januari 2010

Edisi Pertama Januari 2010

Page 3: pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 3

Pendahuluan

Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD (PRPBP) diterbitkan atas dasar memberikan satu maklumat yang komprehensif sebagai wadah untuk semua calon melakukan persediaan yang rapi. Setiap tahun secara kasarnya terdapat 2 kali peperiksaan bertulis iaitu pada bulan Februari dan Ogos (kebiasaannya) dan puluhan ribu calon yang mengambil peperiksaan ini di seluruh negara. Tiadanya rujukan khusus yang boleh dijadikan persediaan sebelum menduduki peperiksaan adalah antara faktor kenapa calon GAGAL dalam peperiksaan ini dan betapa peningnya mendapat maklumat yang bercampur-baur dari internet. Kami yakin anda turut mengalaminya dan anda harus bersyukur kerana menjumpai laman tipsptd.com yang bakal mengenengahkan kepada anda bagaimana nak melakukan persediaan yang rapi dan sekaligus LULUS dengan jayanya peperiksaan bertulis PTD ini nanti. Terima kasih dan tahniah untuk anda yang memilih untuk memiliki PRPBP ini, dan jadikanlah http://tipsptd.com/blog sebagai rujukan utama untuk kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Pembelian anda ialah sebahagian dari sumbangan dalam memastikan kesinambungan maklumat percuma di blog tipsptd dan anda boleh jadikan blog tersebut sebagai rujukan masa-masa genting anda untuk PTD Assessment Center dan temuduga PTD nanti. Diharapkan juga Pakej Rujukan ini bakal membantu persediaan anda untuk LULUS dan melayakkan diri ke sesi prePAC nanti. Penghargaan kepada semua Team Tips PTD dan juga editor, saudari Afraha Baiti binti Ariff yang bertungkus lumus menyiapkan PRPBP ini. Mudah-mudahan usaha ini dapat menyumbang kepada keputusan yang bagus anda semua dalam peperiksaan bertulis nanti. Anda boleh menulis dan berkongsi maklumat atau sebarang pertanyaan dengan kami melalui email [email protected] dan kami amat mengalu-alukan feedback dari anda. Salam kejayaan untuk anda dan selamat menduduki Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik! Pastikan anda membaca setiap helaian PRPBP kerana banyak tips dan strategi yang bakal anda ketahui. Jangan lupa, mulakan dengan bahagian “Apa Yang Bakal ANDA Perolehi”

Team Tips PTD

Page 4: pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 4

Apa Yang Bakal anda Perolehi

Sebelum memulakan langkah persediaan anda, suka untuk kami ringkaskan apa yang bakal anda

perolehi dari Pakej Rujukan ini. Ianya akan diringkaskan seperti di bawah;

Pengenalan Ringkas

Kenapa GAGAL?

Pelan Tindakan

Penutup & Doa

Senarai Semak

Penerangan Seksyen

Penerangan Format

Pecahan Soalan

Strategi Persediaan

Contoh Soalan

Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen adalah

PERKARA penting yang kami DEDAH kan kepada anda. Anda akan tahu bentuk soalan dan bagaimana untuk

anda bersedia. Link khas disediakan untuk rujukan. Sebab itu ia dinamakan DISKRIPSI PRIMA

Page 5: pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 5

Isi Kandungan

Tajuk Mukasurat

Pengenalan Ringkas 6

Kenapa GAGAL 7

Perincian, Strategi dan Contoh Soalan: Seksyen A

v Pecahan 1 v Pecahan 2 v Pecahan 3 v Pecahan 4 v Pecahan 5 v Pecahan 6 v Pecahan 7

10

13 16 18 19 22 25 27

Perincian, Strategi dan Contoh Soalan: Seksyen B

v Pecahan 1 v Pecahan 2 v Pecahan 3 v Pecahan 4

28

30 33 34 37

Perincian, Strategi dan Contoh Soalan: Seksyen C

v Contoh Esei Bahasa Melayu v Contoh Esei Bahasa Inggeris

41

42 45

Perincian, Strategi dan Contoh Soalan: Seksyen D

v Contoh Soalan

46

48

Perincian, Strategi dan Contoh Soalan: Seksyen E

v Contoh Soalan

49

50

Tips Khas: Bagaimana Menulis Esei Dengan Baik

v Isu-isu yang perlu diberi perhatian dalam Seksyen D dan E

53

54

Ringkasan Keseluruhan seksyen 56

Senarai Semak 57

Kit Persediaan 58

Senarai Isi Kandungan buku “Malaysia Kita” 59

Penutup dan Doa 61

Page 6: pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 6

Pengenalan Ringkas

Menjadi seorang Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukan lah sesuatu yang mudah.

Sebab itu ianya dianggap sebagai satu kerjaya yang eksklusif dan berada pada kelas yang tersendiri.

Proses pemilihanya kalau dinilai merupakan satu proses yang agak ketat dan sedikit sukar. Dalam proses

penapisan sahaja, seseorang yang mahu menjadi pegawai PTD harus melalui 3 peringkat ujian yang

bakal menguji kemahiran dan ilmu yang ada.

Pada peringkat umumnya, kelulusan anda dinilai sama ada anda layak atau tidak untuk memohon

menjadi PTD. Bagi yang tidak dipanggil untuk peperiksaan PTD, mungkin ada masalah dengan kelulusan

anda. Setelah layak untuk menduduki ujian, anda perlu bersedia dengan maklumat yang secukupnya

kerana ujian ptd menuntut pemahaman dan kesedaran tentang maklumat penting. Dalam kata lain,

anda perlu peka dengan isu semasa dan banyak membaca.

Setelah lulus ujian, anda akan dihadapkan ke Assessemnt Centre untuk dinilai dengan lebih dekat. Hanya

mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang

seterusnya iaitu pre PTD Assessment Centre (prePAC). prePAC merupakan mekanisme bagi membantu

pihak INTAN membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum

diperakukan kepada SPA untuk tujuan temuduga dan lantikan ke perkhidmatan awam.

Setelah berjaya prePAC anda akan di temuduga oleh panel PTD untuk menentukan sama ada anda betul-

betul layak atau tidak menjadi seorang pegawai PTD. Interview PTD tidak lah semudah yang disangka,

tapi kalau anda cukup persediaan dan keyakinan, kejayaan adalah milik anda!

Kami tak ingin memanjangkan huraian tentang kerjaya ini kerana focus kita dalam Pakej Rujukan ini

persediaan peperiksaan bertulis. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerjaya PTD, sejarahnya dan

bagaimana penilaian dalam Assessment center dan lain-lain, anda boleh layari laman web berikut;

http://www.intanbk.intan.my/cda/m_ptd/on_ptd.php

Page 7: pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 7

Kenapa GAGAL?

Ada beberapa sebab yang menyumbang kepada kegagalan calon-calon ujian bertulis PTD. Anda

boleh rujuk dalam ebook PERCUMA “27 Sebab kenapa Calon GAGAL Ujian PTD”. Kenalpasti sebab gagal

dan anda cuba pastikan ianya tidak berlaku pada anda. Anda harus baca ebook tersebut!

Untuk tindakan pantas, kami senaraikan beberapa sebab penting yang mana antara lainnya,

calon gagal sebab terlalu gemuruh! Apabila terlalu gemuruh, maklumat yang ada di kepala anda hilang

dan tidak keluar. Anda mungkin memandang remeh isu ini tetapi inilah hakikat yang berlaku. Seringkali

ada sahaja calon yang berpeluh satu badan dan tak senang duduk semasa exam lantas pulang awal

sebab tak mampu lagi meneruskan exam tersebut. Kenapa mereka gemuruh? Kalau ianya memang satu

symptom kebiasaan anda, anda perlu kepada ubat. Ada beberapa ubat penenang yang anda boleh

dapatkan di farmasi untuk tindakan pantas. Tapi untuk jangkamasa panjang, saya sarankan anda

mengambil ubat panenang yang merupakan ‘tissue salt’ dari klinik perubatan homeopathy. Perubatan

homeopathy memberikan tindakbalas yang sedikit lambat, tapi jika anda mengalami masalah gemuruh,

eloklah mengamalkannya dan ianya selamat serta tiada kesan sampingan berbanding ubat penenang

yang dijual di farmasi.

Sebab lain yang menyumbang kepada gemuruh ini ialah disebabkan kecuaian calon tersebut.

Calon tersesat dan tak jumpa jalan ke tempat peperiksaan ataupun tersekat dalam traffic jam lalu lewat

ke tempat peperiksaan. Ada juga lupa peralatan yang diperlukan termasuk IC dan lain-lain, tersilap

masuk dewan peperiksaan, berada ditempat yang salah dan lain-lain. Semua ini perkara remeh dan tak

sepatutnya berlaku kepada anda. Siapkan diri anda awal-awal, ini adalah persediaan fizikal yang perlu

diselesaikan awal. Kalau boleh anda pergi melihat tempat peperiksaan sehari awal atau sebelum

peperiksaan, jadi anda tak gelabah tersesat dan sebagainya. Tolong ambil perhatian perkara ini kerana

ianya penting dan selalu diabaikan. Pastikan semua kelengkapan alat tulis ada, IC dan surat panggilan

juga ada. Cuba tiba awal di pusat peperiksaan dan biarkan diri anda ber’asimilasi’ dengan suasana pusat

peperiksaan tersebut. Amik nafas dalam-dalam dan cuba bermeditasi seketika. Bacalah doa-doa yang

anda belajar untuk menenangkan diri. Kami ada kongsikan doa di blog tipsptd untuk anda amalkan

sebelum peperiksaan.

Page 8: pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 8

Faktor kegagalan yang lain ialah anda terperanjat dengan soalan yang ditanya. Soalan terlalu

banyak, diluar jangkaan, masa terhad dan sebagainya. Dalam kata lain ianya disimpulkan sebagai calon

gagal sebab tak tahu format dan bentuk soalan yang bakal ditanya. Kami yakin setelah anda membaca

nota ‘Diskripsi Prima’ ini, masalah ‘terkejut’ ini sudah tiada harapnya sebab anda tahu apa yang bakal

anda lalui. Fahami dan tahu apa skop yang bakal ditanya juga jumlah soalannya supaya anda dapat

‘bajet’ masa anda untuk peperiksaan ini. Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti,

tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi

bersedialah lebih awal, tahu format, tahu skop yang bakal ditanya dan harapnya kejayaan menanti anda.

Tiada persediaan rapi adalah faktor umum kegagalan anda dalam apa bidang sekalipun. Terlalu

yakin atau sekadar pergi mencuba nasib merupakan attitude yang berbeza tapi menyumbang ke satu

natijah yang sama iaitu KEGAGALAN. Satu fakta yang anda kena tahu ialah, jumlah calon yang layak

menduduki peperiksaan bertulis setiap tahun ialah lebih kurang antara 70 ribu ke 80 ribu orang dan

calon yang dipanggil ke sesi PAC adalah sekitar 6 ribu ke 7 ribu calon sahaja. Jadi soalan yang dirangka

ialah untuk menyingkirkan hampir 90% calon yang menduduki peperiksaan!! Anda akan dapati ada

soalan yang tak masuk akal langsung seperti pengatahuan tentang jenis gendang kaum Penan dan

sebagainya. Apa yang kami cuba sampaikan ialah tidak kiralah anda graduan kelas pertama ke kelas

ketiga ke, anda tiada kelebihan masa itu. Anda perlu bersaing dengan semua orang yang dipanggil ke

peperiksaan tersebut. Kebanyakan calon terlalu yakin dan pergi tanpa persediaan yang rapi. Kenapa

anda harus jadi seperti mereka? Buat persediaan rapi, siapkan diri anda dengan maklumat yang

diperlukan, hampir pasti anda bakal berada dalam kelompok yang bakal dipanggil ke PAC. Sekali lagi

kami suka tegaskan, anda perlu bersedia, jangan pergi untuk sekadar mengambil peperiksaan sahaja,

tapi pergi dengan persediaan yang rapi, ilmu penuh di dada dan untuk berjaya, bukan untuk menjadi

‘calon kebanyakan’!

Faktor lain ialah, sangkut pada ujian Matematik. Tentang ujian Matematik, untuk graduan aliran

Sains, tidak menjadi masalah utama, tapi untuk graduan aliran Sastera, ada sedikit masalah. Soalan

bahagian ini sebenarnya tidak memerlukan anda memiliki kemahiran matematik yang tinggi, silibus nya

hanya sekadar matematik tingkatan 5 yang anda lulus dengan cemerlang 5-10 tahun yang lalu. Itu yang

dinyatakan oleh pihak SPA, tapi bagi kami soalan hanya mencakupi silibus tingkatan 3, (campur, tolak,

darab, bahagi, pecahan) dan tambahan kepada skil penyelesaian masalah. Yang selebihnya adalah

Page 9: pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 9

‘analytical’ yang tak memerlukan anda membuat pengiraan langsung. Tak usah gelabah, anda baca

soalan matematik tersebut dengan sedikit teliti dan kami pasti anda boleh menjawabnya. Jawab soalan

dibahagian IQ dengan pantas dan luangkan lebih masa untuk bahagian matematik. Buatlah satu dua set

ujian peperiksaan PMR dan cari beberapa soalan analytical penyelesaian masalah dari internet. Tak

susah, percayalah!

Faktor lain ialah gagal menjawab soalan esei. Ini faktor kritikal, anda harus tahu isu semasa

untuk menjawab soalan esei ini. Banyakkan membaca akhbar dan ambil peduli tentang isu-isu nasional

sekarang. Luangkan masa menonton berita setiap malam mulai sekarang. Penting untuk anda

mengetahui isu semasa, jangan main hentam sahaja dan akhirnya anda memberikan satu gambaran

yang salah tentang isu tersebut. Sebolehnya kami tak nak membebel tentang isu ini, anda seorang

graduan universiti, jadi anda harus tahu apa yang perlu anda lakukan untuk memperkayakan diri anda

dengan maklumat-maklumat ini. Dalam ‘Diskripsi Prima’ ini dilampirkan juga bagaimana menulis esei

dengan baik dan senarai tajuk-tajuk yang telah diperincikan mengikut kumpulan tertentu dan semua ini

terserahlah kepada anda untuk ambil tindakan.

Page 10: pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 10

“Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan

bagi Setiap Seksyen”

Seksyen A: Pengetahuan Am Mengenai Malaysia

Page 11: pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 11

Seksyen A: Pengetahuan Am Mengenai Malaysia

Penerangan Format

Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mempunyai

paling banyak soalan. Anda diberikan masa 45 minit untuk menjawab 60 soalan. Markah yang

diperuntukkan adalah 30 markah dan ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu

adalah format yang digunapakai sehingga tahun 2009. Sekali lagi formatnya;

· Tempoh: 45 minit

· Jumlah Soalan: 60 soalan

· Markah: 30 markah

Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali

berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya

ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu criteria

sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitive kepada isu-isu penting

lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional. Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya

soalan-soalan mencakup beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada pembahagian

soalan-soalan dalam bahagian ini. Kita akan menganalisis satu persatu bahagian yang dikemukakan

soalan dalam seksyen A ini. Antara skop pengkhususan soalan dalam bahagian ini ialah;

ü Sejarah Malaysia

ü Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat

ü Skop Tugasan Badan dan Perjawatan

ü Isu Nasional

ü Dasar Pentadbiran Negara

ü Tarikh dan Fakta Penting

ü Lain-lain di luar skop

Page 12: pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 12

Ianya adalah pecahan berdasarkan pemerhatian dan ‘feedback’ yang diterima oleh kami di

tipsptd.com/blog sepanjang menyalurkan maklumat kepada pembaca-pembaca yang dahagakan

maklumat mengenai peperiksaan PTD. Pecahan itu adalah sebagai panduan umum untum memudahkan

anda melakukan rujukan dan persediaan rapi dalam peperiksaan peringkat ini. Ianya bukanlah sesuatu

yang rasmi, tetapi lebih kepada gambaran umum kepada anda.

Dengan pembahagian ini, seharusnya anda akan jadi lebih jelas dan terarah dalam melakukan

persediaan sebelum menghadapi peperiksaan bertulis. Ramai yang menyatakan seksyen A ini adalah

satu seksyen yang sengaja diadakan untuk memerangkap calon dan ianya sama-sekali tidak masuk akal

kerana skop yang dirangkumi oleh seksyen ini terlalu luas. Bahkan dalam penghuraian seksyen ini oleh

pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sendiri mereka menyatakan yang tiada rujukan khusus

untuk persediaan seksyen ini. Dalam hebahan umum SPA menyatakan;

“Di dalam kertas peperiksaan ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan perkara-perkara lain berkenaan dengan politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan dan lain-lain perkembangan di seluruh dunia pada amnya dan khususnya yang ada kena mengena dengan Malaysia. Perkara ini terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks yang tertentu untuk dibaca dan soalan-soalan akan disediakan begitu meluas. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam aneka lapangan akademik. Siswazah-siswazah yang selama ini mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan mudah menjawab soalan-soalan ini. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.”

Tapi kami tetap berusaha untuk memudahkan anda dan kami akan tunjukkan melalui

pemerhatian yang dibuat bagaimana soalan-soalan ini dibentuk sebenarnya dan bagaimana

menyediakan diri anda untuk menjawab soalan-soalan seksyen A ini. Kami akan huraikan satu persatu

pecahan bahagian yang telah dinyatakan sebelum ini beserta contoh-contoh soalan yang

menggambarkan pecahan tersebut. Dan sekali lagi diingatkan yang pecahan itu merupakan hasil

pemerhatian kepada soalan-soalan yang lepas.

Page 13: pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 13

Huraian Seksyen A: Pecahan 1- “Sejarah Malaysia”

Untuk bahagian Sejarah Malaysia, apa yang anda perlukan ialah Buku Sejarah rujukan untuk

PMR dan SPM. Abaikan bab-bab yang berhubungkait dengan isu-isu antarabangsa. Fokus kepada yang

menjurus kepada yang berkaitan dengan Sejarah Malaysia. Boleh juga mendapatkan buku Sejarah

Malaysia atau Malaysia Kita untuk memantapkan persediaan anda.

Anda tak perlu risau sangat kerana semuanya sebenarnya sudah ada dalam benak fikiran anda

kerana kita pernah melaluinya zaman persekolahan dahulu dan maklumat itu sebenarnya sudah pun

tersimpan dalam memori kita. Apa yang kita perlukan ialah sedikit bacaan yang boleh mengingatkan kita

semula. Jadi ianya tidaklah sesusah kita mengambil peperiksaan dahulu kerana semua itu adalah baru

bagi kita ketika itu. Sebab itu anda perlu ‘smart’ dalam persediaan kali ini. Cari buku-buku rujukan yang

ringkas (point system) yang hanya menekankan isi-isi penting sahaja. Jangan membaca rujukan yang

seperti buku teks kerana ianya disediakan untuk menghuraikan dan memahamkan pembaca yang

membaca untuk mengetahui fakta buat kali pertama. Situasi ini lain dengan anda, anda Cuma nak

mengingat kembali apa yang pernah anda faham dan tahu satu ketika dahulu. Jadi jimatkan masa dan

tenaga anda, hanya cari nota-nota yang bercirikan point form dan sudah barangtentu ianya akan

menjimatkan masa anda.

Jadi bagaimanakah soalan yang selalu ditanya yang berkaitan dengan Sejarah Malaysia? Ini

adalah sebahagian soalan yang berkaitan;

1. Berikut adalah syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 yang

ditandatangani oleh Francis Light setelah meneliti tawaran dari

Sultan Abdullah kecuali?

a. Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) harus melindungi Kedah

b. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah

c. SHTI hendaklah membayar 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada

Sultan Kedah sebagai pampas an

Page 14: pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 14

d. SHTI hendaklah membantu Kedah sekiranya diserang musuh

e. SHTI boleh mengambil sebahagian kawasan lombong jajahan Kedah

2. Ketika Sultan Abdullah menyerang untuk mengambil semula Pulau

Pinang, baginda mendapat bantuan dari banyak pihak seperti;

a. Temasek

b. Acheh

c. Riau

d. Raja Thai

e. British

3. Kenapa Kedah menjadi tarikan UTAMA British?

a. Kedudukan strategik Kedah di laluan antara timur dan barat

b. Sebagai tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin

monsun untuk perdagangan dengan China

c. Banyak barang dagangan di negeri Kedah yang dibawa dari Negara

luar Seperti China

d. Perkembangan Kuala Kedah sebagai pelabuhan entrepot di

Kepulauan Melayu

e. Untuk dijadikan Pelabuhan persinggahan dan Pengkalan tentera

4. Penentangan Mat Salleh di Sabah pada tahun 1897 adalah rentetan

peristiwa percubaan berunding pada tahun 1897 dengan Gabenor

Beaufort, C.V.Creagh mengenai masalah;

a. Cukai yang tidak wajar

b. Pembahagian kuasa jajahan daerah yang tidak adil

c. Pengambilan hak penduduk keturunan Bajau dan Suluk

d. Penindasan dan kekerasan pegawai SBUB

e. Penguatkuasaan lessen perhutanan yang membebankan penduduk

5. Penentangan Dato’ Bahaman adalah disebabkan faktor..

Page 15: pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 15

a. Perlucutan gelaran oleh Hugh Clifford yang menjatuhkan maruah

beliau sebagai orang besar jajahan

b. Larangan mengutip cukai di daerah Temerloh

c. Pembinaan Balai Polis di Lubuk Teruap yang merupakan kawasan

Dato’ Bahaman

d. Konflik kesetiaan kepada Raja

e. Sultan Ahmad seperti dikuasai oleh British dan meminta bantuan

Dato’ Bahaman

6. Apakah yang dimaksudkan dengan semangat Kebangsaan

7. Perjuangan menuntut kemerdekaan melalui mata pena juga merupakan

satu firqah yang berkesan yang menyumbang kepada kebangkitan

rakyat. Bagaimana ianya bermula?

8. Berikut adalah antara golongan intelektual Melayu yang menyokong

gagasan kemerdekaan Tanah Melayu tetapi berlatangbelakangkan

pendidikan Inggeris

9. Dia adalah seorang yang berpengaruh dalam pakatan bersama Tunku

Abdul Rahman menuntut kemerdekaan dan pernah dilantik sebagai

Ahli Tidak Rasmi Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat pada

tahun 1923-1934.

10. Apakah yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda pimpinan

Ibrahim Haji Yaakob yang akhirnya menyebabkan mereka tersisih

dalam pembentukan Tanah Melayu?

Semua 10 soalan tersebut adalah soalan contoh yang merangkumi pecahan Sejarah Malaysia

dalam Seksyen A. Harus diingatkan anda diberi pilihan jawapan yang hampir dan anda perlu berhati-hati

dalam memilih jawapan. Pilihan jawapan selalunya 5 (a-e). Anda harus cepat dan pantas menjawab

soalan-soalan ini. Jadi sebolehnya anda sediakan diri anda dengan pengetahuan yang komprehensif

meliputi Sejarah Malaysia. Biasanya ianya merangkumi 10-15 soalan mengenai sejarah.

Page 16: pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 16

Huraian Seksyen A: Pecahan 2 - “Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat”

Bahagian ini menuntut anda memahami secara umum tentang bagaimana pembahagian tugas

peringkat negeri dan pusat. Pengetahuan bagaimana struktur jabatan-jabatan negeri dan bagaimana

perhubungannya dengan kerajaan pusat. Di samping itu pengetahun tentang perlembagaan, bagaimana

undang-undang dibuat dan proses parlimen, pengesahan dari badan eksekutif. Jika boleh diperincikan,

ianya juga mencakup system pemerintahan dan pentadbiran Negara. Rujukan yang sesuai ialah buku

sejarah tingkatan 5, buku Malaysia Kita dan rujukan Pengajian Am tingkatan 6. Anda boleh mana-mana

yang mudah diperolehi atau sumber sedia ada. Berikut adalah contoh soalan dalam bahagian ini;

1. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda

hendaklah memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat

sokongan majoriti dan dia mestilah seorang yang

a. Beragama Islam

b. Pernah menjadi Menteri Kabinet

c. Keturunan Melayu

d. Menjadi warganegara mengikut operasi undan-undang

e. Enjadi warganegara secara masukan

2. Pembahagian jabatan-jabatan di peringkat negeri secara umumnya

ada dua bahagian dan ianya adalah;

a. Jabatan Pusat dan Jabatan Negeri

b. Jabatan Negeri dan Jabatan Daerah

c. Jabatan Negeri dan Kementerian

d. Jabatan Negeri dan JabatanPersekutuan

e. Jabatan Jabatan Negeri dan Cawangan Jabatan Persekutuan

Page 17: pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 17

3. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai:

a. Penubuhan ASEAN

b. Penubuhan kawasan aman, bebas, dan berkecuali di Asia Tenggara

c. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN

d. Keputusan Filipina berkenaan dengan pengguguran tuntutan

Kerajaan mereka ke atas Sabah

e. Penubuhan pakatan Ketenteraan di antara Negara-negara ASEAN

4. Perlembagaan boleh dipinda dengan syarat tertentu yang antaranya

sokongan 2/3 ahli dewan rakyat. Antara kepentingan pindaan

Perlembagaan yang harus dihayati:

a. Mengikut kesesuaian idealogi kerajaan semasa

b. Membuang mana-mana perlembagaan yang dianggap berat sebelah

c. Membentuk satu pembaharuan yang menyeluruh

d. Melindungi kepentingan rakyat

e. Supaya tiada percanggahan dengan dasar dan polisi baru

5. Bidang pentadbiran Negara adalah yang berikut kecuali:

a. Ekonomi

b. Sosial

c. Agama

d. Keselamatan

e. Pendidikan

6. Setiap kementerian di kerajaan Pusat mempunyai agensi-agensi yang

mempunyai bidang kerja di bawah skop kerajaan pusat. Bagaimana

pulak keadaan agensi di negeri-negeri?

7. Berikut adalah langkah carta alir dalam perlaksanaan Pilihanraya

Umum yang betul.

Page 18: pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 18

8. Yang manakah antara berikut merupakan tunjuk arah yang betul

dalam penyusunan hierarki kuasa dalam badan perundangan Negara?

9. Kerajaan Negeri dan Pusat mempunyai peranan yang berbeza dalam

beberapa aspek tetapi juga mempunyai senarai tugasan bersama.

Manakah antara berikut termasuk dalam senarai tugasan bersama?

10. Komanwel ditubuhkan berdasarkan idea yang dicadangkan oleh Tun Dr

Mahathir Mohamad yang dianggotai oleh Negara-negara Dunia Ketiga

dan tujuan utamanya ialah:

Jangan lupa juga untuk melihat kembali struktur kementerian yang dirangka di bawah

pentadbiran Dato’Seri Najib beserta menteri-menteri yang bertanggungjawab. Di samping itu beri

perhatian yang lebih mengenai jabatan-jabatan negeri dan juga tugasan kerajaan tempatan. Apakah

bidang tugas kerajaan negeri dan apakah hak eksklusif kerajaan negeri yang tidak boleh ada campur

tangan dari kerajaan pusat secara umumnya.

Untuk bahagian pentadbiran kerajaan pusat, ambil maklum tentang perjalanan Dewan Rakyat

dan Dewan Negara dan bagaimana fungsi kedua-dua dewan dalam melancarkan pentadbiran.

Page 19: pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 19

Huraian Seksyen A: Pecahan 3 - “Skop Tugasan Badan dan Perjawatan”

Dalam bahagian ini sebenarnya rujukannya adalah sama dengan pecahan ‘struktur pentadbiran

NEgeri dan Pusat’ Cuma ianya lebih berfokus kepada fungsi jabatan dan jawatan tertentu. Atau lebih

mudah, soalannya terus mengenai tugasjawatan dan jabatan. Tips nya ialah ambil tahu tugas-tugas

umum jabatan kerajaan dan jawatan yang penting dalam gagasan pentadbiran kerajaan. Berikut adalah

antara soalan-soalan yang akan membuatkan anda lebih faham apa yang dimaksudkan dengan pecahan

bahagian ini.

1. Berikut adalah skop tugasan kawal selia yang dijalankan bersama

diperingkat negeri dan pusat kecuali:

a. Perkhidmatan tempatan

b. Cuti negeri

c. Undang-undang negeri

d. Parit dan tali air

e. Tanah

2. Skop tugasan Suruhanjaya Pilihanraya mencakupi semua di bawah

kecuali:

a. Penetapan tarikh penamaan calon

b. Semakan Manifesto parti bertanding

c. Pembatalan keputusan pilihanraya

d. Pengumuman keputusan pilihanraya

e. Sebagai badan yang memerintah sementara

3. Organization of the Islamic Conference (OIC) ditubuhkan selepas

kegagalan Liga Bangsa. Apakah tujuan utama OIC ditubuhkan?

4. Apakah peranan yang dimainkan oleh Raja-raja Melayu dalam sistem

peperintahan Negara?

5. Bagaimana seorang Pegawai Daerah memainkan peranan dalam

menyelesaikan masalah-masalah yang dilaporkan melalui Penghulu

Page 20: pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 20

Huraian Seksyen A: Pecahan 4 - “Isu Nasional”

Dalam bahagian ini sebenarnya strategi persediaan tidaklah begitu spesifik. Ianya lebih

berfokuskan sejauh mana anda sensitive dengan isu-isu dalam Negara seperti isu kenaikan harga gula,

bencana alam dan sebagainya dan bagaimana kerajaan mengambil langkah proaktif dalam

menanganinya. Jika anda seorang yang peka dan membaca akhbar secara rutin, bukanlah menjadi satu

masalah untuk anda menjawab soalan berbentuk seperti ini. Jadi umumnya, persediaan untuk seksyen

ini ialah, banyakkan membaca akhbar dan lazimi diri anda dengan mendengar berita setiap hari. Antara

soalan yang sempat kami kumpul berkait dengan pecahan Isu Nasional ini adalah seperti di bawah;

1. Tahun 2009 menyaksikan keadaan ekonomi yang global yang berada

dalam peringkat pemulihan sekaligus menyaksikan kenaikan harga

barangan secara keseluruhannya. Antara yang menyumbang ke arah

peningkatan harga barang adalah perkara di bawah kecuali:

a. Keadaan keamanan dunia secara keseluruhannya

b. Kenaikan harga minyak dunia

c. Bencana alam di Negara-negara pengeluar barangan

d. Kejatuhan matawang Amerika Syarikat

e. Situasi inflasi dunia

2. Kenaikan harga minyak dunia member kesan kepada pelan subsidi

minyak oleh kerajaan. Apakah langkah utama yang diambil oleh

kerajaan dalam mengukuhkan sistem subsidi minyak?

a. Memansuhkan subsidi terus kepada minyak tetapi membayar rebat

b. Memperkenalkan penggunaan minyak RON’95 sebagai penggunaan

prima

c. Memperkuatkan kawalan penyeludupan minyak oleh Negara jiran

d. Mengkaji semula kaedah pemberian subsidi minyak

Page 21: pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 21

e. Menggalakkan penggunaan NGV sebagai alternatif bahan bakar

3. Isu graduan menganggur adalah sesuatu yang dipandang serius oleh

kerajaan bahkan kerajaan telah merangka dan melancarkan pelbagai

pelan dalam menangani masalah ini. Antara berikut yang manakah

bukan langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah

pengangguran:

a. Gesaan kepada industri supaya mewujudkan skim latihan

sementara untuk meningkatkan kualiti modal insan

b. Latihan keusahawanan kepada graduan

c. Menggalakkan graduan menyertai industri kecil melalui

peruntukan melalui agensi-agensi seperti MARA dan TEKUN

d. Mengkaji semula silibus universiti supaya melahirkan graduan

yang diperlukan oleh industry

e. Menyediakan medium penambahan nilai melalui kursus-kursus

kemahiran

4. Apakah tujuan utama Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh

Perdana Menteri pada 10 Mac 2009 yang lalu?

5. Antara perkara penting yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan

Ekonomi ialah Pembiayaan Pengajian Ijazah Lanjutan. Apakah pakej

lain yang diperkenalkan yang bersangkutan dengan pendidikan

Negara?

6. Isu H1N1 yang melanda Negara ditangani dengan baik dan dalam

kawalan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah

tindakan Malaysia dalam menangani masalah ini?

Page 22: pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 22

Huraian Seksyen A: Pecahan 5 - “Dasar Pentadbiran Negara”

Soalan yang kami klasifikasikan dalam pecahan ini merangkumi dasar-dasar kerajaan dan

bagaimana kejaraan pusat khususnya menangani isu-isu dalam Negara mahupun luar Negara. Di

samping itu, ianya juga memfokuskan tentang dasar-dasar baru kerajaan yang merangkumi slogan

kerajaan, apa yang hendak dicapai contohnya dalam isu KPI dan sebagainya. Untuk persediaan dalam

pecahan ini sebenarnya ia sama dengan persediaan pecahan Isu Semasa sebelum ini. Anda perlu peka

dengan berita dan dasar-dasar baru kerajaan. Rujukan utama yang boleh disarankan ialah portal

kerajaan di www.malaysia.gov.my yang mana merekodkan segala dasar-dasar baru kerajaan dan

sewajarnya menjadi rujukan utama anda. Berikut adalah contoh soalan yang kami golongkan dalam

pecahan ‘Dasar Pentadbiran Negara’;

1. Zon bebas di bawah Akta Zon Bebas 1990 menggariskan semua di

bawah perkara yang perlu dikaji terlebih dahulu sebelum

pengisytiharan zon bebas kecuali:

a. Kesesuaian kawasan

b. Penyediaan kemudahan infrastruktur

c. Populasi penduduk

d. Langkah-langkah keselamatan bagi membenteras pelarian cukai

e. Menentukan Pihak Berkuasa Zon dan keperluan berkaitan

2. Pengagihan anggaran perbelanjaan persekutuan 2009 dibahagikan

kepada 3 bahagian utama iaitu tanggungan sebanyak 11.6%,

pembangunan sebanyak 25.9% dan bekalan sebanyak 62.5. Berapakah

sebenarnya angka yang dianggarkan untuk urusan ini:

a. RM207,899 juta

b. RM107,899 juta

c. RM307,899 juta

Page 23: pegawai tadbir diplomatik

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 23

Tamat preview copy

6 ebook dalam 1 pakej

Dapatkan versi penuh ‘diskripsi prima’ dan

5 lagi komponen lain di:

http://tipsptd.com sekiranya pakej rujukan ini tidak membantu anda

langsung, wang anda akan dikembalikan. Itu jaminan kami dari Team Tips PTD. Tiada Risiko langsung untuk

Anda!